lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Kak Da, Wakili Wanita di DUN Terengganu
Kak Da, Wakili Wanita di DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 13 Ogos - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita pertama Terengganu menjadi satu-satunya calon wanita yang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-15 Zuraida Md Noor memenangi DUN Ladang selepas menewaskan pencabar daripada Barisan Nasional, Datuk Mohd Sabri Alwi. Kemenangan itu memastikan DUN Ladang tetap kekal dimenangi PAS dengan majoriti 4,373 undi selepas memperoleh 11,663 undi manakala Mohd Sabri proleh 7,290 undi.    
13 Aug 23
771
Ahmad Amzad Menang Dengan Majoriti Lebih Besar
Ahmad Amzad Menang Dengan Majoriti Lebih Besar
KUALA TERENGGANU, 13 Ogos- Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN)- PAS, Dato' Ahmad Amzad Hashim menang dengan majoriti lebih besar sekali gus mengekalkan kemenangannya di kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Berdasarkan keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Ahmad Amzad menang dengan majoriti 47,266 undi. Beliau memperoleh 68,369 undi menewaskan pencabarnya iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Azan Ismail yang memperoleh 21,103 undi.  Majoriti yang diperolehnya kali ini lebih tinggi daripada 40,907 yang diperolehnya pada PRU15.  Proses penjumlahan undi Parlimen Kuala Terengganu telah diadakan di Wisma Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Seramai 122,160 pengundi terlibat dalam proses pengundian di PRK Parlimen Kuala Terengganu melalui 41 pusat mengundi yang mengandungi 217 saluran. Terdahulu, PRK Kuala Terengganu terpaksa diadakan semula setelah Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad kerana didakwa terdapat unsur rasuah ketika tempoh kempen bagi Parlimen tersebut pada PRU15 yang lalu. Ketika itu, Ahmad Amzad berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu yang dimenangi pada PRU14.  Beliau mendapat 63,016 undi, mengetepikan tiga lagi pencabarnya iaitu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 10,946 undi; Datuk Mohd Zubir Embong daripada Barisan Nasional (BN) dengan 22,109 undi dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (481 undi).
13 Aug 23
680
Dua Bekas MB Terengganu Tumbang
Dua Bekas MB Terengganu Tumbang
KUALA NERUS, 13 Ogos - Dua Bekas Menteri Besar Terengganu yang terdiri daripada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan DUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said tumbang dalam pilihan raya umum (PRU) DUN kali ini. Calon Parti Islam Se-malaysia (PAS) DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat dan DUN Kijal, Datuk Razali Idris mencipta kejutan apabila menamatkan perjalanan kedua-dua tokoh BN itu. DUN Seberang Takir menyaksikan, Khazan memperoleh undian sebanyak 12,156 manakala Razif pula menerima undian 9359 sekali gus Khazan menang dengan majoriti 2797. Manakala, DUN Kijal pula menyaksikan Razali berjaya memperoleh 13,403 undi manakala Ahmad mendapat 9,645 undi. Razali menang bergaya dengan majoriti 3,758 undi dalam pertembungan satu lawan satu. Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pusat Penjumlahan Undi di DUN masing-masing. Pengumuman Penjumlahan DUN Seberang Takir bertempat di Dewan Sivik Seberang Takir manakala DUN Kijal bertempat Dewan Sivik Kijal. Pada PRU14, Ahmad Razif menang dengan majoriti 1,884 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fazil Wahab. Manakala, Ahmad Samsuri yang juga bekas Setiausaha Politik Presiden PAS memenangi kerusi dengan majoriti 6,028 undi.        
13 Aug 23
1001
Ahmad Said Akhirnya Tersungkur Di Kijal
Ahmad Said Akhirnya Tersungkur Di Kijal
KEMAMAN, 13 Ogos – Calon PAS, Datuk Razali Idris atau Tok Li menang bergaya apabila berjaya menumbangkan calon Barisan Nasional (BN) terkuat di kerusi N30 Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dengan majoriti 3,758 undi pada Pilihanraya Umum Negeri ke 15.  Pengerusi Bersatu Negeri Terengganu itu yang mengenakan lambang PAS pada kertas undi menang dengan memperolehi undi sebanyak 13,403 manakala Ahmad Said penyandang kerusi tersebut selama tujuh penggal telah meraih sebanyak 9,645 undi. Pegawai Pengurus Pilihanraya N30 Kijal, Hanum Isa@Ghazali secara rasmi mengumumkan keputusan tersebut pada jam 9.40 malam di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Sivik Kijal di sini semalam. Razali Idris (kiri) bersama Hazri Jusoh di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Sivik Kijal.  "Saya sebagai Pengurus Pilihanraya N30 Kijal dengan ini mengumumkan bahawa calon Tok Li daripada PAS mendapat undi sebanyak 13,403 undi.   "Manakala Datuk Seri Ahmad Said daripada Barisan Nasional memperolehi undi berjumlah 9,645 undi. Dengan ini diumumkan pemenang bagi kerusi N30 Kijal pada pilihanraya ini adalah Tok Li daripada PAS dengan majoriti berjumlah 3,758 undi," umumnya.  Pada PRU14, Ahmad Said menang dengan majoriti 1,265 undi selepas mengalahkan pesaingnya iaitu Ustaz Hazri Jusoh daripada PAS dan Datuk Seri Wan Marzuki daripada Parti Keadilan Rakyat.  Kerusi Dewan Undangan Negeri Kijal yang terletak di bawah Parlimen Kemaman mempunyai populasi sebanyak 98 peratus pengundi Melayu manakala baki dua peratus lagi adalah kaum Cina di mana pengundinya adalah seramai 29,419 orang. 
13 Aug 23
2724
PAS Menang Di Kubu Kuat BN Seberang Takir
PAS Menang Di Kubu Kuat BN Seberang Takir
KUALA NERUS, 12 Ogos - Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang selama ini dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) Terengganu, akhirnya roboh di tangan Parti Islam Se-malaysia (PAS) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri hari ini. Calon PAS kerusi DUN Seberang Takir, Khazan Che Mat memperoleh undian sebanyak 12,156 manakala Calon BN, Cikgu Razif Abdul Rahman menerima undian sebanyak 9,359. Khazan mencatatkan kemenangan kerusi DUN Seberang Takir dengan majoriti sebanyak 2,797. Pengumuman tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pusat Penjumlahan Undi DUN Seberang Takir, Siti Mariam Hamid bertempat di Dewan Sivik Seberang Takir di sini malam ini. Kemenangan Khazan menyaksikan DUN Seberang Takir buat pertama kali dimenangi parti PAS selepas kawasan itu dikenali sebagai kubu BN sejak merdeka. Pada PRU14, Ahmad Razif menang dengan majoriti 1,884 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fazil Wahab.  
12 Aug 23
686
Tumbangnya BN Di Telemung Selepas 60 Tahun
Tumbangnya BN Di Telemung Selepas 60 Tahun
HULU TERENGGANU, 12 Ogos - Tarikh 12 Ogos 2023, mencipta sejarah apabila buat julung kalinya apabila Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemung tumbang kepada PAS dalam tempoh 60 tahun di tangan rakyat. Keputusan PRU DUN ke 15, bagi kerusi N21 Telemung telah memihak kepada calon PAS,  Zawawi Ismail  meraih  undi dengan majoriti tipis 295 undi. Dengan kemenangan itu, Zawawi menewaskan penyandang BN selama empat penggal iaitu Dato Rozi Mamat dengan 8,380 undian, manakala Rozi hanya memperolehi 8,085 undian. Ramalan awal untuk DUN Telemong terus kekal kepada kemenangan BN nyata meleset apabila suara rakyat berani memilih PAS untuk menerajui kepimpinan kerusi keramat ini untuk lima tahun akan datang.
12 Aug 23
2126
SPR Guna Helikopter Bawa Peti Undi Dari Pulau Redang
SPR Guna Helikopter Bawa Peti Undi Dari Pulau Redang
KUALA NERUS, 12 Ogos - Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan perkhidmatan helikopter bagi membawa peti undi dari Pulau Redang. Peti undi tersebut dibawa dari Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pulau Redang ke pusat pengundian di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Batu Rakit sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini. Seramai 1,307 pengundi di Pulau Redang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka hari ini. Kenyataan tersebut dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Negeri Terengganu pada hari ini. DUN Batu Rakit membabitkan pertembungan antara calon Parti Islam Se-malaysia (PAS), Mohd Shafizi Ismail dan Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi, Bazlan Abd Rahman. Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Bazlan meraih kemenangan tipis dengan majoriti 299 undi selepas memperoleh 10,046 undi menewaskan Mohd Shafizi yang mendapat 9,747 undi. Manakala calon PKR, Amir Long memperoleh 800 undi dan hilang wang deposit.  
12 Aug 23
374
Baru 50 Peratus Keluar Mengundi di Terengganu
Baru 50 Peratus Keluar Mengundi di Terengganu
KUALA NERUS, 12 Ogos - Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat jam 1 petang di Terengganu merekodkan 50 peratus. Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu mencatat jumlah peratusan keluar mengundi paling tinggi setakat ini berbanding lima negeri lain yang mengadakan pilihanraya serentak hari ini. Katanya, iaitu di Kelantan (40%), Kedah (49%), Selangor (44%) Pulau Pinang (42%) dan Negeri Sembilan (46%). Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pula mencatat peratusan keluar mengundi sebanyak 47 peratus setakat jam 1 petang. Maklumat diperolehi berdasarkan kenyataan media di Laman Facebook Rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia pada hari ini. Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi. Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak. Berdasarkan tinjauan Urus Setia Penerangan Darul Iman, cuaca di kebanyakan kawasan di Terengganu dilaporkan cerah dan baik. Kebanyakan pengundi di beberapa tempat negeri ini memilih untuk keluar awal iaitu sebelum pusat pengundian dibuka.  
12 Aug 23
280
Dua Calon PAS Selesai Buang Undi Sekolah Sama
Dua Calon PAS Selesai Buang Undi Sekolah Sama
KUALA NERUS,12 Ogos - Dua calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS) N11 Seberang Takir, Khazan Che Mat dan N08 Batu Bakit, Mohd Shafizi Ismail tiba di Sekolah Kebangsaan Bukit Chempaka, kira-kira jam 8.15 pagi tadi bagi menunaikan tanggungjawab membuang undi. Khazan yang ditemui pemberita selepas selesai membuang undi berkata, beliau berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya setakat ini. “Alhamdulillah semuanya berjalan baik, proses demokrasi berjalan lancar dan tiada sebarang bentuk provokasi dilakukan. “Saya lihat ramai turun awal untuk mengundi, cuaca juga baik dan harapnya semua pengundi akan keluar mengundi,” jelasnya. Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir N11 menyaksikan pertembungan dua penjuru antara parti PAS, Khazan Che Mat dengan calon Barisan Nasional (BN), Ahmad Razif Abdul Rahman. Manakala, DUN Batu Rakit N08 juga menerusi pertemuan dua penjuru antara calon PAS, Mohd Shafizi Ismail dengan calon Barisan Nasional (BN), Bazlan Abd Rahman.    
12 Aug 23
178
Perantau Tidak Lepas Peluang Tunai Tanggungjawab Memilih
Perantau Tidak Lepas Peluang Tunai Tanggungjawab Memilih
KUALA TERENGGANU, 12 Ogos- Rata-rata perantau dilihat sanggup pulang ke negeri kelahiran masing-masing bagi mengambil peluang memilih pimpinan kerajaan. Ada yang memohon cuti tahunan, balik sendirian dan sebagainya antara bukti kesungguhan rakyat Malaysia yang terlibat dalam menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke 15 serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, hari ini. Mahfudzah Sarah Razilah Mansor yang bertugas di Rawang, Selangor, berkata dia hanya pulang ke Kuala Terengganu bersama anak-anak dan adiknya memandangkan suaminya mengundi di Sabak Bernam, Selangor. “Saya dan anak-anak sampai malam tadi, sebelum itu, saya singgah di Temerloh ambil adik untuk datang mengundi sekali pagi nie. “Kami sangat teruja untuk mengundi di negeri sendiri, dan tidak tukar tempat mengundi semata-mata hendak balik negeri asal, hendak mengundi dekat sini juga,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1, hari ini. Katanya, beliau mengharapkan calon yang akan memenangi PRU DUN ke-15 dan PRK Kuala Terengganu akan melakukan yang terbaik untuk rakyat dan Negeri Terengganu. Sementara itu, Wan Azliana Wan Adnan yang tinggal di Selangor  menyifatkan PRU DUN Ke-15 dan PRK Kuala Terengganu kali ini memberi peluang kepada dirinya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi. “Disebabkan tidak dapat pulang mengundi pada PRU Ke-15 yang lepas, saya ambil peluang ini untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. “Diharapkan calon yang menang nanti dapat menjadi wakil rakyat yang boleh membantu masyakarat setempat,” ujarnya yang juga mengundi di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1.  
12 Aug 23
231