Artikel "Utama" Terkini
Sidang DUN : Projek Pertanian Rimbunan Kaseh Rantau Abang Terengganu Dimajukan Kembali
Dr. Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan negeri akan memajukan kembali aktiviti ekonomi berasaskan pertanian di Tapak Rimbunan Kaseh, Rantau Abang dalam masa terdekat selepas dihentikan pada April 2017.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr. Azman Ibrahim berkata, Kerajaan Terengganu bersama IRIS Corporation Berhad (IRIS) selaku badan pelaksana asal kini dalam proses memulihkan kembali aset yang rosak.Jelasnya, pihak kerajaan juga telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi merancang strategi baharu yang lebih berkesan untuk membangunkan tapak itu di samping menyelesaikan segala masalah yang berbangkit.“Kerosakan yang berlaku pada aset akan diperbaiki menggunakan wang jaminan projek daripada IRIS yang ada pada Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) tanpa menggunakan dana kerajaan negeri dan insya-Allah proses pembaikan akan siap menjelang bulan Jun akan datang,”.“Kita memandang ke hadapan untuk mengambil alih pengurusan program rimbunan kaseh dan satu jawatankuasa khas rimbunan kaseh telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 5 Disember 2018 ,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini pagi tadi. Sidang DUN Terengganu.Dr. Azman turut berkata, pembaharuan program itu akan meliputi dua segmen utama iaitu isu kebajikan peserta dan pelan pembangunan program.Ujarnya, isu pemilikan rumah peserta dan strategi untuk memajukan kembali tapak berkenaan akan diselesaikan secepat mungkin tanpa mengabaikan segala aspek.“Kerajaan telah buat keputusan, kesemua 85 peserta yang menetap di rumah dalam program rimbunan kaseh ini akan terus diberikan kebenaran tinggal dan mereka tidak akan dikeluarkan kecuali mereka memilih untuk keluar.“Segmen kedua bagi memajukan projek ini, pada 2 Januari 2019 kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Terengganu (UPEN) telah menghantar surat tawaran kepada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk mengoperasikan insfrastruktur pertanian yang ada dalam program rimbunan kaseh ini.“Dan pihak LPP menyambut baik dan dalam rangka untuk menyiapkan kertas cadangan bagaimana pelan mereka untuk membangunkan projek ini,” tambah beliau.Projek Rimbunan Kaseh merupakan program yang merangkumi beberapa komponen utama iaitu 100 buah rumah, 26 ‘Greenhouse’ Struktur Pelindung Hujan (SPH), 400 tangki penternakan ikan serta ladang tanaman Limau Kasturi dan Golden Melon.
01 Apr 19
401
Sidang DUN : Terengganu Tolak Pembelian Bas Amfibia
Ariffin ketika menjawab soalan berkaitan bas Amfibia yang diajukan oleh ADUN Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim. KUALA TERENGGANU, 2 April - Kerajaan Terengganu mempertimbang untuk menolak kontrak projek bas Amfibia (Amphicoach) kerana kelewatan projek berkenaan serta keadaan bas tersebut yang tidak menepati spesifikasi dan skop kontrak yang telah ditentukan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, tempoh kontrak yang diberikan kepada kontraktor, Alam Perkasa Technology Sdn. Bhd. iaitu daripada 1 Januari 2015 sehingga 30 Ogos 2015 sudah lama berakhir. “Sehingga kini, kita telah mengeluarkan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (EOT) yang keenam pada 5 Oktober 2017 kepada kontraktor dan kita tidak akan mengeluarkan EOT baharu.“Pegawai penguasa yang menilai Amphicoach tersebut tahun lalu iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesyorkan kerajaan menolak kontrak ini dengan mengambil kira saranan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut Malaysia selepas mendapati bas ini tidak boleh digunakan atas faktor keselamatan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Meyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Terengganu Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Ariffin turut memaklumkan, baki kontrak bernilai RM336,350 yang tinggal tidak perlu dibayar kepada kontraktor.Sidang DUN berjalan aman dan lancar.“Walaupun bayaran masih berbaki, tetapi mengikut klausa Gantirugi Tetap (LAD) kepada pihak kontraktor bernilai RM1,100 sehari, pihak kontraktor perlu membayar kerajaan negeri sebanyak RM596,563 kerana kelewatan selama 542 hari.“Kos keseluruhan kontrak bernilai RM3.08 juta dan kita telah membayar sebanyak RM 2.7 juta. Mengikut kaedahnya, jika kita menolak pembelian ini, bayaran tersebut perlu dipulangkan semula,” katanya.Bagaimanapun katanya, urusan itu akan diserahkan kepada Pegawai Undang-Undang negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid.Ariffin juga berjanji akan membawa perkara itu ke dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diselesaikan secepat mungkin.Amphicoach merupakan bas ‘dua alam’ yang ditempah oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 dan bertujuan merancakkan industri pelancongan selain bagi kegunaan ketika musim banjir.Bas berkenaan bagaimanapun hanya tiba pada Januari tahun lalu, lewat tiga tahun dari tarikh asal dan rosak ketika ujian percubaan kali kedua pada Mac 2018 di Sungai Terengganu dan kini ditempatkan di pejabat JKR Terengganu.
01 Apr 19
89
“Kereta Terbang” : Mitos Atau Realiti? - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Saya ditanya oleh rakan-rakan, apakah benar model skala kecil prototaip “kereta terbang” yang dipamerkan di LIMA 2019 adalah sesuatu yang benar atau hanya khayalan semata-mata?Jawapan saya, untuk berlaku adil, saya hanya menjawab dengan membuat analisa kejuruteraan semata-mata terhadap contoh model prototaip (berdasarkan model skala yang ditularkan). Tiada maklumat lain.Sekiranya saya menjawab di hadapan pelajar kejuruteraan saya maka prinsip seperti Bernoulli Principles, Newton’s Law, Aerodynamics, Aerothermodynamics, Fluid Mechanics dan segala prinsip fizik akan terpaksa dijelaskan.Saya akan meminta pelajar saya untuk mengkaji aspek power system, rotor size and design, vehicle design and structural integrity, materials, noise and vibration analysis, manoeuvrability, control system, pay-load, power to weight ratio, certification and worthiness, dynamic stability dan sebagainya.Saya akan meminta pelajar saya membuktikan menerusi computation fluid dynamics (CFD). Tentunya dalam tulisan ini saya tidak akan buat begitu.Bagi tujuan awam, saya memilih untuk menggabungkan jawapan ringkas saya ini berasaskan latar belakang saya sebagai saintis, jurutera, penyelidik, dan juga sebagai ahli politik.Saya akan cuba memberikan pandangan saya dalam bahasa yang paling mudah dan senang difahami.Pertama, premis bahawa ianya dilabelkan sebagai “kereta terbang”adalah provokatif dan sensasi. Sains dan teknologi seharusnya bukan sensasi, bukan gimik, tetapi perlu berasaskan fakta tepat.Tidak dinafikan juga mungkin sedikit kesilapan melabelnya, akan membuka ruang penafsiran yang salah. Maka amat penting untuk pihak yang memperkenalkan cadangan prototaip “kereta terbang” itu dan kementerian untuk cepat membetulkan nama panggilannya supaya tidak menjadi momokan.Itulah cabaran dunia baharu. Sebenarnya tidak mengurangkan apa -apa pun sekiranya dengan pantas pihak Menteri atau Timbalan Menteri membetulkan nama “kereta terbang” itu pada hari pertama, dengan menggelarnya dengan nama yang lebih sesuai seperti “vertical take-off transporter”, “automobile drone”, “drone taxi”, “auto hover” atau lainnya.Nama yang tepat akan bergantung pada prinsip bagaimana kenderaaan berkenaan akan mula berada di udara, samada menerusi “vertical take-off” seperti dron yang ada di pasaran waktu ini atau “take-off” biasa seperti pesawat kecil yang mempunyai “retractable wings”.Kedua, mungkin ada yang mula bertanya. Adakah boleh wujud kenderaan sedemikian? Ya, pada prinsipnya ianya tidak berlawanan dengan kejuruteraan, dan memang sudah ada kenderaan yang mampu berada di ketinggian tertentu seperti dron yang mampu menjadikan manusia sebagai bebannya.Maka soalan berikutnya, adakah yang dipamerkan di LIMA 2019 itu adalah suatu yang mungkin boleh terbang?Sekiranya reka bentuk dan pembinaannya adalah menepati reka bentuk kejuruteraan dan segala prinsipnya, maka ianya boleh berada di udara. Saya percaya, tentunya syarikat berkenaan mempunyai pakar teknikal yang berkebolehan, tetapi dengan melihat reka bentuk berkenaan perjalanan masih jauh.Pada hemat saya, sekiranya itulah cadangan reka bentuknya, maka ianya memerlukan cubaan yang lebih serius untuk memastikan ianya mampu berada di udara.Sekiranya ianya adalah projek pelajar saya, saya akan memberi komen awal terhadap reka bentuk pelik penutup berjaring di atas kipas, yang pada hemat saya akan mengurangkan daya dan kuasa tujahan (thrust force and power) yang akan membolehkan kenderaan itu berada di satu ketinggian tertentu di udara.Faktor kritikal ialah mempunyai daya dan kuasa tujahan dan angkat yang mempu mengatasi berat kenderaan bersama bebanannya. Penutup berjaring berkenaan akan hanya membolehkan angin yang keluar di bawah dalam keadaan seragam (uniform flows) tetapi tujahan mengurang (reduced thrust).Ini akan menyukarkan lagi bagi mencapai daya tujahan bagi mengangkat kenderaan berkenaan.Ketiga, di zaman media baharu ini, kerap kali inisiatif kerajaan kadangkala juga berdepan dengan kritikan dari rakyat awam, dan pimpinan masyarakat lainnya yang tentunya mempunyai berbagai pandangan dan latar belakang.Menteri atau Timbalan Menteri yang mengeluarkan kenyataan menyokong kenderaan berkenaan, haruslah mengambil maklum bahawa kita sebagai pimpinan masyarakat hendaklah cuba (saya katakan cuba kerana saya juga tidak mudah untuk mengawal perasaan kita sendiri) untuk tidak bertindak balas dengan sindiran orang ramai, iaitu tidak membalas kutukan dengan kutukan balas. Ambil maklum dan jelaskan dengan hati yang terbuka.Apa salahnya kita menggunakan ayat seperti : “saya memahami kritikan berkenaan, kami akan ambil maklum dan atasi apa jua masalah rekabentuknya”, “kami akan berikan penjelasan di satu masa nanti’, “penjelasan teknikalnya adalah seperti berikut…”, “itu adalah contoh sahaja, reka bentuk akhir tentunya berbeza, sesuai dengan objektif kenderaan berkenaan” dan sebagainya.Jack Welch, mantan CEO of General Electric, menyebut : “Orang ramai mesti yakin dengan anda, anda pula harus membina keyakinan orang ramai”.Menarik bukan, objektif nampak mudah tetapi mengusahakannya adalah tidak semudah itu!.Semoga Berjaya! Benediximus!*********************************************************************************I have been asked by my peers, is it true that the small-scale prototype of the ‘flying car’ exhibited at LIMA 2019 was in fact true and not just a made-up fantasy?To answer that, and to be fair, I only made an engineering analysis on the prototype model (based on the model scale that went viral). No other information.If I was answering this in front of a class of engineering disciples, I would have to touch upon Bernoulli’s Principle, Newton’s Law, Aerodynamics, Aerothermodynamics, Fluid Mechanics and many more applied physics principles.I would ask my students to look into the power system, rotor size and design, vehicle design and structural integrity, materials noise and vibration analysis, manoeuvrability, control system, pay-load, power-to-weight ratio, certification and worthiness, dynamic stability etc. I would have them prove through computation fluid dynamics (CFD).But surely in this written piece I will not do the same. To appeal to the general public, the everyday reader, I will choose to merge my simple answer based on my background as a scientist, an engineer, a researcher and also as a politician; and thus I will do my best to share my opinion while eliminating scientific jargon so everything can be communicated clearly.Firstly, labelling this invention as a ‘flying car’ is provocative and sensational. Science and technology should exist on the basis of facts, not gimmicks and sensation. Undeniably, this mislabelling could lead to misinterpretation.Therefore it is absolutely crucial that those who introduced this as a ‘flying car’, the inventors and the ministry, rectify it’s nickname so as to not cause mockery. That is the challenge of today. Minsters and Deputy Ministers would not do the invention any injustice to call it a more appropriate name such as ‘vertical take-off transporter’, ‘automobile drone’, ‘drone taxi’, ‘auto hover’ etc.An accurate name would be assigned based on the principles applied in launching it into the air, be it through ‘vertical take-off’ as much of the conventional drones on the market are, or just ‘take-off’ as is seen in small planes that have retractable wings.Secondly, some would ask, is it possible for such a thing to exist? Yes, principally it doesn’t go against engineering and there are already vehicles that are capable of levitating at such a height such as drones that can support the load of a human.And so this begs the question, is it possible what we witnessed at LIMA 2019 would have the potential to ‘fly’?If it’s construction and design adheres and obeys laws and principles of physics and engineering, there would be nothing stopping it from staying in the air. I believe the company who exhibited this has many able and talented technical specialists, but this prototype/model still has a long way to go before it can be applicable in our daily lives.If that was the proposed design, I advise a more serious attempt to make certain it would be able to stay levitated. Had this been one of my student’s projects, I would make an early comment on the bizarre design of the netting cover on the fan, which in my opinion would reduce the thrust force and power that would make it possible for the device to stay up in the air at certain heights.A critical factor is that the thrust force and power would be able to overcome the load of the vehicle and also it’s pay-load (whatever the vehicle is meant to hold. Eg a human). This netting cover would only allow air to be expelled through the bottom in a uniform flow but with the consequence of reduced thrust.This would make it difficult for the device to reach a sufficient thrust power to lift it off the ground.Thirdly, in this new day and age of social media and technology, often times any government initiatives face harsh critiques from the public and other local authoritatives of all sorts of backgrounds and views. Trully understandable.Ministers and Deputy Ministers who released statements supporting the vehicle should take note that we as authoritative figures must try (and I say ‘try’ because often times – my self - it is hard to control our own emotions) to not react impulsively towards snide comments; that is to not respond defensively and negatively. Take note and explain with an open heart.What if instead, we used words such as; “I understand the critiques received and we have taken them into consideration to further improve said vehicle’s design in the future”, “we will provide a sound explanation in the future”, “the technical explanation is so-and-so...”, “the exhibited model was just an example.The final design would be different, more refined and suitable to the vehicles objectives” and etc. A quote by one fine former CEO of General Electric, Jack Welch : “People have to trust you. You have to build in trust for people.”Interesting, right? Objectives are easy to make but to make it work, now that’s the real challenge!Good luck! Benediximus!Menteri BesarYAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar1 April 2019.
01 Apr 19
207
MB Terengganu Cadang Kementerian Guna ICT Sepenuhnya
Penolong Pegawai Tanah pelbagai daerah dari seluruh negara bersua foto dengan Dr Ahmad Samsuri dan Dr Xavier (tengah) di Permai Hotel Kuala Terengganu malam ini.KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan negeri mencadangkan Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli menyediakan peralatan teknologi terkini di samping memberi pendedahan dan menggalakkan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sepenuhnya kepada kakitangan kerajaan ketika melaksanakan tugas. Ini bersesuaian dengan tema 'Peranan Penolong Pegawai Tanah Dalam Merealisasikan Revolusi Industri 4.0' di Persidangan Penolong Pegawai Tanah Ke-7 di Permai Hotel, di sini hari ini. Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara aspek yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian ialah menyusun atur struktur perjawatan penolong pegawai tanah di pentadbiran tanah seluruh negara agar sesuai dengan keadaan semasa.Di samping itu ia dapat memberi keselesaan kepada pegawai-pegawai berkenaan dalam menjalankan kewajipan mereka termasuk keperluan kekananan (seniority) perjawatan masing-masing.Ketika berucap di majlis makan malam sempena persidangan tersebut Dr Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri juga sentiasa berusaha untuk memastikan kemajuan negeri itu berada pada tahap yang membanggakan dalam urusan melibatkan tanah.Turut hadir dalam majlis makan malam itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar, pegawai-pegawai tinggi dari kementerian berkenaan dan kira-kira 800 orang penolong pegawai tanah daerah dari seluruh negara. Seterusnya Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri terus memberi perhatian serius dari semasa ke semasa terutama bagi mempercepatkan proses pembangunan yang melibatkan tanah iaitu dengan mewujudkan cara prosedur kerja yang lebih efisien (cekap) serta mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan."Apabila saya turun ke daerah-daerah dan mengadakan dialog dengan penduduk, soalan yang popular di kalangan rakyat di bawah ialah isu yang berkaitan dengan tanah dalam pelbagai sudut."Oleh kerana itu, isu tanah ini sebenarnya isu yang berkait rapat dengan diri mereka, tempat mereka berpijak, bukan semata-mata tempat mereka berpijak tetapi ada isu-isu yang perlu perhatian serius daripada pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah yang wujud di kalangan mereka," jelasnya.Beliau percaya dan berkeyakinan bahawa kejayaan demi kejayaan akan dapat dicapai dalam waktu yang singkat dengan wujudnya hubungan harmoni antara semua warga kerja pentadbir tanah dengan agensi di Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli di bawah Menterinya Dr Xavier Jayakumar."Saya berkesempatan beberapa kali hadir mesyuarat Majlis Tanah Negara bersama dengan Dr Xavier dan kita dapat melihat bagaimana komitmen mereka yang sangat tinggi dalam membincangkan apa juga isu yang bersangkutan dengan tanah, sumber asli dan air."Sehingga saya boleh kata antara mesyuarat yang paling kerap perbincangan dilakukan adalah di bawah Dr Xavier Jayakumar, tahniah diucapkan," ujarnya.
01 Apr 19
53
Sidang DUN : Sultan Mizan Bimbang Keamanan Malaysia Tergugat
KUALA TERENGGANU, 1 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bertitah melahirkan rasa bimbang kerana sejak akhir-akhir ini ada pihak tertentu, cuba menggugat keharmonian, keamanan dan kestabilan Malaysia yang terbina sejak sekian lama.Baginda bertitah, ada pihak berani melakukan perkara-perkara yang menyentuh kesucian agama Islam, memperlekehkan institusi diraja dan banyak lagi perkara yang berpotensi mengakibatkan kejadian yang tidak diingini berlaku."Beta mahu pihak yang berkenaan mengambil langkah berjaga-jaga supaya perkara-perkara seperti ini tidak menular di negeri ini," titah Sultan Mizan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Keempat Belas, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Baginda bertitah, Pilihan Raya Umum Ke-14 telah berlalu hampir setahun.Justeru, Sultan Mizan berasa sukacita dengan kepimpinan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah berjaya mengamalkan konsep kepimpinan yang matang dan sejahtera."Beta melihat semangat perpaduan dan kekitaan di antara Ahli-ahli Yang Berhormat dan rakyat Beta tanpa mengira mana-mana parti terserlah demi memastikan negeri Terengganu Darul Iman menjadi antara negeri paling harmoni di negara ini." titah baginda.Justeru Sultan Mizan menyeru supaya semua piahk mengenepikan politik kepartian dan beri keutamaan kepada agenda rakyat dan pembangunan negeri."Beta ingin melihat negeri ini setaraf dengan negeri-negeri maju yang lain," titah baginda lagi.
01 Apr 19
62
Sidang DUN : Kutipan Hasil Terengganu Berjumlah RM1.792 Bilion Tahun Lalu
KUALA TERENGGANU, 1 April - Kerajaan negeri telah mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM1.792 bilion tahun lalu dan menurun sebanyak RM280.34 juta berbanding tahun sebelumnya.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah bertitah, penurunan itu disebabkan oleh Terimaan Bukan Hasil berpunca daripada bayaran royalti minyak berkurang sebanyak RM317.57 juta atau 17.38 peratus. "Namun demikian, Beta berasa sukacita kerana Hasil Cukai tahun 2018 telah meningkat kepada RM77.99 juta berbanding RM57.46 juta tahun sebelumnya."Hasil Bukan Cukai juga meningkat daripada RM188.58 juta kepada RM205.29 juta," titah baginda sempena Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Keempat Belas, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli-ahli Parlimen, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.Sultan Mizan bertitah bahawa baginda turut berasa sukacita dan bersyukur apabila jumlah kutipan zakat sentiasa meningkat setiap tahun.Titahnya, pada tahun lalu, jumlah kutipan zakat adalah sebanyak RM160.37 juta meningkat sebanyak RM22.42 juta berbanding tahun sebelumnya sebanyak RM137.95 juta."Beta mengucapkan syabas dan tahniah terutamanya kepada kerajaan negeri dan warga kerja Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) kerana telah melaksanakan tanggungjwab dan amanah yang diberikan dengan jayanya," titah baginda lagi.
01 Apr 19
67
Sidang DUN : Sultan Mizan Seru Semua Pihak Menyumbang Untuk Tabung Darul Iman
KUALA TERENGGANU, 1 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru semua pihak untuk menyumbang kepada Tabung Darul Iman bagi manfaat rakyat yang memerlukan dan kurang berkemampuan.Titah baginda, Terengganu merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai kemudahan bantuan segera seperti Bantuan Perubatan, Bantuan Sara Diri Tahunan, Bantuan Susu dan Lampin Pakai Buang serta Bantuan Musibah melalui Tabung Darul Iman.“Sehingga kini, hampir 25,000 orang telah menerima manfaat menerusi bantuan-bantuan yang dianggarkan mencecah sekitar RM24 juta. Kelangsungan kemudahan bantuan kepada rakyat ini mestilah dipelihara,” titah Sultan Mizan.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Sementara itu, baginda bertitah, program-program seperti Walimatul Urus Perdana dan penyediaan Kad Sejahtera kepada golongan rakyat yang layak disambut baik oleh seluruh rakyat negeri ini kerana ianya membantu golongan tersebut berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa kini.Dalam perkembangan lain, Sultan Mizan bertitah, baginda ingin menekankan kepentingan dasar prinsip tadbir urus yang baik dalam pelaksanaan tugas dan proses membuat keputusan dalam menterjemah program dan projek yang telah dirangka. “Oleh itu, proses perundingan awam perlu diperbanyakkan. Jauhkanlah sikap menjalankan program atau projek semata-mata untuk golongan tertentu sahaja sehingga mengenepikan kepentingan rakyat jelata. “Kerajaan negeri harus berusaha menggembleng setiap kepakaran yang ada pada semua pihak bagi mencapai objektif memajukan negeri,” titah baginda.
01 Apr 19
586
Sidang DUN : Sultan Mizan Seru Kerajaan Negeri Terus Martabatkan Agama Islam
KUALA TERENGGANU, 1 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terus komited berusaha memartabatkan agama dan umat Islam di negeri ini.Sultan Mizan bertitah, ianya perlu dilaksanakan menerusi gerak kerja profesional yang berupaya menangkis sebarang fitnah dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai cara hidup (ad-din).Baginda turut melahirkan rasa syukur kerana kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM3.5 juta untuk menubuhkan Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) yang bertujuan melatih para pendakwah dengan pelbagai ilmu dan kemahiran kontemporari. “Selain itu, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu telah mewujudkan Program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) iaitu Kelas Pengajian Agama Hujung Minggu kepada mereka yang berumur 25 tahun ke atas.“Pada tahun ini, Program SPAIT telah memberikan manfaat kepada 1,955 pelajar untuk menuntut ilmu-ilmu agama dalam subjek Tauhid, Feqah dan Tasawuf,” titah Sultan Mizan.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini. Dalam pada itu, baginda turut menyarankan kepimpinan negeri agar sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing. “Beta yakin negeri dan rakyat akan terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup sekiranya sikap hormat-menghormati dan mematuhi undang-undang dijadikan dasar utama.“Kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta dengan kerjasama padu daripada jentera pentadbiran awam diharap akan mendapat petunjuk dan bimbingan Ilahi bagi menyempurnakan tanggungjawab dan amanah, secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintegriti,” titah baginda.
01 Apr 19
220
TATiUC Terengganu Tawar Biasiswa RM 3.1 Juta
KUALA TERENGGANU, 1 April - TATI University College (TATiUC), Kemaman menawarkan Biasiswa Terengganu Sejahtera berjumlah RM3.1 juta kepada pelajar baharu bagi kemasukan Mei dan September tahun ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya menjangkakan seramai 1,100 pelajar Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Diploma dan Asasi berpeluang menikmati keistimewaan yang pertama kali ditawarkan itu.Katanya, nilai biasiswa bagi setiap pelajar yang layak adalah berjumlah RM11,045 sepanjang pengajian meliputi yuran pengajian dan penginapan kolej kediaman.“Seramai 100 pelajar terawal turut ditawarkan elaun sara hidup sebanyak RM323 sebulan,” katanya kepada sidang media selepas Majlis Pelancaran Biasiswa Terengganu Sejahtera di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Hadir sama, Rektor Tatiuc, Profesor Dr Anuar Ahmad.Katanya, keistimewaan lain, TATiUC turut menyediakan elaun sara hidup kepada pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda RM250 sebulan atau bersamaan RM8,000 sepanjang pengajian manakala pelajar Diploma dengan bayaran RM200 sebulan atau RM4,800 sepanjang pengajian.“Pengurangan yuran pengajian sekiranya pelajar berupaya tampil cemerlang dalam bidang yang diceburi.“Oleh itu, pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia disaran merebut peluang itu,” katanya. Sementara itu, Dr Anuar berkata, pihaknya komited dalam membangunkan potensi anak-anak pelajar.Katanya, mereka terutamanya yang datang daripada keluarga golongan asnaf dan berpendapatan rendah sewajarnya merebut peluang itu."Bukan mudah untuk mencari pusat pengajian yang menawarkan biasiswa.“Diakui banyak pihak, pelajar lepasan TATiUC laris di pasaran industri di mana hampir 60 hingga 80 pelajar berjaya memperoleh kerja selepas enam bulan menamatkan sesi pembelajaran,” katanya.TATiUC menawarkan tiga program Sarjana, 10 program Ijazah Sarjana Muda, 13 program Diploma dan dua program Asasi dalam pelbagai bidang.Antaranya kejuruteraan, teknologi maklumat. pembuatan, automasi, elektrikal, ujian tanpa musnah, kimia, polimer, komputer, pengurusan teknologi dan media grafik.Maklumat lanjut berhubung syarat kelayakan dan tawaran Biasiswa Terengganu Sejahtera boleh hubungi 09 860 1130 atau layari www.tatiuc.edu.my.
31 Mar 19
187
Sidang DUN : Kerajaan Negeri Sasar 20,000 Unit RMM
KUALA TERENGGANU, 1 April- Kerajaan negeri menyasarkan pembinaan sebanyak 20,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM) dalam tempoh lima tahun. Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah, baginda dimaklumkan menerusi pembentangan Bajet Negeri Terengganu 2019, sebagai permulaan pada tahun ini sebanyak empat projek RMM yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 710 unit rumah akan dibina.“Beta juga difahamkan Kerajaan Negeri menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk pelaksanaan enam projek di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam Program Pemajuan Kawasan (PPK),” titah Sultan Mizan.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Baginda turut menyatakan rasa sukacita kerana cadangan projek-projek berkenaan dikhaskan kepada golongan miskin dan miskin tegar.“Beta juga amat gembira dengan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyediakan bantuan bina baharu dan baikpulih rumah kepada rakyat miskin melalui Projek Perumahan Terengganuku Sejahtera (PPTS). “Peruntukan sebanyak RM30 juta dengan penambahbaikan pembinaan kos sebuah rumah sebanyak RM56,000 serta baikpulih RM11,000 sebuah rumah mampu mendatangkan manfaat kepada rakyat miskin terutamanya golongan warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu atau bapa tunggal dan juga mangsa bencana alam,” titahnya.
31 Mar 19
89