lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu Sebagai 'Emergency Fund' Sekiranya Krisis Berlanjutan
Dr. Samsuri ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk di Pulau Redang.KUALA TERENGGANU, 19 April- Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu akan dipersiapkan sebagai dana kecemasan negeri itu dalam menghadapi krisis berlanjutan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia ketika ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tabung yang dilancarkan sejak hujung Mac lalu kini mengumpulkan lebih RM4 juta yang sebahagian besarnya disumbangkan oleh penderma-penderma korporat daripada syarikat-syarikat dan orang perseorangan.“Setakat ini, kita belum lagi gunakan tabung ini kerana kita menjangkakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan krisis ini tidak akan selesai dalam waktu yang singkat.“Kita kena merangka perjalanan yang agak panjang dan kita akan jadikan Tabung Bantuan Covid-19 ini sebagai satu ‘emergency fund’ (dana kecemasan) untuk menyelesaikan urusan yang berkait dengan pandemik ini,” katanya.Dr. Samsuri dan ADUN Batu Rakit bersama-sama menyampaikan bantuan kepada penduduk.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan bantuan berupa barangan keperluan kepada 40 penerima di Pulau Redang, hari ini. Dr. Samsuri memaklumkan, seramai 262 keluarga di Pulau Redang akan menerima bantuan tersebut bagi membantu meringankan beban yang ditanggung berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.“Pemberian sumbangan ini ada beberapa peringkat. Dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini kami turun memberikan sumbangan kepada 40 keluarga dan selebihnya akan diagihkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd. Rahman pada 22 April ini.MB bertanyakan khabar salah seorang penerima sambil diperhatikan ahli Parlimen Setiu.“Alhamdulillah, yang paling pentingnya ialah kami dapat turun bersama-sama dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri Terengganu ini dan kita akan bergerak dari satu fasa ke fasa yang berikutnya bersama parti Pas dan UMNO untuk menterjemahkannya juga di tempat lain di seluruh negeri,” katanya.Turut hadir, Ketua Polis Terengganu, Dato’ Roslee Chik; Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak; Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir; ADUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman  dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit,  Mohd Shafizi Ismail.PPD Batu Rakit, Mohd Shafizi turut serta membantu dalam menyampaikan sumbangan bersama MB Terengganu.
19 Apr 20
58
Empty Image
MOSTI Lihat Kepentingan Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin Perlu Diwujudkan Segera
KUALA NERUS, 19 April - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang berbincang secara serius tentang keperluan Pusat Penyelidikan Pembangunan Vaksin secara menyeluruh agar pengeluaran vaksin dapat dikeluarkan dalam negara.Timbalan Menterinya, Ahmad Amzad Hashim berkata di Malaysia sebelum ini terdapat makmal-makmal biotek yang agak maju tetapi kurang penumpuan selama ini kerana tidak menjangkakan akan berdepan dengan situasi COVID19."MOSTI sekarang tengah membincangkan dengan serius tentang kepentingan diwujudkan segera Pusat Penyelidikan  seperti ini yang membolehkan supaya pengeluaran vaksin dapat dikeluarkan dalam negara."Cuma kita tidak boleh nak beritahu, sama ada  ia boleh dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana perlu difahami bahawa untuk membolehkan satu-satu vaksin itu dihasilkan, ia melibatkan proses yang panjang sehingga dua tahun dan melibatkan mungkin peruntukan ratusan juta."Jadi, apabila kerajaan telah melihat keadaan yang berlaku hari ini saya percaya keperluan ini menjadi semakin  penting dalam menghadapi cabaran di masa akan datang," ujarnya.Beliau berkata demikian di sidang media  selepas Majlis Perasmian TanyaDoktor di Perpustakaan UniSZa, Kampus Gong Badak hari ini.Turut hadir, Naib Canselor UniSZA Prof Dato' Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.Dalam majlis yang sama, Ahmad Amzad turut menyampaikan menyampaikan geran penyelidikan daripada MOSTI sebanyak RM50 ribu untuk pembangunan aplikasi COVID-19 Risk Assessment Sistem for Higher Education Institutes atauChaSe.Untuk rekod, ChaSe merupakan satu sistem penilaian risiko menggunakan teknologi IR4.0 bagi mengesan dan mengurus risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan staf universiti-universiti di Malaysia.Sistem ini berteraskan gabungan Artificial Intelligence dan juga Business Intelligence sebagai platform.Idea asal pembangunan sistem ini adalah untuk diaplikasi bagi pelajar dan staf UniSZA tetapi ia berpotensi untuk dikembangkan oleh mana-mana institusi pengajian tinggi yang lain.
19 Apr 20
34
Empty Image
MPKK Parit Che Ha Agih Gulai Daging Untuk 'Sama Merasa'
Pengerusi MPKK,  Jiding Mat Amin mengagihkan gulai daging kepada salah seorang pendudukOleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 19 April - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parit Che Ha, Manir mengagihkan gulai daging kepada 147 rumah penduduk sekitar bagi ‘sama merasa’ dan berkongsi kesusahan di musim Perintah Kawalan Pergerakan PKP fasa 3, semalam.Pengerusi MPKK,  Jiding Mat Amin berkata, kesemua rumah mendapat sebungkus gulai daging hasil inisiatif pihaknya selepas mendapat sumbangan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.“Program agihan ini amat berkesan kerana selaku Ketua Kampung cukup merasa keadaan kehidupan keterbatasan PKP berikutan rata-rata penduduk di sekitar kampung ini adalah dari golongan berpendapatan (B40)."Saya berharap pemberian mampu pihak yang terkesan merasai gulai daging buat seisi keluarga terutamanya dapat meringankan beban keluarga ibu tunggal dan fakir miskin," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) bersama para petugas Belia semasa agihan gulai daging untuk penduduk sekitar.Terdahulu, agihan ayam bersih dan tembikai kepada setiap rumah dan juga bantuan keperluan asas termasuk bantuan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Manir telahpun diedarkan awal tempoh PKP kepada yang benar-benar terkesan."Selepas ini gabungan MPKK, Wanita dan Belia akan terus bekerjasama untuk memberi sumbangan barangan keperluan lain bagi memastikan tiada keluarga yang terjejas sumber makanan dalam tempoh PKP ini," ujarnya.
18 Apr 20
367
Tiada Kes Pelancong Asing Positif COVID-19 Di Terengganu
Tiada Kes Pelancong Asing Positif COVID-19 Di Terengganu
  Pelancong memberikan kerjasama yang baik.       Oleh : Aslam Wira   MARANG, 19 April – Tiada kes positif COVID-19 melibatkan 71 pelancong asing yang tinggal di pulau-pulau di Terengganu sehingga hari ini sebagaimana dilapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, ia melibatkan pelancong di Pulau Tenggol seramai dua orang, Pulau Perhentian, 33 dan Pulau Kapas, 36.   "Di Pulau Kapas, 36 pelancong asing termasuk empat kanak-kanak dari Jerman, Sepanyol, Itali, Belgium, Sweden dan Demark telah menjalani saringan kesihatan hari ini.   "Mereka disaring secara berkala oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan ini adalah saringan kali ketiga disini, manakala isu-isu keselamatan pula dipantau oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Marang (IPD)," katanya kepada media selepas saringan tersebut semalam.   Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris dan Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Tan Sin Yew.   Ariffin Deraman. Menurutnya lagi, dua orang pelancong asing telah dipindahkan ke pusat kuarantin Marang untuk pemerhatian lanjut tetapi setakat ini tiada keputusan berkaitan dengan wabak itu.   "Kerajaan negeri turut menyediakan alternatif untuk membantu mereka yang mahu pulang ke negara asal contohnya pergerakan dan pengurusan kenderaan dua pelancong Jerman ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Marang telah diuruskan.   “Kita tiada halangan untuk membenarkan mereka pulang tetapi mereka yang datang sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merasakan lebih selamat di sini," ujarnya.   Ariffin turut memaklumkan, kesemua pelancong asing telah bersetuju untuk membayar sendiri kos sepanjang berada dan tinggal di pulau.   "Jabatan Pelancongan juga masih tidak menerima sebarang aduan serius berkaitan kebajikan dan keselamatan pelancong asing ini setakat ini.   "Namun, kita menjangkakan akan timbul isu berkaitan penyambungan penginapan di resort, tempoh sah visa, jadual penerbangan dan pergerakan mereka dari Terengganu ke destinasi pelepasan, itu kita sudah bersedia," katanya.  
18 Apr 20
208
Empty Image
Terengganu Cadang Program 'YouTubing' Ganti Karnival Candat Sotong
Ariffin Deraman.Oleh : Aslam WiraMARANG, 18 April – Kerajaan Terengganu melalui Portfolio Pelancongan bercadang melaksanakan Program 'YouTubing' Produk Pelancongan Marang sebagai langkah menggantikan Karnival Candat Sotong yang terpaksa dibatalkan akibat penularan wabak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, dengan peruntukan sebanyak RM25,000 alternatif itu dapat menjamin kelangsungan industri pelancongan di Marang selepas kekangan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Antara konsep yang digunakan bagi mencapai matlamat program 'YouTubing' ini, penduduk setempat menceritakan pengalaman dan keunikan aktiviti harian seperti menangkap ikan dan mencandat sotong melalui rakaman video, dialog dan skrip untuk dimuatnaik di media sosial."Inisiatif ini dijangka akan melibatkan seramai 200 orang penggiat dan penduduk daerah Marang."Aktiviti ini akan mengambil kira garis panduan semasa dan nasihat pihak berwajib dalam tempoh PKP," katanya kepada media selepas program saringan COVID-19 terhadap pelancong asing di Pulau Kapas di sini hari ini.Turut hadir adalah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Mohd Huzairil Nizam Ibrahim, Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Zain Mat Dris dan Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Tan Sin Yew.Menurutnya lagi, program diyakini itu dapat membantu meringankan sedikit beban para penggiat pelancongan Marang yang terjejas."Dengan keunikan yang ada di Marang ia boleh membantu sektor pelancongan yang terjejas seperti program menangkap ikan dan mencandat sotong manakala aktiviti darat pula seperti penjualan produk, persembahan seni dan budaya."Kita perlu berfikir ke depan untuk menjana idea yang boleh disesuaikan sepanjang tempoh ini bagi membantu para penggiat pelancongan dan penduduk setempat dengan ketetapan pematuhan semua arahan PKP."Ini jelas menunjukkan keperihatinan dan kecaknaan kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan semua lapisan masyarakat dan para penggiat pelancongan di Marang terjaga," tambahnya lagi.Sebagai rekod, Karnival Candat Sotong Terengganu dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 5 April lalu di berkenaan.Namun ia terpaksa dibatalkan akibat wabak pandemik yang melanda seluruh negara termasuk Malaysia.
18 Apr 20
286
Empty Image
Permint Plywood Sdn Bhd Mula Operasi Sepanjang PKP 3
KUALA TERENGGANU, 18 April - Permint Plywood Sdn Bhd (PPSB), anak syarikat Golden Pharos Bhd, menerima kelulusan daripada Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 3 berlangsung.PPSB berkata dalam satu kenyataan kelulusan tersebut telah diperoleh melalui Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) dan hanya membenarkan 50 peratus sahaja tenaga kerja untuk operasi kilang selain mewujudkan sistem bekerja dari rumah bagi pekerja yang tidak terlibat dengan aktiviti pembuatan secara langsung.Kelulusan yang diberikan oleh kementerian adalah bagi memastikan syarikat venir kerajaan negeri itu memenuhi permintaan pasaran eksport di kalangan pembeli.PPSB juga dikehendaki menghantar kepada MTIB senarai pekerja yang terlibat sepanjang PKP dan memastikan pergerakan pekerja hanyalah dari tempat kilang beroperasi ke rumah dan sebaliknya sahaja.Pengumuman pembukaan kilang yang beroperasi di Bandar Al-Muktafi Billah, Dungun itu juga turut dibuat oleh Kumpulan GPB melalui Bursa Malaysia.Menurut PPSB lagi, dari segi protokol kebersihan dan keselamatan, syarikat itu perlu mengambil bacaan suhu pekerja yang hadir setiap hari di pintu masuk kilang di samping menyediakan alat sanitasi pembasmi kuman dan topeng muka yang harus dipakai sepanjang masa sewaktu operasi.Proses nyahkuman di premis syarikat juga perlu dijalankan sebelum syif atau operasi bermula sekurang-kurangnya tiga kali sehari.
17 Apr 20
879
Empty Image
Lagi Ikan Cencaru Untuk Rakyat, 4,500 Kilogram Diagih
Oleh : Zulkifli MatKUALA NERUS, 17 April - Badan Bukan Kerajaan (NGO) Tepoh Care dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh mengagihkan 4,500 Kilogram ikan cencaru kepada peduduk  di kawasan berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim berkata, agihan melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menyasarkan seluruh rakyat yang terjejas akibat COVID-19."Sumbangan bersama yang dihulurkan ini diharap mampu meringankan sedikit bebanan semua walaupun tidak seberapa."Insya-Allah kami akan terus bergerak ke depan tanpa mempedulikan kemuncup (cakap-cakap belakang) jalanan," katanya semasa mengagihkan bantuan itu di Dewan Serbaguna Tepoh semalam.Dalam masa yang sama, beliau mengalu-alukan penyumbang yang berhasrat untuk berkongsi rezeki bersama rakyat."Yang berminat memberi bantuan boleh hubungi pihak Tepoh Care atau PKM DUN Tepoh. "Terima kasih juga kepada yang telah menyumbang, dan tidak lupa buat semua anggota kerja MPKK atas usaha gigih yang dilaksanakan di peringkat kampung," tambah beliau.
16 Apr 20
117
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting - Parti Politik Turki
Pelantikan Abdul Hadi Sebagai Duta Khas Sangat Penting - Parti Politik Turki
Abdul Hadi Awang. KUALA TERENGGANU, 17 April - Pelantikan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah adalah sangat penting bagi mengembalikan semula keamanan di sana. Presiden Parti Saadet Turki, Temel Karamollaoglu berkata, kepakaran yang dimiliki Abdul Hadi pasti akan memberikan keuntungan kepada banyak pihak. "Wilayah Timur perlukan keamanan, ia amat memerlukan seseorang yang sangat berpengalaman, mengenali kami dan Timur Tengah. "Saya percaya Abdul Hadi akan memberi sumbangan dalam proses keamanan berdasarkan pengalaman beliau yang meluas," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Temel Karamollaoglu. Di samping itu, Temel turut berbangga dengan penglibatan Parti Islam Semalaysia (PAS) ke dalam kerajaan yang dibentuk baru-baru ini. "Penting untuk mereka berada dalam kerajaan, saya yakin mereka akan berjaya memacu kemajuan di Malaysia," tambah beliau. Dalam masa yang sama, Temel juga mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pelantikan ke jawatan itu.    
16 Apr 20
369
Empty Image
Seikat Kangkung Dan Satu Plastik Cencaru Untuk Warga Teluk Menara
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 17 April - Gabungan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Jawatankuasa Masjid dan Belia mengambil inisiatif mengagihkan seikat sayur kangkung dan ikan cencaru kepada seluruh penduduk kampung Teluk Menara, Manir dekat sini, bagi meringankan beban mereka ketika lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Pengerusi Jawatankuasa Masjid Teluk Menara, Ir Haji Zamzuri Aziz berkata kangkung dan ikan itu dibeli hasil inisiatif gabungan pihaknya selepas mendapat sumbangan pelbagai pihak dan orang perseorangan yang prihatin."Kami terpanggil melaksanakan program tanggungjawab sosial itu berikutan rata-rata penduduk di sekitar kampung ini adalah dari golongan berpendapatan (B40).""Agihan ini diserahkan kepada setiap unit rumah yang ada tanpa sebarang pengecualian, ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI).Beliau juga berkata hebahan ini bukan bermaksud untuk menonjolkan diri apatah lagi untuk berbangga, namun ia sekadar hebahan umum kepada warga terlibat terhadap usaha pihak pengurusan kampung untuk memastikan bahawa setiap dapur mampu menyajikan hidangan buat seisi keluarga.Tambahnya lagi, selain sumbangan yang disalurkan oleh pihak kerajaan negeri, sebahagian besar sumber kewangan adalah datang dari poket para dermawan yang mendokong usaha yang digerakkan oleh pengurusan kampung ini.Sementara itu, Ir Zamzuri yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa MPKK berkata, pihaknya menyediakan Kaunter barangan keperluan makanan asas secara "walk in" sejak 2 minggu lalu sehingga tamat PKP."Ia beroperasi setiap hari di Bilik Gerakan Bantuan di Surau al-Hikmah antara jam 10 pagi hingga 3 petang untuk menyantuni warga yang benar-benar terkesan di kampung kami," ujarnya lagi.Beliau turut menghargai para dermawan yang telah menyumbang kepada tabung Batuan Kebajikan ini dan menyeru orang ramai untuk terus menderma."Semoga Allah SWT menjadikan sumbangan ikhlas anda semua sebagai aset yang bernilai di akhirat nanti."Teruskan menyumbang untuk kami berkhidmat, insyaaAllah kita sama² merasai denyut nadi rakyat. Bagi yang berminat untuk bersama kami bolehlah menyalurkan sumbangan ke akaun : 13010005864714 (Bank Muamalat : MPKK Teluk Menara)," katanya.
16 Apr 20
149
Empty Image
MB Terengganu Jawab Dakwaan Ahmad Said
Kata MB, bantuan RM10 juta dari kerajaan Persekutuan telah diagih kerajaan negeri dengan cara sebaiknya.KUALA TERENGGANU, 17 April - Kerajaan Terengganu menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Dr Ahmad Said yang mengatakan agihan bantuan RM10 juta kepada wakil rakyat bukan kerajaan negeri itu tidak adil.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, suasana semasa pandemik COVID-19 memerlukan bantuan disampaikan dengan kadar yang segera dan tepat pada sasarannya.Tegasnya, ada dua perkara berkait dengan penyampaian bantuan tersebut iaitu bantuan mesti disampaikan pada rakyat memerlukan, tanpa mengira warna politik serta kaedah penyampaian mesti berkesan dan segera semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)."Oleh itu keputusan diambil untuk mengagihkan bantuan menerusi agensi rasmi kerajaan iaitu Pusat Khidmat Masyarakat DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kerana mereka paling hampir dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebajikan rakyat."MPKK akan menilai senarai mereka yang layak dengan merujuk pelbagai data (dari agensi kerajaan negeri dan persekutuan) disamping penentuan keadaan sebenar fizikal di bawah."Arahan khusus diberikan pada MPKK supaya berlaku adil, menyampaikan bantuan pada yang selayaknya tanpa mengira warna politik penerima," jelas beliau dalam satu kenyataan hari ini.Walau bagaimanapun Ahmad Samsuri berkata, pihaknya turut memahami keperluan dan tugasan yang perlu dijalankan oleh setiap ADUN."Maka kerajaan negeri turut menyalurkan sebahagian bantuan COVID-19 sejumlah RM45,000 kepada ADUN BN di negeri Terengganu untuk diuruskan."Sekali imbas cara yang paling ideal ialah bantuan diberikan secara sama rata pada semua ADUN."Bagaimanapun terdapat 'missing link' pada waktu ini antara ADUN BN dengan MPKK, kerana model jawatankuasa komuniti kampung yang sedia ada pada waktu ini adalah model yang dibina sebelum pembentukan muafakat politik berlaku," ujar beliau.Tambah beliau, kerajaan negeri yakin bahawa sekiranya berlaku penambahbaikan pada komposisi MPKK masalah itu tidak lagi berulang."Dengan mengambikira wakil yang berbagai dalam masyarakat dan muafakat politik baharu di peringkat nasional, maka keadaan baharu yang lebih inklusif ini boleh diurus supaya menjadi lebih baik dan harmoni di masa depan," katanya
16 Apr 20
373