lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

MRTM 2022 : Terengganu Dipilih Kerana Dominan Sambut Aidilfitri
MRTM 2022 : Terengganu Dipilih Kerana Dominan Sambut Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 17 Mei- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memilih negeri Terengganu bagi Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2022 dengan kerjasama Kerajaan negeri setelah mengambil kira populasi penduduk yang dominan meraikan sambutannya selama ini. Menurut MOTAC, program yang diadakan selama tiga hari bermula pada 19 hingga 21 Mei bertempat di Dataran Drawbridge itu juga bermatlamat untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya Keluarga Malaysia di Terengganu dengan kegiatan seni, budaya dan pelancongan. "Serta membuka ruang kembali untuk menjana ekonomi negara bagi penggiat industri di negeri ini. Ini merupakan penganjuran kali pertama di negeri Pantai Timur, khususnya di Terengganu. pemilihannya adalah kerana dikelilingi lokasi-lokasi utama pelancong serta kaya dengan aktiviti kesenian, budaya dan adat tradisional masyarakat tempatan. "Di samping itu juga MOTAC dalam usaha untuk mempromosikan negeri Terengganu dalam aspek kebudayaan, keseniaan dan pelancongan,"ujarnya melalui suatu kenyataan. Ujar MOTAC, Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung antaranya Rewang Raya, Kenduri Rakyat, Pertandingan Lumba Perahu, Himpunan Keris, Gateh Busana, Kambing Cantik, Pertandingan Ayam Ratu, Zoo Kampung, Wau Gegok Damak, Tok Dekor Jangok, Tewah Ngail, Gasing Terbang, Bot Berhias dan Persembahan Kesenian. "Turut akan berlangsung ialah Bengkel dan Kelas Masakan Warisan, Demonstrasi Makanan Warisan, ceramah agama 'Syawal Disambut Dengan Penuh Kesyukuran dan Kegembiraan' serta pertandingan memancing dengan tema memancing sambil mengenakan pemakaian kain pelikat dan semutar beramai-ramai. "Acara kemuncak bagi program ini ialah Majlis Perasmina yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob pada 20 Mei. Oleh itu seluruh Keluarga Malaysia yang lengkap vaksinasi dijemput hadir ke program ini  dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan," ujar kenyataan itu.
17 May 22
1573
Kuala Terengganu Juara Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022
Kuala Terengganu Juara Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022
Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 .
28 Apr 22
480
Jeti TTI Mula Diguna Pelancong Ke Pulau Redang
Jeti TTI Mula Diguna Pelancong Ke Pulau Redang
KUALA TERENGGANU, 17 April-  Taman Tamadun Islam (TTI) buat pertama kali menerima kehadiran penumpang feri  Laguna Redang  Island Resort menggunakan  Jeti TTI untuk ke Pulau Redang pada Khamis lepas. Pengurus Besar, TTI Management Sdn.Bhd, Ahmad Bukhori Ghazali , berkata pihaknya menganggap kehadiran 118 penumpang untuk hari tersebut dan akan bertambah pada hari seterusnya adalah satu bonus berikutan bukan sahaja memberi sumber pendapatan kepada TTI malah  penduduk sekitar. Katanya, apa yang penting pastinya Taman Monumen, river cruise dan restoran B’beteng akan terus tersohor  kerana rata-rata penumpang adalah penduduk luar Terengganu. “Jumlah pelancong kemungkinan akan bertambah mencecah hampir 1,000 orang sehari  berikutan difahamkan penumpang Sejahtera Ferry Services Sdn Bhd akan turut menggunakan jeti sama untuk ke Pulau Redang dalam tempoh terdekat. “Sebelum ini, pihak sama  menggunakan jeti di Shah Bandar berikutan terdapat masalah teknikal, terpaksa bertukar lokasi sementara iaitu di Pulau Duyong. “Kini di Jeti TTI selepas mendapat kelulusan Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Laut Negeri Terengganu untuk memulakan trip laluan ke Pulau Redang,” katanya.  Menurut Ahmad Bukhori , rata-rata penumpang  mengakui  trip laluan baharu  lebih selesa dan selamat berbanding lokasi lama di mana tidak perlu berdepan kesesakan lalu lintas dan kesukaran mendapat tempat letak kenderaan. “Pihaknya  sudah lama memohon pihak berkaitan menggunakan Jeti TTI, namun beberapa kali tertangguh kerana perlu melalui beberapa prosedur, termasuk berkaitan kesesuaian kedalaman sungai,” katanya.
21 Apr 22
7531
Lukisan Mural Jadi Tarikan Baru Di Kemaman
Lukisan Mural Jadi Tarikan Baru Di Kemaman
KEMAMAN, 16 April - Lukisan-lukisan mural yang sangat cantik dan kreatif menggambarkan identiti daerah ini telah menjadi tarikan baru bagi masyarakat setempat dan masyarakat luar untuk datang ke sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) dalam menjayakan kewujudan mural ini. "Pada pendapat saya, secara tidak langsung, ianya telah mewujudkan satu elemen pelancongan baru di Bandar Cukai khususnya. "Lorong tersebut akan menjadi satu tarikan baru di bandar ini yang mana orang ramai boleh mengabdikan kenangan dengan bergambar di lukisan-lukisan ini. "Saya amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh semua pihak berkaitan di dalam menaikkan identiti daerah Kemaman untuk lebih dikenali oleh masyarakat luar," ujarnya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri. Hanafiah berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Penutup Pertandingan Mural dan Laman Rumohku Comey serta Selfie & Tiktok Ewaste dan Barangan Kitar Semula yang diadakan di Medan Letak Kereta 6, Jalan Sulaimani, kelmarin. Dalam majlis berkenaan, Hanafiah turut menyampaikan sijil dan hadiah kepada semua pemenang. Pertandingan ini diadakan bersempena Ulang Tahun Pemasyhuran MPK Kali ke-20.
16 Apr 22
679
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu Bermula 22 April Ini
Pertandingan Pelita Raya Beautiful Terengganu Bermula 22 April Ini
KUALA TERENGGANU, 14 April- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) akan meneruskan Program Pelita Raya Beautiful Terengganu 2022 mulai 22 hingga 26 April depan. Bagi mengembalikan nostalgia tradisi  memasang pelita pada malam tujuh likur, program yang berlangsung selama lima hari bertemakan 'Pelita Raya Beautiful Terengganu’ itu akan diadakan di Kampung Budaya Terengganu (KBT), Kompleks Muzium Negeri Terengganu. Pengarah JPNT, Fadli Yusof Zakaria berkata, pertandingan kali ini, membabitkan  penyertaan lapan daerah dari seluruh negeri Terengganu di mana mereka perlu menghiasi monumen seperti rumah-rumah tradisi, perahu besar dan Istana Tengku Long yang terdapat di KBT. Katanya, Pejabat Daerah Dungun perlu menghias Perahu Besar dan galeri pelayaran, Pejabat Daerah Kemaman (Rumah Nelayan), Pejabat Daerah Besut (Rumah Bujang Serambi Selasar) dan Pejabat Daerah Setiu pula Rumah Bujang Berkembar. “Manakala Pejabat Daerah Hulu Terengganu ditetapkan untuk mencantikkan Rumah Limas Belanda, Pejabat Daerah Kuala Terengganu (Rumah Tele), Pejabat Daerah Marang (Istana Tengku Long) dan Pejabat Daerah Kuala Nerus pula akan menghias Laman Warisan. “Hasil rekaan sebaik-baiknya menggunakan barangan terpakai dan disyaratkan perlu menggunakan sekurang-kurangnya 100 pelita sumbu. Penambahan replika di kawasan yang ditetapkan adalah satu bonus,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Fadli berkata, pihaknya menetapkan  penglibatan semua pejabat daerah berikutan pihak itu merupakan keluarga angkat kepada rumah-rumah tradisi KBT. “KBT akan beroperasi seperti biasa pada waktu siang, dan akan dilanjutkan waktu pengoperasian pada sebelah malam iaitu dari pukul 9 malam hingga 11:30 malam.  "Aktiviti sampingan turut dianjurkan antaranya demontrasi dan jualan produk kering serta makanan moreh tradisional di rumah-rumah dan platform yang disediakan,” katanya. Menurut beliau, apa yang dianjurkan itu pastinya bukan sahaja dapat mengembalikan nostalgia malam tujuh likur yang lazimnya diamalkan penduduk dahulu kala, malah dapat mempromosikan KBT kepada masyarakat luar, terutama pelancong asing. “Penganjuran program tersebut juga pada masa sama mampu memupuk semangat cintakan tradisi Melayu dan mengimarahkan hubungan silaturahim antara pejabat daearah dan pengunjung, malah turut dapat menonjolkan elemen pelancongan budaya yang turut sinonim dengan negeri Terengganu.
14 Apr 22
1781
Berbuka Puasa Di Puncak Bukit Maras Jadi Pilihan Terbaharu
Berbuka Puasa Di Puncak Bukit Maras Jadi Pilihan Terbaharu
KUALA NERUS, 11 April – Orang ramai kini boleh mencuba pengalaman berbuka puasa di atas puncak Bukit Maras berlatar belakang panorama indah alam semula jadi berbanding menikmati juadah di hotel-hotel mahu pun di kawasan lapang Tarikan terbaharu itu menawarkan satu keunikan berganda buat mereka yang gemar berbuka di luar selain tepi pantai, taman awam dan  kawasan lapang berhampiran drawbridge. Seorang pengunjung, Mohd. Shobri Ahmad, 45, dari Shah Alam, Selangor berkata, kedatangan ke negeri ini atas urusan kerja berbaloi apabila dapat merealisasikan impian keluarga sejak sekian lama untuk berbuka di atas bukit. Katanya, isteri, Haryati Abd. Ghani, 40, bersama ibu mentua dan empat anaknya yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun cukup teruja dapat berbuka di lokasi berkenaan di samping berpeluang menaiki kenderaan pacuan empat roda hingga ke puncak. “Saya ada melihat pakej berbuka di Bukit Maras dan teringin untuk mencuba kerana lain daripada lain sebab sudah biasa makan di hotel atau di padang. “Saya tidak sangka Terengganu memiliki ‘port’ berbuka di kawasan alam semula jadi menarik tanpa perlu ke bangunan tertinggi atau menara, malah emak dan anak-anak berselera makan menu kampung yang disediakan hingga berulang kali menambah nasi,” katanya . Menurut Mohd. Shobri, mereka sekeluarga dibawa naik ke Bukit Maras pada pukul 5.30 petang dan dapat meluangkan masa selama tiga jam sebelum dibawa turun pada pukul 8.30 malam. Katanya, Terengganu merupakan negeri yang sentiasa dikunjungi keluarganya saban tahun dan kali ini dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali semula ke negeri ini pada Ramadan tahun depan bagi menikmati suasana berbuka di puncak Bukit Maras.  Pakej berbuka puasa di Bukit Maras * RM95 untuk seorang/ minimum sekeluarga empat orang (termasuk khidmat pengangkutan kenderaan pacuan empat roda ke puncak). * Menu: Nasi putih, gulai daging kawah, ayam masak merah, telur masin, ulam, sambal, buah tembikai, martabak, kurma, kuih tradisi, teh tarik dan sirap limau. * Berkumpul di kaki bukit pada pukul 5 petang dan turun semula antara pukul 8 hingga 10 malam (berdasarkan kepada permintaan pengunjung).  
11 Apr 22
5284
Tasik Kenyir 'Bird Watching Destination' Temukan 40 Spesies Baharu Burung
Tasik Kenyir 'Bird Watching Destination' Temukan 40 Spesies Baharu Burung
HULU TERENGGANU, 27 Mac - Tasik Kenyir yang terkenal sebagai “Kenyir Hornbill Valley” merekodkan tambahan 40 spesis burung menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 336 spesis burung sudah berada di sekitar kawasan itu. Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Datuk Razali Idris berkata spesis burung baharu termasuk yang dikategorikan sebagai terancam kembali berhijrah ke Tasik Kenyir termasuklah burung sewah tekukur besar, burung hantu kuang kuik, burung tukang kelab dan burung sultan tit “Kenyir Hornbill Valley di Bukit Lawit, Tasik Kenyir adalah antara 125 lokasi di Asia Tenggara yang terbaik untuk aktiviti melihat burung. “Burung Enggang juga dapat dilihat dengan mudah di Tasik Kenyir. Lebih menarik lagi, sebanyak 9 spesis burung enggang (Hornbill) terdapat di Tasik Kenyir  termasuk yang terancam iaitu tebang mentua atau helmeted hornbill,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Kenyir Bird & Nature Quest (KBNQ) 2022 di sini, semalam.  Katanya, ini membuktikan bahawa, ekosistem dan alam semulajadi di Tasik Kenyir yang sentiasa terjaga dan lestari menjadi daya penarik kepada burung – burung untuk berhijrah ke lokasi tersebut. Tambah beliau lagi, penganjuran Kenyir Bird & Nature Quest telah melakarkan kejayaan dalam penjenamaan Tasik Kenyir sebagai “Kenyir Hornbill Valley” yang telah tersenarai antara 125 lokasi aktiviti melihat burung terbaik di Asia Tenggara. “Pengiktirafan ini dicapai setelah Tasik Kenyir tercatat dalam salah satu buku pelancongan utama di dunia iaitu The Lonely Planet,” kata Razali.
27 Mar 22
1182
Tour Gateh D'Tranung Buka Tirai Perlumbaan
Tour Gateh D'Tranung Buka Tirai Perlumbaan
Tour Gateh D'Tranung 2022 membuka tirai dengan 144 pelumba daripada 26 pasukan bersaing bagi peringkat pertama, hari ini 21 Mac.
22 Mar 22
288
Tour Gateh D'Tranung 2022: Amirul Bolot Dua Jersi
Tour Gateh D'Tranung 2022: Amirul Bolot Dua Jersi
Kapten Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Nur Amirul Fakhruddin Mazuki mengungguli peringkat pertama Kejohanan Tour Gateh D'Tranung yang berakhir di Jerteh hari ini 21 Mac.
22 Mar 22
390
Primula ‘Fishing Challenge 1.0’ Tawar Hadiah Lumayan
Primula ‘Fishing Challenge 1.0’ Tawar Hadiah Lumayan
KUALA TERENGGANU, 21 Mac – Primula Beach Hotel menawarkan hadiah lumayan kepada para pemenang yang menyertai Primula ‘Fishing Challenge 1.0’ pada 26 Mac ini bermula jam 7.00 pagi hingga 1.00 petang  bertempat di pesisir Pantai Batu Burok.  Pengurus Besarnya, Suaibah Harun berkata program tersebut merupakan acara terbesar dalam sukan memancing yang pernah diadakan di Primula Beach Hotel mensasarkan penyertaan 700 peserta dari pelbagai kelab memancing di dalam dan di luar negeri Terengganu. “Tempat pertama  bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, kedua (RM3,000), tempat ketiga (RM2,000), tempat keempat (RM1,000), tempat kelima (RM400) dan tempat keenam hingga 60 peserta bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM200.  “Kami juga menyediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah berbentuk barangan elektronik, baucer penginapan, makanan dan  hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal berjenama SYM.”ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Tambahnya, pelaksanaan program ini  bertujuan untuk menarik pengunjung untuk datang melancong di Terengganu di samping menarik lebih ramai pengunjung ke Pantai Batu Burok, selari dengan hasrat kerajaan untuk mempromosikan sektor pelancongan negeri melalui aktiviti sukan.  Suaibah juga berkata pihaknya menggunakan kelebihan kedudukan hotel yang bertempat berhampiran dengan pantai  dan berharap agar program ini mendapat sambutan positif dan dapat diteruskan pada masa akan datang dalam kalendar pelancongan negeri.  
21 Mar 22
858