lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

200 Perangkap Nyamuk Dipasang Di Kampung Masjid Haji Kadir
200 Perangkap Nyamuk Dipasang Di Kampung Masjid Haji Kadir
Perangkap nyamuk diletakkan di salah sebuah rumah.           KUALA TERENGGANU, 9 Januari- Sebanyak 200 perangkap nyamuk berjaya dipasang di kawasan Kampung Masjid Haji Kadir bagi mengurangkan populasi nyamuk Aedes di kawasan itu, hari ini.   Perangkap nyamuk ‘Mosquito Home’ yang dicipta hasil kerjasama antara syarikat dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dipasang sebagai salah satu kajian pemantauan dalam membangun kaedah kawalan nyamuk Aedes di Malaysia.   Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UMT, Profesor Madya TS Dr. Mustafa Man memaklumkan, kajian produk itu telah berjaya dijalankan di beberapa negeri sejak enam tahun lepas dan masuk ke pasaran bermula tahun lepas. Dr. Mustafa sewaktu memberikan penerangan. “ Kita tidak menyatakan 100 peratus keberhasilan, tetapi ia berjaya mengurangkan densiti nyamuk Aedes di persekitaran dan boleh dikatakan amat memuaskan,” katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di kampung tersebut, hari ini.   Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar serta Pengarah Kesihatan Kuala Terengganu, Dr. Fatimah Muda. Dato' Tengku Hassan menerima penerangan daripada Dr. Mustafa berkaitan Mosquito Home sambil diperhatikan Dr Fatimah  (bertudung).     Dalam program tersebut,  Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) menumpukan sesi taklimat terbuka serta menjelajah dari rumah ke rumah untuk pemasangan perangkap nyamuk.   Dr. Mustafa juga mengharapkan sokongan daripada masyarakat terutama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan penggunaan produk berkenaan sebagai alternatif kawalan nyamuk sedia ada.   “Ini adalah hasil produk Malaysia, dibuat oleh pakar-pakar di Malaysia dan diformulasikan di sini. Maka, kami mengharapkan sokongan ramai lebih-lebih lagi ia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” katanya.      
09 Jan 20
408
Kompaun Rokok Langkah ‘Tegas’ Didik Masyarakat
Kompaun Rokok Langkah ‘Tegas’ Didik Masyarakat
Dr Nor Azimi. KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Tindakan mengenakan kompaun kepada perokok yang merokok di kawasan larangan adalah bertujuan untuk mendidik rakyat supaya tidak terjebak dalam aktiviti itu.       Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, gejala merokok di premis menjual makanan dan restoran bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut menjejaskan kesihatan orang ramai. Berikutan itu katanya, penguatkuasaan yang dijalankan sejak 1 Januari lalu dilihat berupaya mengurangkan gejala itu daripada terus berlaku sekali gus menjamin kesihatan masyarakat. “Sebanyak 137 notis kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok di 2,243 premis setakat 6 Januari. “Dalam operasi itu, seramai 117 individu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 11(1)(d) (PPKHT) kerana merokok di premis menjual makanan manakala 14 pemilik premis menjual makanan dikenakan notis kompaun di bawah Peraturan 12(1)(a) kerana tidak memasang tanda larangan merokok di premis masing-masing,” ujarnya.   Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Wawancara Khas bersama JKNT di Studio TV Darul Iman, hari ini. Menurut Dr Nor Azimi, Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pihak mematuhinya. Bagi mereka yang menerima notis kesalahan kerana merokok di tempat makan dikenakan kompaun sebanyak RM250. “Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh notis. “Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan manakala kompaun sehingga RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya,” ujarnya. Tambah beliau, pihaknya juga membuka pintu seluas-luasnya kepada semua perokok untuk hadir ke hospital atau klinik kesihatan bagi menjalani rawatan berhenti merokok.    
08 Jan 20
32
Kad Sejahtera Bantu Warga Emas Kekal Sihat
Kad Sejahtera Bantu Warga Emas Kekal Sihat
Penerima-penerima bantuan Kad Sejahtera bersama Dr Azman.       Oleh : Ariss Alias Foto : Hidayah Azlin   SETIU, 7 Januari - Penerima Kad Sejahtera menyifatkan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan Terengganu itu amat bernilai bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapat kesihatan sempurna.   Warga emas, Awang Jusoh, 69, dari Kampung Chalok berkata, dengan RM70 diperuntukan bagi setiap rawatan nilai berkenaan sudah sangat besar buat dirinya.   “Isteri dan anak-anak juga dapat menumpang sama manfaat ini. Sudah rahmat buat kami, kami sangat bersyukur,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Penyerahan Kad Sejahtera peringkat DUN Langkap semalam.   Bagi penduduk Kampung Rahmat, Mariam Chik, 76, dia terharu dengan keprihatinan kerajaan negeri dalam membantu rakyat mendapatkan kesihatan yang terbaik.   “Insya-Allah mak cik akan gunakan kad ini dengan sebaiknya. Selepas ini mudah untuk mak cik dapatkan rawatan daripada klinik swasta, dapat menjamin kesihatan kami,” ujarnya. Awang Jusoh. Dalam majlis berkenaan, seramai 364 pemohon menerima Kad Sejahtera yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim semalam di Dewan Sivik Chalok Kedai.   Sementara itu, Dr Azman menyifatkan bantuan tersebut akan memudah dan menyenangkan penerima untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka terutamanya warga emas di kawasan luar bandar.   “Nilai dalam Kad Sejahtera berjumlah RM500, penerima dan ahli keluarga apabila hendak mendapatkan rawatan di klinik panel, hanya perlu membawa kad ini sahaja dan nilai akan dipotong mengikut kadar kos rawatan.   “Mungkin ada yang mengatakan kenapa tidak membuat tuntutan insuran, tetapi bagi mereka yang tidak berkemampuan duit yang bayar kepada insuran itulah kegunaan untuk pembelanjaan asas. Bantuan ini adalah dalam bentuk sebenar keperluan masyarakat,” tambah beliau lagi. Mariam Chik (kiri). Program Kad Sejahtera merupakan satu program ‘Bantuan Subsidi Rawatan Kesihatan Asas’ yang mensasarkan 20,000 penerima daripada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar dengan peruntukan sebanyak RM10.9 juta pada tahun 2019 sebagai permulaan.    
06 Jan 20
251
Bukit Besar Terengganu Diselubungi Jerebu
Bukit Besar Terengganu Diselubungi Jerebu
  KUALA TERENGGANU, 12 September - Mercu tanda Bandar Raya Kuala Terengganu, Bukit Besar kini hanya jelas dilihat dari jarak dekat ekoran keadaan jerebu.   Tinjauan sekitar jam 9.00 pagi tadi mendapati meskipun berada pada jarak 500 meter, bukit tersebut kelihatan kabur.   Kebiasaanya mercu tanda negeri itu akan kelihatan jelas meskipun pada jarak lebih 1 kilometer dari Jambatan Sultan Mahmud.   Walau bagaimanapun, berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) daripada Jabatan Meteorologi, keadaan udara di Terengganu berada pada tahap sederhana dan tidak merbahaya.   Walaupun keadaan IPU Terengganu tidak berada di tahap bahaya, orang ramai disaran supaya tidak melakukan sebarang aktiviti kebakaran terbuka agar tidak memburukkan lagi keadaan.   Juga diingatkan untuk sentiasa menitikberatkan kesihatan dalam keadaan cuaca seperti ini dengan mengehadkan aktiviti luar.   Jambatan Angkat kabur dari pandangan.      
11 Sep 19
426
Negeri Terengganu Tanpa Plastik 2021
Negeri Terengganu Tanpa Plastik 2021
Dr. Alias Razak.       KEMAMAN, 9 Ogos – Kerajaan negeri bersetuju memutuskan penguatkuasaan undang-undang bahawa tiada lagi penggunaan plastik untuk semua jenis perniagaan bermula Januari 2021.   Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, ia bertujuan mengurangkan risiko plastik dan mikroplastik yang menjadi ancaman kepada hidupan marin dan alam sekitar.   “Ini adalah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Persekutuan dan dilaksanakan pihak berkuasa tempatan sebagai usaha kita untuk memastikan alam sekitar dapat diwariskan kepada generasi akan datang dalam keadaan yang selamat.       “Perkara ini telah dilaksanakan secara beransur-ansur melalui pendidikan berkaitan risiko plastik serta pekeliling yang telah diedarkan bermula Januari tahun ini,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penutup Terengganu Turtle Camp 2019 di Pusat Santuari Ma’Daerah, Kerteh, hari ini.     Program tersebut menghimpunkan 40 pelajar daripada 10 sekolah terpilih dari seluruh negeri untuk memupuk kesedaran dan meningkatkan pemahaman mengenai penyu yang merupakan khazanah negeri Terengganu.   Para peserta Terengganu Turtle Camp merakamkan gambar bersama. Program selama tiga hari itu dianjurkan Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan  World Wide Fund for Nature (WWF) dengan sokongan kerajaan negeri dengan memberi pendedahan menerusi pembelajaran aktiviti luar darjah.   Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif, PSKT, Rosman Roslan; Pengurus Konservasi Penyu WWF Malaysia, Lau Min Min; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kemaman, Abd. Rahman Kadir serta Eksekutif Sumber Manusia, BP Petronas Acetyls Sdn. Bhd., Zam Zam Abdul Rahman.   Turut hadir, Ketua Bahagian Pejabat Cawangan Kertih, Majlis Perbandaran Kemaman, Mohd Kamaruzaman Abd Aziz; Ketua Pusat Penerangan dan Konservasi Penyu Rantau Abang, Firdaus Abdullah dan Penghulu Mukim Kerteh, Abdul Ghafar Mohamed.   Beliau berkata, dalam jangka masa dua tahun tempoh pendidikan itu, pelbagai program dilaksanakan antaranya melalui Hari Tanpa Beg Plastik setiap Sabtu bagi negeri Terengganu.      
08 Aug 19
444
“Kemuka Maklumat Lengkap Untuk Kita Semak Semula' - Dr. Azman
“Kemuka Maklumat Lengkap Untuk Kita Semak Semula' - Dr. Azman
Dr Azman Ibrahim. Oleh: Hidayah Azlin         SETIU, 3 Ogos - Sebarang individu yang mendakwa bahawa ramai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disekat bantuan diminta mengemukakan maklumat lengkap berkaitannya kepada pihak berwajib untuk disemak semula.   Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata, berdasarkan penelitiannya dalam tempoh setahun lebih usia pemerintahan kerajaan negeri, tiada seorang pun penerima yang dipotong atau disekat bantuan kecuali yang telah meninggal dunia.   ‘’Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penimbang, segala permohonan bantuan JKM akan dipertimbangkan. Malah setiap kali mesyuarat, kita tambah berpuluh orang penerima yang baru,’’ tegasnya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman sosial ‘ Facebook’ milik peribadinya, semalam.   Menurutnya yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penimbang Kebajikan daerah Setiu dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penimbang Kebajikan daerah Besut itu, kerajaan negeri terus komited untuk menjaga dan memastikan kebajikan rakyat terutama golongan-golongan yang kurang berkemampuan terjamin.   ‘’Untuk menjernihkan keadaan ini, saya mahu pihak terbabit mengemukakan maklumat itu kepada kami jika benar berlaku di Besut atau Setiu untuk kita semak bagi menyelesaikannya.   “Kebiasaan yang berlaku, masalah mungkin timbul apabila ada penerima berpindah tinggal ke daerah lain, tetapi tidak mengemaskini  maklumat terbarunya kepada JKM yang akhirnya menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan,” jelasnya.      
03 Aug 19
41
Tiga Pekerja Resort Hilang Di Laut Ditemui Selamat
Tiga Pekerja Resort Hilang Di Laut Ditemui Selamat
Oleh: Nooreni Abu Bakar         DUNGUN, 3 Ogos - Tiga orang pekerja resort Pulau Tenggol yang dikhuatiri hilang sejak Rabu lalu telah ditemui selamat oleh nelayan Thailand di perairan antara sempadan Thailand dan Vietnam.   Bot yang dinaiki mereka dipercayai mengalami kerosakan enjin dan ditemui  hanyut kira-kira 112 batu nautika dari Dungun.   Fauzi Mohamad, 40; Muhammad Firdaus Mohd Awalluddin, 25 serta pekerja resort, Mohamad Hafiz Abd Rahim, 22 telah dibawa ke Pelantar Minyak Bunga Orkid milik Petronas yang terletak di perairan negeri Kelantan bagi mendapatkan bantuan sejurus dijumpai.   Timbalan Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintendan Mohamad Zohan Seman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan itu.   "Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun menerima panggilan kira-kira jam 1 pagi daripada penyelia pelantar minyak Bunga Orkid yang memaklumkan penemuan tiga mangsa itu,” katanya.   Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun melahirkan kesyukuran dengan berita gembira tersebut.   Menurutnya, kerjasama daripada orang ramai mengirimkan doa serta mengadakan sembahyang hajat selepas solat Jumaat di masjid - masjid-masjid di Dungun dan juga di tapak operasi secara tidak langsung membantu usaha Mencari dan Menyelamat (SAR).   "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan kakitangan resort tersebut dan individu-individu yang terlibat di dalam usaha mencari mangsa,” katanya.   Pada hari kejadian, ketiga-tiga mangsa dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan menghantar bekalan makanan ke Pulau tenggol.   Mereka yang berlepas kira-kira jam 12.30 tengah hari dari Jeti di Kampung Seberang Pintasan, didapati hilang apabila tidak tiba di pulau berkenaan tiga jam kemudian sebelum Pusat Kawalan di Ibu Pejabat Polis Daerah mengaktifkan operasi mengesan dan menyelamat mangsa.         
03 Aug 19
35
MB Terengganu Tunggang RXZ Waktu Hujan, Curi Perhatian Ramai
MB Terengganu Tunggang RXZ Waktu Hujan, Curi Perhatian Ramai
Ahmad Samsuri tidak kekok menunggang RXZ. Foto - Hishamuddin Abdullah.   KUALA NERUS, 28 Julai - Menteri Besar (MB), Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mencuri perhatian ramai apabila menunggang motosikal RXZ dalam keadaan cuaca hujan lebat, sempena program ‘We Are RXZ Members 3.0’ di Kuala Nerus semalam.       Dengan gaya bersahaja, beliau menunggang motosikal berseorangan sambil diiringi pengawal peribadi kira-kira 15 kilometer bermula dari Kediaman Seri Setia di Batu Buruk, Kuala Terengganu hingga ke tapak program di Litar Permotoran Negeri Terengganu, Gong Badak.   MB keluar dari kediamannya pada 5.15 petang dan disambut di lokasi program yang dihadiri lebih 18,000 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.   Cuaca hujan sepanjang perjalanan tidak menghalangnya meneruskan perjalanan, malah beliau tidak kekok mengawal tunggangan.   Ahmad Samsuri mendapat respon positif daripada penunggang motosikal RXZ apabila ucapannya pada majlis perasmian program itu di sini mendapat pujian ramai.   “Biar kita sama-sama basah, biar kita sama-sama kering,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh peserta.   Sementara itu menurut peserta himpunan berkenaan, Faridullah Hisham, 28, berkata, dia  tertarik dengan keramahan Ahmad Samsuri yang sentiasa menyantuni anak muda dalam program berkenaan.   “Walaupun beliau Menteri Besar dan berstatus VIP, beliau tidak kekok langsung bersama-sama peserta menunggang motosikal. Memang sangat seronok,” katanya yang datang dari Kelantan.   Malah, Ahmad Samsuri sebelum menghadiri program itu sempat menitipkan pesanan kepada anak muda yang menyertai program itu di laman Facebooknya semalam, supaya peserta sentiasa mematuhi disiplin dan undang-undang, menghormati pengguna lain, menjaga aurat dan tidak meninggalkan solat.      
27 Jul 19
851
Kempen ‘Bebas Asap Rokok’ Perlu Diteruskan - Muhammad Khalil
Kempen ‘Bebas Asap Rokok’ Perlu Diteruskan - Muhammad Khalil
Muhammad Khalil.   Oleh: Fidee Aziz      KUALA TERENGGANU, 14 Julai - Kempen ‘Bebas Asap Rokok’ perlu diteruskan bagi memberi kesedaran kepada perokok supaya prihatin akan kesihatan diri dan masyarakat sekeliling.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program tersebut perlu dipraktikkan setiap masa bagi melahirkan masyarakat yang sihat dan peka dengan situasi semasa.   Jelasnya, kempen dan kesedaran berkenaan secara tidak langsung akan melahirkan individu yang bermanfaat kepada negeri dan negara.   “Kita perlu meningkatkan program-program seperti ini untuk kita memberikan kesedaran kepada masyarakat, ini penting melalui ilmu pengetahuan, hukuman ataupun peraturan yang kita lihat pada hari ini sangat tegas dan kita sangat bersetuju pendekatan yang diambil ini.        “Program dan aktiviti kesedaran ini mesti diteruskan secara berterusan tidak cukup dengan peraturan ataupun hukuman-hukuman, jika sekiranya tiada ada di sana satu kesedaran daripada masyarakat maka tiada guna peraturan dan hukuman tersebut,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Program Intervensi Terengganu Sejahtera Tanpa Asap Rokok, di Pantai Batu Buruk, di sini semalam.   Turut hadir, Timbalan Dekan Penyelidakan Dan Pembangunan Fakulti Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Anizar Abdul Aziz, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pantai Batu Buruk, Mohd Ismail, Pengerusi MPKK Ladang Hospital, Fairus Idrus dan Pengerusi MPKK Ladang Sehat, Mohammad Yusoff Ismail.   Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut menegaskan, dalam islam perkara yang dilarang akan memberikan kebaikan kepada manusia sama ada ia memberi manfaat ataupun terhindar daripada keburukan.   “Kami dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk ini sangat berbesar hati untuk menerima sekiranya ada lagi program-program seperti ini pada masa akan datang.   “Dalam DUN Batu Buruk ini terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan kepada masyarakat khususnya pada hari minggu seperti ini,antaranya Pantai Batu Buruk, Lagun Kuala Ibai dan kawasan-kawasan lain di dalam DUN ini,”  katanya lagi.      
13 Jul 19
165
Menjaga Kesihatan Adalah Satu Tuntutan
Menjaga Kesihatan Adalah Satu Tuntutan
Oleh: Fidee Aziz KUALA TERENGGANU, 19 April - Setiap individu disaran supaya sentiasa cakna akan kesihatan agar segala urusan kerja seharian dapat dilaksanakan dengan cemerlang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kesihatan merupakan aset yang amat bernilai dalam kehidupan setiap manusia dan perlu sentiasa dijaga serta diberi perhatian dengan sebaik mungkin. Jelasnya, Islam turut menitikberatkan penjagaan kesihatan dengan menggariskan lima perkara asas, salah satunya ialah penjagaan kepada nyawa yang antara lain menfokuskan kepada kesihatan. “Kesihatan adalah satu perkara yang sangat penting, kalau kita tengok dalam Islam meletakkan lima perkara asas, salah satunya ialah penjagaan kepada nyawa yang berkait rapat juga dengan penjagaan kepada kesihatan,” ujarnya Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program Pusat Khidmat Bergerak di Dewan Surau As-Salam, Batu Buruk,semalam. Turut hadir Ahli Parlimen Kawasan Kuala Terengganu, YB Haji Ahmad Amzad Hashim, Penghulu Chendering, Ayub Abdul Rahman, Pengerusi MPKK Raja Baran, Tuan Ngah Tuan Ahmad dan seluruh pegawai-pegawai Insitut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) Dun Batu Buruk. Muhammad Khalil yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri turut berkata, kawasan Kuala Terengganu diiktiraf sebagai kawasan paling bahagia di Malaysia berdasarkan kajian yang diiktiraf oleh kerajaan pusat. Sudah tentu antara faktor yang mengundang kepada kebahagian ialah cara hidup yang sihat. “Apabila kita sihat, bagi orang Islam ia akan membantu kita untuk beribadah kepada Allah S.W.T kerana itu tujuan kita hidup,”. Program itu dianjurkan secara bersama oleh Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Raja Baran, Pusat Khidmat ADUN Batu Buruk, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dan Kuala Terengganu Medical Team
19 Apr 19
94