Artikel "Ekonomi" Terkini
Sidang DUN : Daya Tahan Ekonomi Terengganu Bertambah Baik
Daya tahan ekonomi negeri Terengganu semakin bertambah baik walaupun dalam suasana yang sangat mencabar.
19 Sep 21
74
Sidang DUN : TKEA Masih Digunakan Sebagai Pelan Ekonomi Kerajaan
Kerajaan masih lagi merujuk 'Key Economic Area' (TKEA) di bawah Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) sebagai pelan ekonomi negeri.
19 Sep 21
67
Status Pembinaan Headland ke-6, Pembinaan Pelindung Hakisan Ombak Di Pantai Teluk Lipat
Status Pembinaan Headland ke-6, Pembinaan Pelindung Hakisan Ombak Di Pantai Teluk Lipat
15 Sep 21
209
Apakah Pelan Ekonomi Negeri Terengganu Yang Baharu?
15 Sep 21
86
Kerajaan Negeri Umum Bantuan Kewangan Buat Usahawan Kecil, Sederhana
KUALA TERENGGANU, 25 Ogos - Kerajaan negeri bakal melancarkan bantuan kewangan patuh syariah kepada usahawan kecil dan sederhana sebagai suntingan untuk kembali bernafas susulan impak ekonomi pandemik COVID-19.
Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Abdul Rahman berkata, ia dijangka bakal bermula pada September melihat kepada kebanyakan golongan sasar tersebut tidak mempunyai modal untuk beroperasi kembali.
Katanya, pakej ditawarkan adalah bantuan kewangan tanpa penjamin kepada golongan usahawan dan peniaga kecil, yang diuruskan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad.
“Inisiatif dalam perancangan ini adalah tanpa riba (termasuk cas perkhidmatan) sebagai modal pusingan buat usahawan di luar sana.
“Dinamakan sebagai Skim Pembiayaan Mikro Bangkit BIMB-YPU menggunakan dana Sadaqa House, dana-dana yang diperuntukkan itu tidak ada hadnya, cuma suntingan itu bermula serendah RM3,000 sehingga RM20,000.
“Diharapkan agar rakyat khususnya golongan terlibat bersedia untuk membuat permohonan kepada YPU sebaik sahaja ia dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa siaran langsung Dialog Rakyat Terengganu Peringkat Besut, di Facebook TVDI, baru-baru ini.
Selain itu, Mohd Khuzaini berkata, kontraktor kecil yang memperolehi projek kerajaan badan berkanun, syarikat pautan kerajaan, syarikat tersenarai awam, PBT dan yang tidak mampu memulakan kerja kerana ketiadaan modal yang cukup juga ditawarkan bantuan melalui pakej pemfaktoran.
Katanya, kerajaan sedar ada kontraktor kecil yang mendapat projek tidak mempunyai modal yang cukup dan kerana tiada pilihan, terpaksa meminjam daripada 'along'.
Menyedari hakikat itu, jelasnya, pihaknya bersama YPU dan sebuah syarikat menyediakan skim pembiayaan pemfaktoran kepada kontraktor tersebut.
Tambahnya, untuk tahun pertama, kerajaan melalui YPU akan menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta dan akan dijadikan pusingan untuk kemudahan kontraktor membiayai 80 peratus daripada modal projek mereka.
25 Aug 21
476
Peniaga Kedai Pakaian Lega Premis Boleh Operasi
KUALA NERUS, 15 Ogos – Pembukaan lebih banyak sektor perdagangan dan pengedaran yang berkuat kuasa pada semalam bukan sahaja melegakan peniaga bahkan orang ramai.
Seorang peniaga pakaian wanita, Husna Syahirah Rosdi, 25, berkata, dia sangat bersyukur apabila dimaklumkan kedai sepertinya boleh beroperasi setelah tiga bulan tidak dapat berniaga seperti biasa.
"Sepanjang tidak beroperasi, bayaran sewa juga perlu bayar iaitu sebanyak RM4,500. Oleh itu, saya dan rakan-rakan usahawan lain mengambil kaedah alternatif dengan menjual secara atas talian sahaja sepanjang pandemik bagi menyara diri dan kos perniagaan," katanya.
Tambahnya, sambutan pada hari pertama dibuka semalam amat memberangsangkan dengan pelanggan dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus berkunjung di kedainya di KTCC Mall.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Seberang Takir, Mohd Fadhil Wahab ketika dihubungi berkata, hari ini dijangka banyak lagi sektor terlibat dibuka ekoran pengumuman tersebut, baru-baru ini.
“Dalam DUN Seberang Takir yang kita dapat kenalpasti beberapa buah kedai yang berdaftar dengan kita untuk Bantuan Ekonomi Rakyat Terengganu (BERKAT) 2021 baru-baru ini,” jelasnya.
17 Aug 21
449
Fasa 2: Lagi 11 Aktiviti Ekonomi Dibenarkan Buka Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Ogos - Sebanyak 11 lagi aktiviti ekonomi di dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan untuk kembali beroperasi di Terengganu serta negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan kesemua 11 aktiviti ekonomi itu adalah tambahan kepada 11 aktiviti ekonomi yang dibenarkan beroperasi semula di dalam Fasa 1.
Aktiviti-aktiviti ekonomi tersebut adalah seperti berikut :
1. Kedai barang fotografi dan perkhidmatan fotografi
2. Kedai barangan terpakai
3. Kedai bunga dan nurseri
4. Kedai kraftangan dan cenderahati
5. Kedai antik
6. Kedai alat permainan
7. Kedai permaidani
8. Kedai kandungan kreatif dan peralatan industri kreatif
9. Kedai peralatan outdoor (termasuk peralatan perkhemahan, memancing dan lain-lain)
10.Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
11.Kedai tembakau termasuk vape dan rokok elektronik
Namun, Muhyiddin berkata pemilik premis yang tersenarai itu perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19.
Katanya lagi, ia bertujuan bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap, serta mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
Selain Terengganu, negeri-negeri dalam Fasa 2 PPN buat masa ini ialah ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan dan Sabah.
16 Aug 21
3084
Peserta Terkejut MB Terengganu Sertai Zoom Mereka
KUALA TERENGGANU, 27 Julai - Peserta-peserta Program Rintis ACES Web App dari Terengganu teruja apabila dikejutkan dengan penyertaan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam sesi Zoom mereka selepas beliau mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC) Terengganu.
Ahmad Samsuri turut berasa gembira dapat meluangkan masa bersama mereka.
Beliau juga menerima taklimat mengenai program rintis berkenaan dan sempat memberikan kata-kata semangat kepada para peserta.
"Tahniah atas penyertaan anda dalam program ini. Sangat penting anda menyesuaikan diri dengan sistem dan teknologi baharu kerana ia akan memberi impak yang besar kepada pekerjaan di masa hadapan.
"Semoga anak-anak terus melengkapkan diri dengan teknologi dan pengetahuan tentang Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) agar dapat menyumbang kepada pembangunan negeri di masa depan insya-Allah," ujarnya ketika bersiaran dalam lawatannya.
Program Rintis ACES Web App telah dimulakan baru-baru ini bagi mensiap siaga rakyat di Terengganu untuk pekerjaan masa akan datang, yang melibatkan lebih daripada 3,100 pelajar di seluruh Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Ia bertujuan mewujudkan kesedaran tentang IR4.0 di kalangan pelajar dan menyediakan bakat di ECER dengan kemahiran dan pengetahuan untuk memenuhi kehendak masa hadapan.
Program terbabit sedang dilaksanakan melalui satu siri webinar yang menyasarkan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah program empower ECER di negeri-negeri ECER dan kini sedang berjalan sehingga 31 Julai 2021.
Selain itu, dapatan awal menunjukkan bahawa program perintis tersebut berkesan dalam menerapkan pengetahuan tentang IR4.0 di kalangan para peserta.
Kira-kira 740 peserta dan 12 jurulatih di enam lokasi di Terengganu iaitu Kemaman, Dungun, Hulu Terengganu, Marang, Setiu dan Besut terlibat dalam program tersebut, yang akan berlangsung selama tiga minggu.
27 Jul 21
1530
ECERDC Tarik RM2.7 Bilion Pelaburan Ke Terengganu
KUALA TERENGGANU, 26 Julai - Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yakin dalam mencapai sasaran pelaburan tahun 2021 untuk negeri Terengganu menjelang penghujung tahun ini.
ECERDC dalam kenyataannya hari ini berkata, sehingga 30 Jun 2021 pihaknya telah berjaya RM2.7 bilion ke Terengganu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che, perkembangan itu dijangka akan mewujudkan sebanyak 3,040 pekerjaan dan 214 peluang keusahawanan baharu bagi rakyat di Terengganu.
“Susulan kemasukan pelaburan yang memberangsangkan untuk tahun 2021 setakat ini, ECERDC akan meneruskan usaha untuk memastikan projek-projek dan inisiatif-inisiatif yang sedang berjalan.
“Ini meliputi kerja-kerja infrastruktur dan program-program pembangunan modal insan dilaksanakan seperti yang dirancang untuk mempertingkatkan daya tarikan negeri ini sebagai sebuah destinasi pelaburan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan ECER (ICC) Terengganu yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mohkhtar.
Pada mesyuarat tersebut, Ahmad Samsuri menggesa semua pihak untuk terus berusaha menarik pelaburan baharu ke Terengganu, terutamanya dalam pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) dan Taman Biopolimer Kerteh.
“Kerajaan Negeri juga komited untuk menyokong inisiatif agrofood@ECER yang sedang dirancang oleh ECERDC.
“Terutamanya projek Lembah Tenusu Terengganu, serta projek-proiek Penanaman Kelapa, Makanan Ternakan dan Fertigasi, agar sektor pertanian dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri yang berterusan,” katanya lagi.
26 Jul 21
1226
Kerajaan Negeri Peruntuk RM1 juta Perkayakan Sumber Laut
MARANG, 24 Julai – Kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan 45 tukun tiruan rekreasi yang akan memperkayakan sumber marin.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pembinaan tukun tersebut juga bertujuan untuk mengawal tangkapan hidupan laut secara rekreasi.
“Insya-Allah kita letak sasaran sebelum bulan Oktober 2021 untuk selesaikan program melabuhkan tukun ini di perairan Terengganu
“Ia akan melibatkan beberapa daerah bermula dari Kemaman sehingga Besut, khususnya kepada zon tangkapan nelayan pantai 5 batu nautika daripada pesisiran pantai,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas kerja melabuh tukun tiruan konservasi di perairan Pulau Kapas, pagi tadi.
Tambahnya lagi, usaha lain seperti program unjang komuniti bersama nelayan setempat dan melabuhkan bot-bot nelayan asing yang dirampas sebagai inisiatif menambahkan sumber perikanan.
“Kita juga telah bekerjasama dengan pihak PETRONAS dan Jabatan Perikanan, komponen pelantar yang telah dinyahtauliahkan (Rig-To-Reef) telah dijadikan tukun dan dilabuhkan pada tahun 2017 berdekatan Pulau Kapas, Marang, Terengganu,” katanya.
Untuk rekod, laporan diterbitkan pada 2020 mendapati terdapat antara 129 sehingga 6,047 kilogram biomass ikan direkodkan pada satu tapak tukun tiruan dengan nilai sumber tertinggi berjumlah RM 84,759.60 (Muhammad Amirullah Al Amin Ayob et. Al, 2020. Jabatan Perikanan Malaysia).
24 Jul 21
256