lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Nikmati `Light And Sound' Di TTI Secara Percuma 1 Januari Ini
Taman Monumen di Taman Tamadun Islam (TTI) akan dibuka secara percuma pada 1 Januari ini dari jam 8 malam hingga 12 malam untuk persembahan Bunyi dan Cahaya (Light and Sound) sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, kerajaan negeri menjanjikan satu malam menarik untuk pengunjung mengenali dan melihat sendiri keunikan pesta ini.Katanya, pertunjukkan Light and Sound sempena sambutan TMT 2017 itu akan berlangsung selama 3 hari."Orang ramai boleh berkunjung beramai-ramai dengan membawa keluarga bersantai sambil menyaksikan pesta cahaya dan bunyi ini.“Kebiasaannya, pada hari-hari biasa akan dikenakan bayaran untuk menyaksikan pertunjukkan ini, namun kita bagi masuk percuma pada tarikh dan waktu tersebut bagi menyemarakkan sambutan TMT 2017,” ujarnya.Dalam pada itu katanya, pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga di TTI seperti aktiviti berbasikal, menyusuri sungai dengan menaiki River Cruise, melihat keunikan replika di Taman Monumen ( 22 masjid daripada 21 negara) dan menyaksikan keindahan Masjid Kristal yang sangat terkenal di negeri ini khususnya dan di Malaysia amnya.
28 Dec 16
223
Empty Image
Permohonan Dana Tahun Baru Cina Dibuka
Gambar hiasanMasyarakat Cina yang berkelayakan di Terengganu boleh memohon bantuan Tahun Baru Cina 2017 melalui atas talian yang dibuka sepanjang 10 hari,  berakhir 4 Januari depan.Syarat kelayakan permohonan dinaikkan kepada mereka yang berpendapatan tidak melebihi RM2,500 berbanding hanya RM2,000 sebelum ini.Permohonan boleh dibuat melalui pautan iDANATTB di laman web danattb.terengganu.gov.myTimbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Khidmat Pengurusan), Zainal Abidin Hussin berkata, permohonan menerusi talian itu hanya melibatkan permohonan baharu sahaja iaitu bagi mereka yang tidak pernah memohon sebelum ini.Katanya, selain itu pemohon juga perlu mengemaskini maklumat peribadi seperti  bujang kepada berkahwin, menambah atau mengurang jumlah tanggungan  dan bertukar alamat.“Mereka yang dikategorikan warga emas, Orang Kurang Upaya, keluarga berpendapatan rendah, ibu atau bapa tunggal dan individu belum berkahwin adalah golongan yang layak membuat permohonan.“Individu yang tidak mahir menggunakan internet atau komputer boleh ke Pusat Bestari.Com berdekatan  di Dewan Undangan Negeri masing-masing,” katanya kepada teganukitaSelain itu, penebusan baucer dijangka boleh dibuat di Bank Simpanan Nasional pada 23 Januari dan berakhir 23 April 2017.
27 Dec 16
45
Empty Image
3,000 Bungkus Nasi Lemak Percuma Menanti Pengunjung
Kira-kira 3,000 bungkus nasi lemak dan minuman percuma menanti pengunjung tempatan dan pelancong asing terawal ke Program Visit Beautiful Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, bermula 31 Disember hingga 2 Januari ini.Agihan menu secara percuma selama tiga hari berturut- turut itu akan bermula pada  jam 9.30 pagi sehingga habis makanan.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, berkata sebanyak 1,000  bungkus nasi lemak beserta minuman akan diagihkan kepada pengunjung pada setiap hari.“Seramai tujuh pengusaha nasi lemak tempatan akan terlibat menyediakan menu istimewa sepanjang program berlangsung,” katanya pada sidang media selepas meninjau tapak program di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, petang ini.Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan melancarkan program itu di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, Sabtu ini. Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Wan Abdul Hakim berkata, inisiatif kerajaan melalui Sekretariat Beautiful Terengganu itu sebagai usaha menghargai pengunjung ke program yang turut diselitkan dengan pelbagai aktiviti menarik lain.“Antaranya pertunjukan bot berhias, persembahanan jet ski light, pertunjukan bunga api, pertunjukan laser mapping and hologram water screen, permainan tradisional, gerai jualan dan aktiviti Motofest Terengganu“Tidak ketinggalan persembahan kebudayaan, tarian tradisional dan persembahan oleh artis-artis Terengganu, termasuk Ameng Spring, Anis Suraya, Normad, Zalif Sidek, Saleem Iklim dan Kumpulan Dendang Anak,”katanya.Terengganu kini lebih bersedia untuk dinobatkan sebagai negeri pelancongan yang mempunyai rangkaian kemudahan yang lebih efisien. sistem pengangkutan dan khazanah alam semulajadi, seni budaya dan warisan yang mampu menggamit kehadiran pengunjung. ..
27 Dec 16
34
Empty Image
Kemaman Keluarkan 87 Peratus Golongan Miskin
Taklimat pembangunan di daerah Kemaman turut disertai oleh Dato' Wan Nawawi dan pegawai-pegawai di Kemaman. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kemaman mencatatkan daerah yang berjaya menurunkan kadar miskin tertinggi, berbanding daerah-daerah lain di seluruh Terengganu, iaitu 87 peratus kepada 107 orang sehingga 22 Disember lalu, berbanding 828 orang yang direkodkan pada Januari tahun ini .Pegawai Daerahnya, Rosman Roslan berkata, 721 orang yang berjaya diturunkan adalah menerusi pelbagai gerak kerja yang bersepadu dan intensif termasuk proses pemutihan kategori miskin di daerah berkenaan.Rosman Roslan“Melalui statistik kemiskinan yang dikeluarkan oleh e-Kasih, Kemaman mempunyai sifar miskin tegar dan hanya 180 orang miskin.“Antara yang dilakukan adalah melakukan makmal penyelerasan agensi pelaksana bagi proses pemutihan kategori miskin dalam sistem e-Kasih yang diadakan setiap Khamis serta adakan mesyuarat pelarasan penghulu mukim secara berkala setiap bulan bagi verifikasi maklumat miskin,” katanya.Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan Taklimat Khas Sempena Lawatan Kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Ke Daerah Kemaman di Pejabat Daerah dan Daerah Kemaman, hari ini.Kemaman adalah daerah kedua dalam siri lawatan kerja SUK selepas lawatan perintis ke Hulu Terengganu pada minggu lepas.Sebelum taklimat, SUK, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail turut merasmikan Kaunter Bergerak Unit Hasil Pejabat Tanah Kemaman.Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ A Rahman Yahya dan Ketua-ketua jabatan di Daerah Kemaman.Dalam taklimat tersebut juga, Rosman turut membentangkan pembangunan semasa dan sudah siap di Kemaman.Antara projek yang sedang giat dijalankan adalah pembangunan Lembangan Bersepadu Sungai Kemaman dengan kos projek RM300 juta, Rancangan Tebatan Banjir Kemasik (RM60 juta), Naik Taraf Zoo Kemaman Fasa II (RM50 juta) serta Pembangunan Bandar Baru Kijal (RM30 juta).Bagi projek yang telah siap pula merupakan Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Kijal, Masjid Gong Chengal, Sekolah Menengah YT Imtiaz Kijal, Pemecah Ombak Kuala Kemaman dan Darul Iman Training Center.
26 Dec 16
672
Empty Image
Jumlah Mangsa Banjir Di Kemaman Meningkat
Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 89 mangsa melibatkan 21 keluarga setakat jam 11.30 pagi ini, berbanding 63 mangsa daripada 16 keluarga yang dipindahkan sehingga tengahari semalam.Menurut portal etindakan.terengganu.gov.my, kesemua mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan banjir  iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badrul Alam Shah, Kemasik dan  Balai Raya Kampung Padang Kemunting, Kemaman.Seramai 57 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke SMK Badrul Alam Shah, Kemasik dan 32 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke Balai Raya Kampung Padang Kemunting.
26 Dec 16
316
Empty Image
Kerajaan Belanja RM40.9 Juta Untuk Dana Bantuan Persekolahan
Sejumlah RM40.9 juta peruntukan Dana Bantuan Persekolahan oleh kerajaan negeri telah dinikmati lebih 410 ribu orang pelajar seluruh Terengganu sejak 2014.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, peruntukan tersebut meningkat setiap tahun berikutan jumlah penerimanya yang turut bertambah iaitu 94,966 orang pada 2014 kepada 10,988,000 orang untuk tahun hadapan.Katanya, bagi sesi persekolahan tahun 2017, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM11 juta bagi pemberian Dana bantuan Persekolahan.“Pemberian sebanyak RM100 seorang diberikan kepada penerima yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.“Ianya bagi meringankan beban ibu bapa terutama yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.Katanya, bantuan persekolahan ini diagihkan kepada keluarga yang berpendapatan bulanan bawah RM2,000 dan pelajar berumur antara tujuh hingga 17 tahun bagi sesi persekolahan tahun 2017.“Kaedah pengagihan secara tunai diagihkan oleh Pejabat Daerah melalui majlis pengagihan yang diselaraskan mengikut DUN masing-masing bermula 11 disember lalu. “Ianya bagi memastikan bantuan ini digunapakai dengan sebaik-baiknya untuk mendapatkan pakaian sekolah sebelum bermula sesi persekolahan 2017," ujarnya.
26 Dec 16
351
Empty Image
Hujan Berterusan, 63 Mangsa Dipindahkan Di Kemaman
Hujan lebat yang berterusan sejak malam tadi, menyebabkan 63 mangsa daripada 16 keluarga mula dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara di Kemaman, sejak pagi ini.Pengarah Agensi Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, daripada keseluruhan mangsa, 21 orang daripada enam keluarga, ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu 9, Ibok, manakala  26 daripada lapan keluarga di Sekolah Menengah Badrul Alam Shah, Kemasik, masing-masing berpindah sejak 8.10 pagi tadi.Katanya, 16 mangsa daripada tiga keluarga lagi dipindahkan ke Balai Raya Padang Kemunting, Chukai sejak jam 10.30 pagi ini.“Kesemua mangsa dipindahkan sejak jam 8 pagi hingga jam 11 pagi ini. Kita sentiasa bersedia membuat rondaan di kawasan dilaporkan berlaku limpahan air bagi memastikan bantuan dapat diberi segera sekiranya keadaan bertambah buruk,”katanya.Sementara itu, Jabatan Metereologi Malaysia (JMM) hari ini turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama). Menurutnya, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Terengganu Kelantan, Pahang, Johor Timur dan Sarawak sehingga Sabtu ini (31 Disember).Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.Selain daripada itu, kawasan pantai di Terengganu, Kelantan ,Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut sehingga Khamis ini (29 Disember). Selain itu juga, JJM  turut mengeluarkan amaran hujan lebat (peringkat jingga), sejak malam tadi, dengan hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana lebat yang berlaku di Pahang (Daerah Maran, Bera, Rompin, Pekan, Kuantan dan Jerantut) dan juga Terengganu dijangka berterusan sehingga Rabu ini (28 Disember).
25 Dec 16
37
Empty Image
Bukit Kor Dan Kampung Gondang, Marang, Bakal Dikenali Sebagai Kampung Warisan
Kerajaan negeri bersetuju menjadikan kawasan perkampungan Bukit Kor dan Kampung Gondang, Marang sebagai destinasi tumpuan pelancongan yang dikenali sebagai Kampung Warisan, mulai pertengahan tahun depan.Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, pemilihan kawasan kira-kira 40 hektar itu yang berkonsep tradisional, mempunyai pemandangan desa yang menarik serta jauh dari kesibukan lalu lintas dan pembangunan, mampu menjadi tarikan pelancong dalam mahu pun luar negara.Katanya, projek yang dijangka bermula pertengahan 2017 akan menempatkan pelbagai perusahaan industri desa, tembaga, tenunan, pertukangan dan juga pelbagai tanaman hampir pupus di negara kita, termasuk pokok jambu arang dan pokok sentul.“Kita juga akan membina rumah-rumah contoh tradisional Terengganu yang dikelilingi dengan dusun buah-buahan dan berhampiran anak sungai.“Apa yang diusahakan ini semata-mata mahu memperkenalkan kepada pelancong luar Terengganu dan kepada generasi akan datang,”katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains,Teknologi dan Tranformasi Negeri. Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Kejohanan Mountain Bike Batangan Jamboree 2016, di Kampung Batangan, Seberang Marang, hari ini. Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Dato' Nik Dir Nik Wan Ku dan Pengurus Promosi Sekretariat Beautiful Terengganu,Ahmad Fathil Abdul Ghani.A. Latif berkata, kejohanan yang julung kali dianjurkan itu akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan dengan menjangkakan lebih ramai penyertaan pada tahun hadapan, termasuk peserta luar negara.“Apa yang membanggakan, sebanyak 35 syarikat tempatan dan luar Terengganu tampil memberi sumbangan untuk bersama-sama  menjayakan kejohananan anjuran kerajaan negeri melalui  Sekretariat Beautiful Terengganu, “ katanya.  
24 Dec 16
1244
Empty Image
Guru Advokasi Emas Iltizam Perkasakan VLE Di Terengganu
Minat yang mendalam terhadap dunia teknologi maklumat (IT) membuatkan seorang guru dari sekolah Kebangsaan Kubu, Marang, sentiasa inovatif bagi memanfaatkan persekitaran pembelajaran virtual (VLE) untuk kemudahan murid-murid serta guru di sekolahnya. Guru berkenaan, Kamariah Awang, 34, yang kini menetap di Pulau Kerengga, Marang, dilantik sebagai pentadbir  VLE sekolah, berjaya mengaplikasikan penggunaan buku rekod pelawat dan kemasukan data  rekod rancangan makanan tambahan (RMT) secara atas talian serta beberapa aplikasi lain yang boleh menggunakan pautan dan  diakses menggunakan telefon pintar di mana-mana sahaja.Inisiatif beliau mendapat pengiktirafan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Pejabat Pendidikan Daerah Marang serta pihak pengurusan sekolah untuk menamakan beliau menerima anugerah Guru Advokasi Emas Peringkat Kebangsaan, dalam majlis di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Turut memenangi pengiktirafan di majlis yang sama, guru dari SK Tok Dir, Kuala Terengganu,  Rosman Abadi Abdul Razak dan guru SK Sultan Mahmud 2, Besut, Wan Shahida Wan Abdullah, masing-masing memenangi 1BestariNet Teacher Awards dan Vinnie Chan Award. Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.“Kejayaan itu menjadi batu loncatan untuk saya menggunakan kemahiran dan pengalaman bagi memastikan semua pelajar dan guru, bukan sahaja di sekolah saya, malah di seluruh Terengganu dan juga mana-mana sekolah mampu menguasai VLE dengan lebih efisien.“Pihak Frog sendiri menzahirkan rasa kagum kerana biarpun kekangan perkhidmatan internet kerana faktor  jarak sekolah di luar bandar  tidak menghalang pelajar dan guru sekolah saya memanfaatkan penggunaan IT dalam beberapa aktiviti an aplikasi secara optimum,”katanya kepada Teganukita. Selain kejayaan di pentas negara itu, Kamariah yang turut pernah menerima Anugerah Guru Penyelaras ICT Inovatif, di SK Taman Permata,Selangor (2014), Guru Inovatif  2016 peringkats sekolah dan juga daerah dan membawa sekolah memenangi Anugerah Kecemerlangan  Sekolah terbaik bagi pembudayaan Frog VLE 2016, beriltizam untuk terus menyumbang kemahiran dan ilmunya secara meluas menggunakan Frog VLE.Dia yang kini sedang menyambung pengajian Sarjana Sains IT mengkhusus Sistem Multimedia bakal menyiapkan tesis yang memfokuskan kaedah  penggunaan multimedia yang lebih interaktif dan terbaik dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak.Tambah ibu kepada dua cahayamata itu lagi, pengiktirafan anugerah emas itu juga menjadi platform untuknya berkongsi pengalaman dan mencari inisiatif mendapatkan kerjasama pihak FrogAsia Sdn Bhd, yang bersetuju untuk meninjau dan menilai tahap capaian internet di kawasan sekolahnya supaya dapat ditambah baik. 1BestariNet merupakan projek inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama syarikat swasta, iaitu YTL Communication Sdn. Bhd. dalam usaha mewujudkan tadbir urus, pengajaran dan pembelajaran serta kolaborasi yang bersepadu di dunia maya menerusi portal Frog VLE.Visi 1BestariNet adalah mentransformasikan platform pendidikan di Malaysia di samping merapatkan jurang digital antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan infrastruktur pendidikan digital yang berkualiti kepada seluruh rakyat Malaysia, amnya.Frog VLE pula suatu sistem pembelajaran maya berasaskan web bagi seluruh warga sekolah, khususnya kepada para pelajar, ibu bapa dan guru.
24 Dec 16
134
Empty Image
Memahat Sejarah, 3,000 Pelancong Luar Negara Tiba Sekali Gus Sempena Beautiful Terengganu 2017
Wow! Di luar dugaan - mencipta rekod, memahat sejarah seramai 3,000 orang pelancong luar negara iaitu negara ASEAN bakal membanjiri Terengganu pada 2 hingga 4 Januari depan.Inilah permulaan yang terbaik kepada usaha kerajaan negeri mengisythiarkan 2017 sebagai Tahun Melawat Terengganu (TMT 2017).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman meletakkan asas yang kuat, menerajui sendiri portfolio pelancongan dengan penekanan yang cukup tinggi diberikan untuk menjana pendapatan rakyat dan ‘pemain-pemain’ industri yang berimpak tinggi ini kepada kecemerlangan ekonomi negeri.Kunjungan 3,000 pelancong diandaikan berbelanja sekurang-kurangnya RM1,000 tunai seorang dalam tempoh tiga hari itu, bermakna sudah RM3 juta mengalir ke tangan peniaga-peniaga, belum termasuk lagi bayaran penginapan di hotel.Urusetia yang diketuai sendiri oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Haji Zainal Abidin Hussin berkata, pihaknya telah menyusun yang terbaik bersama Forte Hospitality Management Sdn.Bhd demi untuk melihat peniaga-peniaga Terengganu mengambil manfaat dan faedah dari kehadiran pelancong yang begitu ramai itu.“Kerajaan menyediakan keperluan-keperluan untuk memastikan kehadiran pelancong ke Terengganu, yang akan memperolehi faedahnya ialah peniaga dan usahawan pelancongan, oleh itu layanlah pelancong itu dengan cara yang terbaik,”ujarnya kepada penulis.Penulis yakin bukan RM3 juta dibelanjakan, mungkin sampai RM5 juta ditunaikan di Terengganu kerana menurut Forte yang mengurus kedatangan pelancong dari Singapura, Thailand, Myanmar dan Filipina bahawa pelancong berjumlah 3,000 orang itu kelas pertengahan, bukannya ‘budget tours’.(Forte ialah konsortium yang menguruskan perhotelan pelancong)Difahamkan mereka bertolak dari Kuala Lumpur dengan 86 buah bas yang pastinya akan menyemarakkan Bandar Kuala Terengganu khususnya dan beberapa lokasi lawatan mereka seperti ke Tasik Kenyir dan Kuala Berang (Batu Bersurat di Kampung Buloh).(Bayangkan 86 buah bas berderet-deret menurunkan pelancong luar negara ke bandar Kuala Terengganu, bukan lagi fantasi tetapi realiti. Syabas dan tahniah kepada penggerak Visit Beautiful Terengganu).Mereka dijangka menginap di seluruh hotel yang terdapat di Kuala Terengganu iaitu 16 hotel dan resort yang dikenalpasti yang mungkin hampir 2,000 bilik serentak diperlukan.Sebagai menyambut kehadiran mereka, suatu majlis makan negeri kepada pelancong yang akan dihoskan sendiri Menteri Besar akan diadakan pada sebelah malam, 2 Januari 2017 di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu.Mereka juga akan dibawa ke Pulau Warisan, Pasar Kedai Payang, Kampung Cina, pasar malam pada 3 Januari dan ke Tasik Kenyir serta Batu Bersurat pada 4 Januari (Rabu) sebelum berlepas balik ke Kuala Lumpur sebelah petang.Di Kuala Berang, para pelancong akan menyaksikan pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan.Kita yakin dan percaya akan berterusannya pelancong memilih Terengganu sebagai destinasi pelancongan mereka.Apa yang penting sambutlah kehadiran mereka dengan budaya ramah tamah sesuai dengan slogan Negeri Cantik Budaya Menarik.Para peniaga juga perlu melayan pelanggan mereka dengan cara yang terbaik, harga yang berpatutan- dan ukirlah senyuman setiap masa. Senyum selalu.Tahniah diucapkan kepada kerajaan negeri di atas permulaan TMT 2017 yang amat baik ini.
23 Dec 16
1401