lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

27 Tahun Jaga Isteri Lumpuh Demi Cinta Sejati
27 Tahun Jaga Isteri Lumpuh Demi Cinta Sejati
HULU TERENGGANU, 5 Disember - Setia hujung nyawa, itu lah ungkapan yang sangat sesuai menggambarkan situasi seorang suami yang menjaga isterinya terlantar lumpuh sejak 27 tahun lalu. Kisah ini mampu menjadi satu sumber inspirasi agar tetap bersama-sama pasangan dalam mengharungi susah senang. Ramli Hassan, 55, berkata, dia lebih suka menempuhi saat manis dan sukar bersama, bukan hanya memerlukan dikala sihat dan ditinggalkan ketika sakit. Bapa kepada dua anak itu berkata dia tidak akan sesekali meninggalkan surihatinya, Normah Mamat, 53, yang memerlukan penjagaan sepanjang masa kerana tidak mampu makan mahupun membersihkan diri sendiri. Ketika ditemui, Ramli tetap tenang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan menjaga Normah dengan penuh kasih sayang. "Isteri saya mengalami komplikasi selepas bersalin anak kedua kami apabila seluruh badannya menggigil kesejukan.Selepas dibawa ke hospital dan menerima rawatan, keadaannya semakin parah sehingga tidak mampu berjalan dan bercakap. "Tinggi harapan saya untuk melihat isteri saya sembuh seperti sedia kala walaupun ia agak sukar tetapi harapan itu tetap ada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Ali, di sini hari ini. Ramli yang bekerja sebagai tukang rumah berkata jika dia keluar bekerja, isterinya sanggup berlapar. dan menunggunya pulang untuk menyuapkan makanan serta memandikannya.     Menurutnya lagi, kira-kira RM500 diperlukan sebulan untuk membeli keperluan isterinya termasuk lampin pakai buang dan ubat-ubatan.         "Setakat ini kami hanya mengharapkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500, selain duit hasil pendapatan sebagai tukang rumah," katanya. Katanya, ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan tetapi ditolaknya secara baik dengan alasan ada ramai yang diluar sana yang memerlukan bantuan dan dia masih mampu menyara isterinya dengan sempurna dengan sumber yang ada.    
06 Dec 20
2302
Kak Zah Ziarah Mangsa Banjir
Kak Zah Ziarah Mangsa Banjir
MARANG, 5 Disember - Isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman meluangkan masa menziarahi mangsa banjir di tiga buah Pusat Perpindahan Sementara (PPS) semalam. Beliau berkata, kehadirannya juga adalah bagi mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang tidak dapat hadir kerana masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan lutut. "Ahmad Samsuri juga turut menyampaikan salam kepada semua mangsa banjir dan kekesalan kerana tidak dapat bersama dalam kunjungan bersama penduduk terjejas banjir yang tidak bernasib baik. Turut hadir adalah Pegawai Khas Menteri Besar, Sabri Zakaria, Pengarah Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Hasan Awang, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng. Tuan Faizah juga sempat beramah mesra dan mengagihkan makanan daripada Jawatankuasa Bencana Banjir kepada mangsa banjir yang dibungkus sendiri olehnya. Sedikit sumbangan dan hadiah juga turut diserahkan kepada mangsa yang terdiri daripada bayi baru lahir, Orang Kelainan Upaya (OKU), pesakit terlantar dan kanak-kanak berkhatan di PPS. To' Puan Seri Tuan Faizah membungkus maknanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di PPS  
05 Dec 20
472
Aku Ibu, Aku Juga Ayah
Aku Ibu, Aku Juga Ayah
  HULU TERENGGANU, 6 Disember - Menguruskan dua anak dan seorang anak istimewa bukan sesuatu yang mudah, namun bagi Mohd Hasrul Muda, 44  tanggungjawab itu digalas sejak berpisah dengan isterinya dua tahun lalu. Menurut bapa tunggal yang menetap di Kampung Pantai Ali, Kuala Berang, sejak itu tugasnya bukan sekadar mencari nafkah bagi membiayai keperluan dua anaknya termasuk perubatan anak kurang upaya, malah mengisi kekosongan ditinggalkan si ibu. Hasrul yang bekerja sendiri berkata, dia kini hanya mampu keluar bekerja jika ada pekerjaan kerana perlu memberi sepenuh tumpuan kepada tiga permata hatinya, Ahmad Brayyan, 7, Ahmad Firrayyan, 5 dan Ahmad Daffaad, 3. "Anak istimewa saya, Firrayyan tidak boleh menguruskan diri sendiri memandangkan keadaannya yang lumpuh dan memerlukan penjagaan rapi. "Sebab itu, saya terpaksa memilih pekerjaan di sekitar kampung sahaja malah terpaksa membawa  ketiga-tiganya bersama jika bekerja sebab bimbang keselamatan mereka jika dibiarkan di rumah,"ujarnya ketika ditemui pemberita di rumahnya, di sini hari ini. Bagaimanapun, menurut Hasrul yang pernah berkhidmat di bahagian pemasaran di Sarawak berkata, demi anak, dia akan terus berusaha melakukan yang terbaik. Jelasnya, dia bersyukur nasibnya mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang membantu membayar sewa rumah mereka. Tambah bapa cekal ini lagi, kini dia cuma berharap ada pihak yang boleh membantu menawarkan pekerjaan buatnya untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga tanpa menyusahkan orang lain.  
05 Dec 20
1613
Boleh Rentas Negeri Bermula Lusa
Boleh Rentas Negeri Bermula Lusa
KUALA LUMPUR, 5 Disember - Tiada lagi sekatan rentas daerah dan negeri dikenakan bermula 7 Disember. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pergerakan dibenarkan tanpa kebenaran polis kecuali kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).   AKAN MENYUSUL
05 Dec 20
761
Guna LPT2 , Laluan Alternatif Elak Banjir
Guna LPT2 , Laluan Alternatif Elak Banjir
KUALA TERENGGANU, 5 Disember - Pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT2) sebagai laluan alternatif sekiranya laluan lain terpaksa ditutup akibat banjir. Pengurus Perniagaan LPT2, Roszi Ibrahim berkata pihaknya menggalakkan orang ramai di Pantai Timur menggunakan lebuh raya LPT2 yang lebih selamat, selesa dan mudah. "Kami menyediakan bukan sahaja kawasan rehat yang bersih, tetapi juga 60 anggota LPT2Ronda yang terlatih serta 30 pasukan rondaan sekiranya berlaku kecemasan. "Apabila berlaku kecemasan, pelanggan boleh memilih untuk berhenti di Kawasan Rehat & Rawat Perasing, Paka dan Ajil," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, talian bantuan LPT2, 1800 88 0220 turut menyediakan maklumat trafik terkini dan memberikan bantuan di sepanjang lebuhraya sepanjang 184 kilometer di antara Jabor dan Kuala Terengganu.
05 Dec 20
1009
Warga Emas Terselamat Daripada Mendapan Tanah
Warga Emas Terselamat Daripada Mendapan Tanah
HULU TERENGGANU, 5 Disember - Gara-gara terlewat beberapa minit kerana mengambil ubat-ubatan, seorang warga emas terselamat dari menjadi mangsa mendapan tanah di bahagian bilik mandi di rumahnya di Felda Mengkawang . Zainab Ismail, 65, kebiasaannya akan mandi terlebih dahulu dan sebaik sahaja selesai, dia akan mengambil ubat untuk penyakit kencing manis, darah tinggi serta saraf sebelum meneruskan rutinnya seharian. Menurut anak lelakinya,  Mohd Haslim Mohd Nasir, 33, sebelum kejadian tanah mendap itu berlaku, dia baru sahaja selesai mandi dan dan kebiasaannya akan disusuli oleh ibunya. "Namun pada hari kejadian, mak ambil ubatnya dahulu sebelum mandi dan ketika itulah bunyi dentuman kuat kedengaran dan apabila saya pergi melihat rupanya sebahagian bilik mandi dah runtuh. "Terdapat banyak kesan retakan pada dinding dapur dan lantai menyebabkan saya menghalang mak pergi ke belakang rumah kerana bimbang berlaku lagi mendapan tanah,"ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Felda Mengkawang, Ajil baru-baru ini. Katanya, ia berpunca dari air atas bukit yang turun melalui laluan rumahnya dan merupakan kejadian yang sering berlaku setiap hujan lebat. "Ia turun ikut laluan luar rumah keluarga saya sebab tidak ada saluran khusus untuk mengalir.Cuma kali ini, air terlalu deras dan kuat menyebabkan berlaku tanah mendap seterusnya meruntuhkan sebahagian belakang rumah,"jelasnya lagi. Haslim yang tinggal di Kampung Langgar, Kuala Berang berkata sejak kejadian itu, dia terpaksa berulang setiap hari ke rumah ibu bapanya walaupun jaraknya jauh tetapi demi keselamatan, dia sanggup melakukannya. "Jiwa saya tak tenang memikirkan keadaan mak lebih-lebih lagi ayah pun sakit terlantar jadi apa salahnya saya berulang alik demi mereka. "Adik beradik saya ramai tetapi mereka duduk berjauhan cuma saya yang dekat dan ia menjadi tanggungjawab saya sekarang,"kata anak ketujuh dari lapan beradik ini. Kejadian tersebut mendapat perhatian pihak pengurusan Felda dengan menghantar bantuan segera dengan menggorek longkang sementara sepanjang enam meter bagi membolehkan air mengalir dengan sempurna. "Terima kasih kepada pihak Felda kerana cepat bertindak dengan menghantar jengkaut selepas kejadian berkenaan, semoga rumah ibu bapa saya selamat jika berlaku lagi hujan lebat,"ujarnya.  
05 Dec 20
724
'Terima Kasih Agensi Kerajaan, Sukarelawan'
'Terima Kasih Agensi Kerajaan, Sukarelawan'
KEMAMAN, 5 Disember - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu masyarakat dalam menghadapi musibah banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, baru-baru ini. Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai itu, mangsa banjir di DUN terbabit kini mampu menarik nafas lega hasil bantuan orang ramai. "Mewakili kerajaan negeri Terengganu, saya mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk agensi-agensi kerajaan, Sukarelawan Khidmat Malaysia, badan bukan kerajaan (NGO) serta mana-mana pihak yang turut sama membantu mangsa banjir di DUN ini. "Program hari ini pula diadakan bagi memastikan kawasan di sini menjadi bersih seperti sebelum ini. Semoga kesihatan rakyat di sini terjamin, semua sampah-sarap dibuang dan bau-bau busuk hilang," ujarnya. Beliau yang juga merupakan Pengerusi Khidmat Malaysia Negeri Terengganu berkata demikian ketika ditemui pemberita di program gotong-royong membersihkan sampah di kawasan rumah penduduk dilanda banjir di DUN itu, kelmarin. DUN Air putih merupakan satu-satunya kawasan di negeri ini yang dilanda banjir lumpur dan ia telah mengakibatkan kerosakan pada kebanyakan harta benda, perabot rumah dan sebagainya. Pelbagai inisiatif diambil oleh pihak kerajaan negeri seperti gotong-royong, program dapur rakyat, sumbangan beras serta barangan dapur dan bantuan kewangan disalurkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan kebajikan rakyat dapat dipelihara sebaiknya.    
05 Dec 20
513
KPDNHEP Giat Kesan Pasaran Daging Lembu Sejuk Beku Tidak Halal
KPDNHEP Giat Kesan Pasaran Daging Lembu Sejuk Beku Tidak Halal
Foto Kredit : Sinar Harian HULU TERENGGANU, 4 Disember - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kini giat mengesan lokasi penghantaran daging lembu sejuk beku tidak halal di seluruh Malaysia. Timbalan Menterinya, Dato' Rosol Wahid berkata langkah ini diambil selepas menemui gudang yang menyimpan daging sejuk beku berkenaan di Senai, Johor. "Tindakan drastik telah diambil bagi mengesan pengedaran daging untuk pasaran sama ada di Utara ataupun Pantai Timur supaya tindakan segera dapat dilakukan bagi memastikan penguna-penguna mendapat barangan dan makanan yang halal. "Kita yakin dalam masa terdekat ini dapat selesaikannya dan bekalan yang terlepas akan ditarik balik dari pasaran termasuk kenakan tindakan undang-undang pada mereka yang terlibat," ujarnya kepada pemberita selepas melawat projek perusahaan membuat kerepek pisang di Kampung Teris, Telemong, di sini, hari ini. Rosol juga berkata, pihaknya juga sedang melihat dan menyiasat kewujudan kartel membawa masuk sejumlah kontena daging sejuk beku yang banyak juga kemungkinan ada kaitan dengan ketirisan penguatkuasaan agensi tertentu. "Kami juga sedang menyiasat  bagaimana daging tidak halal itu boleh masuk di sempadan, di pelabuhan yang mana berlaku kebocoran dan pihak berwajib sedang berusaha untuk kenalpasti punca tersebut,"ujarnya lagi. Terdahulu, media melaporkan taktik jahat kartel yang menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai, baru-baru ini.
04 Dec 20
469
Penulis Otai Hadiahkan Buku Tanda 'Terima Kasih'
Penulis Otai Hadiahkan Buku Tanda 'Terima Kasih'
MARANG, 5 Disember - Seorang penulis otai menghadiahkan beberapa buah buku yang ditulisnya kepada jawatankuasa banjir dan sukarelawan sebagai tanda penghargaan kerana membantu membersihkan rumah akibat banjir kilat. Rahimah Latif, 68, yang dilahirkan di Kuala Terengganu mula menulis pada awal tahun 1969 dengan bimbingan Allahyarham Harun Hassan dan Sukby Latif. Beliau juga pernah berkerja sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia dan BERNAMA, malah Cerpen, sajak, rencana beliau banyak tersiar dalam Utusan Malaysia dan Utusan Zaman. Rahimah berkata, buku bertajuk Diari Ummi Untuk Rafiqah merakamkan catatan dan kisah berkaitan perjalanan seorang ibu yang bersemangat kental dalam membesarkan anak yang disahkan menghidap 'Brain Tumor'. "Sebelum ini, hasil kutipan dan jualan buku daripada kisah benar ini juga turut disumbangkan kepada jabatan dan agensi tertentu," katanya. Beliau berkata ketika kerja-kerja gotong royong membersihkan rumahnya oleh Jawatankuasa Bencana Banjir Dun Rhu Rendang dan Jabatan Amal Marang, semalam. Dalam masa yang sama, satu jawatankuasa banjir Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang juga telah ditubuhkan bagi membantu mangsa yang terjejas banjir di mana Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat telah menjadi pusat sebagai bilik gerakan dan operasi. Inisiatif ini ditubuhkan khas bagi membantu penduduk sekitar dan mangsa-mangsa di Pusat Perpindahan Sementara (PPS) ekoran pertambahan jumlah mangsa secara mendadak. Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Masyarakat Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, dalam masa menghadapi banjir gelombang ketiga ini, jawatankuasa banjir telah memberi bantuan sokongan seperti membersihkan rumah kepada mereka yang memerlukan. "Rumah puan Rahimah agak teruk terjejas, tambahan lagi beliau merupakan warga mas, dan mempunyai anak yang sakit dan Orang Kelainan Upaya (OKU). "Semalam, kita menghantar bekalan makanan, seperti roti dan air pada peringkat awal ke beberapa buah PPS, kemudian kita menghantar bungkusan nasi yang disediakan dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung setempat  "Jawatankuasa ini tetap bersedia setiap masa dalam usaha membantu mangsa dan agensi yang terlibat dalam menguruskan bencana ini di sekitar Dun Rhu Rendang," tambahnya lagi.
04 Dec 20
426
Peningkatan Mendadak, 76 PPS Dibuka
Peningkatan Mendadak, 76 PPS Dibuka
KUALA TERENGGANU, 4 Disember- Memasuki hari kedua pengurusan bencana fasa ketiga di Terengganu, hari ini, sebanyak 76 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman menyatakan, jumlah tersebut melibatkan keseluruhan lapan daerah di negeri itu. "76 PPS yang dibuka membabitkan seramai 781 keluarga dengan keseluruhan 2,082 penduduk terjejas. "Bermula petang semalam, peningkatan mendadak kawasan dinaiki air berlaku tengah malam tadi dan awal pagi ini," katanya kepada pemberita ketika dihubungi pagi ini. Namun, beliau turut memaklumkan, data Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sungai-sungai utama negeri Terengganu, sebahagian besarnya berlaku penurunan. "Secara keseluruhannya pagi ini cuaca beransur reda tetapi mendung, jika tidak hujan paras air akan terus menurun. "Sekiranya keadaan berterusan begini, mungkin penduduk akan beransur-ansur dibenarkan pulang ke rumah masing-masing," katanya.
04 Dec 20
508