lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Cuti Jumaat Hilangkan Resah Majikan Dan Pekerja
Ustaz Mohd Nor Hamzah.Oleh: Nasir AbdullahKUALA TERENGGANU, 19 Januari - Kerajaan Persekutuan disaran untuk menyelaraskan cuti mingguan pada Jumaat sebagai satu langkah bijak bagi menangani masalah dan keresahan yang dihadapi majikan dan pekerja.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, keresahan yang timbul ialah majikan akan merasakan kerugian jika waktu rehat yang diberikan lebih lama daripada hari-hari biasa."Keadaan menjadi lebih teruk kerana kesesakan jalan raya, yang akan melambatkan pekerja kembali ke pejabat," katanya.Menurutnya, di pihak pekerja pula merasa tertekan kerana terpaksa pulang tergesa-gesa ke tempat kerja mereka kerana masa yang singkat sekali gus untuk mengelakkan konflik dengan majikan."Dilema ini boleh diatasi dengan memberikan keadaan menang-menang iaitu menyelaraskan cuti mingguan itu kepada Jumaat dan Sabtu, kerana pada hari Ahad, tiada kewajipan solat seperti Jumaat," jelasnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita hari ini, sebagai menyokong cadangan daripada PAS Kelantan.PAS Kelantan semalam, melalui Ketua Penerangannya, Dato’ Nassuruddin Daud mencadangkan agar cuti mingguan diselaraskan bagi memudahkan majikan dan pekerja menunaikan amanah masing-masing."Walaupun bekerja pada hari Jumaat bukanlah suatu dosa, tetapi ada hukum berkaitan jual beli ketika solat Jumaat berlangsung," kata Nassuruddin ketika menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu semalam.Mohd Nor yang juga Ketua Penerangan PAS Terengganu turut menyarankan agar kerajaan negeri lain mengikut jejak langkah Kelantan dan Terengganu yang menjadikan hari Sabtu sebagai hari keluarga.“Kerajaan Terengganu baru-baru ini telah mengikut jejak langkah Kelantan dengan mengisytiharkan Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu sebagai hari keluarga."Kita memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada rakyat untuk mengikuti kuliah ilmu di beberapa tempat yang dikhaskan oleh kerajaan pada hari Jumaat, kerana bagi kerajaan, ilmu amat penting untuk diberikan kepada rakyat."Manakala pada hari Sabtu pula, banyak tempat-tempat menarik di Terengganu untuk dijadikan lokasi perkelahan bersama keluarga atau apa-apa akitiviti lain untuk mengeratkan hubungan mereka, dan menjana ekonomi peniaga-peniaga tempatan,” ujarnya.Beliau yakin hal ini tidak akan menjadi polemik keagamaan kerana Malaysia mempunyai hampir 70 peratus penduduk beragama Islam, maka ianya adalah munasabah dilaksanakan dan Islam juga adalah agama rasmi negara.Selain Kelantan dan Terengganu, Kedah dan Johor juga menetapkan cuti rasmi mingguan negeri pada hari Jumaat dan beliau percaya ia boleh dikembangkan lagi ke negeri-negeri lain.
18 Jan 19
138
Empty Image
Perubahan Posisi Semarak Idea Baharu
Oleh: Muhammad Husaif MamatKUALA TERENGGANU, 19 Januari - Kerajaan negeri akan meneruskan momentum kecemerlangan negeri melalui perubahan posisi dalaman yang berlaku.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perubahan posisi secara konstruktif akan mewujudkan persekitaran dan gaya kerja yang baharu dan secara tidak langsung menyemarakkan lagi idea-idea yang segar untuk kebaikan rakyat negeri Terengganu."Tahun 2019 adalah tahun yang penuh dengan cabaran dan kejutan, prestasi ekonomi dunia yang tidak menentu akan memberikan kesan kepada negara dan seharusnya kita bersedia dengan inisiatif yang lebih segar."Saya mengharapkan dengan kepercayaan di jawatan yang baharu ditambah dengan semangat tahun baharu akan membuahkan hasil-hasil dan inisiatif yang lebih segar," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan dan Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan Negeri, baru-baru ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya serta Penasihat Undang-undang Negeri, Azhar Abdul Hamid.Seramai 95 pegawai tadbir pelbagai peringkat termasuk 16 pegawai kanan kerajaan negeri terlibat dalam pertukaran berkuatkuasa baru-baru ini.Antara yang terlibat dalam pertukaran posisi itu ialah Samiun Salleh yang ditukarkan dari jawatan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).Jawatan Datuk Bandar MBKT akan digantikan oleh Shahidan Embok yang merupakan Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Besut.Pegawai Daerah/Pentadbir Tanah Marang, Mat Azmi Arshad pula bakal bertugas sebagai Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.Manakala, Timbalan Pegawai Kewangan Negeri, Ahmad Azmi Md. Salleh menjawat jawatan Pengarah Yayasan Islam Terengganu.
18 Jan 19
93
Empty Image
Jalinan Belia-Veteran Terengganu Cipta Keharmonian
MARANG, 19 Januari - Kerjasama dan gabung jalin hubungan antara belia dan 'orang lama' akan mewujudkan suasana harmoni dan kesepakatan dalam sesebuah kampung.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mengingatkan, penglibatan kedua pihak mampu menjadi contoh terbaik dalam pembangunan anak muda."Ia akan menjadi satu contoh yang baik kepada belia daerah ini untuk melihat pembangunan dan usahasama sedia ada," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai majlis dialog sempena Program Jelajah Belia Terengganu Sejahtera Peringkat Daerah Marang di Dewan Majlis Daerah Marang, semalam.Program tersebut bermula sejak awal pagi lagi dengan konvoi bermotosikal ke kampung-kampung berhampiran untuk melihat pembangunan dan aktiviti belia di kawasan tersebut.Wan Sukairi juga menyeru belia Marang agar mengambil peluang memanfaatkan bantuan yang disalurkan kerajaan negeri kepada belia."Mana-mana belia yang berminat dalam apa juga bidang, kerajaan boleh bantu menyediakan kemudahan daripada sudut pengetahuan, kemudahan modal dan sebagainya."Apa yang kita mahu, belia Terengganu menjadi belia dan beliawanis yang mampu mencipta sejarah tersendiri untuk diri mereka sendiri dan dalam masa yang sama membawa kebaikan kepada agama, bangsa, negeri dan negara," katanya.Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Belia Negeri, Amirullah Othman turut menyambut sokongan yang disampaikan kerajaan negeri."Terima kasih atas sokongan daripada kerajaan dan Pegawai Daerah kepada belia daerah ini."Saya percaya belia Marang akan terus berdaya saing dan menjadi pelapis terbaik kepimpinan akan datang," katanya.Program yang berakhir sekitar jam enam petang itu turut dihadiri Pegawai Daerah Marang yang baharu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri, Mohd Saufi Mohd Ibrahim.
18 Jan 19
128
Empty Image
Diskaun Harga Tiket Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir Jun Ini
HULU TERENGGANU, 17 januari - Kerajaan negeri bersedia mengambil langkah proaktif mempromosikan Perkampungan Konservasi Gajah Kenyir (KECV) bukan hanya sebagai pusat perlindungan malah satu tarikan pelancongan di Tasik Kenyir.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, bagi mempopularkan lagi KEVC, Minggu Konservasi Gajah akan diadakan pada pertengahan Jun ini.Katanya, ia akan diadakan selama seminggu dengan pelbagai acara yang menarik termasuk memberi tawaran diskaun harga tiket kepada mereka yang berkunjung ke KECV."Salah satunya, kita bersetuju untuk menurunkan harga tiket supaya ia dapat menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke sini."Kita akan berbincang dengan pihak pengurusan KECV untuk meletakkan kos tiket yang mampu dibayar oleh mereka yang datang berkunjung di samping mempergiatkan promosi lain dan beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan," kata Ariffin.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas lawatan kerja ke KECV, Tasik Kenyir, di sini, hari ini.Ariffin berkata, dengan penurunan harga tiket dan pelbagai promosi yang dijalankan diharapkan mampu meningkatkan kedatangan pelancong ke KECV dari 15,000 orang pada tahun lepas kepada 25,000 orang pada tahun ini."Saya yakin dengan tawaran promosi yang dibuat mampu meningkatkan kuantiti pelancong ke KECV ini dan termasuklah peranan pihak media dalam mempromosikannya melalui hebahan mereka."Kita juga akan kaji balik harga tiket yang sesuai bagi memenuhi hasrat pelancong yang mahukan harga yang lebih murah daripada yang dikenakan sekarang iaitu RM40 untuk golongan dewasa (warga emas secara percuma), RM20 bagi pelajar sekolah menengah dan RM10 untuk pelajar sekolah rendah," katanya lagi.Mengulas mengenai isu gajah liar, Ariffin berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan Perhilitan untuk memastikan ia tidak menjejaskan tanaman milik penduduk."Sebenarnya kita ada pihak Perhilitan yang menguruskan gajah-gajah liar ini sama ada hendak meletakkan gajah yang ditangkap di KECV atau di mana yang sesuai."Namun pihak kerajaan terutama pihak pelancongan alu-alukan di KECV dahulu dan kemudian kita akan tengok balik keserasiannya," ujarnya lagi.Untuk rekod, kewujudan KECV bermula pada 2012 apabila kerajaan negeri meluluskan rezab tanah seluas 256 hektar untuk dijadikan pusat konservasi dengan menempatkan 18 ekor gajah.Sehingga kini 12.8 hektar kawasan sudah dibangunkan di KECV ini termasuk pembinaan jambatan gantung sejauh 600 meter, tujuh menara, 30 kandang, masing-masing satu bangunan penginapan penjaga gajah (mohuk), restoran tepi sungai, surau, tandas, kafe dan bangunan pengurusan serta dua stor makanan.Kemudahan lain iaitu 200 petak parkir kereta, 300 parkir motosikal dan 20 parkir bas turut disediakan kepada pengunjung KECV.
17 Jan 19
1075
Empty Image
TV Darul Iman Anjur Pertandingan 'Contest: Like, Share & Win'
KUALA TERENGGANU, 17 Januari - TV Darul Iman melancarkan pertandingan 'Contest: Like, Share & Win' bermula kelmarin sehingga 27 Januari ini, satu pertandingan julung-julung kali diadakan di bawah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI).Ia bertujuan untuk menyegerakan penyampaian maklumat Kerajaan Terengganu kepada orang awam melalui pertandingan tersebut.Urusetia pertandingan berkenaan, Wan Noor Hidayah Wan Isma'on berkata, sesiapa yang mendapat 'like and share' tertinggi bakal mendapat tiga hadiah istimewa.Bagi pemenang pertama,  akan mendapat hadiah penginapan satu malam di Paya Bunga Hotel.Pemenang kedua pula akan dihadiahkan sehelai baju jersi terbaru Terengganu FC Musim 2019 manakala  pemenang ketiga mendapat  baucer RM50 daripada Chicken Cottage."Pertandingan ini tidak terhad, semua boleh menyertainya kecuali kakitangan UPDI," jelasnya ketika bercakap kepada pemberita di sini hari ini.Katanya, sebagai syarat pertandingan, orang ramai perlu menyebarkan video Rangkuman Tujuh Bulan Pentadbiran Kerajaan Baharu Negeri Terengganu Darul Iman yang disiarkan di page facebook TV Darul Iman di link https://www.facebook.com/TvDI3/videos/2297795947133504/.Di samping itu mereka yang terbabit perlu membuat 'like and follow page' media kerajaan negeri itu di link https://www.facebook.com/TvDI3/serta membuat 'hashtag' #ContestTVDarulIman."Terima kasih kerana terus menyokong TV Darul Iman, selamat mencuba semua, semoga berjaya," kata Wan Noor Hidayah.
16 Jan 19
354
Empty Image
JKSTR Tetapkan KPI Selesaikan Kes Perbicaraan
KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTF) menetapkan tempoh sekurang-kurangnya enam bulan sebagai  sistem petunjuk prestasi utama (KPI) untuk menyelesaikan kes perbicaraan di Mahkamah Syariah Terengganu.  Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd berkata, jika melebihi tempoh itu,  hakim syarie yang bertanggungjawab perlu memberi perjelasan secara bertulis.Katanya, beberapa langkah perlu diambil kira jika mahu tempoh itu ditepati oleh hakim  yang bertanggungjawab agar tidak dibebani dengan pelbagai perkara yang remeh dan setiap kes perlu dibicarakan sebaik-baiknya dan betul-betul bersedia.“Kebiasaannya  perjalanan kes perbicaraan yang berlarutan sehingga dua hingga tiga tahun,  hakim perlu mengambil tahu pelbagai perkara, termasuk surat saman  sudah diterima pesalah atau sebaliknya.“Pada masa sama, pesalah  enggan memberi kerjasama, selain pengadu gagal membawa saksi yang sepatutnya,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali  Bersama Ketua Hakim Syarie di Bilik Mesyuarat JKSTR, petang semalam.Wan Mohd Zakri berkata, pihaknya  ada merancang untuk melihat secara keseluruhan bentuk hukuman dan jumlah denda yang bakal dikenakan bertujuan mengelak pesalah melakukan jenayah syariah yang sama. Katanya, hukuman itu bukan sahaja untuk melanjutkan tempoh dipenjarakan malah jumlah sebatan yang perlu dikaji.“Pihak kami mengakui hukuman sedia ada yang dikenakan terhadap pesalah syariah agak ringan sehingga mendorong pesalah melakukan kesalahan sama.“Sebaliknya, apabila kami mengambil tindakan tegas dengan mengenakan  hukuman sebat terhadap seorang janda atas kesalahan melancurkan diri baru-baru ini, ada segelintir individu menyatakan hukuman itu sebagai tidak berperikemanusiaan.“Bagaimanapun situasi itu tidak menjejaskan reputasi kami dalam menjalankan tanggungjawab yang ditetapkan terhadap pesalah, “ katanya.Menurutnya, pada masa sama, dia menyokong dan  perlu dipercepatkan hukuman di bawah Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355.“Saya lihat hukuman yang ditetapkan di bawah RUU 355 sangat memadai dengan setiap kesalahan yang dilakukan,” katanya.
16 Jan 19
226
Empty Image
Kenangan Dr Mamad Bersama Ustaz Satiful Bahri 16 Tahun Lalu
KUALA TERENGGANU, 17 Januari - "Kenangan yang saya tidak akan lupakan," kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijaunegeri, Dr Mamad Puteh ketika mengimbau kenangan tahun 2003 (16 tahun lalu) bersama Ustaz Satiful Bahri Mamat.Ketika itu, Kerajaan Terengganu ditadbir oleh PAS, pelbagai perancangan kerajaan menghantar kepimpinannya meninjau pentadbiran negara-negara Islam luar negara termasuk negara Nigeria.Ketika itu Dr Mamad bertanding dalam Pilihan raya Umum ke-10 (PRU10) dan menang sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang.Dr Mamad memuat naik gambar berkenaan di Facebook beliau sempena tular aktiviti netizen di media sosial mengenai Cabaran 10 tahun (10 Years Challenge) termasuk memuat naik gambar 10 tahun lalu untuk dibezakan dengan personaliti mereka terkini."Ramai yang buat #10yearschallenge. Belek gambar-gambar lama, terjumpa gambar ni (gambar di atas). Bersama sahabat baik saya Ustaz Satiful Bahri Mamat yang sekarang ni ADUN Paka. Tapi ini bukan 10 tahun yang dahulu, masa ni tahun 2003. "Gambar ni gambar kenangan masa muda, melihat perkembangan pelaksanaan Islam di Nigeria. Pakai pakaian seperti di atas bukannya apa, 'luggage' kami dari Sudan ke Nigeria tidak dihantar. Bahkan apabila kami balik semula ke Sudan, didapati semua 'luggage' kami masih berada di 'airport'. Gambar ini diambil selepas solat Jumaat," jelas beliau.Itulah gambar kenangan yang tidak dapat dilupakan beliau. 
16 Jan 19
93
Empty Image
Hanya Mahkamah Dapat Buktikan Bersalah - MB Terengganu
Penjawat awam dinasihatkan berkhidmat penuh amanah dan integriti.KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Kerajaan negeri kekal mempertahankan prinsip keadilan bahawa seseorang itu benar-benar bersalah apabila telah dibuktikan di mahkamah.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana salah laku jenayah dan penyalahgunaan kuasa di kalangan penjawat awam."Kita menyerahkan kepada pihak berkuasa tentang tempoh reman mereka. Saya percaya, apabila tempoh ini berakhir mereka akan kembali bertugas di jawatan masing-masing."Kita mesti ingat bahawa prinsip keadilan, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah, bukan di media atau di peringkat persepsi," katanya ketika ditemui pemberita di Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri dan Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan yang menyaksikan 16 pegawai kanan menerima watikah pelantikan bagi jawatan utama negeri.Dr Samsuri mengulas penahanan reman seorang pegawai daerah negeri ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad lalu.Sebagai pemimpin negeri, Dr. Samsuri berharap kes berkenaan adalah kes terpencil yang berlaku di negeri ini.Dr. Samsuri melihat pegawai kanan yang dilantik menandatangani penerimaan watikah pelantikan.Beliau menjelaskan, kerajaan negeri konsisten untuk mempunyai jentera pentadbiran yang bebas daripada apa jua salah guna kuasa sama ada melibatkan kewangan atau perjawatan mereka."Kita menyeru semua penjawat awam terutamanya di negeri Terengganu untuk berkhidmat penuh amanah dan berintegriti kerana kita hanya menjalankan tugas."Sebagai Muslim, ini adalah satu amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT."Ia juga perlu menjadi benteng kepada semua anggota pentadbiran di pelbagai peringkat, seluruh jentera termasuklah semua ahli politik di negeri ini," katanya.
16 Jan 19
73
Empty Image
Tarif Air Naik: Terengganu Kaji Kesan Kepada Rakyat
Dr. Samsuri teliti tarif wajar supaya tidak membebankan rakyat.KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Kerajaan negeri dalam proses meneliti cadangan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dalam menentukan tarif air di Terengganu dengan mengutamakan kesan kenaikannya kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri berkata, pihaknya sedang mempertimbangkan serta melihat lebih terperinci kesan pelaksanaan itu kepada pengguna."Apa yang menjadi keutamaan negeri adalah kesan kenaikan (tarif air) kepada rakyat awam yang berpendapatan rendah adalah pada tahap yang sangat minima, ini adalah komitmen kita."Saya percaya akan berlaku sedikit kenaikan tetapi kita akan mengkaji seluruh segmen masyarakat terutama golongan yang memerlukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Serah Tugas Pegawai Kanan Negeri dan Angkat Sumpah Pihak Berkuasa Tempatan di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Di majlis tersebut, seramai 16 pegawai kanan menerima watikah pelantikan bagi jawatan utama negeri  melibatkan Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Daerah.Tarif air Syarikat Air Terengganu (SATU).Ketika ditanya mengenai kadar tarif baharu, Dr. Samsuri menyatakan keperluan menjustifikasikan tarif kerana berlaku peningkatan operasi dan perubahan inflasi serta kadar bekalan keperluan rakyat itu."Ini sedang kita teliti tentang keperluan untuk melaksanakan tarif baharu dan kesannya kepada kewangan, syarikat air dan perkara berkaitan."Melalui inisiatif negeri memberi bantuan perbelanjaan air kepada kalangan rakyat tertentu, saya percaya kesan yang akan berlaku adalah pada tahap minima. Kita akan capai keputusan setelah melakukan penelitian sebelum pertengahan Februari  ini," katanya.Pada masa ini, tarif air di Terengganu adalah pada kadar 42 Sen pada 0 hingga 20 meter padu (m3) bagi rumahtangga dan RM15 hingga RM300 pada 0 hingga 70 m3 bagi perdagangan, perusahaan, ladang kapal dan bot perdagangan serta bangunan kerajaan.Manakala, bagi surau dan masjid pula, nilai yang dikenakan pada kadar 0 hingga 50 m3 adalah percuma.
16 Jan 19
1227
Empty Image
Jambatan Sri Bayas Akan Dibina Jun Ini
Oleh: Abd Muhaimin MuhammedSETIU, 15 Januari - Pembinaan Jambatan Kampung Sri Bayas, di sini sepanjang 100 meter dan jalan raya sejauh satu kilometer yang membabitkan peruntukan RM10 juta dijangka akan mula dibina selewat-lewatnya Jun ini.Menurut Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, jambatan tersebut sudah diluluskan dalam pembentangan Dewan Negara baru-baru ini di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.Katanya, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) turun melawat tapak jambatan itu bertujuan untuk mereka bentuk pelan, mengenal pasti kesesuaian lokasi, keluasan dan ketinggian jambatan sebelum dapat dibina paling lewat Jun ini.“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak terlibat kerana telah menyenaraikan jambatan itu sebagai projek terdesak dan akan dibina dalam  tempoh terdekat,” katanya selepas Lawatan Kerja Meninjau Tapak Jambatan bersama JKR, hari ini.Sementara itu, menurut Jurutera JKR Daerah Setiu, Wan Zaid Sulong berkata, pihaknya akan melihat keadaan fizikal lokasi dan akan mula mereka bentuk pelan jambatan dan jalan tuju yang akan dibina."Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Parlimen Setiu yang telah berusaha bagi merealisasikan pembinaan jambatan baharu ini yang telah sekian lama dibuat permohonan,” katanya.
15 Jan 19
375