lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Tutup Premis GISB : Terengganu Tunggu Fatwa Muzakarah MKI
Tutup Premis GISB : Terengganu Tunggu Fatwa Muzakarah MKI
KUALA TERENGGANU, 22 September - Kerajaan negeri menunggu keputusan rasmi daripada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) sebelum memuktamadkan sebarang tindakan ke atas premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH). Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada ketika ini pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan. "Di Terengganu ini tidaklah menonjol seperti di tempat-tempat yang lain, ia agak terkawal dan kesannya sangat minima. "Kami di pihak kerajaan negeri masih menunggu maklumat yang jelas daripada mereka yang berautoriti menyiasat isu ini," ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pihak media selepas menghadiri Program Townhall Persatuaan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Duyong Marina resort, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Dr Ahmad Samsuri berkata, tindakan menutup premis atau pembatalan lesen perniagaan organisasi tersebut dibuat berdasarkan keputusan fatwa Muzakarah MKI. "Saya rasa sekarang ini premis mereka masih belum ditutup secara rasmi, kami juga masih menunggu sehingga ada keputusan rasmi, difahamkan Muzakarah MKI akan bersidang dalam masa terdekat. "Kami tidak buat sebarang keputusan lagi kerana masih dalam tempoh pendakwaan, kita kena teliti dengan lebih lanjut agar tindakan diambil mengikut peraturan yang ada," ujarnya.  
22 Sep 24
364
'Perjalanan' 75 Tahun, Tiga Pencapaian Utama Dilakar MAIDAM
'Perjalanan' 75 Tahun, Tiga Pencapaian Utama Dilakar MAIDAM
Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terenganu (MAIDAM) disifatkan mencapai sasaran ditetapkan dengan tiga pencapaian utama sepanjang 75 tahun meneraju hal ehwal Islam di negeri ini. 
22 Sep 24
312
DPPKK Buat Laporan Polis Terhadap Lau Peter Lau
DPPKK Buat Laporan Polis Terhadap Lau Peter Lau
KEMAMAN, 20 September - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman (DPPKK) tampil membuat laporan polis mengenai satu komen yang telah dibuat oleh seorang pemilik akaun media sosial Facebook, Lau Peter Lau. Komen tersebut yang ditulis menyatakan "Ajaran sesat ini, macam mat rod mak saleh" dibuat pada satu video yang berdurasi 1 minit. Ketua DPPKK, Muhammad Ramlan Mahmood menyifatkan komen tersebut boleh meragukan dan mencetuskan kebimbangan serta kemarahan umat islam. "Jadi kami telah membuat satu laporan polis supaya polis dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan kepada penama tersebut," katanya kepada pemberita yang ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman selepas membuat laporan polis, semalam. Beliau juga turut meminta semua pihak dapat bersabar agar pihak polis dapat menjalankan tugasnya dan menyelesaikan kes ini.
20 Sep 24
742
'Perjalanan' 75 Tahun, Tiga Pencapaian Utama Dilakar MAIDAM
'Perjalanan' 75 Tahun, Tiga Pencapaian Utama Dilakar MAIDAM
KUALA TERENGGANU, 20 September- Penubuhan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terenganu (MAIDAM) disifatkan mencapai sasaran ditetapkan dengan tiga pencapaian utama sepanjang 75 tahun meneraju hal ehwal Islam di negeri ini.  Pencapaian MAIDAM dikongsi Yang Dipertuanya, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Sambutan 75 Tahun MAIDAM yang disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, semalam. Tiga pencapaian utama tersebut meliputi aspek tadbir urus zakat, tabdir urus wakaf dan baitulmal selain keberkesanan organisasi melalui penguatkuasaan undang-undang, pemantapan tadbir urus dan integriti serta komunikasi strategik. Katanya, dalam aspek tadbir urus zakat MAIDAM berjaya meningkatkan jumlah kutipan dari semasa ke semasa. "Jika sepuluh tahun yang lalu, kutipan zakat di Terengganu sekitar RM100 juta dan kini meningkat melebihi RM260 juta. Begitu juga dengan agihan zakat yang telah melonjak daripada RM78 juta pada sepuluh tahun yang lalu dan agihan melebihi RM260 juta," ujarnya. Menurut beliau,  pemerkasaan zakat diteruskan dengan agenda pendigitalan termasuk memperkenalkan sistem e-zakat MAIDAM, e- Amil, aplikasi Sahabat MAIDAM dan lain-lain. "Usaha ini telah membolehkan MAIDAM meraih pelbagai anugerah seperti Anugerah Zakat Kebangsaan Tahun 2023 bagi dua kategori yang mengiktiraf peranan MAIDAM dalam pembangunan asnaf.  "MAIDAM juga telah menubuhkan Yayasan Pendidikan MAIDAM pada 19 September 2014 untuk meningkatkan keberkesanan kecekapan agihan dan zakat pendidikan/fisabilillah dan pada tahun lalu agihan zakat pendidikan/fisabilillah adalah sebanyak RM68 juta," jelasnya. Dalam pada itu katanya, MAIDAM turut komited dalam aspek tadbir urus wakaf dan baitulmal. "Usaha awal yang bermula dengan wakaf tradisi seperti wakaf kubur, masjid dan surau dan wakaf zuriat telah mulai dipelbagaikan sekarang kepada wakaf pendidikan, kesihatan, sosial dan ekonomi termasuk wakaf korporat. "MAIDAM memperkenalkan Dana Wakaf Tunai Terengganu pada tahun 2007, pelbagai inisiatif wakaf kontemporari termasuklah wakaf- wakaf muaqqat sedang dirancang seperti pengenalan produk kewangan Islam berciri wakaf," katanya. Tambah beliau, tadbir urus baitulmal juga diperkasakan dari semasa ke semasa. Ini terbukti menerusi kewujudan Wisma MAIDAM dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu mulai 1982 yang menjadi contoh tauladan seluruh sistem Ar-Rahnu di Malaysia hari ini. "Kini, operasi ar-Rahnu diuruskan oleh MAIDAM Property Sdn. Bhd (anak syarikat MAIDAM yang ditubuhkan pada 8 Oktober 2018) dengan perbelanjaan lebih kurang RM130 juta setahun serta pengenalan produk inovasi seperti KHAIRAT2U," ujarnya. Selain itu, MAIDAM turut memberi fokus kepada aspek keberkesanan organisasi melalui penguatkuasaan undang-undang, pemantapan tadbir urus dan integriti serta komunikasi strategik. "Segala kekurangan dan kelemahan yang dikenal pasti sepanjang usia 75 tahun telah, sedang dan akan melalui proses mitigasi dan selanjutnya penyelesaian. "Ikhtiar ini telah membolehkan MAIDAM meraih Pingat Perak Anugerah Integriti, Governans dan Antirasuah Kebangsaan Tahun 2023 anjuran Institut Integriti Malaysia," ujarnya.  Shaikh Harun berkata, ketiga-tiga pencapaian utama ini memberi petunjuk bahawa MAIDAM berada pada landasan yang betul dalam membangun ummah dinamik serta meningkat syiar Islam menerusi visi dan misinya.
19 Sep 24
283
Perarakan Maulidur Rasul : TDM Juara Kategori Syarikat Swasta, NGO
Perarakan Maulidur Rasul : TDM Juara Kategori Syarikat Swasta, NGO
KUALA TERENGGANU, 20 September - Pasukan TDM Berhad muncul johan acara Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H/2024M Peringkat Negeri, bagi kategori Syarikat Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), baru-baru ini. Pengarah Eksekutif TDM, Najman Kamaruddin meluahkan rasa syukur dan bangga atas kejayaan pasukannya meraih anugerah tersebut walaupun ia penyertaan pertama mereka, setelah latihan intensif dijalankan selama sembilan hari terakhir sebelum pertandingan. “Kejayaan ini merupakan penghormatan besar buat Kumpulan TDM. Ia bukan sahaja mencerminkan pencapaian syarikat, tetapi juga komitmen kami untuk terus menyokong dan menyemarakkan program-program yang memupuk perpaduan masyarakat. “Penyertaan ini selari dengan nilai-nilai teras TDM dalam menyumbang kepada pembangunan komuniti dan memperkukuh semangat keagamaan di Negeri Terengganu. "Pada masa yang sama, ia juga merupakan usaha kami untuk menyatukan semangat perpaduan serta mengeratkan hubungan antara kakitangan TDM,” katanya. Perarakan bermula jam 8 pagi diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, merangkap Pengerusi TDM bersama barisan-barisan Exco negeri, pegawai kanan kerajaan dan ketua-ketua jabatan. Perarakan bermula dari padang bola sintetik di Kampung Tok Jiring ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, sejauh kira-kira 4 kilometer. Seramai 1,888 peserta membabitkan 59 kontinjen dan lima kategori dipertandingkan iaitu Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri, Jabatan Kerajaan dan Badan Berkanun Persekutuan, Pasukan Sekolah Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat-syarikat Swasta serta NGO dan JPKK. Majlis Perasmian Sambutan diadakan di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak dan disempurnakan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. ​​​​
19 Sep 24
1011
Sultan Terengganu Zahir Penghargaan Atas Pencapaian 75 Tahun MAIDAM
Sultan Terengganu Zahir Penghargaan Atas Pencapaian 75 Tahun MAIDAM
KUALA TERENGGANU, 19 September - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan penghargaan kepada semua pihak sama ada individu mahupun agensi yang telah membantu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) melaksanakan fungsinya dengan cekap dan berkesan. “Beta merasa gembira atas pencapaian dan transformasi yang telah berlaku sepanjang tempoh 75 tahun MAIDAM selari dengan kedudukan bahawa hal ehwal Islam terletak di bawah bidang kuasa negeri sebagaimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. “Beta berpandangan bahawa MAIDAM perlu berperanan secara lebih dinamik, progresif dan selangkah di hadapan,” titah baginda. Sultan Mizan bertitah demikian sempena Majlis Perasmian Sambutan 75 Tahun MAIDAM di Pusat Konvensyen, Taman Tamadun Islam, hari ini. Baginda bertitah, MAIDAM tidak hanya sebagai badan ‘regulator’ dalam Hal Ehwal Agama Islam Dan Adat Melayu di negeri ini, malah menjadi ‘game changer’ kepada corak pemikiran, minda dan gaya hidup masyarakat mengikut acuan lslam. “Islam is the way of life, selain memupuk budaya penyayang dalam kehidupan masyarakat lslam dan bukan lslam, Beta juga ingin melihat MAIDAM mempelbagaikan inovasi dalam pengurusan zakat, wakaf dan baitulmal ke arah pembangunan ekonomi dan pemerkasaan ummah yang lestari,” titah baginda. Titah Sultan Mizan, baginda disembah maklum bahawa pada 25 Jun lalu, Negeri Terengganu telah berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar.  “Seramai 6,632 peserta miskin tegar telah dijadikan sasaran untuk disifarkan mulai 31 Januari 2023.  “Beta amat menghargai kejayaan ini yang dicapai menerusi usaha kolektif pelbagai agensi termasuk MAIDAM. Beta merasa amat sukacita bahawa jumlah kutipan zakat di Terengganu telah berjaya diagihkan seratus peratus sejak beberapa tahun kebelakangan ini.  “Usaha ini perlu ditambah baik dari semasa ke semasa agar tiada isu keciciran dalam kalangan individu yang layak menerima bantuan zakat di Terengganu,” titah baginda. Baginda bertitah, MAIDAM diharap terus meningkatkan lagi prestasi kecekapan pengurusan kewangan, zakat, wakaf dan baitul mal.  “Seluruh warga MAIDAM tidak seharusnya cepat berpuas hati dengan tahap pencapaian semasa, sebaliknya terus berusaha melakukan pembaharuan dan inovasi,” titah Sultan Mizan.  
19 Sep 24
1536
Terengganu Komited Pulihara Seni Warisan Gamelan dan Rodat
Terengganu Komited Pulihara Seni Warisan Gamelan dan Rodat
Kerajaan negeri terus komited memulihara seni warisan tradisional seperti gamelan dan rodat agar tidak lenyap ditelan zaman.
19 Sep 24
154
Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Sambutan 75 Tahun Maidam
Sultan Terengganu Berkenan Rasmi Sambutan 75 Tahun Maidam
KUALA TERENGGANU,19 September -  Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli merasmikan Sambutan 75 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini. Keberangkatan tiba baginda diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah bersama Yang di-Pertuan Muda Terengganu,  Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin pada jam 11.10 pagi. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja serta Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Dato' Mufti Negeri Terengganu, Dato' Dr Mohamad Sabri Haron dan diteruskan dengan persembahan ucapan oleh Yang Dipertua Maidam, disusuli tayangan video sambutan. Majlis disempurnakan dengan titah Tuanku Sultan sekali gus merasmikan Majlis. Baginda diiringi Yang di-Pertuan Muda Terengganu kemudian berkenan mencemar duli menandatangani buku Sambutan 75 Tahun Maidam sebagai simbolik pelancaran. Majlis diteruskan dengan Persembahan Cek Cura Sumbangan Dana Wakaf/Asnaf kepada Tuanku Sultan. Baginda diiringi Sultanah Nur Zahirah bersama Yang di-Pertuan Muda Terengganu serta Menteri Besar berangkat pulang pada kira-kira jam 12.20 tengah hari.
19 Sep 24
348
Gelaran Ir Bukan Untuk Diri Saya - Ahmad Samsuri
Gelaran Ir Bukan Untuk Diri Saya - Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 19 September - Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata gelaran Ir (Kejuruteraan Profesional) yang diperolehinya sejak bulan lalu, adalah bukan untuk diri sendiri. “Ramai kawan berbicara tentang pencapaian gelaran Jurutera Profesional, saya kata ini bukan tentang diri sendiri sahaja, tetapi untuk tujuan motivasi, nak tunjukkan kepada generasi baharu, terutama kepada mereka yang masih berada di dalam sistem pengajian, sama ada di peringkat menengah, ijazah, masters, mahupun PhD,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Anugerah Pingat Emas Yayasan Terengganu 2023 (kali ke- 43) & Hadiah Kecemerlangan SPM, STPM dan STAM di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam baru-baru ini. Ahmad Samsuri juga mengingatkan para pelajar supaya kekal bermotivasi dan sentiasa bersedia dengan apa jua cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi. “Saya percaya kita akan bertemu dengan pelbagai cabaran dan ujian tak kira di mana berada sama ada di sekolah atau pun universiti, apabila tamat kita akan berdepan dengan dugaan alam pekerjaan pula, semua ini memerlukan semangat kuat dan kental, supaya kehidupan kita berjalan dengan baik. “Saya terinspirasi dari kata-kata lagenda tinju dunia Muhammad Ali, tidak ada salahnya jika ditumbuk dan jatuh dalam perlawanan, tapi rasalah bersalah andai jatuh tapi tidak bangun-bangun, jatuh itu bukan bermakna kita kalah. “Kita juga harus mempunyai objektif dan matlamat dalam kehidupan, supaya sasaran sijil paling tinggi itu dapat kita capai dengan jayanya,” katanya.
18 Sep 24
6676
Lebih 50 Menu Ditawarkan, The Syrup Vs Soda Janjikan Pelanggan Boleh Kenyang Sampai Esok!
Lebih 50 Menu Ditawarkan, The Syrup Vs Soda Janjikan Pelanggan Boleh Kenyang Sampai Esok!
KUALA TERENGGANU, 18 September –Pernah tak rasa nak makan banyak-banyak sebab teringin sangat makanan tu? Tercari-cari restoran yang menghidangkan pelbagai menu dengan harga berpatutan dengan saiz hidangan yang banyak ? Jom ke The Syrup Vs Soda yang menawarkan lebih 50 sajian yang pasti memenuhi citarasa anda dengan harga berpatutan dari menu klasik hingga pilihan moden yang menggoda. Pengusahanya, Wan Noor Elya Wan Rezali, 38, berkata, dia menjanjikan keunikan dan keenakan hidangan Barat dan Melayu yang pasti tidak mengecewakan dan bagi penggemar masakan berkenaan mereka juga akan teruja dengan saiz hidangan ditawarkan. Menurutnya, keistimewaan hidangan di The Syrup Vs Soda bukan saja terletak pada saiz hidangan yang besar dan gaya penyediaan yang kreatif, tetapi turut dijual pada harga berpatutan. “Ini menyebabkan restoran ini sering menjadi tumpuan orang muda selain golongan berkeluarga kerana konsep kami adalah mementingkan kepuasan pelanggan. “Menu ditawarkan bermula dengan harga RM15 hidangan biasa sehingga RM90.00  untuk hidangan nasi goreng Wagyu dan yang pastinya anda pulang kekenyangan,” katanya. Ibu kepada tiga anak itu berkata antara menu paling diminati dan laris  adalah nasi goreng kambing, nasi goreng paru bersama petai, nasi goreng tomyam, pasta itik salai, burger dan semestinya air sirap soda resipi rahsia keluarganya. “Contohnya nasi goreng paru bersama  petai adalah warisan nenek moyang saya  dari Indonesia yang saya cuba bawa untuk pelanggan mencubanya… hasilnya kini menjadi antara menu ‘top seller’ di sini. “Begitu juga dengan minuman yang ditawarkan, semuanya dihasilkan dengan teliti bagi kepuasan pelanggan.Sirap yang digunakan pula adalah kegemaran kami sekeluarga sejak turun temurun,” ujarnya yang turut dibantu suami tersayang, Mohd Shafiq Jamaludin, 34.  Graduan Pengurusan Kulinari dari International Management Institute (IMI) Switzerland dan Kolej Damansara Utama itu berkata, pemilihan menu dilakukan secara teliti dan turut mengadakan sesi perbincangan bersama pihak pengurusan bagi memastikannya mampu menarik pelanggan untuk mencubanya. Terletak di pusat bandar raya Kuala Terengganu, The Syrup Vs Soda yang beroperasi dari pukul 4.30 petang hingga 11.30 malam kini mempunyai 30 kakitangan yang punyai kelebihan dalam bidang masing-masing.  Sebahagian chef masakan juga  berpengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan di hotel-hotel terkemuka seluruh negara serta mempunyai kelulusan dalam bidang kulinari, untuk melancarkan lagi operasi restoran. Wan Noor Elya berkata dia kini mempunyai perancangan untuk menambahbaik restorannya dari segi menu dan membuka kedai yang lebih besar dan selesa di lokasi baharu demi kepuasan pelanggan yang datang menikmati hidangan di The Syrup Vs Soda dalam masa terdekat.  
18 Sep 24
449