lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
ECRL Pacu Pertumbuhan Ekonomi Terengganu - MB
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman. Foto oleh - Hishamuddin Abdullah.KUALA LUMPUR, 18 Februari - Pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan menjadi ‘game changer’ atau pembawa perubahan kepada pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM44 bilion itu dijangka membuka lebih 20,000 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat di negeri itu."Ini secara tidak langsung berupaya memangkin taraf ekonomi rakyat, perkembangan industri dan teknologi ke tahap yang lebih baik di masa hadapan serta menyemarakkan sektor pelancongan Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Terengganu Incorporated (Terengganu Inc), Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL), di sini hari ini.Ahmad Samsuri berkata, memorandum berkenaan adalah bagi kerjasama strategik kepada pelaksanaan ECRL.Mengulas lanjut beliau memaklumkan, pembangunan di kawasan ECRL tidak hanya tertumpu semasa tempoh pembinaan projek sahaja."Tetapi ia akan terus ditambah baik melalui peranan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dalam merangkumi aspek-aspek pembangunan pusat industri dan logistik," jelasnya.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Dato' Sri Darwis Abdul Razak yang hadir sama berkata, kolaborasi strategik itu sudah berada pada momentum terbaik.Darwis Abdul Razak."Ia dijangka akan terus memacu pembangunan infrastruktur dan pengangkutan di negeri-negeri Pantai Timur, khususnya Terengganu."Kerjasama ini memberikan pendekatan holistik kepada projek ECRL kerana tidak terhad kepada fasa pembinaan sahaja tetapi juga meneroka dan mengenal pasti pembangunan ekonomi lain di Terengganu," tambah beliau.
18 Feb 20
178
Empty Image
Terengganu Rumus Pelan Terbaik Wujud Pusat Terapi Anak Autisme
Anak-anak autisme ceria bergambar bersama wakil Kerajaan Terengganu.RAWANG, 18 Februari - Terengganu sedang merumus pelan terbaik untuk mewujudkan pusat terapi anak-anak autisme di negeri itu yang sekali gus mampu membela nasib golongan terbabit.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, menyedari usaha membantu lebih 100 keluarga itu memerlukan masa dan dana yang banyak, pihaknya bercadang untuk memanfaatkan kepakaran masyarakat di Terengganu.Katanya, beliau berhasrat untuk turut menggunakan kemahiran institusi serta agensi yang pakar dalam bidang itu seperti Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Di samping itu, kurikulum serta sistem untuk pendidikan anak-anak ini akan diteliti bersama pakar-pakar atau pusat terapi yang sudah lama beroperasi di Malaysia."Kita juga mempunyai pegawai-pegawai yang berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu sosial sebegini, mereka ini akan kita manfaatkan sepenuhnya," jelasnya.Zuraida berkata, terdapat ramai ibu yang berkerjaya terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak syurga ini.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke tiga pusat terapi anak-anak austime di sekitar Selangor, di sini semalam.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor yang hadir sama menegaskan, keperitan ibu bapa dalam membesarkan anak-anak austisme membuatkan kerajaan negeri serius untuk membina pusat terapi berkenaan."Idea-idea pusat pemulihan yang berjaya di Lembah Klang ini akan kita jadikan sebagai rujukan untuk diadaptasikan di Terengganu sebelum kita membuat perbincangan yang lebih mendalam."Dalam masa yang terdekat, insya-Allah kami dan JKM akan mengumpulkan keluarga yang ada anak austisme ini bagi mendapatkan pandangan serta pertolongan yang mampu diberikan," tambah beliau.Ramai ibu bapa tidak dapat menerima anak adalah seorang austisme.Autisme adalah satu bentuk kecelaruan neurologi yang mengganggu fungsi otak sejak dalam kandungan.Mereka menghadapi masalah dalam perhubungan sosial, komunikasi, emosi, rutin berkaitan minat, tingkah laku dan kecenderungan dalam melakukan sesuatu.
17 Feb 20
414
Empty Image
Harrif Saleh Mahu Anak Muda Terengganu Berani Capai Impian
Harrif menunjukkan pingat yang diperolehinya di LTdL 2020.KUALA NERUS, 17 Februari - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) yang mencatat sejarah sebagai pelumba Asia pertama meraih tiga kejuaraan podium sejak mula menyertai Le Tour de Langkawi (LTdL), Mohd Harrif Saleh menyeru anak-anak muda Terengganu supaya lebih berkeyakinan dan berani dalam mencapai impian.Bercerita tentang video temu bualnya bersama wartawan ketika memenangi peringkat ketujuh kejohanan yang tular baru-baru ini, Harrif, 31, menyatakan keyakinannya banyak membantu kelancaran bahasa Inggerisnya.  “Tahun lepas memang sudah ada video seperti itu, tetapi kali ini lagi tular. Saya pun bercakap memang begitu saja. Cakap ‘orang putih’ pun bunyi Terengganu juga.“Macam saya, memang saya beranilah. Ini kerana saya berkomunikasi memang kena cakap bahasa Inggeris dengan jurulatih, dengan rakan-rakan sepasukan yang lain seperti dari Itali,” katanya.Tambahnya, jangan sesekali rasa malu dan takut untuk bercakap dalam bahasa tersebut, sebaliknya berani sebagaimana rakan-rakan sepasukannya yang berbangsa lain dalam TSG.Kepimpinan negeri bersama pasukan TSG.“Kita tengok, dia cakap pun ‘berat’ juga macam kita, tetapi apa yang dikatakan kita boleh fahamlah. Kita jangan takutlah, yang penting kena ada keyakinan, keyakinan tu yang boleh bawa kita lagi jauh.“Anak-anak muda kena bersungguh-sungguh, kena ada impian yang besar. Semua boleh buat jika kita bersungguh-sungguh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini semalam.Pasukan TSG yang menduduki tempat kedua keseluruhan dalam saingan kali ini disambut meriah oleh sekitar 100 peminat tempatan.Turut hadir, Pengerusi jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah, Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim, Ahli Lembaga Pengarah TSG, Tengku Seri Bijaya Raja serta Dato’ Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Ab. Rasid Jusoh.Keluarga Harrif turut menyambut ketibaannya di LTSM semalam.
17 Feb 20
72
Empty Image
Pesaka Ambil Alih Bangunan Permint Plywood
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Pesaka Trengganu Berhad (Pesaka) hari ini menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB) bagi mengambil alih bangunan bernilai RM1.2 juta dalam satu majlis yang diadakan di ibu pejabat Golden Pharos Sdn Bhd (GPB).Ketua Pegawai Eksekutif GPB, Dato' Nadza Abdul berkata, pembelian bangunan tiga setengah tingkat itu sekali gus menjadikan bangunan yang digunakan sebagai ibu pejabat GPB sebagai sebuah aset baharu kepada Pesaka.Katanya, SPA yang ditandatangani itu merupakan satu inisiatif Kumpulan GPB untuk menstrukturkan semula dan menyelesaikan hutang lama di antara anak syarikat atau dikenali sebagai "Group Exercise To Restructure Inter-Company Old Debts" (GERICOD).“Jumlah pembelian bernilai RM1.2 juta itu membolehkan PPSB membuat pembayaran hutang yang ditanggungnya kepada Pesaka serta lain-lain anak syarikat selepas beroperasi kembali mulai pertengahan tahun 2018."Jumlah penerimaan pembelian oleh PPSB ini akan dibayar kepada GPB sendiri, GP Dynamic Venture dan juga Golden Pharos Overseas Sales. PPSB juga akan menggunakan sebahagian hasil jualan ini bagi menjelaskan komitmen syarikat yang tertunggak," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian jual beli berkenaan, di sini.Pesaka diwakili Pengerusinya, Wan Hassan Mohd Ramli manakala PPSB turut diwakili Pengerusinya, Maliaman Kassim.Katanya, inisiatif GERICOD yang dilaksanakan oleh Kumpulan GPB membolehkan anak-anak syarikat mengurang atau menghapuskan hutang-hutang lama antara syarikat dalam kumpulan GPB yang sebelum ini tidak diselesaikan. Pesaka dan PPSB merupakan anak syarikat milik penuh GPB, anak syarikat kerajaan negeri di bawah Kumpulan Terengganu Incorporated.
16 Feb 20
116
Empty Image
Razali Penasihat Undang-Undang Baru Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Bekas Pengarah Pendakwaan Negeri Kedah, Dato’ Razali Che Ani dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Terengganu yang baharu berkuat kuasa semalam.Pelantikan Razali bagi menggantikan Dato’ Azhar Abdul Hamid dan diumumkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebentar tadi. “Tahniah kepada Dato’ Razali  Che Ani atas pelantikan sebagai Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu yang baharu bermula 15 Februari yang lalu.“Saya yakin beliau mampu lakukan yang terbaik demi kesejahteraan Terengganu. Semoga beliau dipermudahkan segala urusan dalam menggalas tanggungjawab ini dan berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT,” ujarnya.Terdahulu Ahmad Samsuri turut merakamkan penghargaan kepada Azhar atas sumbangannya membangunkan negeri Terengganu.“Kerajaan negeri amat berterima kasih atas segala khidmat beliau kerana sama-sama membangunkan negeri Terengganu dengan penuh dedikasi.“Beliau juga seorang sahabat yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk mengemudi negeri ini,” tambah beliau.
15 Feb 20
1311
Empty Image
Anak Terengganu Terus Lakar Sejarah
Foto ihsan - Facebook We Bleed Black & White.KUALA TERENGGANU, 16 Februari - Dua anak kelahiran Terengganu, Mohd Harrif Saleh serta Muhammad Nur Aiman Zariff melakar sejarah baharu dalam sukan berbasikal negara dan Asia selepas meraih kejayaan di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 yang berakhir semalam.Harrif, 31, menutup mulut pengkritik apabila dia menjadi pelumba Asia pertama meraih tiga kejuaraan podium sejak mula menyertai LTdL pada 2008 walaupun LTdL kali ini turut disertai pasukan berbasikal berstatus dunia.Dua kejuaraan podium digondol tahun ini iaitu peringkat kelima dari Kuala Kubu Bharu ke Ipoh, sebelum meraih kemenangan peringkat ketujuh dari Bagan ke Alor Setar.Kejayaan tersebut mengulangi sejarah yang diciptanya bagi saingan LTdL 2019 apabila turut memenangi saingan peringkat selepas sembilan tahun pelumba Malaysia gagal menjuarainya.Pecutan pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu menyaksikan dia menafikan kehebatan jaguh pecut, Maximillian Walschield.Anak jati Kampung Ladang tersebut juga membuktikan fizikalnya yang lebih kecil berbanding lawan bukannya penghalang untuk dirinya mengenepikan jaguh Eropah.“Memang saya akui telah sampai tahap boleh bersaing dengan mereka. Saya rasa kami sudah setaraf,” ujarnya.Sementara itu, Aiman, 23, daripada Sapura Cycling Team (TSC) meletakkan dirinya sebaris dengan pelumba luar negara selepas unggul menyarung Jersi Merah selaku Raja Bukit pada LTdL edisi ke-25. Kejayaan anak peniaga pasar malam dari Setiu itu turut menjadikan dirinya muncul sebagai atlet sulung kebangsaan meraih gelaran itu.“Memang tidak menyangka kejayaan ini. Alhamdulillah dapat mencipta sejarah untuk rakyat Malaysia,” katanya yang juga pernah bersama TSG.Lebih manis, sejarah yang dicipta Harrif dan Aiman melepasi serta menyamai rekod dua pelumba negara, Annuar Manan, yang pernah menyarung Jersi Hijau Raja Pecut pada LTdL 2010 dan Adeq Husaini Othman dengan Jersi Putih Terbaik Asia (2016).Keempat-empat pelumba berkenaan berasal dari Terengganu sekali gus menjadikan Terengganu kekal sebagai ‘kilang’ menghasilkan pelumba berkualiti untuk Malaysia di pentas antarabangsa.
15 Feb 20
123
Empty Image
Tangkapan Pasangan 'Basah' Catat Penurunan
Operasi di beberapa buah hotel awal pagi tadi. Foto oleh - Wan Luqman Hakim.KUALA TERENGGANU, 15 Februari - Bilangan tangkapan pelaku maksiat di daerah ini dan Kuala Nerus mencatatkan penurunan mendadak sejak operasi penguatkuasaan syariah dijalankan secara agresif bermula 1 Januari lalu.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, dalam operasi khas sempena 'Hari Kekasih' awal pagi tadi hanya tiga pasangan ditahan berbanding 10 sebelum ini.Katanya, operasi yang melibatkan 20 anggota penguatkuasa dan sukarela berjalan selama lima jam bermula tiga pagi dengan menyasarkan lapan hotel dan premis yang telah dikenal pasti di dua daerah berkenaan."Enam orang yang ditahan akan didakwa bawah Seksyen 31 (a) dan (b) (berkhalwat) serta Seksyen 29 (perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan)."Bilangan itu menunjukkan berlaku penurunan yang banyak, biasanya sebelum ini 20 orang ditangkap, ini mungkin disebabkan peranan penguatkuasa dan media yang menimbulkan kegerunan kepada pelaku untuk membuat maksiat," katanya.Azmi Tengah.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas operasi tersebut di Kompleks Seri Iman, pagi tadi.Menurutnya lagi, pelaku yang ditahan dalam operasi tersebut juga kebanyakannya adalah berasal dari luar Terengganu."Pasangan dari negeri ini ada, cuma bilangannya amat sedikit berbanding pelaku luar yang datang berkunjung ke sini."Jadi kita juga berharap agar pihak berkuasa negeri terus memainkan peranan dengan melakukan sebaran media berkait kemungkaran ini supaya ia menjadi cegahan umum."Ia selaras peruntukan undang-undang bagi merealisasikan Terengganu sebagai negeri sifar maksiat," tambah beliau.Untuk rekod, seksyen 29 serta 31 (a) dan (b) di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) memperuntukkan denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
15 Feb 20
52
Empty Image
THT Kenduri Gol Belasah Hockademy KL
Faizal melakukan gelecekan menarik sebelum menjaringkan gol.KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Selepas menundukkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) tempoh hari, Pasukan Hoki Terengganu (THT) meneruskan aksi cemerlang dengan membelasah pasukan Hoki Akademi Kuala Lumpur (Hockademy KL) 6-0 dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Batu Buruk, sebentar tadi.THT yang sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala TNB yang akan berlangsung Rabu depan bermula garang dengan melancarkan serangan pantas ke kubu Hockademy KL.Hasilnya, pada minit keenam, pemain muda THT, Muhamad Shahrin Izzuddin Shamsuri yang tidak dikawal berjaya meledak gol pembukaan selepas menerima hantaran cantik daripada Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee.Tersentak dengan gol THT, anak buah kendalian Selvaraju Sandrakasi cuba mengubah permainan dengan melancarkan serangan balas ke pintu gol THT.Namun pertahanan Terengganu yang dikawal Jung Manjae tenang mengawal asakan, kedudukan 1-0 kekal hingga tamat suku pertama.Pemain Hockademy KL bertahan selepas diasak THT.Bersambung suku kedua, pada minit ke-26, THT mendapat pukulan sudut penalti selepas bola terkena kaki pemain Hockademy KL dan peluang itu tidak disia-siakan oleh Jang Jong Hyun untuk menggandakan jaringan.Perlawanan terus berlangsung rancak dengan THT dilihat lebih merbahaya ketika melakukan seranganPada minit ke-35, Jang terus menjarakkan kedudukan THT selepas menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti bagi memastikan skuad Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu selesa dengan tiga gol di depan. Jaringan itu ternyata melemahkan semangat skuad ibu kota apabila THT semakin selesa menguasai permainan dengan melakukan asakan ke kubu pelawat dan hasilnya pada minit ke-56, gol keempat berjaya dijaringkan menerusi sentuhan Muhammad Umar Bhutta.Berselang empat minit kemudian, THT terus mengganas dengan serangan bertali arus ke pintu gol yang dikawal oleh Mohd Safiuddin Sahrom.Fitri Saari memperdaya dua pemain Hockademy KL.Bagaimanapun penjaga gol Hockademy KL itu gagal menafikan gol kelima Terengganu selepas sungkitan bersahaja Faizal Saari menambah derita pasukan di tangga terbawah liga.Ketika permainan dijangka berkesudahan dengan 5-0, Jang membuktikan kehebatannya dengan melengkapkan hatrik, gol itu dijaringkan sekali lagi menerusi pukulan sudut penalti pada 10 saat sebelum wisel penamat.Perlawanan terakhir liga menentang Maybank Ahad ini akan menjadi perlawanan penentuan sama ada THT akan menamatkan saingan di tangga kedua atau ketiga.
14 Feb 20
209
Empty Image
Valentine’s Day Bertentangan Dengan Ajaran Islam – Zuraida
Foto Ehsan: GoggleOleh : Syazwana M.ZohirKUALA TERENGGANU, 14 Februari – Umat Islam dinasihatkan agar tidak meraikan Hari Kekasih (Valentine’s Day) kerana ia adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata demikian setelah merujuk kepada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-71 (22 -24 November 2005).“Pada 14 Februari setiap tahun, ia sinonim bagi muda-mudi di Malaysia menyambut Hari Kekasih atau lebih dikenali dengan Valentine's Day. Bahkan segelintir masyarakat kita tanpa segan silu menyambut serta memperingati sambutan ini.“Asimilasi budaya barat ini wajib dihentikan segera oleh masyarakat Islam kerana ia menjerumus kepada pembudayaan maksiat." Umum mengetahui bahawa amalan menyambut Valentine's Day di dalamnya menggalakkan budaya bercinta, 'dating' (janji temu), memberi hadiah dan sebagainya”, ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial ' facebook' beliau baru-baru ini.ZuraidaKatanya, lebih menggusarkan apabila Valentine's Day ini boleh mendorong anak muda ke arah perbuatan zina."Zina adalah perbuatan yang keji dan buruk dalam Islam. Ia merosakkan kehidupan, keturunan, menjatuhkan maruah serta membuka pintu kemaksiatan dan gejala sosial yang lain," ujarnya lagi.Menurut Zuraida, agama Islam sama sekali tidak melarang umatnya untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang namun, berkasih sayanglah mengikut tatacara yang telah dianjurkan dalam syariat Islam.“Semoga kita semua pada hari ini kembali berpegang teguh kepada acuan al-Quran dan as-Sunnah dengan memelihara maruah diri dan menjauhi perkara yang dilarang bagi membentuk masyarakat negara yang sihat rohani dan jasmani.“Sungguh, bercinta dan berkasih sayang selepas nikah itu jauh lebih indah," ujar beliau.
14 Feb 20
99
Empty Image
Terengganu FC Tegar Guna Anak Jati
Red One menjadi penaja utama Terengganu FC 2020.KUALA TERENGGANU, 14 Februari - Terengganu Football Club (Terengganu FC) tetap tegar menggunakan khidmat anak negeri ketika pasukan lain lebih banyak mendapatkan khidmat pemain-pemain berpengalaman.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menyatakan, tahun ini pasukan Terengganu FC telah melakukan satu perubahan besar dengan meningkatkan jumlah peratusan pemain yang berasal dari negeri itu.“Pada tahun lalu, kita memiliki 60 peratus pemain kelahiran Terengganu dan tahun ini kita telah ada 80 peratus pemain-pemain terdiri dari anak negeri.Dr. Ahmad Samsuri.“Komitmen kita adalah untuk melahirkan pemain-pemain yang ‘real’ (berasal) dari Terengganu supaya mereka juga mampu beraksi bukan sahaja membawa nama negeri, tetapi juga untuk negara,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Jersi Terengganu FC bagi tahun 2020 di Dataran Pantai Batu Buruk, semalam.Mengenai sasaran dalam saingan kali ini, Dr. Samsuri mahukan pasukannya mencabar setiap kejuaraan yang dipertandingkan.“Tentunya kita ingin pencapaian lebih baik berbanding musim lalu. Pada saya, tidak salah untuk meletakkan target yang tinggi sebab itu adalah perkara biasa dalam pertandingan dan kita akan buat yang terbaik.“Walaupun kita berdarah merah, moto kita ‘We Bleed Black And White’ menunjukkan betapa kita serius untuk mencabar,” katanya.Lee Tuck mengetuai pasukan melakukan 'viking clap' semasa pelancaran jersi.
14 Feb 20
171