lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

634 Anak Terengganu Cemerlang Akademik Terima Penghargaan
634 Anak Terengganu Cemerlang Akademik Terima Penghargaan
KUALA TERENGGANU, 9 September- Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu meraikan kecemerlangan 634 anak Terengganu yang memperolehi keputusan cemerlang dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023. Pengarah Yayasan Terengganu, Dato’ Mohd Azmi Mohamad Daham berkata, pencapaian yang sangat membanggakan itu membuktikan Negeri Terengganu tidak pernah ketandusan bakat-bakat bidang pendidikan yang hebat dalam pelbagai displin. “Kejayaan yang dilakar para pelajar pada hari ini sudah semestinya akan menjadi penanda aras kepada pelajar lain untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan demi menjamin masa depan yang lebih baik. “Pertingkat juga ‘softskills’ disamping ilmu pengetahuan global bagi membina keperibadian unggul serta kompeten, sekali gus menjadi nilai tambah unik yang tidak dimiliki oleh individu lain,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2023 (kali ke- 43) & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM & STAM yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam di sini, hari ini. Pada majlis berkenaan, seramai 634 pelajar anak Terengganu menerima penghargaan iaitu empat orang penerima Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu serta seorang penerima anugerah khas. Sementara itu, dua lagi penerima anugerah pelajar terbaik STPM dan STAM manakala seramai 627 orang penerima Hadiah Kecemerlangan Peperiksaan SPM, STPM & STAM. Kesemua penerima Anugerah Pingat Emas menerima sehelai blazer, pingat emas, peranti mudah alih, replika cek dan wang tunai RM4,000 serta sijil penghargaan. Sementara, penerima anugerah khas dan pelajar terbaik pula menerima sehelai blazer, peranti mudah alih, replika cek dan wang tunai RM2,000 serta sijil.
09 Sep 24
990
Polis Tingkatkan Sekatan Jalan Raya Sepanjang 'RXZ Members'
Polis Tingkatkan Sekatan Jalan Raya Sepanjang 'RXZ Members'
KUALA TERENGGANU, 9 September - Polis akan meningkatkan sekatan jalan raya (SJR) sempena dengan program RXZ Members yang akan diadakan pada 13 dan 14 September ini. Seramai 101 anggota polis serta 50 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ditugaskan bagi memastikan keadaan jalan raya terkawal dan selamat. Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, adalah menjadi rutin dan kebiasaan bagi pihak PDRM dan JPJ mengadakan tugasan itu setiap kali acara tersebut diadakan. Ujarnya, perancangan tugas selain SJR adalah meliputi 'eskot motoked VVIP', rondaan cegahan samseng jalanan dan risikan Op Samseng Jalanan 42. "Kita tidak pakai istilah pukat, SJR ini adalah rutin yang perlu kita buat melibatkan seluruh daerah. "Dengan jangkaan 80,000 yang akan hadir kita tidak mampu untuk melakukan pemeriksaan satu persatu, apa yang diharapkan adalah mereka yang hadir boleh mematuhi undang-undang itu sahaja. "Sebab sebagai rakyat Malaysia yang memiliki motosikal kita harus mematuhi undang-undang jalan raya, kena ada lesen serta insuran dan mematuhi spesifikasi motosikal yang boleh dipandu di atas jalan raya." ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media sempena RXZ Members di Bilik Mesyuarat Utama IPK Terengganu, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut katanya, apa yang dilakukan adalah bertujuan mengekang kesalahan jalan raya. "Sebelum ini  PDRM juga telah mengadakan sebanyak empat kali perjumpaan bersama pihak penganjur iaitu perjumpaan pertama pada 10 Ogos telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Siasatan & Perundangan Trafik Terengganu, Supt. Affandi Hussin dan turut disertai oleh semua Ketua Polis Balai Daerah Kuala Terengganu. "Juga melibatkan pihak JPJ Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Pejabat Daerah Kuala Nerus dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2)," katanya. Dalam pada itu katanya mengikut arahan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman masih lagi dalam tempoh pelaksanaan Ops Khas Motorsikal bagi mengurangkan kadar kemalangan. Sementara itu katanya antara kesalahan yang sering dilakukan adalah seperti tiada lesen memandu, nombor pendaftaran fancy, tiada cermin sisi, pengubahsuaian motosikal dan kenderaan tiada cukai jalan dan insuran. "Kesemua kesalahan ini jika dikenalpasti, maka pemandu kenderaan akan dikenakan saman," tegasnya.  
09 Sep 24
589
ANMS Beri Impak Baik Buat Rakyat Terengganu
ANMS Beri Impak Baik Buat Rakyat Terengganu
Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dilihat memberi impak positif kepada rakyat negeri ini dalam membudayakan kehidupan sihat dan sejahtera.
09 Sep 24
84
Terengganu Sambut Baik Saranan KSN
Terengganu Sambut Baik Saranan KSN
Kerajaan negeri Terengganu menyambut baik saranan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar supaya meneliti semula dasar, peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang lama serta lapuk di agensi kerajaan negeri serta jabatan masing-masing.
09 Sep 24
159
Pemuda PAS Hulu Terengganu Buat Laporan Polis Terhadap Teresa Kok
Pemuda PAS Hulu Terengganu Buat Laporan Polis Terhadap Teresa Kok
HULU TERENGGANU, 9 September - Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu (DPPHT) menggesa siasatan dibuat ke atas Teresa Kok susulan kenyataan yang didakwa menyentuh sensitiviti agama dan ketenteraman awam negara ini.  Ketua DPPHT, Muhamad Hamdi Harun berkata, Teresa Kok tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu memandangkan rakyat di negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk yang majoritinya beragama Islam.  Menurutnya, kenyataan itu menyentuh kesucian agama Islam, iaitu perihal mendapatkan makanan yang halal di kalangan orang Islam dan hak beragama di kalangan orang Islam. “Jelas kenyataan ini menghasut golongan bukan Islam untuk menentang tindakan kerajaan bagi mewajibkan sijil halal untuk orang Islam. Individu ini perlu disiasat di bawah Akta Hasutan. "Ucapan ini jelas mendatangkan kegusaran dan kebimbangan dalam hati orang Islam di Malaysia kerana beliau merupakan ahli politik parti kerajaan. "Kami turut meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan telus terhadap kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu yang mampu mengundang pelbagai kesan buruk terhadap keharmonian rakyat di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis ke atas Teresa Kok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu hari ini. Justeru itu, DPPHT berharap Majlis Raja-Raja dapat campur tangan dan mengambil tindakan serius terhadap Teresa. "Hal ini kerana ini bukanlah pertama kali orang bukan Islam mempersoalkan perkara-perkara yang menyentuh soal Islam," tambahnya lagi. Hamdi juga berkata, pihaknya menuntut pemimpin Islam di negara ini bertindak tegas terhadap isu tersebut kerana ia melibatkan kepentingan agama Islam terus dipersoalkan. “Tidak wajar kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang pemimpin dalam parti kerajaan yang menentang mana-mana pihak yang menggunakan isu 3R ini, namun mereka sendiri yang bertindak sedemikian. “Umat Islam di Malaysia tidak pernah sesekali mengganggu-gugat hak agama lain,"ujarnya.
09 Sep 24
274
Terengganu Bakal Terima Pelaburan Ladang Ayam Berteknologi Tinggi
Terengganu Bakal Terima Pelaburan Ladang Ayam Berteknologi Tinggi
KUALA TERENGGANU, 9 September – Usaha berterusan kerajaan negeri untuk menarik pelabur kini membuahkan hasil apabila Terengganu  bakal menerima pelaburan besar dalam pembangunan ladang ayam berteknologi tinggi tidak lama lagi. Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Nur Khuzaini Ab Rahman, keputusan itu dicapai selepas pertemuan kali ketiga diadakan dengan dua syarikat Korea dalam usaha pelaksanaan projek terbabit dijangka dapat menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ayam di negeri dan negara ini. “Antara perkara yang dibentangkan adalah selain cara pemprosesan terkini dan pengadaptasian teknologi tinggi, ianya juga dibentangkan faedah-faedah yang akan diperolehi oleh Ladang Rakyat dan kerajaan negeri Terengganu. “Perbincangan yang positif, In Sya Allah dengan kedatangan pelabur ini akan membantu untuk menyelesaikan masalah kekurangan ayam di negeri dan negara kita.” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya, baru-baru ini.. Turut hadir, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Ladang Rakyat Trengganu Sdn. Bhd, Dato’ Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ketua Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun. Beliau berkata, tanah untuk projek itu telah dikenal pasti dan akan dilaksanakan di bawah program Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd (LRT). Terdahulu, Pengerusi Pertubuhan Penternak Ayam Kebangsaan, Nasiman  Sapari berkata, sasaran pengeluaran ayam sehingga 140 peratus seperti ditetapkan Dasar Agromakanan Negara 2030 sukar dicapai. Katanya, pengeluaran ayam negara kini berdepan penurunan sehingga 39 peratus dalam tempoh 10 tahun dan tidak menunjukkan sebarang peningkatan apabila pengeluarannya berkurangan sekitar tiga juta ekor tahun lalu berbanding 2022.
09 Sep 24
1998
Terengganu Juara Veteran Badminton MAKSAK
Terengganu Juara Veteran Badminton MAKSAK
Kontinjen Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Terengganu muncul juara acara beregu lelaki veteran dalam Kejohanan Badminton MAKSAK.
09 Sep 24
216
Pendapatan Syarikat SG4 Tidak Kacau Perolehan Hasil Negeri
Pendapatan Syarikat SG4 Tidak Kacau Perolehan Hasil Negeri
Hasil pendapatan empat kerajaan negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu atau SG4 tidak akan digabungkan dalam syarikat SG4 Group Sdn Bhd (SG4 Group).
08 Sep 24
94
Munajat Jalan Lembutkan Hati Pihak Menzalimi Hak Rakyat
Munajat Jalan Lembutkan Hati Pihak Menzalimi Hak Rakyat
Pelaksanaan solat hajat pada program Karnival Indahnya Hidup bersyariat diharap mampu melembutkan hati pihak yang menzalimi hak rakyat Terengganu dalam isu royalti petroleum.
08 Sep 24
68
14,865 Pelajar PASTI Terengganu Cipta Rekod Malaysia
14,865 Pelajar PASTI Terengganu Cipta Rekod Malaysia
 Seramai 14,865 pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) berjaya mencipta rekod bagi pertandingan mewarna yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records (MBOR) apabila merekodkan penyertaan teramai di Terengganu. 
08 Sep 24
1404