Artikel "Utama" Terkini
Kebersihan Sebagai Amalan - MB Terengganu
KUALA NERUS, 20 April - Kerajaan negeri komited bagi memastikan kebersihan persisiran pantai dan kawasan sekitar di Terengganu berada di tahap yang memuaskan dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kolaborasi antara pelbagai jabatan,agensi dan masyarakat mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan ceria"Dan juga perkara yang paling penting ialah bagaimana menimbulkan kesedaran untuk melakukan proses seterusnya bagi memastikan ia berkembang setiap masa dan bukan masa kempen sahaja."Amalan menjaga kebersihan merupakan amalan penting dan kemajuan negara serta masyarakat juga berkait rapat dengan kebersihan dan ia wajar dibudayakan sebagai cara hidup,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Go Clean Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut mencemar duli berangkat merasmikan program berkenaan.Keberangkatan baginda diiringi Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Mohd Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak dan Ketua Pengakap Negara, Dato" Seri Paduka Dr. Shafie Mohd Salleh.Tambah beliau lagi, satu perbincangan diperingkat daerah-daerah akan dilaksanakan bagi memastikan kesemuanya mengekalkan tahap kebersihan di tahap yang terbaik."Bagaimana nak kekalkan di daerah, kita akan berbincang dengan mereka tetapi yang penting nak hadapi lepas raya yang mana selepas beratus ribu pulang ke tempat kerja mereka maka ada suasana yang perlu kerajaan negeri ambil perhatian."Oleh itu kita minta semua pihak termasuk pengunjung dan anak-anak tempatan jalankan tugas masing-masing dan Insha Allah, kita boleh kekalkan kebersihan bersama,"ujarnya.
19 Apr 19
90
Terengganu Go Clean Catat Malaysia Book Of Record
KUALA NERUS, 20 April - Terengganu Go Clean anjuran kerajaan negeri bersama-sama dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Terengganu berjaya dicatatkan di Malaysia Book Of Record(MBOR) sebagai Program Gotong-Royong dengan jumlah penyertaan teramai 2019.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia menyasarkan penyertaan teramai, melibatkan pelbagai agensi kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, serta masyarakat setempat."Hari ini sejarah ditempa sekali lagi dan rekod tercipta di MBOR untuk program Terengganu Go Clean yang berjalan serentak pada hari ini di seluruh negeri bermula jam 8.30 pagi."Seramai 16,390 ribu peserta terlibat di 30 lokasi bermula di Kemaman sehingga ke Besut bagi menjayakan Program Go Clean peringkat negeri bagi memastikan persekitaran sekeliling dan keindahan tempat tempat pelancongan serta tumpuan awam berada dalam keadaan bersih dan bebas daripada sisa plastik dan sampah sarap,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Go Clean Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Sultan Terengganu, Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah turut mencemar duli berangkat merasmikan program berkenaan.Keberangkatan baginda diiringi Tengku Muhammad Muaz Sultan Mizan Zainal Abidin.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali; Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A. Rahman Yahya; Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Mohd Azahar; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr. Alias Razak dan Ketua Pengakap Negara, Dato" Seri Paduka Dr. Shafie Mohd Salleh.Sijil MBOR dengan jumlah penyertaan teramai 2019 disampaikan oleh Pegawai Penganalisisnya, Nurul Fatihah Mahmood kepada Datuk A. Rahman Yahya dengan disaksikan Dr. Ahmad Mokhtar.
19 Apr 19
370
Terengganu Hantar Semula Pelajar Perubatan Ke Rusia
Ustaz Satiful Bahri (tiga dari kanan) bermesra dengan graduan perubatan Terengganu di UMT hari ini .KUALA NERUS , 20 April - Kerajaan Negeri akan menghantar semula pelajar dalam bidang perubatan ke Rusia tahun ini.Serentak itu Yayasan Terengganu (YT) diarah mengambil perjalanan untuk mempastikan pelajar-pelajar cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu berjaya dihantar ke universiti terpilih di negara tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata kerajaan negeri akan menghantar semula pelajar cemerlang untuk mengikuti kursus perubatan di Rusia tahun ini.Katanya, YT akan mengambil perjalanan menghantar pelajar berkenaan ke Universiti Perubatan Negeri Volgograd dan kemungkinan juga ke Universiti Perubatan Negeri Kursk, kedua-duanya di Rusia .Ustaz Satiful Bahri"Saya dimaklumkan ada sebuah universiti perubatan di Kursk Rusia yang boleh dijadikan destinasi baru untuk pelajar perubatan ini kerana kos pembiayaan pelajaran dan kos sara hidup agak berpatutan serta suasana persekitaran universiti itu agak baik dan aman."Bagaimanapun kerajaan negeri hanya menghantar mereka ke universiti berkenaan sekiranya ada permintaan dari pelajar Terengganu," jelas beliau.Ustaz Satiful Bahri berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Appresiasi Graduan Perubatan Universiti Perubatan Negeri Volgograd Rusia (Tajaan YT) di Auditorium Mahyuddin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.Turut hadir dan berucap, Timbalan Pengarah YT, Haji Mohd Razali Mahmud dan Pengarah Pusat Sains dan Kebudayaan, Kaunselor (Kebudayaan dan Pendidikan) Kedutaan Rusia, Dr Ayrat Akhmetov.Ustaz Satiful Bahri (kiri) menyampaikan sijil kepada seorang graduan wanita dari Universiti Perubatan Negeri Volgograd Rusia, di Auditorium Mahyuddin UMT hari ini.Seterusnya Ustaz Satiful Bahri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan kesinambungan penghantaran pelajar ke negara tersebut dan mengharapkan pelajar senior Terengganu di negara itu dapat memberi panduan kepada pelajar baru yang akan dihantar belajar di sana nanti. "Pelajar senior perlu memberi panduan kepada pelajar baru sekaligus kesinambungan penghantaran pelajar dalam bidang tersebut ke Rusia tidak terputus," ujarnya.Difahamkan penghantaran pelajar Terengganu ke negara tersebut dihentikan sejak tahun 2015 lagi.
19 Apr 19
232
'Kuasa' Kipre Kembali Pulihkan Terengganu FC
Gol Kipre bangkitkan motivasi pasukan.KUALA TERENGGANU, 19 April - Penyerang Terengganu Football Club (TFC), Tchetche Kipre mula mendapat sentuhan gol 'emasnya' bagi aksi Liga Super musim ini.Beliau menjaringkan dua gol pada minit ke 49' dan minit 89' untuk membantu TFC mengatasi Felda United 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, semalam.Melayan kunjungan The Fighters di laman sendiri, Sang Penyu bermula garang dengan beberapa percubaan ke gawang lawan.Add captionPelawat yang turun tanpa kapten pasukan, Hadin Azman lebih banyak bertahan namun seringkali melakukan serangan balas pantas ke kubu tuan rumah.Gawang TFC hampir bolos pada minit 38' apabila S. Chanturu mendapat peluang di hadapan gol, tetapi rembatannya berjaya ditepis Mohd Suffian sebelum Igor Zonjic kemas menghadang rembatan susulan Kei Ikeda.Kedua-dua pasukan saling bertukar penguasan bola, namun buntu jaringan sepanjang babak pertama.Babak kedua bermula panas dengan beberapa keputusan kontroversi pengadil.Aksi Lee Andrew Tuck turut bantu TFC dominasi lawan.Bagaimanapun, TFC lebih pantas menukar suasana perlawanan apabila Kipre tenang menggelecek beberapa pemain Felda United sebelum melakukan rembatan leret menewaskan penjaga gol, Norazlan Razali.Tuan rumah memperkemaskan penguasaan dengan Sanjar Shaakhmedov banyak mengatur serangan, tetapi pelawat tampak tidak mengalah.Pada minit ke 85' Kipre menggamatkan stadium apabila rembatannya terkena palang.Seminit kemudian, TFC pula cemas apabila Jasazrin Jamaludin merembat kencang ke palang gol tuan rumah.Kipre kemudian meletakkan TFC selesa di depan dengan mudah menggelecek Norazlan selepas memanfaatkan kesilapan Jasazrin yang menghantar bola ke belakang pada minit 89'.Felda terus mencari peluang merapatkan kedudukan dan berjaya mendapatkan gol saguhati melalui rembatan deras Kei Ikeda sejurus sebelum perlawanan tamat.Ini merupakan gol ketiga Kipre selepas membantu TFC menewaskan Kelantan United 3-1 dalam pusingan ketiga saingan Piala FA, Selasa lalu.TFC naik ke kedudukan ke tujuh liga dengan 12 mata dan bakal bertandang ke kubu PJ City minggu hadapan.
19 Apr 19
87
Laksana Amanah, Jadikan Terengganu Negeri Contoh - MB
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 19 April – Amanah yang telah diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mestilah dilaksanakan dengan sebaiknya agar Terengganu menjadi contoh pada negeri lain.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tanggungjawab yang telah diamanahkan itu adalah tugasan berat yang harus dipikul bersama bagi mendepani sebarang kecelaruan pentadbiran.Katanya lagi, anak muda turut berperanan dalam melunaskan harapan tersebut yang akhirnya akan memberikan manfaat pada rakyat Terengganu dan menjadi ikutan negeri-negeri lain serta negara.“Dalam keadaan suasana di negeri-negeri dan nasional yang bermacam-macam, bercampur-campur seperti pasaran saham, pentadbiran yang tidak stabil, macam-macam isu yang timbul, kita haruslah menunjukkan contoh yang terbaik.“Bahawa kita Parti Islam Se-Malaysia (PAS) apabila diberi amanah menjaga sebuah negeri seperti Terengganu, kita menjadi contoh pentadbiran dan pengurusan terbaik.“Yang boleh dilihat oleh rakan-rakan kita ataupun rakyat Malaysia di seluruh negara yang akhirnya contoh ini memberikan keyakinan kepada mereka untuk memilih PAS sebagai parti yang akan menerajui ataupun bersama sebagai sebuah kerajaan di peringkat Putrajaya,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu Kali Ke-50 di Permai Hotel, di sini, hari ini.Ahmad Samsuri menerima tabik hormat daripada Jabatan Amal.Turut hadir Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Buruk, Mohammad Khalil Abdul Hadi, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs), Kamaruzzaman Abdullah serta ADUN Tepuh, Hishamuddin Abdul Karim .Ahmad Samsuri yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat turut menegaskan bahawa amanah tersebut bukannya hanya sekadar mainan ataupun sesuatu yang harus dibanggakan.“Kita memerintah bukan kerana sedap-sedap (suka-suka) kita nak tunjuk pada rakyat Terengganu, kita kena jangkau lebih daripada itu dan di situlah peranan kita yang terbesar.“Supaya menjadi contoh dan menempa sejarah bahawa Terengganu insya-Allah akan menjadi nukleus (pemangkin) kepada PAS untuk menang di Putrajaya.“Insya-Allah, itulah sebabnya apabila kita diberi amanah di negeri Terengganu ini, kita kena buat yang terbaik,” tambah beliau.Anugerah khas bagi menghargai pengorbanan unit amal.
19 Apr 19
70
UniSZA, YDSM Bantu Pelajar B40
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyaksikan pertukaran Dokumen diantara Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (kiri) dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Datuk Mohd Fadzli Yusof (dua kanan) selepas majis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Pengambilan Pelajar Berpendapatan Rendah (B40) antara UniSZA dan YDSM di YDSM Perkarangan Istana BadariahKUALA TERENGGANU, 18 April -Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama strategik Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) sekali lagi melakar sejarah dalam bidang pendidikan dan muncul sebagai perintis dalam menyediakan tempat kepada pelajar-pelajar B40 Terengganu untuk melanjutkan pengajian di UniSZA melalui pengambilan kedua.Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pihaknya menawarkan 18 peratus tempat kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah iaitu RM3,000 ke bawah dan miskin, anak orang asli dan orang kurang upaya untuk menyambung pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda melalui kemasukan laluan khas yang disediakan oleh Universiti.Katanya, program kemasukan laluan khas kepada isi rumah di bawah RM3,000 itu dikenali sebagai 'Bottom 40%' (B40) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi untuk dilaksanakan oleh universiti awam (UA)." Ia umpama memberi peluang kedua kepada kumpulan pelajar ini untuk melanjutkan pengajian di UniSZA dan pihak kami telah mengenalpasti anak-anak B40 ini yang ada peluang untuk menuntut di Universiti tapi agak terbatas melalui YDSM."YDSM akan mengumpul maklumat anak-anak B40 yang ada peluang ini dengan kerjasama agensi-agensi seperti Yayasan Islam, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT),"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis permeteraian memorandum persefahaman (MoU) di YDSM di Istana Badariah, Kuala Terengganu, di sini, hari ini.Pada upacara yang disaksikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut, YDSM diwakili Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Dato’ Mohd Fadzli Yusof, manakala UniSZA diwakili Naib Canselor, Prof. Dato'Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.Tambahnya, melalui kolaborasi dengan YDSM yang sentiasa prihatin dengan nasib anak-anak Terengganu, pihak UniSZA akan mempertingkatkan lagi kemasukan mereka."Kita akan tingkatkan dari semasa ke semasa, dari 18 peratus kepada 20 peratus kemasukan anak-anak B40 dan selepas dua tahun berikutnya kepada 22 peratus dan mencapai 25 peratus."Kita akan beri peluang kepada anak-anak B40 untuk menyertai pendidikan dengan YDSM sebagai payung untuk bantu anak-anak ini,"kata Dr. Hassan Basri.Jelasnya, selain memberi dan membuka peluang kepada mereka untuk memasuki Universiti, pihak UniSZA juga akan membantu anak-anak yang berpotensi tetapi tidak mencapai tahap minima melalui program branding."Mana-mana yang berpotensi tetapi kurang sikit, kita akan usaha bantu...maksudnya masuk lewat sikit atau awal dengan kawalan dari pihak UniSZA supaya kualiti akademik tidak terabai."Kita maklum bahawa kemasukan anak-anak B40 ini adalah melalui laluan khas dan bukan dengan laluan trek biasa jadi tidak perlu bersaing dengan rakan yang lebih baik cuma ikut dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang telah dilaksanakan," kata beliau.
18 Apr 19
351
Hutang Bina LPT2 Perlu Dilangsai
Ketibaan Dr Ahmad Samsuri di Majlis 'MB Mari Kampung Kite' di dewan serbaguna sebuah pusat membeli belah di Dungun hari ini. DUNGUN, 18 April - Kerajaan Persekutuan perlu menjelaskan hutang Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) sebanyak RM1.4 bilion kepada kerajaan negeri bagi menampung kekurangan sebanyak 25 peratus Bajet 2019 bagi negeri Terengganu.Ini berikutan kerajaan persekutuan membuat pemotongan sejumlah itu ke atas royalti petroleum dan gas negeri Terengganu mulai tahun lepas. Justeru, Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan berunding dengan kerajaan persekutuan supaya kerajaan itu dapat membayar hutang tersebut bagi menampung kekurangan peruntukan bajet berkenaan. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan orang ramai berhubung royalti tersebut di Majlis 'MB Mari Kampung Kite' Dalam Siri Jelajah Penerangan Bajet 2019 peringkat daerah Kemaman dan Dungun di dewan serbaguna sebuah pusat membeli belah Kerteh di sini hari ini.Katanya, dua minggu yang lepas, kerajaan pusat telah membayar kira-kira RM580 juta wang royalti kepada kerajaan Terengganu tetapi berkurang dari jumlah asal perlu dibayar, sebanyak lebih RM180 juta kerana dikatakan ia adalah untuk membayar hutang kerajaan negeri kepada kerajaan berkenaan."Wang royalti itu dibayar dua kali setahun termasuk pada akhir bulan Mac dan September. Jika potongan yang sama dibuat oleh kerajaan pusat, jumlah perolehan wang royalti untuk bulan September lebih kurang sama dengan bayaran bulan Mac yang lalu."Jika dicampur terimaan wang royalti tersebut jumlahnya tidak sama dengan jangkaan asal terimaan semasa pembentangan bajet 2019 dalam Dewan Undangan Negeri," jelas beliau.Menurut beliau kerajaan negeri mengambil pendekatan melakukan penjimatan bajet sebanyak 25 peratus bagi menampung kekurangan hasil royalti tersebut.Dr Ahmad Samsuri (lima dari kanan) diberi penerangan mengenai projek perumahan mampu milik sempena Program 'MB Mari Kampung Kite' di Kerteh hari ini.Katanya, kerajaan negeri tetap meneruskan semua program yang ada di dalam bajet 2019 tetapi dengan pemotongan kos perbelanjaan sebanyak 25 peratus hasil kekurangan perolehan bayaran royalti tersebut."Ini bukan bermakna kemungkinan bajet itu kurang sampai akhir tahun kerana kerajaan pusat perlu juga membayar hutangnya kepada kerajaan negeri."Kerajaan Persekutuan berhutang dengan kerajaan negeri kerana membuat LPT2 dengan jumlah kos sebanyak RM1.4 bilion.Katanya, tanggungjawab membina lebuh raya adalah tanggungjawab kerajaan pusat kerana jalan berkenaan adalah jalan persekutuan."Maka kos itu patut dibiayai oleh kerajaan pusat dan itu adalah amalan pentadbiran kerajaan untuk mana-mana pembinaan lebuh raya di seluruh negara."Bagaimana pun duit untuk membina LPT2 dipinjam daripada kerajaan negeri sebanyak RM1.4 bilion, itu kita nak minta balik daripada kerajaan pusat," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri dalam proses berunding dengan kerajaan pusat untuk menyelesaikan bayaran balik hutang tersebut.Dalam masa yang sama kata beliau, kerajaan persekutuan juga masih berhutang dengan kerajaan negeri sejumlah RM400 juta lagi."Jadi jika kerajaan pusat berkira hutang kita dengan kerajaan itu, kita pun berkira jugalah dengan hutang kerajaan pusat dengan kerajaan negeri," tegasnya.
18 Apr 19
45
‘Gunakan Manfaat Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera Sebaik Mungkin’
Oleh: Muhd Afiq ZohirBESUT, 18 April - Belia negeri Terengganu yang menerima Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) dinasihatkan supaya menggunakan peluang yang diberikan kerajaan negeri sebaik mungkin.Penyelia Institut Modal Indan Terengganu Sejahtera (i-MITS) Jerteh, Ismail Abdul Rahman berkata, LMTS merupakan salah satu usaha kerajaan negeri untuk membantu rakyat yang kurang berkemampuan memilik lesen motorsikal sendiri.“Program ini bertujuan menunaikan janji kerajaan negeri untuk memberi lesen motorsikal secara percuma kepada rakyat.Ismail Abdul Rahman “Kita berharap dengan adanya program sebegini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua penerima,” berucap ketika menyampaikan taklimat kepada penerima lesen motorsikal Terengganu sejahtera (LMTS) bertempat di Dewan Masjid Hadhari, semalam.Seramai 800 belia dan beliawanis sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh menerima manfaat manifesto kerajaan negeri itu yang diagihkan bermula bulan ini.
18 Apr 19
46
165 Pelajar, 81 Guru Terima Anugerah Cemerlang
Kerajaan negeri hargai pencapaian cemerlang pelajar dan usaha para guru.KUALA TERENGGANU, 18 April - Seramai 165 pelajar dan 81 guru sekolah menengah agama di Terengganu menerima anugerah sempena kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), tahun lalu.Daripada jumlah berkenaan, seramai 89 pelajar menerima anugerah cemerlang STAM dengan keputusan Jayyid Jiddan dan Jayyid.Manakala, 16 pelajar cemerlang dalam STPM dan selebihnya menerima anugerah hasil pencapaian mereka dalam SPM 2018. Anugerah tersebut disampaikan dalam Majlis Hafl El- Takrim Sekolah-sekolah Menengah Agama Negeri Terengganu Tahun 2019, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini, semalam.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan majlis berkenaan sempat merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada penerima-penerima anugerah.Dr. Samsuri hadir meraikan penerima anugerah."Semoga kejayaan lalu akan menjadi pemangkin semangat kepada guru-guru untuk meneruskan kecemerlangan pada tahun-tahun akan datang," ucapnya.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; timbalannya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kasim serta Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad.Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim.Majlis berkenaan diadakan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pelajar, guru-guru dalam kejayaan mereka di sekolah sekali gus menyemarakkan semangat baharu untuk meningkatkan aspresiasi kecemerlangan.Dalam majlis tersebut, Dr. Samsuri turut menyampaikan Anugerah Khas Menteri Besar kepada dua pelajar cemerlang STAM iaitu Muhammad Faidhu Rahman Kamalruazmi dan Nik Karimah Nik Abdul Ghafar serta pelajar cemerlang STPM, Nur Syahidah Hassan.
17 Apr 19
163
Juara Kalam Jama’ie 2019 Milik SMAASZA
KUALA TERENGGANU, 18 April- Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) di sini menjuarai pertandingan Kalam Jama'ie peringkat negeri 2019 dalam Program Pengukuhan Bahasa Arab Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM).Sekolah berkenaan yang membawa pulang piala, medal, sijil dan wang tunai turut menerima anugerah Skrip Terbaik manakala naib johan disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Dato’ Haji Abbas dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Maarif di tempat ketiga.Pertandingan Dikir Arab dimenangi SMA Ittifakiah (juara), SMKA Wataniah (kedua), SMA Sultan Zainal Abidin, Ladang (ketiga).Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Majlis Pengurniaan Hadiah Program Pengukuhan Bahasa Arab Dan Program Pengukuhan Bahasa Inggeris Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2019 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah serta anakanda baginda Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’.Turut mengiringi, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama isteri, Tuan Faezah Tuan Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya dan isteri To’ Puan Kamsiah Dollah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali dan isteri, Zarani Othman.Hadir sama, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan DiRaja Sultan Mizan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Piala Yayasan DiRaja Sultan Mizan 2019, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Abdul Rahman Embong dan isteri To’ Puan Suraya Lee Abdullah serta Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.Bagi Program Pengukuhan Bahasa Inggeris pula, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menerong muncul sebagai johan kategori Chorasical Sketch diikuti tempat kedua, SMK Sultan Ismail 2 dan SMK Bukit Tunggal (ketiga).Bagi pertandingan Chain Story Telling, johan disandang oleh SMK Mat Lagam diikuti kedua, SMK Sultan Sulaiman dan ketiga, Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu dan Kota Putera Besut.Kategori Smart English, Sekolah Kebangsaan (SK) Putera Jaya, Setiu muncul sebagai juara manakala naib johan disandang oleh SK Sultan Sulaiman 1 dan ketiga, SK Sultan Ismail.
17 Apr 19
611