Artikel "Pelancongan" Terkini
TERENGGANU CALENDAR OF EVENT 2020
Apa yang ada di negeri Terengganu tahun 2020? Video ini menjelaskan segalanya. Jom saksikan kalendar pelancongan Terengganu 2020. Jangan lupa share tau. Biar semua orang tahu apa yang bakal dilangsungkan.
28 Apr 20
136
2020 Pendikir Muda Terengganu Lakar Sejarah Malaysia Book Of Record
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Seramai 2,020 orang pendikir Terengganu berjaya mencatat sejarah apabila diiktiraf Malaysia Book Of Record (MBOR) melalui 'The Largest Multilingual Dikir Barat Performance' dalam Himpunan Pendikir Muda Terengganu 2020, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman merakamkan rasa terima kasih kepada 84 kumpulan dikir pelbagai peringkat yang terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.
"Alhamdulillah, kita telah diiktiraf sebentar tadi dan saya bangga dengan anak-anak muda Terengganu atas kejayaan memecahkan rekod ini.
Barisan pendikir terdiri daripada 84 kumpulan dikir pelbagai peringkat.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu atas usaha sama dan sokongan yang diberikan," katanya ketika ditemui pemberita selepas program berkenaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, semalam.
Jelasnya, pasukan pendikir muda itu berjaya mempersembahkan lapan bahasa kepada masyarakat iaitu bahasa Melayu, Inggeris, Jepun, Cina, Jawa, Hindi, Arab dan Thailand.
Sementara itu, Pengerusi Penggiat Seni Dikir Barat Terengganu, Sulizi Che Awang berkata, pasukannya mengambil masa sekitar dua bulan untuk menjayakan persembahan itu.
"Bila sampai saat dan ketikanya kita kumpulkan mereka untuk selaraskan persembahan tersebut dan hasilnya alhamdulillah.
Cikgu Sulizi 'orang lama' dikir barat Terengganu.
"Inilah satu impian saya membuat himpunan pendikir Terengganu sekali gus melakar rekod baharu Malaysia," katanya.
Tambahnya, lapan bahasa yang dipilih berdasarkan kemampuan artis-artis dikir yang dibawa.
"Ini juga menunjukkan dikir barat ini bukan sahaja boleh dipersembahkan dalam bahasa Melayu tetapi juga bahasa-bahasa lain dengan karektor masing-masing," kata penggiat seni yang telah mencurahkan usaha selama 32 tahun dalam dunia dikir barat itu.
Dalam program anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), anugerah MBOR disampaikan oleh pegawai penyelidiknya, Nurul Fatihah Mahmood.
Turut hadir, Pengarah Tourism Terengganu, Ab. Rasid Jusoh dan Timbalan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Azman Osman.
Halim Yazid turut ketuai persembahan di Himpunan Pendikir Muda Terengganu 2020.
15 Feb 20
888
Azmani 'Vokalis' Baharu Iklim
Azmani membuat kemunculan pertama dengan menyampaikan lagu Gerhana Cinta Luka.
KUALA TERENGGANU, 15 September- Kumpulan 'rock' ternama Malaysia, Iklim mengejutkan peminat apabila menampilkan 'vokalis' baharu pada penampilan kumpulan berkenaan dalam Karnival Pantai 2019 di Dataran Batu Buruk, semalam.
Pengurusnya, Yusli Mohd Hassan memaklumkan, Iklim bakal kembali mewarnai industri seni tanah air dengan Mohd Azmani Mohd Isa bertindak menggantikan tempat Allahyarham Saleem sebagai penyanyi utama.
Penyanyi kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu merupakan bekas penyanyi utama Kumpulan Kulit yang aktif di antara penghujung tahun 90-an dan terkenal dengan lagu 'Kita Yang Tak Berdosa'.
Umarul (bertopi) dan Mohalim masih hebat seperti dahulu.
"Azmani membawa imej baru dalam Iklim dan suaranya sendiri sesuai dengan lagu-lagu baharu yang akan dilancarkan kumpulan ini," katanya ketika ditemui selepas program Malam Kesenian Islam, semalam.
Program tersebut turut menampilkan penyanyi terkemuka yang juga merupakan anak Allahyarham Saleem, Syafiq Farhain, kumpulan nasyid terkenal, Hijjaz dan Seedrain.
Peminat bertuah menyaksikan gandingan Syafiq dan kumpulan Iklim.
Lebih menarik, peminat Syafiq di Terengganu bertuah kerana menyaksikan sendiri gandingan penyanyi berkenaan bersama Iklim sebagaimana yang diingin selama ini.
Yusli juga menyatakan, Iklim akan mula mengeluarkan album dengan lagu-lagu baharu bermula tahun hadapan.
"Insya-Allah, kami akan menyertai satu konsert amal pertengahan Oktober ini serta akan melancarkan lagu baru menjelang tahun baru nanti.
Hijjaz merupakan antara artis yang menghiburkan Malam Kesenian Islam.
"Kembalinya kami sebagai satu pasukan adalah hasil cetusan kerajaan negeri dan penaja serta kerinduan peminat," ungkapnya.
Dalam pada itu, gitaris Iklim, Umarul Mahdzar berharap peminat dapat menerima kemunculan semula kumpulan tersebut dengan baik.
"Di usia ini, kami akan berusaha semampu mungkin untuk memberikan yang terbaik kepada peminat. Harap peminat boleh terima seadanya penyanyi yang kami ada," katanya.
Seedrain tampil cemerlang bersama nama besar di pentas Karnival Pantai Terengganu 2019.
Ahli kumpulan Iklim terdiri daripada Umarul sebagai gitaris merangkap composer, Kamaruddin Ibrahim (pemain dram), Mohd Salim Saleh atau lebih dikenali sebagai Mohalim (gitar ‘bass’) Mohamad Huzali Ali (papan nada atau ‘keyboard’) dan Yusli sendiri sebagai pengurus dan turut berperanan sebagai penyanyi kedua.
Manakala, Azmani dan Basri Ismail (gitaris kedua) merupakan anggota baharu kumpulan itu.
Yusli, pengurus yang mengumpulkan semula anggota Iklim.
14 Sep 19
6445
Taman Burung Tarikan Terbaru Taman Tamadun Islam
KUALA TERENGGANU, 17 Julai - Projek taman burung yang merupakan antara tiga produk pelancongan baharu yang bakal diperkenalkan di Taman Tamadun Islam (TTI) sebelum akhir tahun ini dilihat mampu menjadikan lokasi berkenaan destinasi pelancongan ‘wajib singgah’.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, selain itu taman tema mini dan muzium tiga dimensi juga antara yang diusahakan kerajaan negeri untuk direalisasikan di TTI bagi melonjakkan kehadiran lebih ramai pelancong.
“Kita mempunyai beberapa produk untuk memberi nafas baharu kepada TTI termasuk projek taman burung ini tetapi semuanya bergantung kepada sumber kewangan.
“Kita akan perjuangkan perkara ini untuk mendapatkan kelulusan bajet daripada kerajaan negeri agar ianya dapat dilaksanakan secepat mungkin,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, semalam.
Ariffin berkata, pihaknya sedang giat mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak berkaitan berhubung projek berkenaan termasuk soal konsep serta kesesuaian lokasi.
“Ianya merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi membaik pulih dan memberi nilai tambah produk pelancongan sedia ada yang didapati kurang berdaya maju bagi meningkatkan hasil pulangan sektor tersebut kepada ekonomi negeri,” ujarnya.
17 Jul 19
644