lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Eratkan Hubungan di Aidilfitri
Eratkan Hubungan di Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 22 April - Rakyat negeri ini digesa mengambil kesempatan untuk menziarahi sanak-saudara, jiran tetangga dan sahabat handai untuk mengerakkan hubungan persaudaraan di bulan Syawal. Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dengan menyuburkan amalan tradisi dalam masyarakat tersebut akan memperkukuhkan keharmonian dan perpaduan. "Tahun ini kita dapat meraikan lebaran dalam suasana yang lebih meriah memandangkan tiada lagi sekatan atau peraturan yang perlu kita patuhi sepertimana tiga tahun kebelakangan ini. "Namun, ia tidak bermakna kita boleh mengabaikan aspek keselamatan memandangkan wabak penyakit Masih ada di sekeliling kita. "Amalkan langkah-langkah pencegahan sekiranya terdapat simpton-simpton seperti demam, batik Dan selsema," ujarnya menerusi Perutusan Hari Raya Aidilfitri Menteri Besar Terengganu Darul Iman. Dalam pada itu, beliau turut menitipkan pesanan buat anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman di negeri ini semoga dilancarkan segala urusan dan perjalanan pulang semula nanti. "Patuhilah Undang-Undang lalu lintas, pandu dengan cermat dan waspada bagi mengerakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini. "Semoga kita semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dan selamat kembali ke tempat bertugas. "Akhir kata mewakili Kerajaan Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutama rakyat Terengganu yang dikasihi. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, segala silap dan salah mohon diampuni, semoga Syawal ini lebih beerti," ujarnya lagi.
23 Apr 23
195
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka MB Terengganu
Lebih 15,000 Hadir Rumah Terbuka MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 April - Lebih 15,000 rakyat negeri ini hadir memeriahkan rumah terbuka Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kediaman Seri Iman, di sini, hari ini. Majlis bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang itu bukan sahaja dihadiri kalangan rakyat beragama Islam malah turut dimeriahkan dengan kehadiran komuniti bukan Islam untuk beramah mesra serta berswafoto dengan Ahmad Samsuri dan isterinya Toh Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman. Paling ceria dan gembira adalah kalangan kanak-kanak yang menerima duit raya daripada pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu. Sepanjang majlis diadakan tiada riak keletihan dipamerkan Ahmad Samsuri, beliau melayani semua tetamu daripada pelbagai golongan dan usia sepanjang majlis diadakan. Pelbagai juadah dan hidangan telah disediakan seperti laksa, sate, nasi dagang, nasi minyak, kambing bakar, Ketupat redang, nasi kampit dan pelbagai lagi juadah yang disediakan melebihi 200 hidangan.  
22 Apr 23
555
Sultan Mizan Solat Aidilfitri Bersama Lebih 3,000 Jemaah
Sultan Mizan Solat Aidilfitri Bersama Lebih 3,000 Jemaah
KUALA TERENGGANU, 22 April - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang bersama lebih 3,000 jemaah di sini. Turut mengiringi baginda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Dato Seri Muhammad Mua’az. Keberangkatan tiba baginda disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri. Solat Sunat Aidilfitri itu telah diimamkan oleh Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron yang turut menyampaikan khutbah Aidilfitri yang bertajuk Memupuk Silaturahim. Sebaik selesai menunaikan solat, Sultan Mizan Zainal Abidin dan anakandanya, Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Dato’ Seri Mua’az kemudiannya menziarahi makam diraja yang terletak bersebelahan masjid.  
22 Apr 23
296
Pengamal Media Dirai Dalam Majlis Berbuka
Pengamal Media Dirai Dalam Majlis Berbuka
KUALA TERENGGANU, 19 April - Seluruh pengamal media Terengganu hari ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran kerajaan negeri.   Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata majlis demikian adalah bagi menghargai peranan media yang menyampaikan maklumat tepat berkenaan pentadbiran negeri itu.  “Peranan media sangat penting mutakhir ini, apatah lagi bercampur dengan media sosial seperti Tik Tok dan Facebook hari ini.  “Saya mewakili Menteri Besar dan kerajaan negeri seluruhnya mengucapkan terima kasih kepada semua pemain media arus perdana dan juga media kerajaan negeri yang banyak menyampaikan maklumat kepada rakyat Terengganu,” katanya.    Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam Majlis Berbuka bersama Media Terengganu di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu di sini hari ini.  Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat turut berkata pengamal media bakal sibuk dengan suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diumumkan dalam masa terdekat. “Sehingga hari ini, kerajaan negeri masih berdiri teguh adalah dengan peranan media perdana dan kerajaan. Tanpa kalian sukar bagi kerajaan ingin sampaikan info,” tambahnya.  Seramai 200 orang pengamal media arus perdana termasuklah media utama kerajaan negeri, Urus Setia Penerangan Darul Iman diraikan dalam majlis tersebut.  
19 Apr 23
184
Belia Kagum, Puas Hati Prestasi Kerajaan Terengganu
Belia Kagum, Puas Hati Prestasi Kerajaan Terengganu
KUALA NERUS, 19 April – Rata-rata belia yang ditemui meluahkan rasa kagum dan sangat berpuas hati terhadap pentadbiran kerajaan Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Hasif Aiman Ibrahim, 20, berkata kerajaan sekarang sangat berperanan dalam membentuk generasi muda apabila dilihat mempunyai perancangan yang cukup jelas. Katanya, kepimpinan hari ini turut menitikberatkan kebajikan para pelajar dan perantau yang tinggal diluar negeri Terengganu. "Pelbagai bantuan diperolehi oleh mahasiswa Terengganu seperti i-Belia dan peranti mahasiswa yang memberi manfaat kepada para pelajar dalam menuntut ilmu. “Harapan saya agar kerajaan Terengganu sekarang dapat dikekalkan supaya para pelajar dan golongan sentiasa mendapat perhatian kerajaan negeri,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman pada majlis Iftar Perdana Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) di Hotel Raia di sinj semalam. Dalam majlis itu lebih 200 orang pelajar yang terdiri daripada mahasiswa IPTA dan IPTS hadir. Sementara itu, Aina Nazirah Ahmad Nazir, 21, berkata melalui program PERMATA para pelajar dapat mengenali dengan lebih dekat peranan Kerajaan Negeri  “Pandangan peribadi saya, kerajaan sekarang banyak membantu mahasiswa berbanding negeri lain sekali gus pendidikan di Terengganu semakin baik dan maju. "Melalui pembawakan nilai keagamaan dalam pimpinan sekarang menjadikan negeri ini lebih Terengganu lebih maju, berkat dan sejahtera," katanya.  
19 Apr 23
496
500 Keluarga Terima Barangan Keperluan Asas, Wang Tunai
500 Keluarga Terima Barangan Keperluan Asas, Wang Tunai
Oleh : Aqilah Mohd Jafri MARANG – Seramai 500 keluarga terpilih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong menerima sumbangan barangan keperluan asas dan wang tunai sempena program Sinar Ramadan. Antara barangan yang diserahkan kepada penerima adalah beras, minyak masak, gula, biskut dan kicap. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berkata program itu diadakan setiap tahun hasil kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Payong, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Bukit Payong serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) DUN Bukit Payong. Katanya, tujuan inisiatif itu adalah bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi keluarga kurang berkemampuan. “Dengan keadaan ekonomi yang tidak terkawal, harga barang keperluan makanan makin meningkat, jadi kita memberi sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka. "Bantuan yang diterima boleh diguna dan dibelanja sepanjang Ramadan dan juga menjelang perayaan akan datang," ujarnya lagi. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di program terbabit semalam. Menurut Mohd Nor, program Sinar Ramadan dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 2,000 ahli keluarga. "Saya berharap agar sumbangan yang diagihkan dapat meringankan beban penerima dan memberi keceriaan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba," tambah beliau.
19 Apr 23
149
75,000 Kenderaan Dijangka Guna LPT2 Sempena Aidilfitri
75,000 Kenderaan Dijangka Guna LPT2 Sempena Aidilfitri
KUALA TERENGGANU, 19 April - Polis Terengganu menjangka pertambahan luar biasa sehingga 75,000  kenderaan yang melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) sepanjang tempoh musim perayaan Aidilfitri, bermula hari ini sehingga hari raya ketiga. Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md Isa berkata peningkatan tersebut dianggarkan lima hingga enam kali ganda dari tahun lepas. "Pada tahun lepas lebih kurang 15,000 kenderaan yang melaluinya tetapi pada raya kali ini kita menjangkakan lebih kerana lencongan di Gua Musang, Kelantan. "Kita anggarkan sehingga 75,000 kenderaan akan menggunakan LPT2 untuk pulang ke Terengganu dan Kelantan...satu peningkatan yang berganda dari tahun lepas," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Iftar Ihya Ramadan anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.  Menurut beliau, keadaan tersebut juga boleh menyebabkan kesesakan kenderaan terutama di jalan   Persekutuan dan negeri menuju ke Kelantan iaitu di daerah Setiu dan Besut. “Kekuatan anggota mencukupi dan bagi  memastikan kelancaran lalu lintas, hampir 300 anggota trafik akan ditugaskan khususnya di persimpangan lampu isyarat di daerah Setiu dan Besut,” katanya. Justeru itu, Rohaimi mengingatkan kepada pengguna LPT2 terutama mereka dari luar yang ingin memasuki Terengganu lebih berhemah di musim perayaan ini termasuk merancang perjalanan masing-masing. Tambahnya lagi, sebanyak 22 kawasan panas dijangka berlaku kesesakan dan 20 kawasan hitam sering terjadi kemalangan telah dikenal pasti di seluruh Terengganu dalam Op Selamat.
19 Apr 23
177
Aliran Trafik Di Plaza Tol Kuala Terengganu Terkawal
Aliran Trafik Di Plaza Tol Kuala Terengganu Terkawal
KUALA NERUS, 19 April- Aliran trafik di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu di Kampung Gemuruh di sini bergerak perlahan namun terkawal sekitar 11 pagi ini susulan pertambahan kenderaan yang memasuki Negeri Terengganu sempena cuti Aidilfitri. Tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman mendapati berlaku kesesakan kira-kira tujuh kilometer ke plaza tol berkenaan pada waktu tersebut. Seorang pekerja swasta, Mohd Nahaqyu Mohd Hasari, 24, berkata, walaupun bilangan kenderaan meningkat di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), keadaan masih lancar sepanjang perjalanannya dari Johor Bahru untuk ke Kok Lanas, Kelantan. “Saya dan tiga rakan bertolak pukul 4 pagi dan tiba di sini dalam pukul 11 lebih dan ambil peluang untuk berehat sekejap sebelum meneruskan perjalanan ke kampung halaman kami. “Kereta memang banyak tetapi tiada kesesakan luar biasa,” katanya ketika ditemui hari ini. Sementara itu, Mohd Zainuddin Jaafar, 36, yang berkerja di Klang menasihatkan perantau yang belum pulang ke kampung halaman masing-masing agar merancang perjalanan sebaiknya. "Seeloknya bertolak awal pagi dan sentiasa berhati-hati ketika memandu, berhenti rehat seketika sekiranya mengantuk, " ujarnya yang bertolak pulang ke Kuala Besut kira-kira pukul 6 pagi tadi. Plaza Tol Kuala Terengganu menjadi pilihan pengguna jalan raya untuk ke sekitar daerah ini di samping menjadi laluan alternatif ke Negeri Kelantan.  
19 Apr 23
380
Kerajaan Negeri Sumbang RM220,000 Kepada Mahasiswa
Kerajaan Negeri Sumbang RM220,000 Kepada Mahasiswa
KUALA NERUS, 19 April – Kerajaan Negeri melalui Yayasan Terengganu menyerahkan geran sumbangan aktiviti tahunan sebanyak RM220,000 kepada Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) di sini semalam. Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, sebanyak 20 PERMATA Universiti (IPTA), 1 PERMATA Kebangsaan dan 1 PERMATA Universiti (IPTS) menerima sumbangan RM10,000. “Majlis Iftar Perdana PERMATA yang dihadiri oleh 350 mahasiswa ini mendapat sambutan yang meriah daripada kalangan pelajar IPTA dan sebilangan IPTS di seluruh negara.  “Ukhwah yang terjalin dalam kalangan ahli PERMATA yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan universiti ini merupakan satu nilai murni yang sangat baik dalam kita menjaga keharmonian bermasyarakat," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika Majlis Iftar Perdana Permata Kebangsaan sesi 22/23 bertempat di Dewan Baiduri 2, Raia Hotel & Convention Centre di sini semalam. Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Dato’ Azmi Mohamad Daham dan Pengarah Eksekutif Terengganu Incorporated, Burhanuddin Hilmi Mohamed@Harun. Sementara itu, Yang Dipertua Permata Kebangsaan Sesi 22/23, Ahmad Zulfikri Redwan Zamri berkata kerajaan Negeri sentiasa menyokong setiap aktiviti kami dalam PERMATA. Katanya, dalam membantu menjaga kebajikan seluruh mahasiswa,mahasisiwi dan anak-anak Terengganu di IPTA dan IPTS di seluruh Malaysia ini. “Kerajaan Negeri ibarat tulang belakang bagi PERMATA dalam menghulurkan bantuan dan membantu kami menjayakan setiap program. “Setakat ini sambutan penyertaan ahli permata dari seluruh IPTA dalam Malaysia ini amat memberangsangkan dan setiap program dapat dijayakan dengan sempurna dengan bantuan semua ahli permata. “Kata-kata sahaja tidak dapat saya ungkapkan betapa bersyukur dan berterima kasih atas bantuan yang dihulurkan kepada PERMATA,” ujarnya.    
19 Apr 23
1178
TDM Santuni 800 Huffaz
TDM Santuni 800 Huffaz
KUALA TERENGGANU, 19 April - Anak syarikat kerajaan negeri , TDM Berhad bekerjasama dengan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) menyantuni 800 Huffaz di program Himpunan Huffaz 3.0 sempena Madinah Ramadan, di Dataran Drawbridge, baru-baru ini. Himpunan bersebut berjaya mengumpulkan anak-anak berusia 12 hingga 17 tahun dari sekolah bawah Yayasan Terengganu, sekolah bawah Jabatan Pendidikan Islam Negeri Terengganu dan Sekolah Agama Tahfiz Swasta.  Pengarah Eksekutif TDM Berhad, Najman Kamaruddin berkata, pihaknya menyambut baik misi dan visi Kerajaan Negeri Terengganu untuk menterjemahkan impian ‘Baldatun Toyyibatun Wa Robbun ghofur’ dapat direalisasikan dengan penuh kesedaran dan bertanggungjawab.  “TDM melalui kerjasama i-MiTS berbesar hati dapat mengumpulkan para Huffaz yang merupakan salah satu inisiatif ke arah pemantapan modal insan.  “Semoga program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TDM ini dapat memanfaatkan semua pihak dalam usaha untuk memartabatkan pendidikan tahfiz di Negeri Terengganu seterusnya menjayakan sasaran kerajaan untuk melahirkan lebih ramai huffaz profesional menjelang 2050,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah yang menyempurnakan majlis perasmian program tersebut merakamkan ucapan penghargaan kepada pihak TDM Berhad. "Terima kasih kepada TDM di atas sokongan dan sumbangan yang diberikan dalam menjayakan majlis ini. Kita mahu melahirkan generasi pelajar yang berkemahiran dan dalam masa yang sama juga adalah penghafaz Al-Quran supaya mereka mampu menjadi pemimpin berkualiti yang berteraskan nilai Islam.  “Tanggapan masyarakat bahawa individu lulusan pendidikan tahfiz dan golongan huffaz hanya sesuai menceburi kerjaya dalam bidang berkaitan agama sahaja harus diperbetulkan.  “Ramai huffaz telah menceburi kerjaya profesional seperti doktor, peguam, malah ada memilih dunia perniagaan dan mampu bergelar usahawan berjaya,” katanya.  Pelbagai pengisian menarik diadakan sempena himpunan tersebut antaranya santapan Zikir Qurani, Majlis Khatam Al-Quran dan tahlil, tazkirah, majlis iftar dan di akhiri dengan solat berjemaah maghrib dan isyak serta Tarawih.     
19 Apr 23
120