Artikel "Utama" Terkini
Ramadhan Dijadual Berangkat Dari LTSM Ke Kuala Lumpur Esok
Ramadhan (bertongkat) dijangka berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini. Hasrat terakhir pesakit leukemia tahap empat, Muhammad Ramadhan Alias,20, untuk mengerjakan umrah tercapai apabila bakal berangkat ke tanah suci pada 18 Januari ini (Rabu).Ramadhan ditemani ibunya, Saibah Yaacob akan mengerjakan ibadat itu selama 10 hari dan dijadualkan bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus Ke Kuala Lumpur, pada 3.45 petang esok.Dia mendapat tajaan sepenuhnya daripada Biro Kebajikan UMNO Malaysia (Bikum) dan kerajaan negeri yang terpanggil menunaikan impian pemuda itu.Sebelum itu, dalam pertemuannya dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada 5 Januari lalu, Ramadhan juga menzahirkan hasratnya untuk menunaikan umrah sementara masih berupaya berbuat demikian.Ramadhan telah disahkan menghidapi leukemia pada Jun 2016 dan pada ketika itu berada di tahap ketiga.Menurut Ramadhan, pakar perubatan memberi tempoh selama empat bulan kepadanya untuk terus hidup.
16 Jan 17
62
Permohonan Dana Bakti Remaja 2017 Dibuka Mulai Hari ini
Permohonan dan kemaskini maklumat program Dana Bakti Remaja 2017 dibuka mulai 16 Januari hingga 15 Februari ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permohonan yang perlu dibuat secara atas talian itu diwajibkan kepada pemohon samada yang telah memohon sebelum ini atau pemohon baharu.Katanya, pendaftaran boleh dibuat melalui laman web www.danattb.terengganu.gov.my“Antara syarat kelayakannya, pemohon mestilah rakyat Terengganu dan jumlah pendapatan bulanan hendaklah tidak melebihi RM1,500 sebulan.“Berumur diantara 21 tahun hingga 40 tahun dan belum berkahwin pada tarikh pengisian borang,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, pemohon juga wajib mendaftar sebagai daftar pemilih di Terengganu (dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa).Beliau berkata, borang permohonan yang telah diisi perlu mendapatkan pengesahan daripada Pengerusi J3K masing-masing.
16 Jan 17
60
Rosmah Dijadual Sampaikan Bantuan Pasca Banjir Di Terengganu
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadualkan akan menyampaikan bantuan pasca banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pelong, Setiu, Jumaat ini.Beliau yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus kira-kira jam 10 pagi.Program penyerahan bantuan kepada 437 penerima di Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap akan bermula pada jam 11 pagi, sebaik selesai sesi taklimat di sekolah berkenaan.Sejurus selesai program, beliau akan berlepas pulang ke ibu negara, kira-kira jam 12.30 tengahari.
15 Jan 17
46
Epic Berhad - CMC Engineering Terajui Projek Pembangunan Keretapi Pantai Timur
Ahmad Razif menyaksikan MOU Antara Epic Berhad yang diwakili Tengku Mahamad dan CMC Engineering Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif Hazwan Alif Abdul Rahman) di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Zulkifli C W PutraEPIC Berhad bersama-sama dengan CMC Engineering Sdn Bhd dipertanggungjawabkan melaksanakan Projek Pembangunan Keretapi Pantai Timur (ECRL) di Terengganu yang bakal menghubungkan ibu negara dan negeri-negeri di Pantai Timur. Jaringan perkhidmatan tren baharu itu bakal merentasi Banjaran Titiwangsa yang melibatkan laluan sepanjang kira-kira 600 kilometer (KM) melalui beberapa bandar seperti Gombak, Mentakab, Jengka, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan berakhir di Tumpat. Projek tersebut masih di peringkat awal dengan satu kaji selidik pasaran melalui kaedah Pelawaan Memberi Maklumat (RFI) sedang dilakukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Pengerusi Epic Berhad, Dato’ Tengku Mahamad Tengku Mahamut berkata, selaras dengan hasrat kerajaan dalam meningkatkan sistem pengangkutan awam, terutama di Terengganu, pihaknya mengambil tanggungjawab melaksanakan projek berimpak tinggi itu di Terengganu.Katanya, apabila siap kelak projek itu mampu menghubungkan jaringan antara bandar dan pedalaman, selain meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk yang di tinggal di kawasan jajaran.“ECRL turut membuka lembaran baru di sudut perkilangan, pembuatan, inovasi dan urbanisasi serta merancakkan industri hiliran yang terlibat seperti perumahan dan pelancongan.“Pada masa sama, menyediakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan dan memupuk daya saing yang tinggi meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang agak perlahan,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Epic Berhad yang diwakili Tengku Mahamad dan CMC Engineering Sdn Bhd (Ketua Pegawai Eksekutif, Hazwan Alif Abdul Rahman) yang disaksikan, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu Hazwan berkata, sebagai syarikat tempatan yang telah 21 tahun berkecimpung di dalam industri rel negara dan antarabangsa, CMC Engineering melihat ECRL sebagai satu katalis yang akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi khusus Terengganu.Katanya, ECRL membawa Terengganu ke sebuah dimensi baru dan lebih bersedia jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain disebabkan pengukuhan industri minyak dan gas di negeri ini. “ECRL akan membuka peluang yang lebih besar, contohnya kewujudan Transit Oriented Development iaitu sebuah konsep pembinaan kawasan perbandaran yang fokus kepada lokaliti bersesuaian dan berdekatan dengan sesebuah stesen rel,”katanya.
15 Jan 17
691
MB Terkilan Kenyataan Tun M Berhubung Program Haji 1MDB
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman terkilan dengan kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) yang mendakwa Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur. Ahmad Razif berkata, tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu secara tidak langsung mengguris hati kira-kira 4,000 jemaah yang mengikuti program tersebut sejak 2011.Katanya, Tun M tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian, kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh menilai setiap amalan dan ibadat kita sama ada diterima atau tidak.“Perkara ini tidak sewajarnya berlaku. Penilaian tentang mabrur atau tidak haji seseorang itu bukan manusia yang tentukan. Yang tentukan hanya Allah S.W.T“Saya berharap Tun Dr Mahathir tarik balik kenyataan yang dibuat kerana perkara ini mengguris hati banyak pihak,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pencalonan Haji Program Khas Haji Perdana Menteri 2017 di TH Hotel, Kuala Nerus hari ini.Turut hadir, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato’ Jailani Ngah.Sementara itu, Jailani yang juga merangkap Pengerusi jawatankuasa program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB mencabar Tun M menyatakan status 20 jemaah dari Kedah yang menunaikan haji menerusi tajaan sama ketika anaknya menjawat jawatan Menteri Besar negeri itu dari 2013 hingga awal 2016.“Beliau mungkin tidak menyedari perkara itu. Justeru, saya ingin bertanya kepada Tun Dr Mahathir, adakah haji jemaah yang dicalonkan anaknya sendiri juga melalui program Khas Haji Perdana Menteri – Yayasan 1MDB ini mabrur ataupun tidak?“Jika beliau berani jawab tidak mabrur maka sudah tentu 20 jemaah haji ini akan buat kenyataan akhbar bagaimana perasaan mereka yang terguris dengan kenyataan Tun Dr Mahathir itu,” ujarnya.Katanya, biarpun Tun M terus mengkritik dan mempertikaikan program khas haji itu, ia sedikitpun tidak menjejaskan jemaah haji yang sudah dan bakal menunaikan ibadah tajaan Yayasan 1MDB berkenaan.“Malah, kita terus menerima permintaan tinggi daripada pelbagai pihak yang mahu menunaikan haji menerusi program ini termasuk seramai 1,100 jemaah akan dihantar menunaikan ibadah haji untuk tahun ini,” ujarnya.
15 Jan 17
38
Perlawanan Amal Lagenda Terengganu, Selangor Kutip RM30,000
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan hasil daripada kutipan Jualan tiket bagi perlawanan amal dan persahabatan antarabangsa sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak & Hoki Terengganu, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, malam tadi berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM30,000.Sumbangan akan diserahkan kepada enam badan kebajikan iaitu Tabung Solidariti Rohingya, Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM), Tabung Amanah Anak Yatim Negeri Terengganu, Tabung Darul Iman, Persatuan Bekas Pemain Terengganu dan Tabung Bantuan Banjir.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan itu kepada semua penerima dengan masing-masing menerima RM5,000.Perlawanan amal antara Legenda Terengganu menentang Lagenda Selangor tersebut, berakhir seri tanpa jaringan.Selepas tamat perlawanan, penyokong juga disajikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara skuad Penyu menentang naib juara Liga Singapura, Tampines Rovers FC.Skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim mengikat kelab dari negara jiran kendalian Akbar Nawas dengan keputusan 2-2.
15 Jan 17
33
Kerosakan Sekolah Akibat Banjir RM6 Juta
Nilai kerosakan sekolah akibat bencana banjir di Terengganu baru-baru ini, dianggarkan mencecah RM6 juta.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, taksiran itu dibuat berdasarkan semakan serta laporan yang diterima daripada pejabat pendidikan di setiap daerah dengan Hulu Terengganu dan Setiu merupakan daerah yang paling teruk terjejas.Katanya, menurut laporan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sebanyak 133 sekolah terlibat dengan bencana itu yang mengakibatkan kerosakan fizikal dan penggantian perabot selepas bangunan yang dinaiki air, ditimpa ribut, rosak struktur bumbung dan sebagainya.“Kerugian tersebut melibatkan kerosakan perabot, peralatan pengajaran dan pembelajaran, buku teks, pendawaian elektrik serta beberapa kemudahan lain termasuk padang dan bumbung sekolah.“Laporan mengenai kerosakan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pendidikan untuk tindakan selanjutnya bagi tujuan baik pulih dan sebagainya,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Ramah Mesra Ibu Bapa dan Pelajar Baharu Tingkatan Satu Bersama Menteri Besar dan Penyampaian Bantuan Persediaan Kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Imtiaz di Stadium Negeri, semalam.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahim Jusoh; Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdu Rahman; Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin. Pada majlis itu, seramai 700 pelajar menerima bantuan persediaan sebanyak RM500 setiap seorang.A.Latiff berkata, pihaknya juga berharap Kementerian Pelajaran dapat menyalurkan peruntukan itu dengan kadar segera.Sementara itu, beliau berkata sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat banjir tidak perlu menggantikan semula hari persekolahan.
15 Jan 17
103
Program Hari Tanpa Kenderaan Akan Diperluas Ke Setiap Daerah
Kerajaan negeri akan memperluaskan Program Hari Tanpa Kenderaan selama tiga jam ke seluruh daerah di negeri ini dalam usaha melahirkan masyarakat sihat dan mempunyai semangat kesukanan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program sama yang diadakan pada hari Sabtu sekurang- sekurangnya sebulan sekali itu telah dimulakan di Kuala Terengganu.Katanya, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu memilih lokasi bermula dari kawasan Kampung Tanjung melalui Taman Syahbandar dan berakhir di Pulau Warisan yang membabitkan jarak sejauh tiga kilometer (km)."Saya berharap Pihak Berkuasa Tempatan di daerah lain turut mengadakan program seumpama ini dengan menyelitkan pelbagai aktiviti lain dalam tempoh terdekat." Apa yang dilaksana itu bukan saja menyihatkan badan malah membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, obesiti dan diabetis,"katanya.Beliau berkata demikian pada Program Kuala Nerus Car Free Hour, di perkarangan Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus hari ini.Lebih 1, 000 peserta terdiri pelajar sekolah, penuntut universiti, kakitangan awam dan swasta serta penduduk setempat menyertai program itu.Sebelum itu, Ahmad Razif bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria dan tetamu kehormat lain menyertai senamrobik.
14 Jan 17
67
Terengganu Perkenal Bas Kite
Bas Kite Bakal Beroperasi 15 Januari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Terengganu bakal memperkenalkan perkhidmatan `Bas Kite' bermula 15 Januari ini dengan reka bentuk lebih unik, selesa dan menarik sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Kemudahan bas berkonsepkan rumah tradisional Terengganu itu dilengkapi akses wifi, skrin LED TV dan tingkap yang direka khas untuk keselesaan penumpang bagi menikmati panorama sekitar pusat Bandar Raya Kuala Terengganu .Manakala dekorasi dalaman bas yang mampu memuatkan 34 penumpang itu pula bercirikan lukisan batik, songket dan ukiran kayu larik pada pemegang tangga bas.Timbalan Pengurus Besar (Hal Ehwal Korporat) Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu, Wan Adnan Wan Derahman berkata, dahulunya bas yang dikelola Syarikat Cas Ligas Sdn. Bhd itu dikenali Bas Bandar, dinaiktaraf dan dijenamakan semula sebagai Bas Kite supaya bersesuaian dengan sambutan VBT 2017.Katanya, inisiatif menarik minat penumpang dan pelancong untuk menggunakan pengangkutan yang dijangka beroperasi pertengahan bulan ini dan dijadualkan bakal dilancarkan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman tidak lama lagi.“Kadar bayaran yang bakal dikenakan sangat berpatutan antara RM1 sehingga RM3 atau bergantung kepada lokasi dituju.“Penumpang mempunyai dua pilihan laluan, sama ada mahu melalui Terminal Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) - Masjid Terapung (Kuala Ibai) yang berkod C01 atau Terminal MBKT- Taman Tamadun Islam (Pulau Wan Man) dengan menggunakan kod C02,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Laluan C01 bermula dari Terminal Bas MBKT ke Pantai Batu Burok, Kompleks Kraf Noor Arfa Batik, Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu dan Masjid Terapung dengan jarak sejauh 27 kilometer (km).Manakala laluan CO2 dari Terminal Bas MBKT melalui Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam, Pasar Payang dan Pulau Warisan membabitkan jarak 22 km.Wan Adnan turut memberitahu, kerja-kerja menaik taraf enam bas pelancongan yang berusia sembilan tahun itu bermula awal tahun lalu, membabitkan kos keseluruhan hampir RM500,000.“Kos itu termasuk pembaikian enjin, memasang mesin tambang, menampal pelekat berkonsepkan VBT dan dekorasi dalaman,” katanya.
11 Jan 17
2226
Banjir: Sedia Peruntukan Segera RM500,000 Untuk DUN
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan segera sebanyak RM500,000 kepada setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) bertujuan membaiki dan membina rumah baharu yang terlibat dalam bencana banjir baru-baru ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan tersebut telah dibentangkan di dalam Bajet 2017 namun ianya diawalkan berikutan musibah yang berlaku itu.“Sebanyak RM1 juta diperuntukan untuk setiap DUN bagi tujuan itu dengan agihan RM500,000 sebanyak dua kali.“Apa yang berlaku ini, maka kita menyegerakan peruntukan yang kebiasaannya diberi pada Februari.“Kos maksimum untuk membaiki sebuah rumah adalah RM11,000 manakala kos maksimum untuk membina rumah adalah RM40,000 dan keutamaan akan diberikan kepada mangsa yang terlibat dengan banjir,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Jersi Serta Memperkenalkan Pasukan Bola Sepak dan Hoki Terengganu 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata bantuan kepada mangsa banjir sebanyak RM1,000 setiap keluarga akan diberikan secepat mungkin.“Sepertimana yang sebelum ini, kerajaan negeri akan memberikan kepada setiap keluarga sebanyak RM500 dan kerajaan pusat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan memberikan RM500.“Kita sekarang sedang mengemas kini senarai sebelum pembahagian dibuat kerana kita juga kena dapatkan maklumat supaya ianya selaras diantara kerajaan negeri dan kerajaan pusat.“Jadi apabila senarai ni selesai dilakukan, pembahagian itu juga akan dibuat dengan kadar yang segera,” katanya.
11 Jan 17
39