lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Operasi Terjah Sungai Lasir: JPNT Turun Padang
Mohd Rahim (kiri) menyatakan sesuatu agar pelesen membaik pulih semula jambatan yang dibina bagi mengelakkan air sungai Lasir terus keruh.HULU TERENGGANU, 25 Julai - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu (JPNT) turun padang meninjau punca kejadian air sungai Lasir keruh  di kawasan pembalakan di hutan Hulu Terengganu hari ini.Jabatan itu membuat penyiasatan secara menyeluruh sambil mengarahkan pelesen memenuhi spesifikasi yang ditetapkan bagi menghalang kejadian itu terus berlaku.Kira-kira 20 kakitangan dengan menaiki lima buah  pacuan empat  roda diketuai Pengarah Perhutanan Negeri, Encik Mohd Rahim Rani, berlepas dari Pejabat Hutan Daerah Terengganu Barat, awal pagi ini menuju ke sungai berkenaan.Rombongan  itu sampai ke destinasi kira-kira lebih sejam perjalanan melalui lereng bukit jalan becak.Turut serta tiga kakitangan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam satu operasi dinamakan Terjah Bersama JPNT di Alur Sungai Lasir berhampiran Tasik Kenyir berikutan tular air  kawasan pelancongan itu keruh dipercayai akibat pembalakan tidak terkawal.Jambatan dibina tidak mengikut spesifikasi menyebabkan air sungai Lasir keruh.Dalam tinjauan UPDI didapati kegiatan pembalakan di alur sungai Lasir itu dihentikan sementara  sejak insiden tersebut  setelah diarah berbuat demikian oleh JPNT.Hari ini pelesen masih berusaha membaiki untuk mitigasi (mengurangkan) kesan pembalakan termasuk aliran tanah ke dalam alur sungai akibat pembinaan jambatan dan jalan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.Pelesen yang enggan namanya disebut ketika  ditemui menjelaskan bahawa jalan balak sepanjang 2 kilometer baru diguna tidak sampai sebulan setelah mula dibina Mei lalu."Ia membabitkan jejambat sepanjang 75 meter dengan kelebaran kira-kira 10 meter dengan kos keseluruhan membina jalan sebanyak RM500 ribu," jelasnya.Didapati jalan tanah merah itu terlalu lembut kerana masih baru dibina terutama ketika hujan turun hampir setiap hari sepanjang bulan Julai ini.Air hujan menyebabkan tanah liat di kawasan itu turun ke alur sungai mengakibat air sungai menjadi keruh.Warna kuning di tiang kayu (dalam bulatan merah) menunjukkan tanda zon penampan Sungai Lasir, 20 meter dari gigi air sungai berkenaan.Difahamkan pembalakan tidak sesuai dijalankan akhir tahun kerana musim tengkujuh.Didapati hanya seorang pelesen sahaja menjalankan aktiviti pembalakan di situ sebagaimana dibenarkan kerajaan.Aktiviti pembalakan di situ dibenarkan seluas 229 hektar dan kemajuan pembalakan sebanyak 40 peratus.Sementara zon penampan diukur 20 meter dari gigi air alur sungai di kedua-dua sisi.Tidak dibenarkan aktiviti pembalakan  dijalankan oleh mana-mana pihak termasuk di kawasan pelesen, di  zon penampan di bahu sungai itu.Alur sungai itu mengalir ke Sungai Lasir dan seterusnya ke Tasik Kenyir sepanjang 6 kilometer dan ia berada di pinggir kawasan pembalakan.
25 Jul 19
202
Empty Image
Jangan Bimbang, 'Mek Belara' Beruang Matahari Kini Selamat
KUALA NERUS, 24 Julai - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu memaklumkan, beruang betina ‘Mek Belara’ seberat 70 kilogram (kg) yang masuk perangkap di kebun salah seorang peneroka Felda Belara awal pagi semalam tidak mengalami nasib yang sama seperti 'Awang Besol'.Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof ketika dihubungi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) hari ini mengesahkan bahawa haiwan liar daripada spesies Malayan Sun Bear atau Beruang Matahari itu dalam keadaan sihat dan telah dihantar ke Taman Negara Terengganu petang semalam bagi membolehkannya hidup di habitat asal yang lebih luas. Beliau turut menyatakan, pihak PERHILITAN telah memasang dua lagi perangkap di kawasan sama untuk memerangkap dua ekor lagi mamalia berkenaan.“Berdasarkan bukti daripada laporan orang kampung, kita mengesahkan ‘Mek Belara’ merupakan salah satu daripada tiga ekor beruang yang dikesan berkeliaran dalam kawasan kebun itu sejak dua minggu lalu dan dipercayai adalah satu keluarga.“Pihak kami dengan bantuan masyarakat Felda akan memantau keadaan ini sehingga kedua-duanya ditangkap,” katanya.Dalam perkembangan sama, Dr. Abdul Malek berkata, operasi menjejak seekor lagi harimau di Besol masih diteruskan sebagai langkah keselamatan serta mengesahkan kewujudan haiwan itu sebagaimana maklumat yang diterima daripada orang ramai, baru-baru ini.
24 Jul 19
95
Empty Image
Terengganu Bina 160 Rumah Pangsa Mampu Milik Bantu B40 - MB
Ahmad Samsuri merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek RPMM Tok Jembal.KUALA NERUS, 24 Julai - Sebanyak 160 buah Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Tok Jembal yang bernilai RM26 juta menjadi projek terbaharu Kerajaan Terengganu bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40) memiliki rumah pertama.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu golongan berpendapatan isi rumah RM3,500 sebulan dan ke bawah untuk tinggal di rumah selesa dan mempunyai fasiliti yang mencukupi.Jelasnya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu Bahagian Perumahan dipertanggungjawabkan sebagai agensi pemantau untuk projek rumah berharga RM68,000 yang dijangka siap Jun 2021.“Pembinaan RPMM di atas tanah milik kerajaan yang berkeluasan 4.205 ekar itu melibatkan 160 unit rumah merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik air.“Kerajaan tidak hanya menyediakan tempat tinggal semata-mata, malah menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tempat letak kereta, dewan serbaguna, surau, tadika, gerai, taman permainan dan kawasan rekreasi untuk kemudahan dan keselesaan para penduduk,” ujarnya.RPMM dibina di atas tanah kerajaan dijangka memberi manfaat kepada 160 keluarga.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pecah Tanah RPMM Tok Jembal, Seberang Takir, di sini hari ini.Hadir sama dalam majlis itu, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Bentara Dalam A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar serta Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), Tengku Bijaya Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.Sementara itu, Ahmad Samsuri memberitahu, kerajaan negeri sentiasa meneliti keluhan rakyat di seluruh daerah yang masih belum memiliki kediaman dan perkara itu sedang diambil perjalanan oleh wakil rakyat masing-masing.“Kita sedar rumah dan tanah merupakan dua isu yang sangat mendesak kepada rakyat dan antara keluhan yang dialami sejak puluhan tahun lalu.“Permintaan untuk rumah tinggi tetapi kita mengalami kesukaran mencari kawasan yang bersesuaian terutama di kawasan padat penduduk seperti di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Justeru pencarian bagi menentukan tanah bersesuaian menyebabkan proses itu memakan sedikit masa,” tambah beliau.Penerima Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) bersama Jadual 5A yang mereka peroleh sekali gus menjadi bukti komitmen Terengganu untuk menunaikan janji.Untuk rekod, projek RPMM itu merupakan projek Rumah Mampu Milik (RMM) kedua selepas RMM Kampung Tajin yang dirasmikan awal bulan lalu.Kerajaan menyasarkan untuk membina lebih 20,000 unit RMM untuk seluruh rakyat negeri Terengganu dengan membabitkan empat lokasi terpilih..
24 Jul 19
1040
Empty Image
Piala Cabaran : TFC II Berdepan Laluan Sukar Pertahan Kejuaraan
Foto ihsan - MFLKUALA TERENGGANU, 23 Julai - Juara Piala Cabaran 2018, Terengganu FC II (TFC II) berdepan laluan sukar selepas diundi dalam kumpulan B bersama naib juara musim lepas, UKM FC selain dua pasukan lain iaitu Selangor United dan pasukan Liga Super, Kuala Lumpur bagi saingan 2019.Dalam undian yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) itu, naib juara Liga Premier 2019, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) pula bakal berentap bersama pasukan Kelantan dan Sarawak dalam aksi kumpulan A.Mengikut format kejohanan, dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan, layak ke peringkat separuh akhir, dengan aksi awal kumpulan akan bermula pada 6 Ogos ini.Dua pasukan yang mara ke perlawanan akhir akan berentap dengan menggunakan format timbal balik pada 6 dan 12 Oktober nanti.Untuk rekod, TFC II menewaskan UKM FC menerusi keputusan agregat 4-2 untuk meraih kejuaraan sulung Piala Cabaran pada musim lepas.Kejohanan Bola Sepak Piala Cabaran diperkenalkan buat julung kali oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) pada musim lepas bagi memastikan pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia tidak ketinggalan dalam aksi kompetitif sehingga penghujung musim.Ia sekaligus berjaya mengekalkan dan meningkatkan konsistensi semua pasukan dalam Liga Malaysia sebelum aksi musim baharu bermula.TFC II muncul juara pada edisi sulung musim lalu.
23 Jul 19
86
Empty Image
Terengganu Sentiasa Pantau Ajaran Sesat
KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sentiasa memantau dari semasa ke semasa usaha menyekat penyebaran ajaran sesat di negeri ini.Yang Dipertuanya, Dato’ Osman Muda berkata, walaupun tahun ini tiada sebarang maklumat mengenai gerakan ajaran sesat yang dilaporkan, namun pihaknya tetap melakukan pemantauan bagi mengelak ia tersebar dan berleluasa.“Kegiatan ajaran sesat di negeri ini masih lagi dalam kawalan dan kita turut mengharapkan kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan terdapat kegiatan menyeleweng dan penyebaran ajaran sesat di kawasan mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kegiatan ajaran sesat di negeri ini selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Peringkat Negeri Kali Ke-4 di Taman Tamadun Islam, hari ini.Katanya, terdapat pelbagai faktor menyebabkan individu terjebak de­­­ngan ajaran sesat, antaranya di­se­babkan kejahilan individu itu sendiri terhadap ajaran Islam di­tambah pula dengan perkembangan teknologi maklumat yang memungkinkan penyebaran pelbagai informasi kepada sesiapa sahaja.“Kebiasaannya, mereka yang terpengaruh tidak mengira had umur, ada yang muda, ada yang tua dan boleh dikatakan pelbagai peringkat umur,” ujarnya.
23 Jul 19
60
Empty Image
RM6.9 Juta Peruntukan SPAIT Sejak 2011
KUALA TERENGGANU, 23 Julai - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) telah menyalurkan sebanyak RM6,986,641 peruntukan di bawah Asnaf Fi Sabilillah Maidam Terengganu untuk program Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) sejak 2011.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Osman Muda berkata, SPAIT merupakan salah satu pendekatan bagi pengisian kerohanian khususnya kalangan mereka yang berusia 25 tahun ke atas bertujuan meme­nuhi keperluan pengajian Islam secara lebih tersusun dan sistematik.Katanya, program yang mula diperke­nalkan pada tahun 2011 itu turut bertujuan bagi mengembalikan imej dan peranan Terengganu sebagai pusat pengajian agama terulung dan telah mendapat sambutan menggalakkan di kesemua daerah negeri ini.“Ianya dibahagikan kepada tiga peringkat di mana pada tahun ini sebanyak 22 kelas Ibtidaie (peringkat awal), 15 kelas tahap kedua iaitu Mutawassit dan tahap Mutaqaddim sedang berjalan dengan jumlah pelajar seramai 2,251 orang yang mengikuti pengajian dua kali seminggu di seluruh negeri melibatkan subjek aqidah atau tauhid, feqah dan akhlak atau tasawwuf.“Sebanyak RM6,986,641 telah diperuntukkan sejak program ini diadakan dan untuk tahun ini sahaja peruntukannya sebanyak RM2 juta,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Konvokesyen Sijil Pengajian Agama Islam Terengganu (SPAIT) Peringkat Negeri Kali Ke-4 di Taman Tamadun Islam, hari ini.Dalam majlis itu, seramai 734 orang pelajar telah menerima sijil masing-masing.Bagi kelas Ibtidaie, Zaleha Ali telah dipilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan untuk sesi 2017/2018, manakala Abdullah Che Yaacob pula terpilih sebagai pelajar terbaik keseluruhan kelas Mutawassit bagi sesi 2017/2019 dan Norzida Mamat dinobatkan pelajar terbaik keseluruhan untuk kelas Mutadaqqim bagi sesi 2016/2018.Ketiga-tiga pelajar terbaik tersebut turut menerima wang tunai RM1,000 dan plak penghargaan.
23 Jul 19
540
Empty Image
Piala Malaysia 2019 : Kedah Saingan Sukar Terengganu FC
Foto Ihsan - Media TFCKUALA TERENGGANU, 23 Julai - Terengganu Footbal Club (TFC) berdepan laluan mencabar dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia 2019 selepas diundi dalam Kumpulan A bersama juara lima kali, Kedah FA.Turut berada satu kumpulan dengan TFC ialah Negeri Sembilan yang pernah menjadi pemusnah harapan Terengganu pada 'final' Piala Malaysia 2011 selain pasukan bimbingan K. Rajagopal, PKNS FC.Sementara itu, pada majlis undian yang berlangsung di Pusat Seni Persembahan Damansara hari ini, juara enam kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) mendapat laluan mudah apabila diundi berada dalam Kumpulan B bersama PJ City FC, PKNP FC serta UITM FC yang menjadi pesaing mereka.Manakala, juara bertahan Piala Malaysia 2018, Perak pula diundi bersama naib juara Liga Super 2019, Pahang di Kumpulan C di samping kemunculan juara dan pasukan ketiga Liga Perdana 2019, Sabah serta Pulau Pinang.Kumpulan D pula menyaksikan pasukan Melaka United, Selangor, Felda United FC dan PDRM bakal membuat perhitungan bagi melayakkan pasukan masing-masing ke peringkat seterusnya.Dua belas pasukan teratas Liga Super dan empat pasukan terbaik Liga Perdana, layak beraksi dalam pertandingan bola sepak tertua tanah air itu.Saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia 2019 dijadual bermula pada 3 Ogos ini dengan dua pasukan teratas setiap empat kumpulan layak ke suku akhir yang menggunakan format timbal balik.
22 Jul 19
464
Empty Image
Awang Besol Harimau 'Jinak' Disahkan Mati
Awang Besol. Foto ihsan - PERHILITANKUALA LUMPUR, 23 Julai - Seekor Harimau Belang yang menggemparkan negara ketika ditemui jinak berkeliaran di Kampung Besol, Bukit Besi, Dungun, Terengganu, minggu lalu atau dikenali "Awang Besol" disahkan mati oleh doktor veterinar di Pusat Menyelamat Hidupan Liar (NWRC) di Sungkai, Perak pada 5.30 pagi tadi.Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Taman Negara (Perhilitan) dalam satu kenyataan berkata, setelah pelbagai usaha intensif untuk merawat haiwan tersebut, Awang Besol tidak dapat diselamatkan dan ‘post mortem’ akan dijalankan secepat mungkin.Terdahulu, pemeriksaan fizikal di lapangan ketika tangkapan dibuat bagi mendapatkan rawatan intensif pada 19 Julai lalu menemukan kecederaan pada bahagian kaki, keradangan mata dan Harimau Belang itu berada dalam keadaan dehidrasi.Kenyataan itu juga menyebut, pemantauan rapi di NWRC pada 20 hingga 23 Julai menunjukkan terdapat tanda-tanda klinikal neurologi iaitu tidak agresif, berpusing satu arah apabila berjalan, sawan dan tanda klinikal jangkitan saluran pernafasan iaitu nasal discaj.Tambah kenyataan itu, Awang Besol disahkan positif virus "Canine Distemper" yang berkemungkinan disebarkan oleh haiwan liar di kawasan ia dijumpai.“Penyakit tersebut disebabkan oleh virus yang mudah menyerang haiwan domestik iaitu anjing atau lain-lain hidupan liar termasuk spesies harimau.“Jika penyakit ini terkena pada harimau ia akan menunjukkan tingkah laku tidak takut kepada manusia dan kebarangkalian harimau untuk sembuh adalah sangat tipis.“Rawatan yang diberikan adalah secara simptomatik ataupun rawatan sokongan. Persampelan darah, serum serta swab telah dilakukan dan sampel telah dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI) Ipoh, Perak pada 21 Julai untuk ujian penuh. Keputusan virology diterima pada 22 Julai menunjukkan Awang Besol positif “Canine Distemper” melalui ujian RT-PCR,” jelasnya.
22 Jul 19
698
Empty Image
Avengers, Kembar Kucing Kesayangan Keluarga Sultan Mizan
Sultan Mizan berkenan merakam kenangan bersama Avengers.KUALA NERUS, 22 Julai - Siapa sangka, keberangkatan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ke Terengganu CFA International Cat Show 2019 baru-baru ini menemukan baginda dengan kembar kucing peliharaan milik baginda.Baginda yang diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Tengku Muhammad Mua'az Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Fatimatuz Zahra Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan bermesra dengan kucing yang diberi nama D’Rimba Qaseh Avengers Infinity Wars atau lebih dikenali sebagai Avengers.Pemiliknya, Julieka Nasir berkata, dia juga tidak menyangka kucing baka Exotic Short Hair itu mempunyai induk yang sama dengan haiwan peliharaan keluarga Sultan Mizan.“Sebenarnya kucing ini merupakan baka yang lahir dari Cattery saya sendiri iaitu De Rimba Qaseh dan ibunya hanya melahirkan dua anak, Avengers dan saudaranya itu.“Saya telah memelihara Avengers selama enam tahun dan telah membawanya menyertai pertunjukan di pelbagai peringkat,” katanya ketika ditemui dalam program yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak itu.Julieka menunjukkan Avengers.Menurut Julieka, kucing berkenaan pernah memenangi beberapa anugerah, antaranya Best Malaysian Breed dalam International Cat Show oleh Fédération Internationale Féline (FIFe) serta anugerah Best Kitten dalam beberapa pertunjukan lain.Wanita dari Shah Alam, Selangor itu turut menjelaskan, penyertaannya dalam Cat Show merupakan hobi yang juga menjadi landasannya menceburi dunia Cat Fancy International.“Banyak pertunjukan yang telah saya sertai dan bidang ini semakin berkembang dan mendapat tumpuan. Dari segi penganjuran kita juga sudah bertaraf antarabangsa dan kerap menjadi tuan rumah dalam pelbagai acara."Bukan itu sahaja, kita juga semakin maju dan banyak baka-baka yang lahir di Malaysia sudah terkenal di peringkat antarabangsa,” katanya.Terengganu CFA International Cat Show yang julung-julung kali diadakan itu berakhir semalam dan berjaya menarik ribuan pengunjung untuk merasai pengalaman baharu melihat kucing-kucing pelbagai baka yang unik dan menarik.
22 Jul 19
1364
Empty Image
Tengku Nadhirah Sultan Mizan Dahului Penerima Gelaran Kebesaran Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 Julai - Puteri sulung Sultan Terengganu, Tengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin mendahului senarai penerima gelaran kebesaran negeri Terengganu.Anakanda baginda dianugerahkan gelaran Tengku Puteri Utama Raja sempena Istiadat Pengurniaan Gelaran Dan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu 2019, hari ini.Manakala, Putera kedua baginda, Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal Abidin menerima gelaran Tengku Sri Setia Mahkota Raja, di samping Puteri bongsu Tuanku, Tengku Fatimatuz Zahra’ Sultan Mizan Zainal Abidin pula dianugerahkan Tengku Puteri Daulath Raja.Sementara itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Terengganu (Pengurusan), Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil telah diberi gelaran Tengku Seri Bijaya Raja.Turut menerima gelaran, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ A. Rahman Yahya yang dianugerahkan gelaran Dato’ Bentara Dalam.
22 Jul 19
3320