lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
4 MB Hadir Muktamar PAS Pusat
Dr Ahmad Samsuri MokhtarKUANTAN, 21 Jun - Hubungan pembangkang antara PAS dan UMNO di Terengganu dengan negeri pembangkang lain amat baik selepas Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar  berkata, hubungan menteri  besar PAS dan UMNO sangat baik dengan adanya perjumpaan di peringkat pusat sebelum ini."Dengan penyertaan menteri besar dalam Muktamar PAS Pusat hari ini menambah erat lagi hubungan sedia terjalin sebelum ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Di Stadium Tertutup SUKPA Bandar Indera Mahkota di sini hari ini.Empat menteri besar negeri pembangkang hadir ke Muktamar PAS Pusat  di stadium tersebut termasuk dari Pahang, Terengganu, Kelantan dan Perlis.Mereka itu ialah Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man.Penyertaan kepimpinan UMNO dalam muktamar tersebut amat luar biasa jika dibandingkan dengan program PAS sebelum ini.Sebelum itu satu jawatankuasa pemandu kerjasama kedua-dua belah pihak telah ditubuhkan dan telah beberapa kali mengadakan mesyuarat untuk mengatur langkah kerjasama antara PAS dan UMNO.
21 Jun 19
89
Empty Image
Muktamar PAS: 'Sistem Pendidikan PH Celaru’- Presiden PAS
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi AwangOleh:Fidee AzizKUANTAN, 21 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan(PH) gagal memperkenalkan sistem pendidikan bertunjangkan agama dalam menyelesaikan masalah sosial berleluasa di Malaysia hari ini.Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata ini kerana pencapaian pelajar hanya menggunakan kayu pengukur tidak menyeluruh bagi menjadikan sistem pendidikan menjadi terbaik.“Guru-Guru diperkenalkan dengan eksperimen baharu yang terus memberi penekanan kepada bidang perguruan.“Mereka (Kerajaan PH) menjadikan guru dan murid sebagai bahan eksperimen dengan memperkenalkan dasar-dasar baharu," jarnyaBeliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar  di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perlis, Dato’Seri Azlan Man.
21 Jun 19
71
Empty Image
Muktamar PAS : Terengganu, Kelantan Bukti PAS Serius Banteras Rasuah
Abdul Hadi memeriksa barisan Jabatan AmalKUANTAN, 21 Jun - PAS terus komited untuk  memperjuangkan negara beritergriti dan ia telah dibuktikan melalui dua negeri ditadbir mereka iaitu Terengganu dan Kelantan.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa PAS bukan sekadar berteori semata-mata seperti sesetengah pihak."Berdepan dengan pentadbiran PH, PAS akan terus komited memperjuangkan Malaysia yang bebas rasuah, telus dan berdaya saing dengan kritikan yang membina sebagaimana yang kita tunjukkan selama ini."Kita bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil untuk semua sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu termasuklah Kedah, bukannya seperti Pakatan Harapan ibarat paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih," ujarnya.Menteri Besar Kelantan dan Terengganu.Beliau berkata demikian dalam Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Indera Mahkota, di sini, hari ini.Abdul Hadi turut mengulangi saranan agar satu penilaian bebas dan menyeluruh dibuat menerusi badan yang berautoriti tinggi dalam menguruskan gejala tersebut Katanya, segala tuduhan rasuah juga haruslah disiasat dan diadili dengan cara yang terbaik tanpa memilih latar belakang orang yang didakwa."Segala pertuduhan rasuah dan pecah amanah perlu disiasat dan didakwa di mahkamah secara adil oleh hakim, bukannya dibicarakan di ‘mahkamah media’ oleh menteri," ujarnya."Ia harus dibuat melalui Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC)."Bagi meneliti setiap laporan dan syor yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Bank Negara Malaysia (BNM)," kata beliau.Tambah beliau, hal itu penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan dan kecekapan operasi di pihak Tabung Haji (TH), Felda, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan institusi ekonomi Bumiputera yang terpenting. 
21 Jun 19
88
Empty Image
Muktamar PAS: Keadilan Kelantan Dan Terengganu Terbukti
Dato' Seri Abdul Hadi (tengah) membuang undi dalam Pemilihan Jawatan Kerja PAS Pusat, di Muktamar Tahunan PAS Ke-65 di Bandar Indera Mahkota, Kuantan hari ini.KUANTAN, 21 Jun -PAS melalui pemerintahan di Kelantan dan Terengganu sudah berjaya membuktikan keadilan kepada semua kaum dan bangsa.Presiden PAS berkata kejayaan itu bukan hanya ucapan kosong sebaliknya sudah dibuktikan melalui hak kebajikan dan beragama yang dijaga oleh kerajaan di bawah kepimpinan PAS.Katanya, hubungan dalam masyarakat majmuk wajib dipelihara dengan mengutamakan mesej Islam dan telah berjaya disampaikan.“Jangan sekali-kali bertindak dengan cara melulu sehingga menutup pintub bermasyarakat dan menghalang dakwah dengan tindakan kononnya beragama tetapi melakukan kejahilan dengan menghalang Islam disampaikan melalui pergaulan masyarakat yang telah ditetapkan sempadannya oleh hukum Islam.“Kita bukan berteori kerana telah membuktikan dengan rekod bebas rasuah, telus, berhemat dan adil untuk semua sepanjang pemerintahan PAS di Kelantan, Terengganu termasuk Kedah, bukannya seperti Pakatan Harapan (PH) ibarat kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota di sini, hari ini.Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Betara Kanan Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man dan wakil dari beberapa kedutaan asing.
21 Jun 19
154
Empty Image
'PAS Sedia Hadapi PRU15' -Abdul Hadi
Ketibaan Tuan Guru Presiden PAS Ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65. Oleh: Fidee AzizKUANTAN, 21 Jun- PAS mengambil pendekatan untuk mengarah semua jentera parti membuat persiapan lebih awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan menggunakan strategi yang berkesan.Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata jentera parti perlu bersedia lebih awal bagi mengharungi pilihanraya tersebut dengan melakukan gerak kerja yang berstrategi.“Saya menyeru seluruh organisasi PAS untuk mengatur persiapan bagi menghadapi PRU15 yang boleh berlangsung lebih awal daripada tempoh lima tahun dari sekarang.“Keutamaan perlu diberikan kepada aspek penambahan ahli, pendaftaran pengundi, pelebaran pengaruh dan penguasaan media secara berstrategi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man dan wakil-wakil kedutaan asing.Dr Ahmad Samsuri berkata, kerja asas Jabatan Pilihan Raya perlu disepadukan di semua peringkat melibatkan kesediaan jentera, latihan, simulasi dan kewangan mengikut tanda aras dan arahan yang ditetapkan.Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan bahawa sebarang kerjasama politik, pembahagian kerusi dan pemilihan calon perlu diserahkan kepada Majlis Syura Ulama dan PAS pusat.
21 Jun 19
44
Empty Image
Muktamar PAS : Junjung Perpaduan, Tolak Budaya Ekstrem
Abdul Hadi memberi amaran kepada pencetus ketegangan kaum.KUANTAN, 21 Jun - PAS menolak sebarang budaya dan pemahaman ekstrem yang boleh menggugat perpaduan pelbagai kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu akan bekerja bagi terus mengukuhkan keharmonian dan mengelak perpecahan daripada berlaku.“Kita perlu menolak sebarang usaha untuk memisahkan penyatuan dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Selatan Sudan serta Timur-Timur yang lebih malang nasibnya selepas berpisah.“Jadi anggota PAS Sabah dan Sarawak berperanan untuk memimpin perpaduan ini, mewakili suara umat Islam di tengah kemajmukan kaum dan etnik melalui pendekatan dialog serta aktiviti kebajikan supaya dapat membuka lembaran baru kerjasama politik yang mencerminkan wajah Malaysia harmoni,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) di Indera Mahkota hari ini.Ahli Parlimen Marang itu turut bertegas supaya semua rakyat mempertahankan kewujudan masyarakat majmuk dalam negara ini.Jelasnya, perkara itu adalah berlandaskan petunjuk Islam, bukannya bermain politik, ia  buktikan dengan adanya sayap bukan Islam dalam PAS.“Dan adanya pada Parti UMNO yang bersifat Melayu Islam tidak berpisah dan Bumiputera tegar, namun tetap menjalin rantaian yang tidak putus dengan semua kaum yang lain.“Maka kita menentang sesiapa sahaja yang mahu membakar api perkauman dan fanatik agama yang merosakkan masyarakat majmuk ini,” tambah beliau.
20 Jun 19
34
Empty Image
Muktamar PAS : Kelantan Dan Terengganu Sebagai Ikon Pentadbiran
Dato' Dr Mahfodz (berdiri) menyampaikan Ucaptama di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota.KUANTAN, 20 Jun - Dewan Ulama PAS Pusat menyarankan agar kejayaan Kelantan dan Terengganu diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model pentadbiran ‘nubuwah’ sekiranya Allah mengizinkan PAS dan pakatannya memerintah Malaysia kelak.Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, anugerah kemenangan yang Allah kurniakan kepada PAS pada Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk mentadbir dua buah negeri tersebut mesti dimanfaatkan sebaik-baiknya.Katanya, kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh Kelantan dan Terengganu tidak hanya sebagai tatapan untuk rakyat sahaja, malah ia merupakan bukti kejayaan PAS dalam mencorakkan pentadbiran berlandaskan Islam.“Kejayaan di Kelantan dan Terengganu mesti diangkat sebagai ikon pentadbiran PAS untuk Malaysia sebagai suatu model pentadbiran ‘nubuwah’ sekiranya Allah mengizinkan PAS dan pakatannya memerintah Malaysia kelak,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-58 di Wisma Belia di Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, wakil Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan mantan Ketua-ketua Dewan Ulama PAS Pusat.Dato' Dr Mahfodz berkata, peranan media dan 'lujnah' penerangan parti amat penting dalam memperluaskan capaian kejayaan di Kelantan dan Terengganu.Malah katanya, ia perlu dipromosikan secara lebih meluas kepada rakyat Malaysia untuk mereka berkunjung ke Kelantan dan Terengganu bagi melihat suasana dan perkembangan terkini di negeri-negeri tersebut.“Tahun melawat Kelantan dan Terengganu mestilah dijadikan peluang bagi menyebarluaskan penerangan serta informasi berkaitan kejayaan, pembaharuan serta pencapaian yang telah dikecapi oleh Kelantan dan Terengganu.“Malah kajian perbandingan hasil pentadbiran PAS dengan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu juga dibuat bagi membuktikan kemampuan dan kewibawaan PAS dalam pentadbiran,” ujarnya.Katanya, selain kajian di peringkat pentadbiran yang ditonjolkan, kajian mengenai disiplin dan etika kalangan wakil rakyat PAS juga mesti ditonjolkan, agar rakyat mampu menilai bahawa kejayaan negeri yang ditadbir oleh PAS adalah hasil 'tarbiyah' yang diterapkan dalam PAS.Sehubungan itu, tambahnya, seluruh kepimpinan termasuk wakil rakyat PAS perlu terus komited dengan agenda tarbiyah PAS kerana ia adalah kunci rahsia kejayaan.
20 Jun 19
544
Empty Image
Muktamar PAS : ‘Taawun PAS-UMNO Mimpi Ngeri PH’
Dato' Dr Mahfodz Mohamed. KUANTAN, 20 Jun - Hasil kerjasama (taawun) antara PAS-UMNO menjadi satu  mimpi ngeri buat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini.Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed   berkata, ini ditambah dengan 'mood' rakyat telah berubah  kerana bosan dengan sikap kerajaan yang tidak menunaikan janji manifesto.“Mood rakyat terutama kalangan anak muda dilihat sudah bosan dengan sikap Kerajaan PH yang tidak menunaikan janji manifesto yang ditawarkan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu dengan alasan yang tidak berkesudahan.“Kerajaan itu hanya menyalahkan kerajaan terdahulu setelah gagal melaksanakan agenda mereka.“Malah dalam siri-siri pilihan raya kecil (PRK) yang berlaku sebanyak tujuh kali di semenanjung Malaysia dan satu di Sabah, hasil taawun PAS-UMNO telah berjaya memenangi majoriti PRK tersebut,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucaptama Muktamar Dewan Ulama PAS  Ke-58 di Wisma Belia Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Perwakilan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Kali Ke-58.Turut hadir Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin, wakil Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Malaysia, Dewan Muslimat PAS Pusat, Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat dan mantan Ketua-ketua Dewan Ulama PAS Pusat.Dato' Dr Mahfodz  berkata, taawun PAS-UMNO juga mempunyai kekuatan yang besar malah mengatasi kiraan undi popular PH jika dilihat daripada sudut strategi gabung undi dalam PRU14 lalu.Katanya, berdasarkan capaian dalam pilihan raya itu, PH mendapat sebanyak 5.8 juta undi manakala UMNO menerusi Barisan Nasional (BN) mendapat undi sebanyak 4.09 juta dan PAS pula menerusi Gagasan Sejahtera mendapat 2.04 juta undi.“Secara kasar atas perkiraan undi popular ini, gabungan antara PAS-UMNO telah melebihi undi yang mereka (PH) perolehi. Disebabkan itu , PH sama sekali tidak akan membenarkan kerjasama PAS-UMNO ini berjaya dibentuk,” jelasnya.Wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat turut hadir di Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat Ke-58.Justeru itu, katanya, gabungan undi yang melibatkan pengundi Melayu Islam menerusi taawun itu merupakan strategi ampuh bagi memastikan keberadaan kaum Melayu sebagai kaum teras, menjadi penentu kestabilan politik tanah air.“Jika gabungan undi ini berjaya dilaksanakan dengan baik dan sempurna, maka paling minimum 65 peratus kesatuan suara pengundi Melayu akan berjaya dibentuk,” ujarnya.Katanya, menurut analisa PRU14 secara atas kertas, sokongan pengundi Melayu kepada PAS adalah sekitar 30 hingga 35 peratus manakala UMNO pula sebanyak 35 hingga 40 peratus.“Walaupun peratusan tidak mencecah 90 peratus, namun ia tetap meresahkan pihak kerajaan PH khususnya DAP.“Ini kerana komposisi kaum Melayu dan bumiputera adalah besar iaitu mencecah 69.1 peratus berbanding kaum Cina (23 peratus), India (6.9 peratus) dan lain-lain kaum (1 peratus). Ini berdasarkan kepada laporan Perangkaan Malaysia mengenai komposisi kaum di Malaysia pada tahun 2018,” tambahnya lagi.
20 Jun 19
112
Empty Image
Golden Pharos Berhad Umum Dividen RM1.7 Juta Setelah 11 Tahun
Dato' Tengku Hassan umum berita gembira buat pemegang saham GPB.KUALA TERENGGANU, 20 Jun - Golden Pharos Berhad (GPB), anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu mengumumkan bayaran dividen buat kali pertama selepas 11 tahun, kali terakhir pada tahun 2008 dengan jumlah sebanyak RM1.8 juta.Pengerusi Jawatankuassa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata, pembayaran dividen itu berjumlah 1.27 sen bagi setiap unit saham biasa dengan jumlah keseluruhan RM1.7 juta. “Pembayaran dividen ini diputuskan setelah kita mencatat keuntungan tujuh kali berturut-turut (selama 21 bulan) sejak suku ketiga 2017 dengan peningkatan sebanyak 264 peratus iaitu sebanyak RM1.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (FY18).“Keuntungan ini juga merupakan prestasi terbaik syarikat dengan peningkatan hasil sebanyak 13 peratus lebih tinggi kepada RM74.12 juta berbanding RM65.64 juta sebelum ini yang mana kebanyakannya disumbangkan oleh sektor pembalakan dan pengilangan,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan GPB kali ke-31 di Primula Beach Hotel, di sini hari ini.Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato’ Nadza Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn. Bhd., Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Dato' Nadza harap prestasi kekal positif.Dalam perkembangan sama, Dato’ Nadza turut berharap prestasi GPB akan terus positif dengan jangkaan positif ekonomi Malaysia berdasarkan data jangkaan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).“Pada tahun 2019 ini, BNM menjangkakan ekonomi negara akan meningkat sebanyak 4.3 peratus dan kita jangkakan perkembangan syarikat akan sejajar dengan peningkatan ini,” katanya.GPB memiliki kawasan pembalakan seluas 129,000 hektar di bawah perjanjian konsesi bersama kerajaan negeri. Setiap tahun hanya 2,600 hektar boleh diusahakan hasil berdasarkan Catuan Tebangan Tahunan (CTT).Bagaimanapun, GPB juga mengusahakan program Ladang Hutan untuk menggantikan balak-balak yang telah ditebang. “Selain itu, berbeza dengan syarikat perladangan lain, rasional kita mengadakan Ladang Hutan adalah untuk membekalkan kayu kepada anak syarikat kita iaitu Permint Plywood Sdn. Bhd.,” katanya.
20 Jun 19
1018
Empty Image
Terengganu Dan Kelantan Meterai Perjanjian Sempadan Negeri - MB
Menteri Besar Terengganu dan Kelantan bertukar dokumen perjanjian.PUTRAJAYA, 20 Jun - Kerajaan Terengganu dan Kelantan hari ini menandatangani perjanjian untuk menyelesaikan persempadanan kedua-dua negeri itu yang melibatkan jajaran 198.7 kilometer.Persefahaman itu ditandangani oleh Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yakob di Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, di sini.Majlis itu disaksikan oleh Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Dr. Xavier Jayakumar, Ketua Setiausaha KATS, Dato' Zurinah Pawanteh, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' A. Rahman Yahya dan Setiausaha Kerajaan Kelantan, Dato' Nazran Muhammad.Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ahmad Samsuri berkata, perkara itu penting bagi membolehkan rundingan penentuan sempadan maritim antara negeri hingga laut wilayah dimulakan.Katanya, kesungguhan itu juga tidak akan berjaya tanpa pengorbanan yang dilakukan oleh anggota-anggota pasukan ukur Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)."Terima kasih atas usaha yang bersungguh-sungguh ini, termasuklah hero yang tidak didendang, ada yang telah terkorban semasa menjalankan tugas ini kerana topografi berbukit bukau yang sangat mencabar."Perkara ini akan menjadi bahan sejarah yang sangat bernilai untuk generasi yang akan datang," katanya.Sementara itu, Ahmad Yakob pula berkata, langkah berkenaan pastinya membawa banyak kebaikan kepada Kelantan terutamanya daripada segi penguatkuasaan."Supaya tanah dan kawasan di sempadan dapat dibangunkan dengan baik, dan kerjasama pun akan bertambah baik."Kerana kita sudah ada sempadan yang tetap, semoga dengan ini kita dapat mengawal sempadan kita daripada pencerobohan hutan," ujarnya.Operasi bersama antara kerajaan negeri dan pusat yang berjaya dimuktamadkan hari ini sudah bermula sejak 2 Mac 2012 lepas.
20 Jun 19
311