lightning-solid
Berita :

Artikel "agama" Terkini

Munajat Jalan Lembutkan Hati Pihak Menzalimi Hak Rakyat
Munajat Jalan Lembutkan Hati Pihak Menzalimi Hak Rakyat
KUALA TERENGGANU, 7 September - Pelaksanaan solat hajat pada program Karnival Indahnya Hidup bersyariat diharap mampu melembutkan hati pihak yang menzalimi hak rakyat Terengganu dalam isu royalti petroleum. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihak yang sedang memegang tampuk pemerintahan negara perlu menyedari bahawa tindakan itu telah mengakibatkan segala perancangan dan agenda kebajikan rakyat di negeri ini terganggu. "Tidakkah mereka di nun sana mempunyai sedikit perasaan ihsan? sebagaimana yang dilaung-laungkan dengan tindakan mereka menyusahkan bayaran royalti terencatnya beberapa projek dan program di negeri Terengganu. "Lihatlah kesannya kepada perojek pembangunan seperti pembinaan kluster perumahan rakyat, bantuan kepada mereka yang ingin meneruskan perniagaan, pembangunan sukan dan belia, bengkel kemahiran termasuk bantuan kesihatan kepada pesakit kronik. "Bantuan kepada golongan OKU (orang kelainan upaya), program pendidikan dan lain-lain lagi yang ingin kita laksanakan termasuk Pusat Tafaqquh Fiddin yang telah terencat dan terganggu akibat perbuatan mereka ini. "Tidakkah ada perasaan ehsan dan sedar akan kelemahan yang mereka ciptakan ini, semoga dibukakan pintu hati dan sedar akan kelemahan serta kembalilah ke jalan yang benar dan sepatutnya," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan acara penutup program Karnival Indahnya Hidup Bersyariat 'Munajat Terengganu Sejahtera', di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut, Ahmad Samsuri berkata sejak tahun 2023 Terengganu menerima royalti secara tersekat-sekat dan ia amat menyusahkan kerajaan negeri untuk menjayakan program serta agenda kebaikan untuk rakyat. "Pesanan kasih sayang daripada saya kepada mereka di luar sana ingatlah bahawa kita semua bernafas udara milik Allah, berpijak di atas bumi milik Allah, kuasa yang dianugerahkan adalah kepunyaan-Nya. "Akan sampai waktu dan ketika kita akan menghadap Allah serta akan dintanya kerja buat kita sebagai pemimpin sama ada di peringkat negeri, nasional ataupun antarabangsa. "Pada waktu itu jawablah kita di hadapan Allah atas segala apa jua kecurangan dan kelemahan sepanjang melaksanakana amanah kepada rakyat yang kita pimpin," katanya.  
07 Sep 24
228
Rakyat Bermunajat Agar Derita Angkara Politik Terhenti
Rakyat Bermunajat Agar Derita Angkara Politik Terhenti
KUALA TERENGGANU, 7 September - Munajat Terengganu Sejahtera sempena Karnival Indahnya Hidup Bersyariat semalam menjadi medan pengharapan rakyat Terengganu agar derita dinafikan hak royalti angkara politik dendam akan terhenti. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata episod dinafikan hak itu merupakan perkara pahit untuk ditelan kerana Terengganu berhadapan kesukaran untuk meneruskan segala bantuan serta kebajikan untuk kesenangan rakyat. "Pada malam ini di kemuncaknya kita telah berkumpul dan bermunajat bersama-sama dalam menzahirkan kebersamaan rakyat Terengganu bagi mendoakan kesejahteraan agar negeri 'baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur' melalui solat hajat yang ditunaikan tadi. "Kita juga telah memohon pertolongan daripada Allah agar hak rakyat (royalti) dikembalikan, hakikat yang pahit untuk ditelan kami sebagai kepimpinan kerajaan negeri kerana berhadapan dengan kekangan dan tekanan. "Sehingga segala kebajikan rakyat yang telah kita agihkan sebelum ini tidak dapat diberikan lagi kerana amalan politik dendam yang terus menerus diamalkan oelh pihak tidak bermoral," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Munajat Terengganu Sejahtera yang dirasmikan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, semalam. Mengulas lebih lanjut katanya, himpunan pada malam itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna dalam memastikan setiap usaha yang ingin dilakukan kerajaan bagi memperkasakan syariat tidak terhalang. "Terima kasih kepada seluruh rakyat Terengganu yang datang, kita sama-sama memohon kepada Allah mudah-mudahan Allah memberi negeri Terengganu yang kita cintai ini," ujarnya.  
07 Sep 24
132
Tafsiran Merdeka Perlu Ikut Acuan Islam
Tafsiran Merdeka Perlu Ikut Acuan Islam
KEMAMAN, 5 September - Erti kemerdekaan sebenar perlu dihayati dan difahami mengikut acuan Islam bukan berpandukan kaca mata barat yang menterjemahkan merdeka adalah kehidupan yang bebas tanpa arah dan panduan. Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, gagal mentafsirkan makna kemerdekaan sebenar akan mengakibatkan objektif kemerdekaan yang disambut setiap tahun tidak sampai kepada tujuannya. "Tema yang dipilih pada tahun ini 'Jiwa Merdeka" ertinya sangat mudah, kita mahu jiwa yang merdeka tetapi tafsirannya sudah tentu jauh berbeza dari sudut orang Melayu Islam berbanding dengan mereka yang ada di bumi Jepun, Korea, Eropah, Amerika ataupun Britain kerana jiwa merdeka bagi mereka adalah kebebasan tanpa sempadan. "Berbeza dengan kita yang memililiki sempadan, apa yang nak sebut bahawa tanggungjawab besar yang ada pada kita hari ini ialah memilih bagaimana peranan untuk membangunkan negara kita tersendiri. "Mungkin kita terkesima dan rasa teruja dengan segala bentuk pembangunan dan kemewahan negara-negara di Eropah, Scandinavia, Korea mahupun Jepun tetapi akhirnya cara bagaimana kita ingin urus tadbir negara adalah berada di tangan kita bukan merujuk kepada negara-negara yang lain," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis ramah mesra beliay bersama penjawat awam daerah Kemamn, di Arena Square Chukai, di sini, hari ini. Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata generasi hari ini perlu menghargai segala jasa pejuang kemerdekaan dahulu. "Semua pihak dan kalangan orang terdahulu telah memperjuangkan kemerdekaan dari sekecil-kecil perkara sampai kepada sebesar-besarnmya sehingga pada tahun 1957 kita menyambut kemerdekaan. "Kemerdekaan ini juga tidak memberi apa-apa erti atau makna sekiranya kita tidak memandu negeri dan negara kita untuk merdeka sepenuhnya," ujarnya.  
05 Sep 24
134
Terengganu Undang Berkat Adakan Munajat Perdana Menjelang Kemerdekaan
Terengganu Undang Berkat Adakan Munajat Perdana Menjelang Kemerdekaan
Kerajaan Negeri Terengganu mengadakan majlis solat hajat, bacaan Yasin serta tahlil bagi mengundang keberkatan menjelang hari kemerdekaan sekali gus menyemarakkan sambutan dengan menanamkan semangat patriotik di kalangan rakyatnya.
04 Sep 24
135
'Daurah Fiqh Islami' Disambut Baik Zahir Rakyat Terengganu Cintakan Ilmu
'Daurah Fiqh Islami' Disambut Baik Zahir Rakyat Terengganu Cintakan Ilmu
Oleh : Abay Cik MARANG, 3 September - Rakyat negeri ini menyambut baik 'Daurah Fiqh Islami' yang diadakan di Masjid Rusila bermula semalam sekali gus menzahirkan masyarakat Terengganu cintakan majlis ilmu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, program seumpama itu sudah tentu akan berupaya memantapkan ilmu agama dalam kalangan masyarakat hidup terpandu ke arah menghayati kehidupan 'Indahnya Hidup Bersyariat'. "Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik dianjurkan oleh pihak Masjid Rusila dengan kerjasama Akademi Didik Ulama Dan Amilin Terengganu (DUAT) dalam usaha memeriahkan negeri ini dengan program yang sangat bermanfaat ini. "Serta pelajar-pelajar yang akan hadir sudah tentu akan bersemangat bagi meneruskan pembelajaran dimasa akan datang, jangan setakat berhenti di program ini sahaja," ujarny ketika berucap merasmikan program berkenaan tersebut.  Ujarnya, pada kemuncak acara esok dijangka akan menarik lebih ramai peserta kerana akan menampilkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang. "Dimana tidak asing lagi dikenali sebagai tokoh agama yang sangat dihormati, justeru orang ramai terutama masyarakat setempat dijemput untuk bersama-sama menimba ilmu," ujarnya. Dalam pada itu, Mudir Maahad Darul Quran, Ismail Othman berkata program 'Daurah Fiqh Islami' itu telah pun bermula pada beberapa tahun yang lepas. "Setiap kali ia diadakan sambutan daripada masyarakat sangat baik lebih-lebih lagi pada tahun ini. "Dengan program seumpama ini ia memberi peluang kepada mereka yang ingin mendalami ilmu fiqh dan memperkukuhkan amalan seharian mereka. "Dengan bimbingan para ulama dan pendakwah berpengalaman, diharapkan program ini akan membawa manfaat besar kepada semua yang terlibat," ujarnya.    
03 Sep 24
188
Menteri KDN Dituntut Bertindak Tegas Terhadap Penghina Islam
Menteri KDN Dituntut Bertindak Tegas Terhadap Penghina Islam
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Menteri Dalam Negeri (KDN), Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dituntut bertindak tegas terhadap penghina agama Islam. Hantaran pengguna media sosial yang dikenali 'Ryan Azzaro' menunjukkan seorang wanita bertutup seluruh badan sedang melakukan lompatan ke dalam kolam renang dengan kapsyen 'Welcome To Afganu' perlu disiasat segera. Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Muhammad Irsyad Syafiq Burhanuddin berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) hari ini telah membuat laporan polis bagi memastikan ia sampai ke pengetahuan Menteri KDN itu. "Kita nak minta siasatan dan pendakwaan dijalankan di bawah Seksyen (4) (1) Akta Hasutan 1948 serta Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana secara jelas (perkara itu) telah melanggar 3R. "Saya ingat hampir setahun lebih perkara ini ditegaskan oleh Kerajaan Madani hari ini, jadi kami menuntut hak yang sewajarnya bukan atas dasar pembangkang ataupun kerajaan. "Tetapi perkara itu telah menyentuh sensitiviti agama Islam secara keterlaluan, jadi saya minta pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat laporan polis berhubung perkara tersebut di Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu, di sini, hari ini. Mengulas lebih lanjut, pihaknya meletakkan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa untuk tidak berdiam diri dalam soal persendaan terhadap ajaran Islam. "Saya masih ingat setahun yang lalu kita dipanggil ke IPK Terengganu bagi memberi laporan tentang pemuda PAS yang berpakaian seperti pejuang Islam dan melakukan perarakan sedangkan tiada sebarang keganasan dilakukan atapun mengina dan memperkecilkan mana-mana agama, itu pun kami dipanggil. "Jadi saya minta perkara yang sama atau mungkin lebih tegas lagi daripada pihak polis serta pihak-pihak terbabit termasuk Menteri KDN sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan dalam negara ini bagi membawa manusia tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan." tegasnya. Katanya, sekiranya tiada tindakan diambil pihaknya akan terus menggunakan saluran lain untuk menuntut keadilan selagi tidak bercanggah dengan perlembagaan. "Kita berharap ada tindakan, jangan didiamkan sahaja bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, apa yang terjadi ini tidak boleh dibiarkan tanpa ada keputusan ataupun satu hukuman yang sepatutnya," katanya.
29 Aug 24
291
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Bakal Gegarkan Bumi Terengganu
Karnival Indahnya Hidup Bersyariat Bakal Gegarkan Bumi Terengganu
KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kerajaan Terengganu bakal mengadakan karnival Indahnya Hidup Bersyariat pada September depan sebagai usaha untuk merancakkan agenda pemerkasaan syariah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, jawatankuasa karnival berkenaan sudah bersiap sedia dan hanya menunggu masa untuk menggegarkan negeri ini dengan pelbagai program acara. "Pelbagai aktiviti dan pengisian akan diadakan seperti qiamullail perdana, subuh macam Jumaat, tadabbur kitab dan cerama perdana. "Semua itu akan disediakan sebagai sajian rohani kepada seluruh rakyat Terengganu. "Sama-sama kita realisasikan 'tagline' Terengganu Maju Berkat Sejahtera dan Indahnya Hidup Bersyariat," ujarnya melalui kenyataan di media sosialnya semalam. Terdahulu, Dr Muhammad Khalil berkata slogan Indahnya Hidup Bersyariat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada penggal ini sebagai langkah memperkasa serta meninggikan agenda pemerkasaan syariah yang menjadi matlamat kerajaan negeri. Katanya, ia juga sebagai langkah berterusan dalam mengajak rakyat menghayati keindahan ajaran Islam. "Fokus utama pelaksanannya adalah bagi memupuk kesedaran dan melantun keinsafan seluruh rakyat negeri Terengganu tentang peri pentingnya pelaksanaan dan pembudayaan hidup bersyariat. "Sehingga kemuncaknya, kita mahu rakyat merasai sendiri kemanisan dan keindahan tatacara hidup Islam bermula dengan diri sendiri, keluarga dan masyarakat seluruhnya," ujarnya.
21 Aug 24
1689
50,000 Hadir Bina Gelombang Anak Muda Terengganu Cintakan Ulama
50,000 Hadir Bina Gelombang Anak Muda Terengganu Cintakan Ulama
MARANG, 18 Ogos - Lebih 50,000 orang telah membanjiri program Santai Murabbi sekali gus menzahirkan perasaan cinta rakyat Terengganu khususnya anak muda terhadap ulama. Program yang diadakan di Dewan Tuan Guru, Rusila Marang itu telah menampilkan pendakwah selebriti yang mencetuskan fenomena dalam negara iaitu Ustaz Wadi Annuar serta Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus. Program yang bermula pada jam 8 malam itu dikendalikan oleh Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah sebagai moderator. Seluruh hadirin yang hadir pada malam itu telah memenuhi segenap ruang dalam dewan serta tidak berganjak dari tempat duduk bermula awal sehingga akhir program. Rata-rata mereka tertarik mendengar pengisian agama melalui soalan-soalan yang diajukan. Terdahulu, pada sebelah petang telah diadakan program bersama Mantan Timbalan Kesatuan Ulama Sedunia, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang telah mengupas dan membicarakan isu terkini mengenai negara Palestin. Sebelumnya, anak muda lapan daerah di negeri ini telah menyertai acara konvoi motosikal bergerak dari kawasan masing-masing menuju ke Rusila dengan membawa bendera Palestin beserta sepanduk Malah ada yang membawa sepanduk menuntut hak royalti Terengganu dikembalikan semula kepada rakyat negeri ini.  
18 Aug 24
3465
Surau Pantai Batu Buruk Berwajah Baru
Surau Pantai Batu Buruk Berwajah Baru
Surau di Taman Rekreasi Pantai Batu Buruk yang telah siap diperbaiki, diserahkan oleh EPIC Berhad dan Konsortium Pelabuhan Kemaman yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhtar Suhaili kepada Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Buruk, hari ini. 
08 Aug 24
224
Terengganu Sokong Kedah Pertahan Dasar Sifar Judi
Terengganu Sokong Kedah Pertahan Dasar Sifar Judi
ALOR SETAR, 6 Ogos - Kerajaan Kedah tidak bersendirian dalam perjuangan mempertahankan prinsip sifar judi di negeri terbabit selepas Terengganu menyatakan sokongan terhadap usaha negeri terbabit. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, dasar yang menjadi polisi negeri SG4 itu akan dipertahankan bersama.  Ujarnya, walaupun ada pihak yang menentang usaha itu sehingga berlaku semakan kehakiman oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 20 Jun lalu, pihaknya bersama Kerajaan dan rakyat Kedah. "Ia penting untuk kita terus berpegang kepada prinsip yang telah diputuskan bersama oleh negeri SG4 melalui bidang kuasa kerajaan negeri, kita tidak akan benarkan sama sekali. *Kita hendak memastikan rakyat kita bebas daripada amalan judi yang mempunyai mudarat besar hingga boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan mewujudkan suasana tidak aman dalam masyarakat," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) semasa mewakili delegasi Kerajaan Terengganu mengadakan kunjungan hormat Kerajaan Negeri Kedah, di Bilik Gerakan Negeri Kedah, Wisma Darul Aman, semalam. Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Negeri Terengganu, Rizuan Hashim dan Ketua Hakim Syarie Terengganu Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, YAA. Dato' Haji Wan Mohd Zakri Wan Mohd. Delegasi Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Dato' Mohd Azam Abd Samad. Dalam pada itu, Muhammad Khalil berkata Terengganu mengambil langkah persediaan seandainya ada pihak yang akan melakukan perkara sama menentang penutupan pusat judi. "Kita bersedia melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengikut bidang kuasa kita sendiri, insya-Allah apa yang penting kita mempertahankan prinsip yang diputuskan dengan polisi yang telah kita persetujui bagi menjaga kepentingan rakyat secara umum," ujarnya. Dalam pada itu, Azam berkata kerajaan Kedah kini melalui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Mohd Nor sedang berusaha bagi mempertahankan dasar sifar judi. "Ia disambut oleh pihak PBT yang menegaskan tidak akan meluluskan lesen premis judi di Kedah walaupun telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi. "Di peringkat Kerajaan Negeri Kedah akan terus membuat rayuan di Mahkamah Rayuan supaya apa yang telah dilaksanakan bagi membendung aktiviti judi dapat diteruskan dan ini juga merupakan hasrat rakyat Kedah bagu memastikan 'sifar judi' dapat dipertahankan," tegasnya.  
06 Aug 24
360