Artikel "Utama" Terkini
TNB Sumbang RM100 Ribu Untuk Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu
Mohd Nazri menyampaikan sumbangan kepada Pengarah APM Terengganu, Lt. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 22 April - Sekretariat Pengurusan Bencana Terengganu menerima sumbangan bagi Bantuan COVID-19 daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM100,000 bagi membeli keperluan barangan dan peralatan dalam usaha membendung penularan wabak ini.Pengurus Besar TNB Terengganu, Mohd Nazri Putih berkata sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugas-tugas yang telah dipikul oleh pihak ‘Frontliner’( barisan hadapan)."Kami amat berterima kasih kepada pihak Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu kerana sanggup berkorban masa dan tenaga demi menjaga keselamatan rakyat.“Saya difahamkan oleh pihak sekretariat bahawa dengan wang sumbangan tersebut, mereka akan dapat membeli segala peralatan untuk kegunaan seluruh ‘Frontliner’ Terengganu," ujarnya.Mohd Nazri berkata demikian di Majlis Penyerahan sumbangan di Dewan Terbuka Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Cawangan Kuala Nerus, Gong Badak, Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, Lt. Kol. (PA) Che Adam A. Rahman.Tambahnya, beliau berharap dengan sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan tugas-tugas yang dihadapi oleh pihak ‘Frontliner’ yang terpaksa berhadapan dengan wabak pandemik yang telah mengorbankan banyak nyawa di seluruh dunia.
22 Apr 20
400
577 Penternak Terima Bantuan Makanan Ikan
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 22 April – Kerajaan Terengganu memperuntukkan sebanyak RM115,400 untuk agihan bantuan makanan ikan kepada 577 orang penternak di seluruh negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, agihan bantuan itu disalurkan secara berperingkat dalam bentuk barangan."Penternak ikan air payau dan air tawar yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Terengganu di semua daerah akan menerima sumbangan."Ia bertujuan untuk meringankan sedikit bebanan penternak dengan bantuan berjumlah RM200 seorang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya, kerajaan negeri memahami akan bebanan yang ditanggung penternak ikan sama ada sangkar atau kolam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana pasaran yang terlalu terhad. "Dalam masa yang sama penternak perlu menanggung kos makanan ikan setiap hari sehingga ramai di kalangan penternak mengadu mereka telah kehabisan modal pusingan."Bantuan ini diagihkan segera. Semoga yang sedikit dapat membantu meringankan beban sambil kita berdoa semoga wabak ini segera berakhir untuk kehidupan ini diteruskan seperti biasa," tambah beliau.
22 Apr 20
45
7,000 Pek Kurma Untuk Diagihkan Di Seberang Takir
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 April - Sebanyak 7,000 pek kurma diagihkan untuk masyarakat di Seberang Takir sempena masuknya bulan Ramadan pada kali ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab, kurma ini diagihkan setiap tahun sempena meraikan kedatangan bulan yang mulia."Kita agihkan kurma setiap tahun dan program ini sememangnya berada dalam taqwim tahunan kita."Cuma berbeza sikit tahun ini, kita terpaksa agihkan mengikut Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)," ujar beliau ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir pagi tadi.Menurutnya, kebiasaannya kurma diagihkan di Bazar Ramadan atau kawasan tumpuan masyarakat kampung ia terbatas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ."Biasa kita agih ikut bazar-bazar disekitar Seberang Takir."Oleh kerana PKP ini,Bazar Ramadan tidak dapat dibuat dan kita agihkan kepada MPKK untuk diberi kepada ahli qaryah mereka," tambah Fazil lagi.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang turut menyumbang kurma ini."Terima kasih buat Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr. khairuddin Aman Razali dan para ahli perniagaan yang sudi menyumbang kurma ini kepada kita untuk agihkan."Bungkusan kurma ini dilakukan oleh kakitangan daripada Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Seberang Takir dan dibantu oleh MPKK setempat," katanya.
21 Apr 20
66
2,500 Kg Ikan Untuk Warga Seberang Takir
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 22 April -Sebanyak 2,500 kilogram (Kg) ikan diagihkan kepada 19 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bagi meringankan beban penduduk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19.Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab berkata pemberian ikan ini sebagai tanda ingatan daripada pihaknya yang sentiasa mengambil berat tentang keperluan dan kebajikan penduduk."Kita agih ikan ini sebagai tanda sayang buat masyarakat kampung di DUN kita ini dan untuk mengurangkan sedikit beban buat mereka yang terjejas dengan Virus Corona (COVID-19) ini."Tidak semua yang dapat,tapi ia cukup membantu buat keluarga yang serba kekurangan dan terkesan,"katanya ketika ditemui media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Seberang Takir, hari ini.Tambahnya, sebanyak 100 Kg ikan diagihkan setiap MPKK dan selebihnya akan diagihkan kepada MPKK yang mempunyai ramai penduduk di bawah pentadbiran mereka.
21 Apr 20
180
Duta Khas : Ulama Dunia Zahir Sokongan Kepada Abdul Hadi
Sheikh Ahmad Ar-Raisuni (kiri) bersama Tuan Guru Abdul Hadi.MARANG, 21 April - Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) menzahirkan sokongan kepada Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai Duta Khas kerajaan Malaysia ke Timur Tengah Bertaraf Menteri.Pengerusi KUIS, Prof Dr Syeikh Ahmad Abdul Salam Ar-Raisuni berkata, pihaknya amat yakin Abdul Hadi Awang adalah individu yang sangat layak bagi jawatan tersebut kerana pengalaman yang ada padanya."Ia merupakan pelantikan tepat dan sesuai dengan ketokohan dalam bidang keilmuan, keagamaan serta politik Abdul Hadi."Malah sesuai dengan sumbangan besar beliau dalam membina kesatuan rakyat di Malaysia," ujarnya dalam kenyataan semalam.Menurut Sheikh Ahmad Ar-Raisuni lagi, KUIS berharap agar Presiden PAS itu dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam tugasan baharu nanti."Kami juga bersedia untuk mewujudkan kerjasama bagi memastikan dunia dan perihal Islam terus kukuh di bumi ini."Semoga kita sama-sama dapat membuka ruang kerjasama demi memartabatkan Islam dalam pelbagai bidang untuk kemaslahatan bersama," tambah beliau.
21 Apr 20
701
Nelayan Cina Rugi Hampir RM15 Ribu
Lee Jee See.Oleh : Wan HadiKEMAMAN, 21 April - Seorang nelayan berbangsa Cina di Kemasik mengalami kerugian hampir RM15 ribu selepas bot miliknya karam.Lee Jee See, 59, berkata, dia mendapat panggilan telefon daripada kawan terdekat yang mengadu bot tersebut tiada di tempat berlabuh.Katanya, hampir setengah jam dia tidak mampu berfikir dengan baik kerana teringat nilaian kerugian awal yang akan ditanggung."Saya terkejut kerana baru semalam balik dari menangkap ikan, hari ini bot karam setengah jam saya terpinga-pinga apabila perkiraan kos kerugian awal hampir RM15 ribu."Sekitar jam 6.30 pagi di Pantai Kuala Kemasik. Bot kebiasaannya berlabuh 500 meter dari pantai hilang dari pandangan," ujarnya ketika ditemui media hari ini.Che Alias (kanan).Katanya lagi, ribuan ringgit telah dihabiskan untuk mencari dan menaikkan bot tersebut."Petang ini sahaja dah beribu-ribu wang dikeluarkan untuk bayar kos penyelam, esok hendak apungkan bot dan selepas itu tunda masuk ke kuala untuk dibaiki."Kos baiki mungkin lebih mahal dan memerlukan lebih banyak wang."Kebiasaannya hasil laut di bulan April ini banyak, tapi tahun ini tidak macam tahun-tahun lepas, ini sedikit menyukarkan saya," katanya lagi.Ujian yang menimpa Jee See mendapat perhatian Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.Petang tadi Che Alias hadir menyerahkan bantuan wang ringgit bagi menampung kos menaikkan bot yang karam ke kuala untuk dibaiki."Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung Jee See, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini," ujar Che Alias.Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bukit Kukuran, Nordin Salleh dan Ahli Jawatankuasa MPKK turut hadir.
21 Apr 20
612
KOPERAT Sumbang 30 Unit Payung Besar Untuk PDRM
Oleh : Mohd Zukifli MatKUALA TERENGGANU, 21 April - Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu (KOPERAT) menyumbang 30 unit payung besar untuk digunakan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di IPD Kuala Terengganu semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KOPERAT, Hishamuddin Abdul Karim berkata sumbangan ini adalah satu suntikan semangat buat anggota dan pegawai PDRM dalam memberikan perkhidmatan terbaik sepanjang tempoh PKP dilaksanakanKatanya, kegigihan pasukan PDRM dalam mengawal pergerakan orang ramai sangat penting dalam memastikan rantaian Covid 19 dapat diputuskan."Mewakili ahli masyarakat, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua anggota PDRM serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan mereka merupakan sebahagian daripada frontliners yang gigih mengekang penularan wabak ini."Saya juga memohon semua ahli masyarakat agar jangan ambil hati dengan ketegasan pihak anggota keselamatan. Hormati dan patuhi arahan. Semuanya untuk kebaikan kita bersama," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui selepas program berkenaan.Turut hadir, Pengurus Besar Konsortium Perumahan Rakyat Terengganu Sdn. Bhd. (KOPERAT) Tuan Sayed Abdul Rahman Engku Sulong.Hishamuddin turut mengucapkan tahniah kepada ACP Abdul Rahim Md Din yang sangat berdedikasi dalam memimpin hampir 400 anggota setiap hari di seluruh daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Sementara itu, pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tepoh turut menyumbangkan 1500 unit penutup muka untuk kegunaan anggota PDRM.
21 Apr 20
347
'Bayar Zakat Fitrah Secara Online' - MAIDAM
KUALA TERENGGANU, 21 April - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) menggalakkan rakyat di negeri itu untuk membayar zakat fitrah secara 'online' atau atas talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Dalam satu kenyataan kelmarin, MAIDAM berkata, pihaknya telah menetapkan beberapa perkara bagi membolehkan umat Islam menunaikan zakat dengan pantas dan selamat."Bayaran melalui FPX (secara atas talian) boleh dibuat di portal www.maidam.gov.my. atau menerusi aplikasi 'Snap & Pay' yang boleh dimuat turun dari Play Store," ujar kenyataan itu.Dalam pada itu, MAIDAM berkata, perkhidmatan pembayaran zakat fitrah melalui amil masih disediakan namun ia hanya terhad bagi mereka yang tiada kemampuan bergerak dan tidak mahir menggunakan teknologi atau tidak mempunyai capaian internet."Walaupun begitu, mereka ini disaran untuk mendapatkan bantuan ahli keluarga yang memahami dan mengetahui kaedah pembayaran atas talian dahulu."Sekiranya masih gagal dengan cara itu, pembayar boleh menghubungi amil di kawasan atau mukim masjid masing-masing."Orang ramai boleh melayari portal www.maidam.gov.my untuk mengetahui maklumat amil di setiap kawasan, kita telah melantik 1,089 amil mengikut mukim masjid," jelas MAIDAM.Tambah MAIDAM, untuk maklumat lanjut orang awam boleh layari www.maidam.gov.my atau melalui Facebook rasmi MAIDAM.
20 Apr 20
558
Kak Zah Jahit PPE Untuk Petugas Kesihatan
Kak Zah turut dibantu oleh anak-anak dalam menyiapkan PPEKUALA TERENGGANU, 20 April- Walaupun bergelar isteri Menteri Besar, status tersebut tidak menghalang dirinya untuk menyumbang tenaga dengan menjahit pakaian perlindungan diri (PPE) buat petugas kesihatan di negeri ini.To' Puan Seri Tuan Faezah Tuan Abd Rahman yang lebih mesra dengan panggilan Kak Zah, tidak mahu melepaskan peluang menghadiahkan sesuatu kepada barisan hadapan yang bertungkus-lumus ‘berperang’ dengan COVID-19.Suri hati kepada Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan dibantu empat anak menggunakan kemahiran menjahit yang dimilikinya untuk menghasilkan PPE yang akan disumbangkan kepada petugas kesihatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah.Menurut beliau, inisiatif itu dilakukannya bersama para sukarelawan dikalangan muslimah negeri ini."Sebenarnya ini adalah projek Muslimat Negeri yang sama-sama Kak Zah sertai dimana kain-kain diagihkan kepada semua sukarelawan untuk dijahit di rumah masing-masing beberapa hari lalu."InsyaAllah untuk fasa kedua ini Kak Zah berharap diri Kak Zah sendiri dapat siapkan 100 pasang PPE," ujarnya ketika dihubungi, hari ini.Katanya, mereka akan mengumpulkan semua PPE selepas semuanya siap sebelum diagihkan kepada petugas kesihatan.“Ini sumbangan kecil kami dengan kemahiran yang ada kerana menyedari PPE menjadi keperluan penting bagi barisan hadapan ketika ini,” katanya.Tuan Faezah berkata, beliau berharap usahanya itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai terutama wanita di luar sana untuk terus menyumbang kemahiran yang dimiliki dalam membantu petugas barisan hadapan yang sentiasa berdepan risiko ketika bertugas menangani wabak COVID-19.
19 Apr 20
31
Komited Serta Patuh PKP Letakkan Hulu Terengganu Kekal Hebat
Permandangan Di Kuala BerangOleh: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 20 April - Rakyat Hulu Terengganu terus komited mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)sejak ia dilaksanakan bagi mengekang penularan Covid-19 dan menjadikannya kekal sebagai daerah tunggal yang masih selamat daripada wabak pandemik di negeri ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dr Mamad Puteh berkata, ia sekaligus berjaya membuktikan bahawa mereka cukup komited mematuhi PKP yang sedang dijalankan demi mengatasi penularan wabak yang sedang melanda seluruh dunia."Saya gembira dengan pematuhan PKP yang berlaku di daerah ini bermula fasa satu sehingga fasa tiga, penduduk daerah ini juga sentiasa diingatkan supaya sentiasa mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan."Walaupun Hulu Terengganu kekal berada pada zon hijau sehingga hari ini, penduduk tetap dinasihatkan untuk keluar hanya jika ada urusan yang penting, untuk menjaga keselamatan semua, agar tidak terdedah kepada bahaya dan dapat memutuskan rantaian wabak ini," ujarnya ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu, turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada 'Frontliners' (barisan hadapan) yang terlibat dalam menjaga daerah ini, serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang terus membantu mereka yang terkesan serta memerlukan pelbagai bentuk bantuan."Saya sangat menghargai dan berterima kasih atas usaha sama 'frontliners' yang mengerahkan segala kudrat mereka untuk terus bekerja disini."Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada MPKK yang sentiasa menyalurkan maklumat kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) untuk menurunkan bantuan dengan segera," ujarnya lagi.Tambah Dr Mamad, hampir setiap hari petugas kebajikan dari PKM akan mengagihkan bantuan kepada mereka yang terjejas dan memerlukan bagi meringankan beban yang dialami di sekitar DUN Kuala Berang.
19 Apr 20
28