lightning-solid
Berita :

Artikel "bencana" Terkini

Jalan Tidak Rata Perlu Pembaikan Segera
Jalan Tidak Rata Perlu Pembaikan Segera
MARANG, 5 Disember - Kerosakan jalan di Kampung Sungai Serai di sini, yang mengganggu dan menjejaskan keselamatan pengguna memerlukan pembaikan segera. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, beliau bimbang keadaan jalan dan pembentung yang tertimbus boleh menjejaskan aktiviti harian penduduk. "Struktur jalan sekarang ini memang membahayakan orang ramai. Tindakan segera perlu diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengguna dan warga setempat," katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan pegawai JKR di lokasi tersebut hari ini untuk mencari penyelesaian segera hari ini. Sementara,  Pengerusi JPKK Sungai Serai, Othman Said mengharapkan agar tindakan pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin. "Keadaan jalan yang senget dan terjejas memerlukan perhatian serius untuk mengelak kemalangan yang tidak diingini," jelasnya. Mengulas mengenai jalan itu, Jurutera Awam JKR Marang, TS. Muhammad Nazrin Ruslan, memaklumkan bahawa surat berkait isu itu telah disampaikan kepada pihak swasta kira-kira sebulan yang lalu. Saat ini katanya, pihak JKR sedang menanti tindakan lanjut dari pihak berkenaan. "Pihak berkuasa setempat menjamin bahawa mereka akan memantau perkembangan dan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelesaikan isu tersebut demi kebaikan bersama. "Lokasi jalan yang merbahaya itu diberi perhatian ekstra yang rosak kerana faktor cuaca dan penambunan tanah oleh pihak swasta yang berhampiran," katanya. TS. Muhammad Nazrin Ruslan Juruter Awam Jalan JKR Marang    
05 Dec 23
270
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
Pasukan Hoki Terengganu Lakar Sejarah Baru
 Pasukan Hoki Terengganu (THT) melakar sejarah 9 tahun penubuhannya apabila muncul juara 'treble' bagi tahun 2023 setelah menang tipis 2-1 ke atas seteru utama, Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam perlawanan akhir Piala TNB 2023.
20 Mar 23
234
1,000 Sukarelawan Bawa Tiga Misi Utama Ke Pahang
1,000 Sukarelawan Bawa Tiga Misi Utama Ke Pahang
Lebih 1,000 sukarelawan PAS Terengganu menerusi badan Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) membawa tiga misi utama bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Pahang.
28 Dec 21
363
90 Rumah Rosak Akibat Ribut
90 Rumah Rosak Akibat Ribut
KEMAMAN, 23 Julai - Sebanyak 90 buah rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai, rosak dalam kejadian ribut, hujan lebat dan angin kencang yang telah berlaku, semalam. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat berkata, jumlah itu diperolehi setakat ini selepas menerima laporan oleh setiap pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang terlibat. Setakat ini, sebanyak 17 kampung yang dilaporkan mempunyai penduduk yang menjadi mangsa ribut ini. "Saya telah memaklumkan kepada semua JPKK untuk segera mengambil tindakan untuk baik pulih rumah berkenaan. "Insya-Allah, kita akan segera melaksanakan kerja-kerja baik pulih rumah ini dan menyelesaikannya secepat mungkin. "Ia adalah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan semua mangsa ini kembali seperti sediakala," ujarnya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI). Hanafiah yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri telah turun melawat kawasannya seawal pagi tadi. Kejadian ribut, hujan lebat dan angin kencang ini dikatakan berlaku sekitar jam 12.00 malam, malam tadi.
23 Jul 21
517
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
Kerajaan Negeri Sokong Penuh Hasrat SKM Bantu Belia Koperasi
BESUT, 31 Mac - Kerajaan negeri menyokong penuh usaha baik Suruhanjaya Koperasi Malaysia Terengganu (SKM) menjadikan koperasi sebagai penyumbang ekonomi dan mengharapkan ia dapat direalisasikan. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro & Hal Ehwal Pengguna negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, dalam memastikan usaha kerajaan itu berjaya, SKM mengambil inisiatif mengadakan Program Belia Berkoperasi di negeri Terengganu dengan mengumpul belia dan beliawanis di daerah Besut bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya di kalangan belia mengenai kewujudan koperasi dan kepentingan golongan iyu dalam membantu menambahkan pendapatan ekonomi masyarakat. “Matlamat utama adalah mewujudkan koperasi bagi membolehkan mencapai objektif program terutamanya dalam meneraju tranformasi generasi belia melalui Gerakan Koperasi serta dapat menerapkan budaya berkoperasi di kalangan belia," katanya. Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan perasmiannya di Tanjung Demong Resort, Besut. Ia selari dengan hasrat kerajaan dan dasar keusahawanan negara yang merupakan suatu garis panduan yang akan menjadi hala tuju kepada agenda pengukuhan keusahawanan peringkat nasional.  Ia adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempercepatkan kadar pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara khususnya membabitkan penglibatan aktif daripada usahawan koperasi dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan. "Ia juga akan menjadi pemangkin buat kita untuk mencapai 41 peratus sumbangan sektor keusahawanan kepada pertumbuhan ekonomi negara," jelasnya. Nurkhuzaini mengharapkan agar gerakan koperasi mampu berjaya menjadi pemangkin serta agen penggerak utama dalam pembangunan ekonomi negara serta membantu rakyat jelata, khususnya di negeri Terengganu. "Terima kasih SKM kerana menganjurkan program seperti ini dan menatijahkan perkara yang baik," ujarnya.
28 Mar 21
385
Sungai Tiruan, 'Vaksin' Banjir Di Kemaman
Sungai Tiruan, 'Vaksin' Banjir Di Kemaman
Kerajaan Negeri memohon kerajaan pusat mempercepatkan kerja-kerja menghasilkan sungai tiruan (bypass) agar penduduk yang menghadapi banjir di Kemaman tidak lagi dibelenggu risiko bencana tersebut pada masa hadapan.  
10 Jan 21
176