Artikel "Utama" Terkini
‘G25 Patut Minta Maaf Kepada Umat Islam’ - Abdul Hadi
Abdul Hadi Awang. Foto oleh - Hidayah Azlin.KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Kumpulan bekas penjawat tinggi awam, (G25) harus memohon maaf kepada umat Islam atas pelbagai kenyataan dan pembawakan mereka yang mengelirukan.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, pemikiran kumpulan tersebut bukan hanya memeningkan tetapi turut membahayakan akidah orang Islam. “Sepatutnya mereka yang harus minta maaf, bukan saya, mereka harus minta maaf kepada umat Islam. Saya hanya bercakap dan menulis mewakili pihak Islam,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas berucap dalam program Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini hari ini. Semalam, G25 menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Abdul Hadi Awang, atas kenyataan presiden PAS itu terhadap mereka.Abdul Hadi dalam satu kenyataan beberapa minggu lalu menyifatkan G25 sebagai kumpulan makhluk perosak, jahil serta lebih bahaya daripada kumpulan militan al-Maunah.“Apabila mereka menegaskan konsep kehidupan manusia tidak boleh dicampur dalam urusan agama kerana agama itu urusan Tuhan.“Maka jelas terang lagi bersuluh bahawa mereka telah beriman kepada Kitab Injil yang telah diubah daripada ajaran Nabi Isa A.S. mengikut catatan para paderi yang mengubah kitab Allah,” tambah beliau.Kenyataan itu dibuat susulan laporan G25 bertajuk ' Administration of Matters Pertaining Islam ' yang mengkritik terhadap undang-undang Islam dengan mengatakan tindakan murtad misalnya adalah urusan seseorang dengan Tuhan.
31 Jan 20
137
Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia Buka Tirai Hari Ini
KUALA TERENGGANU, 31 Januari -Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia (KWM) yang mula membuka tirainya menyaksikan penyertaan hampir 1,000 peserta yang terdiri daripada golongan berkenaan dari seluruh pelusuk negara di Stadium Negeri Terengganu, di sini hari ini.KWM mempersadakan tahap inteklektual dalam kalangan wanita Malaysia sebagai salah satu objektif penganjurannya mempunyai pelbagai tarikan dan program bagi menjayakannya.Sempena hari pertama konvensyenForum Keluarga Bahagia: Kerana Syurga Bukan Percuma Bersama Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff mendapat sambutan hangat dari peserta yang hadir.Antara pengisian forum pada kali ini membicarakan kesejahteraan wanita dari aspek mental, emosi dan kerohanian wanita dalam mengurus kehidupan dan menghadapi konflik seharian.Pengisian yang cukup mantap dibawakan khas untuk wanita agar mempunyai jati diri yang teguh dan mantap serta mampu menyediakan persekitaran yang sihat untuk anak-anak, membina kehidupan berkeluarga yang bahagia demi menjamin kelestarian dan keharmonian ummah seluruhnya.
31 Jan 20
447
Hatrik Jang Julang THT
Jang tenang menyudahkan pukulan penalti untuk gol kedua perlawanan.KUALA TERENGGANU, 1 Februari- Jaringan hatrik penyerang Pasukan Hoki Terengganu (THT), Jang Jong Hyun ke atas pasukan Maybank membantu pasukannya mengukuhkan kedudukan di tempat ketiga Divisyen Perdana dalam saingan Liga Hoki Malaysia 2020.Melayan kunjungan pelawat di Stadium Hoki, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), THT mencatat kemenangan 4-1 melalui aksi bertenaga di hadapan penyokong sendiri.Jaringan Jang pada minit ke-22, minit ke-43 dan minit ke-48 meletakkan THT dalam kedudukan selesa sekalipun Maybank berjaya menyamakan kedudukan pada suku kedua pemainan melalui Muhammad Nur Asyraf Ishak di minit ke-41.Rashid melonjak meraikan gol yang dijaringkannya.Pukulan kilas Muhammad Rashid Baharom pada minit ke-53 akhirnya menoktahkan kemenangan tuan rumah dalam aksi ketujuh liga yang berlangsung, petang tadi.Kemenangan itu juga merapatkan mata THT dengan pasukan di tangga kedua, Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang tewas kepada pendahulu liga, Universiti Kuala Lumpur (UniKL) satu lagi perlawanan yang berlangsung di Bangi hari ini.Pengendali THT, Muhammad Dharma Raj Abdullah berkata, aksi yang dipamerkan anak buahnya dalam perlawananan itu merupakan persembahan terbaik pasukan setelah tamat pusingan pertama liga.Muhammad Dharma Raj.“Saya rasa, enam perlawanan sebelum ini walaupun ada yang menang, kita tidak nampak kita bermain dengan bagus. Ini adalah perlawanan pertama yang kita nampak bermain dengan bagus di semua kawasan."Momentum yang kita dapat daripada sini untuk berlawan dengan UniKL mungkin akan menjadi tempat di mana kita menguji apa yang pemain dapat dalam enam ‘game’ sebelum ini. Saya rasa, ini masa yang sesuai untuk bermain dengan mereka di sini, dua hari lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut, hari ini.Jelasnya, THT telah bermain jauh lebih baik berbanding pertemuan pertama mereka dengan UniKL dalam pembukaan liga, yang lalu."Ini adalah masa yang sesuai dan kita akan lihat macam mana. Mungkin kita yang perlu tewaskan mereka di sini dan membuka peluang pasukan lain untuk mencuri mata dari UniKL selepas ini,” jelasnya.Tambahnya, pemain THT berada dalam keadaan baik menjelang aksi akan datang tanpa sebarang senarai kecederaan. Ammar Shakeel Butt (baju putih) antara nadi penting pasukan THT.
31 Jan 20
65
Unit Penyelaras Masjid DUN Bakal Ditubuh
Ustaz Ridzuan (tengah) mendoakan agar masjid menjalankan fungsi sebenar dalam masyarakat.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 31 Januari – Kerajaan negeri bakal menubuhkan Unit Penyelaras Masjid di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.Unit ini bakal terdiri dari 18 orang ahli jawatankuasa bagi memastikan semua masjid di negeri ini bergerak seiring sekali gus program masjid bersama masyarakat diatur dengan jayanya.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, jawatankuasa berkenaan dipilih dari kalangan pengerusi-pengerusi masjid di seluruh negeri Terengganu.“Jawatankuasa itu bakal ditubuhkan bertujuan supaya mereka dapat berbincang dan bertukar tukar pandangan agar tiada masjid yang terlalu aktif dan tiada yang terlalu terkebelakang, semuanya bergerak seiring dalam memastikan peranan sebenar masjid dapat dilaksanakan,” jelasnya.Ustaz Ridzuan Hashim.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengurusan Berkualiti Ahli Jawatankuasa Masjid DUN Buluh Gading di Dewan Auditorium, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini kelmarin.Turut hadir Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah, Penyelia i-MiTS Kawasan Kuala Nerus, Jusoh Ngah dan ahli jawatankuasa 18 buah masjid dalam DUN Buluh Gading.Kursus itu dianjurkan oleh Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dengan kerjasama JHEAT.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading itu seterusnya berkata, bagi menjalinkan hubungan antara masjid dan masyarakat setempat, kerajaan negeri merancang mewujudkan Unit Rakan Masjid.Beliau berkata, syarat penyertaannya terbuka kepada orang ramai dan sesiapa sahaja boleh berdaftar dengan pihak masjid di kampung masing-masing bagi mengikuti perkembangan dan menyertai aktiviti masjid dari semasa ke semasa.“Kerajaan negeri berhasrat untuk melihat masyarakat berjinak dengan masjid, terutamanya orang muda walaupun tidak datang masjid pada peringkat awalnya, namun boleh menyertai program yang dianjurkan atas nama rakan masjid,” tambahnya.Katanya, ini kerana kerajaan negeri berhasrat menjadikan masjid sebagai suatu produk yang diminati oleh masyarakat agar semua ahli kariah dapat manfaat dari aktiviti masjid yang diatur. “Kita (kerajaan) tidak mahu masyarakat melihat masjid sebagai satu institusi berasingan dari masyarakat, sebaliknya kerajaan berhasrat supaya masjid berperanan dalam erti kata sebenarnya termasuk menyediakan pelbagai bentuk manfaat kepada masyarakat dari sudut sosial dan kebajikan, bukan sahaja tempat untuk bersolat secara berjemaah lima waktu sehari semalam.“Oleh itu tidak salah pihak masjid menganjurkan pertandingan bola sepak atas nama rakan masjid agar masjid itu sentiasa berada di hati dan pemikiran masyarakat,” tambah beliau lagi.Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah kepada mana-mana jawatankuasa masjid yang berjaya mengadakan kelas fardhu ain, kursus solat dan kursus al-Quran sempena cuti sekolah baru-baru ini.
31 Jan 20
53
Pengunjung China Merosot, Terengganu Optimis Capai Sasaran Pelancong Tahun 2020
Ariffin optimis sasaran lima juta pengunjung dapat dicapai.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Kerajaan negeri optimis sasaran lima juta pelancong ke Terengganu pada tahun ini akan dapat dicapai walaupun berdepan risiko kemerosotan pengunjung dari negara China.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihak pelancongan negeri melihat isu itu secara menyeluruh dan menumpukan promosi peluang-peluang lain yang ada.“Secara asasnya, kita melihat memang akan ada masalah. Tetapi keseluruhannya, pelancong yang datang bukan dari China sahaja, ramai sebenarnya pelancong seperti dari Eropah, Timur Tengah yang datang ke pulau dan tanah besar kita.“Kebanyakan pelancong dari negara China suka berkunjung ke pulau-pulau peranginan di Terengganu. Bagaimanapun, sehingga hari ini pulau-pulau masih belum dibuka lagi kepada orang ramai setelah ditutup musim tengkujuh lalu. Jadi kita tidak tahu lagi sejauh mana kesannya,” katanya.Ariffin ketika meninjau keadaan Pura Tanjung Sabtu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sewaktu meninjau kompleks rumah unik, Pura Tanjung Sabtu yang semakin usang, semalam.Turut serta, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Ab. Rasid Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Che Muhamad Azmi Ngah.Menurut Ariffin, kerajaan negeri juga lebih menumpukan promosi kepada pelancong tempatan, yang mencatatkan lebih 80 peratus kunjungan ke Terengganu.“Berdasarkan rekod kita, setakat ini, hanya 15 hingga 20 peratus pengunjung yang datang ke negeri ini merupakan pelancong luar negara.“Kita masih ada harapan untuk mencapai sasaran 5 juta itu dengan menumpukan peluang-peluang lain dan membuat promosi di negara-negara lain,” jelasnya yang turut mendoakan agar wabak Coronavirus berjaya ditangani segera.
30 Jan 20
159
Kerajaan Negeri Teliti Usaha Pulihara Pura Tanjung Sabtu
Keadaan bangunan yang penuh khazanah itu semakin usang.KUALA TERENGGANU, 31 Januari - Kerajaan Terengganu meneliti cadangan pemuliharaan Pura Tanjung Sabtu bagi memastikan bangunan yang penuh dengan khazanah tradisi Melayu itu kembali terjaga.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak terlibat untuk menguruskan kompleks rumah itu.“Sebenarnya, bukan kerajaan negeri tidak ambil tahu tentang bangunan ini, kami sudah ada maklumat tentang perkara ini. Namun, ia memerlukan banyak prosedur yang perlu diperhalusi.“Setakat ini tiada sebarang keputusan lagi. Kita akan cuba tengok apa yang boleh kita buat,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melakukan tinjauan di Pura Tanjung Sabtu, semalam.Ariffin bersama MPKK Tanjung Sabtu ketika meninjau keadaan Pura berkenaan.Tinjauan tersebut turut disertai Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Ab. Rasid Jusoh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ridzuan Hashim dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Terengganu (LMNT), Che Muhamad Azmi Ngah.Lawatan ke rumah antik yang menjadi tumpuan pengunjung itu turut memperlihatkan struktur yang semakin usang dan terdapat barang-barang perhiasan yang telah hilang dan dirosakkan.Pura Tanjung Sabtu merupakan sebuah kompleks yang menempatkan beberapa buah rumah dan istana tradisional Melayu Terengganu dan difahamkan rumah dan istana tersebut telah berusia hampir 100 dan 200 tahun.Ia mendapat namanya hasil gabungan perkataan Sanskrit iaitu ‘Pura’ yang membawa maksud istana dan ‘Tanjung Sabtu’ iaitu nama desa di mana ia dibina.Walaupun usang, binaannya masih indah dan unik ditatap.Pura Tanjung Sabtu telah dibina oleh Allahyarham YM Tengku Ismail YM Tengku Su pada awal 90-an. Namun kini, bangunan-bangunan di sana sudah berkeadaan usang dan tidak terurus setelah pemiliknya meninggal dunia pada tahun 2011.
30 Jan 20
1856
Mempersada Intelektual Wanita, Fokus Utama KWM
Oleh : Syazwana M.ZohirKUALA TERENGGANU, 29 Januari – Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia (KWM) bakal mempersadakan tahap inteklektual dalam kalangan wanita Malaysia sebagai salah satu objektif penganjurannya selama dua hari bermula 30 Januari ini.Pengarah KWM, Mardhiyyah Johari berkata wanita sering dikaitkan dengan hal-hal yang remeh serta bersifat emosional dan jarang sekali program yang dianjurkan bagi mendekati golongan wanita bersifat membahaskan polisi dan dasar mahupun isu-isu fundamental negara.“Barangkali sulit sekali mengakui peranan penting golongan wanita dalam pembentukan generasi. Betapa besarnya isu wanita sehingga Rasulullah s.a.w mengangkat peringatan tentang wanita sebagai isu ketiga dalam khutbah wida' Baginda”.“Tawakkul Karman, pemenang Anugerah Nobel Keamanan 2011 serta Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand yang membawa watak keamanan adalah antara simbol penyelesaian konflik melalui kepimpinan wanita di celah hiruk-pikuk ketidakstabilan politik dunia”, kata beliau ketika diminta mengulas mengenai penganjuran KWM, baru-baru ini.Kata Mardhiyyah lagi, wanita muda yang berperanan sebagai penerus generasi hari ini harus sedar tentang pentingnya idea dan gagasan mereka diberi pertimbangan dalam melakar hala tuju negara.“Memasuki tahun 2020 wanita muda harus melangkah sepuluh tapak lagi ke hadapan. Kita tidak harus dilihat hanya dari sisi kelemahan yang harus diberi simpati, tetapi dari segi kemampuan dan kompetensi diri.“Konvensyen kali ini adalah satu usaha menghimpunkan golongan wanita muda yang peduli isu masyarakat dan berinisiatif menawarkan solusi.Pembentangan Kerta Kerja dalam pelbagai sektor melibatkan wakil wanita muda adalah satu platform untuk mempersada pemikiran intelektual wanita”, tambahnya.Beliau turut menyeru kepada semua wanita untuk sama-sama hadir ke Stadium Negeri Terengganu pada 31 Januari hingga 1 Februari ini, untuk menjadi sebahagian dari sejarah himpunan wanita muda terbesar negara.
30 Jan 20
287
Darren Lok Sah Sertai Terengganu FC
Darren Lok.KUALA TERENGGANU, 30 Januari - Bekas penyerang skuad kebangsaan, Darren Lok sah menjadi rekrut terbaharu Terengganu Football Club (TFC) dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020.Menerusi kenyataan dikeluarkan TFC hari ini, Darren yang pernah bermain untuk Johor Darul Takzim (JDT) II mendapat kepercayaan ketua jurulatih TFC, Nafuzi Zain bagi mengisi barisan serangan bersama Dominique Da Sylva.Kehadiran penyerang kacukan Malaysia-England juga pastinya memberi lebih banyak pilihan kepada Nafuzi untuk merencanakan corak serangan yang beliau ingin sajikan.“Setelah seminggu Darren Lok menjalani latihan bersama TFC, saya berpuas hati dengan prestasi beliau dan memutuskan untuk mendapatkan khidmat Darren bagi mengharungi Liga Super 2020.“Darren pernah mewakili kelab Eastbourne Borough England, bersama JDT dan JDT II selain pengalaman beliau bersama skuad kebangsaan boleh membantu pasukan TFC terutamanya posisi serangan agar lebih mantap,” kata Nafuzi.Selesai menandatangani kontrak bersama TFC.Sebelum ini, beberapa gambar tular di laman media sosial memaparkan Darren menyaksikan perlawanan pra-musim melibatkan TFC serta terlibat dalam beberapa aktiviti pasukan kendalian Nafuzi itu.Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi dan reaksi daripada peminat bola sepak seluruh Malaysia dan Terengganu.Untuk rekod, sebelum menyertai JDT II bermula 2016, Darren pernah mewakili Kelab Eastbourne Borough di England.
30 Jan 20
513
‘Hidupkan Kembali Budaya Gotong-Royong’ - Dr Azman
Azman Ibrahim membersihkan parit yang tersumbat.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 28 Januari - Orang awam terutamanya para nelayan dan petani diseru untuk menghidupkan kembali aktiviti gotong-royong agar masalah menimpa masyarakat tidak berlarutan menjadi lebih parah. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, semangat itu perlu kembali disemai supaya anggota masyarakat turut menyedari bahawa tanggungjawab membina persekitaran berkualiti tidak hanya terletak pada pihak berkuasa.“Dengan memanfaatkan jentera yang ada di Jabatan Pertanian, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan lain-lain, ayuh kita bergotong-royong membersihkan kawasan kita mencari rezeki.“Semangat yang ingin saya semai ialah bukan semua kerja kerajaan perlu buka tender dan bagi kontrak, kita perlu hidupkan semula budaya murni gotong-royong,” katanya mengulas masalah tentang longkang dan parit yang tersumbat baru-baru ini.Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan, masalah yang membelenggu rakyat pastinya akan mudah untuk diselesaikan sekiranya komuniti kampung berperanan dengan baik.Katanya, dalam masa yang sama masalah sawah padi yang tersumbat sememangnya dalam makluman dan perhatian pihak kerajaan. “Sebab itulah kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM500 ribu dalam Bajet 2020 untuk penyelenggaraan sistem pengairan dan perparitan di kawasan sawah padi luar jelapang.“Bajet itu tak terlalu banyak. Saya telah berbincang dengan Pengarah Pertanian Negeri, Zulkepli Amin Yusof dan pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) supaya kerja-kerja ini turut dilaksanakan secara gotong-royong terutamanya bagi membersihkan parit ‘secondary’ dan ‘tertiary’.“Ada banyak kawasan padi di luar jelapang yang memerlukan penyelenggaraan seperti Kerandang Timur, Gong Machang, Gong Telikong, Kepala Gajah, Gong Ubi Keling, Padang Lengkuas, Bukit Jeruk, Pelagat, Kampung Nangka dan lain-lain,” ujarnya yang mengharapkan kerjasama daripada penduduk sekitar.
29 Jan 20
498
APKT Perkasa Industri Pelancongan, Kebudayaan Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 29 Januari - Setelah hampir 30 tahun berlalu, Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu (APKT) 2018/2019 akan kembali diadakan pada Sabtu ini sekali gus mampu merancakkan lagi sektor itu di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran majlis tersebut adalah sebagai tanda keseriusan kerajaan negeri dalam mengangkat industri serta pihak yang mempelopori pelancongan dan kebudayaan Terengganu.“Kita berada dalam keadaan masyarakat di seluruh dunia dan Malaysia sedang memerhatikan produk-produk pelancongan serta keindahan yang ada di negeri ini.“Jadi anugerah ini pastinya akan menjadi pemangkin semangat kepada pemain-pemain industri pelancongan yang selama ini bertungkus lumus menjulang nama Terengganu,” katanya pada sidang media khas di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Menurut Ariffin, sebanyak 13 kategori melibatkan 31 anugerah akan disampaikan kepada seluruh penggiat pelancongan yang terpilih dari dalam dan luar Terengganu.Katanya, dalam majlis terbabit, tokoh, personaliti dan ikon pelancongan menjadi anugerah utama yang diberikan khas oleh kerajaan negeri selain pengiktrafan kepada pengusaha pelancongan domestik terbaik.“Kita juga tidak lupakan para media sama ada cetak atau elektronik, peranan yang dimainkan oleh mereka akan kita balas dengan beberapa penghargaan,” ujarnya yang bercadang untuk mengadakan acara itu sebagai acara dwitahunan.Selain itu, Ariffin memaklumkan produk pelancongan berinovasi, berpotensi dan terbaik turut akan diumumkan pada 1 Februari ini.“Di samping pakej pelancongan, perkhidmatan hotel, inap desa, pemandu pelancong, program acara pelancongan, pengangkutan, seni budaya dan daerah terbaik turut disampaikan dalam majlis tersebut.“Majlis penyampaian anugerah ini dijangka akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,” tambah beliau.
29 Jan 20
180