lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terungkai
Kehilangan Warga Emas Akhirnya Terungkai
HULU TERENGGANU, 30 April - Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dikhuatiri hilang di kawasan hutan kampung Bukit Diman, Ajil, di sini, ditamatkan petang Khamis, susulan mangsa ditemukan selamat berhampiran kawasan yang dilaporkan hilang. Ketua Balai Bomba Kuala Berang, Hanafi Mohd berkata, mangsa Taib Yaacob, 81, ditemukan orang kampung kira kira 4.10 petang di kawasan hutan berkenaan dalam keadaan tidak bermaya. "Petugas operasi yang kemudian memeriksa mendapati mangsa adalah individu yang dicari. Mangsa ditemui selamat dalam keadaan separa sedar," katanya dalam satu kenyataan pada hari ini. Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk rawatan lanjut. Semalam, keluarga mangsa melaporkan Taib  hilang pada 2.30 petang selepas keluar ke hutan seorang diri berhampiran rumahnya. Susulan kehilangannya, SAR yang membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diaktifkan dengan kawasan pencarian meliputi tiga kilometer dengan tumpuan di kawasan hutan dan kampung berdekatan. Katanya lagi, mangsa difahamkan mengalami masalah pendengaran selain pergerakan agak perlahan berikutan faktor usia lanjut. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim yang turut serta dalam usaha pencarian mengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam usaha pencarian mangsa sejak semalam.
01 May 20
255
Pemuda Kampung Tengah Cukai Siap Sedia Bantu Penduduk
Pemuda Kampung Tengah Cukai Siap Sedia Bantu Penduduk
KEMAMAN, 28 April - Seramai lima orang pemuda sentiasa bersiap siaga membantu Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengah Chukai melancarkan segala bentuk bantuan untuk penduduk. Ketuanya, Abd Rahim Rahmat Noor berkata, mereka akan sentiasa bersiap sedia dan membantu sehingga selesai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 di seluruh negara ketika ini. "Matlamat kami di sini adalah untuk membantu memudahkan segala urusan penduduk kampung. "Setakat hari ini kami telah membantu mengagihkan sumbangan berbentuk wang tunai, beras, barangan dapur, lampin pakai buang, susu, ayam, roti dan sebagainya," ujarnya. Menurutnya lagi, semua bantuan yang diagihkan ini adalah daripada kerajaan negeri dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). "Sumbangan ini dihantar oleh kami dari rumah ke rumah yang lain. Setiap rumah yang berada di bawah tanggungjawab MPKK Tengah Chukai diberi perhatian," katanya lagi. Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita selepas selesai mengagihkan kurma dan takwim Ramadan kepada penduduk. Bantuan tersebut adalah sumbangan ikhlas daripada Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah mat.
01 May 20
457
Virus Influenza, Penduduk Terengganu Perlu Berwaspada - MB
Virus Influenza, Penduduk Terengganu Perlu Berwaspada - MB
Orang ramai terutama warga emas, kanak-kanak dan mereka yang dikategorikan berisiko tinggi dijangkiti virus influenza dinasihatkan supaya sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.
01 May 20
94
'Hor Toh YB' ADUN Air Putih
'Hor Toh YB' ADUN Air Putih
Menjadi rutin harian Cikgu Ab Razak Ibrahim memulakan tugasnya seawal pagi di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih.
30 Apr 20
4216
Terengganu Menuju Masyarakat Tanpa Tunai
Terengganu Menuju Masyarakat Tanpa Tunai
Rakyat Terengganu bakal menjadi masyarakat tanpa tunai jika mereka menggunakan sepenuhnya kad MyDebit dalam urusan harian.
30 Apr 20
42
7,000 Kilogram Ikan Tongkol, Selayang Untuk Lauk Berbuka
7,000 Kilogram Ikan Tongkol, Selayang Untuk Lauk Berbuka
Ikan untuk diagihkan kepada masyarakat. Oleh : Mohd Zukifli Mat   KUALA NERUS, 28 April - Menyedari kesusahan rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 7,000 kilogram ikan tongkol dan selayang halus sebagai lauk berbuka puasa untuk penduduk di kawasan berkenaan semalam.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, kerjasama daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tepoh Care itu memberi keutamaan kepada keluarga yang terjejas pendapatan.   "Sebanyak 5,000 kilogram ikan tongkol dan 2,000 kilogram ikan selayang halus telah diagihkan pada hari ini.   "Sebagaimana yang diketahui, kita semua masih dalam lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini menyukarkan penduduk mencari rezeki," katanya.   Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Dewan Serbaguna di sini semalam.   Hishammuddin meninjau persiapan agihan yang dilakukan.   Katanya, urusan untuk agihan kepada penduduk mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) DUN Tepoh.   Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama islam untuk sama-sama merebut ganjaran di bulan Ramadan dengan membaca al-Quran.   "Elakkan berbuat perkara yang sia-sia dan usah kurangi pahala puasa dengan bicara yang tidak disukai Allah SWT.   "Keistimewaan Ramadan seperti ganjaran pahala berlipat kali ganda dan keampunan Allah SWT yang terbuka luas, jadi rebutlah peluang sebaiknya," tambah beliau.
29 Apr 20
206
Empat Nelayan Hilang Ditemui Selamat
Empat Nelayan Hilang Ditemui Selamat
KUALA TERENGGANU, 14 Februari- Empat nelayan yang dilaporkan hilang di laut sejak keluar 7 Februari lalu, ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), hari ini.   Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Terengganu, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, nelayan-nelayan itu ditemui lebih kurang 10 batu nautika ia dilaporkan hilang pada 5.15 petang.   "Kami menerima laporan kehilangan pada 10.00 malam dua hari lalu dan memulakan pencarian awal pagi semalam menggunakan Kapal Maritim (KM) Jujur dan KM Gemia.   Komander Maritim Ariffin Ghazali.   "Hari ini merupakan hari kedua pencarian pihak APMM dan nelayan terbabit ditemui oleh KM Gemia setelah tujuh hari hilang di laut," katanya.   Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di jeti Ibu Pejabat APMM Terengganu, di sini, malam ini. Menurutnya, nelayan berkenaan iaitu Azwan Yusof, 36; Walik Hafizul Walek@Raffa, 35; Hanafi Nasrizal Hamtha, 26, dan Mohd Faizan Musa, 29 yang menaiki bot kelas A dengan nombor pendaftaran TRF 1178 itu ditunda Kapal Maritim (KM) Gemia ke jeti APMM, sebentar tadi.   "Keempat-empat nelayan terbabit kini berada dalam keadaan stabil setelah kita memberikan makanan serta rawatan awal.   Bot nelayan yang hilang sejak tujuh hari lalu.   "Pemeriksaan awal, kita dapati bot mengalami kerosakan pada bateri menyebabkan ia tidak dapat dihidupkan dan mereka hanyut," katanya.   Terdahulu, bot dinaiki nelayan dari Kampung Losong dilaporkan hilang selepas keluar ke laut Jumaat lalu.   Adik Azuan yang merupakan tekong bot, Mohd Amri Yusof, 33, melaporkan kejadian itu kepada APMM Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut, dua hari lalu setelah abangnya tidak dapat dihubungi. KM Gemia sedang menunda bot ke jeti.
14 Feb 20
542
Pimpinan Setiu Luang Masa Santuni Pesakit
Pimpinan Setiu Luang Masa Santuni Pesakit
Shaharizukirnain menyantuni pesakit di Hospital Setiu. Oleh: Fahmi Izzuddin     SETIU, 5 Februari - Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Ab Kadir mengetuai program ziarah bulanan ke Hospital Setiu semalam bersama Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri dan Batu Rakit, Zul Bhari A Rahman serta Mohd Shafizi Ismail.   Zul Bhari berkata, program yang menjadi rutin bulanan itu mendapat kerjasama yang sangat baik daripada semua kakitangan Hospital Setiu.   Katanya, aktiviti berkenaan juga mampu memberi motivasi kepada pesakit dan ahli keluarga yang sedang diuji.     Zul Bhari mendengar perkongsian hidup daripada seorang pesakit. “Tujuan utama kita mengadakan ziarah adalah sebagai memberi semangat dan harapan kepada pesakit untuk sembuh.   “Di samping kita dapat memberi keceriaan kepada mereka untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa,” ujarnya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).   Dalam kunjungan yang berlangsung selama satu jam itu, buah tangan serta keperluan harian turut diedarkan kepada pesakit.    Mohd Shafizi (kanan,).    
04 Feb 20
168
Jangan Panik, Tiada Jangkitan Coronavirus Di Terengganu
Jangan Panik, Tiada Jangkitan Coronavirus Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 27 Januari - Orang ramai khususnya rakyat Terengganu dinasihatkan agar tidak panik dan mempercayai sebarang berita palsu berkaitan jangkitan Novel Coronavirus di negeri itu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat menegaskan perkara itu selepas tersebar berita seorang kanak-kanak yang disyaki dijangkiti Coronavirus dilarikan dari Hospital Kemaman. Sebaliknya apa yang berlaku katanya, ibu bapa kanak-kanak berkenaan tidak faham dengan apa yang dimaklumkan oleh doktor kerana masalah komunikasi bahasa lalu membawa pulang semula anaknya ke tapak ECRL dan bukannya melarikan diri. "Tambahan pula kanak-kanak berkenaan cuma mengalami simpton Coronavirus dan masih belum disahkan positif penyakit itu sebagaimana tular di laman sosial. "Sebarang maklumat selanjutnya akan dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Hospital Terengganu dalam masa terdekat, warga Kemaman khususnya jangan panik dan mempercayai khabar angin," tegasnya dalam satu kenyataan sebentar tadi. Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, kanak-kanak tersebut bagaimanapun sudah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk dikuarantin. "Pihak Hospital meminta bantuan Polis untuk mengesan kanak-kanak ini. Polis serta-merta mengambil tindakan bertemu dengan ibu bapa kanak-kanak ini di ECRL. "Kemudiannya membawa kanak-kanak ini menaiki ambulans dan terus dibawa ke Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu," tambah beliau. Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Azimi Yunus mengesahkan seorang kanak-kanak perempuan warga China berusia lima tahun menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Bagaimanapun pemeriksaan mendapati, kanak-kanak itu tidak memenuhi kriteria sebagai pesakit disyaki Patient Under Investigation (PUI) atau pesakit Coronavirus. Pihak hospital memberi rawatan biasa kepada kanak-kanak itu. Kanak-kanak itu dimasukkan ke wad di hopsital berkenaan jam 6.15 petang tadi, Terdahulu dilaporkan, kanak-kanak itu bersama ibu bapanya ke Hospital Kemaman jam 13.34 tengah hari tadi untuk mendapatkan rawatan.  
27 Jan 20
83
Kesedaran Derma Organ Di Terengganu Masih Rendah
Kesedaran Derma Organ Di Terengganu Masih Rendah
Alias Razak. KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Kesedaran menderma organ secara sukarela di negeri Terengganu masih belum berada pada tahap membanggakan.       Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ia berikutan hanya 1.8 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan rakyat Terengganu yang telah berikrar menderma organ selepas kematian.   Jelasnya, sehingga kini Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hanya merekodkan sekitar 22,540 pengikrar berbanding lebih 1.2 juta penduduk negeri itu.   “Daripada jumlah itu, seramai 10 orang penderma sahaja telah berjaya mendermakan orang mereka kepada golongan yang memerlukan. Ia melibatkan perndermaan buah pinggang, hati, jantung, paru-paru dan organ-organ lain. “Apa yang menjadi halangan adalah faktor budaya dan agama yang menganggap bahawa pendermaan organ dan tisu menyalahi hukum sedangkan bagi orang Islam terdapat fatwa yang jelas bahawa perkara itu dibenarkan,” katanya.   Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 2020 di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini hari ini.   Walau bagaimapun katanya, beliau yakin kesedaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa berikutan sudah ramai yang mula menyedari akan kepentingan pendermaan organ.   “Semoga orang ramai akan terus meningkatkan kesedaran mereka dan mendaftar sebagai penderma organ.   “Kita boleh mendaftar apabila kita meneliti segala aspek dan ilmu pengetahuan serta menolak persepsi negatif yang mengatakan bahawa ia akan memudaratkan kesihatan penderma,” tambah beliau.      
18 Jan 20
156