lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pengusaha Nasi Bajet Disaran Mohon Lesen Perniagaan
Mohd Jidin menyampaikan replika cek kepada wakil bagi kategori masjid pada Majlis Penyampaian Anugerah PBT Cemerlang 2016, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri berharap pengusaha `nasi bajet’, khususnya di kawasan Majlis Bandaraya Kuala  Terengganu (MBKT) memohon lesen perniagaan bagi memudahkan pihak berkaitan membuat pemantauan dari aspek kebersihan serta keselamatan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata  umum mengetahui setiap perniagaan yang dijalankan memerlukan lesen sebagaimana kepada peniaga kedai makan lain serta perlu menjalani suntikan kesihatan bagi menjamin tahap kualiti makanan yang dijual.Katanya, pengusaha nasi itu tidak perlu bimbang dengan proses itu berikutan kadar lesen yang akan dikenakan sangat rendah atau bersesuaian dengan jenis perniagaan yang dijalankan mereka.“Langkah tersebut perlu ekoran percambahan gerai perniagaan makanan harga rendah itu semakin ketara sehingga berselerak di mana sahaja.“Gerai-gerai yang wujud dalam keadaan tidak terurus boleh menimbulkan masalah dari segi penempatan, lalu-lintas dan aspek kebersihan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Anugerah PBT Cemerlang 2016, di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar.Pada majlis sama, Mambong Ismail, 80, dari Kampung Masjid Batu Rakit, berjaya memperoleh Proton Saga Iswara 1.3 dalam sesi cabutan bertuah cukai taksiran.  Mohd Jidin berkata, jika mendaftar, sekurang-kurangnya peniaga juga memperolehi pelbagai manfaat lain, termasuk bantuan perniagaan, pengetahuan penjagaan kebersihan, sekali  gus mampu mengelak pencemaran makanan.Sementara itu, Mohd Zulkifli berkata, pihaknya menerima peruntukan hampir  RM200,000 untuk menceriakan kawasan MBKT terutama di kawasan tumpuan pelancong sempena Tahun Melawat Terenggannu 2017.Katanya, kerja-kerja memasang lampu dan memperindahkan landskap di Taman Awam Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang, Pulau Warisan dan persekitaran pusat bandar kini giat dijalankan.“Penjagaan kebersihan tandas turut dipergiatkan dengan menyasarkan lebih banyak tandas-tandas mendapat penarafan lima bintang,”katanya      
22 Dec 16
74
Empty Image
Perkenal MQ mQuit Services, Elak Ketagihan Merokok
Sebanyak 39 Klinik Kesihatan (KK) dan tiga hospital di Terengganu menyediakan Perkhidmatan Berhenti Merokok (MQ mQuit Services) bertujuan merawat perokok daripada terus ketagihan nakotin.Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, seramai 287 perokok telah mendaftar  dan 63 daripadanya berjaya direkodkan berhenti.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Muhammad Omar berkata, antara klinik yang menunjukan prestasi cemerlang dalam menawarkan perkhidmatan itu, termasuk KK Padang Luas, Besut."Klinik kesihatan lain, KK Kuala Berang, Hulu Terengganu dan KK Padang Hiliran, Kuala Terengganu di mana masing- masing merekodkan hampir 50 peratus daripada jumlah yang mendaftar berjaya mengawal ketagihan merokok."Disarankan supaya semua klinik kesihatan dan juga hospital memperkukuhkan perkhidmatan ini dengan memastikan anggota terlatih , peralatan dan kemudahan mencukupi dalam mengendali setiap kes yang berdaftar," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran MQ mQuit Services, di KK Padang Hiliran, Kuala Terengganu, petang semalam.MQ mQuit Services turut menyediakan talian Quitline yang membolehkan pelanggan mendapatkan kaunseling dan khidmat nasihat melalui telefon.
20 Dec 16
356
Empty Image
Anak Penebar Roti Canai Cemerlang PT3
Motivasi dan didikan secara sistematik dari guru antara faktor utama mendorong kejayaan pelajar paling cemerlang di Sekolah Imtiaz YT Kuala Terengganu, Muhammad Hilman Nor Azmi.HilmanHilman yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik tersebut berkata tanpa sokongan serta doa dari guru mungkin dia tidak akan dinobatkan sebagai pelajar paling cemerlang di sekolah tersebut.“Saya berterima kasih terutamanya kepada guru-guru yang mengajar saya sepanjang menuntut di sekolah ini kerana mereka banyak berkorban untuk saya. Tanpa mereka saya mungkin tidak akan mampu untuk mencapai kejayaan ini.“Guru-guru banyak mendidik saya dan jika melakukan kesilapan, merekalah yang akan menegur untuk memperbaiki kesalahan tersebut,” katanya yang ditemui Teganukita.Dalam pada itu, Nur Syuhada Md Rahasbihi yang turut mendapat keputusan 11A amat bersyukur dan rasa berbaloi apabila memperolehi kejayaan itu.SyuhadaBeliau berkata, kesusahan yang dialami olehnya bukanlah penghalang bagi dirinya malahan pembakar semangat untuk mencipta kejayaan.“Bapa saya bekerja sebagai penebar roti canai manakala ibu pula membantu bapa di warung.“Ibu selalu berpesan kepada saya bahawa dia tidak mampu untuk meninggalkan harta kepada saya namun hanya dengan ilmu sahaja yang boleh mengubah hidup kami sekeluarga,” katanya.Tambahnya, kejayaan tersebut ditujukan khas kepada ibu bapanya yang banyak memberi dorongan kepada dirinya.Syuhada berkata dia tidak menyangka akan memperolehi keputusan semua A namun atas usaha dari guru-guru, beliau mampu buktikan kejayaannya mendapat 11A.Bagi anak bongsu dari tujuh beradik, Muhammad Fikri Arsyad Roslan pula, kejayaan memperolehi 11A ditujukan kepada ibunya yang banyak mendorong dirinya untuk berjaya.Fikri AryadFikri Arsyad yang hanya memperolehi 7A semasa peperiksaan percubaan PT3 berkata dorongan dari rakan-rakan banyak membantu dirinya."Sebelum ini, saya memang tidak suka untuk mengulang kaji pelajaran namun menjelang saat akhir peperiksaan saya jadi takut."Bermula dari itu, saya bersama rakan-rakan melakukan ulang kaji secara berkumpulan serta solat hajat dan tahajud pada setiap malam," katanya.
19 Dec 16
1391
Empty Image
UKOM Jalin Kerjasama Strategik Dengan Pengamal Media
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) mengambil langkah proaktif membuka pintu kepada pengamal media di Terengganu untuk mengemukakan sebarang cadangan mengadakan kerjasama strategik sebagai platform menyebar luas dasar-dasar kerajaan negeri kepada umum.Pengarahnya, Ab Rasid Jusoh berkata, jalinan kerjasama strategik UKOM dengan pemain media seluruh negeri bukan hanya sebagai perantara dalam menyampaikan info dan maklumat program barisan kepimpinan dan pegawai kanan kerajaan negeri menerusi sebaran jaringan media, malah bekerjasama mempelbagaikan program komunikasi termasuk menganjurkan acara yang boleh mewujudkan situasi `menang-menang’.   “Matlamat dan misi UKOM ditubuhkan pastinya menjadi agensi yang mampu menterjemahkan serta memasarkan dasar dan agenda Transformasi Terengganu Baharu (TTB) supaya difahami, disokong, dihayati dan dibudayakan oleh seluruh rakyat menerusi program komunikasi.“Pada masa yang sama, visi kita sebagai peneraju utama media yang Terkini, Tepat dan Berkualiti, selain menjadi pusat sehenti media serta menjadi teras menjayakan dan pembinaan warga negeri yang toleransi, harmoni serta inovatif.“Kita mahu keluar dari kelaziman sedia ada dan kini kita membuka cadangan, idea serta pandangan kepada rakan media yang boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sekali gus  merealisasikan matlamat penubuhan UKOM sendiri,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Pengarah UKOM Dengan Ketua Biro Media Terengganu, di Pejabat UKOM, Jalan Pejabat, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengarah Operasi, Ruslan Abdul Rahman.Ab Rasid berkata, pihaknya juga menyedari peranan penting pengamal media di Terengganu sudah banyak membantu menaikkan imej negeri termasuk melonjak pembangunan ke tahap yang lebih baik menerusi pelbagai kaedah promosi serta publisti yang berterusan.Sehubungan itu juga, beliau berkata, kaedah  promosi dan publisiti mengenai pelbagai agenda, dasar serta inisiatif kerajaan selama ini juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi meningkatkan dan mengukuhkan lagi kefahaman, keyakinan serta sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri.
19 Dec 16
239
Empty Image
Hulu Terengganu Daerah Perintis Lawatan Kerja Sehari SUK
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail turun padang menemui pegawai dan penjawat awam di setiap daerah dan menjadikan Hulu Terengganu selaku daerah perintis sempena lawatan kerja sehari, bermula semalam.Dalam lawatan itu, beliau diberikan taklimat ringkas berkaitan pembangunan daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah, Azmi Razik, di Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Terengganu.Taklimat merangkumi pembangunan prasarana Kompleks Sukan Hulu Terengganu, penyusunan semula Bandar Baru Ajil, Pusat Pentadbiran Baru Daerah Hulu Terengganu serta projek Politeknik Hulu Terengganu.Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan serta mendengar permasalahan dan juga pandangan daripada pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.
19 Dec 16
59
Empty Image
PT3 : Terengganu Catat Peningkatan Semua A
Seramai 1,093 atau 5.27 peratus daripada 20,739 pelajar yang menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 di Terengganu memperoleh semua A.Jumlah memperoleh semua A itu meningkat sebanyak 394 orang berbanding 699 atau 3.37 peratus pada tahun lalu.SM Imtiaz Yayasan Terengganu muncul antara sekolah terbaik negeri apabila 77 daripada 109 pelajar atau 70.64 peratus calon memperolehi semua A. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, berkata jumlah peratusan yang berjaya merekodkan keputusan semua A daripada seluruh sekolah di Terengganu meningkat daripada 699 orang calon tahun lalu kepada 1,093 atau 56.37 peratus tahun ini. “Peningkatan pencapaian itu berikutan guru yang mengajar mengikut format sistem kurikulum yang diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.“Selain itu saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada daerah Marang yang menunjukkan pencapaian terbaik di peringkat negeri,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Selain itu, A. Latiff berkata,  calon PT3 juga sudah mula menguasai tahap pembelajaran dengan baik. Bagaimanapun, secara keseluruhannya, subjek Matematik dan Bahasa Inggeris Penulisan masih di tahap lemah dan memerlukan lebih tumpuan pada masa depan.Beliau mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan juga kepada pengetua dan guru-guru seluruh Terengganu yang memberi komitmen sangat baik terhadap prestasi semasa ini.Untuk rekod, pelajar Tingkatan Tiga yang menduduki PT3 sejak 2014, ditaksir melalui empat komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PT3.PT3 merupakan pentaksiran sumatif yang setara di Tingkatan Tiga bagi menilai pencapaian akademik calon dari aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh di peringkat menengah rendah. Melalui PT3, calon ditaksir untuk melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir sesuatu program pembelajaran. Pelaksanaan PT3 mengambil kira instrumen dan panduan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP) manakala pentadbiran dan penskoran oleh guru di sekolah masing-masing dibuat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh LP.
18 Dec 16
105
Empty Image
Premis Perkedaian Baru Sebelah HSNZ Operasi Januari Ini
Medan Selera yang menempatkan 18 unit lot kedai berhampiran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) bagi menempatkan pengusaha gerai di laluan pejalan kaki di situ, dijangka dapat memulakan operasi awal Januari ini.Projek kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) itu memberi peluang kepada 13 peniaga yang sebelum ini menjalankan perniagaan tanpa lesen dan sering berdepan tindakan kompaun, supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat dan selesa.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pembinaan lot-lot kedai yang lebih tersusun yang dibangunkan pertengahan 2015, dengan kos kira-kira RM3.5 juta telah siap awal November lalu mengikut tempoh yang ditetapkan.“Proses pengundian bersama 13 peniaga asal di lorong pejalan kaki berdekatan HSNZ telah dilakukan pada 6 Disember lalu bagi menentukan lot kedai masing-masing.“Sekarang ini, semua sudah selesai cuma menunggu pemasangan bekalan air serta elektrik oleh pihak berkaitan sebelum diserahkan sepenuhnya kepada peniaga terbabit,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Katanya, jika tiada sebarang halangan, semua peniaga dijangka berpindah ke lot kedai baru itu menjelang awal tahun depan dan dapat menjalankan urusniaga jual-beli dengan lebih selesa dan terurus.
18 Dec 16
97
Empty Image
1,260 Peserta Bakal Berentap Mountain Bike Batangan Jamboree Sabtu Ini
Seramai 1,260 pengayuh basikal lasak tempatan dan luar negara mengesahkan penyertaan di kejohanan Mountain Bike Batangan Jamboree 2016, di Kampung Batangan, Seberang Marang pada 24 Disember (Sabtu) ini.Program yang menawarkan hadiah keseluruhan hampir RM13,000 itu turut mendapat penyertaan peminat sukan lasak berbasikal dari Thailand, Bangkok, Singapura dan juga Brunei.Sebanyak  lapan kategori akan dipertandingkan seperti Men Junior (17 dan ke bawah), Men Open (18-35 tahun), Men Master (36-44 tahun), Men Veteran 45 dan ke atas), Kak Chik (34 ke bawah) dan Kak Long (35 ke atas).Kategori lain, Fat Bike Open, Heavy Weight (90 kg) dan Terengganu Closed mengutamakan pengayuh baru yang belum pernah memenangi acara berbasikal (podium).Penganjuran pertama kali oleh kerajaan negeri melalui  Sekretariat Beautiful Terengganu itu sebagai platform mempromosi Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017. Pengurus Promosi sekretariat itu, Ahmad Fathil Abdul Ghani, berkata, pada masa sama mahu menonjolkan sub sektor sukan dan eko pelancongan di lokasi terbaik yang terdapat di Terengganu.Katanya, Kampung Batangan, Marang dipilih menjadi lokasi kejohonan memandangkan bentuk muka buminya yang bersesuaian untuk aktiviti basikal lasak dan ekstrim di negeri ini.“Secara tidak langsung, kejohanan seumpama itu mampu meningkatkan aktiviti ekonomi dan pelancongan masyarakat setempat seperti mempopularkan lagi industri keropok lekor, dodol daun palas, manisan kelapa, batik, sutera ,industri kraf, perhotelan, chalet dan inap desa setempat,” katanya.
18 Dec 16
154
Empty Image
Syarikat Telekomunikasi Rugi RM10 Juta Setahun Akibat Kecurian Kabel
Syarikat-syarikat Telekomunikasi di Malaysia terpaksa menanggung kerugian hampir RM10 juta setahun akibat kecurian kabel menara telekomunikasi yang sering berlaku kebelakangan ini.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato'Jailani Johari berkata beliau kesal dengan sikap setengah pihak yang tidak bertanggungjawab terlibat dengan isu itu sehingga menyusahkan ramai pihak."Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha membina dan melaksanakan infrastruktur menara telekomunikasi terpaksa berhadapan masalah kecurian kabel yang kerap berlaku."Jadi saya harapkan pihak kami akan mendapat kerjasama daripada penduduk tempatan, pihak berkuasa tempatan termasuk pihak polis bagi memastikan jenayah ini dapat dikurangkan,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pusat Internet 1Malaysia(P1M) Celcom Gugusan Hulu Terengganu di Kampung Chapu, Hulu Terengganu hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengurus USP Management Celcom Axiata, Zawawi Harun serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Chapu, Rani Muda.Menurut Jailani, terdapat 83 menara telekomunikasi di seluruh negeri Terengganu dan akan ada pembinaan baru termasuk di Hulu Terengganu."Kos setiap menara bernilai antara RM1 juta hingga RM1.2 juta dan kos akan bertambah mengikut keadaan semasa termasuk kos pengambilan tanah,akses ke pusat tersebut dan sebagainya."Kita akan laksanakan pembinaan menara baru di mana kita dapati bahawa masih terdapat kawasan-kawasan termasuk Hulu Terengganu yang kadar liputannya masih kurang dan ini masih dalam penilaian SKMM,"ujarnya lagi.Sementara itu, Pusat Internet 1Malaysia di Kampung Chapu akan menjadi pusat pengumpulan setempat atau agihan untuk produk atas talian yang pertama di Semenanjung Malaysia.Jailani berkata pihak Pos Malaysia akan bekerjasama dengan pihak pengusaha supaya untuk mengumpulkan produk dan memasarkannya bagi meringankan pengusaha luar bandar."Pos Malaysia akan datang memungut hasil produk yang telah di kumpulkan di P1M dan akan menyerahkan kepada mana-mana yang nak beli atas talian."katanya.Menurut Jailani,terdapat sembilan P1M di Hulu Terengganu dan enam lagi tambahan iaitu di Felda Tersat,Chepoh,Felda Bukit Bading,Pasir Tinggi,Felda Jerangau Barat dan Kampung Lerek.Katanya, pihak SKMM akan turut mempertimbangkan lagi penambahan P1M berdasarkan perbincangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan yang memerlukannya.
17 Dec 16
158
Empty Image
Terengganu Hantar Pasukan Wanita Sertai Liga Hoki Malaysia Tahun Depan
Kerajaan negeri buat pertama kalinya akan menghantar pasukan hoki wanita untuk menyertai Liga Hoki Malaysia (LHM) pada Januari tahun depan.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato'Rozi Mamat berkata,ini merupakan satu sejarah dan penghargaan untuk golongan wanita yang bakal bermain dalam liga tersebut."Bagi pemilihan pemain untuk peringkat pertama ini,para pemain dipilih dari kalangan pelajar dan lepasan Sekolah Sukan Terengganu (Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Nenas, Setiu) selain peserta Sukan Malaysia (SUKMA)."Untuk hoki wanita ini,kita menyasarkan untuk berada di empat tempat teratas dalam liga dan dapat menyamai tahap yang ditunjukkan oleh pasukan lelaki,"kata Rozi.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Berkhatan Perdana peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong di Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuroh, Telemong, semalam.Menurut Rozi lagi, peruntukan untuk pasukan hoki telah disalurkan melalui Tabung Sukan Negeri yang baru dilancarkan dua bulan lepas."Pihak kami serahkan peruntukan ini kepada persatuan hoki untuk agihan perbelanjaan dan layanan yang sama perlu dilaksanakan sama seperti pasukan hoki lelaki."Kita tidak mahu mendengar layanan atau agihan yang tidak sama kerana mereka adalah pasukan yang akan bermain untuk Terengganu...jadi adalah wajar mereka ini mendapat apa yang pasukan hoki lelaki dapat selama ini,"katanya lagi.Menurut Rozi, Tabung Sukan Negeri yang dilancarkan baru-baru ini di khususkan untuk empat sukan teras iaitu basikal, bola sepak, acara berkuda dan hoki."Kita juga nak ucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang Tabung Sukan Negeri sejak ia dilancarkan kerana peningkatan sumbangan sebanyak RM 35 juta berbanding yang RM23 juta tahun lalu,"katanya.
17 Dec 16
151