lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jelajah Anak Terengganu Bersama Exco Usaha Kerajaan Santuni Perantau
Pembentangan Bajet 2019 dapat sambutan anak rantau.BATU PAHAT, 23 Mac - Program Jelajah Anak Terengganu Pasca Pembentangan Bajet Negeri 2019 merupakan inisiatif kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu dalam memberikan maklumat yang tepat dan terkini kepada anak-anak Terengganu yang berada di perantauan.Bahkan, untuk tujuan itu, Exco-exco Kerajaan Terengganu diminta menyesuaikan bidang tugas (portfolio) masing-masing selaras dengan dasar Islam yang menjadi tunjang pentadbiran negeri tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, arahan tersebut disampaikan Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar seawal pemerintahan untuk mencapai misi negeri Maju, Berkat dan Sejahtera."Ini merupakan strategi utama kerajaan untuk melaksanakan manifesto dan Bajet 2019 yang diumumkan baru-baru ini."Kita juga mewujudkan pelaksanaan patuh syariah dalam pelbagai aspek termasuk sukan, membangunkan modal insan melalui Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), merancakkan pertumbuhan ekonomi serta mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat melalui pelbagai program," katanya.Wan Sukairi tegaskan Islam sebagai dasar negeri tidak pinggirkan aspek sukan.Beliau berkata demikian ketika membentangkan perincian bajet dalam program tersebut peringkat zon selatan di The Katerina Hotel, di sini, hari ini.Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh yang menjadi salah seorang panel sesi dialog bersama Wan Sukairi.Hadir sama, Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Dr. Hashim Azmi Che Noh, Timbalan Pegawai Eksekutif II Terengganu Strategic & Intergrity Institute (TSIS), Mohd Kamal Nazmi Kamaruddin serta Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Majlis anjuran Yayasan Terengganu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri itu meraikan 250 anak negeri terdiri daripada ahli-ahli PERMATA dan Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU) di negeri Melaka dan Johor.Sesi dialog beri peluang anak rantau kemukakan persoalan.Wan Sukairi memaklumkan, walaupun Islam menjadi dasar negeri, pembangunan sukan dan belia tidak dilupakan."Kerajaan Terengganu sentiasa  bersikap terbuka bahkan dalam bajet kali ini, kita memberikan sejumlah besar peruntukan untuk mengekalkan penguasaan atlet kita di Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020," katanya.Bagi zon Selatan, Dr. Mamad telah dilantik sebagai bapa angkat PERMATA bagi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar pula dilantik sebagai bapa angkat Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili sebagai bapa angkat Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM).
23 Mar 19
102
Empty Image
Terengganu Kaji Penggunaan Teknologi Digital Terbaru Pendidikan
Ariffin Deraman (kiri) dan Shafruddin (kanan) sempat mencuba permainan robot yang diberi nama Robot Sumo dan direka khas oleh pelajar Sekolah Kebangsaan Kertih.KUALA TERENGGANU,  23 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengkaji penggunaan teknologi digital terbaharu untuk mempermudahkan pembelajaran dan pengajaran di sekolah-sekolah milik negeri itu.Ia bertujuan untuk memastikan negeri Terengganu tidak ketinggalan dalam arus Revolusi  Industri 4.0 (IR 4.0) yang melanda dunia pada hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri,  Ustaz Ariffin Deraman berkata,  kerajaan akan membuat kajian untuk menggunakan teknologi digital tersebut di sekolah-sekolah milik kerajaan negeri. Teknologi digital itu termasuk  Papan Putih Interaktif (Interactive Whiteboard) dan  Kiosk Multi Sentuhan (Multi Touch Kiosk)."Saya akan berbincang dengan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah,  Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Ustaz Satiful Bahri Mamat supaya dipersembahkan kepada beliau tentang perkara ini. "Kita tidak dapat elak dari menggunakan teknologi dan kerajaan akan mempertimbangkan penggunaannya di masa akan datang," jelas beliau. Beliau berkata,  teknologi tersebut lebih interaktif dari segi persembahannya terutama kepada guru-guru dan ia lebih menarik minat pelajar untuk menggunakannya. Ariffin berkata demikian pada sidang media sempena Seminar Ganu EdTEch Day 2019 di Bangunan TD1303, di sini hari ini. Sebelum itu, beliau yang mewakili Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan seminar tersebut yang dianjurkan oleh satu badan bukan kerajaan,  RUMAHKOD dengan kerjasama kerajaan negeri, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Kira-kira 308 orang pendidik dari seluruh Malaysia hadir mengikuti seminar selama dua hari itu bermula hari ini.
22 Mar 19
106
Empty Image
Jumlah Pelancong Ke Terengganu 4.79 Juta Tahun Lalu - Ariffin Deraman
MARANG,  22 Mac - Seramai 4.79 juta pelancong berkunjung ke Terengganu tahun lalu berbanding 4.8 juta orang tahun sebelumnya. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kehadiran pelancong tahun lalu kurang sedikit jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya yang berjumlah 4.8 juta orang. "Kekurangan dikira 0.1  peratus sahaja, tidak banyak dan kajian kedatangan pelancong dibuat dari Januari sehingga Disember setiap tahun. "Kita (kerajaan negeri) buat kajian dari setahun ke setahun dan angka itu tidak diambil kira jumlah pelancong yang menginap di 'homestay' atapun rumah tumpangan yang cukup banyak di negeri Terengganu, " katanya. Beliau berkata demikian di Majlis Gotong Royong Membuat Laksa Tradisional Terengganu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Pak Madah, di sini hari ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat berkata,  jika dikira jumlah penginapan pelancong di homestay dan rumah tumpangan, kedatangan pelancong ke Terengganu dipercayai melebihi 4.8 juta orang tahun lalu. "Dalam kajian kerajaan,  kekurangan kedatangan pelancong berlaku dalam bulan Januari dan Februari kerana dalam bulan-bulan berkenaan, pulau peranginan ditutup,  tidak dibenar kepada sesiapa pun menjalankan aktiviti pelancongan akibat musim tengkujuh melanda Terengganu setiap tahun," jelasnya. Bagaimanapun katanya,  mulai bulan Mac tahun ini, sempena cuti sekolah,  tempahan tempat penginapan secara dalam talian agak membanggakan berbanding tahun lepas. "Bulan April tahun lepas kehadiran pelancong ke Terengganu berkurangan  kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 bermula," jelasnya. Menyentuh soal pembangunan pelancongan di Tasik Kenyir,  Hulu Terengganu, katanya, peruntukan untuk pembangunan pelancongan di Pulau Bayas dan Pulau Poh diluluskan dengan bajet RM30 juta daripada kerajaan negeri. "Kita ada bajet tambahan RM2 juta lagi untuk pembangunan tempat-tempat pelancongan keseluruhannya dan kita akan guna sepenuhnya peruntukan tersebut," ujarnya.
22 Mar 19
75
Empty Image
Hampir 700 Solat Jumaat Bersama Sultan Mizan Di Masjid Wakaf Tapai
Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata. Foto oleh - Khairan AsmawiMARANG, 22 Mac - Hampir 700 jemaah menunaikan solat Jumaat bersama Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Masjid Wakaf Tapai, Marang, di sini hari ini.Sultan Mizan, yang tiba jam 12.45 tengah hari, turut diiringi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.Sultan Mizan sempat meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelata selepas selesai menunaikan solat Jumaat.
22 Mar 19
270
Empty Image
MPKK Terengganu Dapat Geran RM10.4 Juta
Dr Azman IbrahimKUALA NERUS,  21 Mac - Kerajaan Pusat melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) telah memperuntukkan geran sebanyak RM10.4 juta untuk pengurusan 1,040 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) seluruh negeri Terengganu tahun ini. Ini dikira bahawa setiap MPKK memperoleh RM10 ribu daripada peruntukan itu yang kini dalam proses pengagihan.  Justeru, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri,  Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat atas penyediaan geran tersebut."Setiap MPKK mendapat geran sebanyak RM10 ribu dan dengan sejumlah 1,040 MPKK seluruh negeri bermakna, KPLB telah menyediakan peruntukan geran berjumlah RM10.4 juta," jelasnya.Dengan geran tersebut,  Dr Azman menasihatkan semua MPKK membuat perancangan terbaik dan memanfaatkan peruntukan geran itu secara paling bijak."Dan kerjasama antara kerajaan dengan kerajaan (G to G), di antara kerajaan negeri dengan Kerajaan Pusat dalam melicinkan urusan dan pentadbiran kampung akan diteruskan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar,  Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Majlis Perjumpaan MPKK Bersama Menteri Besar,  di Dewan Arena, Stadium Tertutup,  Gong Badak di sini hari ini.Turut hadir,  Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,  Haji Yahaya Ali,  Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,  Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri,  pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan kira-kira dua ribu wakil MPKK seluruh negeri. Sementara itu,  beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi mengumumkan bahawa pihak pengurusan Felda telah bersetuju supaya pengerusi MPKK di 22 tanah rancangan Felda yang ada di negeri Terengganu,  dipilih menjadi salah seorang ahli mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR)."Sebelum ini, jawatankuasa JKKR hanyalah diisi oleh ketua-ketua blok dalam kalangan peneroka Felda itu sendiri."Dan agenda ini (kolaborasi antara kedua-dua belah pihak), kita akan teruskan bersama insya-Allah, " ujarnya.
21 Mar 19
67
Empty Image
Isu Hina Nabi : Perlu Gubal Akta Khas
Shaharizukirnain Abd KadirKUALA LUMPUR, 21 Mac - Parlimen Malaysia perlu menggubal akta khas bagi menangani perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW yang berleluasa hari ini supaya jenayah itu tidak berulang lagi.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, kes itu kini hanya didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 sahaja, bukan di bawah akta khusus. "Parlimen perlu menggubal akta khusus untuk mereka yang menghina Nabi sAW sekali gus mengenakan  hukuman setimpal atas perbuatan itu sehingga tiada lagi mana-mana individu berani menghina Rasulullah SAW pada masa akan datang," tegasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap menjunjung kasih Titah Ucapan Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua Parlimen Ke-14 oleh Yang Dipertuan Agong, di sini hari ini. Shaharizukirnain berkata, adalah diharapkan keputusan kerajaan menghapuskan hukuman mati mandatori  tidak membawa kepada penghapusan  hukuman mati sepenuhnya di masa akan datang kepada penjenayah. Kerajaan Malaysia katanya, perlu kembali kepada hukuman Qisas seperti termaktub dalam hukuman syariah untuk melihat keadilan itu dapat dilaksanakan sepenuhnya di samping menghalang perbuatan jenayah berleluasa di negara ini. Menurutnya, hukuman paling berat yang diperuntukkan di Malaysia atas sesuatu jenayah ialah hukuman mati. Katanya, jenayah yang boleh melibatkan hukuman mati di Malaysia adalah berasaskan peruntukan di bawah Kanun Keseksaan: Seksyen 121, 121A, 132, 194, 302, 305, 364, 396, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960: Seksyen 57(1), Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta 37: Seksyen 3, 3A, 7(1) dan Akta Dadah Merbahaya 1952: Seksyen 39B."Hukuman mati dikenakan kepada jenayah yang dianggap sebagai suatu kesalahan yang amat besar dan berat.   "Dadah dianggap musuh utama negara kerana mudharatnya, maka pengedar dadah boleh dikenakan hukuman mati,"  katanya.Menurut beliau, senjata api pernah dikaitkan dengan kegiatan subversif yang mengancam keselamatan negara, maka Parlimen Malaysia tmenggubal undang-undang menyekat kegiatan sedemikian dan mengenakan hukuman mati ke atas kesalahan di bawah undang-undang tersebut.
20 Mar 19
37
Empty Image
Bulan Penghayatan Ibadah Solat Inisiatif Terengganu Bina Kesatuan Ummah
Mohd Nor menyampaikan penghargaan kepada panel forum sempena BPIS.HULU TERENGGANU, 20 Mac - Kerajaan Terengganu meletakkan harapan agar pelaksanaan Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) dapat melahirkan masyarakat yang bersatu padu hasil mengambil berat akan tuntutan solat, terutama memakmurkan masjid dengan solat jemaah.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, kerajaan mengambil inisiatif melaksanakan program itu sempena bulan Rejab kerana di bulan berkenaan, berlakunya satu peristiwa besar iaitu Israk Mikraj."Dalam peristiwa ini, satu perkara penting telah berlaku iaitu tuntutan kefardhuan solat."Kita harap masyarakat akan merasai pentingnya ibadah solat, maka secara langsung mereka akan meninggalkan seketika pasar-pasar dan kerja mereka apabila tibanya waktu solat kerana meletakkan keutamaan solat melebihi kerja dan dunia," katanya kepada jemaah yang hadir.Solat tuntutan Allah SWT kepada individu dan kerajaan ambil tanggungjawab menghidupkan tuntutan itu.Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar menyempurnakan perasmian BPIS Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Sultan Mahmud, di sini, semalam.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md. Azahar serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Turut hadir, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Dalam ucapannya, Mohd Nor sempat menasihatkan rakyat supaya meletakkan matlamat dan hala tuju yang benar dalam kehidupan mereka iaitu mencari redha Allah SWT.Forum Israk Mikraj serikan majlis."Semoga program-program seumpama ini dapat melahirkan insan-insan yang dekat dengan Allah SWT."Ibadah solat adalah tuntutan kepada setiap individu dan kerajaan bertanggungjawab menghidupkannya," katanya.Beliau juga berterima kasih kepada pihak yang terlibat menjayakan program tersebut."Semoga kita dikurniakan hati yang terikat dengan masjid. Ia mengikat kita untuk berjemaah dan mendekati majlis ilmu," katanya.Majlis tersebut turut diserikan dengan forum perdana yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Basri Ibrahim dan pendakwah terkemuka, Syed Norhisyam Tuan Padang.Ia turut dihadiri lebih 1,000 jemaah terdiri daripada pegawai- pegawai kerajaan negeri, penduduk setempat dan pelajar.BPIS akan dilaksanakan di seluruh Terengganu sepanjang bulan ini bagi menyemarakkan kefahaman dan kecintaan kepada ibadah yang menjadi hubungan utama antara hamba dan Tuhannya.
20 Mar 19
282
Empty Image
Keputusan Pusat Teruskan ECRL Selaras Saranan MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri MokhtarKUALA TERENGGANU, 20 Mac - Langkah Kerajaan Pusat untuk meneruskan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada skala yang sesuai dengan mengadakan rundingan semula dengan China adalah selaras dengan saranan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebelum ini.Terdahulu, Dr. Ahmad Samsuri dalam satu kenyataannya (https://www.teganukita.net/2018/08/projek-ecrl-perlu-diteruskan-mb.html?m=1) pada sidang media di Majlis Korban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang di Dataran Pemuda di Kampung Rhu Muda pada 22 Ogos 2018 pernah menyuarakan hasrat kerajaan negeri yang mahukan ECRL diteruskan.Beliau turut mencadangkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya meneruskan projek dengan membuat proses baharu iaitu membuka tender kepada syarikat tempatan untuk mengadakan kerjasama dengan negara luar pada kos yang munasabah.Katanya lagi, ia selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang amat berharap projek yang memberi manfaat kepada rakyat seperti ECRL dapat diteruskan."Walaupun projek ini terhenti selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, kita berharap ia diteruskan dan menjadi pendirian PAS untuk meneruskan mana-mana projek yang dapat memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya.Dr. Ahmad Samsuri juga berkata, amat merugikan sekiranya ECRL dihentikan terus, lebih-lebih lagi proses awal pelaksanaan projek itu sudah berjalan.“Proses awal membabitkan pembinaan laluan, stesen, terowong dan jambatan sudah pun dilakukan termasuk mengambil alih tanah.“Malah, ada terowong sudah digali sejauh 50 meter dan pada hemat saya, langkah menghentikan pelaksanaan projek ini satu kerugian," katanya lagi.Dalam pada itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan tersebut ketika menjawab soalan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengenai status terkini projek ECRL dan sama ada kerajaan akan meneruskan projek berkenaan di persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.Beliau turut memberi bayangan bahawa proses rundingan itu akan mengambil sedikit masa lagi dengan perlantikan Tun Daim Zainuddin sebagai Utusan Khas Perdana Menteri bagi mengetuai proses rundingan semula ECRL dengan China supaya penyelesaian 'win-win' dapat diperoleh.Katanya, hasil rundingan ini akan dimaklumkan apabila dimuktamadkan nanti.
20 Mar 19
42
Empty Image
Penantian Rumah Terbengkalai Padang Setengge Terengganu Bakal Berakhir - MB
HULU TERENGGANU, 20 Mac - Selepas penantian hampir 10 tahun, akhirnya seramai 234 pembeli yang teraniaya dan terlibat dalam isu rumah terbengkalai di Perumahan Mampu Milik Padang Setengge Fasa 3 dan 4 kini mampu mengukir senyuman apabila projek itu akan disiapkan pada awal tahun depan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya komited untuk menyiapkan projek berkenaan bagi memastikan pembeli mendapat rumah yang siap sepenuhnya.Katanya lagi, projek ini asalnya adalah projek penswastaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu dan pemaju terdahulu tidak dapat menyiapkannya sehingga terbengkalai sejak sekian lama."Proses penyelesaiannya dilakukan mengikut undang-undang selepas kes syarikat kontrator terdahulu selesai di mahkamah pada Oktober lepas."Selepas kes diselesaikan, pihak kami berbincang dengan melantik kontraktor baharu yang akan memulakan kerja-kerja awal pada April dan dijangkan mengambil masa  lapan hingga 12 bulan untuk disiapkan," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan ke tapak projek perumahan Padang Setengge, sempena program MB Mari Kampung Kite di Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya, Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abd Rashid dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said @Mat Ali.Menurut Ahmad Samsuri, keputusan baharu  ini telah dibuat dan beliau akan memastikan ianya tidak bercanggah dengan undang-undang yang ada termasuk tidak membebankan pembeli dengan kos tambahan."Anggaran kos pembaikian 234  buah rumah terbengkalai ini antara RM8.5 hingga RM10 juta bergantung kepada keadaan rumah dan keperluan. Bagi memastikan projek ini berjalan mengikut prosedur, kita akan lantik konsultan untuk memantau perjalanannya supaya dapat disiapkan tanpa masalah."Tidak ada kos tambahan yang dikenakan kepada pembeli  dan semuanya akan ditanggung oleh kerajaan negeri melalui pihak Lembaga Tabung Amanah Warisan," katanya lagi.Difahamkan, projek di kawasan perumahan Padang Setengge bagi fasa tiga dan empat itu dilaksanakan secara berperingkat bermula sekitar 2011 melibatkan 234 unit rumah dan berdasarkan jadual, pemaju sepatutnya menyerahkan kunci kepada pembeli pada Ogos 2014 namun gagal dilaksanakan.Sebanyak lebih 100 unit rumah di Fasa 4 selepas itu ditinggalkan terbengkalai oleh sub-kontraktor dalam keadaan 75 hingga 80 peratus siap kerana kegagalan SePurnama sebagai kontraktor utama projek tersebut dalam melunaskan hutang kepada sub-kontraktor yang telah melaburkan sebahagian besar modal untuk menyiapkan projek perumahan tersebut.Akibat dari itu, berlakulah saman-menyaman di antara sub-kontraktor dan kontraktor utama sehingga mahkamah memutuskan kontrak kepada SePurnama batal dan syarikat tersebut diisytihar muflis oleh insolvensi dan yang menjadi mangsa adalah pembeli yang terpaksa menanggung beban.
20 Mar 19
1060
Empty Image
Kerajaan Negeri Sedia Pertimbang Hasrat Rakyat - MB Terengganu
HULU TERENGGANU, 20 Mac - Kerajaan negeri sedia membuat pertimbangan tentang keperluan rakyat melalui program turun padang dalam siri 'Menteri Besar Mari Kampung Kite' yang kini sedang berjalan di seluruh daerah di Terengganu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya akan membuat pertimbangan sebaiknya tentang hasrat rakyat yang disuarakan sepanjang perjalanan majlis itu."Pihak kami sedia melihat, buat pertimbangan tentang mana-mana hasrat yang disuarakan oleh rakyat, mana yang boleh diawalkan atau dilewatkan mengikut kesuaian."Dalam siri turun padang dan berjumpa rakyat, segala respon rakyat akan diambil catatannya dan akan dirangka perancangan untuk dilaksanakan jika munasabah dan boleh dibuat," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program MB Mari Kampung Kite di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md Azhar, Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhyiddin Abd Rashid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh, ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim dan Pegawai Daerah, Johan Ibrahim.Hadir sama, Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri, Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Mohd Soud Said @Mat Ali, ketua-ketua jabatan dan pengerusi dan ahli-ahli jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) daerah Hulu Terengganu.Menurutnya lagi, pembangunan di Hulu Terengganu tidak pernah ditinggalkan bahkan daerah itu merupakan pelengkap kepada negeri Terengganu.Program tersebut adalah siri yang keempat yang diadakan selepas diadakan di daerah Besut, Setiu, Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang menjadi medium pemimpin negeri menerima kritikan dan menerangkan pelaksanaan pembangunan oleh kerajaan kepada rakyat.
20 Mar 19
47