lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Terengganu Lawat The Weststar Group Teroka Kerjasama Strategik
Terengganu Lawat The Weststar Group Teroka Kerjasama Strategik
KUALA TERENGGANU, 21 Oktober - Kunjungan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ke The Weststar Grup bukan hanya sekadar pertemuan rasmi sebaliknya ia menjadi platform bertukar pandangan dan meneroka potensi kerjasama strategik antara negeri dan industri. Menurut Ahmad Samsuri, pertemuan berlangsung dalam suasana penuh positif dalam suasana santai, perbincangan berlangsung dengan penuh nilai hormat dan keterbukaan. "The Weststar Group yang diketuai oleh Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim telah membuktikan keupayaan syarikat tempatan untuk berdaya saing di peringkat antarabangsa," ujarnya dalam satu kenyataan di media sosialnya, di sini, hari ini. Jelasnya lagi, kerajaan negeri sentiasa bersedia dan terbuka dalam menjalin hubungan dengan pelbagai pihak demi kepentingan serta pembangunan negeri Terengganu. "Demi masa depan Terengganu yang lebih berdaya maju, kami sedia mendengar, berfikir dan membina jalinan," ujar beliau.
21 Oct 25
98
Karnival Pantai 2025: Selami 'Akar Tradisi, Warna Identiti'
Karnival Pantai 2025: Selami 'Akar Tradisi, Warna Identiti'
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) kini menampilkan Karnival Pantai edisi 2025 dengan tema 'Akar Tradisi, Warna Identiti', menelusuri identiti negeri pantai timur yang penuh budaya dan tradisi itu.
17 Sep 25
72
Kerjasama EPIC–Velesto Kukuhkan Pelabuhan Kemaman Nadi Hab Tenaga
Kerjasama EPIC–Velesto Kukuhkan Pelabuhan Kemaman Nadi Hab Tenaga
KUALA LUMPUR, 11 September – Eastern Pacific Marine Services Sdn. Bhd. (EPMSSB), anak syarikat EPIC Berhad, memeterai Perjanjian Perkhidmatan Induk (MSA) bersama Velesto Energy Berhad melalui anak syarikat milik penuhnya, Velesto Drilling Sdn. Bhd., bagi menyediakan perkhidmatan sokongan marin strategik di Pelabuhan Kemaman, sekali gus mengukuhkan kedudukan pelabuhan itu sebagai pusat tenaga utama negara. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPIC Berhad, Dr. Ts. Haji Muhtar Suhaili, menegaskan bahawa perjanjian ini adalah tanda keyakinan industri terhadap kemampuan syarikat tempatan dalam membina keunggulan pelabuhan.  "Kerjasama yang terjalin mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan syarikat serta komitmen dalam memenuhi keperluan industri melalui penyediaan perkhidmatan marin dan pelabuhan yang cekap dan dipercayai. "MSA ini bukan sahaja menetapkan rangka kerja yang jelas untuk kerjasama dalam sokongan operasi luar pesisir, tetapi turut memperkukuh kedudukan Pelabuhan Kemaman sebagai hab utama sektor minyak dan gas," katanya. Beliau berkata demikian dalam Majlis Pemeteraian dan Pertukaran Perjanjian Perkhidmatan Induk antara EPMSSB dan Velesto Drilling Sdn Bhd, bersempena Pameran Oil and Gas Asia (OGA) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini. Turut bersama, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan EPIC Berhad, Wan Azilah Wan Abdullah, Naib Presiden, Operasi Velesto, Norzaidi Mohd Zahidin, Pengurus Besar Pengurusan Pelabuhan dan Perkhidmatan Marin, EPIC Berhad, Kapten Mohd Kamarul Mamat. Beliau turut menegaskan bahawa kolaborasi ini akan memberi impak positif terhadap daya saing dan keupayaan negara dalam sektor tenaga yang semakin mencabar. "Kami berharap dapat bekerjasama rapat dengan pihak Velesto dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang sejajar dengan penanda aras serta piawaian industri. "Dengan termeterainya MSA ini serta kontrak-kontrak lain yang sedang berjalan, EPMSSB berada di landasan yang tepat untuk terus memperkasa peranan syarikat dalam merancakkan industri minyak, gas dan maritim, di samping menyokong pertumbuhan mampan sektor tenaga serantau," jelasnya.
11 Sep 25
220
SG4 Angkat Isu Palestin Ke Pentas Antarabangsa
SG4 Angkat Isu Palestin Ke Pentas Antarabangsa
Muslim Ummah International Forum (MUNIF 2025) yang akan berlangsung pada 14 September di BDB Hotel & Suites, Jitra, Kedah dijangka menjadi pentas penting mengangkat isu Palestin ke perhatian dunia Islam.
09 Sep 25
33
TNEXT Strategi Kurangkan Kebergantungan Royalti Petroleum Terengganu
TNEXT Strategi Kurangkan Kebergantungan Royalti Petroleum Terengganu
Pelaksanaan Terengganu New Economy Transformation (TNEXT) bakal menjadi pemangkin utama kepada usaha negeri mengurangkan kebergantungan terhadap hasil royalti petroleum melalui pembangunan sektor tenaga, teknologi hijau dan pelaburan strategik yang menjana pendapatan baharu.
17 Aug 25
59
Terengganu Lancar TNEXT Pacu Transformasi Ekonomi Baharu
Terengganu Lancar TNEXT Pacu Transformasi Ekonomi Baharu
Kerajaan negeri hari ini melakar sejarah baharu dengan pelancaran Terengganu New Economy Transformation (TNEXT) dalam memacu peningkatan ekonomi negeri secara mampan menjelang 2030.
13 Aug 25
59
Reformasi Segera Sistem Kerjasama Negeri–Persekutuan
Reformasi Segera Sistem Kerjasama Negeri–Persekutuan
  KUALA TERENGGANU, 12 Ogos – Kerajaan Terengganu menegaskan perlunya reformasi terhadap sistem kerjasama antara negeri dan Persekutuan dengan mengamalkan konsep federalisme koperatif serta pembahagian hasil negara yang lebih adil. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, amalan seperti di negara-negara maju wajar dijadikan contoh agar pembangunan negeri tidak diikat oleh sentimen politik apabila kerajaan negeri dan Persekutuan berbeza ideologi. “Dalam konteks ini, hasil petroleum adalah hak negeri yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, bukannya keistimewaan. “Ia perlu dipulangkan sepenuhnya, dibayar tepat pada masanya dan disalurkan tanpa birokrasi yang melambatkan manfaat kepada rakyat, seperti yang berlaku sekarang,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Mengulas Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang dibahaskan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Parlimen semalam, beliau mempersoalkan kedudukan Terengganu yang hanya dilibatkan dalam enam daripada 122 strategi keseluruhan. “Angka ini menimbulkan persoalan besar tentang sejauh mana kesungguhan Kerajaan Persekutuan untuk membangunkan Pantai Timur secara serius. Lebih membimbangkan, sasaran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Terengganu hanya ditetapkan 4.8 peratus, jauh lebih rendah berbanding sasaran dalam RMK-12 dan unjuran kerajaan negeri sendiri iaitu 6.6 peratus menjelang 2030,” ujarnya. Beliau turut mempertikaikan sasaran pertumbuhan sektor pertanian, perikanan dan akuakultur negeri yang hanya ditetapkan 1.1 peratus, sedangkan ia telah mencatat 7.4 peratus pada 2023. “Ia langsung tidak mencerminkan kekuatan sebenar negeri yang terbukti berupaya mencapai prestasi tinggi dalam perikanan, akuakultur, tanaman dan penternakan. Negeri ini memerlukan projek dan peruntukan berimpak tinggi untuk melonjakkan ekonomi serta memberi kesan positif kepada seluruh Pantai Timur,” tegasnya. Menurut beliau, projek strategik seperti Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dan pelaksanaan Economic Accelerator Project (EAP) di sepanjang jajaran ECRL Terengganu juga perlu dimulakan segera kerana mampu menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri.  
12 Aug 25
48
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
Projek pembangunan tenaga solar membabitkan Kerajaan Terengganu, PETRONAS dan sebuah syarikat dari Arab Saudi, ACWA Power kini berada pada peringkat perbincangan terakhir sebelum dimuktamadkan.
11 Aug 25
71
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
Projek Terengganu-PETRONAS-Arab Saudi Dalam Perbincangan Teknikal Akhir
MARANG, 10 Ogos – Projek pembangunan tenaga solar membabitkan Kerajaan Terengganu, PETRONAS dan sebuah syarikat dari Arab Saudi, ACWA Power kini berada pada peringkat perbincangan terakhir sebelum dimuktamadkan. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek mega itu adalah salah satu daripada inisiatif yang dibangunkan di Tasik Kenyir yang dilancarkan baru-baru ini. “Sebenarnya ada dua projek berkaitan pembangunan tenaga solar di Tasik Kenyir. Projek ini juga berskala besar dan telah melalui perbincangan antara kerajaan negeri melalui anak syarikatnya bersama PETRONAS serta syarikat ACWA Power dari Arab Saudi. “Projek ini sedang berjalan dan kini berada di fasa akhir bagi penentuan perincian teknikal,” jelasnya. Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik dan Borang 5A Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) DUN Rhu Rendang, di sini, semalam. Mengulas lanjut mengenai satu lagi projek yang dirasmikan Perdana Menteri sebelum ini, Ahmad Samsuri berkata kajian rintis telah pun dijalankan. “‘Pilot study’ telah dibuat. Kalau pergi ke Tasik Kenyir, kita sudah dapat lihat panel solar berkapasiti kilowatt yang dipasang,” ujarnya.
10 Aug 25
297
Terengganu, FOZ One Perkukuh Kerjasama
Terengganu, FOZ One Perkukuh Kerjasama
Kerajaan Terengganu memperkukuhkan kerjasama dengan syarikat pengeluar peralatan elektrik rumah, FOZ One dengan mengadakan lawatan industri ke syarikat terbabit.
03 Aug 25
43