lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
MB Puji Exco Kawal Lalu Lintas
KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memuji tindakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpadusn Nasional negeri, Haji Hanafiah Mat kerana tindakannya mengawal lalulintas ketika kebakaran sebuah kereta di Bukit Kuang Kemaman semalam."Terbaik Exco Kerajaan Negeri, YB Haji Hanafiah Mat yang membantu mengawal lalulintas apabila terdapat kenderaan terbakar di Bukit Kuang hari ini. Kemah boh!," tulis Dr Ahmad Samsuri di status facebooknya 13 jam lalu.Haji Hanafiah berbuat demikian untuk mempastikan agar laluan jalan raya di situ tidak terhalang akibat insiden berkenaan.Rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Haji Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu.Bagaimanapun tiada maklumat diterima mengenai siapa pemilik dan apa jenis kereta yang terbakar itu serta waktu kejadian.Untuk melihat video Haji Hanafiah menjadi pengawal trafik secara spontan boleh dilihat di link https://www.facebook.com/DrAhmadSamsuri/videos/532534267233292/
20 Jan 19
388
Empty Image
TLHT Tewaskan LISHC 4-2
Foto ihsan - KOSMO OnlineKUALA TERENGGANU, 20 Januari - Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) melepasi ujian getir untuk merakam keempat berturut-turut selepas menewaskan Lioning Infinite Space HC (LISHC) 4-2 pada aksi keempat Liga Hoki Wanita Malaysia (MWHL) di Stadium Hoki Batu Burok di sini semalam.LISHC yang juga pasukan jemputan dari China bermula garang apabila mendahului seawal minit kelima menerusi gol padang Liu Xinyu.Tersentak ketinggalan, TLHT menggandakan serangan sebelum pemain import dari India, Jaswinder Singh meledak hatrik pada minit ke-15, 26 dan 41.Dua gol awal dihasilkan Jaswinder menerusi gol padang manakala satu lagi pula dengan pukulan sudut penalti.Pasukan pelawat hampir kembali mendahului pada minit ke-19 namun pukulan sudut penalti diambil Li Feng berjaya ditampan keluar penjaga gol TLHT, Bakhavaddin Glizal.Feng menebus kesilapan dengan menjaringkan gol penyamaan menerusi pukulan sudut penalti menjadikan kedudukan 2-2 pada minit ke-33.Bekas tonggak kebangsaan, Siti Rahmah Othman melengkapkan kemenangan TLHT dengan gol keempat menerusi gol padang pada minit ke-46.SUMBER: K! ONLINE
20 Jan 19
23
Empty Image
MB Lancar Infografik Bajet Terengganu 2019
Intro Infografik Bajet Terengganu 2019 yang dilancarkan Dr Ahmad Samsuri di blog beliau hari ini..KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini melancarkan Slide Infografik Bajet Kerajaan Negeri Terengganu 2019 berjumlah RM2.015 Bilion, di blog beliau di link https://drsamsuri.com/infografik-bajet-2019/Slide infografik itu antara lain mengandungi fakta ringkas mengenai empat teras Bajet tersebut yang bertemakan 'Negeri Berkat, Rakyat Sejahtera'.Teras itu ialah Keberkatan, Kemajuan, Kebajikan dan Kecekapan. Sementara Strategi Bajet itu pula terdiri dari lapan asas utama termasuk mengukuhkan perinsip Islam, mewujudkan polisi patuh syariah, membangunkan kualiti modal insan dan merancang pertumbuhan ekonomi.Infografik teras Bajet Terengganu 2019 di blog MB yang baru dimuat naik.Ia termasuk juga mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat, merealisasikan Terengganu sebagai negeri berkebajikan, meningkatkan kecekapan sistem pencapaian dan menerapkan nilai integriti dan ketelusan.Slide infografik itu boleh dimuat turun melalui link https://drsamsuri.com/wp-content/uploads/2019/01/InfoBajet-Negeri-Terengganu-2019.pdf
20 Jan 19
924
Empty Image
Sultan Mizan Berangkat Solat Jumaat Di Masjid Tebakang
Sultan Mizan (dua dari kanan) mencemar duli bersalaman dengan Dr Ahmad Samsuri setelah berangkat tiba untuk mendirikan solat Jumaat di Masjid Kampung Tebakang kelmarin.MARANG, 20 Januari - Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berangkat mencemar duli mengerjakan solat Jumaat di Masjid Kampung Tebakang di sini kelmarin diiringi anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mengiringi baginda untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sultan Mizan (dua dari kanan) dan anakanda baginda Tengku Muhammad Ismail (kanan) mencemar duli bersalaman dengan kepimpinan negeri Terengganu di Masjid Tebakang kelmarin.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Haji Osman Muda.Sultan Mizan (tiga dari kanan) mencemar duli bersalaman dengan jemaah Masjid Tebakang kelmarin.Penduduk kampung berkenaan menyambut mesra ketibaan Sultan Mizan serta anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail dan sangat teruja dengan kesudian baginda mencemar duli ke kampung berkenaan.Sultan Mizan turut mencemar duli bersalaman dengan Menteri Besar dan kepimpinan negeri yang lain serta penduduk kampung berkenaan sebelum dan selepas mendirikan solat Jumaat.Dr Ahmad Samsuri (tengah) turut bermesra dengan jemaah Masjid Tebakang kelmarin.Lebih daripada 500 penduduk kampung mengerjakan solat Jumaat bersama dengan Sultan Mizan dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail.
20 Jan 19
620
Empty Image
MB Terengganu Cakna Dan Mesra Rakyat
MESRA DAN SENYUM SOKMO... Satu reaksi spontan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) memegang bahu seorang rakyat negeri Terengganu yang kelihatan lebih berusia dari beliau, memperlihatkan kemesraan antara Menteri Besar dengan rakyatnya.Gambar yang dimuat naik 18 Januari lalu di status Facebooknya, menyatakan caption "Kalau Datuk Seri Najib Razak ada #maluapabossku, kita ada #senyumsokmo. Aci dok?," satu persoalan bahawa Dr Ahmad Samsuri berhasrat menjadikan Kerajaan Terengganu mesra rakyat, satu agenda penting untuk mendekati dan menawan hati mereka.Dengan kemesraan dan kecaknaan kerajaan kepada rakyat, menjadikan mereka terpikat dengan cara pembawaan kerajaan menangani masalah rakyat.Ini sesuai dengan Kerajaan Terengganu sebagai kerajaan rakyat dalam erti mengutamakan penyelesaian masalah rakyat dalam agenda pentadbirannya termasuk Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030).Kerajaan Terengganu sentiasa mendengar keluhan dan meminta mereka memberi cadangan membina untuk meneruskan agenda rakyat dalam pentadbiran negeri tersebut.
19 Jan 19
31
Empty Image
Pelabur Dari Negara China Kunjungi Terengganu
Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 20 Januari - Pelabur antarabangsa, China Southern Association For International Friendly Contact mengadakan kunjungan ke Terengganu bagi mendapatkan gambaran tentang peluang dan potensi industri pertanian di negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelabur luar untuk mengisi kelompongan yang ada dalam sektor pengeluaran makanan."Saya mengambil kesempatan untuk membentangkan situasi semasa sektor pertanian, penternakan dan akuakultur yang sebenarnya masih terlalu banyak lompang dan peluang," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kunjungan tersebut di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Jabi, di sini baru-baru ini.Katanya, kebanyakan syarikat dari China yang bertandang ke Terengganu adalah syarikat bertaraf gergasi,  kebiasaannya tidak mempunyai masalah modal dan pasaran. "Soal modal dan pasaran bukan suatu masalah bagi mereka. Dan saya difahamkan di negara China ada lebih 1.3 bilion mulut (rakyat) yang perlu disuap makanan," ujarnya.Menurut beliau, pertemuan tersebut dikira mencapai matlamat awal jika delegasi mendapat suatu gambaran umum bagaimana kehadiran mereka dialu-alukan."Dan semua info ini dijadikan asas untuk mereka balik berbincang dengan lebih lanjut lagi. Seterusnya kita akan susuli dengan beberapa lagi siri perbincangan teknikal," jelasnya.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi juga berkata, pelaksanaan sesuatu projek yang mampu memberikan impak besar kepada ekonomi rakyat dan negeri merupakan matlamat asas untuk diusahakan."Cita-cita yang saya nampak jalannya makin terbuka. Doakan yang terbaik untuk rakyat dan negeri kita," ujarnya lagi.
19 Jan 19
47
Empty Image
Bukit Harimau Menangis Terengganu Tarikan Baharu Sukan Hiking
Oleh: Khalid AbdullahKEMAMAN, 20 Januari - Bukit Harimau Menangis berpotensi besar sebagai lokasi baharu aktiviti pendakian atau 'hiking' yang mampu menggamit kehadiran khalayak dalam masa terdekat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili berkata,  lokasinya yang terletak berdekatan laluan utama, jalan raya dari Kemasik ke Pekan Air Jernih memudahkan peminat aktiviti rekreasi untuk datang berkunjung."Tidak jauh dari Mesra Mall (pusat membeli-belah tersohor di sini), kira-kira 10 kilometer sahaja serta sangat mudah untuk diakses," jelas beliau.Sebelum itu, Ir Saiful Azmi Suhaili bersama kira-kira 400 orang penggemar sukan mendaki serta orang ramai memulakan pendakian sekitar pukul 8 pagi dalam Program Jom Hiking Bersama YB di Bukit Harimau Menangis, di sini, kelmarin."Penyertaan sangat memberangsangkan, jangkaan awal hanya 100 orang sahaja yang akan mengambil bahagian, ada yang datang dari jauh termasuk dari Kuala Terengganu, Dungun dan Cukai, Kemaman."Kita percaya dengan sambutan sebegini, ianya suatu petanda yang baik untuk lokasi ini yang bakal menggamit kehadiran ramai peminat sukan lasak dan juga orang ramai datang beriadah bersama keluarga di sini," ujarnya.Menurutnya, ketika berada di puncak bukit itu, dengan ketinggian 660 kaki dari aras laut, orang ramai dapat melihat keseluruhan Pekan Kemasik, Pantai Kuala Kemasik, Kampung Semayor, Kampung Cabang dan 'boiler-boiler' (dandang) kawasan perindustrian minyak di Kertih.Ir Saiful Azmi juga mengharapkan pengunjung ke Bukit Harimau Menangis dapat mengutamakan aspek kebersihan alam sekitar bila berpeluang ke situ."Banyak sampah sarap ditinggalkan di puncak bukit serta sepanjang denai laluan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku."Kita perlu memupuk budaya ringan tulang di kalangan pendaki dengan tidak membuat sampah, malah mula bergerak untuk mengutip sampah," ujar beliau penuh harapan.
19 Jan 19
1023
Empty Image
i-MiTS Sahut Cabaran Laksana 1,234 Program
Ustaz Kamaruzaman Abdullah.KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menjadikan moto 'Menggapai Impian Bersama' untuk mencapai visi dan misinya bermula 1 Julai tahun lalu.Pengarahnya, Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, i-MiTS membawa visi menyebarluaskan dan menerapkan dasar kerajaan kepada rakyat iaitu Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.Katanya, i-MiTS melalui misinya berhasrat untuk menerapkan kefahaman berteraskan kesyumulan Islam terhadap jentera kerajaan dan rakyat melalui program-program pembinaan modal insan.Ini termasuk memperkasakan jiwa jentera kerajaan dan rakyat bagi menyokong dan mendokong aspirasi kerajaan dan rakyat Terengganu.Selain itu katanya, ia juga berhasrat merakyatkan program-program dakwah dan pembinaan modal insan di samping merancang dan melaksanakan program bina semangat, latihan kecemerlangan, seminar dan perkongsian strategik.Di samping itu katanya, i-MiTS turut berusaha mengumpul dan menganalisa data-data berkaitan Kerajaan Terengganu seterusnya memberi respon terbaik terhadap keperluan, rungutan dan permasalahan orang ramai.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran i-MiTS di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.Majlis disempurnakan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Katanya, sebanyak 839 program telah dibuat oleh pihak i-MiTS di seluruh negeri Terengganu.Ini termasuk bengkel kepimpinan, sukan, kuliah, ceramah hari kebesaran Islam, program gunting rambut, mini karnival, retreat, mesra anak yatim, program khitan perdana, pertandingan boling, CSR (Corporate Social Responsibility), program bersih pantai, sambutan hari kemerdekaan, riadah bersama Menteri Besar, program Saidatina Aisyah dan lain-lain.Menurut beliau, jumlah semua program kerjasama yang telah dibuat adalah sebanyak 395 program. Jumlah keseluruhan program yang telah digerakkan oleh i-MiTS adalah sebanyak 1,234 membabitkan seramai hampir 172,000 orang dengan purata penglibatan orang ramai seramai 140 orang untuk satu program."Setelah dibuat perkiraan lengkap, pihak i-MiTS telah menyantuni seramai 6.9 peratus daripada keseluruhan rakyat negeri Terengganu yang berjumlah seramai 1.2 juta orang," jelas beliau.Menurutnya lagi, kakitangan i-MiTS di seluruh Terengganu berjumlah seramai 418 orang termasuk 26 orang yang bertugas di Wisma Darul Iman.Katanya, i-MiTS turut mengadakan program kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu, Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan Masyakat (JKM), Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan lain-lain.Program penyantunan pula dibuat mengikut pecahan gerak kerja unit dalam i-MiTS termasuk Hal Ehwal Zakat, Unit Hal Ehwal Belia, Unit Hal Ehwal Beliawanis, Unit Korporat dan Tugas-tugas Khas, Unit IT dan Media Baru, Unit Mahasiswa dan lain-lain."Program yang diurusetiakan oleh i-MiTS sendiri termasuk Madinah Ramadhan, Kursus Pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Sambutan Ambang Merdeka, Musafir Maulid dan Sambutan Awal Tahun Baru 2019."Selain itu i-MiTS mengatur program kolaborasi bersama dengan jabatan kerajaan (G to G). Antara jabatan terbabit termasuk Jabatan Mufti dengan mengadakan Muzakarah Perundangan Negeri Terengganu," ujarnya.Katanya, i-MiTS turut bekerjasama dengan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dalam Sambutan Hari Arafah, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui aktiviti Road Tour Kesihatan berkait dengan penyakit berjangkit dan lain-lain.Menurutnya, gerak kerja i-MiTS mulai 1 Julai tahun lalu sangat mencabar dan menuntut kerjasama daripada semua pihak."Semoga kerjasama yang terjalin dapat diteruskan di masa akan datang demi kesejahteraan dan kesenangan rakyat negeri Terengganu," ujarnya.
19 Jan 19
282
Empty Image
i-MiTS Mata Dan Telinga Kerajaan Terengganu
Dr Ahmad Samsuri ketika berucap melancarkan i-MiTS di Dewan Besar, Wisma Darul Iman baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 20 Januari - Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) adalah sebagai agen penggerak dan penyebar dasar kerajaan di seluruh negeri Terengganu.Justeru segala visi dan misi i-MiTS seharusnya dilaksanakan kakitangannya secara kolektif di semua peringkat.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, i-MiTS merupakan agen penggerak yang akan menyebarluaskan dan menerapkan dasar Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera kepada seluruh rakyat negeri Terengganu."Dasar-dasar kerajaan negeri harus juga difahami dengan sepenuhnya oleh jentera i-MiTS, menjadi penyampai dan ajen penerangan kepada rakyat berkait dengan program dan aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan," jelasnya.Dr Ahmad Samsuri (kanan) ketika menyempurnakan gimik pelancaran logo i-MiTS di Dewan Besar Wisma Darul Iman baru-baru ini.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran i-MiTS di Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Haji A Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), pegawai-pegawai tinggi kerajaan, Pengarah i-MiTS, Ustaz Kamaruzaman Abdullah dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, kerajaan telah bersetuju untuk menempatkan kakitangan i-MiTS di seluruh Pusat Khidmat DUN untuk menjadi kaki dan tangan serta mata dan telinga bagi mendengar segala keluhan dan keperluan rakyat di peringkat bawah."Seterusnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap apa jua permasalahan yang diajukan oleh mereka. Peranan utama i-MiTS sebagaimana yang dibentangkan oleh Pengarah i-MiTS sangat jelas kepada kita."Iaitu sebagai pembina modal insan (membina manusia) bukan membina bangunan atau persatuan semata-mata," ujarnya.Kehadiran sempena Majlis Pelancaran i-MiTS di Dewan Besar Wisma Darul Iman baru-baru ini. Katanya, sebanyak 395 program dilaksanakan melibatkan lebih 171,000 rakyat negeri Terengganu yang telah disantuni oleh seluruh jentera i-MiTS dari Wisma Darul Iman sehingga ke seluruh DUN.Menurut beliau, pembangunan modal insan merupakan satu perkara asas dalam apa jua pembinaan mana-mana tamadun."Membaca Kitab 'Al-Muqaddimah' karangan Ibnu Khaldun yang juga dikaji oleh para pengkaji dari negara Barat, pakar-pakar sosiologi dan 'government' di negara Barat telah menjadikan Kitab Al-Muqaddimah ini sebagai teras yang telah diperincikan oleh Ibnu Khaldun," jelasnya.Bagaimanapun katanya, kepentingan pembinaan manusia (Human Capital) sebagai teras yang sangat penting dalam membentuk sebuah ketamadunan apa lagi dalam konteks sebuah kerajaan sama ada di peringkat Kerajaaan Pusat ataupun kerajaan negeri sehingga sampai ke peringkat DUN tidak diambil kira oleh Barat.Ini termasuklah teras ibadah, khilafah dan amanah sebagaimana dijelaskan oleh ulama tersohor dari India, Abu Hasan Ali An-Nadawi.Tambahnya, membangunkan modal insan adalah suatu asas yang sangat penting yang akan menimbulkan keharmonian yang tercipta daripada kefahaman yang jelas dengan objektif i-MiTS."Fikrah Islam ini haruslah diresapkan ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat negeri Terengganu agar kita mampu mempunyai rakyat bersifat 'abid' (hamba kepada Allah) dan juga sifat khalifah (pemimpin di dunia)," ujarnya lagi.
19 Jan 19
587
Empty Image
Terengganu Beri Peluang Bukan Melayu Islam Berkhidmat Dalam MPKK
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Kerajaan Terengganu memberi peluang dan ruang kepada bukan Melayu dan Islam untuk bersama terlibat dalam memimpin dan berganding bahu membangunkan negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, tiada kaum yang terpinggir atau diketepikan dalam ruang itu."Di peringkat Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), daripada keseluruhan 1,044 MPKK seluruh negeri, 18 daripadanya dipimpin oleh saudara kita dari kaum Cina."DUN (Dewan Undangan Negeri) Bandar mendahului dengan seramai 14 MPKK dipimpin kaum Cina, diikuti DUN Sura (2), sementara DUN Chukai dan DUN Tepoh masing-masing seorang MPKK yang menampilkan kaum Cina sebagai Pengerusi," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebooknya semalam, mengulas tentang keterlibatan kaum lain dalam perkhidmatan MPKK."Negeri ini milik dan tanggungjawab kita bersama. Mari bersama kita pelihara dan laksanakan amanah kepimpinan ini sebaiknya."Dengan Islam yang menjadi dasar perjuangan PAS, semua kaum dijamin hak dan keadilan," tegasnya.
19 Jan 19
141