Artikel "Utama" Terkini
Jangan Jadi Golongan Angguk Dan Geleng - Zuraida
Oleh : Syazwana M.ZohirFoto oleh : Hishamuddin Abdullah dan Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 3 Februari - Menjelang Era 2020 ini, wanita tidak lagi boleh sekadar menjadi golongan yang mengikut arahan semata-mata tanpa berani menyuarakan pendapat sendiri (angguk dan geleng).Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata, para wanita harus bangkit bagi memenuhi ruang-ruang untuk menambah ilmu dan kemahiran serta menggunakan segala kudrat dan kelebihan yang ada bagi menyumbang kepada pembangunan dan keharmonian negara.“Era 2020 ini adalah era yang memaksa kita sebagai wanita untuk memutuskan banyak perkara penting dalam masyarakat. Era di mana pencapaian ditentukan oleh kecemerlangan modal insan. “Rebutlah peluang menjadikan diri sendiri sebagai mutiara yang berharga di tengah masyarakat yang sinarnya mampu menerangi kegelapan kejahilan,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia di Stadium Negeri ,baru-baru ini.Kata Zuraida lagi, Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia yang telah berjaya mempertemukan wanita dari segenap pelosok negara ini tidak boleh dibiarkan tamat begitu sahaja.“Semoga Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia yang telah berjaya menghimpunkan ribuan wanita pada hari ini tidak hanya berakhir di sini sahaja sebaliknya menjadi satu titik permulaan.“Jadikan ia sebagai titik mula untuk memacu kecemerlangan para wanita dalam perjuangan membangunkan sesebuah masyarakat seterusnya menyumbang kepada kemajuan negara yang sejahtera”, tambahnya.Konvensyen Wanita Muda se-Malaysia ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Negara (Terengganu), Senator Nuridah Mohd Salleh.
02 Feb 20
78
SUK-PUSPANITA Adakan Kursus Protokol & Etiket Sosial
Tengku Seri Bijaya Raja (berdiri) sedang menyampaikan kursus kepada ahli PUSPANITA di Primula Beach Hotel Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Terengganu mengadakan Kursus Protokol & Etiket Sosial di Primula Beach Hotel di sini mulai semalam hingga hari ini.Pengerusi PUSPANITA Negeri, To' Puan Sharifah Nor Madiah Syed Omar berkata, kursus selama dua hari itu disampaikan oleh Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Tengku Seri Bijaya Raja. Katanya, matlamat utama adalah bagi menyediakan pegawai dan individu yang berilmu untuk menghadiri majlis-majlis rasmi dan keramaian. Kursus diselang seli dengan kisah-kisah lucu berkait dengan protokol dan etiket sosial di kalangan kakitangan kerajaan.Kursus itu telah dihadiri oleh 45 orang peserta. Menurutnya, mereka didedahkan kepada etiket majlis jamuan mengikut peraturan serta protokol majlis rasmi kerajaan. Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di sini semalam. PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.Ahli PUSPANITA menumpukan perhatian kepada kursus yang disampaikan oleh Tengku Seri Bijaya Raja.Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli. Cawangannya dibuka di seluruh negara termasuk di Terengganu.
02 Feb 20
445
Kecemerlangan David John Lebur Hasrat THT
David John menggagalkan peluang THT untuk menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 2 Februari – Hasrat Pasukan Hoki Terengganu (THT) untuk membalas dendam atas kekalahan kepada UniKL dalam Piala Sumbangsih awal tahun lalu berkecai apabila sekali lagi tumpas kepada pasukan itu 0-2 sebentar tadi.Kecemerlangan penjaga gol terbaik dunia, David John Harte yang menafikan deretan peluang THT pada separuh masa pertama ternyata mengecewakan hampir 300 penyokong di Stadium Hoki Batu Buruk di sini.Jurulatih THT, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah berkata, David melakukan kira-kira lima penyelamatan berkelas dunia untuk menafikan gol pasukan Terengganu.“Kita menampilkan aksi berkualiti terutamanya pada babak pertama perlawanan, namun saya rasa penjaga gol UniKL beraksi sangat cemerlang hari ini.“Dia menyelamatkan keadaan yang cukup penting bagi THT menjaringkan gol, dan permainan terus menjadi sukar (pemain hilang fokus) buat THT apabila UniKL mendapat gol pertama menerusi pukulan sudut penalti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Dhaarma tetap berbangga dengan kesungguhan anak buahnya.Mengulas lanjut, Dhaarma turut mengakui beberapa keputusan yang dibuat pengadil dalam perlawanan hari ini banyak menjejaskan moral para pemainnya.Katanya, perkara itu boleh dilihat dengan lebih jelas dalam suku keempat permainan apabila pemainnya dilayangkan kad hijau dalam situasi yang sangat tidak wajar.“Sama seperti perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini, beberapa keputusan kontroversi pengadil mengganggu fokus dan emosi pemain.“Di saat kita memerlukan kemenangan dan ketinggalan jaringan, keputusan pengadil memang membuat pemain hilang semangat dan gagal mengatur strategi dengan baik, ini memberi tamparan hebat kepada kita,” tambah beliau.Dalam perlawanan itu, UniKL meneruskan rentak kemenangan untuk kekal di puncak liga hasil jaringan kapten kebangsaan, Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-33 dan Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin seminit sebelum permainan berakhir.Faizal Saari dikawal ketat oelh pertahanan UniKL.
02 Feb 20
207
Terengganu Tingkat Sasaran Baharu, 5.5 Juta Pelancong Pada 2020
Para penerima APKT beramah mesara bersama Dr. Samsuri.KUALA TERENGGANU, 2 Februari- Terengganu meletakkan sasaran baharu 5.5 juta pengunjung ke negeri itu bagi tahun 2020.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sasaran itu dinaikkan berikutan kejayaan Terengganu mencatatkan kenaikan 9.8 peratus jumlah pelancong bagi tahun 2019."Pada tahun 2018, kita merekodkan sebanyak 4.8 juta pelancong ke negeri ini."Bagaimanapun, tahun lalu sebanyak 5.3 juta pelancong telah berkunjung ke Terengganu, melepasi sasaran 5 juta yang kita idamkan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis Anugerah Pelancongan dan Kebudayaan Terengganu (APKT) 2018/2019 di Wisma Darul Iman, semalam.Ariffin letak sasaran baharu pengunjung ke Terengganu.Jelasnya, kejayaan itu melonjakkan semangat kerajaan negeri walaupun wujud kekhuatiran peningkatan hasil daripada industri pelancongan berikutan ancaman wabak Coronavirus."Ini adalah isu global yang mana seluruh dunia turut terjejas dalam sektor ini. Tetapi, apa yang bagus kita lebih menjadi tumpuan dari kalangan pelancong domestik," katanya.Dalam APKT yang dirasmikan Menteri Besar semalam, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, sebanyak 13 kategori dipertandingkan.Dalan kategori Penyumbang Kepada Industri Pelancongan Terbaik, daerah Marang dipilih menerima anugerah tersebut sekali gus mengangkat daerah tersebut yang sebelum ini malap menjadi tumpuan ramai pengunjung luar.
02 Feb 20
72
Kelestarian Setiu Wetlands Akan Terus Dipelihara
SETIU, 2 Februari - Kerajaan negeri akan memastikan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetlands) akan diuruskan dengan baik bagi menjaga kelestarian ekosistem untuk generasi akan datang.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar berkata, ia termasuk kerjasama masyarakat setempat untuk memberikan pandangan dan suara dalam usaha kerajaan negeri ini.“Kita akan pastikan ia diurus dengan baik dan dalam masa yang sama kita akan pastikan penduduk setempat memainkan peranan masing-masing supaya kawasan ini terus dijaga.“Insya-Allah, kerajaan negeri akan terus bekerjasama bagi memastikan alam sekitar terutama Setiu Wetlands dan juga Tasik Kenyir akan terurus dengan baik sebagai ekosistem yang mampan dan lestari untuk semua pihak,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas merasmikan Program Sayangi Setiu Wetlands Sempena Sambutan Hari Tanah Bencah Sedunia 2020 di Broadwalk Setiu, Setiu Wetlands di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Husin; Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sapian A Bakar, Pengarah Perhutanan Negeri, Muhammad Abdullah dan Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasman Abdullah.Hadir sama, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri, Tengku Arifin Tengku A Rahman dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mohd Iskandar Mohd Aziz.Untuk rekod, Tanah Bencah Setiu berkeluasan 23,000 hektar adalah satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai sembilan ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.Kawasan persekitarannya adalah habitat semula jadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
02 Feb 20
233
'Penyokong Terengganu, Ayuh! Penuhkan Stadium Hoki Petang Ini' - Faizal Saari
Faizal Saari.KUALA TERENGGANU, 2 Februari - Pemain Pasukan Hoki Terengganu (THT), Faizal Saari menyeru penyokong Terengganu memenuhi Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), bagi memberikan sokongan kepada pasukan yang akan menentang pendahulu Liga Hoki Malaysia 2020, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), jam lima petang ini.Jelasnya, beliau mahukan peminat memberikan semangat kepada pemain dalam misi pasukan untuk merapatkan kedudukan dengan pasukan tersebut.“UniKL memang salah satu 'team' gergasi dalam liga dan kami menjangkakan perlawanan yang sengit Ahad ini (hari ini).“Secara peribadi saya rasa kami tidak boleh ketinggalan mata, setiap ‘game’ kami perlu menang dan untuk perlawanan ini kita akan pergi semaksimum mungkin untuk menang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelawanan menentang Maybank, Jumaat lalu.Katanya, kehadiran penyokong bakal meningkatkan semangat pasukan yang beraksi sebagai tuan rumah. Kehadiran penyokong amat diharapkan lebih-lebih lagi MBKT tidak mengenakan sebarang bayaran masuk ke stadium. Antara aksi pemain THT, Fitri Saari dalam perlawanan menentang Maybank.
01 Feb 20
1084
Wanita Muda, Antara Kerjaya Dan Rumah Tangga
Haji Hanafiah ketika menyampaikan ucapan perasmian Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri Kuala Terengganu hatri ini.KUALA TERENGGANU, 1 Februari – Wanita dinasihatkan supaya lebih bijak mengurus kerjaya sekali gus tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kegagalan dalam menguruskan kedua-dua profesion itu menjerumuskan seseorang wanita kepada permasalahan seperti ‘depression’ (kemurungan) dan lain-lain penyakit berkaitan dengan emosi.Kerana itu katanya permasalahan wanita perlu dikongsi bersama dengan pasangan mereka.Tetamu dan peserta yang hadir di Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia Kali-1 di Stadium Negeri Kuala Terengganu hari ini.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia di Stadium Negeri di sini hari ini dihadiri kira-kira 2,500 wanita muda dari seluruh negara.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Zuraida Md Noor, ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim, Penolong Kanan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Sharifah Nabihah Syed Umar, Senator Nuraidah Mohd Salleh dan Pengarah Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia, Mardhiyyah Johari.Hanafiah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai berkata, sebahagian besar wanita sekarang terlibat dalam pelbagai pekerjaan sama ada di dalam ataupun di luar rumah.Wanita Muda antara kerjaya dan keluarga satu cabaran semasa yang perlu ditempuhi dengan ilmu dan kebijaksanaan.“Peranan mereka tidak lagi terhad di rumah sebagai ibu mahu pun isteri tetapi juga dalam pelbagai aktiviti pekerjaan di luar rumah termasuk aktiviti ekonomi tidak formal hingga bidang profesional.“Justeru wanita yang berkerjaya hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengimbangkan antara kerjaya dan menguruskan rumah tangga,” jelas beliau.Tambahnya lagi, kerjaya adalah penting namun mengurus rumah tangga termasuk menjadi ibu dan isteri kepada suami serta anak-anak perlu diberi perhatian serius
01 Feb 20
351
Sambutan Tahun Baru Cina Berbentuk Kekeluargaan
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) dan Ustaz Ridzuan (tiga dari kiri) meraikan kaum Tionghoa di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA TERENGGANU, 31 Januari –Sambutan Tahun Baru Cina disifatkan sebagai satu perayaan berbentuk kekeluargaan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana dalam perayaan tersebut terdapat satu majlis yang dinamakan Makan Malam Besar. Menurutnya, semua kaum keluarga dalam masyarakat Cina berkumpul untuk mengadakan majlis tersebut. Dr Mohd Khairuddin hadir di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.Katanya lagi, mereka pulang dari jauh berhimpun untuk meraikan majlis tersebut secara beramai-ramai yang diadakan di malam sambutan perayaan tersebut. Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Jamuan sempena Tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangn Negeri (DUN) Buluh Gading, di Taman Sri Manir di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terenggamu, Dr Balachandran G Krishnan.Dr Mohd Khairuddin seterusnya berkata, sesebuah masyarakat berbilang kaum dan agama akan mengecapi kebahagiaan apabila hidup dalam suasana bersahabat dan bersilaturahim."Hal tersebut merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar umatnya untuk saling mengenali antara satu sama lain."Perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala bagi untuk menggambarkan keperibadian manusia," jelasnya.Tambah beliau, ia merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala berikan.“Hal ini bagi menggambarkan keperibadian manusia untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain,” jelas beliau lagi.
01 Feb 20
129
Ganding Bahu Angkat Martabat Wanita - Nuridah
Nuridah merasmikan majlis penutup konvensyen.KUALA TERENGGANU, 1 Februari – Semua pihak daripada pelbagai latar belakang digesa untuk berganding bahu bagi menyelamatkan masyarakat terutamanya melibatkan wanita sekali gus mengangkat martabat kaum itu ke tahap terbaik.Ahli Dewan Negara (Terengganu), Senator Nuridah Mohd Salleh berkata, pelbagai masalah yang membabitkan wanita adalah berpunca daripada kurangnya perhatian dan peranan semua pihak.“Daripada pembentangan yang dibuat, kita dapat melihat betapa banyaknya masalah yang perlu kita selesaikan bersama.“Mudah-mudahan pelbagai masalah (melibatkan wanita) yang dipaparkan akan menambahkan lagi semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi manfaat diri dan masyarakat keseluruhannya,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri di sini hari ini.Nuridah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor bersama barisan pembentang yang mewakili setiap bidang.Dalam pada itu, Nuridah turut menyarankan agar orang ramai terutamanya wanita muda untuk menambah ilmu pengetahuan dalam segenap bidang.“Dalam masa yang sama kita terus berada dalam organisasi untuk membawa ketamadunan Islam ke dalam masyarakat demi kesejahteraan rakyat.“Penyelesaian yang kita bawa ini mestilah berlandaskan wahyu Allah supaya masalah yang sama dihadapi wanita tidak berulang di masa depan,” tambah beliau.Konvensyen yang dihadiri lebih 2,500 peserta dari seluruh negara itu akan diadakan di negeri Kelantan pada tahun hadapan.Lima bidang melibatkan undang-undang, pendidikan, sosial, kesihatan dan ekonomi menjadi teras perbincangan konvensyen.Kehadiran peserta memenuhi stadium negeri. Foto oleh - Hidayah Azlin.
01 Feb 20
32
Pandangan, Idea Wanita Muda Akan Dibawa Ke Dewan Rakyat
Hanafiah Mat. Foto Oleh - Hidayah Azlin.KUALA TERENGGANU, 1 Februari - Pandangan serta idea wanita muda yang diutarakan dalam Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia akan dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan Rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, kertas kerja berkaitan beberapa isu penting melingkari wanita dan kanak-kanak itu akan diteliti dengan rapi.“Kos sara hidup, penambahbaikan sistem pendidikan negara, naratif sebenar perjuangan hak wanita dan kesihatan mental serta solusi jenayah seksual melibatkan kanak-kanak adalah contoh masalah utama yang dibincangkan.“Ia bukan hanya bermain di Sidang DUN, tetapi wakil parlimen akan membawa isu ini ke parlimen, untuk isu yang memerlukan tindakan segera, kita akan usahakan ke jabatan yang berkaitan,” katanya.Zuraida Md Noor.Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Konvensyen Wanita Muda Se-Malaysia yang berlangsung di Stadium Negeri di sini hari ini.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor memaklumkan, penubuhan Urus Setia Wanita oleh kerajaan negeri menjadi medan terbaik untuk semua pihak bersatu menyelesaikan masalah wanita.Jelasnya, hal berkaitan wanita adalah isu penting yang harus dicakna semua pihak tanpa mengira latar belakang politik.“Semua pihak seperti Puteri UMNO, PAS (Ameerah) dan Wanita Bersatu kami jemput untuk jayakan program serta seruan ini.“Sebab kita membawa satu suara wanita, semua boleh bersuara mewakili mana-mana entiti, tetapi pada akhirnya apa yang ingin kita bawa adalah kesepakatan untuk menyelesaikan semua masalah tersebut,” ujar beliau.Sementara itu, Pengarah Program, Mardhiyyah Johari berkata, konvensyen yang dihadiri lebih 2,500 peserta dari seluruh negara itu turut menjadi platform terbaik untuk beliawanis bersuara berkongsi pendapat.“Ramai bijak pandai dalam kalangan wanita muda yang ingin sampaikan pandangan, jadi kita sediakan ruang untuk mereka berbicara dalam apa jua isu melibatkan undang-undang, pendidikan, sosial, kesihatan dan ekonomi,” tambah beliau.Mardhiyyah Johari.
01 Feb 20
279