lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Setiu Rekod Jenayah Terendah
Oleh: Hidayah AzlinFoto : Ariss AliasSETIU, 24 April –  Kadar jenayah terendah yang direkodkan Setiu menyebabkan daerah ini tidak mendapat peruntukan khusus sebagai 'Bandar Selamat'.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, rekod jenayah yang rendah merupakan satu kebanggaan kepada kepimpinan dan juga penduduk daerah.Katanya, pun begitu tanpa peruntukan khusus berkenaan, kerajaan negeri tetap meneruskan perancangan pembangunan untuk kemajuan setempat."Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah  (IPD) Setiu di atas kerja keras dalam memastikan kesejahteraan dan keamanan kita bersama di daerah ini..Susulan itu kita tidak layak mendapat peruntukan Bandar Selamat kerana kawasan yang sudah dikira selamat,” jelasnya."Bagaimanapun, apabila bercakap soal kemajuan, kita tidak boleh tiru-tiru dan ikut-ikut orang.  Jangan sekali berfikir untuk maju mesti ada industri macam Kemaman. Itu dipanggil berlawan atas padang yang tidak sama rata,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kayuhan Berbasikal Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bersama Exco Pertanian Dan Komuniti di Kampung Pelong, Sungai Tong, semalam.Turut bersama dalam program sejauh 15 kilometer itu pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu.Kayuhan bermula di hadapan Sekolah Kebangsaan Sungai Lerek Langkap menuju ke Kampung Pelong agak mencabar peserta berikutan laluan jalan berbukit bukau.Dalam pada itu, Dr Azman berkata, Setiu merekodkan jumlah penghuni Melayu tertinggi di Malaysia iaitu 99.93 peratus.Sehubungan itu, kerajaan memfokuskan daerah berkenaan sebagai 'Daerah Pertanian' bersesuaian dengan persekitaran dan geografinya.Sementara itu, Dr. Azman berkata, program seumpama itu membuka ruang untuk berinteraksi secara langsung tanpa mewujudkan karenah birokrasi."Program santai sebegini sangat baik dan masyarakat kita sekarang ini semakin dekat dengan jabatan. Kita ingin kurangkan jurang birokrasi seminima mungkin sebab matlamat kita duduk sini untuk berkhidmat untuk rakyat.Katanya, kerajaan di peringkat negeri sebagai pembuat dasar, kakitangan kerajaan pelaksana dasar dan rakyat sebagai orang yang menerima manfaat daripada dasar pula perlu membentuk satu jaringan hubungan supaya tidak ketinggalan maklumat."Bila kita dapat maklumat yang tepat, ia memberi ruang kepada kita untuk membuat perancangan yang tepat sesuai dengan keperluan setempat."Kita tiada apa-apa kepentingan. Yang kita nak tengok biar rakyat dapat manfaat sebaiknya," katanya.
24 Apr 19
77
Empty Image
Akta Perikanan 1985 Perlu Dipinda
Foto oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 24 April - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim mencadangkan agar Akta Perikanan 1985 dipinda bagi membolehkan undang-undang lebih berat dilaksanakan untuk mengatasi pencerobohan nelayan asing di laut Malaysia yang semakin berleluasa hari ini.Katanya, tidak dinafikan bahawa pencerobohan nelayan Vietnam dikatakan menggugat ketenteraman dan kesejahteraan komuniti nelayan tempatan."Permasalahan yang timbul, bukanlah didorong oleh penguatkuasaan yang lemah semata-mata tetapi hakikatnya banyak lagi perkara yang perlu diperhalusi dan diambil tindakan oleh pihak-pihak berkepentingan."Salah satunya adalah perkara berkaitan perundangan yang mencakupi akta sedia ada berkenaan perikanan negara yang perlu dirombak dan diperbaiki di samping memperkenalkan undang-undang yang lebih berat kepada para pelaku yang menceroboh dan melanggar undang-undang Malaysia," tegasnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbarnya yang diedarkan di Muara Sungai Terengganu di sini hari ini berikutan demonstrasi nelayan Pantai Timur berhubung pencerobohan nelayan Vietnam yang berleluasa di Perairan Terengganu sejak akhir-akhir ini.Kira-kira 200 Nelayan Pantai Timur termasuk dari Terengganu, Kelantan dan Pahang berhimpun di situ dan kira-kira 40 buah bot nelayan Terengganuyang dipasang dengan pelbagai sepanduk, berlabuh di tempat yang sama.Mereka mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan segera membenteras lesen menangkap ikan secara 'Ali Baba' dan pencerobohan nelayan Vietnam di perairan Terengganu di atasi secara lebih berkesan.Seterusnya Haji Ahmad Amzad berpendapat, masalah tersebut boleh ditangani dengan mengambil kira semangat ASEAN dan hubungan diplomatik antara dua buah negara yang berdaulat."Tindakan seperti mengeluarkan nota bantahan diplomatik menerusi Kementerian Luar Negeri, menganjurkan forum-forum khas, mengadakan mesyuarat 'working group' dan menjalinkan perkongsian maklumat perisikan antara agensi penguatkuasaan dua negara dipercayai dapat menangani isu pencerobohan bot nelayan Vietnam ini secara holistik."Saya berpandangan menteri-menteri yang diberi mandat dalam hal ehwal perikanan dan maritim harus berpandangan lebih jauh dan realistik untuk menangani isu Bot Nelayan Vietnam dan Bot Nelayan Asing yang juga berkait rapat dengan isu hasil tangkapan yang tidak sah, penangkapan ikan secara haram dan tidak dilaporkan (illegal, unreported and unregulated fishing (IUU)," jelas beliau.Katanya, inilah masanya untuk para menteri melancarkan strategi yang tegas dan jelas dalam situasi Vietnam yang telahpun diberi kad kuning oleh Kesatuan Eropah supaya suara dan tindakan Malaysia memerangi pencerobohan nelayan-nelayan asing didengar, dilayan dan mendapat respon positif daripada masyarakat antarabangsa.Oleh itu jelasnya, tiada lagi kegusaran di pihak-pihak tertentu untuk mencabar integriti pegawai dan anggota penguatkuasa menjalankan tugas mereka di laut yang sememangnya mempunyai pelbagai kekangan."Sungguh pun begitu, saya berharap kerajaan akan meneruskan program-program pembangunan dan mengupayakan agensi penguatkuasa maritim serta mengambil tindakan proaktif terhadap masalah-masalah yang dihadapi," ujarnya lagi.
24 Apr 19
529
Empty Image
Awani Junior Cungkil Bakat Pelajar Jadi Wartawan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 24 April - Awani Junior yang ditubuhkan Sekolah Menengah Kebangsaan Balai Besar  merupakan platform bagi melahirkan wartawan serta menyerlahkan bakat serta menzahirkan keberanian pelajar..Pengerusi TV Pusat Sumber Sekolah (PSS), Nurul Aishah Mohd Yusof berkata, setiap liputan program akan dirakam dan dihantar ke Awani yang mana disiarkan melalui saluran 501 di kaca televisyen."Awani Junior ini ditubuhkan melalui TV PPS ianya bernaung di bawah program Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu."Ianya ditubuhkan pada 2016 dan melalui program ini di sebalik melatih bakat dan menjadikan mereka berani, para pelajar berpeluang mendapatkan ilmu yang tidak didapati di dalam bilik darjah ataupun di dalam kelas," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media pada program Jom Baca Selama 10 Minit yang dirasmikan Oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Isteri-isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa), Siti Zaleha Mohd yang didakan di Perpustakaan Awam Daerah Dungun, semalam.Nurul Aishah berkata, Kelab Awani Junior berkenaan sering membuat liputan ke program-program yang dianjurkan selain dari JPNT sendiri turut ke program yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar."Kerana kami sentiasa bersedia untuk hadir ke mana-mana program, jika tidak bertembung dengan program sekolah, sebagaimana program hari ini mereka berpeluang untuk menemuramah Ajk Khairunnisa juga merupakan isteri kepada Yang Berhormat Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli di samping tetamu-tetamu kenamaan yang lain, "ujarnya.Tambahnya, pelajar yang menyertai Awani Junior merupakan pelajar yang tidak terlibat dengan peperiksaan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) dan juga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terutama di Tingkatan Dua dan Empat sahaja.Katanya, peserta program itu juga dilihat begitu aktif, berani dan berketrampilan serta cemerlang dalam pelajaran mereka.
24 Apr 19
523
Empty Image
Rakyat Perlu Ambil Peluang, Kerajaan Akan Sedia Ruang – MB Terengganu
Dr. Samsuri mahu manfaat pembinaan ECRL dirasai dan digunakan sebaik mungkin oleh rakyat Terengganu. MARANG, 24 April – Kerajaan negeri mahu rakyat mengambil peluang melibatkan diri dalam aktiviti pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bagi meningkatkan ekonomi diri.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek berkenaan dapat membantu rakyat sekiranya dimanfaatkan dengan baik.“Perlu ada kerjasama erat antara kontraktor dan syarikat milik anak negeri supaya penduduk tempatan dapat terlibat dalam aktiviti pembinaan ini melalui pelbagai cara.“Ada beberapa lagi aspek yang perlu pertimbangan kerajaan negeri dalam projek ini dan kita ambil ruang berkenaan supaya dapat membantu syarikat-syarikat  ini terlibat sama,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Hentian Bas Marang yang baru siap dibina dengan nilai RM2 juta, di bandar Marang, di sini, malam tadi.Hentian Bas Marang bakal jadi pusat hubungan penting bagi daerah Marang bersama hentian ECRL Pengkalan Berangan yang bakal dibina. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman; Yang Dipertua Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim serta Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Dr. Samsuri berharap pembinaan ECRL akan merancakkan aktiviti ekonomi di dalam negeri selain turut mengesahkan terdapat pelbagai peluang pekerjaan dalam projek tersebut.“Saya juga mendapatkan kepastian pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) sama ada akan berlaku kebanjiran pekerja asing, tetapi dimaklumkan pihak China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) hanya mendatangkan tenaga pakar tanpa meminggirkan Bumiputera.“Pekerja-pekerja asing itu juga akan ditempatkan di kuarters mereka dan ini juga boleh membantu aktiviti ekonomi seperti membekalkan bahan-bahan mentah dan sebagainya ke kuarters mereka,” katanya.Beliau turut menggesa rakyat mengambil manfaat projek itu dengan mengembangkan ekonomi setempat.“Rakyat tempatan perlu ambil peluang ini dan jangan biar orang luar yang tiada kaitan dengan Terengganu ambil kesempatan,” katanya lagi.
24 Apr 19
283
Empty Image
Terengganu Sumbang RM156 Ribu Untuk Penduduk Gaza
KUALA TERENGGANU, 24 April – Kesusahan yang dialami oleh penduduk Gaza mendapat perhatian kerajaan negeri dan rakyat Terengganu apabila berjaya mengumpul sumbangan RM156,000 bagi meringankan penderitaan mereka.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih kepada semua dermawan yang memberi komitmen bagi mengumpul dana berkenaan.“Kita merasakan ini adalah tanggungjawab atas nama misi kemanusiaan (untuk) meringankan bebanan yang di hadapi rakan- rakan dan saudara kita yang berdepan dengan bencana yang amat getir  di Gaza.“Suasana ini bukan semata-mata kerana masalah  isu agama di Gaza  tetapi termasuklah tentangan (kita) terhadap aspek (hak-hak asasi) kemanusiaan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Kemanusiaan Gaza 2019 di Damai Lounge, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Dr. Samsuri berkata, selain daripada kekurangan makanan, kemudahan asas kepada penduduk ‘yang terkepung’ itu sangat minima."Jikalau pada hari ini di negeri kita bercakap tentang  nak makan apa, mereka  bercakap tentang ada makan tak hari ini. Kita bercakap  tentang nak hantar sekolah mana, mereka bercakap ada tempat tak  nak bersekolah.“Kita bercakap tentang hospital, kita ada pilihan bergantung (dengan) kemampuan duit masing-masing, mereka bercakap mengenai ada ke hospital, ada ke ubat, itulah yang mereka alami,” ujarnya.Oleh itu, katanya walaupun tidak dapat membantu secara fizikal namun sumbangan boleh disalurkan melalui badan-badan bukan kerajaan yang melaksanakan misi kemanusian ke Gaza.“Kita merasakan bahawa kita tak boleh pergi ke sana untuk ubati mereka dan ini adalah salah satu cara kita bagaimana kita boleh meringankan bebanan mereka.“Walaupun kita tak boleh buat banyak tapi (apa yang) kita buat ini sebenarnya di mata, hati dan perasaan mereka adalah satu perkara yang sangat besar ertinya. Kita dapat memahami bagaimana peritnya keadaan yang dialami oleh mereka,” tambahnya.Sementara itu, Pengarah PASRelief, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, misi kemanusiaan ke Gaza dijadualkan berlangsung pada 27 April sehingga 3 Mei ini.“Saya bagi pihak PASRelief merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Besar atas keprihatinan  yang tak pernah pudar serta menjayakan misi kemanusiaan yang dianjurkan  PASRelief dan NGO kemanusiaan yang lain sepanjang menerajui Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya.
24 Apr 19
58
Empty Image
Hapus Lesen Ali Baba, Ketatkan Kawalan Perairan Negara
Wakil Nelayan Pantai Timur (dua dari kiri) menyerahkan memorandum kepada Dr Azman (tiga dari kiri) di Muara Sungai Terengganu. Foto oleh - Wan Luqmanul HakimKUALA TERENGGANU,  24 April - Kerajaan Pusat perlu bertindak tegas menghapus lesen tangkapan ikan secara 'ali baba' dan mengetatkan kawalan perairan negara dari pencerobohan nelayan asing. Ini kerana nelayan tempatan cukup terganggu dengan kehadiran bot nelayan asing khususnya bot laut dalam dari negara vietnam sejak akhir-akhir ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah mencadangkan semua jabatan penguatkuasaan laut membentuk satu penyelarasan arahan (single command system) bagi mengatasi masalah tersebut."Apa yang paling penting ialah semua jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang di laut termasuk Agensi Penguatkuasaan Maritim, Jabatan Perikanan, Jabatan Laut, Polis Marin dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) perlu duduk semeja bagi membincangkan bagaimana segala aset kekuatan yang sedia ada boleh dimanfaat secara yang paling optimum untuk mengatasi masalah tersebut.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada kira-kira 200 nelayan Pantai Timur termasuk dari Terengganu, Kelantan dan Pahang yang berdemonstrasi mengenai isu tersebut berhampiran Taman Shah Bandar di sini hari ini.Katanya, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan pusat memandangkan di Pantai Timur sekarang, sumber perikanan negeri sudah sampai kepada tahap amaran warna merah (kritikal)."Sumber perikanan kita sudah sangat kritikal terutama bagi nelayan pantai. Sebab itulah kita cuba pertingkatkan dari segi program untuk memperkayakan sumber."Di Terengganu kita tekankan dari segi labuh tukun dan labuh unjam, kita memperkayakan balik sumber dengan cara demikian. Tetapi segala yang kita buat ini akan musnah jika pencerobohan nelayan asing tidak dibendung," jelasnya.Katanya, nelayan asing khususnya nelayan vietnam telah memusnahkan khazanah laut negeri dengan menggunakan pukat gandeng yang lebih besar bahayanya berbanding pukat tunda."Jadi program kita jadi macam 'Pak Pandir', sia-sia sahaja apa yang kita buat selama ini kerana ia tidak bermanfaat akibat pencerobohan itu."Isu ini adalah isu bersama apabila nelayan asing boleh masuk ke perairan kita sampai ke Pulau Tenggol, Dungun dalam kes yang terbaru."Kita anggap ia suatu yang sangat serius bukan bersabit curi ikan atau curi gamat tetapi ia bersabit soal kedaulatan negeri dan negara kita dan ini adalah satu isu besar," tegasnya.
23 Apr 19
264
Empty Image
Permohonan Walimatulurus Perdana 2019 Dibuka Mulai Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 24 April- Permohonan mengikuti Program Walimatulurus Perdana 2019 yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos hadapan mula dibuka hari ini (24 April).Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) itu turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).“Orang ramai yang berminat boleh memuat turun borang melalui  portal http://www.ypkt.gov.my/ dan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada ibu pejabat YPKT atau di pejabat YPK kawasan masing-masing sebelum tarikh tutup 30 Jun ini,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman, hari ini.Hanafiah berkata, antara syarat permohonan mestilah pemohon dan pasangan berumur 18 tahun ke atas dimana salah seorang daripadanya rakyat negeri Terengganu. “Pendapatan pemohon bersama pasangan RM3,000 ke bawah manakala pendapatan ibu bapa pemohon dan pasangan pula dibawah RM5,000. “Mereka juga perlu lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan,” ujarnya.Katanya, pemohon yang berjaya pada sesi temuduga perlu membayar RM1,000 bagi setiap pasangan pengantin sebagai komitmen penyertaan.Menurut Hanafiah, tawaran yang disediakan bagi setiap pasangan pada hari majlis termasuk satu set persalinan pakaian pengantin, wang caruman balik sebanyak RM1,000, khidmat juru nikah serta pakej set perkahwinan (pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
23 Apr 19
993
Empty Image
'Teruskan Jihad Pendidikan' - YDP DUN Terengganu
Haji Yahaya (tengah) membaca Surah Yasin di Masjid Sultan Ahmad Cukai Kemaman malam ini.KEMAMAN,  23 April - Kerajaan negeri mengharapkan para pendidik Terengganu meneruskan jihad pendidikan sehingga anak negeri terus cemerlang dalam bidang tersebut. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Haji Yahaya Ali berkata, mereka tidak harus berada dalam zon selesa sehingga hasrat kerajaan dan rakyat Terengganu dalam bidang tersebut tidak dapat dipertahankan."Para pendidik Terengganu tidak harus berada dalam zon selesa,  mereka perlu meneruskan  jihad pendidikan sehingga Terengganu terus cemerlang dalam pendidikan," tegasnya.Haji YahayaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2019 di Masjid Sultan Ahmad Chukai di sini malam ini.Turut hadir Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik,  Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Air Putih, Ab Razak Ibrahim, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar dan Pengarah Pendidikan Negeri, Haji Shafruddin Haji Ali Hussin.Haji Yahaya seterusnya berkata, jihad pendidikan adalah perlu bagi meletakkan negeri Terengganu lebih baik dari sebelumnya sesuai dengan moto negeri Terengganu, Maju, Berkat dan Sejahtera.
23 Apr 19
103
Empty Image
Rahmatan Lil Alamin : Utamakan Masalah Rakyat - MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.GOMBAK, 23 April - Konsep 'Rahmatan Lil 'Alamin' ataupun mana-mana slogan yang digunakan mestilah memberi keutamaan kepada menyelesaikan masalah dan bebanan rakyat.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian agama dan bangsa adalah kelompok yang mahukan suara serta masalah mereka diselesaikan.Jelasnya, mereka tidak kisah mengenai slogan atau moto menarik yang dilaungkan oleh mana-mana kerajaan.Katanya lagi, kerajaan juga mestilah berperanan dalam menyelesaikan beban rakyat kerana perkara itu secara tidak langsung akan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai slogan yang menjadi dasar kerajaan.“Kita hidup dalam ‘simple society’, rakyat tidak kisah tentang slogan dan moto ataupun prinsip menarik yang dilaungkan.“Sama ada rahmatan lil ‘alamin ataupun baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur, apa yang sebenarnya mereka mahukan adalah mereka mahu masalah sebenar mereka diselesaikan di setiap segmen dan peringkat.“Jadi sebagai sebuah kerajaan, yang pertama kita kena terangkan pada rakyat, apa yang menjadi keutamaan untuk diselesaikan dan apa langkah-langkah yang kita akan ambil,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab dalam program bersiri yang bertajuk Malaysia : Model of Rahmatan Lil ‘Alamin di Pusat Kebudayaan (ICC) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, semalam.Antara mahasiswa yang bertanyakan soalan.Turut hadir, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) UIAM, Dr. Zulkifli Hasan, Penasihat Ma’ruf Club (MC) UIAM, Dr Nik Abd Saiful Azizi Nik Abdullah, Pengarah Program, Md Hisyam Yunus, pensyarah-pensyarah UIAM serta Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM.Sementara itu, mengulas lanjut mengenai langkah Terengganu dalam berinteraksi dengan golongan LGBT, Ahmad Samsuri berkata, pihaknya mengambil pendekatan yang harmoni dan bersesuaian dengan konsep itu.Selain mengenakan hukuman yang sudah terkandung dalam undang-undang, kerajaan negeri turut menekankan konsep pendidikan bagi memberi kesedaran kepada golongan itu.“Cabaran berkait isu ini di Terengganu sudah tentu berbeza dengan peringkat Persekutuan, yang mempunyai lebih banyak cabaran.“Tahun lepas kita ada satu kes, yang mana kita ada cara dan langkah kita melalui enakmen yang ada dalam undang-undang negeri.“Dalam masa yang sama kita juga adakan proses didikan, didik mereka tentang masalah itu di setiap peringkat oleh jabatan agama,” tambah beliau.Ahmad Samsuri menegaskan, rakyat tidak mahu hanya mendengar slogan retorik semata-mata.
22 Apr 19
77
Empty Image
Budaya Membaca Teras Kemajuan
KUALA TERENGGANU, 23 April - Budaya membaca perlu menjadi gaya hidup sebagai teras pencarian ilmu dalam membangunkan bakat, kebolehan serta daya saing rakyat dari segi fizikal dan intelek untuk kemajuan negara.Isteri Menteri Besar, Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata, amalan itu merupakan langkah pertama kepada segala kemajuan dan menjadikan manusia lebih berdaya maju serta matang dari segi pemikiran."Dengan adanya masyarakat yang berbudaya membaca, negara kita akan mempunyai rakyat yang berminda aktif dan kreatif yang mampu berinovasi."Selain itu, ia mampu melahirkan warganegara yang berkebolehan melihat sesuatu daripada pelbagai perspektif berbeza,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hakcipta Sedunia Tahun 2019 di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Negeri Terengganu (PPAT), di sini, hari ini.Tambahnya lagi, kerajaan negeri juga secara langsung telah melaksanakan beberapa langkah bagi meningkatkan budaya cintakan ilmu dan kepentingan nilai kekeluargaan."Kerajaan Terengganu telah mengisytiharkan Jumaat sebagai hari ilmu dan Sabtu sebagai hari keluarga."Ambillah masa dan peluang ini untuk membawa dan meluangkan masa bersama-sama anak di perpustakaan untuk mengisi aktiviti yang berfaedah,"ujarnya.Sementara itu, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT), Marzialina Mohamed berkata, Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia merupakan acara tahunan yang disambut serentak seluruh dunia pada setiap tahun.Katanya, tujuan sambutan ini bagi memperingati dan mengiktiraf penerbitan buku serta memelihara hak penciptaannya selaras menjaga harta intelek."Terinspirasi daripada sambutan 'Earth Hour', maka program membaca 10 minit dilakukan sebagai satu langkah inovatif untuk beri nafas baharu dalam kempen pembacaan."Jika semasa Earth Hour, semua penduduk di seluruh dunia memadamkan lampu selama sejam, Jom Baca pula minta kita peruntukkan 10 minit sahaja untuk membaca secara serentak,"kata Marzialina.Tambahnya lagi, seperti tahun lalu, program ini bertujuan menyemai minat membaca dikalangan masyarakat di Malaysia dan sebagai menambahkan ilmu pengetahuan rakyat Malaysia dalam sesuatu perkara."Jumlah peserta di Terengganu pada 2018 seramai 285,906 orang dan saya berharap jumlah ini akan meningkat pada tahun ini,"ujarnya.
22 Apr 19
99