lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Warta Darul Iman Bil 1 2021
Warta Darul Iman Bil 1 2021
21 Apr 21
714
Kerajaan Perkemas Strategi Galak Rakyat Daftar Vaksin
Kerajaan Perkemas Strategi Galak Rakyat Daftar Vaksin
KUALA TERENGGANU, 20 April – Kerajaan negeri terus memperhebat tiga strategi utama dalam meningkatkan kesedaran rakyat untuk mendaftar sebagai penerima vaksin sempena Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, langkah itu diambil selepas  jumlah pendaftaran PICK dalam kalangan rakyat Terengganu berada di tahap yang masih rendah. Katanya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memaklumkan seramai 250,399 rakyat Terengganu atau 29.7 peratus sahaja telah berdaftar dalam MySejahtera berbanding dengan 36.1 peratus untuk seluruh Malaysia. “Empat daerah telah menunjukkan pencapaian melebihi 30 peratus iaitu Kemaman tertinggi dengan 44,473 orang (33.6 peratus) diikuti dengan Kuala Terengganu seramai 59,713 orang (32.5 peratus). “Marang seramai 26,017 orang (32.0 peratus) dan Kuala Nerus dengan 33,161 orang (30.8 peratus), daerah yang tidak disebut masing-masing mencatatkan kurang daripada 30 peratus,” katanya semasa berucap dalam Majlis Pelancaran PICK Fasa dua Peringkat Negeri Terengganu di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT), Chendering semalam. Mengulas lanjut Dr Alias menjelaskan, antara insiaitif yang diperkasakan ialah program bersemuka atau kempen rumah ke rumah oleh Pejabat Daerah masing-masing melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). “Kita pergi ke rumah untuk terangkan kepentingan vaksinasi dan kemudian terus daftar melalui secara langsung melalui pengisian borang atau aplikasi MySejahtera. “Selain itu, kaunter bergerak juga diadakan di kawasan tumpuan seperti pasar raya, bazar Ramadan dan pasar harian untuk memudahkan mereka yang belum berdaftar melalui pegawai bertugas. “Manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen, kita buka pendaftaran statik di 40 buah Pusat Khidmat Masyarakat seluruh negeri di mana mereka boleh datang bila-bila masa untuk daftar,” katanya lagi. Tambah beliau, imunisasi kelompok mampu diwujudkan pada penghujung tahun ini jika lebih ramai yang berdaftar di dalam MySejahtera.
20 Apr 21
480
Bubur lambuk Permint Plywood Imarahkan Ramadan
Bubur lambuk Permint Plywood Imarahkan Ramadan
DUNGUN, 20 April - Sebanyak 500 bekas bubur lambuk disediakan kakitangan Anak syarikat Golden Pharos Bhd (GPB), Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) kepada orang ramai sempena sambutan Ramadan tahun ini. Ketua Pegawai PPSB, Ahmad Bazli Razali berkata, ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan buat julung kali di bulan Ramadan sejak pembukaan semula PPSB tiga tahun lalu bagi memupuk semangat kerjasama antara kakitangan sertai sifat bersedekah. Katanya, program tersebut melibatkan 86 kakitangan serta Ahli Lembaga Pengarah PPSB. "Pengagihan bubur lambuk dan kurma diadakan di dua lokasi iaitu Bazar Ramadan AMBS dan di Petronas AMBS bermula 3 petang selain agihan dari rumah ke rumah. "Aktiviti memasak bubur lambuk dilakukan secara bergotong-royong dimana turut diselitkan pengisian keagamaan melibatkan semua kakitangan lelaki. "Manakala kakitangan wanita seawal pukul 9 pagi memulakan tugas masing-masing dari proses penyediaan bahan mentah sehinggalah pembungkusan," ujarnya ketika ditemui selepas pembahagian bubur lambuk kepada orang ramai di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Kampung Pasir Raja dan Bandar Bukit Besi kelmarin   Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PPSB, Maliaman Kassim, hadir sama mengacau bubur tersebut untuk diagihkan   Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, program gotong-royong oleh kakitangan Permint Plywood itu menyediakan sebanyak 500 bubur lambuk adalah salah satu amalan bersedekah. “Ramadan tidak dapat dipisahkan dengan amalan bersedekah. Mudah-mudahan kita mendoakan Ramadan ini menjadi Ramadan yang terbaik dalam catatan amal kehidupan kita dan dapat kita optimumkan ruang dan peluang untuk memperbanyakkan amal dalam kekangan perintah kawalan pergerakan ini,” katanya. Jelasnya, program julung kali itu sememangnya mencapai matlamat dengan tujuan mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat dan amalan bersedekah. "Program ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat selain mengimarahkan bulan Ramadan,” katanya.  
20 Apr 21
364
Selepas Berpuluh Tahun, Kampung Jerong Ada Internet
Selepas Berpuluh Tahun, Kampung Jerong Ada Internet
MARANG, 19 April – Selepas berpuluh tahun hidup dalam keadaan signal telefon yang lemah dan tanpa capaian internet, ‘derita’ penduduk di sekitar Kampung Jerong, Pengkalan Berangan di sini bakal berakhir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, kerja-kerja teknikal menarik kabel ‘fibre optic’ sedang berjalan sejak beberapa hari yang lalu. Katanya, bagi permulaan, projek yang bermula dari Kampung Bukit Parit dan berakhir di klinik Desa Jerong Seberang itu meliputi laluan melebihi 3 kilometer. “Selepas ini akan ada beberapa lagi proses lain seperti pemasangan ‘box’ dan sistem, kita jangka akan ambil masa sekitar satu hingga dua bulan untuk sempurna. “Insya-Allah kemudahan internet berkelajuan tinggi Unifi bermula daripada 30Mbps sehingga 800Mbps akan dibekalkan kepada penduduk untuk melakukan aktiviti harian,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini.  Sulaiman Sulong. Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, masalah berkaitan signal telefon dan capaian internet menjadi fokus utamanya di kawasan itu sebaik sahaja dipilih menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. “Terlalu banyak aduan yang dibuat penduduk di sini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), saya sendiri turut beberapa kali membuat aduan. “Alhamdulillah setelah beberapa perbincangan dibuat bersama pihak terlibat, Telekom Malaysia (TM) sudah memulakan kerja ini untuk kemudahan masyarakat setempat,” ujarnya. Menurut beliau, sebelum ini rakyat di sini sangat sukar untuk melakukan kerja-kerja harian seperti belajar, mengisi borang bantuan dan urusan peribadi serta keluarga. “Sehinggakan ada antara mereka terpaksa keluar ke pekan Wakaf Tapai untuk mencari 'line' bagi memberitahu saudara terdekat tentang kematian atau bekalan elektrik di kampung terputus, inilah contoh kesusahan yang mereka tanggung.  “Jadi semoga dengan penyediaan talian Unifi ini ia akan memudahkan urusan komuniti, khususnya para pelajar dan mereka yang terlibat dalam perniagaan ‘online’. “Insya-Allah ini adalah permulaan, kita akan luaskan lagi projek ini ke kampung lain di DUN ini yang turut mengalami masalah sama,” tambah beliau.
19 Apr 21
5779
MPP PSMZA Sedia Pikul Tanggungjawab
MPP PSMZA Sedia Pikul Tanggungjawab
DUNGUN, 20 April - Seramai 29 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) sesi 2021/2022 bersedia memikul tanggungjawab dengan memberikan komitmen yang tinggi dalam membantu pihak politeknik untuk menjayakan program-program yang direncanakan. Yang Dipertuanya, Julia Sabreena Mohd Sobri berkata, sesungguhnya amanah yang diberikan  amat berat, namun begitu insya-Allah mereka di pihak barisan kepimpinan akan terus mengorak langkah sedaya upaya melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi. "Kami amat memerlukan sokongan padu serta bantuan rakan-rakan, barisan pensyarah serta pihak pentadbiran dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab dengan baik dan jayanya," katanya.  Julia berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai upacara penerimaan watikah di Majlis Watikah Pelantikan MPP PSMZA sesi 2021/2022 di sini, b aru-baru ini.  Sementara itu, Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail berkata, pemimpin pelajar berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab, membantu pensyarah dan pentadbir agar dapat mewujudkan satu persekitaran politeknik yang kemas dan teratur.  "Galaslah tanggungjawab ini dengan penuh rasa tanggunngjawab kerana anda semua adalah pemimpin dan juga tunjang utama, contoh dan juga tauladan bagi rakan siswa yang lain," ujarnya. 
19 Apr 21
816
345 Asnaf Terima Sumbangan Keperluan Sambut Ramadan
345 Asnaf Terima Sumbangan Keperluan Sambut Ramadan
Oleh : Muhammad Naim Fadhilah Kamaruddin DUNGUN, 18 April - Seramai 345 orang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura menerima sumbangan barangan keperluan dapur sempena Ramadan kali ini. Penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik pada Majlis Penyampaian Sumbangan Al-Mustadh'afin DUN Sura di Dewan Arena Merdeka, baru-baru ini. Menurut Wan Hapandi, sebanyak RM207,000 diperuntukkan untuk perbelanjaan program yang dinamakan sebagai Sumbangan Bulanan Al Mustadh’afin bagi tempoh setahun yang melibatkan 4,140 penerima di kalangan asnaf. "Alhamdulillah, dengan jumlah ini kita mampu menghulurkan bantuan setiap bulan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya ketika berucap di majlis tersebut. Sementara itu katanya, beliau sentiasa mengingatkan setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar mengambil cakna keperluan penduduk. "Saya selalu ingatkan kepada semua JPKK supaya memantau serta melihat sekitar kampung agar tiada lagi mereka yang hidup dalam keadaan susah, melarat serta keadaan yang sempit disebabkan masalah tanggungan keluarga. "Terima kasih kepada Pengerusi JPKK yang sentiasa menghubungi saya sekiranya ada masalah yang dihadapi orang kampung dan kita akan berbincang mencari jalan penyelesaian", ujarnya.
18 Apr 21
516
175 Peniaga Bazar Ramadan Disantuni ADUN Manir
175 Peniaga Bazar Ramadan Disantuni ADUN Manir
HULU TERENGGANU, 15 April - Keceriaan jelas terpancar pada raut wajah 175 peniaga Bazar Ramadan Pasar Manir di sini, apabila menerima kunjungan dan sumbangan kurma dan takwim Ramadan daripada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Manir, semalam. Selain itu, program yang turut mendapat kerjasama daripada Penganjur Bazar, Kelab Kebajikan Sahabat Sejahtera Manir juga mengedarkan apron kepada semua peniaga di pasar ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Ustaz Hilmi Dato’ Harun berkata, agihan tersebut bertujuan merapatkan lagi silaturahim antara masyarakat. "Selain melakukan agihan sumbangan, kita juga turut mengambil peluang untuk beramah mesra dengan peniaga-peniaga di sini yang majoriti daripadanya adalah penduduk di kawasan DUN Manir. "Rata-rata peniaga ditemui menyambut baik program dilaksanakan ini kerana dengan cara ini dilihat mampu menjadi medan mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita. Hilmi juga berkata, program sebegini merupakan salah satu acara tahunan yang dianjurkan dan akan diteruskan pada masa akan datang.
15 Apr 21
802
Tanggungjawab Dalam Perkahwinan
Tanggungjawab Dalam Perkahwinan
KEMAMAN, 14 April - "Apabila menyebut tentang perkahwinan, janganlah kita lupa pada satu perkara yang sememangnya tidak dapat dipisahkan dalam alam perkahwinan, iaitu tanggungjawab. "Tanggungjawab pada erti kata sebenarnya bermaksud amanah atau bebanan yang harus dipikul seseorang sehingga ianya mesti menanggung sebarang permasalahan yang dihadapi orang yang ditanggungnya. "Lebih spesifik lagi, ia menangggung kesalahan dan dosa orang di bawah jagaannya dan perlu menjawab di akhirat kelak apabila ditanya oleh Allah S.W.T terhadap tanggungannya," itu antara yang dikatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat. Beliau turut berkata, tanggungjawab tersebut bukanlah hanya kepada pasangan sahaja, tetapi juga merupakan tanggungjawab kepada ibu bapa, ibu bapa pasangan serta seluruh kaum keluarga. Justeri intipati kata-kata pesanan yang termaktub di dalam khutbah nikah yang telah dibacakan oleh Qadi kepada para pengantin merupakan suatu garis panduan yang perlu dihayati dan diikuti oleh setiap pasangan yang telah bergelar sebagai pasangan suami isteri. "Tanggungjawab itu juga perlu kita zahirkan kepada pihak kerajaan negeri yang sangat prihatin dan cakna kepada permasalahan serta denyut nadi rakyat. "Ini termasuk melaksanakan program-program kekeluargaan demi memperkukuhkan modal insan di kalangan rakyat negeri Terengganu," katanya di hadapan lebih 70 orang peserta ketika merasmikan program Forum Bicara Keluarga Jannah yang berlangsung di Dewan Sri Geliga, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), kelmarin. Forum Bicara Keluarga Jannah itu merupakan kesinambungan dari Program Walimatulurus Perdana yang dilaksanakan sebelum ini. Ia merupakan salah satu sasaran kerajaan yang prihatin dan cakna kepada rakyat dalam memastikan rakyat di negeri Terengganu ini mendapat pendedahan dan ilmu yang bermanfaat dalam menjalani hidup berkeluarga yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Program berkenaan merupakan anjuran oleh Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).
14 Apr 21
1209
'Menara Rezeki' Bantu Penduduk
'Menara Rezeki' Bantu Penduduk
SETIU, 14 April - Pengurusan Masjid Mengabang Telipot, di sini mengambil pendekatan membantu insan memerlukan dengan mengadakan inisiatif 'menara rezeki'. Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, sebuah bilik menara disediakan di masjid berkenaan bagi menempatkan barangan keperluan harian seperti beras, gula, tepung, garam, minyak masak, kicap dan susu itu yang boleh diambil oleh mereka yang memerlukan. Katanya, selain golongan asnaf, penduduk dan bukan dalam kariah juga boleh mengambilnya jika memerlukan. "Dengan keadaan ekonomi tidak menentu, terutamanya dalam kalangan mereka yang terputus bekalan asas boleh mengambilnya tanpa bayaran. “Tiada syarat khusus kepada yang memerlukan. Mereka hanya perlu mendaftar dalam buku yang disediakan sahaja selain menulis barangan yang ingin diambil. “Ia mendapat sambutan baik dalam kalangan penduduk setempat. Cuma, apa yang kami harapkan ia menjadi kesinambungan meringankan beban insan kurang bernasib baik samada yang bujang dan berkeluarga,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Shafizi berkata, pengurusan masjid mengeluarkan tabung kewangan bagi membeli keperluan pembelian barangan keperluan itu, selain sumbangan dermawan yang prihatin. Beliau berkata, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan barangan juga amat dialu-alukan bagi membolehkan lebih ramai yang mendapat faedah dan manfaat daripada proram berkenaan. "Malah, sambutan yang amat memberansangkan daripada individu dan penduduk amat membanggakan dan menjadi antara faktor kejayaan 'Menara Rezeki’ berkenaan," jelasnya.
14 Apr 21
232
Terengganu Inc Agih 3,000 Bubur Lambuk Percuma
Terengganu Inc Agih 3,000 Bubur Lambuk Percuma
KUALA TERENGGANU, 14 April – Kumpulan Terengganu Inc meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial (CSR) di bulan Ramadan dengan mengagihkan 3,000 bekas bubur lambuk di Masjid Negeri, Kuala Terengganu semalam. Presiden dan Pengarah Eksekutifnya, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata, agihan bubur lambuk menjadi salah satu aktiviti penghubung antara pihaknya bersama penduduk setempat sekaligus menjalinkan ikatan silaturahim secara terus bersama masyarakat. “Terengganu Inc dan anak-anak syarikat Kumpulan meneruskan CSR Ramadhan bagi agihan bubur pada tahun ini dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.  “Kami berharap, usaha ini dapat membantu mereka yang tiada juadah untuk berbuka atau bagi mereka yang tiada kesempatan untuk menyediakan juadah berbuka puasa menikmati keenakan bubur lambuk Terengganu," katanya dalam satu kenyataan, semalam. Turut hadir Yang Dipertua Maidam, Dato’ Hj Osman Muda dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Abidin, YM Dato’ Dr Syed Mohammad Salleh bin Syed Yusof Al Zawawi dan Pengurusan Terengganu Inc. Tambah Burhanuddin, usaha itu diharap mampu mengekalkan tradisi pengagihan bubur lambuk di sekitar kawasan masjid, sekali gus dapat mengekalkan jalinan kerjasama antara kumpulan Terengganu Inc sendiri. Menurut beliau, program pengagihan makanan tradisi bulan Ramadan itu merupakan aktiviti tahunan Terengganu Inc dan anak-anak syarikat kumpulan bersama komuniti masjid dan sekitarnya.  "Agihan bubur lambuk bermula pada jam 2 petang sehingga selesai mulai 13 April sehingga 15 April 2021 bertempat di Masjid Negeri, Kuala Terengganu. Sebanyak 1,000 bekas diperuntukkan untuk agihan pada setiap hari. "Bubur lambuk merupakan makanan tradisi Terengganu yang biasanya disediakan pada bulan Ramadan untuk juadah berbuka puasa. Antara bahan asas yang digunakan termasuk beras, pucuk midin, pucuk paku, ikan, ubi keledek, lada hitam dan rempah ratus," jelasnya lagi.  
13 Apr 21
1546