lightning-solid
Berita :

Artikel "bencana" Terkini

Bomba Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut
Bomba Siap Siaga Hadapi Monsun Timur Laut
HULU TERENGGANU, 22 September - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memperkukuhkan keupayaan pasukannya dalam menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di seluruh negara. Ketua Pengarah JBPM, Dato' Sri Ts. Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya telah memulakan persiapan awal bagi memastikan gerak balas lebih pantas dapat dilaksanakan apabila banjir melanda. Nor Hisham ketika ditemui oleh pemberita "Persiapan kita untuk MTL ini kita telah memulakan persiapan awal dan yang paling saya nak tekankan di sini ialah pada tahun ini juga kita telah memperkukuhkan keupayaan kita untuk respon (secepat mungkin). "Kita telah kenal pasti 24,000 keanggotaan untuk kita mobiliti seluruh negara merangkumi bomba sepenuh masa, kaki tangan kita kemudian bomba bantuan sebanyak 2,315 dan juga bomba sukarela sebanyak 8,956," katanya. Tambahnya, JBPM tahun ini turut memperkukuhkan kerjasama bersama bomba sukarela dan komuniti setempat melalui pengagihan 150 buah bot bomba komuniti untuk ditempatkan di lokasi-lokasi berisiko banjir. Menurutnya lagi, pengagihan tersebut membolehkan komuniti setempat untuk bertindak di peringkat awal dalam proses pemindahan mangsa banjir. "Dalam masa yang sama kalau keadaan menjadi lebih teruk, apabila bomba dan juga pasukan 'responder' lain masuk, kita akan terus bekerja secara bersama.  "Jadi, bot komuniti yang kita bekalkan ini menyelesaikan sebahagian pada permasalahan yang kita hadapi," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media sebelum merasmikan Majlis Penutup Program Kolaborasi Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) Bersama JBPM di tapak rekreasi Air Terjun Sekayu, Hulu Terengganu di sini, semalam. Jelas Nor Hisham, bot komuniti bersaiz 14 kaki bernadikan enjin 15 kuasa kuda menjadi pilihan kerana faktor pengendalian yang lebih lincah terutamanya di kawasan terjejas banjir yang cetek dan berhalangan banyak. "Kalau dulu masalah kita hadapi ialah untuk kita atasi isu 'urban flood' ataupun banjir di kawasan perbandaran sebab air tak dalam, halangan banyak.  "Jadi ia memerlukan bot yang lebih ringan, lebih kecil dan lebih mudah nak 'maneuver'. Jadi, kita telah bekalkan pada tahun ini bot yang sesuai untuk kawasan ini. "Tetapi dalam masa yang sama yang bot bomba ni kita juga kena bersedia kepada arus yang lebih besar dan juga deras untuk membolehkan kita bergerak. Jadi, dia akan kompensasi ataupun apa memenuhi satu sama lain," ulasnya. Selain itu, JBPM juga menyediakan kira-kira 450 kenderaan marin, 417 kenderaan angkut roda ringan serta 119 buah kenderaan angkut berat bagi memperkukuh operasi menyelamat. "Alhamdulillah, untuk makluman semua juga, baru ni kita telah diluluskan tender perolehan sebanyak 200 buah kenderaan penarik bot dan juga kenderaan operasi 'light operation vehicle' yang telah diluluskan dan insya-Allah bekalan itu akan mula pada awal tahun depan," katanya. Beliau positif persiapan awal itu akan meningkatkan kesiapsiagaan JBPM khususnya berikutan jangkaan fenomena La Nina oleh MetMalaysia yang diramalkan berlaku pada hujung Disember hingga awal Januari ini.
22 Sep 25
54
Air Mata Syukur Bapa OKU, Kerajaan Negeri Taja Anak Kahwin
Air Mata Syukur Bapa OKU, Kerajaan Negeri Taja Anak Kahwin
HULU TERENGGANU, 14 September – Dalam kepayahan menempuh banjir saban tahun dan hidup sebagai insan kelainan upaya, seorang bapa di Kampung Lebak tidak mampu menahan sebak apabila anaknya terpilih menyertai Program Walimatul Urus Perdana 2025 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu bersama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT). Bapa pengantin, Sufian Ismail, mengakui perjalanan hidupnya penuh getir sebelum pulang ke kampung halaman mencari rezeki secara sederhana.  "Saya pernah berkhidmat di Media Prima Berhad di Kuala Lumpur sebagai pembantu komunikasi, namun akhirnya saya pulang ke Kuala Berang untuk mencari rezeki dengan menjual aiskrim. "Kali ini anak saya yang diberi peluang menyertai Program Walimatul Urus Perdana. Saya terlalu terharu, dan hanya mampu ucapkan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri serta YPKT kerana memilih anak saya," ujarnya. Dalam luahan hatinya, beliau turut menceritakan cabaran yang sering membelenggu keluarganya di Kampung Lebak yang sudah diwartakan sebagai kawasan banjir.  "Setiap tahun kami diuji dengan bencana ini, sehinggakan Kampung Lebak digazetkan sebagai kawasan banjir, dan saya sendiri pernah menyaksikan segala harta benda tenggelam dalam sekelip mata. "Saya adalah pemegang kad OKU yang berdaftar dengan JKM, dengan menerima hanya RM450 sebulan, itulah yang saya gunakan untuk menyara keluarga disamping rezeki tambahan sebagai penjual aiskrim," jelasnya. Menantunya, Mohd Hanafi Mohd Izzuddin yang berasal dari Kuala Lumpur turut menzahirkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan negeri.  "Saya hanyalah seorang anak muda biasa dari Kuala Lumpur, namun diberi penghormatan menyertai program ini bersama pasangan. Saya benar-benar terhutang budi kepada pihak penganjur.  "Ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang bukan sahaja menganjurkan program ini dengan begitu baik, malah memilih saya dan isteri untuk diraikan bersama pasangan lain," tambahnya. Program Walimatul Urus Perdana 2025 menyaksikan Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM1.2 juta bagi membantu 192 pasangan B40 melangsungkan perkahwinan secara serentak di seluruh negeri, termasuk 20 pasangan dari daerah Hulu Terengganu.” Majlis resepsi peringkat negeri disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu selepas upacara akad nikah di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Berang.  
14 Sep 25
134
Terengganu Siap Siaga Hadapi Bencana Dengan Jambatan Bailey
Terengganu Siap Siaga Hadapi Bencana Dengan Jambatan Bailey
DUNGUN, 1 September – Terengganu memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dengan penerimaan Jambatan Bailey bernilai RM4.55 juta, menjadikan negeri ini antara yang terawal memiliki aset strategik berkenaan untuk mendepani cabaran bencana besar. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dato' Hanafiah Mat berkata, jambatan sepanjang 42.67 meter dengan lebar 4.2 meter itu akan menjadi penyelamat penting bagi memastikan kelancaran jaringan jalan raya sekiranya berlaku bencana. "Jambatan Bailey ini membolehkan proses pemulihan jaringan jalan raya dapat dilakukan dengan lebih pantas bagi kemudahan rakyat negeri ini sekiranya berlaku bencana alam. "Buat masa ini, jambatan tersebut akan ditempatkan di Depo Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Terengganu dan sekiranya berlaku jalan runtuh di selatan atau utara negeri ini, kita akan gunakannya sebagai pengganti sementara jalan atau jambatan yang runtuh," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Siap dan Penyerahan Aset Jambatan Bailey di Kampung Durian Mentangau, di sini hari ini. Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Azmi Mohamad Daham; Ketua Penolong Pengarah (Sektoral) Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) Mohd Saiful Anuar Mohd Noor; Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ir. Dr. Hasli Ibrahim. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana negeri menegaskan, aset berkenaan turut menjamin kelancaran bantuan kecemasan dan logistik tanpa sebarang kelewatan ketika bencana. Bagi mengendalikan jambatan itu, katanya, JKR Terengganu telah menubuhkan Pasukan Jambatan Bailey Negeri Terengganu yang dianggotai 35 pegawai teknikal terlatih dari JKR bahagian, daerah dan cawangan. "Memandangkan ini kali pertama pasukan seumpama ini diwujudkan, latihan pemasangan telah dijalankan pada 10 hingga 14 Ogos lalu sebagai persediaan menghadapi MTL," ujarnya. Dalam masa sama, kerajaan negeri turut menerima dua projek penting siap dibangunkan JKR Terengganu di bawah peruntukan MARRIS negeri iaitu projek penggantian jambatan rosak di Jalan Durian Mentangau, Dungun dan projek pembinaan jambatan baharu di Jalan Felcra Panchor Merah, Setiu. "Jambatan dan infrastruktur jalan di kedua-dua lokasi ini mengalami kerosakan serius akibat banjir besar pada 2022 sehingga menjejaskan hubungan kawasan dan menyukarkan pergerakan penduduk,” jelasnya. Katanya, projek di Jalan Durian Mentangau menelan kos RM5.77 juta manakala jambatan baharu di Jalan Felcra Panchor Merah pula melibatkan kos RM4.95 juta. "Jumlah keseluruhan tiga projek ini ialah RM15 juta, RM5 juta di sini, di Hulu Terengganu RM5 juta, dan di Panchor Merah, Setiu pula RM5 juta, alhamdulillah semua sudah siap," katanya.
01 Sep 25
322
Terengganu Percepat Pembinaan 'Breakwater' di Kawasan Kritikal
Terengganu Percepat Pembinaan 'Breakwater' di Kawasan Kritikal
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu akan mempercepatkan pembinaan pemecah ombak 'breakwater' di kawasan-kawasan kritikal akibat hakisan yang kian meruncing pada masa terdekat ini.
16 Jan 25
149
Langkah Hibrid Kawal Hakisan Pantai Terengganu
Langkah Hibrid Kawal Hakisan Pantai Terengganu
Langkah hibrid iaitu menggabungkan pembinaan pemecah ombak (breakwater) dengan tukun bagi meminimakan kesan hakisan pantai di negeri ini perlu dilakukan.
16 Jan 25
139
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru orang ramai agar tidak mempolitikkan isu hakisan pantai Batu Rakit, sebaliknya mahu ia ditangani dengan pendekatan profesional.
16 Jan 25
109
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
Hakisan Pantai : Fokus Penyelesaian, Jangan Main Politik - Dr Sam
KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Menteri Besar, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru orang ramai agar tidak mempolitikkan isu hakisan pantai Batu Rakit, sebaliknya mahu ia ditangani dengan pendekatan profesional.  Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang giat mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kesan hakisan yang didakwa berpunca daripada beberapa pembinaan terdahulu, termasuk Lapangan Terbang Sultan Mahmud. "Kita tak boleh nafikan kesan daripada pembinaan sebelum ini, tapi yang penting sekarang ialah bagaimana nak atasi kesan itu.  "Fokus kita adalah cari penyelesaian, bukan polemik atau tunding jari," katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman, hari ini. Tambah beliau, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pelbagai pihak berautoriti dalam bidang ini, termasuk Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, Ir. Ts. Osman Abdullah dan Pengarah Institut Oseanografi dan Alam Sekitar (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ts. Dr. Mohd Fadzil Mohd Akhir untuk menjalankan simulasi menangani kesan hakisan. "Kami sedar tentang kesan ini dan sudah ambil langkah proaktif dengan menjalankan simulasi bersama pakar-pakar. "Mereka sedang kaji bagaimana nak kurangkan impak hakisan ini, termasuk di kawasan Batu Rakit,” ujar Ahmad Samsuri. Jelasnya untuk langkah segera, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM120,000 untuk mengawal hakisan pantai di kawasan tersebut.  "Baru-baru ini, kita keluarkan RM50,000 dan RM30,000 secara berasingan untuk menyelesaikan beberapa perkara semasa di batu rakit. “Manakala RM40,000 adalah bajet sebelumnya,” katanya. Justeru itu, beliau menyeru semua pihak, termasuk netizen dan pihak berkepentingan, supaya tidak mempolitikkan isu tersebut. "Hakisan ini isu serius yang perlukan perhatian semua pihak, jangan jadikan ia alat politik. "Kita perlu fokus untuk selesaikan masalah dan jaga keindahan negeri,” ujarnya.
15 Jan 25
663
Kedai ‘Ditelan’ Ombak, Warga Emas Hilang Punca Pendapatan
Kedai ‘Ditelan’ Ombak, Warga Emas Hilang Punca Pendapatan
Seorang warga emas hilang punca pendapatan utama selepas kedai makan dan bangsal memproses hasil laut yang diusahakan sejak 20 tahun lalu di Kampung Tanjung, Pantai Batu Rakit di sini, roboh ekoran dibadai ombak besar. 
14 Jan 25
137
Hakisan Pantai Batu Rakit Kritikal, Kerajaan Terengganu Salur Bantuan RM80,000
Hakisan Pantai Batu Rakit Kritikal, Kerajaan Terengganu Salur Bantuan RM80,000
KUALA NERUS, 13 Januari – Kerajaan Negeri telah meluluskan bantuan segera bernilai RM80,000 untuk menangani masalah hakisan yang semakin parah di Pantai Batu Rakit, yang kini mengancam lebih enam buah rumah, jalan raya, serta kawasan perkuburan.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail, berkata peruntukan tersebut akan digunakan untuk membina benteng batu bagi melindungi kawasan kritikal, termasuk sekitar rumah penduduk dan tanah perkuburan di Kampung (Kg) Pengkalan Maras. “Setakat ini, Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah meluluskan RM50,000 minggu lalu untuk membina benteng batu di kawasan perkuburan. “Hari ini, RM30,000 lagi diluluskan untuk melaksanakan gotong-royong menyelamatkan rumah yang terancam,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat kawasan hakisan di Pantai Batu Rakit. Beliau menegaskan bahawa usaha segera ini adalah bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam menjaga keselamatan penduduk. “Kami mahu pastikan semua penduduk selamat, baik nyawa mahupun harta benda mereka. “Walaupun jalan raya dan sebahagian rumah sukar diselamatkan, kami tetap berusaha sedaya upaya,” tambahnya. Menurut Mohd Shafizi, sehingga kini, empat keluarga telah dipindahkan dari kawasan berisiko di Pantai Batu Rakit ke Kg Kolam, dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. “Alhamdulillah, keluarga yang dipindahkan kelihatan ceria dan berterima kasih atas usaha ini. “Keutamaan kami adalah keselamatan dan juga nyawa mereka,” ujar beliau. ADUN Batu Rakit turut menjelaskan bahawa ancaman hakisan masih berterusan dengan beberapa rumah dan kedai turut menjadi mangsa. “Mangsa hakisan kini kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian, menjadikan keadaan semakin meruncing. “Hakisan bukan sahaja memusnahkan rumah, malah ia turut meranapkan kedai-kedai yang menjadi sumber rezeki penduduk.  “Kita memohon doa daripada semua pihak agar Allah melindungi mangsa-mangsa ini, terutama rumah-rumah yang masih terancam,” jelasnya. Mohd Shafizi turut mengucapkan penghargaan kepada pelbagai pihak yang tampil membantu, termasuk kontraktor dan syarikat swasta. “Saya ingin berterima kasih kepada GPQ Sdn. Bhd. dan Aen Projek, yang merupakan anak jati kampung ini, atas keprihatinan mereka. “Sumbangan batu daripada Rimbun Tekad Sdn. Bhd. sangat bermakna kepada penduduk dalam usaha membantu mengawal hakisan. “Dengan sumbangan ini, kami mengharapkan keberkatan dari Yang Maha Esa, semoga urusan penyumbang dan penerima dipermudahkan. Kami percaya, dengan doa dan sokongan semua, masalah ini dapat diatasi,” ujarnya.  
13 Jan 25
3431
Bersiap siaga Hadapi Gelombang Banjir Seterusnya
Bersiap siaga Hadapi Gelombang Banjir Seterusnya
KEMAMAN, 25 Disember - Saban tahun kebiasaan akan berlaku empat gelombang banjir dalam edah menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) justeru kerajaan negeri sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi memastikan bencana itu dapat diurus dalam keadaan baik. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Hanafiah Mat berkata, walau bagaimanapun adalah diharapkan agar rakyat di negeri ini sentiasa bermunajat dan berdoa supaya tidak akan berlaku musibah banjir yang besar dan teruk. "Semua agensi kerajaan macam biasa dalam keadaan bersiap siaga dan mana-mana barang keperluan yang kurang kita minta tambah. "Terutama dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya menambah bekalan makanan,"ujarnya ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan ke kawasan Rumah Mampu Milik (RMM) Teluk Kalong yang saban tahun menghadapi musibah banjir, di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, Hanafiah mewakili pihak kerajaan negeri memohon maaf kerana pada hari pertama gelombang banjir berlaku sedikit masalah dari sudut penyediaan makanan kerana jumlah mangsa banjir di awal kejadian di luar jangkaan. "Cuma berlaku pada hari pertama ia akan berlaku di mana-mana Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila menerima 2,000 orang sekali gus. "Bagi pihak kerajaan negeri saya memohon maaf sehingga ada yang sarapan pagi pada pukul 11 pagi, bila hari kedua dan seterusnya kembali teratur dan semua yang kita jumpa berpuas hati di atas layanan yang baik. "Alhamdulillah bagi membantu meringankan mangsa banjir, Kerajaan Malaysia melalui Agensi Pengurusan Bencana Banjir Negara (NADMA) yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri 1 telah mengumumkan bantuan RM1,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR)," ujarnya.
25 Dec 24
1656