lightning-solid
Berita :

Artikel "Pelancongan" Terkini

Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
Optimis Mampu Capai Tiga Juta Pelancong
MARANG, 16 Ogos - Kerajaan negeri optimis mampu mencapai sasaran tiga juta pelancong ke Terengganu sepanjang tahun ini berdasarkan sambutan menggalakan ketika ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata penganjuran program berskala besar seperti 'Bike Week', 'Geng Y Mega Gathering 2022' dan 'RXZ Members 4.0' merancakkan pengunjung ke negeri pesisir pantai itu. "Saya yakin kita mampu mencapai angka ini dengan adanya pelbagai program termasuk yang telah dirancang oleh Jabatan Pelancongan sendiri melalui 'calendar of event'," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui UPDI semasa melakukan tinjauan kerja menaiktaraf perbekalan air di Kampung Che Hassan, Gelugor Kedai, di sini kelmarin Jelasnya, keadaan semasa yang berlaku di Terengganu kini mengembirakan pemain industri pelancongan terutamanya di pulau-pulau. "Rata-rata pelancong suka memilih lokasi berkenaan untuk menghabiskan waktu bersama keluarga sehingga mereka menyatakan mahu meneruskan operasi walaupun di musim tengkujuh. "Pada kebiasaan apabila masuk sahaja Oktober, cuaca kurang baik namun mereka sangat bersemangat setelah sekian lama tidak merasai keadaan sebegini. "Bagi kami apa yang penting dan utama adalah keselamatan, sekiranya pada tahun ini mereka merancang untuk tidak mahu menutup chalet adalah penting untuk menjamin keselamatan pengunjung," ujarnya.
16 Aug 22
361
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
Media Prima Berhad (MPB) selaku penganjur program Karnival Jom Heboh (KJH) bersetuju untuk melaksanakan program terbabit mengikut garis panduan hiburan yang ditetapkan kerajaan Terengganu.
16 Aug 22
236
Aroma Dapur Kayu Warung Mek Lamah Sajikan Kelainan
Aroma Dapur Kayu Warung Mek Lamah Sajikan Kelainan
HULU TERENGGANU, 16 Ogos - Biarpun terpaksa ‘bertemankan’ bahang dan asap, Warung Mek Lamah, di sini tetap setia menggunakan dapur kayu sejak Mac 2020. Terletak di jambatan yang menuju ke Kampung Dusun, warung yang dikendalikan oleh pasangan suami-isteri Abdullah Ali, 62, dan Jalamah, 59, juga pemilik nama Mek Lamah berkata, memasak menggunakan kayu api berbanding dapur gas dikatakan menjadikan masakan lebih lazat dan membangkitkan  rasa yang mengasyikkan.  “Apa yang istimewanya memasak menggunakan dapur kayu ialah aroma smoky ataupun kayu bakar yang akan terhasil pada nasi ataupun air yang direbus, menjadikannya  cukup istimewa dan meninggalkan memori yang sukar dilupakan. "Kami mengekalkan resipi turun-temurun keluarga untuk memastikan keenakan masakan lauk pauk  walaupun pedih mata dimasuki asap kayu api tetapi saya tetap tidak mahu menggunakan dapur gas sebab rasanya ebih wangi, dan lebih menggoda selera makan,”katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui. Menurut Mek Lamah, beliau  amat mementingkan kesempurnaan untuk memastikan pelanggan tempatan atau luar benar-benar menikmati hidangan yang disajikan. Justeru itu katanya, dia hanya menggunakan bahan segar untuk memastikan keenakan juadah yang terdapat di warung mereka. Terdapat lebih 10 jenis masakan di warung Mek Lamah termasuk lauk pauk serta ulam-ulaman dan kerabunya yang unik. Antara juadah yang menjadi pilihan utama adalah baung masak tempoyak dan masakan berasaskan daging salai yang diproses sendiri. Pengunjung juga boleh menikmati suasana santai ketika makan berlatarbelakangkan suasana dusun buah-buahan menjadikan ia lokasi unik sesuai kepada mereka yang gemarkan ketenangan jauh dari hiruk pikuk bunyi bising. Sementara itu, rata-rata pengunjung turut teruja dengan kaedah memasak yang digunakan dan mengimbau kenangan mereka ketika masih kecil. Bagi pasangan suami isteri, Alias Kassim, 46 dan isteri, Sabariah Musa, 44, dari Kemaman, mereka sanggup datang dari jauh semata-mata ingin sesuatu kelainan ketika menikmati hidangan dan suasana kampung.  “Teringat zaman kecil..kalau tak pandai menyalakan dapur kayu, alamat tak berasap dapur dan tak dapat makanlah satu rumah. Sebelum tu kena cari dan membelah kayu api dulu.Kena sentiasa penuhkan gobok bawah dapur untuk memudahkan memasak .  “Tetapi itu semua hanya tinggal nostalgia saja dan jika nak mengimbau zaman kecil pasti saya akan datang ke sini serta menikmati masakan yang mampu menghapuskan kerinduan terhadap kenangan lama,”katanya. Bagi kakitangan awam, Khairi Abd Ghani berkata, warung mek Lamah menjadi pilihan utama jika inginkan hidangan ala kampung. ”Menjadi rutin saya datang ke sini sebab makanan dia semua enak belaka dan suasana sekitarpun menarik,”ujarnya.   
16 Aug 22
1688
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
Penganjur 'Jom Heboh' Setuju Ikut Garis Panduan
MARANG, 15 Ogos - Media Prima Berhad (MPB) selaku penganjur program Karnival Jom Heboh (KJH) bersetuju untuk melaksanakan program terbabit mengikut garis panduan hiburan yang ditetapkan kerajaan Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya telah memberi beberapa saranan agar sebarang hiburan atau aktiviti yang akan dijalankan tidak melanggar batas di samping mengetengahkan konsep islamik. "Sebagai contoh berdasarkan garis panduan kerajaan negeri jika hendak mengadakan konsert, penyanyi tidak boleh wanita dan semua barisan artis yang akan membuat persembahan pada karnival itu nanti adalah artis lelaki. "Kita sebenarnya tiada masalah untuk menyokong mana-mana program yang hendak dianjurkan seumpama KJH ini asalkan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan patuh syariah di samping akan membawa kepada keuntungan kepada rakyat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau operasi pemasangan paip bagi projek menaik taraf bekalan air kawasan Marang, di sini, semalam. Mengulas lanjut Ariffin berkata, namun tarikh sesuai bagi program KJH masih dalam perbincangan. "Ketetapan asal adalah pada September ini namun ia masih dalam perbincangan, saya yakin karnival ini akan didatangi oleh pelancong dari negeri Pahang, Kelantan bahkan seluruh negara," katanya. Dalam pada itu menurutnya, semua pihak sangat dialu-alukan untuk mengadakan aktiviti dan program di negeri ini. "Mereka juga telah sedia maklum dengan ketegasan kerajaan negeri agar apa jua yang hendak dilakukan mesti patuh syariah, penerbit telemovie yang ingin melakukan pengambaran di negeri ini juga berjumpa kami dan sanggup mematuhi garis panduan kerajaan negeri. "Drama itu mereka maklumkan akan menampilkan pelakon yang berhijab dan menutup aurat, ini memberikan gambaran bahawa usaha kita mendidik orang ramai termasuk mereka yang datang dari luar Terengganu telah difahami dan sudah maklum mengenai syarat yang mesti mereka patuhi. "Sebenarnya ramai lagi penerbit filem yang datang ke Terengganu untuk membuat filem, kita terbuka untuk memberikan kerjasama kepada mana-mana penerbit filem atau drama kerana ia juga merupakan langkah untuk mempromosikan negeri ini agar lebih dikenali," ujarnya.  
15 Aug 22
2325
SAP Tarikan Baharu Di Setiu
SAP Tarikan Baharu Di Setiu
SETIU, 10 Ogos - Setiu Adventure Park (SAP) merupakan produk pelancongan berasaskan komuniti (CBT) baharu yang diperkenalkan penduduk setempat dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu, Jenoba trading & Servive dan MZ Global Outdoor Service. Antara aktiviti utama yang menarik adalah berkayak, berkhemah di Sungai Langkap manakala di Sungai Ulu Kasar pula pelancong boleh mencuba 'flying fox' dan juga disediakan tapak perkhemahan. Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Ahmad Rizal Mamat berkata para pengunjung sewajarnya mencuba produk pelancongan baharu itu serta menikmati keindahan panorama semulajadi yang pasti menenangkan jiwa dan sesuai untuk percutian keluarga. "Tempat ini telah diberi suntikan pembangunan oleh pihak Kementerian Perumahan dan kerajaan Tempatan Malaysia (KPKT) yang mana peruntukan sebanyak RM480,000 telah disalurkan ke pihak Majlis Daerah Setiu untuk infrastruktur seperti pembinaan jalan, surau, wakaf dan juga gerai untuk penduduk berniaga. "Bagi kami peruntukan ini agak besar bagi membangunkan tempat yang sebelum ini kosong, kita juga telah menerima peruntukan daripada Jabatan Pelancongan sebanyak RM20,000 untuk kedua-dua tempat ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa Majlis Pelancaran CBT Setiu Adventure Park, di Kampung Langkap & Lata Ulu Kasar yang telah disempurnakan oleh Setiausaha kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, di sini, baru-baru ini. Tengku Seri Bijaya Raja berkata, setelah CBT tersebut dikenali ramai pastinya manfaat dan impaknya akan terpalit kepada semua pihak untuk menerima limpahan ekonomi terutamanya penduduk setempat. "Bukan sahaja nama kampung akan tersohor malah boleh menjana pendapatan hasil jualan pelbagai gerai, ia akan turut memberikan peluang pekerjaan kepada komuniti dalam perusahaan pelancongan, barangan dan perkhidmatan yang disediakan kepada pengunjung. "Tugas dan tanggungjawab komuniti adalah untuk memastikan produk ini sentiasa terpelihara, kekal dengan keindahan serta keunikan yang dimiliki ini dan perlu untuk sentiasa menjana idea baharu yang relevan bagi mempergiatkan lagi promosi tempat ini dalam usaha menarik seramai mungkin pelancong ke sini," katanya.  
10 Aug 22
757
Pusat Rekreasi Belukar Bukit Akan Dibaik Pulih
Pusat Rekreasi Belukar Bukit Akan Dibaik Pulih
Kerajaan Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan membaik pulih infrastruktur di Pusat Rekreasi Belukar Bukit dalam jangka masa terdekat. 
09 Aug 22
227
Primula Pink Ride Tarik Lebih 820 Peserta
Primula Pink Ride Tarik Lebih 820 Peserta
Program berbasikal ‘Primula Pink Ride’ tarik lebih 820 orang peserta melibatkan laluan sejauh 46 Kilometer. 
08 Aug 22
140
Duyong Marina Belanja RM4.4 Juta Baik Pulih Kemudahan
Duyong Marina Belanja RM4.4 Juta Baik Pulih Kemudahan
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Sebanyak RM4.4 juta diperuntukkan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu bagi membolehkan resort kerajaan negeri, Duyong Marina & Resort (DMR) melakukan kerja pengubahsuaian dan pembaikan secara menyeluruh bermula 1 Ogos 2022. Pengurus besarnya, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, kos terbabit melibatkan renovasi keseluruhan kawasan termasuk chalet, bangunan Cindai, bangunan Marina serta peralatan mekanikal dan pendawaian elektrik. "Kita juga akan membaiki apa jua kerosakan yang berlaku di sepanjang jeti, apa yang rosak kita akan gantikan semua, termasuk mengantikan dinding, atap bocor dan semua penghawa dingin kita akan tukar baharu. "Proses ini dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2023, setelah dibaik pulih pelbagai perancangan akan kita lakukan untuk membangunkannya kerana kita telah ada pelan induk untuk pembangunan di masa akan datang," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, ketika Majlis 'Soft Launch' Kempen Salam Malaysia #SenyumSokmo, di Verandah Restaurant, DMR, di sini baru-baru ini. Ujar Wan Mohd. Faizul, tindakan yang diambil itu sekali gus membuktikan segala aduan yang disuarakan pengunjung didengari oleh pengurusan DMR "Sebenarnya kita sentiasa mengambil berat terhadap setiap aduan daripada pelanggan apabila datangnya sebarang aduan kita memberikan tindak balas segera untuk kepuasan pengunjung sebab kita sentiasa 'on call' untuk melakukan kerja-kerja penyelengaraan. "Menjadi masalah ialah aduan tidak diasalurkan segera, sebaliknya dimaklumkan selepas keluar dari hotel, saya rasa itu tidak wajarlah sebagaimana aduan yang pernah ditularkan dahulu mengenai bilik kotor dan rosak yang sengaja dihebahkan di media sosial sedangkan tiada sebarang aduan pun diterima. "Kami mengambil sikap untuk tidak memanjangkan isu terbabit, kerana ia memerlukan masa dan juga kos jadi kami dinasihatkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dan pimpinan negeri agar tidak menyaman pihak yang melakukan dakwaan berkenaan, demi kebaikan apa teguran yang betul kita ambil tindakan dan atas tohmahan yang tidak betul, kita maafkan," ujarnya lagi.  
04 Aug 22
1028
Duyong Marina Rekod Pendapatan Tertinggi
Duyong Marina Rekod Pendapatan Tertinggi
KUALA TERENGGANU, 3  Ogos - Hotel atau resort milik kerajaan negeri, Duyong Marina & Resort (DMR) mencatatkan pendapatan tertinggi sejak penubuhannya apabila memperolehi hasil RM10 juta tahun lalu. Pengurs Besar DMR, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, pendapatan itu telah diraih melalui pelancongan domestik. "Sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun 2020 di mana pada masa itu disebabkan pandemik maka aktiviti pelancongan sebagaimana sedia maklum sangat terjejas dan pendapatan yang kita perolehi pada waktu itu ialah RM7.4 juta,"ujarnya, Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media, di Majlis 'Soft Launch' Kempen Salam Malaysia #Senyumsokmo, di Verandah retaurant, DMR di sini semalam. Ujar Wan Mohd. Faizul, pada tahun ini pihaknya menyasarkan pendapatan sebanyak RM12 juta. "Untuk mencapai sasaran ini ia agak mencabar dan kita juga melakukan 'renovation' di beberapa tempat, pelbagai cara dan usaha akan kita laksanakan termasuk memperkenalkan pelbagai produk baru. "Kita akan berfikir di luar kotak bagi mencapai sasaran itu, jadi saya harap 'team sales' akan lebih kuat selepas ini, untuk masa sekarang kita akan terus pergiatkan promosi melalui perancangan yang telah kita aturkan mengikut jadual tahunan," katanya.
03 Aug 22
3269
Hotel di Tasik Kenyir Beroperasi Awal 2023
Hotel di Tasik Kenyir Beroperasi Awal 2023
Hotel milik kerajaan negeri di Tasik Kenyir yang terbengkalai lama selepas dibina pada 2015 dijangka akan disiapkan dan beroperasi pada suku pertama tahun 2023.
02 Aug 22
895