lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Pasca Banjir: NGO Giat Turun Padang, Bantu Bersihkan Rumah Rakyat Terjejas
Pasca Banjir: NGO Giat Turun Padang, Bantu Bersihkan Rumah Rakyat Terjejas
HULU TERENGGANU, 3 Disember - Prihatin dengan musibah banjir yang menimpa penduduk di Daerah Hulu Terengganu, Badan Bukan Kerajaan (NGO), PAS Kuala Terengganu dan beberapa agensi turun padang membantu membersihkan rumah penduduk terlibat. Pengerusi Jawatankuasa penerangan,Dakwah Dan Pemerkasaan Syariah Negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, kita datang untuk memberi khidmat masyarakat kepada penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN)Ajil. "Kita bergerak dibawah payung Khidmat Malaysia dan memandangkan Negeri Terengganu salah sebuah negeri yang agak teruk terlibat dengan banjir kali ini, kita membahagi kepada beberapa pasukan untuk bergerak ke kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir. "Bagi kawasan Kuala Terengganu, kita diarahkan untuk membantu DUN Ajil dan pada hari ini kita telah membahagikan petugas petugas bagi membersihkan dua buah masjid dan sepuluh buah rumah dalam kampung Kua dan Pengkalan Ajal," ujarnya. Mengulas lanjut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk itu menjelaskan, 100 orang sukarelawan terlibat dalam operasi kali ini yang melibatkan empat DUN di kawasan Kuala Terengganu. "Selain di DUN Ajil,semua kawasan yang terjejas banjir seperti di Besut, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman kita akan turun," katanya lagi. Tambah beliau, misi membersihkan kediaman penduduk kebanyakkan bermula hari ini. "Bila berlaku bencana banjir ini kita ada tiga fasa. Fasa pertama sebelum banjir, fasa kedua semasa banjir dan fasa ketiga selepas banjir," ujarnya.  
03 Dec 24
124
Dr. Sam Ajak Orang Ramai Sertai Sukarelawan Banjir T-Volt
Dr. Sam Ajak Orang Ramai Sertai Sukarelawan Banjir T-Volt
KUALA TERENGGANU, 3 Disember -  Menteri Besar Terengganu mempelawa orang ramai untuk menyertai Sukarelawan Pasca Banjir Terengganu Volunteer (T-Volt) bagi tahun 24/25. Dato' Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri membuka ruang seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin menyumbang tenaga membantu mangsa banjir. “Pasca banjir, banyak tangan dan tenaga yang diperlukan untuk membantu memulihkan kawasan terjejas terutamanya rumah-rumah mangsa dan kawasan sekitar. “Kini, kami membuka peluang buat semua sukarelawan yang bersemangat dan prihatin untuk menyertai usaha pemulihan ini. “Setiap bantuan, besar atau kecil memberi kesan yang besar dan bermakna kepada mereka (mangsa banjir),” tulisnya dalam hantaran di Facebook rasminya, hari ini. T-Volt adalah pertubuhan badan bukan kerajaan yang menghimpunkan sukarelawan yang ditubuhkan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu dan diselia oleh Urusetia Belia Sukan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT). Menerusi hantaran di laman UBSNT, pihaknya memaklumkan sedang membuka ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menabur bakti dan tenaga bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir. “Sukarelawan yang berminat untuk menyertai Misi Pasca Banjir, bolehlah mengisi maklumat dan menyertai ‘WhatsApp Group’ melalui pautan https://forms.gle/wYzDEARFz2YJ1qrq7 ,” ujarnya menerusi hantaran berkenaan.  
03 Dec 24
281
Mangsa Banjir Terharu Jabatan Amal Hulur Bantuan
Mangsa Banjir Terharu Jabatan Amal Hulur Bantuan
MARANG, 3 Disember - Mangsa banjir di Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan di daerah ini meluahkan rasa terharu atas bantuan yang dihulurkan anggota Jabatan Amal di saat mereka diuji dengan musibah tersebut, Salah seorang mangsa banjir, Mohd Bakhtimi Mohd Ali Hanafiah, 58, berkata,  kehadiran Jabatan Amal DUN Pengkalan Berangan ke kediaman mereka bagi membersihkan kotoran akibat bencana itu tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. "Kami baru pulang ke rumah setelah beberapa hari terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Pengkalan Berangan. sampai di rumah kami tak sangka anggota Jabatan Amal datang membantu membersihkan rumah kami. “Alhamdulillah, kami sangat berterima kasih kepada Jabatan Amal yang begitu cepat bertindak. "Kesan banjir memang banyak, tetapi dengan bantuan mereka, saya rasa lega dan boleh kembali memulakan kehidupan,” katanya penuh syukur. Ujarnya, dengan bantuan terbabit rumahnya kembali bersih dan selesa untuk didiami. Bakhtimi turut menyatakan segala tindakan pantas dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh Jabatan Amal itu juga telah mendapat penghargaan daripada para penduduk yang terlibat. "Usaha murni ini turut memberi harapan kepada banyak lagi keluarga yang terjejas oleh banjir untuk kembali meneruskan kehidupan mereka dengan lebih baik," katanya.  
03 Dec 24
252
Mangsa di PPS SK Atas Tol Terima Bantuan Makanan
Mangsa di PPS SK Atas Tol Terima Bantuan Makanan
KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Walaupun langit kembali cerah, mangsa banjir di sekitar Kampung Atas Tol masih kekal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Atas Tol kerana Paras air yang belum surut sepenuhnya serta berkemungkinan akan menghadapi air pasang besar pada malam ini. Pasukan Ameerah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong berusaha menceriakan kanak-kanak yang terkesan akibat bencana ini, dan telah hadir menyampaikan bantuan makanan. "Bantuan ini bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan asas, tetapi juga sebagai sokongan moral kepada mangsa yang masih bergelut dengan situasi semasa. “Adik, dapat ni makan sama-sama dengan adik-beradik lain jugok deh. Sama-sama kongsi,” ujar salah seorang sukarelawan kepada seorang kanak-kanak ketika menyerahkan bungkusan makanan. Menurnutnya bagi orang dewasa mungkin tekanan akibat bencana banjir ini dapat dihadapi kerana ia tidak dapat dielakkan. "Namun ia akan lebih dirasakan oleh kanak-kanak yang terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan baru di PPS. "Semoga usaha ini dapat membantu menceriakan suasana dan memberikan sedikit keceriaan kepada mereka. "Sekali gus dapat meringankan beban mereka yang terjejas, sementara doa terus dipanjatkan agar keadaan kembali pulih dan mangsa banjir dapat kembali ke kediaman masing-masing dengan selamat,"ujarnya.
03 Dec 24
193
Fenomena Luruan Monsun, Penumpuan Angin Dijangka Landa Pantai Timur
Fenomena Luruan Monsun, Penumpuan Angin Dijangka Landa Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 3 Disember - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca aktif bakal melanda kawasan Pantai Timur, khususnya di Kelantan dan Terengganu, bermula petang 3 Disember hingga awal pagi 4 Disember.  Fenomena penumpuan angin di kawasan ini dijangka membawa hujan lebat berserta ribut petir. Menurut hantaran di Facebook rasmi MetMalaysia pada 2 Disember, fenomena luruan monsun pula dijangka berlaku antara 8 hingga 14 Disember 2024.  Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan timur Semenanjung, yang boleh meningkatkan risiko banjir di beberapa lokasi. Sebagai makluman, luruan monsun sering berlaku pada bulan November, Disember, dan Januari, fenomena ini terjadi apabila kawasan tekanan rendah dan pusaran terbentuk berhampiran rantau negara.  Pada masa yang sama, udara sejuk dari Siberia meluru ke arah Malaysia akibat letusan udara bertekanan tinggi di kawasan tersebut.  Apabila luruan udara sejuk dari Siberia bertembung dengan angin timuran dari Pasifik, ia bergerak ke rantau kita, mencetuskan hujan lebat, angin kencang, dan ombak besar, terutamanya di kawasan Pantai Timur Semenanjung. Orang ramai disarankan agar sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan merancang aktiviti harian dengan teliti, terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan rendah atau mudah terjejas.  Pastikan anda mendapatkan maklumat yang sahih melalui laman web rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, aplikasi myCuaca, atau media sosial rasmi MetMalaysia. Peringatan ini dikeluarkan untuk memastikan semua pihak bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.  Kekal tenang, utamakan keselamatan keluarga dan komuniti, serta ikuti arahan pihak berkuasa jika diperlukan.
03 Dec 24
607
Semua Mangsa Banjir Terima Layanan Baik
Semua Mangsa Banjir Terima Layanan Baik
Oleh : Fatimah Din MARANG, 3 Disember - Walaupun penat dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah mangsa banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ia tidak dijadikan alasan oleh para petugas untuk tidak memberikan layanan yang terbaik kepada mangsa banjir. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong berkata, keadaan itu dapat dilihat sepanjang beliau melakukan tinjauan serta melawat PPS dan situasi itu memberikan keselesaan kepada mereka yang berada di situ. "Malah mereka turut memuji makanan yang disediakan dikatakan sedap untuk dimakan selain menerima layanan yang baik daripada setiap petugas," ujarnya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan di situ, baru-baru ini.  Mengulas lebih lanjut, petugas yang dimaksudkan itu adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), anggota rela dan juga Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK). "Kesemua mereka telah bertungkus lumus bagi memastikan keadaan terkawal sepanjang masa berlakunya bencana banjir. "Mudah-mudahan ia dikira sebagai amal ibadat yang dihitung sebagai amanah yang akan dipertanggungjawabkan," katanya. Untuk rekod, semalam masih mencatatkan 209 keluarga di Seluruh Marang masih berada di sembilan PPS.  
03 Dec 24
141
Adun Kemasik Lapor Polis Fitnah Plastik Logo PAS
Adun Kemasik Lapor Polis Fitnah Plastik Logo PAS
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan berlaku manipulasi daripada PAS berhubung bantuan diberikan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kemasik di Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan. Katanya, rakaman video yang tular tentang dakwaan itu  adalah tidak benar sama sekali dan memohon pihak polis mengambil tindakan terhadap pengfitnah. “Saya berharap perkara (fitnah) sebegini tidak dibuat memandangkan kita semua telah berusaha untuk bersama-sama membantu mangsa banjir. “Yang sepatutnya kita lakukan adalah untuk memastikan kita dapat memberi khidmat yang terbaik dan memberi keselesaan kepada semua dan bukannya mempolitikkan atau menimbulkan sesuatu isu yang tidak sepatutnya untuk memburukkan keadaan,” ujarnya kepada pemberita. Susulan itu, beliau mengharapkan pihak polis akan membuat siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan. Dalam pada itu, pihak pemberi bantuan tersebut, Pakatan Setia Merah Katering dalam satu kenyataan menjelaskan, makanan tersebut disumbangkan oleh bekas ADUN sebuah parti politik dan bukannya daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagaimana fitnah yang berlegar. Tegasnya, pihaknya juga secara sukarela tanpa paksaan mana-mana menggunakan plastik itu bagi memudahkan agihan memandangkan tiada plastik lain di tempat berkenaan. “Plastik lain tiada, plastik itu diguna untuk diagih makanan ke khemah-khemah mangsa sahaja,” ujarnya. Terdahulu, tular di media sosial mengenai video berdurasi 15 saat yang memaparkan bantuan ditukar ke dalam plastik berlogo PAS oleh beberapa individu yang berpakaian sebagai sukarelawan JKM di PPS.  
02 Dec 24
1524
Syukur,Tiga Projek Baharu Atasi Banjir Lulus Di Kuala Besut - Azbi
Syukur,Tiga Projek Baharu Atasi Banjir Lulus Di Kuala Besut - Azbi
BESUT, 3 Disember - Sebanyak tiga projek baharu yang dipohon kepada Menteri Kerjaya Raya, Dato' Seri Alexander Nanta Linggi telah diluluskan serta merta. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Azbi Salleh Salleh berkata, pihaknya sebelum telah memohon kepada  Menteri Kerja Raya itu semasa beliau hadir melakukan tinjaun Projek Tiub Tebatan Banjir baru-baru ini. "Tiga projek itu ialah membesarkan longkang di sekitar Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia Gong Kedak, pembinaan longkang baru di sempadan Pachakan dan yang terakhir pembinaan longkang daripada Masjid Kayu Jerteh ke Kampung Pusu Tinggi," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini, baru-baru ini. Dalam pada itu, Azbi merakamkan jutaan terima kasih kepada Elexender  yang telah sudi meluluskan projek terbabit serta merta bagi memastikan masalah banjir di Dun Kuala Besut dapat dikurangkan.
02 Dec 24
311
JPNT Urus Penghantaran 261 Calon SPM Ke Pusat Peperiksaan Alternatif
JPNT Urus Penghantaran 261 Calon SPM Ke Pusat Peperiksaan Alternatif
KUALA TERENGGANU, - Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil inisiatif untuk menguruskan penghantaran 261 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas banjir ke pusat peperiksaan alternatif. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Jelani Sulong berkata, proses penghantaran semua pelajar terlibat berjalan lancar pagi ini. Katanya, semua perancangan rapi telah dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Ops Payung untuk memastikan keselesaan calon SPM. "Cuaca juga agak baik dan saya dimaklumkan proses penghantaran semua calon SPM ke pusat peperiksaan alternatif berjaya dilaksanakan tanpa sebarang masalah,” ujarnya. Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada agensi-agensi terlibat yang turut membantu memudahkan proses penghantaran pelajar. "Terima kasih jabatan ucapkan kepada semua pihak terutama Majlis Daerah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia serta Pejabat Pendidikan Daerah yang menyelia urusan pengangkutan pagi ini," katanya. Terdahulu, beliau juga telah meninjau proses penghantaran 16 calon SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting ke pusat peperiksaan alternatif awal pagi tadi. "Alhamdulillah semuanya nampak ceria dan semangat untuk menghadiri ujian pertuturan Bahasa Melayu yang diadakan di SMK Tengku Mizan Zainal Abidin pagi ini. Difahamkan, seramai 1,734 calon SPM dari 20 buah sekolah di enam daerah di Terengganu telah dikenalpasti terjejas akibat bencana itu.  
02 Dec 24
123
Pendapatan Suku Ketiga TDM Naik 10 Peratus
Pendapatan Suku Ketiga TDM Naik 10 Peratus
KUALA TERENGGANU, 2 Disember - TDM Berhad mengumumkan keputusan kewangan bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 meningkat sebanyak 10 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. Menurut satu kenyataan, kejayaan itu didorong oleh peningkatan pendapatan daripada Bahagian Perladangan sebanyak RM13.4 juta dan Bahagian Penjagaan Kesihatan sebanyak RM3 juta. Sementara itu, Kumpulan mencatatkan Kerugian Sebelum Cukai ("LBT") sebanyak RM6.4 juta pada suku ini, berbanding Keuntungan Sebelum Cukai ("PBT") sebanyak RM17.8 juta pada suku yang sama tahun lalu. Katanya, EBITDA Kumpulan turut menurun sebanyak 58 peratus berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. "Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2024, pendapatan Kumpulan meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, dengan sumbangan peningkatan daripada Bahagian Perladangan sebanyak RM27.6 juta dan Bahagian Penjagaan Kesihatan sebanyak RM18.3 juta.  "Kumpulan mencatatkan LBT sebanyak RM18.2 juta bagi tempoh tersebut, berbanding LBT sebanyak RM9.2 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.  "Selain itu, EBITDA Kumpulan turut menurun sebanyak 16 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya," ujar kenyataan tersebut. Sementara itu, Bahagian Penjagaan Kesihatan Bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan prestasi kukuh dengan peningkatan hasil sebanyak tiga peratus kepada RM92.1 juta bagi suku ini. "Ia dipacu oleh peningkatan purata hasil per pesakit dalam sebanyak 8 peratus. "Namun, jumlah pesakit dalam menurun sebanyak empat peratus, jumlah pesakit luar menurun sembilan peratus, dan kadar penggunaan katil menurun lima peratus berbanding suku sebelumnya," ujarnya. Justeru itu, Kumpulan  mempertingkatkan program titik sentuh pelanggan untuk mencapai penjagaan pesakit yang  cemerlang dan hasil berasaskan nilai.  
02 Dec 24
176