lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Pemilik Ais Kepal FF Lava Fruitti, Dulu Berpayung Kini Miliki Premis
Pemilik Ais Kepal FF Lava Fruitti, Dulu Berpayung Kini Miliki Premis
[Dok Kabo Dok Tahu Siri 23] "Ais Kepal FF Lava Fruitti-Bingjoy"  
08 Dec 21
601
ECERDC Tarik Hampir RM3.0 Bilion Pelaburan Ke Terengganu
ECERDC Tarik Hampir RM3.0 Bilion Pelaburan Ke Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Disember – Terengganu menerusi Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menarik pelaburan komited sebanyak RM2.9 bilion bagi tahun 2021. Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Baidzawi Che Mat berkata, pelaburan tersebut bakal mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan dan 600 peluang keusahawanan direkodkan sehingga bulan lepas. “Tumpuan diberikan kepada Taman Biopolimer Kerteh (KBP), salah sebuah taman perindustrian paling berjaya yang dibangunkan oleh ECERDC. “ECERDC akan memperhebatkan kegiatan mempromosikan pelaburan ke Terengganu dengan kerjasama agensi-agensi Persekutuan dan Negeri untuk menarik pelaburan baharu serta memastikan pelaburan dapat direalisasikan terutamanya di KBP. “Baru-baru ini, KBP telah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM220 juta daripada Greenverse Sdn. Bhd. (GVSB) untuk membangunkan sebuah loji pengurusan sisa berjadual secara bersepadu,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. Menurutnya lagi, pelaburan tersebut dijangka mewujudkan sehingga 250 peluang pekerjaan baharu yang merangkumi jawatan profesional, pengurusan dan kemahiran teknikal. “KBP, hab bioekonomi dan bahan kimia khusus ECER yang meliputi kawasan seluas 140 hektar, telah menarik pelaburan yang direalisasikan berjumlah RM5.2 bilion setakat ini. “Kompleks PKS KBP juga menerima sambutan yang menggalakkan walaupun siap ketika pandemik. “Sebanyak 98 peratus daripada lot yang ada telah diduduki majoritinya oleh syarikat-syarikat Industri Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) yang memberi sokongan kepada PETRONAS dan syarikat-syarikat petrokimia lain di Wilayah ini,” katanya lagi. Jelasnya, sasaran ECERDC adalah pertumbuhan industri petrokimia khusus, dan kini sedang membangunkan Fasa 4 yang terdiri daripada kawasan tambahan seluas 397 ekar bagi menampung pertumbuhan akan datang untuk para pelabur menjelang pertengahan tahun 2025.
06 Dec 21
682
LULUS PERUNTUKAN RM1.5 JUTA PERKASA UKIRAN KAYU TERENGGANU
LULUS PERUNTUKAN RM1.5 JUTA PERKASA UKIRAN KAYU TERENGGANU
01 Dec 21
418
OKU,KAUM IBU,BELIA DAN MAHASISWA TERIMA BANTUAN ONE OFF
OKU,KAUM IBU,BELIA DAN MAHASISWA TERIMA BANTUAN ONE OFF
16 Nov 21
52
PELAN STRATEGIK KELESTARIAN PELANCONGAN TRG WUJUDKAN DIMENSI BARU
PELAN STRATEGIK KELESTARIAN PELANCONGAN TRG WUJUDKAN DIMENSI BARU
16 Nov 21
100
Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Terengganu Wujudkan Dimensi Baru
Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Terengganu Wujudkan Dimensi Baru
KUALA TERENGGANU, 11 November- Kerajaan negeri mengorak langkah melancarkan Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu sebagai inisiatif melestarikan pelancongan negeri secara menyeluruh, memulihkan dan mewujudkan dimensi baru industri pelancongan. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pelan tersebut merangkumi misi dan matlamat dalam menjadikan Terengganu sebagai negeri pilihan pelancong dalam dan luar nagara. "Ibarat sebuah rumah lama, kita perlu penambahbaikan untuk menjadikannya lebih baik. Sebenarnya, kita telah bermula hujung tahun lalu, cuma kerana pandemik, kami menunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Buku Pelan Strategik Kelestarian Pelancongan Negeri Terengganu oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, semalam. Jelasnya, antara fokus utama yang terkandung di dalamnya adalah memastikan mutu penyampaian perkhidmatan yang berkualiti, menekankan pembangunan produk pelancongan melalui pendekatan komuniti serta pemantapan jaringan infrastruktur pemasaran melalui sinergi pelbagai agensi. "Antaranya, kita telah kenal pasti 40 produk Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) dan memperuntukkan hampir RM1 juta dalam menjayakannya. "Pandemik ini, sektor pelancongan sangat terjejas dan antara yang boleh memberikan suntikan ekonomi segera adalah CBT yang dimajukan," katanya. Tambah Ariffin, kerajaan negeri turut sasarkan kedatangan sekitar tiga juta pengunjung ke Terengganu bagi tahun 2022 dalam tempoh pemulihan semula industri pelancongan negeri tersebut dan berharap pembukaan semula gerbang antarabangsa mampu membantu mencapai sasaran berkenaan.  
11 Nov 21
654
Kolej Komuniti KT Anjur Karnival Usahawan
Kolej Komuniti KT Anjur Karnival Usahawan
KUALA TERENGGANU, 6 November – Kolej Komuniti Kuala Terengganu sedang giat memberi pendedahan kepada graduan usahawan melalui penganjuran Karnival Mini Usahawan di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall yang diadakan sehingga 7 November ini. Melalui karnival yang dijalankan sepanjang 4 hari itu, 20 gerai pameran serta demonstrasi produk pelajar program Sijil Fesyen dan Pakaian, Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat.dipamerkan kepada pengunjung Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin berkata, penganjuran tersebut merupakan pelaksanaan program TVETpreneurship (SPK) merupakan inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA). “Pelaksanaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ini adalah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan menceburi bidang keusahawanan, kolej di negeri ini adalah penganjuran kali pertama. Pengarah Kanan Akademik Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin melawat salah satu graduan seni khat “Matlamat utama program TVETPreneurship adalah untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran pelajar terhadap bidang keusahawanan sebagai sebuah kerjaya pilihan. “Selain itu, ia juga berpotensi melahirkan pelajar berkeyakinan diri yang tinggi dan berupaya memulakan dan mengurus perniagaan yang baru,” katanya ketika berucap dalam perasmian Karnival Mini Usahawan di KTCC Mall, semalam. Sementara itu, Pengarahnya, Ts. Ali Mamat turut berkongsi, 15 pelajar terlibat secara langsung dalam dilatih untuk berinteraksi secara terus dengan bakal-bakal pelanggan dan akan mengalami sendiri suasana proses melakukan promosi dan pemasaran serta jualan.  
05 Nov 21
734
Kadar Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Terengganu 94 Peratus
Kadar Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Terengganu 94 Peratus
KUALA TERENGGANU, 5 November - Graduan lepasan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Kolej Komuniti di Terengganu mempunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi sehingga mencecah 94 peratus. Pengarah Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Ts. Ali Mamat berkata, peratusan tersebut bermaksud kebolehkerjaan sama ada graduan melibatkan diri dalam sektor pekerjaan atau menjadi usahawan. “Pihak kami sering menjadi ‘Feeder’ iaitu pembekal tenaga dan sentiasa bekerjasama dengan pelbagai pemain industri. “Antaranya seperti pengeluar batik terkenal, Noor Arfa Batek, yang turut menjadi penasihat bagi program Sijil Fesyen dan Pakaian di kolej komuniti kami, jadi ia merupakan situasi ‘win-win’,” katanya. Beliau berkata demikian semasa temubual di Karnival Mini Usahawan di KTCC Mall, semalam. Menjelas berkenaan sambutan pengambilan pelajar di kolejnya, beliau memaklumkan kebanyakkan pelajar terdiri daripada anak Terengganu serta kemasukan daripada negeri luar seperti Kelantan sehingga Sabah. Sementara itu, Ali turut menjelaskan, pelaksanaan karnival usahawan sehingga 7 November di KTCC di bawah program TVETpreneurship (SPK) merupakan satu bentuk pakatan strategik yang melahirkan usahawan yang holistik dengan menitik beratkan proses pemasaran dan jualan.  
05 Nov 21
705
Sempadan Antarabangsa Baharu Di Terengganu Lonjakkan Ekonomi Negeri
Sempadan Antarabangsa Baharu Di Terengganu Lonjakkan Ekonomi Negeri
KUALA TERENGGANU, 1 November - Sebuah pintu sempadan antarabangsa baharu di Terengganu akan dibuka menjelang akhir tahun ini atau suku pertama tahun depan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia membabitkan lokasi di Lembah Silika Terengganu termasuk tiga lagi pintu di Terminal Feri Antarabangsa Desaru Coast, Kota Tinggi, di Telok Melano dan Baleh, Sarawak. Katanya, melonjakkan lagi sektor ekonomi di negeri terbabit dijangka siap pada tahun hadapan. "Pembukaan berkenaan bukan sahaja sebagai persediaan kemasukan pelancong jika rentas sempadan dibenarkan kelak bahkan mampu melonjakkan ekonomi di kawasan terlibat. “Bagi pintu sempadan tersebut, Terengganu tidak lama lagi dalam tahun ini atau awal tahun depan dibuka juga yang sedang pembinaan yang telah bermula bulan Julai lalu,” katanya. Terdahulu, kerajaan kini dalam usaha mewartakan pintu masuk imigresen baharu melibatkan laluan laut di Sabah dan Terengganu selain laluan darat di Sarawak.
01 Nov 21
1356
ADTEC Kemaman Rintis Program Jurukimpal Bawah Air
ADTEC Kemaman Rintis Program Jurukimpal Bawah Air
KEMAMAN, 21 Oktober - Projek perintis, program Kimpalan Bawah Air di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec) bakal melahirkan juru kimpal tempatan dan membuka peluang kerjaya berpendapatan tinggi bagi rakyat tempatan dalam industri minyak dan gas. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, seramai 10 orang peserta telah terpilih menerusi syarat ketat daripada 160 orang pemohon yang terdiri daripada lulusan bidang Teknologi Kimpalan di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). Katanya, program melibatkan empat modul tersebut dibiayai menerusi dana Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK). Menurutnya, industri minyak dan gas di Malaysia menghadapi kekurangan tenaga kerja mahir yang kompeten daripada kalangan warga tempatan sebagai 'Juru Kimpal Bawah Air' atau lebih dikenali sebagai 'Underwater Welder'. “Saya melihat penganjuran program khas 'Underwater Welding' ini amat wajar bagi mengurangkan kebergantungan kepada warga asing selari dengan apa yang dihasratkan oleh Kerajaan. “Di industri minyak dan gas, juru kimpal bawah air berupaya memperoleh pendapatan enam angka setahun,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran Dana Kompetitif Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran Bagi Program Kimpalan Bawah Air Di ADTEC Kemaman, hari ini. Turut hadir, Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Shakib Ahmad Shakir dan Pegawai Daerah Kemaman Mohd Sophian Abu Bakar. Jelasnya, yuran pembiayaan untuk menjalani kursus Kimpalan Bawah Air adalah sangat tinggi mencecah RM46 ribu seorang, kerana kursus tersebut melibatkan pensijilan oleh badan antarabangsa. “Harapan supaya perintis ini dapat melebarkan usaha melatih anak tempatan lain melalui bakal juru kimpal sedia ada hari ini, itu diantara objektif utama kami," katanya lagi.
21 Oct 21
1661