lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Yakin Pada Diri, Tidak Cepat Puas Hati Petua Untuk Berjaya - MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Yakin pada kemampuan diri serta tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian semasa adalah kunci untuk mencapai kejayaan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejayaan dalam pelajaran memerlukan komitmen dan semangat juang yang tinggi kerana ia tidak dapat dicapai dengan mudah.Ujarnya, setiap pelajar yang melangkah ke menara gading pastinya akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sama ada daripada luar ataupun dalam diri sendiri.“Anak-anak akan belajar di universiti-universiti sama ada dalam atau luar negara, asas yang pertama adalah jangan merasa puas hati dengan pencapaian semasa.“Kemudian, kita yang datang dari negeri Terengganu ini haruslah mampu untuk membuktikan bahawa kita mampu, orang lain boleh buat, kenapa kita tak boleh buat untuk mencapai kecemerlangan.“Keyakinan pada diri masing-masing, ‘self determination’, ‘perseverance’ dan ‘full commitment’ adalah kata kunci yang penting dalam hidup kita,” katanya. Menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang STEM.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2018 & Sumbangan Program-Program Pendidikan 2019 di Dewan Auditorium, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Naib Presiden & Pengarah Kewangan ExxonMobil Exploration and Production, Ernest Miller, Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato' Dr. Norazah Mohd Nordin, serta Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, Rosman Roslan.Ahmad Samsuri turut berkata, cabaran yang diharungi di alam kampus memerlukan semangat jitu dan usaha yang berterusan pada setiap masa.“Kadang kala usaha itu perlu dilakukan berkali-kali (apabila ada halangan mengagalkan kita).“Ini perlukan usaha berterusan, jatuh sekali kena bangun segera, jangan biar jatuh itu menyebabkan kita tak bangun,” tambah beliau.
28 Mar 19
63
Empty Image
Galak Usahawan Miliki Sijil Halal
 Mohd Nurkhuzaini ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Dewan Konvensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, hari ini.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan negeri mengalakkan penyertaan lebih ramai usahawan negeri ini memperolehi pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi produk dan perkhidmatan mereka.Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, pada masa kini kurang 20 peratus daripada jumlah usahawan Terengganu memiliki sijil halal.“Kalau dibandingkan dengan negeri-negeri di sebelah barat, kita agak ketinggalan mungkin kerana usahawan kita tidak begitu menerima desakan daripada pengguna yang menyebabkan mereka ini berada dalam zon yang selesa kerana tiada pihak yang memaksa.“Justeru, antara usaha kerajaan negeri untuk menggalakkan lebih ramai usahawan mendapatkan persijilan halal adalah memastikan semua usahawan yang terlibat dengan program dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu diwajibkan memiliki sijil halal,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Terengganu (DPPMT) di Dewan Konvensyen YPU, di sini hari ini.Dalam pada itu, Nurkhuzaini berkata, kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) juga mengambil inisiatif membantu para usahawan untuk memohon sijil halal.“Sebagai contoh, jika sebelum ini tidak boleh mohon sijil halal kalau tidak memiliki premis, kita mudahkan dengan membenarkan mereka membuat permohonan setelah mematuhi syarat ditetapkan,” ujarnya.Menurut beliau, antara punca usahawan menghadapi pelbagai kesukaran memohon sijil halal adalah disebabkan kos mendapatkan bantuan perkhidmatan agensi penasihat luar.Katanya, agensi penasihat luar akan mengenakan kos bayaran yang terlalu tinggi bagi setiap permohonan.“Hakikatnya, kos untuk memohon sijil halal adalah berpatutan dan tidak membebankan dan para usahawan boleh terus ke JHEAT bagiurusan permohonan sijil ini,” ujarnya.Katanya, tidak ada kekangan sebenarnya untuk usahawan memohon sijil halal dan kerajaan negeri akan terus me­ngadakan pelbagai program bagi membantu memudahkan para usahawan memiliki sijil halal.
27 Mar 19
114
Empty Image
33 ADUN Terengganu Dibekal Komputer Riba
Haji Yahaya dan isteri di Kaunti Radio Manisfm hari ini.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan negeri menyediakan 33 komputer riba kepada setiap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Terengganu bagi kemudahan mengakses maklumat dengan cekap dan cepat.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Haji Yahaya Ali berkata, setiap ADUN dibekalkan peralatan tersebut supaya disambungkan kepada kemudahan wifi berkelajuan tinggi di Dewan Undangan Negeri.Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh DJ Stesen Radio Manisfm di sini hari ini sempena Persidangan Pembukaan Penggal Kedua DUN Ke-14, mulai 1 hingga 4 April ini.Turut hadir isteri beliau, Hajah Zaroni Othman.ADUN Terengganu berjumlah 33 orang termasuk seorang ADUN Wanita yang dilantik dalam persidangan DUN tersebut baru-baru ini. Haji Yahaya berkata, kerajaan negeri berhasrat supaya perkara asas dalam pengurusan perjalanan sidang dewan tersebut disalurkan secara dalam talian."Dalam sistem digital DUN, kita mahu perkara-perkara asas dalam pengurusan perjalanan sidang dewan akan disalurkan secara dalam talian."Jadi, ini akan memudahkan setiap ADUN akses maklumat, apabila mereka bercakap mereka merujuk kepada komputer riba yang dibekalkan segala maklumat berkenaan," jelasnya.Katanya, ia juga bertujuan mengurangkan penggunaan kertas dalam urusan persidangan dewan tersebut.
27 Mar 19
180
Empty Image
MB Lawat LIMA'19 Di Langkawi
Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kiri) diberi maklumat tertentu di LIMA'19 Langkawi kelmarin.LANGKAWI, 28 Mac - Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berpeluang ke Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2019 (LIMA) kelmarin bagi melihat perkembangan teknologi terkini dunia aeroangkasa dan maritim dunia.Menjelaskan lawatan itu di status facebooknya, beliau sangat teruja melihat teknologi terbaru termasuk teknologi `rocket propulsion', `UAV',` surveillance' dan maritim."Saya sangat teruja melihat perkembangan teknologi terkini, terutamanya teknologi rocket propulsion, UAV, surveillance, maritime dan sebagainya," katanya.Dr Ahmad Samsuri (dua dari kiri) terserampak dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali (tengah) di LIMA'19 Langkawi kelmarin.Dr Samsuri merupakan pakar dalam bidang euroangkasa berkelulusan PhD (Pencucuhan dan Pembakaran Aeroengine, Kegagalan Enjin Tinggi Altitud), Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Leeds, UK (2001), Sarjana Sains dalam Pembakaran dan Tenaga, Pusat Pengajian Pembakaran, Universiti Leeds, UK (1996) dan BEng dalam Kejuruteraan Mekanikal dan Bahan Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia (1993).Ketika ditemu bual mengenai bidang kepakaran beliau di Kuala Terengganu baru-baru ini, Dr Samsuri bersedia untuk menjadi pensyarah jemputan di mana-mana universiti sebagai tanggungjawab sosial dan bderkongsi pengalaman dengan masyarakat kampus.MB (dua dari kanan) melihat senjata terkini di pameran LIMA'19 Langkawi kelmarin."Saya bersedia jika ada mana-mana universiti ingin mendapat khidmat saya sebagai pensyarah bidang kepakaran saya sama ada sebulan sekali atau sebagainya agar saya dapat memanfaatkan kepakaran saya kepada masyarakat kampus," jelasnya.
27 Mar 19
180
Empty Image
Terengganu Perjuang Hak Palestin
Ketua Kesatuan Ulama Luar Palestin, Dr Nawaf Takruri.KUALA TERENGGANU, 27 Mac - Kerajaan Terengganu mendokong usaha semua pihak dalam membangkitkan kesedaran dunia mengenai kebebasan dan hak rakyat Palestin.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kekejaman dilakukan rejim Zionis Israel melanggar undang-undang antarabangsa, selain tindakan mereka merampas kapal membawa bantuan ubatan dan makanan.“Dunia terutamanya Amerika Syarikat mengiktiraf Israel dan terus menekan rakyat Palestin apabila mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perpaduan Ummah & Isu Palestin di perkarangan Masjid Jamek Pengadang Baru, Kuala Terengganu, di sini semalam.Turut serta ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Jordan, Sheikh Dr Hammam Said dan Ketua Kesatuan Ulama Luar Palestin, Dr Nawaf Takruri.Dalam pada itu, menurutnya, kemarahan dan kekecewaan rakyat Palestin mendorong mereka untuk bertindak, namun tindakan itu terus dilabel sebagai keganasan.“Negara yang melancarkan roket dan bom sehingga membunuh ratusan jiwa yang tidak bersalah, tindakan yang cuba menakutkan masyarakat ini juga tindakan keganasan,” ujarnya.Justeru, orang ramai yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank Dana Taawun DPPNT, 563064113873.Terdahulu, enam tercedera selepas sebuah pelancar roket jarak jauh yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza terkena sebuah kediaman di tengah Israel, kejadian pertama seumpamanya sejak perang Palestin 2014, kata pihak berkuasa Israel.Serangan awal pagi baru-baru ini ke atas Mishmeret, sebuah bandar pertanian di utara Tel Aviv, berlaku ketika pergolakan memuncak menjelang ulang tahun protes di sempadan Gaza dan kunjungan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ke Washington, sebahagian daripada kempen penggal kelima beliau menjelang pilihan raya 9 April ini.Kali terakhir bandar komersial dan komuniti Israel diserang adalah ketika perang 2014 menentang pejuang Islam Hamas.Serangan berlaku beberapa minit selepas tentera Israel menghidupkan siren pencerobohan udara di kawasan terbabit dan berkata sebuah roket dilancar dari Semenanjung Gaza, 80 kilometer dari kubu kuat Hamas.
27 Mar 19
224
Empty Image
MOU Gimzan-PPSB Wujudkan Peluang Pekerjaan Di Ajil
 Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA).Oleh : Khairuddin YusoffSERDANG, 26 Mac - Memorandum persefahaman (MOU) antara Permint Plywood Sdn. Bhd (PPSB) dan Gimzan Plywood Sdn Bhd dijangka mampu membuka peluang pekerjaan terutamanya kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, kolaborasi itu merupakan satu titik mula atas dasar kepentingan untuk memenuhi hasrat rakyat yang memerlukan pekerjaan.Jelasnya, peluang baharu yang dibawa oleh Golden Pharos Berhad (GPB) untuk masyarakat Ajil itu akan membantu penduduk di sana menjana pendapatan dengan lebih baik.“Dengan termeterainya perjanjian ini kita mengharapkan satu ‘turning point’ untuk melancarkan lebih ke hadapan dalam menyediakan peluang pekerjaan.“Terima kasih atas usaha GPB untuk membina satu operasi baru di kilang Gimzan dan kebetulan berhampiran dengan Ajil dan ini merupakan satu peluang pekerjaan untuk rakyat Ajil.“Ini juga merupakan satu daripada inisiatif untuk merealisasikan Manifesto PAS sebelum PRU14 bagi menyediakan 20,000 pekerjaan (dalam tempoh 4 tahun) kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) pada Majlis Menandatangani Servis Level Agreement (SLA) di antara PPSB dan Gimzan Plywood Sdn Bhd di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam. Persefahaman ini akan membuka banyak peluang pekerjaan.Hadir sama, Pengurus Besar PPSB, Wan Mohd Suhaimi Wan Aziz, Pengarah Gimzan Plywood Sdn.Bhd, Datuk Wira Sheikh Othman Rahman dan Dato' Seri Yong Tu Sang serta kakitangan PPSB.Sementara itu, Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak yang turut hadir dalam majlis itu berkata, kerjasama dua syarikat selama satu tahun itu akan meningkatkan lagi kuantiti pengeluaran plywoood selain menjana 100 peluang pekerjaan pada peringkat awal..“Kita telah menandatangani satu perjanjian iaitu servis ‘agreement’ di antara PPSB dan Gimzan di mana kedua-dua syarikat akan bekerjasama membuat pengeluaran venir menggunakan kapasiti yang tinggi.“Melalui kerjasama ini PPSB akan membekalkan kayu balak dan akan diproses di Gimzan untuk mengeluarkan Plywood,” katanya.
26 Mar 19
1068
Empty Image
Sukan Berkuda Untuk Semua
Ustaz Wan Sukairi (kanan sekali) merasmikan Mesyuarat Agong Kali Ke-10 Persatuan Ekuin Terengganu di Setiu hari ini. SETIU,  26 Mac - Kerajaan negeri berhasrat menjadikan sukan berkuda dimanfaatkan kepada semua orang,  tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia  juga bermanfaat untuk terapi kesihatan kepada mereka yang bermasalah dari segi kesihatan. Katanya, justeru itu kerajaan negeri akan mengadakan pelbagai aktiviti sukan berkuda untuk rakyat negeri Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Kali Ke-10 Persatuan Ekuin Terengganu di Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong di sini malam ini.Ustaz Wan SukairiUstaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf  Mempelam dilantik semula sebagai presiden persatuan tersebut buat kali kedua tanpa bertanding.Seterusnya beliau berkata, sukan berkuda perlu dijadikan satu sukan yang boleh dimanfaatkan untuk semua orang."Dengan erti yang lain, kita tidak menjadikan sukan berkuda ini sebagai sukan yang khusus untuk beberapa golongan sahaja tetapi diumumkan atau dimasyhurkan untuk segenap lapisan masyarakat."Ini kerana kita sedar tentang kelebihan dan manfaat yang boleh diambil daripada sukan berkuda ini," jelasnya.Katanya, sebab itu timbul slogan 'Kuda Untuk Semua' bertujuan untuk merakyatkan sukan berkuda di negeri Terengganu.Di samping itu katanya, sukan berkuda juga boleh menjadi terapi kepada sesiapa yang mempunyai masalah kesihatan."Ia bukan sahaja boleh dijadikan aktiviti riadah tetapi juga menjadi terapi  kepada mereka yang bermasalah kesihatan," jelasnya lagi.
26 Mar 19
172
Empty Image
Zuraida Terima Anugerah Ikon Wanita Noor Arfa
KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md. Noor menyifatkan Anugerah Ikon Wanita Noor Arfa 2019 yang diberikan kepadanya sebagai pengiktirafan terbesar dalam perjuangan mengangkat martabat wanita di negeri ini.Katanya, beliau berterima kasih kepada Noor Arfa kerana memberi anugerah yang sangat bermakna kepadanya yang masih baharu dalam kepimpinan dan politik negeri."Pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan terhadap diri saya yang masih lagi mentah berbanding mereka yang lebih berpengalaman dan telah mencurahkan banyak jasa serta sumbangan kepada golongan wanita amat saya hargai."Anugerah ini sedikit sebanyak akan menjadikan saya lebih bertanggungjawab dan amanah dalam menjalankan tugas dan menyumbang kepada rakyat serta saya doakan semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis minum petang di Kompleks Kraf Noor Arfa (NACC) di sini, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Noor Arfa Holdings Sdn. Bhd., Noor Hijerah Hanafiah dan wakil-wakil wanita dalam pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Noor HijerahSementara itu. Noor Hijerah berkata, anugerah ini adalah yang julung kali diperkenalkan syarikat pengeluar batik terbesar di Malaysia sebagai penghormatan terhadap peranan Zuraida dalam membawa suara wanita negeri ini ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)."Sebagai orang pertama yang dilantik sebagai ADUN Wanita Terengganu, pencapaian Zuraida mampu menjadi inspirasi kepada kaum hawa untuk terus berjaya dalam bidang masing-masing di sebalik kesibukan sebagai ibu dan isteri."Beliau seorang wanita yang kuat bekerja untuk wanita Terengganu dan Islam, setiap kenyataannya juga menarik sebagai satu nasihat yang baik untuk kaum hawa,"ujarnya lagi.Menurutnya, Noor Arfa sentiasa mengadakan majlis minum petang untuk menghargai NGO serta usahawan wanita sekali gus pemilihan Zuraida sebagai ikon pertama adalah amat bertepatan. "Malah pihak kami juga merancang untuk menjadikan penganugerahan itu sebagai acara tahunan syarikat dengan mengangkat lebih ramai ikon-ikon wanita Terengganu yang berkelayakan,"ujarnya.
26 Mar 19
348
Empty Image
Kerajaan Pusat Digesa Segerakan Peruntukan Dalamkan Muara Sungai Dungun
DUNGUN, 26 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berharap kerajaan pusat menyegerakan kelulusan peruntukan yang dimohon oleh kerajaan negeri bagi pembinaan benteng pemecah ombak serta kerja mendalamkan muara sungai di Kuala Dungun.Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memerlukan sebanyak RM250 juta untuk melaksanakan kerja-kerja terbabit dan permohonan peruntukan sudah dibuat kepada Kerajaan Persekutuan.Dr. Mamad berkata, masalah muara sungai Dungun cetek sudah sekian lama membelenggu penduduk di daerah ini yang mana menyulitkan pergerakan bot-bot nelayan dan pelancong untuk keluar masuk.“Kita sedia maklum, isu muara sungai cetek memerlukan kos yang tinggi untuk diselesaikan. Permohonan sudah lama dibuat dan berkali-kali tetapi peruntukannya masih belum diperoleh.“Justeru, Kerajaan Pusat diharap dapat memberi perhatian dan mempertimbangkan permohonan ini supaya masalah penduduk di sini dapat diselesaikan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Muara Sungai Dungun dan Projek Pembinaan Hospital Dungun, di sini semalam.Turut serta, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik.Tambah beliau, masalah muara sungai cetek itu juga perlu diatasi segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kes kemalangan bot yang berlaku dua tahun lalu terus berulang.“Dalam kejadian itu, empat orang nelayan mati lemas setelah bot kecil yang dinaiki mereka untuk pergi persisir pantai dipukul ombak besar di Pantai Kuala Dungun selepas bot besar mereka naiki sebelum itu terperangkap akibat muara sungai yang cetek,” ujarnya.
25 Mar 19
599
Empty Image
Mahu Bertemu Belia - Wan Sukairi
Foto oleh - Wan Luqmanul HakimOleh: Adli MohamadDUNGUN, 26 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berhasrat untuk bersua muka dengan puluhan ribu belia, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman negeri demi menyampaikan hasrat dan kehendak kerajaan."Pada masa sama memberi peluang dan ruang yang lebih terbuka kepada golongan itu  untuk menyuarakan pendapat dan idea menerusi saluran yang tepat," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Jelajah Belia Terengganu Sejahtera Peringkat Daerah Dungun, Dewan Arena Merdeka, di sini, baru-baru ini.Menyentuh mengenai program yang diadakan itu, beliau berharap agar ianya bukanlah program yang pertama dan terakhir."Saya ucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kejayaan penganjur mengadakan program Jelajah Belia Sejahtera Peringkat Daerah Dungun itu."Bermula daripada subuh tadi sehinggalah ke petang, pelbagai program telah pun saya sertai," ujarnya.Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh pihak yang bertungkus lumus menganjurkan program berkenaan."Khususnya kepada Pegawai Daerah Dungun, tidak lupa juga kepada rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Terengganu dan juga NGO yang ada dalam daerah Dungun."Matlamat daripada penganjuran ini akan dapat terhasil dan seterusnya mencapai matlamat yang kita inginkan bersama," ujarnya.
25 Mar 19
66