lightning-solid
Berita :

Artikel "Komuniti" Terkini

Perkasa Kempen Memartabatkan Undang-Undang Syariah
Perkasa Kempen Memartabatkan Undang-Undang Syariah
Kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan berterusan kepada usaha untuk memantapkan undang-undang syariah dalam teori dan juga praktikal.  
28 Oct 20
132
Tanah Perkuburan Islam Seberang Pintasan Dibaikpulih
Tanah Perkuburan Islam Seberang Pintasan Dibaikpulih
DUNGUN, 29 Oktober – Kerja-kerja baikpulih dan meluaskan tanah perkuburan Islam Kampung Seberang Pintasan sedang giat dijalankan ekoran kebimbangan penduduk dengan keadaan kubur yang hampir padat. Proses menambak tanah paya berkeluasan sekitar tiga hektar bersebelahan tanah perkuburan itu telah dimulakan baru-baru ini. Tanah Perkuburan Islam Kampung Seberang Pintasan itu berdepan masalah kekurangan ruang untuk menampung penduduk di kawasan sekitar Kampung Balik Bukit, Kampung Kumbang Putat dan Kampung Teluk Bidara termasuk warga Kampung Seberang Pintasan sendiri. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli mengambil inisiatif menyalurkan peruntukan dibawah seliaan beliau sebanyak RM100,000 sebagai kos bagi kerja menambak tanah berpaya yang sebelum ini sudah diwartakan sebagai tanah perkuburan. Timbalan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Seberang Pintasan, Fauzi Ibrahim berkata, sekiranya tanah berpaya itu tidak ditambak, ini akan menyebabkan tanah perkuburan sedia ada tidak lagi dapat menampung jika berlaku kematian. “Sekiranya kerja menambak tanah itu siap, ia mungkin boleh dimanfaatkan untuk jangka masa yang lama dan juga dapat menyelesaikan masalah yang dialami masa kini. “Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Dungun yang telah mengambil cakna dalam permasalahan yang berlaku di kampung ini,” ujarnya . Sementara itu, Wan Hassan berkata, sebagai wakil rakyat Dungun, isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung perlu diambil perhatian dan diselesaikan secepat yang mungkin. Beliau yang ditemui di pejabatnya menyatakan bahawa peruntukan yang disalurkan sebanyak RM100,000 tersebut sudah memadai bagi menyiapkan proses kerja-kerja baik pulih di kubur berkenaan. "Alhamdulillah, dengan peruntukan yang kita ada, kita dapat menyelesaikan isu rakyat dan buat masa kini kerja-kerja baikpulih sedang giat dijalankan," ujarnya. Tambah beliau, berdasarkan tinjauan yang dilakukan, kerja-kerja baik pulih di kubur berkenaan sudah mencapai proses akhir dan akan siap sepenuhnya dalam masa terdekat.
28 Oct 20
1948
DUAT Edar Risalah Sempena Maulidur Rasul
DUAT Edar Risalah Sempena Maulidur Rasul
KEMAMAN, 28 Oktober - Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) menganjurkan program "Walk With Daie Venture" sempena Sambutan Maulidur Rasul dengan turun mendekati masyarakat dan mengedarkan risalah selawat yang berlangsung di Pasar Malam, Dataran Haji Hanafiah Mat, Kampung Paya Berenjut, semalam. Penyelia DUAT Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, Ahmad Khairuddin Mohd Zaki memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas kejayaan penganjuran program tersebut. "Kami mengharapkan risalah yang disampaikan kepada masyarakat hari ini dapat memberi manfaat sebaiknya. Insya-Allah kita akan bertemu lagi dalam program-program yang akan datang," ujarnya. Program tersebut turut berlanjutan sehingga ke malam dengan diadakan Kuliah Maghrib Khas disampaikan oleh penceramah bebas, Mohd Nakhaie Nafiah di Masjid Kampung Paya Berenjut. "Terima kasih diucapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat, kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Cukai, Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Paya Berenjut, sukarelawan-sukarelawan serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program pada hari ini," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).    
28 Oct 20
404
Hanafiah Rai Warga Media
Hanafiah Rai Warga Media
KUALA TERENGGANU, 28 Oktober - Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri telah mengadakan majlis ramah mesra dan makan tengah hari bersama warga media yang berlangsung di Restoran Matahari, kelmarin. Pengerusinya, Hanafiah Mat berkata, ianya diadakan bagi meraikan dan menghargai jasa-jasa mereka dalam melaksanakan tugasan membuat liputan isu semasa, aktiviti dan sebagainya berkaitan kerajaan negeri.  "Saya mengharapkan majlis sebegini akan sentiasa dapat diadakan bagi merapatkan ukhuwah di antara satu sama lain. Dalam masa yang sama kita semua dapat bekerjasama dalam apa jua perkara yang boleh memberi manfaat untuk kerajaan dan juga masyarakat di negeri ini," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas selesai majlis tersebut. Lebih 50 orang warga media telah hadir dalam majlis ringkas yang diadakan itu. Antara yang hadir ialah pihak media daripada TV3, Utusan, Bernama, Al-Hijrah, RTM, Berita Harian, Harakah, Buletin Online, UPDI, Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Terengganu, Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) dan Kumpulan Aktivis Media Inspirasi (KAMI). Turut diraikan dalam majlis tersebut, kakitangan daripada Tabung Darul Iman (TDI) dan Urusetia Wanita Terengganu (UsWA).  
27 Oct 20
263
DUN Air Putih Serah Sumbangan Kepada 24 PIBG Sekolah
DUN Air Putih Serah Sumbangan Kepada 24 PIBG Sekolah
KEMAMAN, 28 Oktober - Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih telah menyampaikan sumbangan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) di 24 buah sekolah di kawasannya di sini baru-baru ini. Agihan sumbangan kepada PIBG kali ini melibatkan sebanyak 17 buah sekolah rendah dan tujuh buah sekolah menengah termasuk Kolej Vokasional di DUN Air Putih. Dianggarkan sebanyak RM59,000 sumbangan diagihkan kepada PIBG yang terlibat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Ab.Razak Ibrahim memaklumkan, sumbangan yang diberikan itu meliputi semua sekolah rendah dan menengah di DUN Air Putih.  “Kita mengharapkan agar PIBG sekolah dapat menggunakan sumbangan ini dengan sebaiknya terutama demi keperluan para pelajar di sekolah masing-masing,” ujarnya. Setiap PIBG masing-masing menerima RM2,000 manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cerul menerima RM10,000 di atas kejayaan mereka mendominasi Peningkatan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Peningkatan Semua A Terbaik seluruh negeri Terengganu bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang lalu. SMK Binjai turut menerima RM5,000 untuk keperluan program di sekolah tersebut.
27 Oct 20
1177
Usahawan Perlu Berdisiplin Untuk Berjaya
Usahawan Perlu Berdisiplin Untuk Berjaya
BESUT, 28 Oktober- Para usahawan berdisiplin dan bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan dalam perniagaan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu, Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, kerajaan negeri akan sedaya upaya untuk membantu usahawan-usahawan kecil terutamanya untuk meningkatkan taraf hidup. "Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) begitu komited dalam penyediaan kemudahan kepada usahawan terutamanya di Besut ini. "Contohnya menerusi program penyerahan kiosk sahaja, sudah ramai rakyat Terengganu yang mendapat manfaat daripda program ini terutamanya kepada yang kurang berkemampuan untuk memulakan perniagaan. "Pelaksanaan program ini juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan negeri agar gerai-gerai di Terengganu lebih bersih dan menarik. Menerusi pelaksanaan ini dijangkakan dapat menarik lebih ramai pelanggan dan membantu meningkatkan hasil jualan pengusaha," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Kiosk Transformasi Gerai Maju Terengganu di Dewan Sivik Kampung Baharu, semalam. Pada majlis itu, lima penerima kiosk daripada Kampung Baharu, Besut mendapat manfaat daripada program YPU itu. Katanya, kepada semua usahawan yang terpilih untuk menjalankan perniagaan di kiosk dihadapan Balairaya Kampung Baharu Kuala Besut ini diharapkan memberi tumpuan dan komitmen yang tinggi dalam menjalankan perniagaan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan.  "Kerajaan negeri telah memperuntukan sebanyak RM36,900 bagi penyediaan lima unit kiosk ini. Tahniah diucapkan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baharu yang mengambil inisiatif memohon kiosk supaya dapat memberi peluang penduduk kampung yang ingin memulakan perniagaan," ujarnya.
27 Oct 20
216
Saupi Gembira Terima Rumah PPRT
Saupi Gembira Terima Rumah PPRT
KEMAMAN, 27 Oktober - Saupi atau nama sebenarnya Ahmad Saupi Abd. Jalil, 55, gembira kerana menerima sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Dia yang bekerja sendiri dan mempunyai enam orang anak bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pemberian rumah itu. "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua terutama Pejabat Daerah Kemaman, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Darat Kijal dan kerajaan negeri yang ada kerana menyediakan rumah ini untuk kami sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Bukit Kemuning, Kijal, semalam. Hazri Jusoh (dua dari kanan). Sementara itu, Pegawai Penyelaras DUN Kijal, Hazri Jusoh ketika berucap di majlis ringkas penyerahan kunci rumah tersebut menyatakan, kerajaan negeri komited dalam meneruskan agenda menyejahterakan masyarakat di negeri ini. "Kerajaan negeri bersungguh-sungguh dalam memastikan setiap keluarga mempunyai sebuah rumah. "Alhamdulillah, hari ini kita menyerahkan sebuah rumah PPRT kepada keluarga Saupi dan Insya-Allah esok dua buah rumah lagi di Meraga Beris," ujarnya. PPRT merupakan perumahan yang diseliakan oleh Pejabat Daerah Kemaman dari peruntukan Pejabat DUN kepada mereka yang layak.
27 Oct 20
2748
Jalan Kuala Kemaman Dinaik Taraf
Jalan Kuala Kemaman Dinaik Taraf
KEMAMAN, 27 Oktober - Sepanjang kira-kira 800 meter jalan raya di Kampung Kuala Kemaman telah selesai kerja -kerja dinaik taraf, baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, ia merupakan salah satu usaha kerajaan negeri bagi memberi keselesaan kepada penduduk tempatan dan pengunjung dari luar yang menggunakan jalan raya di situ.  "Sebelum ini jalan di sini hanya satu hala. Namun selepas ianya dinaik taraf dan ditambah saiz lebarnya, kini jalan raya di situ menjadi dua hala. "Ia mampu memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya tersebut. Bahkan keselamatannya sudah tentu lebih terjamin," katanya. Tegas Hanafiah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, ianya membuktikan kerajaan yang ada pada hari ini sangat prihatin terhadap perkara yang membabitkan kebajikan rakyat di negeri ini.  "Jalan raya di kawasan lain juga telah banyak dinaik taraf ataupun dibaik pulih. Ianya dijalankan secara berperingkat.  "Terima kasih kepada semua pihak yang turut sama terlibat dalam kerja-kerja menaik taraf jalan raya ini," ujarnya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.
27 Oct 20
1268
Konsep Bersepadu Pembangunan Tanah Lapang Akan Dirangka
Konsep Bersepadu Pembangunan Tanah Lapang Akan Dirangka
SETIU, 27 Oktober – Satu konsep pembangunan bersepadu akan dirangka bagi memanfaatkan kawasan tanah lapang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi.  ADUN Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, suasana di lokasi itu akan menjadi lebih tersusun apabila penstrukturan dan penempatan lengkap yang disertakan dengan binaan seperti rumah kedai, rumah kediaman dan taman rekreasi. "Isu perumahan adalah satu isu yang besar, malah kerajaan negeri sangat memandang serius namun apabila kita tidak mampu untuk menyelesaikan semua benda dalam masa yang singkat, langkah perlu laju.  "Birokrasi pula perlu diminimakan seminima yang mungkin agar dapat memberi khidmat yang paling baik dan cepat kepada rakyat," katanya ketika merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Projek Perumahan Terengganu Sejahtera (PPTS) di perkarangan Surau Gong Berangan di sini baru-baru ini.  Beliau turut memaklumkan, Projek Rumah Mampu Milik (RMM) di Tempinis sedang giat berjalan dan tanah seluas sekitar sembilan ekar disebelahnya akan turut dibangunkan bagi mengurangkan isu perumahan di DUN Jabi.  "Secara dasarnya kerajaan sudah bersetuju untuk dijadikan sebagai tapak rumah mampu milik. Kita sudah batalkan semua nama peserta terkilan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kerana tidak mahu tanah, mereka mahu rumah.  "Saya sudah bercakap dengan pemaju untuk membuat rumah empat tingkat sebab sebab nak suruh kalau kita sihat naik turun naik tangga dan utamanya ramai boleh mengambil manfaat," jelasnya.  Tambah beliau, sebanyak lima buah rumah PPTS masing-masing di Kampung Tempinis, Kampung Anak Ikan Dalam, Kampung Gong Pasir, Kampung Gong Dasar serta Kampung Gerong siap dibina mengikut masa ditetapkan. "Ada dua lagi yang akan dibina di Renek yang terbakar dan yang baru terbakar bebrapa hari lepas di Seri Tanjung. Insya-Allah yang terlibat dalam bencana kita akan uruskan seberapa segera.  "Kita akan tengok sekiranya keperluan kita untuk baiki rumah sudah semakin kurang kita akan tambah dengan bilangan untuk bina baru, asrat kita sebenarnya nak buat lebih daripada bilangan tahun ini cuma dalam masa yang sama kita perlu kurangkan peruntukan untuk baiki rumah," ujarnya.
27 Oct 20
254
APM Siap Sedia Hadapi Banjir Dengan SOP Norma Baharu
APM Siap Sedia Hadapi Banjir Dengan SOP Norma Baharu
KUALA TERENGGANU, 27 Oktober – Angkatan  Pertahanan Awam Malaysia(APM) Terengganu serta agensi berkaitan dalam pengurusan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini bersedia mengikuti norma baharu akibat pandemik COVID-19 bagi mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, latihan dan ‘table talk’ telah diadakan untuk menyelaraskan pengurusan PPS norma baharu  menjadikan  negeri ini antara yang terawal mengadakan program sebegitu agar semua daerah memahami prosedur tugas, operasi dan logistik. “Contohnya sebelum pandemik, operasi melibatkan 20 orang anggota penyelamat menaiki sebuah lori, sekarang kita telah tukar prosedur tersebut dengan penambahan bahagian logistik seperti lori APM, lori Polis, lori Bomba dan lain-lain. “Katakan kita perlu hantar 50 orang anggota, jadi kini 10 sahaja selori untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan penjarakan sosial, bot-bot begitu juga.Di peringkat PPS pula, kita bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (agensi pengurusan PPS) dalam memastikan pusat tersebut mengikuti jarak fizikal yang betul. “Cabaran di menggunakan sekolah adalah ia bertindan dengan takwim sekolah yang telah berubah. Dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), kita mendapat maklumbalas dan mungkin akan menutup sekolah sementara mengikut budi bicara,” katanya ketika bersiaran di Studio TVDI, semalam. Mengulas mengenai SOP di sekolah (PPS), bilik darjah akan disesuaikan seperti satu bilik dua keluarga berbanding empat, sekali dengan pendinding. “JKM juga memaklumkan tidak membenarkan memasak di PPS, namun begitu, ia mengikut kesesuaian pusat daerah masing-masing seperti di Kuala Nerus menggunakan ‘Caterer’ manakala kaedah sesuai akan dirangka seperti di Hulu Besut dan Hulu Terengganu,"jelasnya lagi. Beliau yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, turut mengulas, dua cabaran dalam pengendalian bencana banjir norma baharu adalah proses pemindahan dan keadaan mangsa di PPS. “Contoh senario proses pemindahan seperti pukul dua atau tiga pagi dengan jumlah bot sedikit bersama arus deras, pasukan mungkin akan buat keputusan untuk selamatkan dan pentingkan nyawa dulu. “Cabaran PPS pula, contohnya terlalu ramai hadir dan komuniti hanya ada satu dewan kecil, jadi sekretariat daerah berkenaan akan cari alternatif dengan menggunakan rumah atau tadika sebagai tempat sementara. “Alhamdullilah, dengan kerjasama JKM, APM, setiap Pejabat Daerah yang masih berterusan akan memastikan keselamatan penduduk dalam menghadapi bencana norma baharu ini,” ujar Che Adam.
27 Oct 20
722