lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Antena Jabatan Amal Mudahkan Komunikasi Ketika Banjir
Antena Jabatan Amal Mudahkan Komunikasi Ketika Banjir
DUNGUN, 18 Disember - Pemasangan Antena Walkie menghubungkan antara Bilik Gerakan Dungun dengan Jabatan Amal Paka memudahkan urusan komunikasi ketika banjir. Ketua Jabatan Amal Paka, Abdul Latif Rashid berkata, langkah pemasangan antena Walkie Talkie di Pusat Penyimpanan Alatan Jabatan Amal Paka memudah pelaporan. "Pemasangan Antena Walkie Talkie ini adalah satu langkah kami untuk memastikan komunikasi yang berkesan dalam situasi darurat seperti musim banjir. "Kami berusaha untuk meningkatkan koordinasi antara Bilik Gerakan Amal Dungun dan Jabatan Amal Paka demi memudahkan bantuan yang diperlukan dapat disalurkan segera kepada mereka yang memerlukan," katanya. Beliau berkata demikian ketika selesai menyiapkan pemasangan antena walkie talkie di Pusat Penyimpanan Alatan Jabatan Amal Paka. Selain itu, pemasangan antena ini merupakan sebahagian dari persiapan menyeluruh yang dilakukan oleh Jabatan Amal Paka dalam menghadapi kemungkinan situasi darurat akibat banjir. "Langkah ini diharapkan dapat meminimakan kesulitan dalam berkomunikasi dan memberikan respons yang lebih cepat terhadap keperluan masyarakat. "Ketika musim banjir melanda, Antena Walkie Talkie ini akan menjadi alat yang sangat berguna untuk hubungan dua hala komunikasi antara pusat koordinasi dan lapangan," ujarnya.
18 Dec 23
75
80 Kanak-Kanak Sertai Khatan Beramai-Ramai
80 Kanak-Kanak Sertai Khatan Beramai-Ramai
DUNGUN, 16 Disember - Seramai 80 orang peserta terdiri daripada kanak-kanak berumur enam hingga 12 tahun menyertai program Khatan Jamaie 3.0. Pengarah program berkenaan, Abdul Latif Rashid berkata, program yang menjadi tradisi saban tahun itu mendapat sokongan menggalakkan daripada ibu bapa. “Kita baru buka penyertaan sudah ramai  mula mengisi penyertaan. “Bahkan kita belum pun menyebar luas maklumat kepada umum mengenai program ini, tetapi penyertaan sudah pun penuh,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Khatam Jamaie 3.0 di Surau Darussalam. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi, dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur. “Tahniah penganjur Jabatan Amal DUN Paka dengan kerjasama dari penyediaan tempat, Surau Darussalam dan BOMBA Paka yang menjayakan program ini dengan baik. “Memang tempoh waktu yang sesuai dengan cuti sekolah hujung tahun program sebegini diadakan,” ujarnya.
16 Dec 23
117
KBSS Serah Sumbangan Air Minuman Kepada Anak Didik Akademi Pesilat Cilik
KBSS Serah Sumbangan Air Minuman Kepada Anak Didik Akademi Pesilat Cilik
DUNGUN, 14 Disember - Kelab Belia Sahabat Sejahtera (KBSS) mengambil inisiatif menghulurkan sumbangan beberapa kotak minuman air botol 100 plus kepada anak-anak didik Akademi Pesilat Cilik (APC) bagi memberi semangat kepada mereka yang menyertai Kejohanan Karnival Silat Kebangsaan (KSK) Negeri Terengganu 2023. Pengerusi KBSS, Farhan Yaacob berkata, sumbangan yang diberikan diharapkan dapat membantu anak-anak pesilat dari Paka mempersiapkan diri dengan lebih baik pada kejohanan yang dijadualkan berlangsung dari 14 hingga 17 Disember ini. Selain itu, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya dan berjaya membawa pulang pingat ke Paka dalam kejohanan tersebut. "Kami mendoakan kejayaan kepada semua anak-anak Paka yang menyertai kejohanan ini serta semoga ada pingat dibawa pulang ke Paka insyaAllah," ujarnya kepada pemberita selepas membuat penyerahan air 100plus di pusat latihan APC, semalam. Katanya, APC telah melahirkan beberapa pesilat berbakat dari kalangan anak-anak Paka, dan ada beberapa pesilat telah berjaya di peringkat yang lebih tinggi beberapa tahun lalu. "KSK Negeri Terengganu 2023 dijangka akan menarik penyertaan daripada pelbagai akademi silat di seluruh negeri bakal mengadakan kejohanan berkenaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus pada 14 Disember hingga 17 Disember. "Semoga kehadiran mereka di KSK Negeri Terengganu 2023 dapat menjadi sumber inspirasi dan kebanggaan bukan hanya untuk Paka, tetapi untuk seluruh negeri Terengganu," ujarnya.
14 Dec 23
159
JPKK Perlu Amanah Laksana Tugas
JPKK Perlu Amanah Laksana Tugas
DUNGUN, 14 Disember – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang baru dilantik perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Dato' Satiful Bahri Mamat berkata, mereka perlu membuktikan keupayaan serta tanggungjawab di kampung masing-masing. Katanya, penting untuk JPKK mendengar dan menyelesaikan masalah penduduk secara langsung serta menganggap setiap kritikan sebagai peluang untuk pembaikan. "Kita perlu memahami bahawa mencari kesempurnaan bukanlah mudah, tetapi kita harus menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin. "Sabarlah dalam menghadapi kritikan, dan lihatlah setiap cabaran sebagai peluang untuk mencari keredhaan Allah," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Watikah Pelantikan JPKK Daerah Dungun di Dewan Majlis Perbandaran Dungun. Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua ahli JPKK untuk menjalankan tanggungjawab mereka dengan penuh ikhlas. "Kita semua manusia, dan sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Melalui JPKK, kita mempunyai peluang untuk membantu dan memberi manfaat kepada masyarakat," ujarnya.  
14 Dec 23
236
180 Sukarelawan Siap Siaga Bantu Mangsa Banjir
180 Sukarelawan Siap Siaga Bantu Mangsa Banjir
DUNGUN, 9 December- Seramai 180 sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO) KHIDMAT Malaysia Dungun bersiap siaga untuk membantu kerja-kerja pasca banjir.  Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, membantu mangsa banjir semasa pasca banjir adalah menjadi tumpuan pihaknya kerana adanya keperluan membersih rumah, sekolah dan masjid. "Kemungkinan banjir kali ini sehingga bulan Mac, jadi keikhlasan itu perlu, yang paling penting kita dengar arahan,” katanya. Beliau  berkata demikian ketika berucap di Majlis Himpunan Sukarelawan Banjir Kawasan Dungun, yang berlangsung di Dewan Al-Husna Darul Ansor, Alor Mak Bah, baru-baru ini.  Dalam majlis tersebut, turut diadakan majlis penyerahan enjin bot kepada komander Jabatan Amal Kawasan Dungun, Tarmizi Hilmi Mohamad Zuber. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman, ADUN Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi dan  Pengerusi KHIDMAT Malaysia Dungun, Khairul Ismail. Beliau turut mengingatkan para sukarelawan supaya tidak mendengar komen-komen yang negatif. “Jadi kalau kita boleh buat sendiri, kita buat, kalau banyak sangat kita serah ke orang lain buat,” katanya lmage widget
09 Dec 23
184
Adam Syukur Terima Rumah PPRT
Adam Syukur Terima Rumah PPRT
DUNGUN, 9 Disember – Seorang pemuda menzahirkan perasan bersyukur apabila terpilih sebagai salah seorang penerima rumah bagi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura. Adam Nur Hafiz, 40, yang bekerja sebagai nelayan dan menyara lima orang anak yang masih bersekolah merasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat memenuhi hasratnya mendapatkan sebuah rumah. “Tidak dapat saya ungkap dengan kata-kata. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih khususnya kepada Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sura, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan semua yang terlibat memenuhi hasrat keluarga kecil saya memiliki kediaman sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis serahan kunci rumah tersebut, baru-baru ini.  Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin berkata, bantuan tersebut bukan sahaja memberikan tempat tinggal kepada mereka yang kurang berkemampuan malah ianya dapat membantu mengatasi masalah untuk menyewa rumah kerana pendapatan isi keluarga yang kecil. “Saat ini, kita dapat melihat satu kegembiraan diwajah mereka sebaik sahaja diserahkan kunci rumah tersebut kerana ada yang terpaksa menumpang di rumah ahli keluarga yang lain atas sebab ketidakmapuan untuk menyewa rumah memandangkan pendapatan mereka cukup untuk menyara hidup keluarga sahaja, " ujarnya.  Beliau berkata demikian sewaktu menyerahkan kunci rumah PPRT kepada salah seorang penerima di Kampung Sura Tengah, disini.   
07 Dec 23
356
Empat Keluarga Terima Rumah PPRT
Empat Keluarga Terima Rumah PPRT
DUNGUN, 9 Disember – Empat buah keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura masing-masing telah menerima sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Dr Tengku Muhammad Fakhruddin menzahirkan rasa syukur atas keberhasilan projek ini apabila berjaya memenuhi hasrat penduduk yang kurang berkemampuan memiliki sebuah rumah untuk berteduh.  “Syukur kali ini di peringkat DUN Sura, kita berjaya menyiapkan empat buah rumah PPRT iaitu di Kampung Kubang Miang, Kampung Nibong, Kampung Sura Tengah dan di Kampung Sura Lapangan Terbang, " ujarnya.  katanya, projek PPRT ini merupakan peruntukkan daripada Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) yang disalurkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu. “Dengan peruntukkan PPTS ini, kita bukan sahaja dapat membina rumah tetapi ia turut digunakan untuk membaiki rumah penduduk di Kawasan DUN Sura ini, " ujarnya.  Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik, memandangkan projek ini dimohon dan diluluskan sewaktu beliau masih lagi bergelar ADUN Sura. “Projek ini merupakan usaha mantan ADUN Sura mendapatkan sebuah rumah kepada penduduk yang berkelayakan dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tinggalan jasa beliau kepada penduduk di DUN Sura ini. Turut hadir, mantan ADUN Sura, Wan Hapandi Wan Nik sewaktu sesi penyerahan kunci rumah tersebut baru-baru ini. 
07 Dec 23
834
Jelajah Tunas Gamelan Cungkil Bakat Pelajar
Jelajah Tunas Gamelan Cungkil Bakat Pelajar
DUNGUN, 7 Disember- Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) meneruskan program Jelajah Tunas Gamelan SUKTRA ke Dungun dengan penglibatan 100 pelajar daripada sembilan buah sekolah rendah dan menengah terpilih di daerah itu. Penganjuran program itu yang merupakan komponen program Senandung Terengganu berjaya menarik minat pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Pasir, SK Kampung Baru, SK Bandar Dungun,  SK Tebing Tembah,  SK Pulau Serai, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Serai, SMK Dato' Engku Bijaya Sura, SMK Paka dan  SMK Ketengah Jaya. Pengarah JPNT, Ahmad Ridzwan Abd Rahman berkata, pelbagai pengisian menarik dilaksanakan sepanjang program berlangsung. “Antaranya, pengenalan Gamelan Melayu oleh Adiguru Syahrul Azmi Hassan, demontrasi gerak tari, muzik gamelan dan tarian gamelan oleh mereka yang berpengalaman,” ujarnya dalam satu kenyataan. Katanya, jelajah yang berkonsepkan penyebaran ilmu dalam bidang gamelan Melayu tradisional itu pastinya mampu mencungkil bakat pelajar di mana sebelum ini ada di antara mereka tidak mengenali langsung apa itu seni gamelan. “Selain mencapai matlamat pengenalan program-program kebudayaan dan kesenian negeri di bawah penjenamaan Senandung Terengganu sebagai usaha mempromosikan pelancongan di bawah kluster seni budaya warisan negeri.  “Melalui program sebegini, pelajar akan didedahkan dengan asas seni muzik dan tarian gamelan Melayu termasuk dengan latar belakang sejarah, tokoh, peralatan, instrumentasi, skala & nada, perbezaan antara gamelan Melayu dengan Gamelan Sunda/Bali/Jawa dan lain-lain. “Turut diperkenalkan lagu-lagu Gamelan Melayu merangkumi aspek keseluruhan lagu & klasifikasi lagu, lagu-lagu yang dinyanyikan (4 lagu), lagu-lagu yang mengiringi tarian (13 lagu), peranan setiap peralatan muzik dan sesi pendengaran secara ringkas,” katanya. Tambah beliau, setiap peserta turut didedahkan kepada notasi muzik gamelan melayu, memperkenalkan French Cheve System, symbol & tanda-tanda yang digunapakai dalam notasi/skor, buka lagu (intro) & tempo, tenik asas & lanjutan bagi memainkan setiap alatan muzik, teknik / kaedah Melodi cincang dan Turun Gambang. “Pihak kami tahu apa yang diusaha itu bukan mudah, tetapi sekurang-kurangnya dapat memperkenalkan apa itu seni gamelan kepada orang ramai terutama pelajar dan golongan belia. “Melalui jelajah ini, diharapkan seni gamelan Terengganu dapat diwarisi dan tidak pupus ditelan zaman,” katanya.
07 Dec 23
245
Jalan Tidak Rata Perlu Pembaikan Segera
Jalan Tidak Rata Perlu Pembaikan Segera
MARANG, 5 Disember - Kerosakan jalan di Kampung Sungai Serai di sini, yang mengganggu dan menjejaskan keselamatan pengguna memerlukan pembaikan segera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, beliau bimbang keadaan jalan dan pembentung yang tertimbus boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk. "Struktur jalan sekarang ini memang membahayakan orang ramai. Tindakan segera perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengguna dan warga setempat," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai JKR di lokasi tersebut hari ini untuk mencari penyelesaian segera hari ini. Sementara,  Pengerusi JPKK Sungai Serai, Othman Said mengharapkan agar tindakan pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin. "Keadaan jalan yang senget dan terjejas memerlukan perhatian serius untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini," jelasnya. Mengulas mengenai jalan itu, Jurutera Awam JKR Marang, TS. Muhammad Nazrin Ruslan, memaklumkan bahawa surat berkait isu itu telah disampaikan kepada pihak swasta kira-kira sebulan yang lalu. Saat ini katanya, pihak JKR sedang menanti tindakan lanjut dari pihak berkenaan. "Pihak berkuasa setempat menjamin bahawa mereka akan memantau perkembangan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut demi kebaikan bersama. "Lokasi jalan yang merbahaya itu diberi perhatian ekstra yang rosak kerana faktor cuaca dan penambunan tanah oleh pihak swasta yang berhampiran," katanya. TS. Muhammad Nazrin Ruslan Juruter Awam Jalan JKR Marang    
05 Dec 23
276
Tindakan Pantas Amzad Selesai Rungutan Penduduk
Tindakan Pantas Amzad Selesai Rungutan Penduduk
KUALA TERENGGANU, 3 Disamber - Tindakan pantas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berjaya menyelesaikan rungutun penduduk di Jalan Merpati 2, Durian Burong di sini. Menurut Ahmad Amzad, hujan yang tidak berhenti telah menyebabkan jalan di kawasan itu rosak dan menyulitkan penduduk yang menggunakan jalan terbabit. "Jalan becak sejauh 100 meter telah menyebabkan tiga buah kenderaan tersangkut dan terpaksa ditolak oleh penduduk sekitar. "Pada awalnya saya telah memaklumkan keepada pihak MBKT, namun saya diberitahu bantuan sudah habis. "Jadi saya mengambil keputusan  untuk mengeluarkan modal sendiri bagi menyelesaikan masalah tersebut," katanya kepada media. Jelas Ahmad Amzad, sebanyak tiga buah lori berisi batu kerikil dan sebuah jentera jentolak telah melakukan kerja-kerja penurapan jalan becak tersebut. Pengerusi JPKK Kg. Durian Burung, Wan Kamaruddin Wan Ngah ketika ditemui menzahirkan rasa terima kasih di atas kecaknaan Ahli Parlimen tersebut. "YB Kuala Terengganu memang seorang yang sangat mudah apabila berurusan dengannya, tidak berkira-kira dengan sesiapa pun," katanya.  
03 Dec 23
276