lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Terengganu Dikenakan PKP Bermula 22 Januari
Terengganu Dikenakan PKP Bermula 22 Januari
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri Terengganu bermula 22 Januari hingga 4 Februari depan.
20 Jan 21
426
RM328 Ribu Bantuan Mangsa Banjir DUN Cukai Diperuntukkan
RM328 Ribu Bantuan Mangsa Banjir DUN Cukai Diperuntukkan
KEMAMAN, 18 Januari - Sejumlah lebih RM328,300 diperuntukkan bagi menyediakan bantuan berbentuk beras dan barangan dapur untuk kira-kira 3,283 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan hampir 15,000 mangsa banjir yang terjejas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat berkata, proses pengagihan bantuan untuk setiap KIR bernilai RM100 itu telah bermula sejak beberapa hari yang lalu. "Kami mengagihkan bantuan tersebut kepada 14 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di DUN ini yang terlibat dengan banjir. "JPKK masing-masing akan memainkan peranan mengagihkan kepada mereka mengikut bilangan KIR yang telah direkodkan setakat ini. Insya-Allah, semua mangsa banjir di DUN ini akan mendapat bantuan ini," jelasnya. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan Khidmat Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak yang telah membantu melancarkan misi agihan bantuan tersebut dan sebagainya. "Mereka semua tidak mengira peringkat umur dan latar belakang telah sama-sama mengorbankan masa, tenaga dan wang ringgit bagi turut sama menjayakan misi ini. "Mereka telah bekerja siang dan malam bagi memastikan segala bentuk bantuan ini akan sampai dan diterima dengan sebaiknya kepada mereka yang memerlukan," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.  
18 Jan 21
397
Bantuan Khas Diteruskan Walaupun Sesi Persekolahan Tangguh
Bantuan Khas Diteruskan Walaupun Sesi Persekolahan Tangguh
KUALA TERENGGANU, 18 Januari - Bantuan khas bagi meringankan bebanan golongan asnaf menyediakan pakaian dan peralatan sekolah akan diteruskan walaupun sesi persekolahan ditangguhkan berikutan peningkatan kes COVID-19. Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata, pengagihan bantuan khas berjumlah RM9.6 juta itu akan dimasukkan terus ke akaun Ketua Isi Rumah (KIR) selewat-lewatnya Rabu depan. "Bantuan khas itu diluluskan bagi membantu meringankan beban golongan asnaf menyediakan pakaian dan peralatan sekolah susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), diumumkan kerajaan Selasa lalu," jelasnya pada sidang media di pejabatnya di Terengganu Equestrian Resort (TER) di Kuala Ibai, di sini, hari ini. Osman berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) yang memaklumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan Rabu ini ditangguh berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19, di seluruh negara. Tambahnya, pengumpulan data dan jumlah tanggungan terutama membabitkan murid dan pelajar setiap KIR golongan asnaf sedang diproses. "Setiap KIR yang mempunyai tanggungan tiga orang ke atas akan menerima bantuan khas sebanyak RM500 dan tiga ke bawah RM300," ujarnya.
18 Jan 21
4981
APM Perlukan 3,500 Anggota Berjawatan Tetap
APM Perlukan 3,500 Anggota Berjawatan Tetap
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memerlukan sekurang-kurangnya 3,500 anggota baharu berjawatan tetap bagi memperkukuhkan lagi kesiapsiagaan pasukan itu di seluruh negara.
17 Jan 21
156
Sinar Baharu Buat Anak OKU
Sinar Baharu Buat Anak OKU
Usaha Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) memperkenalkan pendidikan awal Orang Kurang Upaya (OKU) melalui Program Quranic Playgroup memberi sinar baharu buat golongan tersebut.
17 Jan 21
92
Bilik Sejuk Beku Beri Manfaat Kepada 150 Nelayan
Bilik Sejuk Beku Beri Manfaat Kepada 150 Nelayan
Bilik sejuk beku di Jeti Nelayan Kampung Batin, Seberang Takir bakal memberi manfaat kepada 150 nelayan di sekitar kawasan itu.
17 Jan 21
160
1,050 JPKK Terengganu Terima Watikah Lantikan
1,050 JPKK Terengganu Terima Watikah Lantikan
Sebanyak 1,050 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang dijenamakan daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri Terengganu telah menerima watikah pelantikan daripada kerajaan negeri semalam.
17 Jan 21
798
Dr Khairuddin Serah Sumbangan Tilam Kenaf Kepada Mangsa Banjir Temerloh
Dr Khairuddin Serah Sumbangan Tilam Kenaf Kepada Mangsa Banjir Temerloh
Oleh : Syahida Mohd / Qatadah Zakaria KUALA NERUS, 17 Januari - Musibah banjir yang melanda di Temerloh, Pahang mendapat perhatian ramai termasuk Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali.  Beliau menerusi Misi Bantuan Prihatin Mangsa Banjir Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyampaikan 230 unit tilam termasuk yang berasaskan kenaf serta pelbagai barangan keperluan lain di Kampung Mempateh, Lanchang di Temerloh, Pahang, baru-baru ini. Majlis ringkas penyampaian bantuan banjir Temerloh itu diadakan di Darul Ansar, Lanchang. Turut hadir, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, Hasanuddin Salim. Dalam majlis tersebut, Dr. Khairuddin berkata, KPKK telah melaksanakan misi turun padang pada peringkat awalnya di Raub dan seterusnya di Chenor. "Alhamdulillah, hari ini kita sampai ke Temerloh dan kita akan cuba bantu semampu yang boleh mangsa-mangsa banjir di sini. "Kita juga berharap usaha ini dapat melegakan sedikit sebanyak beban rakyat Temerloh," ujarnya. Sementara itu, salah seorang penerima bantuan, Hazari Muhamad Apandi, 40, berkata, sungai yang kecil di kawasan Temerloh telah menyumbang kenaikan air secara mendadak dan menyebabkan orang kampung tidak sempat mengalihkan barang mereka ke tempat yang selamat.  "Air sungai naik deras di kawasan kami. Tak sampai beberapa jam, air sudah naik sehingga ke paras atap rumah. Apa barang pun tak sempat kami selamatkan. "Tapi alhamdulillah, kami bersyukur kerana bantuan sampai tak henti-henti pada kami,"katanya, 
17 Jan 21
343
128 Beg Darah Berjaya Dikumpul
128 Beg Darah Berjaya Dikumpul
KEMAMAN, 17 Januari - Sebanyak 128 beg darah berjaya dikumpulkan di 'Amal Mega Blood Donation 2021' di sini kelmarin. Program derma darah itu dianjurkan oleh Jabatan Amal Malaysia (JAM) yang dikendalikan oleh JAM Kawasan Kemaman dengan kerjasama Unit Transfusi Darah Hospital Kemaman dan Jawatankuasa Masjid Sultan Ahmad. Wan Mohd Faisal Wan Abdullah. Timbalan Ketua Pegawai Tadbir JAM Pusat, Wan Mohd Faisal Wan Abdullah bersyukur kerana program tersebut berjalan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan. "Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada warga Kemaman yang sudi hadir memberi sokongan kepada kami dan kehadiran peserta amat memberangsangkan. "Kami meletakkan sasaran sebanyak 120 beg darah yang perlu dikumpulkan pada program ini, alhamdulillah ianya berjaya melepasi sasaran iaitu sebanyak 128 beg selama dua hari kami di sini," katanya ketika ditemui di Masjid Sultan Ahmad, kelmarin. Program yang diadakan selama dua hari itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abdul Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat, ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili dan Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Ustaz Hazri Jusoh. Antara peserta Amal Mega Blood Donation 2021. Wan Mohd Faisal yang juga Timbalan Pengarah II JAM Negeri Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. "Saya sebagai wakil JAM mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Hospital Kemaman, Angkatan Pertahanan Awam Kemaman, anggota Bomba Kemaman, semua Badan Bukan Kerajaan (NGO), pihak masjid, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Pemuda PAS Kawasan Kemaman dan semua anggota Amal Kemaman," ucapnya. Ketika ditanya mengapa program tersebut diadakan, Wan Mohd Faisal menyatakan, ianya bertujuan untuk mengisi tabung darah negara bagi mereka yang memerlukannya untuk tujuan rawatan. "Untuk makluman, program ini diadakan serentak di seluruh negara bagi mengisi tabung darah negara yang sentiasa memerlukan darah," ujarnya.
17 Jan 21
478
Lagi RM30,000 Disalur Untuk Keperluan Mangsa Banjir
Lagi RM30,000 Disalur Untuk Keperluan Mangsa Banjir
KEMAMAN, 16 Januari – Bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir terus berjalan termasuk sumbangan terbaharu sebanyak RM30,000 melalui inisiatif Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman. Menurut Ariffin, sumbangan untuk mangsa di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan Bukit Besi itu turut dicetuskan personaliti media sosial, Nurfarahin Romli atau Farah Lee dengan kerjasama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat (BPTM). “Rombongan 50 orang ini telah mengagihkan berbentuk barangan harian, bantal dan gandum di Kampung Jongok Batu, Kampung Belimbing, Kampung Shukor dan Kampung Fikri. “Bantuan bernilai RM30,000 merupakan sumbangan pihak DUN Alur Limbat berjaya diagihkan pasukan kami mengikut Operasi Standard Prosedur (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya selepas Misi Kemanusiaan Pasca Banjir di Kampung Fikri, petang kelmarin. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat dan Setiausaha BPTM SUK, Zuwislan Awang. Sementara itu, Farah Lee berkata, beliau berjaya meraih lebih RM100,000 dana banjir hasil sumbangan orang ramai di media sosial dan kesemuanya diagihkan kepada mangsa banjir di Kemaman serta Dungun. “Sebelum memulakan projek ini, saya membuat undian idea di sosial media untuk pendapat pengikut, kebanyakan mereka sudah cukup bahan makanan tetapi keselesaan beribadah perlu ditambah baik lagi. “Sumbangan bagi ‘#FLbanjirAID1.0’ ini sebanyak RM53,640 diagihkan dalam bentuk 1,000 kit solat (telekung, sejadah, kain pelikat, kain batik dan tuala) supaya mereka yang terkesan boleh beribadah dengan selesa. “Kita juga agih baju muslimah sebanyak 200 helai, bantal (200), di samping tajaan lain seperti anak tudung dan barangan kebersihan diri,” katanya. Beliau juga berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri khususnya ADUN Alur Limbat, Pusat Khidmat DUN Bukit Besi dan BPTM SUK dalam membantu dari segi operasi, logistik dan tenaga kerja dalam melancarkan urusan pengagihan efektif. “Lebihan bantuan yang diraih akan disalurkan dalam misi seterusnya,” katanya lagi.  
16 Jan 21
1026