lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Walau Royalti Disekat, Kebajikan Rakyat Tetap Jadi Keutamaan
Walau Royalti Disekat, Kebajikan Rakyat Tetap Jadi Keutamaan
MARANG, 12 Disember - Kebajikan rakyat akan tetap menjadi keutamaan walaupun kewangan negeri terbatas dan royalti petroleum milik Terengganu masih dinafikan. ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong dengan tegas menyatakan komitmen untuk berlaku adil selama masih diberi amanah oleh rakyat. "Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah saya cuba lakukan yang terbaik dan berlaku adil tanpa mengira warna politik, bangsa dan agama. "Situasi kewangan Terengganu masih menunggu royalti petroleum sebanyak lebih RM1 bilion lagi. "Meskipun dihadapkan dengan cabaran kekangan kewangan kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan," jelasnya di Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar di Dewan Komuniti Bukit Parit. Sulaiman membangkitkan kesedaran akan kepentingan prinsip adil dalam menjalankan tugas sebagai wakil rakyat. Dalam tumpuan yang lain beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua 25 orang pelajar dan pihak yang menyumbang.   
12 Dec 23
139
Penyelenggaraan Berkala Infrastruktur Sistem Saliran Kurang Risiko Banjir
Penyelenggaraan Berkala Infrastruktur Sistem Saliran Kurang Risiko Banjir
KUALA TERENGGANU, 12 Disember- Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu melaksanakan penyelenggaraan secara berkala infrastruktur sistem saliran sebagai usaha mengurangkan risiko kejadian banjir. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti Dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Hanafiah Mat berkata, langkah itu merupakan salah satu inisiatif dilakukan JPS dalam menangani isu banjir sebelum musim tengkujuh 2023 di kawasan berisiko banjir di negeri ini. “Keberkesanan projek-projek tebatan banjir dalam menangani masalah banjir khasnya di kawasan kampung yang tidak mempunyai sistem aliran yang sistematik boleh dipertingkatkan lagi dengan pembinaan saliran perumahan / kampung (dibina oleh PBT) yang menghubungkan sistem saliran utama/parit monsun (dibina oleh JPS) bagi mengurangkan banjir yang berlaku,” katanya. Menurut beliau, sejumlah RM13,697,681 juta telah diperuntukkan bagi menjalankan kerja penggalian sungai dan kerja yang berkaitan di bawah Program Pemuliharaan Sungai bagi mengurangkan risiko banjir dan kerja-kerja kecemasan di luar jangka (sebelum dan selepas banjir) di bawah peruntukan persekutuan. “Selain itu, bagi menampung aliran air banjir kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir turut dilaksanakan dengan peruntukan persekutuan sebanyak RM3.7 Juta. “Sistem pengoperasian mekanikal dan elektrikal tebatan banjir turut diselenggara dengan sejumlah RM820,000.00 diperuntukkan,” jelasnya. Manakala katanya, di pihak Kerajaan Negeri, sejumlah RM250,000 juga telah diperuntukkan bagi menyelenggara saliran bandar dan RM100,000 bagi penyelenggaraan muara sungai. “Dengan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak JPS ini adalah diharapkan risiko kejadian banjir dapat dikurangkan sementara menunggu program-program penyelesaian jangka panjang disiapkan,” ujarnya.  
12 Dec 23
278
Terengganu Teruskan Bacaan Qunut Nazilah
Terengganu Teruskan Bacaan Qunut Nazilah
KUALA TERENGGANU, 12 Disember - Bacaan Qunut Nazilah beserta solat hajat setiap kali solat Jumaat diteruskan seperti biasa di setiap masjid masjid dalam negeri ini. Peseruruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, M Rozi Bidin berkata, amalan itu telah dimulakan sejak 10 November lalu sebagai tanda solidariti terhadapan rakyat Palestin yang ketika ini masih menghadapi kekejaman rejim Zionis. "Setakat ini tiada sebarang perubahan melainkan ada arahan baru dikeluarkan mengikut keperluan," ujarnya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini. Dalam pada itu M Rozi, memohon umat Islam terus memperbanyakkan doa agar rakyat Palestin tidak akan berterusan ditindas dan banyak nyawa akan dapat diselamatkan.
12 Dec 23
181
Terengganu FC Berdepan Tugas Getir
Terengganu FC Berdepan Tugas Getir
KUALA NERUS, 12 Disember - Terengganu FC berdepan tugas sukar dalam usaha melayakkan diri ke peringkat kalah mati menjelang aksi terakhir Kumpulan G pada saingan Piala AFC malam esok. Pengendali pasukan, Tomislav Steinbruckner berharap pasukan kendaliannya berjaya memperoleh keputusan lebih baik dalam perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) itu. "Ada sedikit rasa bimbang dengan keadaan pemain selepas perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini, di mana pemain sedikit lesu bukan sahaja fizikal tetapi mental kerana kami kalah. "Ada yang cedera, tetapi saya tau pemain saya. Setakat ini Aza, Alif dan juga Ivan Mamut tidak menyertai latihan akibat kecederaan," katanya. Beliau berkata demikian ketika sidang media di SSMZA, hari ini. Tambahnya, setiap perlawanan adalah penting lebih-lebih lagi, Sang Penyu masih belum tewas dalam aksi Piala AFC. "Kami buat kesilapan apabila seri menetang Stallion (Laguna FC) di sini. Kami memerlukan kemenangan. "Setiap perlawanan akan ada tekanan, tetapi ini kerja kami dan kami harus bekerja dalam tekanan," ujarnya. Tomislav turut merakamkan ucapan terima kasih kepada penyokong Terengganu FC untuk seluruh musim ini dan berharap penyokong terus memenuhkan stadium pada perlawanan esok.  
12 Dec 23
574
Agong Rasmi Pemasangan Landasan Pertama ECRL
Agong Rasmi Pemasangan Landasan Pertama ECRL
KUANTAN, 11 Disember - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Pemasangan Landasan Pertama Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), hari ini. Dalam majlis yang penuh bersejarah di tapak Stesen ECRL Sekseyen 10 di Gebeng turut dihadiri Duta Besar Republik Rakyat China Ke Malaysia, Ouyang Yujin dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook. Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ; Menteri Besar Kelantan, Dato' Panglima Perang Dato Mohd Nassuruddin Daud. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Pengerusi China Communication Company Ltd (CCCC), Wang Tongzhou. Perasmian itu menandakan sebuah titik permulaan penuh bersejarah bagi memulakan pemasangan landasan pertama sejauh 94 kilometer (KM) dari Stesen Bandar Pelabuhan Kuantan (KPC) di Gebeng ke Dungun, di mana ia dijangka mengambil masa dalam tiga ke empat bulan untuk dilengkapkan. Selepas itu, projek ini akan disambung untuk memasang landasan dari Stesen KPC ke Temerloh, dan menuju ke arah utara di Dungun ke Kota Bharu dan diakhiri dengan Temerloh ke Jalan Kastam, Selangor. Dalam pada itu, Pengerusi CCCC, Wang Tongzhou berkata majlis pelancaran ini merealisasikan era baru untuk proses pembinaan infrastruktur mega kereta api ECRL di negara ini. "Kami akan meneruskan usaha dengan mengukuhkan dedikasi kami untuk kecemerlangan, keselamatan dan kesinambungan komuniti, "Inspirasi kami adalah untuk mencipta sistem pengangkutan rel yang merangkumi aspirasi Malaysia terhadap masa hadapan yang berhubung" ujarnya ketika menyampaikan persembahan ucapan. Sementara itu,Anthony Loke memaklumkan kadar kemajuan Keseluruhan ECRL telah mencapai lebih 56 peratus sehingga November lepas ia selari dengan jadual penyiapan projek dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak pada Disember 2026, dan dijadualkan beroperasi pada Januari 2027.  
11 Dec 23
301
225 Nelayan Bukit Tunggal Terima Bantuan
225 Nelayan Bukit Tunggal Terima Bantuan
KUALA NERUS, 11 Disember – Seramai 225 nelayan di sekitar Bukit Tunggal yang terjejas teruk akibat musim tengkujuh dapat menarik nafas lega selepas menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri. Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Alias Razak berkata, bantuan berkenaan bagi meringankan beban golongan nelayan yang tidak dapat mencari rezeki di musim Monsun Timur laut atau dipanggil musim tengkujuh.  "Bantuan ini diberi setiap tahun bila tiba musim Monsun Timur Laut, kerana sudah tentu bila tiba musim Monsun Timur Laut nelayan sukar untuk turun ke laut dan akan menjejaskan pendapatan bulanan mereka," katanya.  Beliau berkata demikian ketiaka berucap di Majlis Temu Murni Nelayan Dun Bukit Tunggal Di Dewan Ustaz Awang Abu Bakar, Kompleks Tarbiyah At-Taqwa (Komtaq) Batu 6 di sini baru-baru ini.  Turut hadir bersama, Adun Bukit Tunggal, Sr Zaharuddin Zahid.  Dalam pada itu, seorang penerima, Mohd Atan Mahmud, 57, ketika ditemui selepas majlis berkata, dia tidak turun ke laut sejak bulan November lagi. “Waktu ini bahaya turun ke laut kerana keadaan angin dan ombak yang tidak menentu. Dijangka bulan Februari depan pula nelayan akan turun ke laut, buat masa ini duduk rehat lah di rumah dulu. “Dengan bantuan ini dapat membantu meringankan sedikit bebanan sehingga musim kembali seperti biasa nanti," katanya.
11 Dec 23
324
Terengganu Inc Terima Anugerah Tertinggi Antarabangsa
Terengganu Inc Terima Anugerah Tertinggi Antarabangsa
KUALA TERENGGANU,10 Disember – Anak Syarikat berkaitan kerajaan negeri, Terengganu Inc menerima anugerah tertinggi antarabangsa dan anugerah Majikan Pilihan (Sektor Swasta) pada Majlis Makan Malam Anugerah Sumber Manusia (HR) Malaysia-Antarabangsa Ke-23 2023. Presiden dan Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Burhanuddin Hilmi Mohamed @ Harun berkata anugerah tersebut merupakan 'Grand Award Winner, 23rd Malaysia-International HR Awards 2023’ dan ‘Gold Award Winner, Employer of Choice (Private Sector) Category’. Katanya, Terengganu Inc merangkul dua anugerah tersebut buat julung kalinya setelah melalui dua proses penilaian juri yang ketat pada Oktober sehingga November. “Kejayaan itu adalah satu pengiktirafan signifikan syarikat sebagai pelopor dalam amalan HR terbaik di Terengganu dan Pantai Timur. “Di samping, menonjolkan penglibatan pekerja yang luar biasa dan mencipta budaya tempat kerja yang unggul,” katanya dalam kenyataan media pada hari ini. Majlis penganugerahan itu dianjurkan Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia (MIHRM). Terengganu Inc yang diwakili Burhanuddin Hilmi menerima anugerah itu daripada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ts. Mustapha Sakmud disaksikan Presiden MIHRM, Simon Benjamin, pada 8 Disember di Dorsett Grand Subang, Selangor. Tambah Burhanuddin, usaha itu adalah hasil inisiatif modal insan seperti dapatan tenaga kerja yang betul menerusi pembentukan Prosedur Operasi Standard (SOP), Talent Pool Programme dan TI Management Trainee (TI-Mate).  “Selain itu, Terengganu Inc turut melabur sebanyak RM838,500 bagi latihan dan pembangunan skill dalam tenaga kerja semasa dan akan datang,” jelasnya. Untuk rekod, anugerah MIHRM ialah acara utama dengan pengiktirafan global yang dianjurkan oleh MIHRM sejak 1999 dan tahun ini akan menandakan tahun ke-23 penganjurannya. Menurut pandangan panel juri, Terengganu Inc telah menonjol dengan pembentangan yang berkualiti tinggi yang disampaikan oleh Presiden dan Pengarah Eksekutifnya.  Hasilnya, anugerah terulung tersebut telah dimenangi, mendahului lebih 20 majikan daripada sektor awam dan swasta di seluruh negara.              
10 Dec 23
1735
KPKKT Terima Anugerah Best Brand Awards
KPKKT Terima Anugerah Best Brand Awards
KUALA TERENGGANU,9 Disember- Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu (KPKKT) berjaya merangkul anugerah Best Brand Awards 2022-2023 bagi kategori "Sustainable Forestry Management". KPKKT berkata, anugerah tersebut telah diterima pada 6 Disember lalu dalam satu majlis yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. "Anugerah ini didedikasikan kepada semua warga KPKKT dan Golden Pharos Berhad Group di atas usaha yang keras sepanjang tahun untuk semaksimum mungkin menjaga kelestarian hutan.  "Di samping memenuhi keperluan permintaan dari industri perkayuan dengan mengusahasil secara "Selective Management System," ujar KPKKT dalam satu hantaran dilaman facebook rasmi jabatan itu.  Katanya, dengan #Sustainableforestry, KPKKT akan terus komited dalam melestarikan hutan demi kelansungan generasi yang akan datang.
09 Dec 23
407
TFC Kalah Bermaruah
TFC Kalah Bermaruah
KUALA LUMPUR, 8 Disember - Terengganu Football Club (TFC) mempamerkan aksi cemerlang sebelum tewas ke atas pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2023. Seramai 82,555 orang penyokong kedua-dua pasukan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Jumaat bagi menyaksikan perlawanan berkenaan. TFC di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner membariskan trio serangan terbaik, Ivan Mamut, Norhakim Hassan dan Sony Nordey sebagai senjata di bahagian serangan bagi merobek gawang JDT. Sementara itu, pengendali JDT turut merangka percaturan berbisa dengan meletakkan Fernando Forestieri, Arif Aiman dan Heberty sebagai penyerang untuk menggempur pertahanan sang penyu. Bermula perlawanan, pada minit ke-6, JDT dihadiahkan sepakan penalti apabila Fernando Forestieri dijatuhkan oleh Azam Azmi Murad dalam kotak penalti TFC. Penyerang import JDT, Bergson Da Silva berjaya menyudahkan penalti dan meletakkan JDT kelebihan satu mata di hadapan. TFC yang ketinggalan terus melancarkan serangan ke kubu lawan melalui cubaan Engku Nur Shakir di luar kotak penalti pada minit ke- 13 namun berjaya digagalkan penjaga gol lawan, Syihan Hazmi. Pada minit ke 18, TFC dihadiahkan sepakan penalti selepas Ivan Mamut dikasari oleh Jordi Amat dalam gawang JDT. Penyerang import TFC, Ivan Mamut berjaya menyudahkan penalti tersebut sekali gus memastikan TFC menyamakan kedudukan 1-1 sebelum tamat babak pertama. Bersambung babak kedua, pada minit ke 64, Syihan Hazmi sekali lagi cemerlang menepis rembatan kencang Ivan Mamut yang menerima hantaran cantik mellalui sepakan percuma dari Sony Nordey. Babak kedua menyaksikan para pemain kedua-dua pasukan lebih agresif dan masing-masing saling berbalas serangan. Pada minit 73, JDT berjaya meledak jaringan kedua menerusi tandukan Feroz Baharudin yang meletakkan JDT mendahului 2-1 hadapan TFC. Berselang 7 minit kemudian, Azam Azmi Murad terus memberi tekanan dengan merembat ke gawang lawan namun penjaga gol JDT itu terus cemerlang menepis rembatannya. Memasuki masa tambahan, JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, S. Logeswaran selepas Arif Aiman Hanapi dikasari oleh Muhammad Shahrul Nizam dalam kotak penalti. Arif Aiman tidak berdepan masalah untuk meledak gol ketiga JDT sekali gus menyaksikan Harimau Selatan merangkul Piala Malaysia buat kali keempat.    
08 Dec 23
349
Enakmen Pindaan 356 Perkasakan Syariat
Enakmen Pindaan 356 Perkasakan Syariat
KUALA NERUS, 7 Disember - Kerajaan berusaha memaksimakan hukuman yang ditetapkan dengan meminda 17 enakmen sedia ada kepada hukuman 356 bagi memperkasakan syariat Islam di negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata kerajaan memperkasa syariat Islam mengikut had kuasa negeri dan kemampuannya secara berperingkat dan tidak gopoh. Beliau berkata demikian sebagai ahli panel Wacana Keindahan Syariat Islam dan Pelaksanaannya anjuran Lubna TV di Dewan Auditorium, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di sini hari ini. Turut hadir sebagai ahli panel, Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Mumtaz Md Nawi. Dr Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk berkata kerajaan Terengganu berusaha melaksanakan syariat Islam berdasarkan kepada kuasa yang sedia ada. Katanya pada tahun 2001 kerajaan meluluskan Enakmen Kesalahan Syariah (Hudud, Qisas dan Takzir) bila kerajaan mendapat kuasa. Menurut beliau kerajaan memperkasakan enakmen sedia ada khususnya hukuman takzir bila mendapat kuasa semula pada tahun 2018. “Pada tahun 2022 kerajaan kemaskini semula enakmen takzir antaranya termasuk kerajaan memaksimumkan hukuman sedia ada kepada hukuman 356 (tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam kali sebatan),” jelasnya. Katanya mana-mana kesalahan jenayah syariah tidak boleh lebih dari had hukuman tersebut. “Jadi kita (kerajaan) memperkemaskan enakmen berkenaan dalam konteks negeri Terengganu dengan kuasa yang kita ada,” ujarnya. Justeru katanya kerajaan memaksimumkan 17 enakmen berkaitan kepada hukuman 356 dan menambah seksyen yang baharu. “Antaranya ialah pengamal sihir disifatkan sebagai satu kesalahan jenayah dan dikenakan hukuman berkenaan,” ujarnya.
07 Dec 23
289