lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

KPDNHEP Pantau Ketulenan Emas, Logam Berharga
KPDNHEP Pantau Ketulenan Emas, Logam Berharga
KUALA TERENGGANU, 18 Oktober - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mempergiatkan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan ke atas ketulenan logam berharga melalui Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga 1994) di bawah Akta Perihal Dagangan 2011. Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, ia bagi memastikan pematuhan peniaga ke atas peruntukan undang-undang ini dipatuhi sepenuhnya.  "Sejak tahun 2019 sehingga tahun 2021, sebanyak 42 tindakan kes telah diambil berhubung isu logam berharga ini melibatkan nilai rampasan keseluruhan sebanyak RM53,463.00 manakala sebanyak RM7,700.00 kompaun telah dikeluarkan dan denda sebanyak RM20,000.00 telah dikenakan kepada syarikat atau individu yang terlibat. "Sepanjang tahun 2021 pula, sehingga Oktober 2021, sebanyak 11 aduan telah diterima oleh KPDNHEP dan sembilan tindakan kes telah disiasat melibatkan nilai rampasan sebanyak RM3,950.00," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Menurut Azman, bagi memastikan tindakan penguatkuasaan ke atas pemeriksaan logam berharga itu dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan berkesan, KPDNHEP melalui Bahagian Penguat Kuasa (BPGK) telah membuat perolehan bagi dua set peralatan pengujian ketulenan logam berharga pada tahun 2020. "Setiap set peralatan ini mengandungi beberapa alat termasuk Radas Sinaran Sinar-X (Thermofisher Scinentific NITON DXL 800) atau lebih dikenali sebagai alat XRF. "Alat XRF merupakan suatu alat pengujian ketulenan logam berharga yang menggunakan kaedah pengujian tanpa musnah (Non-Destructive Testing Method) ke atas lebih 100 jenis unsur logam seperti emas, perak, gangsa dan lain-lainnya," jelasnya. Mengulas lanjut, menurutnya, KPDNHEP juga akan menambah lebih banyak alat ujian XRF ini berserta Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) dan Pekerja Sinaran (PS) dari semasa ke semasa bagi membolehkan lebih ramai anggota penguat kuasa KPDNHEP berkelayakan untuk mengendalikan alat ini. "Ini sekali gus akan menyebabkan tindakan penguatkuasaan dan pemeriksaan dapat dilakukan dengan lebih menyeluruh dan berkesan di seluruh negara," katanya. Setakat ini, KPDNHEP telah menjalankan tiga siri pemeriksaan ketulenan logam berharga di Jalan Masjid India (Kuala Lumpur), Pekan Kuala Pilah (Negeri Sembilan) dan juga AEON Mall Shah Alam (Selangor). Secara keseluruhan, sebanyak 11 premis kedai emas telah diperiksa dengan menggunakan alat XRF ini. Barang kemas yang diperiksa adalah emas yang berupa gelang, cincin, loket, rantai dan juga subang. "Pihak KPDNHEP ingin memberikan amaran kepada semua peniaga yang menjual logam berharga ini agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menjual logam berharga yang tidak tulen kepada pengguna. "Syarikat atau individu yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perihal Dagangan (Artikel-Artikel Yang Dibuat Daripada Logam Berharga) 1994, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000.00 bagi pertubuhan perbadanan manakala bagi individu didenda tidak melebih RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya," katanya. Sekiranya pengguna mempunyai maklumat berkenaan salah laku peniaga berhubung perkara ini bolehlah melaporkan kepada KPDNHEP melalui saluran berikut: i.    Portal e-aduan.kpdnhep ii.    Call Centre 1-800-886-800 iii.    Emel e-aduan@kpdnhep.gov.my iv.    Ez ADU KPDNHEP v.    Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 vi.    Whatsapp 019-279 4317
18 Oct 21
1104
PROJEK PRODUK NAPIER MAMPU JANA 2,000 PELUANG PEKERJAAN
PROJEK PRODUK NAPIER MAMPU JANA 2,000 PELUANG PEKERJAAN
17 Oct 21
229
Pemburu Kerja Disaran Rebut Elaun Cari Kerja Sehingga RM400
Pemburu Kerja Disaran Rebut Elaun Cari Kerja Sehingga RM400
BESUT, 11 Oktober – Para pemburu kerja dalam negeri ini disaran merebut elaun mencari pekerjaan atau dikenali sebagai SIP Prihatin 2.0 yang menawarkan Elaun Persediaan Bekerja dalam bentuk one-off sebanyak RM400. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pencari kerja dapat menikmati elaun tersebut jika menghadiri sesi temuduga sebanyak satu kali dan diterima kerja oleh pihak majikan. “Menerusi Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi 2.0 (PEMULIH), perluasan Elaun Mencari Pekerjaan bernilai RM300 telah disediakan oleh pihak PERKESO kepada pencari kerja yang menghadiri temuduga sebanyak 3 kali temuduga selama dua bulan. “Manakala Elaun Persediaan Bekerja sekiranya telah kembali bekerja bagi individu yang tidak dilindungi dibawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) PERKESO dan juga bagi individu yang menganggur dan aktif mencari pekerjaan. “Bakal warga kerja khususnya anak-anak negeri perlu mengambil peluang inisiatif kerajaan ini dalam membantu usaha penempatan pekerjaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program 'Outreach' Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu Edisi Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, pagi tadi. Sementara itu, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, Dato’ Mohd Sahar Darusma menceritakan jumlah permohonan bagi SIP Prihatin 2.0 secara keseluruhannya adalah sebanyak 4,991 orang. “128 permohonan telah diluluskan dengan jumlah perbelanjaan setakat ini adalah sebanyak RM56,300. “Setakat ini, jumlah rakyat Terengganu secara umumnya yang telah berdaftar dibawah portal MYFuture Jobs adalah seramai 38,287 orang. “2,550 orang adalah daripada kawasan Jerteh, Besut. Manakala Majikan pula, jumlah telah berdaftar adalah sebanyak 1,590 majikan dan 40 majikan adalah berasal dari kawasan Jerteh," ujarnya. Katanya lagi, pihaknya akan membantu kerajaan negeri dalam meningkatkan lagi pemohonan rakyat Terengganu untuk mendapatkan insentif pelan disediakan sejak berkuatkuasa pada 15 Julai lalu. Pencari kerja perlu menggunakan portal MYFuture Jobs iaitu Portal Pencarian Pekerjaan Kebangsaan bagi memuat naik aktiviti pencarian pekerjaan.
11 Oct 21
457
Program 'Outreach' Pekerjaan Bantu Rakyat Dapat Kerja
Program 'Outreach' Pekerjaan Bantu Rakyat Dapat Kerja
BESUT, 11 Oktober – Usaha kerajaan negeri dalam membuka peluang pekerjaan kepada rakyat diteruskan dalam siri pertama Program 'Outreach' dengan menyasarkan kekosongan 800 jawatan di syarikat Panasonic Appliances Air-conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) dipenuhi. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, 'outreach; itu sudah bermula hari ini di Besut dan akan berakhir esok. Katanya, buat julung kalinya ia diadakan secara bersemuka di peringkat negeri dan pihaknya menyasarkan 200 orang pemburu kerja hadir di daerah tersebut. “Sehingga kini seramai 33 orang telah ditemubual dan daripadanya 25 orang telah diterima kerja dengan dua orang lagi telah bermula kerja di Kilang bertempat di Shah Alam, Selangor bersama syarikat gergasi teknologi Jepun tersebut. “Sesiapa yang berjaya memenuhi kekosongan itu juga bakal menikmati elaun mobiliti sehingga RM1,000, penginapan dan pengangkutan percuma dan lain-lain lagi manfaat. “Sambutan melalui media sosial juga amat memberangsangkan dengan kebanyakkan pencari kerja tidak mengetahui insentif ‘one-off’ yang dijalankan kerajaan bagi memudahkan mereka,” katanya. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program 'Outreach' Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu Edisi Daerah Besut di Dewan Majlis Daerah Besut, Jertih, pagi tadi. Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Ahmad Farhan Abdul Wahab, Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO, Dato’ Mohd Sahar Darusma dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC), Aminuddin Omar. Nurkhuzaini yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera menjelaskan antara objektif lain penganjuran tersebut bagi memberi maklumat tentang insentif PEMULIH yang disediakan oleh kerajaan kepada para pencari kerja. “Di samping menggalakkan mereka mencari pekerjaan secara aktif, ia turut memberi rakyat peluang untuk mendaftar dan melibatkan diri dalam program pekerjaan yang melayakkan mereka mendapat manfaat daripada insentif ini,” jelasnya lagi. Menurutnya juga, maklumat peserta menerusi Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) di setiap DUN akan digembleng bagi program penempatan pekerjaan diteruskan lagi di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan daerah lain. “Kita bergantung kepada permintaan majikan (PAPAMY), jika kita berjaya merancang di tiga daerah lain, maka kita akan lihat kekosongan lain lagi pada masa akan datang,” katanya lagi. Terdahulu, T-HRDC telah menandatangani Memorandum Persefahaman kerjasama dengan PAPAMY pada 23 September dengan persetujuan bagi menghebah peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu.
11 Oct 21
900
SEAmEQ Tawar Lebih 100 Kekosongan Sebagai Agen Jualan Sampingan
SEAmEQ Tawar Lebih 100 Kekosongan Sebagai Agen Jualan Sampingan
KUALA NERUS, 9 Oktober – Syarikat Keropok ikan segera, SEAmEQ membuka peluang kepada warga dalam dan luar Terengganu mendapat pendapatan sampingan sebagai agen jualan. Produk keluaran syarikat Maperow Sdn. Bhd. (Maperow) itu menawarkan sehingga 100 lebih kekosongan terutamanya anak tempatan dan mereka yang boleh memasarkan kudapan pelbagai perisa itu ke luar negeri. Pengurus Pemasarannya, Nurfarzana Tajul Arifin berkata, pihaknya peka akan kesan ekonomi akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara melibatkan mereka yang kehilangan kerja dan punca pendapatan. “Jadi kami sediakan ruang ini untuk semua bagi bantu mereka yang berminat berniaga pelbagai pilihan produk kami terutamanya keropok segera berasaskan isi ikan. “Antara manfaatnya, agen boleh membeli stok daripada kami dengan harga lebih murah dan boleh menetapkan harga jualan sendiri yang bersesuaian. Ganjaran tambahan juga diberikan kepada para agen setiap bulan. “Setakat ini kami mempunyai lebih 70 agen dalam negara dengan peratusan besar beroperasi di Kuala Lumpur, sasaran SEAmEQ akan mempunyai 200 wakil jualan pada tahun ini,” katanya ketika ditemubual pemberita, baru-baru ini. Tambah Nurfarzana, antara contoh agen SEAmEQ berjaya adalah daripada Kelantan yang berjaya meraih hasil sehingga RM13,000 hasil jualan kira-kira 1,500 ribu paket keropok segera. “Selain itu, tiada yuran pendaftaran dikenakan kepada mereka yang berminat, dengan modal rendah sahaja diperlukan,” katanya lagi. Menurutnya juga, selain keropok segera lima perisa, perniagaannya turut menjual produk berasaskan ikan seperti keropok lekor, keropok keping, satar goreng dan lain-lain lagi. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh hubungi SEAmEQ HQ di talian 60127648528 atau media sosial; Instagram: seameqhq dan FB Page: Seameq HQ.
09 Oct 21
1523
Pelaburan RM320 Juta Wujudkan 2,000 Peluang Pekerjaan
Pelaburan RM320 Juta Wujudkan 2,000 Peluang Pekerjaan
Kemasukan pelabur antarabangsa, Syarikat Mc cormick untuk melabur melalui perusahaan tanaman lada hitam secara komersial bernilai RM 320 juta disasarkan akan mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini.
06 Oct 21
201
Terengganu Jadi Hab Makmal Forensik DNA Pantai Timur
Terengganu Jadi Hab Makmal Forensik DNA Pantai Timur
Terengganu menjadi negeri pertama mewujudkan penubuhan Makmal Sehenti DNA Forensik dan Makmal Sehenti Analisis Air di Pantai Timur melalui Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu (KIMIA Terengganu) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).
06 Oct 21
294
Panasonic Cadang Bina Kilang Di Terengganu
Panasonic Cadang Bina Kilang Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 2 Oktober - Syarikat teknologi gergasi Jepun, Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) bakal berkerjasama dengan Terengganu sebagai kerajaan negeri pertama sejak 1972 dalam membangunkan ekonomi dan modal insan tempatan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, antara cadangan awal kerjasama itu adalah melalui pembinaan kilang pembuatan penghawa dingin serta keutamaan jawatan buat lepasan institusi latihan dalam negeri ini. “Kita akan menawarkan kepada PAPAMY untuk melebarkan sayap perkilangan pertama kali di Pantai Timur, saya difahamkan jumlah kilang elektronik dibawah cabang itu adalah 22. “Terengganu mempunyai tanah industri bersesuaian dengan lokasi strategik berdekatan dengan perlabuhan, tambahan lagi dengan projek Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), faktor pemilihan akan berdasarkan jajaran tersebut,” katanya ketika ditemubual pemberita, baru-baru ini. Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu turut berkongsi hasrat kedua PAPAMY iaitu mereka mahu menjadikan pusat latihan kemahiran dalam negeri sebagai ‘anchor’ bagi meningkatkan jaminan pekerjaan buat lepasan pendidikan tersebut. “Mereka ingin menghasilkan satu kursus dalam bidang penghawa dingin sebagai silibus pembelajaran, menerusinya, ia memberi jaminan buat pelajar kita bagi terus bekerja sebaik sahaja menamatkan latihan tidak mengira sijil, diploma atau degree. “Silibus mereka sudah diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), bagi menyelaraskan pelaksanaannya, Urus setia Pekerjaan Terengganu (UPNT) yang mempunyai 30 agensi bercampur dibawahnya akan meneliti cadangan awal ini,” katanya lagi. Terdahulu, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Human Resource Development Centre (T-HRDC) dengan Panasonic Appliances Air conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) telah dimeterai bagi memastikan kadar pengangguran dikurangkan seterusnya akan meningkatkan mutu dan taraf hidup rakyat.
02 Oct 21
4820
Panasonic Tawar Kerja Kosong, Anak Terengganu Diutamakan
Panasonic Tawar Kerja Kosong, Anak Terengganu Diutamakan
KUALA TERENGGANU, 29 September – Syarikat gergasi Jepun, Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn Bhd (PAPAMY) buat julung kali mengadakan kerjasama dengan kerajaan negeri membuka peluang pekerjaan bagi rakyat Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, syarikat elektronik yang memfokuskan pengeluaran penghawa dingin itu memerlukan tenaga tempatan setelah mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Katanya, PAPAMY mempunyai 800 kekosongan dengan lebih 500 daripadanya memerlukan pekerja dengan kadar segera. “Sebuah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Terengganu Human Resource Development Centre (T-HRDC) telah dijalin bagi pembekalan tenaga daripada anak-anak Terengganu yang berkelayakan,” katanya ketika dihubungi pemberita. Menurutnya, syarikat Jepun tersebut amat positif dalam kolaborasi itu dan memberi keutamaan kepada Terengganu. "Kami di peringkat pengurusan bersama T-HRDC serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan membentuk pakej pekerjaan sesuai bagi proses seterusnya. “Apa yang ditawarkan PAPAMY, T-HRDC akan menjadi platform untuk rakyat bagi memperoleh pakej tersebut dan melalui proses interview dan pengambilan kerja. “Insya-Allah sebuah mekanisma baik akan dibentuk bagi mencapai matlamat mengurangkan kadar pengangguran dalam negeri,” katanya lagi. Tambahnya, antara jawatan pekerjaan ditawarkan seperti pengendali (operator) di kilang dengan gaji sehingga RM2,700 (termasuk elaun tambahan). Terdahulu, sebuah majlis MoU diadakan di Seksyen 21, Shah Alam, Selangor yang dihadiri CEO T-HRDC, Tuan Aminuddin Bin Omar, manakala PAPAMY diwakili oleh Pengarah Urusannya, Toshikatsu Fukunaga. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.
29 Sep 21
5907
2,000 Peluang Pekerjaan Khas Buat Wanita Terengganu
2,000 Peluang Pekerjaan Khas Buat Wanita Terengganu
KUALA TERENGGANU, 20 September - Golongan wanita dalam negeri diseru agar merebut kira-kira 2,000 peluang kekosongan jawatan dan ilmu keusahawanan dalam Karnival Kerjaya dan Usahawan Wanita 2021 Peringkat Negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, karnival atas talian yang julung kali diadakan itu memfokuskan peluang pekerjaan dan penjanaan pendapatan khusus kepada golongan hawa. “Tujuan program ini diadakan bagi membantu masyarakat dalam mengatasi kesan ekonomi teruk akibat pandemik COVID-19. “Dengan peningkatan kecil kadar pengangguran Terengganu kepada 4.1 peratus pada tahun lepas, pelaksanaan ini penting dalam merancakkan lagi ekonomi wanita. “Sehubungan itu, saya berharap warga Terengganu mengambil peluang ini untuk sama-sama mengikuti karnival melalui pelbagai platform seperti Cisco Webex, Zoom dan siaran langsung Facebook di ‘JPW Terengganu’,” katanya ketika bersiaran langsung di FB JPW Terengganu. Tambah beliau, pengisian program bermula hari ini sehingga 23 September turut melibatkan peluang mendapatkan insentif-insentif kerajaan serta perkongsian penceramah berpengalaman dalam pelbagai industri. Untuk pengetahuan, pelaksanaan tersebut dianjurkan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Terengganu dengan kerjasama Urus Setia Pekerjaan Negeri Terengganu.  
20 Sep 21
1286