lightning-solid
Berita :

Artikel "Ekonomi" Terkini

Terengganu Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion
Terengganu Tarik Pelaburan RM8.5 Bilion
Terengganu merekodkan jumlah pelaburan kira-kira RM8.5 bilion sepanjang tahun 2021 walaupun negara berdepan pandemik Covid-19.
03 Jan 22
307
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
Kerajaan Terengganu menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) negeri tekad dalam mencapai standard ISO9000 bagi memendekkan urusan birokrasi supaya lebih efisyen dalam memudahkan golongan usahawan negeri memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan perniagaan.
27 Dec 21
331
TDM Plantation, MPOGCF Meterai Usaha Pulihara Habitat Liar
TDM Plantation, MPOGCF Meterai Usaha Pulihara Habitat Liar
TDM Berhad menerusi bahagian perladangan, TDM Plantation Sdn Bhd (TDMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) untuk menambah baik inisiatif pemuliharaan alam sekitar dan hidupan liar.
27 Dec 21
280
BTM BINA LOJI JANAKUASA DI TELUK KALONG,TAWAR 400 PELUANG KERJA
BTM BINA LOJI JANAKUASA DI TELUK KALONG,TAWAR 400 PELUANG KERJA
23 Dec 21
125
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
YPU Bakal Pendekkan Urusan Permohonan Usahawan
KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu tekad dalam mencapai standard ISO9000 bagi memendekkan urusan birokrasi supaya lebih efisyen dalam memudahkan golongan usahawan negeri memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan perniagaan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, sebelum ini susun atur pendaftaran sehingga perolehan dana usahawan mengambil masa sedikit lama. “Sehubungan dengan itu, YPU akan menambahbaikkan perkhidmatannya dengan menyingkirkan mana-mana Prosedur Operasi Standard (SOP) yang tidak diperlukan. “Apa pentingnya ISO ini, ia adalah satu siri standard yang wujud untuk pengurusan kualiti dan berterusan yang berterusan, saya letakkan sekarang paling lama bagi mendapat keputusan ialah dua bulan (sebelum lima bulan) untuk menentukan insentif usahawan itu berjaya atau tidak. “Garis panduan ini akan disegerakan dan sasaran pelaksanaan pada tahun hadapan, YPU akan ada ISO9000 tersendiri bersama pihak konsultan,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, baru-baru ini. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi YPU, Zulkifli Yunus menjelaskan, perancangan dan peruntukkan diberi kerajaan negeri menerusi pihaknya sejak tempoh 2019 adalah memuaskan dan sangat tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. “Oleh itu, dengan pelaksanaan Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) berjumlah RM10 juta bersama Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT), ISO ini dapat memberi standard dan integriti pada tahap tinggi buat pegawai dan mutu perkhidmatan kami. “Sejajar dengan Jubli Perak YPU 25 tahun, SOP yang bakal julung kali diadaptasikan dalam kerja kami bakal membuka ruang lebih luas dengan sasaran 1000 usahawan mendapat suntingan kewangan dengan pelbagai skim pembiayaan ditawarkan,” katanya lagi.
21 Dec 21
874
Ayuh, Tawaran 2,500 Peluang Kerja Masih Dibuka
Ayuh, Tawaran 2,500 Peluang Kerja Masih Dibuka
BESUT, 20 Disember- Sebanyak 2,500 peluang pekerjaan ditawarkan dalam program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu yang diadakan di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, sehingga esok. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu perlu dimanfaatkan rakyat Terengganu untuk membina kerjaya. "Sebenarnya, untuk tahun ini kita rancang ini yang terakhir, tetapi kita dapat permintaan daripada Pejabat Daerah dan Tanah Setiu untuk mengadakan program 'outreach' di daerah itu. Jadi, sekiranya sempat kita akan cuba buat. Jika tak sempat hujung tahun ini, kita akan buat awal tahun depan bermula di Setiu. "Untuk makluman, selepas 'outreach' dilakukan dengan kerjasama Panasonic Appliances Air-Conditioning Malaysia Sdn. Bhd.(PAPAMY) baru-baru ini, Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (T-HRDC) dihubungi beberapa lagi syarikat untuk menjalinkan kerjasama dan dengan kesempatan yang ada kami cuba menawarkan peluang ini kepada rakyat kita," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi, hari ini. Jelasnya, program berkenaan juga terbukti apabila T-HRDC berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih ramai anak-anak negeri. "Setakat ini, dari segi pencapaian kita 88 peratus calon yang hadir ke program 'outreach' ini telah diberikan pekerjaan. "Dari segi jumlahnya, sebanyak 138 orang anak Terengganu yang telah ke PAPAMY di mana ia menjadi rekod bagi Panasonic sendiri yang berjaya merekrut pekerja sebanyak itu dalam satu program santunan kerja ini," katanya. Beliau berharap kesempatan satu hari lagi dimanfaatkan lebih ramai anak muda terutama di kawasan Besut untuk membina kerjaya.    
20 Dec 21
677
Terengganu Sedia Tabung Usahawan Tanpa Riba Sehingga RM20 Ribu
Terengganu Sedia Tabung Usahawan Tanpa Riba Sehingga RM20 Ribu
KUALA TERENGGANU, 17 Disember – Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) telah membuka permohonan tabung usahawan tanpa riba bagi membantu para peniaga untuk bangkit kembali pasca COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pihaknya bergerak proaktif dengan menyediakan satu bentuk dana tiada faedah dengan Bank Islam Malaysia Berhad. “Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT) merupakan suntingan berjangka dengan bermula dengan minimum RM3,000 sehingga RM20,000 tanpa cagaran, tanpa penjamin. “Di samping Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS), bantuan kewangan ini bergerak seiring dengan peruntukan RM10 juta hasil pembentangan Bajet 2022. “Menurut pihak Bank Islam, mereka tidak menetapkan jumlah peruntukan spesifik dan kerajaan Terengganu adalah satu-satunya kerajaan negeri yang bekerjsama bersama mereka, negeri lain hanya diadakan di bawah nama bank tersebut,” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, semalam. Tambahnya, sejak berjalan pada bulan November, BangKIT telah mula menerima permohonan daripada usahawan tempatan. “Oleh itu, menerusi program pembentangan portfolio selama dua hari ini, kita akan menyampaikan maklumat sebegini kepada wakil-wakil rakyat, pegawai penyelaras di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Dengan harapan supaya pengawasan di peringkat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) akan meningkatkan efisyen dan penerangan kepada peringkat akar umbi masyarakat,” katanya lagi. Bagi yang berminat untuk memohon pembiayaan yang disediakan khas dibawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) boleh klik pada link yang tertera di bawah : 1) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA 2) Tabung Siti khadijah (TSK) bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA 3) Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT) bit.ly/SkimPembiayaanAtasTalianSPINT 4) Skim Pembiayaan 'Mobile Truck' (SPMT) bit.ly/SkimPembiayaanMobileTruckSPMT 5) Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA) bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA 6) Dana Prihatin Terengganu - OKU (D-HATI) bit.ly/DanaPrihatinTerengganuOkuDHATI Bagi yang belum mendaftar sebagai Sahabat Usahawan Terengganu, sila klik link di :http://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT) : https://ypu.com.my/program-pembiayaan-mikro-bangkit/
17 Dec 21
1191
Pastikan Tiada Usahawan Tercicir
Pastikan Tiada Usahawan Tercicir
KUALA TERENGGANU, 17 Disember – Kerajaan negeri memantapkan sistem penyampaian maklumat di bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna bagi memastikan tiada usahawan tercicir daripada mendapat sebarang info dan bantuan yang tersedia. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, antara masalah ditumpukan adalah penerangan tidak efektif di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang berlaku sebelum ini. “Kita telah memberi taklimat kepada wakil-wakil PKM, namun ia tidak berkesan, apabila orang bertanya di pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) petanya ditolak kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU). “Saya terima cadangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Pegawai Penyelaras kerana mereka kekurangan maklumat mengenai portfolio saya, apa kerajaan buat tidak sampai kepada rakyat. “Oleh itu, sesi libat urus bersama dua wakil PKM seperti hari ini antara salah satu cara bagi memikirkan mekanisme supaya segenap lapisan masyarakat tahu, terutamanya apabila Bajet 2022 menambah peruntukan tabung usahawan kepada RM10 juta,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, semalam. Katanya, antara penyelesaian diusahakan seperti menamakan seorang wakil daripada PKM sebagai pusat maklumat daripada YPU dan portfolio keusahawanan. “Contohnya, apabila ada orang kampung minta bantuan kewangan bagi membeli mesin, maka pegawai itu akan menceritakan jalan cara dan berhubung dengan YPU sebagai pemudah cara. “Matlamat tarikh pelaksanaannya dapat dijalankan pada bulan Januari setelah mengenal pasti pegawai sesuai agar sistem mekanisme penerangan ini menjadi efisyen dan rakyat tidak terlepas kebaikannya,” katanya lagi.  
17 Dec 21
252
Usahawan Diseru Rebut Tabung Usahawan RM10 Juta
Usahawan Diseru Rebut Tabung Usahawan RM10 Juta
KUALA TERENGGANU, 21 Disember – Kerajaan negeri menyasarkan jumlah penerima bantuan dan manfaat usahawan seramai 800 orang dalam membantu warga niaga di Terengganu bangkit kembali dalam zaman pasca COVID-19. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, usaha itu ditumpukan pihaknya memandangkan peningkatan sekali ganda Bajet 2022 kepada RM10 juta dibawah portfolionya. “Alhamdullilah, sepanjang tiga tahun (2019-2021) peningkatan usahawan yang dibantu seperti melalui Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) mencecah lebih 400 orang, kita telah santuni empat kali ganda lebih berbanding pentadbiran lepas. “Maka dengan peningkatan bajet kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dan Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC), kita perlu pastikan insentif ini turun kepada usahawan kita. “Khususnya apabila pandemik merudum, ramai akan berpusu-pusu mencari suntingan kerajaan, jadi kita bergerak proaktif dengan pelbagai pihak seperti kerjasama strategik dengan Bank Islam Malaysia menerusi Program Pembiayaan Mikro Bangkit (BangKIT),” katanya. Beliau berkata demikian semasa berucap dalam program Pembentangan Program & Aktiviti Tahun 2022 Di Bawah Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna di Hotel Seri Pacific, baru-baru ini. Turut hadir, Timbalannya, Wan Hapandi Wan Nik dan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pembangunan Sumber Manusia Terengganu (THRDC), Aminuddin Omar. Jelas Nurkhuzaini, pihaknya turut menyediakan segmen berbeza dibawah TUGAS bagi memastikan golongan sasar tidak tercicir daripada mendapat suntikan dana. “Antara contoh seperti Tabung Siti khadijah (TSK), Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT), Dana Prihatin Terengganu - OKU (D-HATI) dan lain- lain lagi. “Ini meningkatkan lagi peluang bagi golongan terpilih tersebut berbanding jika kita longgokkan semua orang dalam satu tabung,” katanya lagi. Tambahnya, dengan pelaksanaan tabung usahawan bernilai RM10 juta tersebut, ia juga merealisasikan satu lagi janji manifesto Kerajaan Negeri yang bakal dilaksanakan tahun hadapan. Bagi yang berminat untuk memohon pembiayaan yang disediakan khas dibawah Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) boleh klik pada link yang tertera di bawah: 1) Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu (SP3T) bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA 2) Tabung Siti khadijah (TSK) bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA 3) Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT) bit.ly/SkimPembiayaanAtasTalianSPINT 4) Skim Pembiayaan 'Mobile Truck' (SPMT) bit.ly/SkimPembiayaanMobileTruckSPMT 5) Skim Dana Usahawan Asas Tani (DUNIA) bit.ly/SkimPembiayaanSP3T-TSK-DUNIA 6) Dana Prihatin Terengganu - OKU (D-HATI) bit.ly/DanaPrihatinTerengganuOkuDHATI Bagi yang belum mendaftar sebagai Sahabat Usahawan Terengganu, sila klik link dibawah: http://bit.ly/DaftarSahabatUsahawanYPU
17 Dec 21
216
BTM Bina Loji Janakuasa Di Teluk Kalong, Tawar 400 Peluang Kerja
BTM Bina Loji Janakuasa Di Teluk Kalong, Tawar 400 Peluang Kerja
KUALA TERENGGANU, 16 Disember - BTM Resources Berhad melalui anak syarikatnya, BTM Biomass Products Sdn Bhd (BTMBP) menandatangani perjanjian pajakan dengan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) untuk tanah perindustrian daripada PMINT bagi tempoh 30 tahun.  Pengarah Eksekutif BTM Resources Berhad, Woo Thin Choy berkata, pihaknya membuat pelaburan kira-kira RM150 juta untuk tanah perindustrian seluas 20 ekar di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman. “Tempoh pajakan akan bermula dari bulan Disember 2021 dan tamat pada Disember 2051. BTMBP merancang untuk membina sebuah Loji Janakuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Biojisim (BREPP) di tanah perindustrian ini sepertimana yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA). “Kelulusan tersebut adalah untuk membina dan mengendalikan BREPP yang mempunyai kapasiti eksport tenaga elektrik sebanyak 10 MW kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB),” ujarnya. Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Penyerahan Cek Perjanjian Pajakan Kawasan Perindustrian Tambahan Teluk Kalong antara PMINT dan BTM Biomass Products Sdn Bhd, di Paya Bunga Hotel, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah Eksekutif PMINT, Wan Adnan Wan Derahman. Menurut beliau, pada 1 Julai 2020, BTMBP telah menerima Sijil Kelulusan Tarif Masukan daripada SEDA. Kelulusan yang diberikan adalah untuk tempoh 21 tahun dan akan bermula pada 23 Januari 2023. BTMBP juga pada 27 Julai 2020 telah menandatangani Perjanjian Pembelian Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui (REPPA) dengan TNB, seperti yang diwartakan dalam Subseksyen 12( 1) Akta Tenaga Boleh Diperbaharui 2011.  “Reputasi mantap Terengganu dalam industri perhutanan dan pembalakan, adalah sebab tapak ini sesuai untuk pembinaan sebuah loji janakuasa tenaga boleh diperbaharui biojisim.  “Loji janakuasa BTMBP dapat mengitar semula sisa kayu, yang biasanya dibuang dari kilang papan dan simpanan perhutanan tempatan, sebagai bahan api untuk penjanaan tenaga elektrik bersih dalam Terengganu,” jelasnya. Katanya, selepas permulaan operasi, loji kuasa biojisim BTMBP akan menjanakan sebanyak 80 GWh tenaga elektrik bersih setahun dan membantu meneutralkan 57,000 tan pelepasan karbon dioksida (CO2) setahun.  “Penggunaan biojisim sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui akan mengurangkan kebergantungan negara Malaysia terhadap bahan api fosil, menyumbang kepada pengurangan pelepasan CO2 ke atmosfera dan mengurangkan kesan rumah hijau. “Kami percaya bahawa inisiatif bersama PMINT ini akan menyumbang kepada kira-kira 400 peluang kerja dan peningkatan kemahiran untuk warga tempatan Terengganu melalui operasi loji janakuasa biojisim BTM. Kami berharap pembinaan loji kuasa biojisim BTM juga akan menarik lebih ramai pelabur untuk mengembangkan perniagaannya kepada Kawasan Perindustrian Teluk Kalong,” ujarnya.  
16 Dec 21
1578