lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Sembilan Pusat Asuhan Terima Sumbangan Komputer Riba
Sembilan Pusat Asuhan Terima Sumbangan Komputer Riba
BESUT, 28 Disember - Sebanyak sembilan buah pusat asuhan disini menerima sumbangan komputer riba dari Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh. Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata sumbangan ini merupakan inisiatif pehaknya bagi memberi kemudahan kepada pentadbiran pusat asuhan. “Pemberiaan ini harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengurusan pusat asuhan. "Komputer riba merupakan satu keperluan seiring dengan arus kemodenan ketika ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sumbangan Komputer Riba di Kampung Padang Luas, Jerteh. Katanya, sumbangan komputer riba itersebut diharap dapat menyuntik semangat para petugas untuk terus menabur bakti dan tenaga bagi menjaga anak-anak asuhan.
30 Dec 20
52
'Teen Circle’ Tarik Remaja Minat Usrah
'Teen Circle’ Tarik Remaja Minat Usrah
Oleh : Nur Atika Hussin  BESUT, 30 Disember - Pendekatan 'circle' dengan pembawaan santai dan menarik menjadi strategi terbaik untuk mendekati gadis remaja agar berminat dengan usrah.  Ketua Pertubuhan Wanita Kebajikan Nur Insani (Nisa’) Besut, Nor Amira Amijudin berkata, 'Teen Circle' mengajak remaja yang berumur dalam lingkungan 13 hingga 18 tahun minat kepada perkara kebaikan. “Pada usia sebegini mereka mudah terdedah kepada pelbagai gejala tidak sihat sekiranya tidak mendapat pengawasan yang sepatutnya daripada penjaga. "Harapan saya, supaya program ini akan terus menjadi medium yang sihat bagi anak remaja untuk mendapat pengisian rohani dan mengisi masa terluang terutama dalam tempoh cuti sekolah," ujarnya. Nor Amira berkata demikian ketika ditemui  pemberita selepas program usrah anjuran Nisa' Besut yang diadakan di Masjid Hadhari, semalam. Beliau turut memaklumkan, pihaknya akan terus melaksanakan pelbagai program bagi menarik para remaja meminati aktiviti bermanfaat. “Semoga Nisa’ berpeluang untuk menjayakan pelbagai aktiviti dan program untuk menarik golongan muda di masa akan datang,” ujarnya.
29 Dec 20
873
50 Peserta RTB Padang Tapong Terima Geran Tanah
50 Peserta RTB Padang Tapong Terima Geran Tanah
BESUT, 28 Disember - Seramai 50 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Padang Tapong di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh menerima geran kekal RTB dan Borang 5A setelah menunggu selama 15 tahun. Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, pemberian geran kekal dan Borang 5A tersebut merupakan salah satu janji kerajaan Negeri Terengganu iaitu mengembalikan hak tanah kepada peserta yang dinafikan dahulu. "Saya berharap para peserta dapat mematuhi arahan serta prosedur oleh pihak pejabat bagi memastikan proses pemilikan tanah berjalan lancar. "Pihak pejabat sentiasa berusaha bagi memastikan para peserta RTB memperoleh kembali hak milik mereka disamping menunaikan janji kerajaan kepada rakyat," ujarnya ketika berucap di Majlis Penyerahan Borang 5A di Kampung Raja, Besut.
29 Dec 20
1069
Sambut Baik Cadangan Suntikan Vaksin COVID-19
Sambut Baik Cadangan Suntikan Vaksin COVID-19
DUNGUN, 28 Disember- Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman menyambut baik usaha Kerajaan Malaysia untuk mendapatkan bekalan vaksin COVID-19 bagi menghentikan penularan wabak berkenaan.   Bagaimanapun katanya, orang ramai masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan seperti mengamalkan penjarakkan fizikal, memakai pelitup muka dan mencuci tangan sebagai usaha memerangi pandemik itu. "Ianya suatu langkah yang baik menghentikan penularan wabak berkenaan, kerajaan dalam suatu kenyataan menyatakan akan mendapat bekalan 12.8 juta dos vaksin COVID-19 dijangka diterima pada Mac hadapan, sudah tentu akan memberi suatu pengharapan baru buat rakyat di negara kita ini. "Sebagai muslim kita tidak boleh berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Di samping itu Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga telah mengemukakan belanjawan bagi meransang kembali pertumbuhan ekonomi melalui pelbagai sektor yang telah diumumkan bagi memastikan aspek kebajikan serta kesejahteraan rakyat terjamin, termasuklah penduduk di DUN bukit Besi ini sendiri yang turut terkesan tatkala wabak pandemik berkenaan melanda," ujarnya. Beliau berkata demikian ditemui pihak media, ketika menyerahkan Kalendar 2021 kepada setiap wakil Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk diagihkan kepada seluruh penduduk DUN Bukit Besi, di sini, hari ini.
28 Dec 20
301
Nisa’ Saranghae Perkasa Agenda Kebajikan
Nisa’ Saranghae Perkasa Agenda Kebajikan
Foto: 3N Nisa' KUALA TERENGGANU, 28 Disember – Program Nisa’ Saranghae menjadi salah satu cara bagi pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) melengkapi fungsi kerajaan negeri dalam hal ehwal kebajikan masyarakat. Menurut Pengarahnya, Wan Nur Sakinah Din, program tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Wanita Nur Insani (Nisa’) negeri Terengganu yang bertujuan untuk membantu meringankan beban rakyat yang terkesan pasca-pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Katanya, ia menjadi tanggungjawab bagi pihak NGO untuk turut sama-sama membantu masyarakat, tanpa mengharapkan kerajaan negeri semata-mata dan Nisa’ berperanan dalam membantu insan yang kurang bernasib baik dengan mengajak orang ramai untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan dalam kerja amal tersebut. Pengarah Nisa' Terengganu menyampaikan sumbangan. “Kenapa kita pilih tajuk ‘saranghae’? Ianya sebagai simbolik masih ramai lagi masyarakat diluar sana yang sayang dan prihatin, mereka sebenarnya sedia membantu rakyat yang memerlukan dalam menghadapi musibah dan ini juga sebenarnya tanda Allah sayangkan kita semua. “Setakat ini, kita sudah bantu dua keluarga iaitu yang pertama keluarga Adik Balqis yang merupakan pelajar harapan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), diuji dengan ayahnya yang baharu dipotong kaki akibat diabetes dan menyebabkan ibunya terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka. “Walaupun dalam keadaan kekurangan, satu telefon bergilir-gilir dengan adik-beradik, mereka masih bersemangat untuk mengikuti kelas secara atas talian. Jadi, kami sumbangkan sebuah komputer beserta mesin pencetak,” ujarnya. Penerima pertama Program Nisa' Saranghae. Sakinah berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), kelmarin. Tambahnya, Nisa’ menyasarkan semua daerah dapat menjalankan program tersebut dengan tapisan hasil kolaborasi bersama dengan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) setempat bagi mengelakkan berlaku pertindihan bantuan daripada agensi atau pihak lain. “Penerima kedua ialah seorang ibu tunggal, Puan Adawiyah yang menyara keluarganya dengan menjalankan perniagaan pastri secara kecil-kecilan dan sebenarnya bermacam-macam pekerjaan lain yang dilakukannya. “Kami beri bantuan ketuhar serta beberapa peralatan lain yang insya-Allah, mudah-mudahan membantunya untuk terus berusaha mengembangkan perniagaan,” ujar beliau lagi. Penerima kedua. Justeru itu, Sakinah turut mendoakan mereka yang ditimpa musibah ini dapat dibantu serta dibangunkan kembali jiwa serta semangat mereka untuk tidak berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Dalam masa yang sama, beliau  turut menyeru masyarakat untuk turut sama-sama menyumbang, demi keuntungan saham akhirat dan orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan, bolehlah mendapatkan maklumat di halaman Facebook rasmi Nisa’ Terengganu.
28 Dec 20
320
Ustaz Haslin Bollywood Kongsi Kesedihan Kematian Naim Hariri
Ustaz Haslin Bollywood Kongsi Kesedihan Kematian Naim Hariri
KUALA TERENGGANU, 28 Disember- Pendakwah selebriti terkenal, Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Haslin Bollywood turut berkongsi kesedihan atas kematian Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang ditemui lemas di Pantai Kelulut, Marang, semalam. Ustaz Haslin menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, Allahyarham merupakan doktor yang pernah merawat beliau ketika menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Tawakkal (KPJ Tawakkal). "Terima kasih banyak buatmu wahai saudara Naim Hariri yang berusaha sepenuh keringatmu membantu aku sehingga dapat bergerak dan berjalan ketika berada di KPJ Tawakal tiga tahun lalu. "Semoga kebaikanmu sebagai bekalan dan saksi ketika ditemui berada di dalam barzakhmu. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosamu, engkau pergi pada hari yang mulia dan syahid akibat lemas di lautan yang bergelora, terima kasih sekali lagi wahai adindaku, sahabatku dan saudara se-Islam moga damailah dirimu di sana," tulisnya. Sementara itu, penghantaran pulang jenazah ke Kuala Lumpur serta segala pengurusan kos ditanggung oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang. "Perasaan sayu, namun syukur Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin yang dilaporkan hilang di Pantai Alor Tuman telah ditemukan (semalam). Takziah diucapkan buat keluarga mangsa. Doakan keluarga Allahyarham tabah dan sabar menghadapi kehilangan orang tersayang," kongsi Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melalui akaun Facebooknya. Terdahulu, mangsa dilaporkan tiba ke Terengganu bersama keluarga untuk melangsungkan perkahwinannya di sini, namun tragedi telah menimpa dirinya apabila lemas ketika mandi di Pantai Kelulut, Jumaat lalu.
28 Dec 20
3073
13,000 Beg Sekolah Diagih Kepada Pelajar Miskin
13,000 Beg Sekolah Diagih Kepada Pelajar Miskin
SETIU, 28 Disember - Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (Dana Kita) mengagihkan 13,000 beg sekolah kepada pelajar kurang berkemampuan di seluruh negara. Timbalan Presiden Dana Kita, Muhammad Irwan Omar berkata pada tahun ini pihaknya berjaya mengedarkan sumbangan itu ke enam lokasi seluruh negara iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Kelantan dan lokasi terakhir di Setiu, Terengganu. "Sumbangan di daerah Setiu melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 2,200 beg sekolah dan 2,200 set keperluan asas untuk diagihkan kepada pelajar yang kurang bernasib baik di 43 buah sekolah rendah dan sebuah pusat pengajian pondok." "Alhamdulillah keseluruhan dana awam yang kita perolehi untuk keseluruhan program ini sebanyak 1.8 juta," ujar beliau ketika ditemuramah oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) baru-baru ini. Program yang telah digerakkan sejak 2016 bermula dengan 1,000 beg dan menyasarkan para murid B40 yang memerlukan bantuan awal persekolahan. Dalam pada itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, sumbangan itu pasti akan menyuntik semangat pelajar-pelajar untuk kembali melanjutkan sesi pembelajaran. "Terima kasih saya ucapkan kepada NGO Dana Kita kerana sudi memilih daerah Setiu sebagai lokasi pemberian sumbangan. "Kepada Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah, manfaatkan barangan yang diberi agar pihak sekolah bukan sahaja menjadi institusi pendidikan malah menjadi hub pemberian bantuan segera kepada murid-murid sekolah," kata beliau ketika ucapan perasmian Program Bags To School. Inisiatif penyaluran bantuan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita merupakan NGO kebajikan yang ditubuhkan bagi membantu golongan asnaf dan yang memerlukan diseluruh negara. Bagi yang berminat membuat sumbangan, boleh menghubungi Facebook Dana Kita atau terus melakukan transaksi ke akaun bank mereka di Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, 564221646925 (Maybank).
27 Dec 20
1099
TDM, EY Teroka Kerjasama Lahir Pakar Akaun
TDM, EY Teroka Kerjasama Lahir Pakar Akaun
TDM Berhad telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama organisasi perkhidmatan profesional Ernst & Young PLT bagi melahirkan tenaga kerja perakaunan dan kewangan mahir.
27 Dec 20
193
MPKK Nadi Kerajaan Dalam Komuniti
MPKK Nadi Kerajaan Dalam Komuniti
KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung atau singkatannya MPKK merupakan nadi bagi melancarkan gerak kerja kerajaan di peringkat masyarakat kampung. Tanpa kerjasama mereka, tentunya agenda kerajaan terutama berkaitan kebajikan akan tergendala dan lumpuh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed berkata, MPKK ibarat tangan kepada kerajaan.  "Banyak hal-hal berkait dengan komuniti, melalui merekalah diselesaikan. Tanpa komitmen MPKK, kerajaan negeri bagai kepatahan tangan. Ahmad Shah ketika memberi ucapan dalam Majlis Keraian di Paya Bunga Hotel. "Tiada ungkapan selayaknya yang boleh saya berikan kepada MPKK selain dari ucapan terima kasih dan mendoakan agar Allah SWT melimpahi seribu kerahmatan buat para MPKK," katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis keraian Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Bandar bersama seluruh jawatankuasa MPKK Dun Bandar 2020 di Hotel Paya Bunga, semalam. Tambah beliau lagi, terlalu besar pengorbanan pihak MPKK. Mereka perlu berhadap dengan pelbagai karenah masyarakat. Kadang-kadang dipuji, namun seringkali dikeji.  Ahmad Shah yang juga Timbalan Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan, dan Alam Sekitar itu turut mengharapkan agar anggota-anggota MPKK yang dilantik dapat membaiki kelemahan dan eratkan lagi kerjasama dalam usaha Terengganu mencapai hasrat pemerintahan maju, berkat, dan sejahtera. Syed Husin (Pengerusi MPKK Tok Kaya) meneri hadiah cabutan bertuah daripada YB Ahmad Shah. "Kita mahukan keberkatan dalam kemajuan. Dari keberkatan, akan terhasilnya ketenangan yang akan melahirkan kesejahteraan dalam komuniti," katanya. Turut diraikan dalam majlis tersebut ialah YM Engku Mohd Firdaus Engku Alam, Mantan Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Encik Mohd Zamari Abu Zih, Mantan Penghulu Mukim Chabang Tiga dan Pulau-Pulau.
27 Dec 20
351
Nisa’ Dekati Anak Muda Melalui Al-Quran
Nisa’ Dekati Anak Muda Melalui Al-Quran
KUALA TERENGGANU, 27 Disember – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Nisa’ Kawasan Kuala Terengganu berusaha mendekati golongan muda melalui aktiviti berasaskan pengisian al-Quran. Ketua Unit Pembangunan Insan (UPI) Nisa’ Kawasan Kuala Terengganu (Nisa’ KT), Wan Nornuraini Wan Mohd Hanafi, berkata, program berkenaan Nisa’ Qurantime (NQT) akan diadakan secara berkala iaitu sekali dalam seminggu. Katanya, NQT merupakan satu program yang mengajak anak remaja untuk lebih dekat kepada al-Quran di samping bertujuan untuk mengadakan sesi perkongsian ilmu dalam perkumpulanan yang kecil. Wan Nornuraini Wan Mohd Hanafi “Objektif utama penganjuran adalah untuk mendekatkan anak muda kepada NGO Nisa’ sekaligus memperkenalkan NGO ini dengan membawa ‘jenama’ variasi al-Quran supaya menjadi lebih dekat kepada masyarakat. “Alhamdulillah, program hari ini (semalam) walaupun pertama kali penganjuran, kita berjaya melibatkan lebih 20 orang peserta dan kami juga menerima reaksi yang positif daripada peserta,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di TD 1303, kelmarin. Nornuraini  turut menyeru anak-anak muda terutamanya wanita di sekitar Kuala Terengganu untuk menyertai program-program anjuran Nisa’ KT dengan mengikuti sebarang hebahan di halaman rasmi Facebook Nisa’ KT. Salah seorang peserta program NQT, Siti Jamilah Mohamad melahirkan rasa gembira atas penganjuran program tersebut dan berharap agar ianya berterusan pada masa-masa yang akan datang. Siti Jamilah Mohamad Dalam  masa yang sama, beliau mengajak semua wanita supaya jangan takut dan segan untuk terlibat dalam program sedemikian. “Saya pada awalnya takut juga nak sertai, tetapi bila sampai di sini, rupanya aktivitinya sangat menyeronokkan dan tidak membosankan di samping dapat menemui rakan-rakan baharu. “Saya juga mencadangkan kepada pihak Nisa’ untuk lebih menyebar-luaskan program ini dan mungkin boleh buat di tempat-tempat yang terbuka supaya penyertaan itu lebih meluas,” katanya.
27 Dec 20
283