lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

Azizulhasni Jadikan Al-Quran Pendamping
Azizulhasni Jadikan Al-Quran Pendamping
KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Jaguh berbasikal trek negara, Dato' Azizulhasni Awang yang juga merupakan anak kelahiran Dungun Terengganu menjadikan al-Quran sebagai pendampingnya termasuk ketika beraksi dalam pelbagai kejohanan antarabangsa. "Perkara yang paling wajib sekali saya bawa setiap kali saya 'travel' adalah al-Quran kerana sebagai orang Islam adalah penting untuk kita membacanya sekurang-kurangnya dua muka setiap hari. "Ini adalah buku yang paling berkuasa dan penting untuk kita semua baca," ujarnya menerusi satu perkongsian video di facebooknya, baru-baru ini. Pelumba berusia 36 tahun itu juga berkata, beliau turut menjadikan amalan membaca sebagai satu tabiat untuknya dan turut berkongsi di dalam video yang dimuatkan di laman sosialnya, antara buku lain yang dibaca ialah 'Seni Berfikir Yang Hilang' tulisan Ustaz Hasrizal Abu Jamil. "Saya memang suka membaca buku tetapi kalau di rumah sukar sedikit nak membaca sebab anak-anak ramai dan perlu beri perhatian kepada mereka. "Buku 'Seni Berfikir Yang Hilang' ini memang saya bawa kemana-mana sahaja saya pergi kerana maklumat dan perkongsiannya sangat 'brilliant' kadang-kadang saya baca balik untuk ingatkan saya semua mengenai kandungannya. "Kedua, saya bawa buku kawan baik saya Sonny Bill Williams (lagenda ragbi New Zealand), saya rancang nak habiskan baca buku ini semasa kejohanan olimpik," ujarnya.
29 Jul 24
219
Isu ‘Tiang Nabi Khidir Bersandar’ Tidak Dibawa Ke Panel Jawatankuasa Fatwa
Isu ‘Tiang Nabi Khidir Bersandar’ Tidak Dibawa Ke Panel Jawatankuasa Fatwa
Isu dakwaan tiang yang menjadi tempat Nabi Khidir bersandar ketika bertemu ulama tersohor Terengganu, Tok Ku Paloh tidak akan dibawa ke Panel Jawatankuasa Fatwa.
19 Jul 24
115
Pertandingan Kacau Bubur Asyura Libatkan 20 JPKK Bukit Payong 2024
Pertandingan Kacau Bubur Asyura Libatkan 20 JPKK Bukit Payong 2024
MARANG, 7 Julai 2024 – Pertandingan Kacau Bubur Asyura peringkat Ahli Dewan Undangan Negi Bukit Payong telah berlangsung dengan meriah dan dapat menarik penyertaan sebanyak 20 Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dari kawasan tersebut. Acara ini diadakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk memupuk semangat muhibah dan memperkukuh silaturahim di kalangan penduduk setempat. ADUN Bukit Payong, Dato' Mohd Nor Hamzah berkata melalui pertandingan yang diadakan itu menyaksikan Setiap JPKK menunjukkan kreativiti dan kemahiran dalam mengacau bubur Asyura itu yang merupakan makanan tradisional yang sering dimasak sempena ketibaan bulan Muharram.  "Acara seumpama ini menekankan pentingnya acara seperti ini dalam memperkukuh ikatan masyarakat dan memelihara tradisi budaya.  " Setiap JPKK membawa keunikan tersendiri dalam penyediaan bubur Asyura, dengan variasi resepi yang mencerminkan kekayaan budaya dan kreativiti penduduk,"ujarnya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) Daerah Marang, di sini, baru-baru ini.  Ujarnya selain pertandingan, acara ini juga turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti kuliah maghrib dan sukaneka yang menarik minat pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.
14 Jul 24
255
Mantan Johan Qariah Antarabangsa Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Mantan Johan Qariah Antarabangsa Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Johan Qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 1420H/1999, Masnah Awang, 73 tahun dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Terengganu bagi tahun ini.
10 Jul 24
177
Hijrah : Perjalanan 460 Kilometer Penuh Hikmah, Ibrah
Hijrah : Perjalanan 460 Kilometer Penuh Hikmah, Ibrah
Peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sebuah perjalanan fizikal sejauh 460 kilometer dari Makkah ke Madinah, tetapi juga sebuah perjalanan yang penuh dengan hikmah dan ibrah.
10 Jul 24
84
Imam Ketiga di Terengganu Terima Insentif Khas RM194,400
Imam Ketiga di Terengganu Terima Insentif Khas RM194,400
Seramai 324 orang imam ketiga di Terengganu menerima bantuan khas secara 'one-off' daripada kerajaan negeri dengan peruntukan keseluruhan RM194,400.
04 Jul 24
223
Imam Ketiga di Terengganu Terima Insentif Khas RM194,400
Imam Ketiga di Terengganu Terima Insentif Khas RM194,400
KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Seramai 324 orang imam ketiga di Terengganu menerima bantuan khas secara 'one-off' daripada kerajaan negeri dengan peruntukan keseluruhan RM194,400. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebelum ini imam ketiga di masjid mukim negeri itu tidak menerima bayaran oleh mana-mana entiti yang lain.  "Jadi kerajaan negeri mengambil inisiatif untuk membayar kepada imam ketiga, pembayaran hari ini adalah untuk tahun 2023. "Agak terlewat sebenarnya kerana kita bergantung kepada kedudukan kewangan kerajaan negeri," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas menyempurnakan perasmian Majlis Penyerahan Bayaran Bantuan Khas ' One Off' tahun 2023 kepada imam ketiga Masjid Mukim Negeri Terengganu, di Perkarangan U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, Ahmad Samsuri berkata kerajaan negeri turut berhasrat bagi meneruskan bayaran bantuan khas kepada imam bagi tahun 2024. "Insya-Allah sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan kita akan cuba selesai secepat mungkin sebelum berakhir tahun ini," ujarnya.  
03 Jul 24
5257
TDM Mahu Perkenal Hospital Mesra Ibadah
TDM Mahu Perkenal Hospital Mesra Ibadah
KUALA TERENGGANU, 20 Jun -  Anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) berhasrat untuk memperkenalkan program baharu di masa akan datang sempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) iaitu 'Pengenalan Hospital Mesra Ibadah'. Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Najman Kamaruddin berkata, ia akan dilangsungkan di KMI Kuala Terengganu Medical Centre dengan menyasarkan penyertaan seramai 40 pelajar Universiti Zainal Abidin (UniSZA) dalam pengajian perubatan dan kontemporari Islam selain orang awam. Katanya, pihaknya berkolaborasi dengan HRD Corp mengadakan program NTW bagi memperkasakan kemahiran kalangan dalam rakyat untuk memenuhi keperluan semasa. "'TDM's Knowledge Sharing Carnival : NTW24's 5 Pillars' merupakan tema yang kami ketengahkan untuk menjayakan lima teras utama iaitu Kemahiran Hidup (Teras 1), Kemahiran Masa Depan (Teras 2), Kreativiti dan Inovasi (Teras 3), Kewangan (Teras 4) dan Pembangunan Mampan (Teras 5). "Alhamdulillah, program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan industri yang bersama-sama menggembleng tenaga bersama kami dan HRD Corp," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival NTW 2024 Edisi Pantai Timur, di Dewan Auditorium, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini, hari ini. Majlis perasmian karnival berkenaan telah dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Ekonomi Digital, Pendapatan Baru, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau, Husaimi Hussin. Mengulas lebih lanjut mengenai program yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia itu, Najman berkata ia diadakan di seluruh negara dengan menawarkan 25,000 kursus dengan sasaran kemasukan 200,000 peserta. "Hari ini untuk teras 3, TDM telah membawa 150 pelajar-pelajar sekolah rendah bersama guru pengiring dari ladang kami di Sungai Tong, Bukit Besi dan Kemaman serta jemputan khas dari Sekolah Pendidikan Khas Kuala Terengganu dan Ladang. "Selain itu dua hari lepas kami mengadakan seminar khas ' Intergrated Pest Management in Oil Palm Plantation' bagi teras 5 bertempat di Akademi TDM, Sungai Tong. "Seminar perkongsian ilmi ini melibatkan penyertaan seramai lebih 50 orang yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT), pekebun-pekebun kecil dan industri perladangan yang lain sekitar Sungai Tong," ujarnya.  
26 Jun 24
338
Surau Berusia 20 Tahun Dinaik Taraf
Surau Berusia 20 Tahun Dinaik Taraf
  Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Eastern Pacific Corporation bhd (Kumpulan EPIC) menaik taraf surau di kawasan Taman Rekreasi Batu Buruk dengan kos RM100,000.
23 Jun 24
0
Surau Berusia 20 Tahun Dinaik Taraf
Surau Berusia 20 Tahun Dinaik Taraf
KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya Eastern Pacific Corporation bhd (Kumpulan EPIC) menaik taraf surau di kawasan Taman Rekreasi Batu Buruk dengan kos RM100,000.  Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata langkah itu diambil setelah menerima aduan serta rungutan orang ramai mengenai kemudahan tempat beribadat di kawasan rekreasi terbabit. Katanya, surau beserta tandas baru itu dijangka boleh digunakan bermula Ogos. "Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak EPIC kerana telah memperuntukkan belanja untuk satu projek yang sangat bermakna di dalam Parlimen Kuala Terengganu. "Saya tengok pada pelan pembinaan surau dan tandas ini sangat selesa untuk kegunaan muslimin dan muslimat. "Juga telah dimaklumkan pihak EPIC turut bermurah hati bagi menanggung sepenuhnya berkait utiliti , penyelengaraan dan sebagainya supaya surau ini boleh berjalan dengan sempurna," ujarnya. Beliau yang juga merupakan pengarah EPIC berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melawat Tapak Naik Taraf Surau dan Tandas, di Surau Awam Batu Buruk, di sini, hari ini. Menurut Amzad, bagi memastikan keadaan surau itu terpelihara dengan baik dan sentiasa berada di dalam keadaan bersih pihak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr Muhammad Khalil juga telah bersetuju menjaganya termasuk memastikan ia sentiasa diimarahkan. "Kita akan menyerahkan kepada pihak yang akan menguruskan surau ini, kita tidak mahu ia akan dijadikan sebagai tempat tidur percuma kepada golongan gelandangan tanpa penjagaan rapi. "Surau ini boleh memuatkan sehingga 50 orang dalam satu-satu masa, yang akan turut dilengkapi penghawa dingin yang lebih baik dari sebelum ini," ujarnya. Dalam perkembangan yang sama katanya syarikat EPIC telah membelanjakan sebanyak RM2.3 juta setakat tahun ini bagi menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Menurutnya antara CSR yang telah dijalankan ialah di Padang Astaka di Jerteh, Sekolah Ittifaqiyah dan Sekolah Seri Budiman serta beberapa sekolah pondok yang telah dibantu bagi melengkapkan keperluan yang dikehendaki.    
20 Jun 24
552