Artikel "Utama" Terkini
COVID-19 : Terengganu Atur Strategi Rangsang Ekonomi Pelancongan
Ariffin Deraman.KEMAMAN, 14 Mac - Kerajaan Terengganu akan mengatur tiga strategi bagi merangsang industri pelancongan negeri ekoran penularan wabak COVID-19 yang semakin serius di seluruh negara termasuk Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pakej rangsangan tersebut secara tidak langsung akan menampung kemerosotan pelancong dan ekonomi sejak kemunculan virus itu.“Insya-Allah pakej ini akan dibentangkan kepada mesyuarat kerajaan negeri dalam masa terdekat untuk diluluskan.“Kita fokuskan kepada pelancongan domestik dan insentif-insentif tertentu akan diberikan kepada penggiat-penggiat industri ini, ia bakal diumumkan kelak,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Terengganu Negeri Pelancongan Berisiko Rendah COVID-19 di Resort World Kijal, di sini hari ini.Demontrasi pemeriksaan COVID-19.Mengulas lanjut Ariffin memaklumkan, pantai-pantai dan pulau-pulau di Terengganu masih selamat untuk dikunjungi oleh pelancong.Namun katanya, langkah keselamatan dan pencegahan tetap dikuatkuasakan dengan rapi di setiap hotel dan pusat-pusat penginapan.“Saya telah mengarahkan pemilik-pemilik hotel di negeri Terengganu untuk menyediakan perkhidmatan saringan COVID-19 kepada semua pengunjung sebagai langkah pencegahan awal bagi menangani wabak berkenaan.“Pemeriksaan itu adalah tapisan sampingan selepas saringan utama dijalankan di setiap pintu masuk utama negeri dan lapangan terbang,” jelasnya.Terdahulu, Ariffin menegaskan, sebagai langkah berjaga-jaga, pihaknya juga akan mematuhi saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahu segala aktiviti berskala besar ditangguhkan.“Justeru, terdapat beberapa program besar, antaranya Terengganu Bike Week pada 27 hingga 29 Mac dan Conference on Digital Intelligence Technology (DIGIT) 2020 pada selasa hingga Khamis ini kita tangguhkan serta merta,” tambah beliau.
14 Mar 20
174
Juara Kelulut FC Buka Kejohanan Dengan Bergaya
Oleh: Aslam WiraMARANG, 13 Mac - Kelulut FC merangkul kemenangan bergaya dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Bola Sepak YAB Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang setelah berjaya menumpaskan Alur Tuman FC 4-1.Setelah berjaya membawa pulang piala pusingan tahun lalu, mereka terus garang dalam aksi pertama di hadapan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir bagi merasmikan perlawanan tersebut.Dengan kemasukan beberapa muka baru dan perubahan taktikal perlawanan, Kelulut FC kemungkinan mampu mengekalkan status kejuaraan bagi musim 2020.Pengarah program, Ziyad Zakaria berkata, kejohanan bola sepak ini telah memasuki siri atau musim ketiga yang diadakan saban tahun bermula pada tahun 2018 yang lalu.“Saya juga mengucapkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Terengganu selaku ADUN Rhu Rendang yang tidak pernah ketinggalan untuk hadir merasmikan perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir sejak tiga tahun lalu.”katanya.Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, Mohd Zain Mat Dris dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Hassan Awang.Sementara itu, beliau mengharapkan semua petugas yang terlibat akan terus berusaha memperbaiki dan membuat perubahan dari masa ke semasa supaya ianya dapat diteruskan pada masa akan datang.“Kami dari pihak penganjur mengharapkan para pemain dapat memberikan kerjasama yang baik, tidak terlibat dengan pergaduhan kerana tujuan kejohanan ini diadakan adalah bagi memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan hubungan diantara satu sama lain.”“Sebanyak 19 pasukan dari seluruh kawasan Rhu Rendang telah menghantar penyertaan dan terdapat beberapa buah pasukan baru yang mungkin akan memberi cabaran kepada pasukan lain kali ini,” tambahnya lagi
13 Mar 20
96
Persidangan DIGIT2020 Ditangguhkan Cegah Penularan COVID-19
KUALA TERENGGANU, 13 Mac - Program Conference On Digital And Intelligence Technology 2020 (DIGIT2020) yang akan berlangsung pada 17 sehingga 19 Mac ini di Taman Tamadun Islam (TTI), Kuala Terengganu terpaksa ditangguhkan sebagai langkah awal mencegah penularan COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, penangguhan ini susulan arahan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu melalui edaran surat Tindakan Menangani Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Negeri Terengganu bertarikh 12 Mac 2020.Kerajaan negeri telah memutuskan mana-mana perhimpunan/ program yang melibatkan lebih dari 100 orang peserta, hendaklah di tangguhkan.Sehubungan itu, beliau mewakili kerajaan negeri memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku dan akan memaklumkan perkembangan program tersebut dari masa ke masa.Dalam sidang media DIGIT2020 di Wisma Darul Iman semalam, Ariffin menyatakan telah mengambil pendekatan terbaik sebagai langkah pencegahan wabak itu."Sebenarnya, kami bercadang mengadakan persidangan ini di peringkat antarabangsa dengan penglibatan pelbagai pihak."Namun, kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan menumpukan penyertaan daripada peringkat domestik sahaja dan mengutamakan kehadiran daripada Koridor Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang," katanya,Bagaimanapun, berikutan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa COVID-19 dan menegaskan penularan dan keadaan wabak tersebut sangat membimbangkan, beliau akur dengan langkah penangguhan yang diambil kerajaan negeri sebagai tindakan terbaik kepada seluruh rakyat Terengganu.
13 Mar 20
98
COVID 19 : Rakyat Terengganu Dinasihatkan Berjaga-jaga, Ikut Langkah Pencegahan
Oleh: Aslam Wira
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Rakyat Terengganu dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dengan penularan wabak coronavirus (Covid-19) yang kini berada di peringkat kedua.
Setelah wabak ini diisytiharkan sebagai 'pandemik' oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerajaan negeri telah mengeluarkan satu pekeliling untuk menangguhkan sebarang program yang melibatkan orang ramai.
Arahan ini juga adalah tertakluk kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu ekoran daripada penularan wabak yang semakin meningkat di Malaysia.
Kerajaan negeri telah menggesa semua program-program yang melibatkan perhimpunan melebihi 100 orang peserta hendaklah ditangguhkan buat sementara waktu.
Berdasarkan statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga jam empat petang semalam seramai 158 orang telah dilaporkan positif COVID-19.
Walaubagaimanapun, Terengganu masih lagi terkawal dan tiada kes disahkan positif dilaporkan setakat ini.
Orang ramai boleh mengikuti perkembangan terkini mengenai wabak COVID-19 dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan daripada laman sesawang KKM, http://www.moh.gov.my @ https://www.infosihat.gov.my
13 Mar 20
845
DIGIT2020 Medan Pendedahan Teknologi Baru
KUALA TERENGGANU,12 Mac- Kerajaan Terengganu melalui Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat Negeri akan mengadakan Conference on Digital Intelligence Technology 2020 (DIGIT2020) sebagai pendedahan tentang teknologi kepada umum.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman, persidangan berteraskan teknologi itu bertujuan mengumpul kepakaran seperti kecerdasan buatan (Artificial Intelligence (AI)), robotik, data raya, 'cloud computing' dan lain-lain."Antara program yang diadakan ialah pembentangan daripada panel-panel pakar antaranya dar Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Celcom, Telekom Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Iskandar Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media DIGIT 2020 di Wisma Darul Iman, hari ini.Ariffin dan Tarmizi menunjukkan logo DIGIT2020 kepada pemberita yang hadir.Turut hadir, Setiausaha Bahagian Pembangunan Teknologi, Zuwislan.Tambahnya, Perbadan Putrajaya, Kolej Universiti TATI, Persatuan AI Malaysia dan G3 Global Berhad dan Huawei turut terlibat menyampaikan pembentangan.Program dengan kerjasama Pertubuhan Jaringan IT Prihatin (JITP) ini diadakan selama tiga hari bermula 17 Mac sehingga 19 Mac.Dijangkakan, seramai 800 peserta terutama dari Kelantan dan Pahang akan menghadiri persidangan tersebut.
12 Mar 20
144
'Wanita Penting Dalam Pasaran Buruh Terengganu' - Zuraida
Zuraida menunjukkan poster sempena Hari Wanita.Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 11 Mac - Laporan yang dikeluarkan oleh The World Bank yang bertajuk “Breaking Barriers: Toward Better Economic Opportunities for Women in Malaysia” menunjukkan bahawa 60.2 peratus wanita Malaysia menyatakan bahawa kerja rumah sebagai faktor utama mereka memilih untuk berhenti kerja.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkata, kajian berkenaan juga memperlihatkan majoriti golongan itu telah memilih untuk menjadi suri rumah selepas menerima kehadiran cahaya mata."Memahami betapa pentingnya penglibatan wanita untuk menyumbang dalam pasaran buruh di Malaysia, program-program seperti “Career Comeback” adalah sangat baik dan perlu diteruskan bagi menggalakkan agar wanita yang menjadi suri rumah untuk kembali bekerja. "Pada masa yang sama, inisiatif-inisiatif yang baru perlu terus diperkenalkan bagi memastikan suasana tempat kerja mesra ibu, seterusnya dapat membantu memudahkan wanita menguruskan keluarga," katanya.Beliau berkata demikian di dalam Program ‘Untukmu Wanita’ 2020 di Wisma Darul Iman Terengganu, semalam.Jelasnya, tanggapan bahawa wanita yang menjadi suri rumah sebagai membunuh potensi dan bakat kepimpinan yang boleh digunakan untuk membangunkan negara perlu diperbetulkan. "Hakikatnya, peranan wanita yang menjadi suri rumah tidak terbatas kepada pengurusan rumah semata-mata."Wanita merupakan tonggak kesejahteraan keluarga yang berperanan penting sebagai pendidik generasi akan datang," katanya.Menurut Zuraida, khidmat suri rumah juga tidak wajar dihadkan kepada ruang lingkup keluarganya semata-mata."Suri rumah boleh melibatkan diri dalam aktivisme sosial, iaitu memanfaatkan bakat kepimpinan dengan kepedulian dan kecaknaan yang tinggi terhadap masalah-masalah ummah."Sekalipun jika wanita tersebut tidak bekerja, ilmu dan bakatnya boleh dimanfaatkan dalam aktiviti-aktiviti kesukarelawanan," katanya.Oleh itu, beliau menyarankan agar Hari Wanita pada tahun ini disambut dengan semangat baru bagi memaknakan peranan kepimpinan wanita dalam keluarga dan masyarakat walaupun mereka tidak menceburi bidang politik dan pekerjaan. "Di kesempatan ini, saya juga mengharapkan agar sambutan Hari Wanita pada tahun ini tidak dicemari dengan acara yang bercanggah dengan syarak seperti himpunan yang mengiktiraf golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT)," katanya.
12 Mar 20
204
COVID-19 : Khutbah Solat Jumaat Dipendekkan
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.PUTRAJAYA, 12 Mac - Situasi semasa penularan virus COVID-19 yang masih terkawal di negara ini tidak memerlukan solat Jumaat dihentikan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.Beliau berkata solat yang diwajibkan kepada lelaki Muslim itu hendaklah diteruskan dengan beberapa perubahan dilakukan, antaranya memendekkan khutbah Jumaat.Menurut beliau, mereka yang mengalami gejala COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit."Individu yang disahkan positif COVID-19 dibolehkan tidak mengerjakan solat Jumaat, tetapi diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing," katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Tausiyah AM agensi agama di Masjid Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin di sini, hari ini.Yang turut hadir, timbalannya, Ahmad Marzuki Shaary dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Paimuzi Yahya.Mengulas lanjut, beliau berkata, orang ramai juga digalakkan untuk mengambil wuduk di rumah manakala pengurusan masjid dan jemaah hendaklah menyediakan ‘hand sanitizer’ (cecair pembasmi kuman) dan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan.Zulkifli berkata, solat Jumaat hanya tidak boleh dilakukan tetapi diganti dengan solat Zohor dalam keadaan wabak itu menjadi umum dan merebak secara tidak terkawal.Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata hal itu hanya boleh dilakukan selepas memenuhi beberapa syarat iaitu larangan berkenaan status wabak dikeluarkan oleh pihak berautoriti seperti Kementerian Kesihatan.“Ia juga tertakluk kepada wabak itu sudah menunjukkan kesannya di tempat tersebut dan ramai individu yang telah disahkan positif COVID-19 dengan Kementerian Kesihatan telah menyemak dan memeriksa masjid atau surau Jumaat terlebih dahulu,” katanya.Zulkifli berkata, bagi mengelak kekeliruan, pihaknya akan mengeluarkan garis panduan mengenai hal itu dalam masa terdekat.Mufti Pulau Pinang Dr Wan Salim Wan Mohd Noor baru-baru ini dilaporkan berkata kerajaan wajib mengambil apa juga langkah untuk mencegah penyakit berjangkit daripada tersebar dan mengancam kesihatan serta nyawa rakyat termasuk tindakan menghentikan buat sementara solat berjemaah di masjid dan solat Jumaat.Dalam pada itu, Zulkifli berkata JPM telah menyediakan kertas kerja permasalahan berkaitan COVID-19 seperti solat Jumaat, bersalaman, kenduri kahwin dan urusan mandi jenazah.“Insya-Allah kita akan kemukakan dalam masa terdekat kepada Majlis Fatwa untuk diputuskan,” katanya.Terdahulu dalam amanatnya, Zulkifli mengajak seluruh warga JPM supaya bekerja bersamanya sebagai satu pasukan bagi melonjakkan institusi agama ke tahap tertinggi.Beliau berkata stigma orang agama atau agensi agama lemah dalam urusan tadbir urus perlu dihentikan dengan cara memberikan perkhidmatan paling baik kepada masyarakat.SUMBER: BERITA HARIAN
12 Mar 20
40
Tiada Rombakan Exco Terengganu - MB
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, tiada sebarang keperluan rombakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri buat masa sekarang berikutan pentadbiran kerajaan negeri hari ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.Menurutnya, bagaimanapun Terengganu bersedia melakukan penambahbaikan pada masa akan datang jika ada keperluan atau bergantung kepada situasi semasa.“Di peringkat lain seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), ahli majlis daerah dan pentadbiran syarikat, kita akan tengok peranan yang mereka mainkan, jika ada keperluan dan perlu buat rombakan kita akan pertimbangkan.“Bukan saya kata mesti tapi kita akan pertimbangkan ikut kesesuaian sebab ianya bukan mengenai representasi mana-mana pihak tapi kecekapan dan efektifnya 'delivery' sesebuah kerajaan itu,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Indahnya Hidup Bersyariat di Taman Tamadun Islam (TTI), di sini hari ini.Katanya, jika apa yang ada itu sudah efektif, pihaknya akan teruskan dan jika sebaliknya akan dibuat penambahbaikan termasuk lakukan rombakan dan tambah kiri dan kanan supaya lebih efektif, itu 'keypoint' kita.“Yang penting adalah servis kita tidak terencat dan berjalan dengan lancar,” katanya.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahari Mamat, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zaki Wan Mohd dan Ketua Pendakwa Syarie Terengganu, Mustafar Hamzah.Dr Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional memberi manfaat besar kepada Terengganu dan Kelantan khususnya dari segi peruntukan kerana bukan lagi negeri pembangkang.“Semua wakil rakyat negeri ini adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan sama dengan Pusat. Saya merancang untuk berjumpa dengan beberapa Menteri bagi membincangkan isu-isu tertentu yang tertunggak bagi memastikan kelancaran kerajaan negeri,” katanya.
12 Mar 20
40
Kabinet Baru Perlu Profesional Demi Keharmonian Rakyat
KUALA TERENGGANU, 12 Mac - Kabinet baharu dibentuk Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan kepakaran daripada pelbagai sektor diharap mampu membawa kestabilan politik dan ekonomi negara sekali gus memacu Malaysia ke landasan yang lebih baik.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, beliau yakin kesemua menteri yang baharu dilantik mampu memberikan kerjasama yang baik terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam menggerakkan langkah bagaimana menetukan hala tuju, polisi serta dasar untuk kepentingan negara dan rakyat.“Kita mengharapkan barisan kabinet yang baharu ini terus kekal dengan integriti dan bersikap profesional dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat serta mengamalkan politik matang demi keharmonian rakyat.“Jangan bersikap terlalu gopoh dan ambillah pengalaman daripada kerajaan terdahulu dengan menentukan polisi dan dasar yang paling baik untuk kepentingan rakyat. Mereka akan menilai setiap keputusan dibuat kerajaan,” ujarnya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai pelantikan barisan kabinet baharu di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Sementara itu, Mohd Nor berkata, berhubung dengan portfolio beliau, pembentukan kabinet baharu ini juga diharap dapat membawa lebih ruang dan peluang dalam memperkasa bidang agama dan dakwah serta memberikan satu impak yang positif kepada Kerajaan Negeri Terengganu sendiri memandangkan telah sealiran kepimpinannya.“Walaupun dahulu negeri pembangkang, kita telah adakan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.“Dan sekarang apabila berada dibawah PN, kita akan teruskan kerjasama dengan harapan hubungan yang baik ini akan dapat meneruskan aktiviti keagamaan di negeri ini dengan bantuan dari segi peruntukan dan kemahiran dari peringkat pusat,” ujarnya.
11 Mar 20
62
Projek Muara Sungai Paka Terengganu Siap 60 Peratus
Dr Mamad Puteh (tengah) dan wakil Vista Infinity Development Sdn Bhd meninjau keadaan muara Sungai Paka di sini kelmarin.DUNGUN, 12 Mac - Kerajaan Terengganu mengumumkan Projek Muara Sungai Paka, Dungun di sini, yang merupakan penyelesaian menyeluruh kepada masalah muara cetek dan alur pelayaran yang sempit serta sering berubah-ubah di muara sungai kini sudah siap 60 peratus.Projek itu siap 10 peratus lebih awal daripada sasaran yang ditetapkan, sebelum siap sepenuhnya pada 2021 dan membabitkan pelbagai komponen bernilai RM132.25 juta.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, proses pembangunan yang positif untuk projek muara Sungai Paka itu mendahului jadual awal sekali gus menunjukkan kemampuan Vista Infinity Development Sdn Bhd mengurus dan menyiapkan projek demi manfaat semua pihak."Alhamdulillah pada pagi ini kita melawat projek pemuliharaan muara Sungai Paka Terengganu yang mana kita dapat lihat satu projek yang besar yang dibuat tiga tahun yang lepas dan insya-Allah siap pada awal tahun hadapan."Projek ini membabitkan belanja sebanyak RM132.25 juta. Kira-kira projek ini seharusnya 50 peratus siap tetapi kontraktor membina dan menyiapkan 10 peratus 'ahead' (ke hadapan) bermakna sekarang ini 60 peratus sudah siap," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika meninjau keadaan muara Sungai Paka di sini kelmarin.Masalah muara cetek yang menghantui 600 nelayan dan penduduk di sekitar Sungai Paka bakal berakhir apabila projek pemuliharaan muara sungai itu yang sedang dibina, siap Mei 2021.Dr Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang turut memberitahu, projek pemuliharaan itu meliputi beberapa pembinaan seperti struktur pemecah ombak (breakwater) dan benteng pemecah ombak (T-Groyne)."Jadi kita lihat sendiri bahawa di sebelah sana ada satu breakwater sedang dalam pembinaan kira-kira dalam 600 meter panjang kemudian ada enam T-Groyne dalam pembinaan."Duanya telah siap sepenuhnya dan empat lagi dalam pembinaan. Kemudian kita lihat di sebelah sana ada kerja-kerja yang membuat T-Groyne di sebelah sungai dan ada juga pendalaman air ataupun muara di sebelah belakang kita ini."Ini adalah kerja-kerja dalam 'progress' tanpa apa-apa masalah yang berbangkit setakat ini," katanya.Projek pemuliharaan muara Sungai Paka bertujuan mengawal hakisan pantai, mendapan di muara dan juga mencegah banjir di kawasan berhampiran muara yang sering berlaku apabila berlaku pertembungan antara air pasang besar dan hujan lebat.Pelaksanaan projek itu sekali gus menamatkan penantian penduduk selama 30 tahun yang terhimpit dengan masalah muara cetek serta hakisan yang teruk sehingga menjejaskan sumber pencarian utama mereka.
11 Mar 20
1444