lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Dr Sam Seorang 'Strategic Minded' - Bekas SU Agung UMNO
Dr Sam Seorang 'Strategic Minded' - Bekas SU Agung UMNO
KUALA TERENGGANU, 21 November - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai seorang mempunyai pemikiran strategik. Annuar berkata perkara itu dapat dilihat apabila beliau duduk bersama Dr Sam sekali gus meninjau pemikiran calon PAS PRK Kemaman itu. "Saya pernah berbincang dan bertanya kepada Dr Sam mengenai apa rancangan Kerajaan Terengganu apabila stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diwujudkan. "Dr Sam secara tuntas menjawab pertanyaan saya dan saya sebagai perancang asal menyokong jawapan tersebut. "Sekali gus dapat saya simpulkan beliau mempunyai pemikiran yang sangat strategik dan bijak," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika wawancara Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman di Studio PAS kawasan Kemaman di sini kelmarin. Tambah Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, pada awalnya Terengganu mempunyai lima stesen namun Menteri Besar itu menggunakan kepakarannya sehingga berjaya menambah kepada enam stesen ECRL di Terengganu. Beliau berkata, Dr Sam telah merancang sekurang-kurangnya empat daripada stesen tersebut dijadikan sebagai kargo. Katanya ini kerana, industri kereta api tidak membangun daripada penumpang sahaja. Tetapi jelas beliau, industri tersebut membangun kerana logistik pengangkutan. "Kaedahnya, stesen itu mesti ada fasiliti untuk mengawal kargo. "Saya melihat dengan jelas bahawa Terengganu ada perancangan yang tepat menjadikan empat stesen bagi menguruskan kargo. "Strategik ini akan membawa wajah baharu yang besar maknanya dengan kehadiran ECRL kepada Terengganu," ujarnya.
21 Nov 23
167
Sultanah Nur Zahirah Berkenan Rasmi 'The Payang Hotel'
Sultanah Nur Zahirah Berkenan Rasmi 'The Payang Hotel'
KUALA TERENGGANU, 21 November - Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat merasmikan pembukaan 'The Payang Hotel', di Kampung Cina, hari ini Turut berangkat, Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin dan Tengku Puteri Daulath Raja, Tengku Fatimatuz Zahra. Keberangkatan tiba Baginda turut diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu, Ab. Rasid Jusoh dan Pegawai Kewangan negeri, Dato' Nara Setia. Sementara itu, Pengarah The Payang Hotel, Azizatul Asma Tan Sri' Dato Abdullah berkata, sempena dengan pembukaan hotel tersebut, pihaknya menawarkan harga bilik yang cukup istimewa antara RM130 hingga RM250. "The Payang Hotel menawarkan 44 bilik merangkumi penginapan perseorangan hingga keluarga dan promosi ini hanya dalam tempoh tertentu sahaja,"ujarnya. Berkongsi tentang keunikan dan keistimewaan 'The Payang Hotel', Azizatul berkata orang ramai akan merasai pengalaman yang unik sebaik sahaja melangkah masuk hotel tersebut. "Berkonsepkan 'chinese colonial' ditambah pula dengan seni bina Terengganu, dua elemen ini dapat dilihat di setiap penjuru hotel, membuatkan tetamu seolah-olah masuk ke dalam ruangan privasi yang penuh dengan keunikan budaya dan seni bina halus pada setiap sudut. "Peralatan yang digunakan juga mempunyai harga premium hingga 'luxury'. Kami menjanjikan sebuah eksplorasi budaya dari sudut penginapan hinggalah kepada makanan yang disajikan," katanya.  
21 Nov 23
7730
Banjir di Terengganu, 22 Sekolah Ditutup
Banjir di Terengganu, 22 Sekolah Ditutup
KUALA TERENGGANU, 21 November - Sebanyak 22 sekolah membabitkan empat daerah ditutup sementara akibat banjir termasuk ada diantaranya dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), di sini hari ini. Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Azman Othman @ Abdullah berkata, 13 sekolah terjejas ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Kubang Ikan, SK Pusat Kuala Ibai, SK Kedai Buluh. SK Losong, SK Kampung Bukit Chendering, SK Bt Bayas, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMK Sultan Mansor dan SMA Sheikh Abdul Malek Katanya, sembilan  sekolah yang dijadikan PPS  ialah SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek di daerah Kuala Terengganu, empat sekolah di Kuala Nerus iaitu SK Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang dan SK Tol Jembal, manakala di Marang hanya melibatkan SK Bukit Gasing. “Pihak Jabatan mengesyorkan sekolah-sekolah yang terkesan dengan banjir agar mengambil cuti bencana. “Begitu juga dengan sekolah-sekolah yang dijadikan sebagai PPS dan menempatkan jumlah mangsa banjir yang ramai serta  menggunakan  bilik darjah yang banyak…mereka perlu mohon cuti bencana,”katanya dalam satu kenyataan. Tambah Azman lagi,kesemua murid dan pelajar akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR "Sekolah akan dibuka semula apabila banjir pulih selepas mendapat nasihat daripada agensi berkaitan," katanya.
21 Nov 23
1531
90 Pemohon Terima Kunci Rumah Mampu Milik di Besut
90 Pemohon Terima Kunci Rumah Mampu Milik di Besut
BESUT, 21 November – Seramai 90 rakyat menerima Kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Tempinis Sejahtera di sini semalam. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim berkata baki 10 keluarga lagi bakal penghuni fasa kedua akan menerima kunci dalam masa terdekat. “Rumah bernilai lebih RM150,000 yang dibina biaya Kerajaan Negeri diberi milik kepada rakyat secara sewa dengan kos RM80,000 sahaja. “Rumah yang dibina dengan berkonsepkan patuh syariah ini mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air. "Rumah Mampu Milik Tempinis mempunyai reka bentuk Rumah Rahman yang pertama disiapkan di Terengganu," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Mampu Milik (RMM) Tempinis Sejahtera, Mukim Kerandang bertempat di Tapak Rumah Mampu Milik (RMM) Tempinis Sejahtera, Besut di sini semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Wan Sukairi berkata, kesemua penerima sangat gembira dan terharu apabila permohonan mereka untuk memiliki rumah diluluskan. Katanya, keceriaan dan senyuman mereka juga adalah kegembiraan bagi pihaknya. “90 buah rumah tersebut telah berjaya disiapkan sejak dari tahun 2020. “Nabi Muhammad SAW bersabda, antara kebahagian manusia ialah mempunyai kediaman yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. “Selamat memulakan kehidupan baru di rumah baru dan tahniah kepada anda yang terpilih," ujarnya.                      
21 Nov 23
484
Banjir Makin Buruk di Terengganu, Mangsa Meningkat
Banjir Makin Buruk di Terengganu, Mangsa Meningkat
KUALA TERENGGANU, 21 November - Keadaan banjir di Terengganu bertambah buruk dengan jumlah mangsa banjir di hari kedua  meningkat kepada 1,482  mangsa daripada  410 keluarga setakat pukul 10 pagi ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  berkata setakat ini, sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu tujuh di Kuala Nerus, empat di Kuala Terengganu, dua di Setiu dan satu di Marang. Katanya dalam kenyataan  itu, daerah Kuala Nerus menjadi daerah paling teruk terjejas dengan seramai 722 mangsa daripada 193 keluarga sudah dipindahkan ke tujuh PPS yang telah diaktifkan di sana. “Sebanyak tujuh PPS yang dibuka di Kuala Nerus ialah Dewan Serbaguna Kampung Tok Jembal, Dewan Flat Batin Perdana, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tunggal, SK Bukit Nanas, SK Teluk Ketapang, Dewan Sivik Batu Rakit dan SK Tok Jembal. “Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa ialah seramai 602 mangsa daripada 179 keluarga yang ditempatkan di empat PPS iaitu di SK Chendering, SK Atas Tol, SK Pasir Panjang dan SK Gong Tok Nasek. “Di Setiu, terdapat dua PPS beroperasi iaitu Balai Raya Kampung Bintang dan Balai Raya Kampung Bari Besar yang menempatkan 26 mangsa daripada enam keluarga,” katanya. Sementara itu, di Marang pula, terdapat satu PPS baru dibuka untuk 132 mangsa daripada 32 keluarga di SK Bukit Gasing. Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan ramalan cuaca hujan berterusan di Terengganu hingga Khamis ini. Orang ramai dinasihatkan agar mendapatkan maklumat dan amaran semasa yang tepat melalui laman web JPS di pautan publicinfobanjir.water.gov.my, facebook @PubliclnfoBanjir dan twitter @JPS_InfoBanjir.  Bagi maklumat cuaca pula, orang ramai boleh memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat cuaca yang terkini dan sahih daripada MET Malaysia.  
21 Nov 23
338
Cuaca Buruk di Terengganu, Kelantan Hingga Esok
Cuaca Buruk di Terengganu, Kelantan Hingga Esok
KUALA TERENGGANU, 21 November – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di beberapa kawasan di Terengganu dan Kelantan sehingga esok. MetMalaysia memaklumkan, di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang “Seterusnya di Kelantan melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh,” menurut MetMalaysia pada hantaran Facebook, hari ini. Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Menurutnya, hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Jeli dan Kuala Krai), Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Kuantan) sehingga esok “Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Kedah (Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung) dalam tempoh esok hingga Khamis,” ujarnya.
21 Nov 23
340
Mangsa Banjir Terus Meningkat ke 1,418 Orang
Mangsa Banjir Terus Meningkat ke 1,418 Orang
KUALA TERENGGANU, 21 November – Mangsa banjir terus meningkat sebanyak 1,418 orang yang melibatkan 396 keluarga di Terengganu. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Terenganu berkata kesemua mangsa tersebut terdiri dari empat daerah. Katanya, daerah tersebut melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Marang. Setakat jam 6.00 pagi, sebanyak 14 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka keempat-empat daerah berkenaan. Marang daerah yang terbaharu yang terjejas banjir dengan merekodkan jumlah mangsa sebanyak 132 orang dari 32 keluarga dan ditempatkan di tiga PPS. Kuala Nerus mencatatkan jumlah tertinggi iaitu seramai 686 mangsa daripada 185 keluarga yang berada di tujuh PPS. Manakala, Kuala Terengganu merekodkan seramai 574 mangsa daripada 173 keluarga yang ditempatkan di empat PPS," menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini. Tambahnya, Setiu pula menempatkan seramai 26 penghuni daripada enam keluarga dan dibuka dua PPS dalam daerah berkenaan. Ketika ini, hujan lebat masih melanda beberapa tempat di Terengganu. “Orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” ujarnya.
21 Nov 23
206
Mangsa Banjir di Terengganu Meningkat, 11 PPS Dibuka
Mangsa Banjir di Terengganu Meningkat, 11 PPS Dibuka
KUALA TERENGGANU, 20 November - Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus mencatat peningkatan kepada 1070 mangsa daripada 321 keluarga di tiga daerah setakat jam 8 malam hari ini. Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, sebanyak 11 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka iaitu tujuh di Kuala Nerus, Kuala Terengganu (tiga) dan Setiu (satu). "Kuala Nerus merekodkan mangsa teramai dengan 564 orang terjejas selepas kediaman dinaiki air. "Semua mangsa daripada 166 keluarga kini ditempatkan di tujuh PPS di daerah berkenaan," ujarnya dalam satu kenyataan. Berdasarkan laman web rasmi Public InfoBanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu menunjukkan trend peningkatan susulan hujan berterusan sejak semalam. Secara keseluruhan, hujan melanda di seluruh Terengganu bermula awal pagi tadi dengan penerimaan hujan yang sangat tinggi direkodkan melebihi 200 milimeter di sekitar daerah Kuala Terengganu. Ketika ini, hujan masih melanda di beberapa tempat di Terengganu.
20 Nov 23
236
Sungai Terengganu Lepasi Paras Bahaya
Sungai Terengganu Lepasi Paras Bahaya
KUALA TERENGGANU,20 November - Paras air Sungai Terengganu di Parit Utama, Padang Kemunting (Kuala Nerus) telah melepasi tahap bahaya apabila mencatatkan bacaan 3.85 meter(m) berbanding tahap bahayanya ialah 3.8m. Rekod tersebut dicatatkan setakat jam 3 petang tadi berdasarkan data dikongsi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di laman web rasmi publicinfobanjir.water.gov.my. Manakala dua lagi sungai di negeri ini masing-masing melebihi paras amaran dan waspada iaitu Sungai Chalok di Jambatan Setiu merekodkan bacaan 8.26m melebihi tahap amaran 7.7m dan Sungai Setiu di Kampung Besut mencatatkan bacaan 16.52m melebihi paras waspada iaitu 16m .
20 Nov 23
1731
Pihak Lawan Tak Tenteram Apabila Dr Sam Jadi Calon
Pihak Lawan Tak Tenteram Apabila Dr Sam Jadi Calon
KEMAMAN, 20 November - Kalangan pimpinan UMNO ramai yang terkejut serta mungkin tidak menjangkakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dipertaruhkan oleh PAS sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, sehingga timbul suasana tidak tenteram dalam kem kerajaan gabungan parti tersebut. Ahmad Samsuri berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri dalam kalangan parti UMNO mengenai situasi tersebut sehingga mengeluarkan pelbagai kenyataan seperti perlu meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar,. Katanya, ada juga pihak lawan menyatakan beliau tamak jawatan sedangkan perkara itu merupakan perkara biasa dalam sistem demokrasi negara. "Terkejut di belah belah sana, (kerana) mereka (UMNO) tidak menjangkakan, orang Terengganu kata 'settok' dalam keadaan demikian macam-macam keluar (daripada) pemikiran dan (pelbagai) persoalan yang ditimbulkan oleh beberapa orang menteri yang berkenaan. "Mungkin 'stres' dalam keadaan begitu, lari habis perancangan dia, maka timbullah kenyataan-kenyataan demikian," ujarnya. Beliau berkata demikian dalam program sembang santai yang disiarkan melalui platform media sosial, di sini, hari ini. Justeru, Ahmad Samsuri menasihatkan pihak lawan agar menghadapi PRK kali ini dengan penuh tenang serta bersaing secara sihat. "Nasihat saya kepada mereka 'cool down'. rileks, jangan rasa 'stress' jadi kita hadaplah pilihan raya ini dengan penuh ketenangan, insya-Allah," ujarnya.
20 Nov 23
200