Artikel "Utama" Terkini
'Tiada Aktiviti Pembalakan Di Zon Penampan' - Ariffin Deraman
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Kerajaan negeri mengehadkan kawasan pembalakan di luar 'Buffer Zone' (BZ) atau Zon Penampan bagi mengelakkan berlaku kesan buruk terhadap alam sekitar terutama di Tasik Kenyir dan kawasan hutan negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, bagi kelarian sungai atau alur air dalam kawasan lesen disyaratkan ditanda BZ dan disediakan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT). "Kelebaran BZ adalah 10 meter minima dan mengikut kelebaran sungai atau alur air. Bagi kawasan lesen pembalakan, sempadan lesen dibuat di luar kawasan BZ," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung air Sungai Lasir, Tasik Kenyir keruh berikutan aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran baru-baru ini.Katanya, bagi kes kelarian jalan hutan melintasi alur air atau sungai, struktur lintasan alur air (culvert atau pembentong dan jambatan) perlu dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan JPNT.Jambatan dibina tidak ikut spesifikasi ditetapkan. Foto Ihsan dari JPNT"Ini antara sebab kenapa aktiviti berkenaan dihentikan, sementara pelesen diarah mengambil inisiatif mengikut peraturan yang ditetapkan sebelum meneruskan kerja-kerja pembalakan," katanya.Baru-baru ini kerajaan negeri telah dimaklum mengenai air sungai Lasir, Tasik Kenyir Hulu Terengganu didapati keruh kerana aktiviti pembalakan tidak mematuhi spesifikasi Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan 2013) yang disyaratkan JPNT.Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, difahamkan JPNT telah menjalankan siasatan dan mengarahkan operasi pembalakan pelesen di kawasan tersebut dihentikan sementara agar spesifikasi dipatuhi.Katanya, kekeruhan air Sungai Lasir itu berlaku ekoran daripada aktiviti pembinaan jalan hutan dan sebuah jambatan melintasi anak sungai ke kawasan kelulusan membalak di Kompartmen 20 GS Hulu Terengganu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
22 Jul 19
523
MB, YDP DUN Terima Darjah Kebesaran Terengganu
Menteri Besar Terengganu menerima pingat daripada Sultan Mizan.KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar antara 48 penerima darjah kebesaran dan bintang sempena Istiadat Pengurniaan Gelaran Dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2019, hari ini.Beliau menerima Darjah Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.S.M.Z.) membawa gelaran Dato’ Seri pada istiadat pengurniaan yang diadakan di Istana Syarqiyyah, Chendering.Seramai sepuluh orang pula menerima Darjah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’, mengetuai penerima gelaran ialah Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Yahaya Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Zahari Md. Azahar serta Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri, Zainal Abidin Hussin.Darjah Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z.), turut dianugerahkan kepada 10 orang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri, Satiful Bahari Mamat, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad, Pengarah Yayasan Islam Terengganu, Ahmad Azmi Md Salleh, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A Bakar, Pegawai Daerah dan Pentadbir Tanah Besut, Rozali Salleh.Yahaya Ali turut menerima pingat.Manakala, Darjah Setia Mahkota Terengganu (S.M.T.) pula dianugerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta tiga penerima lagi.Selain itu, seramai tujuh orang menerima Darjah Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (A.M.Z.) yang diketuai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim, 12 orang menerima Darjah Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.).
21 Jul 19
1048
Terengganu Desak Perubahan Peraturan Bot Laut Dalam
Dr Azman (tiga dari kanan) melihat kemudahan disediakan di Pelabuhan Perikanan Chendering.Oleh: Hidayah AzlinKUALA TERENGGANU, 22 Julai - Kerajaan Terengganu terus komited mendesak penambahbaikan dasar dan peraturan penggunaan bot laut dalam kelas C dan C2 demi kebaikan nelayan tempatan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata menjadi isu panas apabila pelabuhan dan jeti perikanan Terengganu didakwa menjadi ‘port’ nelayan asing.Katanya, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan kajian dibuat oleh Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Salahuddin Ayub yang dijanjikan dalam masa tiga bulan untuk menyelesaikan masalah tersebut. "Memang kita tidak menafikan bahawa ramai nelayan asing berkeliaran di pelabuhan perikanan termasuk di Chendering. Puncanya kerana ada peraturan yang membenarkan bot laut dalam kelas C dan C2 menggunakan tekong dan awak-awak nelayan asing.Dr Azman (dua dari kanan) menyatakan sesuatu ketika melawat Pelabuhan Perikanan Chenderig petang semalam."Saya dimaklumkan bahawa untuk lesen bot kelas C, dibenarkan penggunaan awak-awak nelayan asing termasuk tekong yang majoritinya dari Vietnam sehingga 80 peratus. Disyaratkan 20 peratus sahaja untuk nelayan tempatan. Sementara bot kelas C2, dibenarkan 100 peratus penggunaan awak-awak nelayan asing termasuk tekong,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas lawatan kerja di Pelabuhan Perikanan Chendering, di sini petang semalam.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata agensi penguatkuasaan tidak dapat mengambil sebarang tindakan kerana mereka berada di pelabuhan dengan kebenaran tanpa melanggar peraturan. "Selagi dasar dan peraturan tidak diubah, kita tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Tuan lesen adalah orang tempatan, tetapi bot dioperasikan oleh orang asing,’’ jelasnya.Sementara itu katanya tidak ada pendaratan ikan dibuat oleh bot nelayan asing di semua pelabuhan perikanan di Terengganu kerana ia adalah satu kesalahan dari segi undang-undang negara.Serentak itu beliau menafikan dakwaan kononnya terdapat bot asing Vietnam yang berlabuh di pelabuhan perikanan tersebut. "Buat apa mereka datang serah diri. Pencerobohan bot nelayan asing ini berlaku di laut lepas." katanya.
21 Jul 19
53
Tapak Kompleks Sukan Mini Marang Terengganu Sedang Diteliti
Wan Sukairi (tengah) meneliti tapak cadangan di Padang Kekabu. MARANG, 22 Julai - Tapak Kompleks Sukan Mini Marang sedang diteliti dan dikaji sebelum proses mempersiapkan tapak berjalan sepenuhnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri telah mengenal pasti dua lokasi sesuai untuk dibina kompleks sukan yang akan memberi manfaat kepada ratusan ribu penduduk di sana.Jelasnya, Bukit Mawi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang dan Padang Kekabu di kawasan DUN Bukit Payung adalah dua tempat terpilih yang akan diteliti sebelum salah satunya dipilih bagi menjayakan pembinaan itu. “Selepas ini kita akan berbincang dan mengkaji (daripada sudut kos dan kesan) dengan beberapa pihak bagi dua tempat ini untuk kita dirikan kompleks tersebut yang diberikan bajet oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).“Kompleks sukan ini akan menempatkan kemudahan bagi sukan-sukan utama seperti trek olahraga, bola sepak dan beberapa sukan ‘indoor’ lain yang sekali gus akan meningkatkan lagi prestasi sukan di daerah dan negeri ini.Wan Sukairi berkata, pembinaan projek itu akan mengambil kira soal kos dan implikasi kepada penduduk setempat.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Tapak Cadangan Pembinaan Kompleks Sukan Mini Marang di Bukit Payung dan Bukit Kor, di sini semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang (MDM), Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ru Rendang, Wahad Osman, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 9, Mamat Jusuh serta Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan KBS.Mengulas lanjut, Wan Sukairi memaklumkan, pihaknya tidak meletakkan sebarang tempoh kepada pihak terlibat khususnya JKR dan MDM untuk menyiapkan anggaran kasar serta implikasi projek di dua tempat tersebut.“Kita sedang menilai tapak yang terbaik, jadi kita tidak meletakkan satu tempoh yang tertentu.“Walau bagaimanapun, kita harap pemilihan tapak yang sesuai ini kita dapat selesaikan dalam masa satu hingga dua bulan ini,” tambah beliau.Pada Februari lalu, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan sebuah kompleks sukan mini bakal dibina di daerah Marang. Turut meneliti tapak cadangan kedua di Bukit Mawi.Menurut Dr. Samsuri, pembinaan kompleks sukan bernilai RM4 juta itu merupakan satu daripada 10 projek Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diluluskan untuk negeri Terengganu bagi tahun 2019.“Lebih menarik, kita juga menerima tambahan satu lagi projek iaitu kompleks sukan mini buat warga Marang,” katanya.
21 Jul 19
612
Kerajaan Negeri Bangun Pertanian Generasi Kedua Felda Selasih - Dr Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim (berbaju kelabu) beramah mesra dengan anak-anak pelajar.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 20 Julai - Kerajaan negeri menyasarkan pembangunan pertanian bagi generasi kedua Felda Selasih, Jabi bagi memajukan dan meningkatkan kadar jumlah penduduk yang semakin berkurangan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, penghijrahan penduduk ke bandar bagi mencari rezeki antara faktor pengurangan ini berlaku.“Untuk Sekolah Kebangsaan Felda Selasih ini, sebenarnya di peringkat kerajaan terdapat perancangan untuk meramaikan dewan ini sebab kapasiti dewan sekolah ini boleh memuatkan seramai lebih 90 orang daripada yang ada sekarang ini."Insya-Allah, kita dalam perancangan untuk membuka tapak rumah, tapak pertanian dengan keluasan sekitar lima ekar seorang dan tapak padang ragut untuk generasi kedua Felda Selasih,” ujarnya."Matlamat kita supaya anak-anak generasi kedua tidak pergi jauh, biar sama-sama duduk di kampung untuk bersatu membangun dan memajukan kampung yang sangat unik dan digambarkan seperti New Zealand oleh guru besar,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Science Show Universiti Sains Islam Malaysia Negeri Sembilan di Sekolah Kebangsaan Felda Selasih, di sini kelmarin.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, usahasama pihak sekolah dalam memupuk minat pelajar terhadap ilmu Sains amat penting dengan menyedari bahawa Sains adalah antara khazanah ilmu Islam.Ianya bukan ilmu mutlak dan hak orang barat malah ia semakin mendekatkan manusia kepada Allah."Sekarang ini, pelajar sekolah di luar bandar tidak lagi melihat Sains dan Matematik ini subjek yang susah. Dulu bila disebut Sains dan Matematik, terus semua geleng kepala. Alhamdulillah, kini semua sudah mampu berdaya saing."Fakta yang ada dalam al-Quran dibuktikan melalui kajian Sains. Sebab apa ia benar? Sebab fakta yang dinyatakan itu oleh Pencipta Alam ini, Tuhan Yang Maha Mengetahui,’’ katanya.Menurut Dr Azman, pada tahun 2002 sehingga 2006, National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah membuat kajian bagi mencabar fakta daripada al-Quran tentang jumlah hujan yang turun setiap tahun adalah kadar yang sama."Akhirnya mereka temui kebenaran fakta yang dikemukakan oleh al-Quran yang sememangnya jumlah hujan turun di muka bumi ini setiap tahun sama. Cuma yang membezakan ialah di mana dan bila ianya turun,’’ tambahnya."Kata Ibnu Abbas bagi menghuraikan makna 'dengan kadar' ini , hujan yang turun dari langit sebenarnya kadarnya sama setiap tahun. Sekiranya tidak sama, ia akan menjadikan kitaran air atas muka bumi ini menjadi tidak seimbang."Sebab itu saya sebut sekali lagi, kita jangan pisah Sains dengan agama Islam dan jangan menganggap ilmu orang lain, kita tumpang-tumpang je."Sebenarnya orang barat yang tumpang kita. Cuma dia ambil ilmu , mereka tinggal akidah. Kita nak ambil ilmu Sains dan akidah supaya ilmu yang diperoleh ini dia semakin mengukuhkah akidah," tegasnya.
20 Jul 19
720
Rumah Mampu Milik Bakal Dibina Di Marang Terengganu
Dr Alias Razak (tengah).MARANG, 20 Julai - Projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang berharga RM68 ribu seunit di bawah seliaan kerajaan negeri bakal dibina di Bukit Gasing, di sini pada tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, perancangan awal projek RMM melibatkan empat lokasi terpilih dan dua daripadanya di Marang serta Besut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).Jelasnya, projek yang akan dibangunkan di dua tempat berkenaan membabitkan kos keseluruhan bernilai RM151 juta untuk tahun ini.“Pada asalnya kita bagi dua cadangan lokasi di Marang, iaitu Bukit Gasing dan Pulau Kerengga, yang dipilih adalah Bukit Gasing ini.“Dengan jumlah itu, kita yakin ia dapat menampung keperluan penduduk di Bukit Gasing khususnya dan juga daerah Marang ini untuk menjalani kehidupan seharian,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap dalam Program Marang Sihat di perkarangan Masjid Bukit Gasing, di sini hari ini.Hadir sama dalam majlis itu, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Tan Sin Yew dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Gasing, Ismail Ibrahim.Menurut Alias lagi, usaha tersebut membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dengan pembangunan luar bandar bagi memastikan kelompok itu tidak ketinggalan daripada menerima manfaat.Katanya, ia juga sekali gus akan memastikan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas mendapatkan lot tanah atau kediaman selaras dengan manifesto yang dijanjikan.“Semoga perkara ini akan mencapai matlamat kita, iaitu untuk memberi rumah pada setiap rakyat Terengganu yang berumur 21 tahun ke atas, insya-Allah.“Kita juga akan berusaha untuk perbanyakkan lagi RMM di daerah-daerah lain tetapi kita utamakan dahulu di kawasan yang terdesak dan mudah mencari tanah,” tambah beliau.
20 Jul 19
749
Sultan Mizan Cemar Duli Ke Terengganu CFA International Cat Show
Sultanah Nur Zahirah meneliti salah seekor kucing yang menyertai pertandingan.KUALA NERUS, 20 Julai - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mencemar duli berangkat ke Terengganu CFA International Cat Show yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Keberangkatan baginda turut diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Tengku Muhammad Mua'az Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Fatimatuz Zahra Sultan Mizan Zainal Abidin.Menyambut keberangkatan baginda, Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Turut serta, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan timbalannya, Sulaiman Sulong.Sultan Mizan sukacita ketika mendukung kucing baka exotic short hair.Sebanyak 225 ekor kucing pelbagai baka daripada 140 peserta dipertandingkan dengan kehadiran 10 juri dari seluruh dunia.Program yang julung-julung kali diadakan di negeri itu merupakan anjuran bersama Jabatan Pelancongan negeri dan Asian Abyssinian Cat Club.Selain menjadi platform kepada penggemar kucing yang berpusat di pantai timur, acara itu juga mempromosikan Kempen Beautiful Terengganu, Malaysia dalam mewujudkan kolaborasi produk dan penganjuran untuk memperkasakan lagi destinasi pelancongan negeri.Sekitar 5,000 pengunjung daripada pelbagai peringkat umur menghadiri pertunjukan berkenaan di hari pertama karnival.Penganjur pertandingan menerangkan kepada Sultan Mizan berkaitan kucing-kucing yang dipertandingkan.
20 Jul 19
680
Ilham Tepis Keluar Kemenangan JDT Ke Atas Terengganu FC
Ilham cemerlang kawal kubu TFC. Foto: Media TFC.KUALA TERENGGANU, 20 Julai - Ketangkasan Ilham Amirullah Razali menampan sepakan penalti penyerang Johor Darul Takzim (JDT), Diogo Luis Santo pada minit ke-90 membantu Terengganu Football Club (TFC) membawa pulang satu mata dalam aksi terakhir Liga Super Malaysia (MSL) 2019, semalam.Beraksi di gelanggang lawan, TFC bangkit dari ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama untuk mencatatkan keputusan seri 3-3 menentang juara Liga Super itu.Biarpun mendahului tuan rumah pada minit ke-24 hasil rembatan deras Sanjar Shaakhmedov, Sang Penyu terpaksa berhempas-pulas menahan asakan barisan bintang Harimau Selatan sedari awal permainan.Kepercayaan Nafuzi kepada anak buahnya terbalas. Foto:Media TFC.Nafuzi Zain cuba memanfaatkan kehadiran pemain pertahanan TFC 2 yang baru dinaikkan, Serhii Anrdrieiev dalam memperkukuhkan barisan bentengnya.Bagaimanapun, tuan rumah berjaya memadamkan kelebihan TFC apabila Leandro Velazquez yang menerima umpanan Azrif Nasrulhaq menyamakan kedudukan pada minit ke-31.Empat minit berselang, pemain kelahiran Terengganu, Safawi Rasid pula meletakkan JDT di hadapan selepas menyempurnakan lorongan Harris Harun dengan rembatan kaki kiri.Kubu pelawat bocor lagi pada minit akhir separuh masa pertama, kali ini melalui Gonzalo Cabrera yang menewaskan tiga pertahanan TFC sebelum menolak bola leret melepasi penjaga gol.Keadaan mula berubah di babak kedua dengan TFC mula memperkemas serangan balas bagi mengendurkan ancaman JDT.Serhii cemerlang dalam aksi pertama bersama TFC. Foto: Media TFC.Pada minit ke-65, Serhii membuktikan dirinya layak menyarung jersi skuad 'abang' setelah tandukan kemasnya menerjah gawang lawan.Adrenalin Sang Penyu mula memuncak dan Harimau mula tampak goyah.Pemain muda yang semakin meningkat, Rahmat Makasuf memberi harapan kepada TFC apabila dia dijatuhkan di luar kotak penalti lawan pada minit ke-77.Foto: Media TFC.Seminit kemudian, Lee Tuck menyempurnakan harapan pasukan dengan melencongkan bola rendah menggegar gawang lawan.Bagaimanapun, sebaik permainan kembali dimulakan kapten pasukan itu dilayangkan kad merah kerana mengasari lawan menyebabkan TFC terpaksa berkubu di kawasan sendiri.JDT terus menyerang, sekalipun dihadiahkan penalti pada akhir perlawanan, Ilham gagah menyempurnakan tugasnya menampan 'tiga mata' dari terhasil di Larkin.Pemain TFC meraikan penyokong yang hadir ke Larkin.
19 Jul 19
951
'Bantu Marawi Satu Keutamaan' - Abdul Hadi Awang
Dato' Seri Abdul Hadi Awang.KUALA NERUS, 19 Julai - Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) diminta memberi tumpuan membantu negara-negara jiran bermasalah seperti Marawi, Mindanao, Filipina kerana ia merupakan satu keutamaan.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah yang diambil untuk membantu jiran serumpun itu mendapat tiga pahala termasuk kelebihan kerana menolong saudara seIslam, menghubungkan silaturrahim dan jiran tetangga.“Saya memperingatkan kepada semua NGO terbabit supaya menumpukan perhatian kepada jiran tetangga dan sahabat handai yang dekat dengan kita kerana saya dapati terlalu banyak aktiviti yang bertaburan ke sana ke mari sampai ke Afrika, sampai ke mana-mana sebab semangat tinggi sedangkan kawasan yang dekat dengan kita sendiri kita tidak bantu.“Di Filipina, Indonesia dan Rohingya, Myanmar yang dekat dengan kita tetapi kita pergi ke tempat lain jauh-jauh. Bukan tak boleh tetapi mesti mengutamakan jiran serumpun dahulu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Antarabangsa Marawi di Duyong Marina & Resort, di sini malam ini.Turut hadir, Pengerusi Agensi Pembangunan Bangsa Moro, Dr Saffrullah M Dipatuan dan Presiden Yayasan Amal Malaysia, Haji Hussin Ismail.Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Presiden PAS seterusnya berkata, Filipina terjebak dalam konflik politik yang perlu diselesaikan oleh umat Islam.“Autonomi memberi ruang untuk menyatakan Islam secara damai kepada pihak yang lain khususnya rakan sebangsa.“Bandar Marawi menghadapi krisis permusuhan sesama sendiri, berlaku pengeboman di masjid bukan sahaja pasar dan hotel kira-kira dua tahun yang lalu, tidak perlu sebut nama siapa yang terlibat.“Ia mencetuskan keganasan dan pembunuhan, yang matinya orang Islam lebih ramai dari orang bukan Islam kerana sikap melampau ini,” tambahnya lagi.Bagaimanapun katanya, dengan kerjasama pelbagai pihak, permusuhan itu dapat diredakan sehingga berjaya melaksanakan autonomi di Marawi.
19 Jul 19
54
Berikutan Air Sungai Lasir Keruh: Kegiatan Pembalakan Dihentikan Sementara
Jambatan dibina tidak ikut spesifikasi ditetapkan. Foto Ihsan dari JPNTKUALA TERENGGANU, 19 Julai – Kerajaan Negeri telah dimaklum mengenai air sungai Lasir, Tasik Kenyir Hulu Terengganu didapati keruh kerana aktiviti pembalakan tidak mematuhi spesifikasi Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan 2013) yang disyaratkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT).Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri difahamkan JPNT telah menjalankan penyiasatan dan mengarahkan operasi pembalakan pelesen di kawasan tersebut dihentikan sementara agar spesifikasi dipatuhi.Katanya, kekeruhan air Sungai Lasir itu berlaku ekoran daripada aktiviti pembinaan jalan hutan dan sebuah jambatan melintasi anak sungai ke kawasan kelulusan membalak di Kompartmen 20 GS Hulu Terengganu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.“Saya menerima laporan bahawa pihak pelesen gagal mematuhi sepenuhnya spesifikasi pembinaan jambatan berdasarkan Garis Panduan Jalan Hutan 2010 (Pindaan 2013) yang disyaratkan oleh JPNT,” katanya ketika dihubungi hari ini.Ustaz Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, JPNT telah menahan sementara semua aktiviti pembalakan di kawasan tersebut dan mengarahkan pihak pelesen supaya melaksanakan kerja pemulihan serta merta dan mengambil langkah mitigasi (mengurangkan) kesan aktiviti terbabit. Katanya, jabatan itu telah mengarahkan supaya pihak pelesen mengatasi isu hakisan tanah jambatan ke dalam anak sungai sekali gus memastikan impak kekeruhan air sungai dapat diminimakan.“Lokasi kompartmen itu berada di hulu anak sungai yang mengalir ke Sungai Lasir dan terdapat lebihan tanah hasil kerja tanah pembinaan jalan dan jambatan kemudian mengalir ke sungai (anak sungai Lasir) ketika berlakunya hujan.Jalan balak dibina menuju ke Kompartmen 20 GS Hulu Terengganu tidak mengikut peraturan. Foto Ihsan dari JPNT.“Seterusnya mengalir ke Sungai Lasir dan terus ke Tasik Kenyir melalui kawasan Air Terjun Lasir,” jelasnya.Menurutnya air keruh itu terjadi apabila hujan lebat turun di kawasan lesen pembalakan berkaitan. Katanya, jabatan berkenaan akan sentiasa memantau pelaksanaan langkah pemulihan oleh pihak pelesen tersebut sebelum membenarkan semula aktiviti pembalakan.Sementara itu pemilik ‘houseboat’ akan dipanggil untuk menghentikan sementara penghantaran pelancong ke detinasi berhampiran agar tidak timbul tanggapan negatif terhadap industri pelancongan di Tasik Kenyir.
19 Jul 19
612