lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

MARPA, ANM Pacu Perubahan Tanggapan Negatif Terhadap Nuklear
MARPA, ANM Pacu Perubahan Tanggapan Negatif Terhadap Nuklear
KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Persepsi awam mengenai sinaran nuklear seringkali dikaitkan dengan perkara - perkara ancaman keselamatan dan permusnahan sama ada pada manusia, hidupan liar dan alam sekitar. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata tanggapan ini perlu ditepis dengan memberikan maklumat serta fakta-fakta yang betul kepada masyarakat awam. "Teknologi nuklear ini mampu menyumbang kepada keselamatan sejagat, kemakmuran ekonomi dan pembangunan negara. "Malah hakikatnya, teknologi nuklear ini amat penting dalam sektor perubatan dan industri. Seterusnya, aspek keselamatan amat perlu dititikberatkan semasa pengendalian,"katanya. Beliau berkata demikian mewakili YAB Menteri Besar Terengganu ketika berucap dalam Program Perasmian Raditation Protection Conference & Workshop 2022 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, Isnin lalu. "Tahniah diucapkan kepada Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) dan Agensi Nuklear Malaysia atas penganjuran persidangan ini sebagai acara yang penting, landasan terbaik untuk memacu dan mempertingkat prestasi perlindungan sinaran di sesebuah organisasi. "Pada waktu yang sama dapat meningkatkan status profesionalisme Pegawai Perlindungan Sinaran di Malaysia,"ujarnya lagi.
09 Mar 22
245
KMKT Agih 2,000 Pek Makanan Kepada Mangsa Banjir Hulu Terengganu
KMKT Agih 2,000 Pek Makanan Kepada Mangsa Banjir Hulu Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 Mac – Badan Bukan Kerajaan Khidmat Malaysia Kuala Terengganu (KMKT) mengagihkan 2,000 pek makanan selama tiga hari berturut-turut kepada mangsa banjir Hulu Terengganu. Pengerusi KMKT, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, makanan tersebut telah dimasak dan dibungkus di Markaz Tarbiyah Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam sebelum di hantar ke DUN Telemong. “Bermula 5 Mac hingga 7 Mac kami sediakan makan tengah hari dan makan malam untuk 1,000 orang penduduk di DUN Telemong. “Insya-Allah, jumlah tersebut cukup untuk menampung penduduk dalam kira-kira empat atau lima buah kampung di sana,” katanya  kepada pemberita. Menurut beliau lagi, KMKT masih lagi membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menyumbang kepada mangsa bajir di sana. KMKT kini sedang mengumpulkan sumbangan untuk memberikan bantuan barangan elektrik seperti dapur gas dan periuk nasi elektrik. Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Bank Islam Pertubuhan Khidmat Sukarelawan Kuala Terengganu (1301 7018 3058 67).  
08 Mar 22
424
Rumah Tenggelam Dalam Tempoh Kuarantin
Rumah Tenggelam Dalam Tempoh Kuarantin
KEMAMAN, 7 Mac – Satu keluarga di Kampung Teladas reda dengan ketentuan Allah apabila hampir seluruh barang dan perabot musnah dalam bencana banjir baru-baru ini.  Ketika banjir melanda, Mohd Asman Kasman, 52, dan keluarganya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Air Putih sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi pesakit COVID-19 hingga tamat tempoh kuarantin. “Tiada satu pun yang sempat kami selamatkan kerana perlu menjalani kuarantin. “Setelah tamat kuarantin, air banjir sudah surut maka kini proses pembersihan dan pemilihan barang masih berjalan,” katanya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman sewaktu sesi ziarah Menteri Besar Terengganu ke Kampung Teladas. Asman berkata, Sungai Kampung Teladas merupakan penanda bagi penduduk kampung bersiap siaga sekiranya limpahan sungai berlaku bagi tindakan pemindahan. Asman sekeluarga kini berteduh di rumah ibunya setelah rumahnya tenggelam hingga ke ketinggian siling dalam banjir tersebut.  Dalam pada itu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut meluangkan masa menziarahi mangsa banjir dan menyampaikan bantuan kepada mereka selepas sesi Dialog Bersama Mahasiswa bagi Penerima Skim Pelajar Cemerlang (SPC) Yayasan Terengganu di Darul Iman Training Centre. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai, Hanafiah Mat mengiringi menteri besar bagi menyantuni mangsa banjir.  Sekitar hampir 259 mangsa banjir (76 keluarga) Kampung Teladas dipindahkan ke PPS Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Teladas kerana terkesan dengan bencana itu.  
07 Mar 22
336
Jualan Keluarga Malaysia Terima Sambutan Menggalakkan
Jualan Keluarga Malaysia Terima Sambutan Menggalakkan
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang diadakan di Tapak Pasar Malam Tok Adis pada Jumaat dan Sabtu yang lalu menerima sambutan yang menggalakkan. Dilaporkan jumlah kehadiran selama dua hari tersebut hampir mencecah seribu orang pengunjung meskipun dalam keadaan hujan.  PJKM merupakan sebuah inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membantu mengurangkan kos sara hidup dan beban yang ditanggung oleh rakyat. Menurut Ahli Jawatankuasa PJKM Parlimen Kuala Terengganu, Hamiezah Mohd Lazim program tersebut telah bermula sejak Disember yang lalu di Kuala Berang.   “Kami mengadakan kerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), pasaraya, pemborong dan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) untuk memastikan harga jualan di sini lebih rendah daripada biasa.  Puan Hamiezah menginringi En. Mohd bertemu dengan usahawan IKS “Parlimen Kuala Terengganu akan bergilir-gilir dengan Parlimen Kuala Nerus dengan lokasi jualannya ditetapkan oleh pihak kami.  “Sebelum ini di Parlimen Kuala Terengganu kita pernah adakan di Giant (DUN Bandar), Nirwana (DUN Wakaf Mempelam) dan sekarang di Tapak Pasar Malam Tok Adis (DUN Batu Buruk), kata Hamiezah ketika ditemui pemberita di lokasi jualan itu.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk juga telah menyampaikan sumbangan kepada sebahagian pembekal untuk dikurangkan lagi harga jualan.  Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pembantu Penyelia Hal Ehwal Kemasyarakatan Institut Modal Insan Sejahtera (i-MITS) DUN Batu Buruk, Mohd Yusof. Sebarang maklumat berkenaan lokasi mingguan PJKM ini boleh rujuk di laman Facebook KPDNHEP Terengganu. Harga daging selepas potongan harga hasil sumbangan ADUN Batu Buruk  
06 Mar 22
470
Pilih TESDEC Demi Masa Hadapan Lebih Terjamin
Pilih TESDEC Demi Masa Hadapan Lebih Terjamin
KUALA TERENGGANU, 6 Mac- Antara kriteria yang menjadikan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) menjadi rebutan dan pilihan belia dan beliawanis di negeri ini adalah kerana ia menjamin masa hadapan yang cerah untuk para graduannya. Ia terbukti apabila laporan Ketua Audit Negara pada dua tahun lepas menyatakan hampir 85 peratus pelajar lepas institusi ini telah mendapat pekerjaan hanya dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian mengikut bidang masing-masing. Menurut pelajar terbaik TESDEC, Siti Mariam Jaafar berkata, dari pengalaman yang ditimbanya selama dua tahun dalam kursus jahitan mengakui bahawa latihan yang diberikan mampu untuk menjadikan para pelajarnya memiliki kemahiran tinggi. "Saya masuk ke sini dahulu saya tiada memiliki apa-apa kemahiran , bermula daripada kosong, namun dengan belajar di sini saya benar-benar menekuni pengajian dalam jurusan yang saya minat ini. "Saya mengetahui tentang TESDEC ini semasa belajar di Sekolah Menengah Seri Nering, Besut dimana ketika diadakan lawatan ke pusat ini saya memasang impian untuk ke sini. "Kerana yakin bahawa TESDEC ini telah terbukti melahirkan ramai tenaga mahir, saya berkeyakinan dengan latihan yang diikuti selama ini saya mampu untuk membuka kedai jahitan sendiri, kerana ilmu yang dipelajari telah menjadikan saya mahir untuk menjahit pelbagai jenis pakaian mengikut citrasa terkini. "Namun, buat masa ini saya hendak cari pengalaman dahulu bekerja dengan majikan, saya yakin apa yang dipelajari selama ini adalah bersesuaian dengan kehendak semasa dan mampu buat yang terbaik untuk majikan apabila diterima bekerja kelak,"ujarnya yang merupakan anak jati Besut. Siti Mariam berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di Majlis Konvokesyen Ke-4 dan Pelancaran Jubli Perak TESDEC. di Pusat Konvesyen, Taman Tamadun Islam (TTI), di sini, semalam. Dimana dalam majlis berkenaan, 126 pelajar telah diberikan sijil kerana telah menamatkan latihan dan seramai 11 graduan akan dianugerahkan sebagai graduan terbaik mewakili kursus masing-masing. Katanya, kepada mana-mana pelajar yang memasang impian untuk turut menyambung pengajian di institusi berkenaan perlu yakin bahawa sehingga ke hari ini para graduannya telah ramai yang berjaya dalam kerjaya masing-masing. Sementara itu, seorang lagi pelajar terbaik, Amir Hamzah Omar berkata, sebaik sahaja tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terus tekad untuk menyambung pengajian di TESDEC dalam pengajian Diploma Kejuruteraan Automotif kerana yakin mudah mendapat pekerjaan. "Saya minat dalam bidang ini semenjak di bangku sekolah lagi, itulah diantara mendorong minat saya untuk belajar di sini, serta mengetahui mengenai para graduan di sini semuanya telah mendapat pekerjaan yang baik itu antara faktor yang menjadi pendorong saya. "Sebagai seorang pelajar di sini saya merasa sangat bertuah kerana menimba ilmu serta pengalaman yang berharga sebagai persediaan untuk bekerja di luar sana, mana-mana yang hendak belajar di sini sangat dialu-alukan kerana pensyarahnya sangat mahir dan berpengalaman dalam bidang  masing-masing. "Apa yang utama selepas habis menamatkan pengajian di sini pergilah ke mana-mana pun, pasti akan diterima untuk bekerja kerja sijilnya laku dan diiktiraf,"ujarnya.    
06 Mar 22
2228
NGO dan Alumni Bekerjasama Bersih Sekolah
NGO dan Alumni Bekerjasama Bersih Sekolah
Oleh : Aqilla  Foto: Syafiq  KUALA TERENGGANU, 5 Mac- Para sukarelawan dan Alumni Sekolah Menengah Agama Mahmudiah, Kuala Berang turun Padang bersama-sama membantu membersihkan kawasan sekolah tersebut yang dilimpahi dengan banjir lumpur. Seorang guru swasta, Sakinah Isa, 28,  bersyukur, setelah sekian lama tidak  menjejakkan kaki ke sekolah lama,  akhirnya dapat menyumbang tenaga berganding bahu bersama dengan guru-guru yang lain. "Di sebalik diuji dengan banjir, terdapat nilai murni semangat tolong-menolong antara satu sama lain. "Di masa yang sama dapat membina semula hubungan antara guru dan pelajar, sahabat lama yang sudah lama terpisah serta bersama membantu untuk membersihkan sekolah," jelasnya ketika ditemui pemberita. Katanya, Pusat Khidmat  Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang turut menyumbang makanan untuk mereka yang terlibat.  "Sementara, Badan Bukan Kerajaan (NGO) Warga Cakna telah menyerahkan tiga unit water jet    kepada pihak sekolah untuk memudahkan urusan pembersihan," katanya. 
05 Mar 22
406
Gapeter Target Emas Piala Cyberjaya Untuk Melangkah Ke Turki
Gapeter Target Emas Piala Cyberjaya Untuk Melangkah Ke Turki
MARANG, 6 Mac - Gabungan Pemanah Tradisional Terengganu (GAPETER) menyasarkan kemenangan pada Kejohanan Memanah Tradisional Piala Cyberjaya di Padang Bola B Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini. Kejohanan ini juga turut menawarkan pemilihan wakil Malaysia ke Kejohanan Antarabangsa Concuest Cup Fateh Kupasi Kali Ke 10 yang bakal diadakam di Istanbul Turki pada 27 hingga 29 Mei nanti.  Menurut Pengurus Kontinjen GAPETER, Mohd Ridhwan Talib, seramai 300 peserta dari seluruh negara akan hadir menyertai kejohanan yang berprestij ini.  Manakala penyertaan kontinjen GAPETER melibatkan 28 orang dan 12 orang daripadanya wakil dari Marang bagi menyertai perlawanan selama dua hari itu di Cyberjaya.  Bagi menyuntik semangat juang para peserta khususnya dari daerah Marang, Pegawai Khas Ahli Parlimen Marang, Haron Yusof yang mewakili Ahli Parlimen Marang Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyampaikan beberapa bentuk sumbangan bersempena kejohanan ini.
05 Mar 22
529
Air Mata Mangsa Banjir Berderai Terima Kunjungan Ayah Chik
Air Mata Mangsa Banjir Berderai Terima Kunjungan Ayah Chik
MARANG, 4 Mac - Siapa sangka airmata mangsa banjir jatuh berderai diiringi laungan takbir kerana terlalu sebak atas kehadiran Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menziarahi kediamannya yang teruk dilanda banjir. Demikian situasi Awi atau lebih dikenali Pok Awi yang tidak dapat menahan sebak atas kunjungan tersebut. "Terima kasih Ayah Chik sanggup datang ziarah walaupun banyak tugas yang perlu ditunaikan. Siap bagi sendiri sumbangan ni terus kepada tangan kami mangsa-mangsa banjir. "Seorang tokoh ulama. Tuan Guru sanggup melawat ke rumah saya pagi ini, jadi saya rasa seperti tidak percaya. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T", katanya ketika ditemui wartawan UPDI dekat sini, baru-baru ini.  Tambahnya lagi, banjir datang ada hikmahnya. Turunnya banjir, datangnya seorang ulama.  Baru-baru ni, Abdul Hadi yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah turun ke Kuala Berang, Terengganu bersama Jabatan Amal Malaysia meninjau sekaligus mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Durian Badur, Jalan Sekayu dan sekitarnya.
04 Mar 22
420
Bakal Raja Sehari Redha Majlis Kahwin Ditangguh
Bakal Raja Sehari Redha Majlis Kahwin Ditangguh
DUNGUN, 4 Mac- Walaupun majlis perkahwinannya terpaksa ditangguhkan ekoran banjir yang melanda Kampung Delong, bakal 'raja sehari' Che Norfazila Che Anera, 27, tetap redha. Disebabkan rumahnya turut dinaiki air, Che Norfazila dan keluarga terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bertempat di Sekolah Kebangsaan Delong. "Majlis sepatutnya diadakan pada hari Jumaat, 4 Mac tapi tak apalah kena cari tarikh lain, saya redha je," katanya. Norfazila  ditemui ketika lawatan isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang ke PPS di dalam DUN tersebut. "Persiapan sudah hampir separuh, tidaklah rasa kecewa sangat, mungkin ada hikmahnya, kita hanya mampu merancang, ketentuannya adalah dari Allah " katanya.
03 Mar 22
189
Jalinan Kerjasama Masjid, AADK Dekati Komuniti Batu Buruk
Jalinan Kerjasama Masjid, AADK Dekati Komuniti Batu Buruk
KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Satu Program 'Community Empowerment' telah diadakan sempena Majlis Sambutan Hari Isra’ Mikraj di Masjid Tengku Nik Haji, Batu Buruk anjuran pihak masjid tersebut dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).  Majlis tersebut telah dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti kuliah maghrib khas bersempena peristiwa Isra' dan Mikraj yang disampaikan oleh Pegawai Agama Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS), Ustaz Syukri Harun. Seterusnya, Penolong Pegawai AADK, Wan Mohd Nazarnoor Wan Ramli telah menyampaikan taklimat kepada jemaah masjid yang hadir. “Kehadiran kita pada malam ini ialah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang bahayanya dadah. “Di samping itu, pihak kami juga telah mengedarkan nombor talian ‘hot line’ bagi memudahkan orang ramai untuk membuat aduan,” kata Wan Mohd Nazarnoor dalam ucapannya.Beliau juga menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh hadirin yang hadir baru-baru ini. Taklimat disampaikan oleh Penolong Pegawai AADK Majlis tersebut juga telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi. “Kita sebagai orang Muslim bukan sahaja perlu menjadi seorang yang soleh, tetapi juga perlu menjadi orang musleh untuk memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat. “Justeru, majlis yang diadakan pada malam ini sangat bermanfaat dan semoga ia dapat diamalkan dalam kehidupan kita,” kata Ustaz Muhammad Khalil dalam ucapan beliau.  Tambahnya, beliau mengucapkan tahniah atas penganjuran ini dan terima kasih atas jemputan. Di samping itu, majlis tersebut juga telah dimeriahkan lagi dengan acara cabutan bertuah dan pameran yang telah disediakan oleh pihak AADK. ADUN Batu Buruk Menyampaikan Ucapan  
02 Mar 22
584