Artikel "Utama" Terkini
Skuad Penyelamat Pantai Pulau Kekabu Ditubuh - MB Terengganu
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 27 April - Terengganu dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Marang dan Majlis Daerah Marang (MDM) telah menubuhkan Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) Pertahanan Awam di Pulau Kekabu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penubuhan skuad itu adalah untuk mengawal, mencegah serta menyelamat mangsa yang mengalami apa jua risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini.Jelasnya, lokasi pesisir pantai Terengganu akan semakin disenangi oleh pengunjung-pengunjung, terutamanya pelancong asing yang gemar dengan aktiviti-aktiviti di laut dan pantai.“Tentunya bila ada pasukan keselamatan (lifeguard), terutamanya di 49 lokasi di Malaysia (termasuk tiga di Terengganu) akan membantu mengurangkan kemalangan jiwa di kawasan rekreasi.“Kita mengharapkan dengan kewujudan 20 orang ‘lifeguard’ di Pantai Kekabu ini, pengunjung-pengunjung akan berasa selamat dan yakin untuk membawa keluarga masing-masing berkelah di tepi pantai,” ujarnya.Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) APM Terengganu di Pantai Pulau Kekabu, di sini hari ini.Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua MDM, Huzairil Nizam Ibrahim serta Pengarah APM Terengganu, Kol. (Pa) Che Adam A. Rahman.Ahmad Samsuri turut memberi keyakinan bahawa penubuhan pasukan penyelamat itu akan turut diaktifkan di lokasi-lokasi lain yang menerima pengunjung-pengunjung dari pelbagai tempat.Tambah beliau lagi, skuad itu tidak hanya tertumpu di kawasan pantai semata-mata, sebaliknya pasukan itu akan meliputi seluruh tempat rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung termasuk Santuari Kelah di Kenyir.“Insya-Allah kita pun menjangkakan bahawa bukan sekadar di Pulau Kekabu ini, tetapi juga akan diperluaskan di tempat-tempat lain di seluruh negeri Terengganu.“Yang kita lihat ada potensi, tempat yang cantik, pasir yang putih bersih, kita akan bincang dengan APM dan agensi yang terlibat untuk cari dan tambah pasukan ini di tempat berkenaan,” tambah beliau.Untuk rekod, dua lagi lokasi yang mempunyai skuad 'Lifeguard' di Terengganu ialah Pantai Bukit Kluang, Besut dan Pantai Taman Laut, Pulau Redang, Kuala Nerus.
27 Apr 19
748
Terima Kasih APMM
Haji Ahmad Amzad (tengah) bersalaman dengan Anggota APMM.KUALA TERENGGANU, 27 April - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim memuji gerak cepat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 64 nelayan Vietnam dan enam buah bot mereka di sini hari ini. "Saya ke Ibu Pejabat Maritim Wilayah Terengganu tadi untuk berjumpa team yang melakukan tangkapan dan meninjau proses 64 tahanan nelayan Vietnam di lokap APMM serta bot-bot yang ditahan. "Syabas dan tahniah serta terima kasih dari rakyat untuk APMM, " tulis beliau dalam status facebooknya hari ini.
27 Apr 19
141
Terengganu Pergiat Program Kesedaran Alam Sekitar
Dr. Alias Razak.SETIU, 27 April - Kerajaan negeri terus mempergiatkan program bagi memupuk dan meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan rakyat Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, alam sekitar yang bersih, sihat dan berkualiti adalah penting untuk mejamin kesejahteraan kepada semua masyarakat.Jelasnya, kegagalan memelihara khazanah bernilai itu akan menyebabkan kemerosotan kualiti ekosistem seperti pencemaran yang akhirnya menyumbang kepada kepupusan alam.“Pelbagai program dan inisiatif telah kita anjurkan dengan kerjasama pelbagai pihak supaya kesedaran masyarakat setempat dan juga pelajar dapat dipertingkatkan.“Sekali gus ia akan memberi manfaat kepada generasi akan datang untuk terus melihat khazanah alam yang cukup bernilai ini, seperti tuntung darat, tuntung laut dan spesis pokok sungai,” katanya. Berucap merasmikan majlis penutup.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Terengganu Setiu Wetland Camp (T-SWetC) 2019 di Bari Beach Resort, di sini kelmarin. Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Konservasi Semenanjung Malaysia, Norizan Mohd Mazlan, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT), Rosman Roslan, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar serta Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Wan Zuraidi Wan Zaid.Alias turut memberi peringatan tentang usaha menjaga dan memberikan kesedaran itu tidak hanya tertumpu kepada pihak kerajaan dan organisasi tertentu sahaja.Sebaliknya beliau berkata, semua pihak perlu berusaha untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti tersebut.“Usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, bukan hanya pihak kerajaan yang harus dipertanggungjawabkan, tetapi semua pihak bekerjasama dalam usaha ini demi masa depan generasi akan datang.“Apa yang penting setiap individu perlu bersedia membuat perubahan kepada cara hidup seharian dengan amalan-amalan mesra alam seperti amalan kitar semula,” tegas beliau.Program T-SWetC 2019 yang dianjurkan oleh Tabung Alam Malaysia (WWF-Malaysia) dengan kerjasama PSKT itu menghimpunkan seramai 80 pelajar dari 19 buah sekolah seluruh Terengganu.Program itu bertujuan memupuk kesedaran melalui pendidikan tentang kepentingan dan keindahan Tanah Bencah Setiu.
26 Apr 19
256
Direktori Usahawan Desa Bakal Diwujudkan
Datuk Seri Rina (empat dari kanan) diperlihatkan keunikan songket Terengganu ketika melawat booth pameran dan jualan di Stadium Tertutup Gong Badak pagi tadi.KUALA NERUS, 26 April - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mewujudkan satu direktori khas usahawan desa bagi mengumpul semua usahawan berkenaan dari seluruh negara yang kini berjumlah kira-kira 87 ribu orang.Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, setakat ini KPLB belum lagi mewujudkan direktori tersebut memandangkan Pakatan Harapan (PH) baru sahaja mengambil alih teraju pentadbiran negara dari Barisan Nasional (BN) selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) tahun lepas ."Banyak benda yang kementerian saya kena buat memandang PH baru sahaja hampir setahun memerintah negara ini," katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Desa (KUD) 2019 di Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini pagi tadi.Datuk Seri Rina (dua dari kanan) melaksanakan gimik perasmian di pentas utama KUD 2019.Turut hadir Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Datuk Seri Rina seterusnya berkata mengumpul data-data usahawan sangat penting untuk menjadi rujukan berbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta serta orang awam.Katanya, buku cenderamata KUD sudah tercatat nama usahawan-usahawan tersebut.Datuk Seri Rina"Ini adalah salah satu proses kerajaan untuk melengkapkan data-data usahawan desa ini."Bila saya memimpin kementerian banyak nak kena buat. Salah satu daripadanya, kita perlu ada data untuk membuat perancangan dan tindakan, itu sangat penting," jelasnya.Katanya, dalam maklumat kerajaan jumlah usahawan desa di seluruh negara ialah 87 ribu orang.Datuk Seri Rina (kiri) menyampaikan hadiah utama RM55 Ribu kepada seorang peserta pertandingan memancing sempena KUD 2019"Manakala 24 peratus daripadanya adalah usahawan wanita dan kerajaan berhasrat untuk meningkatkan lagi produktiviti keusahawanan di kalangan mereka supaya lebih berdaya saing di samping dapat meningkatkan lagi pendapatan keluarga," ujarnya.
25 Apr 19
306
ECRL: Sedikit Perubahan Jajaran Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 25 April - Projek mega laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Terengganu akan mengalami sedikit perubahan jajaran.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jumlah stesen juga dikurangkan kepada enam berbanding perancangan asal sebanyak lapan.“Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) ECRL yang diuruskan oleh Kerajaan Malaysia dan pihak Kerajaan China di mana pegangan antara mereka (adalah) 50-50. “Dan sekarang ini dalam proses peringkat akhir dari segi laluan. Apa yang berlaku selepas sebelum penangguhan, kerajaan telah membuat satu penentuan tertentu tentang laluan termasuklah stesen-stesen yang akan dilalui,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Misi Kemanusiaan Gaza 2019 di Damai Loungce, Tingkat U2, Wisma Darul Iman, semalam.Menurut Dr. Samsuri, laluan jajaran baru itu diubah sedikit ke sebelah dalam bukan menghala ke pantai seperti laluan asal sebelum ini.Oleh itu kata beliau, selepas diberhentikan sementara, kemudiannya Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa pertimbangan baru untuk mengurangkan kos pembinaan.“Antaranya mengurangkan jumlah stesen dan mengubah yang laluan awal itu yang tidak melalui Serendah, Gombak dan Bentong serta dibuat melalui Bangi menghala ke Kuala Kelawang dan Jelebu ke Mentakab.“Walaupun begitu penentuan terakhir itu dan masih lagi ada perbincangan dengan pihak kerajaan negeri dan kita telah menubuhkan satu jawatankuasa bersama mereka untuk perhalusi pelbagai perkara termasukah isu pengambil alihan tanah, isu kelulusan untuk kerja-kerja peringkat kerajaan tempatan dan sebagainya,” katanya.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Pusat walaupun laluan baru agak berbeza sedikit tetapi tidak mengubah objektif asal yang mahu dicapai.“Prosesnya tidak semudah boleh selesai tahun ini. Kita jangka boleh selesai akhir tahun ini ataupun awal tahun depan baru selesai dari segi jajaran baru. “Daripada enam (gerabak) itu dua adalah untuk kargo dan empat adalah penumpang sahaja. (stesen kargo) ada dua, satu di Chukai, Kemaman dan satu lagi di Dungun,” jelasnya. Tambahnya lagi, kerajaan negeri akan memberikan kerjasama dan mempermudahkan perbincangan selanjutnya dengan pihak MRL dan Kerajaan Pusat agar projek itu dipercepatkan.
25 Apr 19
288
RM109.75 Juta Peruntukan Luar Bandar Negeri Terengganu
Datuk Seri Rina Mohd Harun (kanan) semasa sesi taklimat sempena kunjungan hormat kepada Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak RM109.75 juta untuk pembangunan kawasan luar bandar di Terengganu di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, sebanyak 10 projek baharu dan 39 projek sambungan akan dilaksanakan tahun ini membabitkan pembinaan infrastruktur dan pembangunan masyarakat.Katanya, antara yang turut diluluskan adalah pembinaan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Dungun dan peruntukan baik pulih MRSM Imtiaz.Bual mesra antara Dr Ahmad Samsuri (kanan) dan Datuk Seri Rina sempena kunjungan hormat menteri itu ke Pejabat Menteri Besar hari ini.“Perbincangan yang diadakan khusus berkaitan pembangunan luar bandar, bukan saja infra, tetapi juga membangunkan masyarakat luar bandar daripada segi sosio ekonomi, keusahawanan dan modal insan.“Malah, antara yang akan diberi perhatian kementerian adalah berkaitan bekalan air untuk kawasan luar bandar,” katanya.Datuk Seri RinaBeliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Imam, di sini hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim.Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, beliau menyambut positif peruntukan bagi projek pembangunan yang diluluskan tahun ini.Katanya, kerajaan negeri juga akan membuat permohonan baharu bagi tahun 2020 dan mengharapkan pertimbangan daripada kementerian.Beliau berkata, permohonan bagi 2020 merangkumi projek jalan luar bandar, jalan perhubungan desa, program ameniti sosial dan bekalan air luar bandar.“Kerajaan negeri akan mengambil apa jua langkah supaya ia dapat dilaksanakan dengan efisyen dan akan memberi pertolongan semaksimum mungkin kepada kementerian serta agensi terbabit.“Kita juga berharap permohonan akan datang diperhalusi dan dipertimbangkan,” katanya.
25 Apr 19
159
Sekolah Pondok Ditambah Baik, Serap Bidang Kemahiran
HULU TERENGGANU, 25 April- Sistem pembelajaran 138 sekolah pondok di Terengganu akan ditambah baik dengan menjadikan pelbagai bidang kemahiran sebagai mata pelajaran tambahan.Perkara itu akan diusahakan dengan mengguna pakai tenaga pengajar dari mana-mana institusi kemahiran termasuk Terengganu Timber Industry Training Center (TTITC).Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata pihaknya akan meneliti sebaik mungkin inisiatif itu dengan sekolah pondok di setiap Parlimen akan diserapkan bidang kemahiran berlainan.Katanya, sebagai contoh, sekolah pondok di Hulu Terengganu bermungkinan akan mengutamakan kemahiran perkayuan."Manakala Kemaman akan memfokuskan bidang kimpalan, Dungun pula berkaitan pembaikian penghawa dingin atau alatan elektrik lain."Seterusnya lain-lain parlimen boleh memilih bidang jahitan, masakan dan sebagainya, "katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Graduasi Pertama TTITC, di sini, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah TTITC, Muhyiddin Abdul Rashid.Majlis itu meraikan seramai 103 pelajar diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).Pelajar SKM bidang pengukiran kayu, Muhammad Afiq Yusaini dianugerahkan pelajar cemerlang tangan emas dan layak membawa pulang wang tunai RM1,000.Satiful turut memberitahu, pendekatan menambah baik modul pembelajaran di sekolah pondok adalah wajar."Alasannya pelajar bukan sahaja mampu menguasai al- Quran dan akademik semata- mata malah boleh menguasai bidang kemahiran."Apabila tamat pembelajaran kelak, mereka boleh menentukan hala tuju diri sama ada mahu menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, bekerja di mana- mana syarikat milik kerajaan atau swasta dan boleh juga menceburi bidang usahawan, " katanya.
25 Apr 19
392
Terengganu Teruskan Program Madinah Ramadhan
KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan program Madinah Ramadhan bagi menggalakkan umat Islam menghidupkan bulan penuh rahmat dengan amalan yang dituntut dan disarankan oleh Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, program yang memasuki edisi kedua dilaksanakan di Terengganu itu berupaya menarik perhatian masyarakat termasuk pelancong luar kerana menawarkan pelbagai aktiviti keilmuan dan ibadah sepanjang Ramadhan.Katanya, ianya bakal diadakan di Dataran Batu Burok dan bertujuan bagi mengingati kefardhuan puasa yang dihayati oleh Nabi Muhammad S.A.W bersama umat Islam Madinah secara khususnya.“Dalam erti kata lain, kita hendak jadikan bandaraya ini umpama satu bandar seperti (Madinah) yang hidup di bulan Ramadhan dengan amalan yang dituntut oleh agama.“Walaupun program keagamaan biasanya dilakukan di masjid dan surau tetapi kita bina satu tempat di Dataran Batu Burok yang kita namakan ‘Madinah Ramadhan’ dengan memuatkan pelbagai pengisian yang sangat unik,” ujarnya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman selepas mengadakan lawatan ke tapak Program Madinah Ramadhan di Dataran Batu Burok, hari ini.Katanya, antara acara yang diatur termasuk berbuka puasa bersama, solat Maghrib dan Isyak berjemaah serta solat tarawih bersama imam dari luar negara. “Selain itu, ada pengisian lain termasuk tazkirah, kuliah, bicara wanita, program khusus bersama mat motor, anak-anak muda, beliawanis dan seumpamanya,” ujarnya.Mohd Nor berkata, program tersebut juga memberi kemudahan kepada para pengunjung untuk mengisi waktu terluang selepas membeli-belah atau beriadah di sekitar Pantai Batu Burok dan peniaga Bazar Ramadhan berhampiran untuk berbuka puasa di sini, seterusnya menunaikan solat.“Saya menyeru orang ramai termasuk pelancong dan mereka yang bukan beragama Islam untuk mengambil kesempatan merasai suasana Ramadhan di sini. “Orang ramai yang beriadah bersama keluarga dan yang menziarahi kaum keluarga di Hospital Sultanah Nur Zahirah juga tidak perlu lagi gusar kerana turut berkesempatan menghidupkan bulan mulia ini menerusi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan negeri ini,” ujarnya.
24 Apr 19
387
MB Terengganu Rai Konvoi Kembara Zakat Kebangsaan 2019
Menteri Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang menyertai KKZ 2019.KUALA TERENGGANU, 25 April - Kerajaan Terengganu mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), agensi-agensi zakat negeri dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri (MAIN) seluruh negara atas kunjungan ke negeri itu.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar meraikan dan mengalu-alukan kedatangan para peserta walaupun program berlangsung dalam tempoh yang singkat iaitu selama dua hari.“Kami merasa bertuah dikunjungi rakan-rakan dari pelbagai negeri. Semoga peserta dapat memanfaatkan program dan menambah pengetahuan tentang agensi zakat. “Kerajaan negeri juga membuka tangan seluas-luasnya kepada sebarang program bermanfaat yang ingin dianjurkan di sini pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan penutup Kembara Zakat (KKZ) 2019 Peringkat Kebangsaan dalam Majlis Makan Malam bersama Menteri Besar di Wisma Darul Iman, semalam.Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pegawai-pegawai kanan negeri serta kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).Turut hadir, Yang Dipertua MAIDAM, Othman Muda dan Ketua Pengarah JAWHAR, Ruslan Said selaku penganjur utama program. Kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang program yang bermanfaat di negeri ini - Dr. Samsuri.Majlis berkenaan diadakan sempena kejayaan penganjuran KKZ yang terbesar kali ini serta bagi meraikan sekitar 20 jabatan terdiri daripada agensi zakat dan MAIN dengan hampir 200 peserta konvoi.KKZ merupakan acara tahunan kali ketujuh yang telah diadakan sejak tahun 2012 di negeri-negeri berlainan.Tahun ini, KKZ menjelajah ke tiga daerah iaitu Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang bagi mempromosikan institusi zakat agar masyarakat mendapat maklumat selain menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf yang ditemui.Dr. Samsuri turut berharap agar program yang diadakan memberi manfaat kepada peserta dan masyarakat setempat.“Sebelum pulang, saya berdoa semoga negeri kita dicucuri rahmat Allah SWT dan semoga pertemuan ini akan menjadi kenangan terindah tuan-tuan dan puan-puan,” katanya.
24 Apr 19
49
'Saya Berehat Bila Saya Mati' - Abdul Hadi
Ayah Cik (kiri) bersama Ustaz Azhar di Rusila semalam.MARANG, 25 April - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hanya akan berhenti daripada menjalankan kerja-kerja agama apabila kembali kepada Pencipta."Ditanya soalan oleh seorang sahabat, bilakah waktu untuk berehat daripada kerja-kerja agama, saya jawab, 'bila liang lahad mula digali'."Semoga Allah tetapkan hati kita bersama di atas jalan agama Islam dan perjuangannya," tulis beliau dalam status facebooknya semalam.Sebelum itu, pada sebelah pagi, Tuan Guru Abdul Hadi dikunjungi oleh Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus di rumah anak lelakinya Yusof Abdul Hadi di Pesisir Pantai Rusila, di sini.Para tetamu dijamu selera dengan nasi dagang."Pagi ini (semalam) menerima kunjungan tetamu Ustaz Azhar Idrus di rumah anakanda Yusuf dan menjamu sarapan nasi dagang," jelasnya.Menjadi kebiasaan mana-mana tetamu Presiden PAS itu, mereka akan dijamu dengan nasi dagang sesuai dengan suasana pagi dan tradisi makanan masyarakat Melayu Islam Terengganu.Pertemuan Ustaz Azhar dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dikenali masyarakat Rusila sebagai Ayah Cik itu bukan kali pertama diadakan.Difahamkan tidak kurang dari tiga kali mereka berjumpa dalam kesempatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung.Ini menunjukkan hubungan kedua-duanya amat erat apa lagi kedua-duanya memainkan peranan besar dalam usaha mendidik anak Negeri Terengganu khususnya dan rakyat Malaysia amnya dengan agama dan perjuangan Islam.Ustaz Azhar mempunyai jadual kuliahnya tersendiri termasuk di Masjid Rusila di sini yang juga menjadi tempat Tuan Guru Abdul Hadi berkuliah setiap pagi Jumaat, jika tidak berkeuzuran.Antara kitab terpenting pernah dihuraikan oleh Tuan Guru Presiden PAS itu di masjid berkenaan ialah Petunjuk Sepanjang Jalan karangan Asy Syahid Syed Qutb, pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir yang mati di tali gantung (1906-1966).Kitab itu diajar oleh Tuan Guru Abdul Hadi secara terbuka di masjid itu, setiap malam selasa sekitar tahun 1980-an, sehingga tamat.
24 Apr 19
1244