Artikel "Pelancongan" Terkini
Karnival Beautiful Terengganu 2022 Serlah Tarikan Baharu Tasik Kenyir
Karnival Beautiful Terengganu 2022 yang diadakan sejak Khamis lalu, secara tidak langsung membuka dimensi baru pelancongan Tasik Kenyir.
21 Mar 22
478
Kerajaan Negeri Optimis Capai Sasaran 20 Ribu Unit Rumah Mampu Milik
Kerajaan negeri optimis dapat menyiapkan 20,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023 seperti yang ditawarkan dalam manifesto.
21 Mar 22
176
Baik Pulih Hampir Selesai, Masjid Kristal Tersedia Untuk Solat Tarawih
Masjid Kristal yang terletak di Taman Tamadun Islam Pulau Wan Man, dijangka dapat digunakan untuk solat tarawih tidak lama lagi
17 Mar 22
512
Terengganu Bakal Jadi Pusat ACCA Timur Pertama Di Malaysia
Kerajaan Terengganu telah memilih Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai rakan strategik untuk memastikan program Skim Biasiswa bagi Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA) dapat dilaksanakan sekali gus menjadikan Terengganu sebagai Pusat ACCA Wilayah Timur pertama di negara ini.
17 Mar 22
218
Kerajaan Negeri Sasar 200,000 Pengunjung Ke Karnival Beautiful Terengganu
Kerajaan Terengganu menyasarkan kehadiran seramai 200,000 pengunjung ke Karnival Beautiful Terengganu 2022 dalam tempoh tiga hari program itu diadakan bermula 17 Mac ini di Pulau Poh, Tasik Kenyir.
17 Mar 22
282
Kerajaan Negeri Bantu Pengusaha CBT Terjejas Banjir
KUALA TERENGGANU, 17 Mac - Kerajaan negeri telah mengadakan rundingan bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi membantu membaik pulih produk pelancongan berteraskan komuniti (CBT) yang terkesan ekoran banjir luar jangka melanda Terengganu baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, Pusat Rekreasi Pengkalan Warisan dan Dataran Banggol Cempedak antara CBT yang terjejas teruk dengan bencana alam itu.
“Kalau di Pengkalan Warisan, hampir semua tempat jualan mereka musnah. Ini menyebabkan kita terpaksa tangguh program itu.
"InsyaAllah kerajaan negeri akan cuba ambil peranan membantu dua tempat ini dan tempat lain yang terkena banjir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut pada sidang media sempena penganjuran program Karnival Beautiful Terengganu 2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelancongan Negeri, kelmarin.
Menurut Ariffin, kerja-kerja pembersihan kesan peninggalan banjir itu juga masih giat dilaksanakan di dua lokasi CBT yang dibangunkan penduduk setempat itu.
Ujar beliau, pihaknya menganggarkan kerugian kira-kira RM200,000 yang terpaksa ditanggung pemain industri CBT dengan kerosakan sekitar 30 hingga 80 peratus.
Bagaimanapun Ariffin berkata pihaknya sedang menilai jumlah kerugian sebenar yang dialami penggiat industri pelancongan susulan musibah banjir berkenaan.
16 Mar 22
256
Kerajaan Negeri Sasar 200,000 Pengunjung Ke Karnival Beautiful Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 Mac- Kerajaan negeri menyasarkan kehadiran seramai 200,000 pengunjung ke Karnival Beautiful Terengganu 2022 dalam tempoh tiga hari program itu diadakan bermula 17 Mac ini di Pulau Poh, Tasik Kenyir.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, karnival tersebut merupakan usaha kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri untuk merancakkan kembali sektor pelancongan domestik.
Katanya, ia juga merupakan platform bagi menghimpunkan kepelbagaian produk pelancongan dari seluruh daerah yang akan dipaparkan secara langsung kepada pengunjung.
"Pelbagai acara menarik menanti pengunjung, antaranya pertunjukan malam berlampu yang bakal menerangi Tasik Kenyir, modular pameran agensi, jualan pakej pelancongan istimewa ditawarkan pemain industri.
"Selain itu, terdapat juga persembahan kebudayaan, pertandingan memasak ikan baung, pertandingan houseboat dan speedboat berhias, pakej Kenyir Trail, permainan sukan rakyat.
"Acara utama pada malam perasmian pula adalah pertunjukan Kenyir Aqua Light and Sound, pertunjukan ukiran laser Tasik Kenyir, pancutan air berirama dan pelbagai lagi," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena penganjuran program Karnival Beautiful Terengganu 2022 di Bilik Mesyuarat Jabatan Pelancongan Negeri, hari ini.
Tambah Ariffin, penganjuran Karnival Beautiful Terengganu diharap dapat menjadi satu acara yang dapat menarik kunjungan orang ramai dan seterusnya mempromosikan Kempen Visit Beautiful Terengganu.
“Penganjuran karnival ini sekaligus bakal menonjolkan lagi Tasik Kenyir sebagai destinasi eko pelancongan yang terunggul bukan sahaja di Terengganu, tetapi juga di peringkat nasional.
"Malah penganjuran karnival ini turut diharap dapat menyumbang kepada peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat negeri melalui impak aktiviti rantaian dari sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan," jelasnya.
Katanya, program melalui kolaborasi lebih daripada 20 jabatan dan agensi itu turut menyasarkan pelbagai golongan pengunjung, termasuk belia, pelancong dalam dan luar negeri, pelajar, penduduk tempatan dan mereka yang sudah berkeluarga bagi memeriahkan karnival.
15 Mar 22
646
MARPA, ANM Pacu Perubahan Tanggapan Negatif Terhadap Nuklear
KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Persepsi awam mengenai sinaran nuklear seringkali dikaitkan dengan perkara - perkara ancaman keselamatan dan permusnahan sama ada pada manusia, hidupan liar dan alam sekitar.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata tanggapan ini perlu ditepis dengan memberikan maklumat serta fakta-fakta yang betul kepada masyarakat awam.
"Teknologi nuklear ini mampu menyumbang kepada keselamatan sejagat, kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara.
"Malah hakikatnya, teknologi nuklear ini amat penting dalam sektor perubatan dan industri. Seterusnya, aspek keselamatan amat perlu dititikberatkan semasa pengendalian,"katanya.
Beliau berkata demikian mewakili YAB Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Program Perasmian Raditation Protection Conference & Workshop 2022 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, Isnin lalu.
"Tahniah diucapkan kepada Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) dan Agensi Nuklear Malaysia atas penganjuran persidangan ini sebagai acara yang penting, landasan terbaik untuk memacu dan mempertingkat prestasi perlindungan sinaran di sesebuah organisasi.
"Pada waktu yang sama dapat meningkatkan status profesionalisme Pegawai Perlindungan Sinaran di Malaysia,"ujarnya lagi.
09 Mar 22
244
Enam Lokasi Pelancongan CBT Di Besut
KUALA TERENGGANU, 22 Februari- Enam lokasi di Besut kini dikenalpasti sebagai Kawasan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) bagi merancakkan kembali sektor pelancongan Terengganu.
Pengarah Jabatan Pelancongan Nergeri Terengganu (JPNT), Fadli Yusof Zakaria, berkata dengan penambahan enam CBT di Besut, Terengganu kini mempunyai 29 CBT yang aktif mengetengahkan keunikan dan kekuatan produk serta perkhidmatan masing-masing.
Katanya, lokasi tersebut adalah Felda Selasih, Mukim Kerandang, Kampung Kubang Depu, Kampung Kayu Kelat, Pulau Perhentian dan terbaharu di Bukit Bubus, Tembila.
“Pemilihan Bukit Bubus mempunyai kekuatan tersediri untuk dinaiktaraf sebagai CBT, antaranya memperkenalkan aktiviti paragliding.
“Aktiviti yang semakin mendapat tempat di kalangan peminatnya mendapat tumpuan 38 negara membabitkan 74 peserta antaranya dari Nepal, New Zealand, Vietnam, Filipina, Greece, Thailand, Norway, Poland, Mongolia dan Jepun dalam penganjuran Terengganu International Paragliding Competition pada tahun 2017,” katanya dalam satu kenyataan media.
Tambah Fadli, selain Besut, Kuala Terengganu dan Marang kini mempunyai lima CBT, Kemaman dan Hulu Terengganu (4 CBT), Dungun dan Kuala Nerus (2 CBT) dan Setiu (1 CBT ).
Menurutnya, Kalang Warisan dan Dataran Batu Putih adalah contoh CBT terbaik di negeri ini kerana diasaskan sendiri oleh komuniti di kawasan terbabit dan menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri Terengganu.
“Penduduk turut bekerjasama sehingga terhasilnya sebuah kawasan unik yang memiliki pelbagai daya tarikan tersendiri dan pernah menerima pengunjung sehingga mencecah 1,000 orang sehari.
“Pihak kami tidak menyasarkan jumlah tertentu penubuhan CBT dalam tempoh setahun, ini kerana mahu menumpukan jumlah CBT yang sedia ada supaya mampu mewujudkan peluang pekerjaan, membangunkan ekonomi kampung, penubuhan koperasi dan seterusnya menaikkan imej kampung,” ujar beliau.
23 Feb 22
1386
Terengganu Akur Jika Sempadan Negeri Ditutup
Kerajaan Terengganu akur jika sempadan negeri untuk aktiviti pelancongan ditutup susulan peningkatan kes Covid-19 sejak akhir-akhir ini.
20 Feb 22
179