lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

PKMD Bukit Besi Jaga Kebajikan Anak Yatim
PKMD Bukit Besi Jaga Kebajikan Anak Yatim
DUNGUN, 13 Januari- Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (PKMD) Bukit Besi sentiasa memberi perhatian terhadap kebajikan anak yatim di kawasan berkenaan. Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman, berkata pihaknya sentiasa memikirkan cara serta kaedah terbaik meringankan sedikit bebanan kehidupan terutamanya di kalangan keluarga yang kurang berkemampuan. "Pada setiap tahun kita raikan mereka, pada kebiasaannya menjelang hari raya kita adakan program berbuka puasa bersama anak yatim supaya dapat mengembirakan mereka, pada kali ini kita berhasrat untuk menyampaikan bantuan awal persekolahan. Beliau berkata demikian selepas mengadakan program makan tengahari bersama anak yatim, di sini, semalam. Katanya, seramai 20 orang anak yatim berusia bawah 12 tahun yang telah dikenal pasti di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengikut beberapa kriteria tertentu telah terpilih untuk menerima bantuan berkenaan. "Insya Allah jika diikutkan masih ada lagi anak yatim yang akan kita fikirkan cara untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka, cuma pada hari ini kita memilih untuk meraikan dahulu anak-anak yatim terpilih ini untuk bersama makan tengahari. "Bagi menzahirkan di peringkat kita selalu cakna dan prihatin kepada mereka dengan perasaan penuh empati dengan nasib yang mereka alami dan juga berperanan menjadi perantaraan untuk pelbagai pihak yang berhasrat membantu anak-anak yatim ini," ujarnya.
13 Jan 21
178
Pelbagai Pihak Tampil Hulur Bantuan Pasca Banjir
Pelbagai Pihak Tampil Hulur Bantuan Pasca Banjir
DUNGUN, 12 Januari- Bencana banjir yang menjejaskan kehidupan ribuan penduduk daerah ini terutamanya di Hulu Dungun terus mendapat perhatian pelbagai pihak yang tampil menghulurkan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan untuk mereka. Pegawai penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Besi (PKMD) telah bertindak menjadi perantaraan dalam menyampaikan sumbangan daripada pihak yang berhasrat menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir. "Sejak semalam, saya telah dihubungi pelbagai pihak yang ingin menghulurkan bantuan samada berupa sumbangan tenaga kerja untuk melakukan kerja-kerja pembersihan, menghulurkan kit bantuan banjir dan sebagainya kepada penduduk di sini. "Kita sangat alu-alukan serta berterima kasih kepada pihak yang sudi membantu meringankan bebanan mangsa banjir," ujarnya ketika ditemui pemberita, hari ini. Katanya, misi bantuan pasca banjir DUN Bukit Besi telah dimulakan secara rasminya semalam dengan penglibatan anggota Jabatan Amal Malaysia Kawasan Dungun dan 'Alternative Riding Club' (ARC). "Juga menerima penyertaan daripada Jabatan Amal Kawasan Marang yang turut singgah membantu ketika perjalanan mereka untuk menjalankan misi banjir di daerah Kemaman. "Antara yang kita lakukan termasuk membersihkan rumah penduduk terkesan banjir, surau, masjid dan segala kerja yang berkaitan," ujarnya. Selain itu Ghazali berkata, pihaknya juga telah menjadikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang tidak terlibat banjir sebagai 'bapa angkat' kepada kawasan yang terkesan banjir. "Dimana kita telah selaraskan kaedah demikian bagi memastikan timbulnya sifat saling bertanggungjawab serta melancarkan lagi aktiviti pasca banjir secara menyeluruh tanpa ada komuniti yang tertinggal didalam memastikan segala gerak kerja pasca banjir dapat diselesaikan dengan baik. "Juga bertujuan memastikan terjalinnya hubungan yang baik diantara kesemua 23 cawangan MPKK yang ada di sini, dimana akan mewujudkan permuafakatan yang baik, bak kata pepatah 'berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing', "ujarnya.
12 Jan 21
276
Sultanah Terengganu Berkenan Lawat Mangsa Banjir
Sultanah Terengganu Berkenan Lawat Mangsa Banjir
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli menziarahi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), Dewan Masjid Kampung Serdang, Dungun.
12 Jan 21
216
150 Pelajar Sertai Kem Motivasi Dan Smart Al-Quran
150 Pelajar Sertai Kem Motivasi Dan Smart Al-Quran
BESUT, 11 Januari - Seramai 150 pelajar menyertai Kem Motivasi dan Smart Al-Quran 2021 yang diadakan selama lima hari bermula 9 Januari lalu bertempat di Kompleks Tahfiz An Nur Besut, Kampung Alor Belanga, Jerteh. Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, program anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut itu merupakan inisiatif pihaknya bagi mengisi waktu cuti hujung tahun pelajar agar lebih bermanfaat. "Kita sedia maklum, usia remaja 10 hingga 17 tahun ini merupakan peringkat umur yang paling kritikal kerana pada usia sebegini mereka mula mencari identiti diri, suka mencuba sesuatu dan mudah terpengaruh dengan budaya negatif," ujarnya kepada pemberita. Katanya, pogram ini juga dapat menyuburkan kecintaan kepada al-Quran dan hadis Nabi dalam jiwa pelajar. "Generasi hari ini yang dikenali sebagai "generasi android" sangat terdedah dengan kerosakan akhlak kerana terlalu mudah dalam mengakses media sosial. "Atas dasar tanggungjawab sebagai pemegang amanah saya akan menyebarkan kebaikan kepada seluruh masyarakat, maka program ini diinspirasikan," ujarnya. Katanya, dengan adanya program sebegini diharap dapat membentuk pelajar yang mempunyai matlamat hidup dan bermotivasi tinggi.
11 Jan 21
592
100 Sukarelawan Besut Bantu Mangsa Banjir Maran
100 Sukarelawan Besut Bantu Mangsa Banjir Maran
BESUT, 11 Januari - Seramai 100 orang sukarelawan dari daerah Besut menyertai misi bantuan banjir di Maran, Pahang. Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad berkata, sukarelawan berkenaan terdiri dari pelbagai agensi tanpa mengira usia itu bersama-sama berganding bahu meringankan beban mangsa banjir. “Usaha ini diadakan bagi membantu rakyat terutamanya mangsa banjir yang baru diuji dengan satu musibah besar. "Saya berharap para sukarelawan dapat berkerjasama antara satu sama lain agar misi bantuan ini tercapai dengan jayanya," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pelepasan misi bantuan banjir ke Pahang, semalam. Katanya, sukarelawan Besut ditugaskan bagi membersihkan rumah yang ditenggelami banjir dan menyediakan juadah untuk mangsa. Beliau juga berharap agar usaha ini diteruskan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dapat dikekalkan.
11 Jan 21
219
Anakanda Sultan Terengganu Santuni Mangsa Banjir
Anakanda Sultan Terengganu Santuni Mangsa Banjir
Duli Yang Teramat Mulia Yang Di-Pertuan Muda Terengganu dan Yang Amat Mulia Paduka Anakanda-Anakanda Sultan  Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mencemar duli menyantuni mangsa-mangsa banjir di Kemaman dan Dungun, semalam.
10 Jan 21
170
"Ia Adalah Satu Hadiah Tidak Ternilai"
"Ia Adalah Satu Hadiah Tidak Ternilai"
HULU TERENGGANU, 10 Januari – "Selepas hampir 12 tahun menunggu, impian memiliki rumah sendiri akhirnya tercapai juga," kata Mohd Azhar Ali, 42, seorang penerima Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) yang diluluskan di negeri ini. Bapa kepada empat anak itu berkata, dia yang membuat permohonan sebelas tahun yang lalu gembira apabila terpilih menerima bantuan berkenaan. "Saya sudah lama menyewa rumah. Bantuan datang tepat pada masanya dan ini ialah hadiah dan kesenangan untuk isteri dan anak - anak saya. “Saya sebagai suami dan ketua keluarga kini boleh menarik nafas lega kerana dapat menyediakan sebuah rumah yang selesa untuk didiami bersama isteri dan empat anak tersayang walaupun tidak sebesar mana. "Bantuan ini meringankan beban dan memberi kemudahan kepada saya yang bekerja sebagai penghantar barang di sebuah Syarikat Kurier," katanya yang ditemui selepas menerima bantuan berkenaan baru-baru ini. Beliau menerima replika kunci rumah yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman kassim di majlis penyerahan di Kampung Bukit Ara, Ajil di sini. Sementara itu, Maliaman berkata, sebanyak 3 unit Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) telah dilulus dan ditawarkan kepada pemohon di Dun Ajil pada tahun 2020.  “Kerajaan negeri melancarkan program PPTS ini bagi membantu lebih ramai golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri dan sentiasa memberikan keutamaan kepada pembekalan rumah mampu milik termasuk rumah kos rendah dan sederhana rendah kepada penduduk di negeri ini. “Kerajaan negeri juga sentiasa komited membantu menyelesaikan isu kemiskinan di Terengganu dengan melaksanakan pelbagai program termasuk bantuan seperti PPTS.  “Kita berharap lebih banyak bantuan seperti ini dapat diberikan kerana Kerajaan Negeri komited dalam usaha membantu menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya.  
10 Jan 21
674
Pelajar Perlu Manfaatkan Tuisyen Rakyat
Pelajar Perlu Manfaatkan Tuisyen Rakyat
DUNGUN, 9 Januari - Para pelajar perlu manfaatkan Tuisyen Rakyat sebagai persiapan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berkata, tuisyen secara percuma itu diadakan sebagai pecutan akhir sebelum bermulanya peperiksaan SPM Februari nanti. "Beri tumpuan sepenuhnya kepada kelas tuisyen ini, belajar bersungguh-sungguh jangan culas, mesti tanamkan azam berjaya dalam SPM dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) kerana kerajaan Negeri Terengganu berhasrat untuk melahirkan rakyat yang berilmu," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Tuisyen Rakyat yang diadakan di Dewan Al-Husna, Markaz Tarbiyah Darul Ansor di Kampung Alor Mak Bah di sini baru-baru ini.  Menurut Alias, seramai 122 orang pelajar Tingkatan Lima daripada empat buah sekolah terpilih di DUN Rantau Abang untuk menyertai tuisyen anjuran kerajaan negeri itu.  "Sekolah - sekolah  itu ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut, Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar, Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Rantau Abang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai," ujarnya.  Disamping itu, beliau turut berharap agar ibu bapa dan calon-calon SPM juga sentiasa melakukan solat hajat memohon pertolongan Allah SWT supaya kejayaan yang dicita-ciatakan tercapai.  "Sekuat manapun usaha kita kalau  tanpa pertolongan Allah, kita tidak berjaya begitu juga kalau langsung tidak 'study' tapi solat hajat, tidak jadi juga. Kita mestilah berusaha diikuti doa dan kemudian tawakal iaitu berserah kepada Allah SWT," ujarnya. 
09 Jan 21
183
Redah Banjir Hadir Akad Nikah
Redah Banjir Hadir Akad Nikah
Perasaan gembira dan redha jelas di muka bakal pengantin lelaki, Mohd Al Hafiz Razilah, 32, ketika meredah banjir di Kampung Rantau Panjang, bagi menghadiri majlis ijab kabulnya, semalam.  
08 Jan 21
173
Walau Banjir, Kenduri Sambut Menantu Tetap ‘On’
Walau Banjir, Kenduri Sambut Menantu Tetap ‘On’
Kenduri menyambut menantu di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu, yang sepatutnya berlangsung esok terpaksa diubah perancangannya selepas kawasan itu dilanda banjir malam tadi.
08 Jan 21
102